BAB 10
Hari
ni hari jumaat. Mengikut pengiraanku, setiap hari khamis dengan jumaat ada
program kat surau. Antaranya bacaan yassin, al-quran dan ceramah agama. Tetapi
diselang-selikan mengikut minggu. Ni bermakna aku kena pergi surau! Pakai baju
kurung?! Oh no! Kena lagi...
“Assalamualaikum...”
sapa Wana dari luar. Di belakangnya terdapat Aisyah, Iman dan D.
“Waalaikumussalam...”
jawab beberapa pelajar yang berada di situ. Aku menjawab dalam hati.
“Mai..”
panggil Aisyah.
“Hmm...”
“Kenapa
diam je? Tak sihat ke?” soal Aisyah prihatin.
Aku
mencelikkan mata. Sengihan comel aku berikan kepadanya.
“Tak
ada la. Aku okey je. Sihat walafiat cuma letih je.”
Aisyah
mengangguk lantas bergerak ke almari miliknya. Aku hanya memerhati.
Barang-barang milik Aisyah tersusun cantik. Bajunya dilipat kemas. Tudung di
tempat lain dan beberapa barang lain di letak teratur. Sememangnya Aisyah
seorang yang berdisiplin dan kemas! Dan juga seorang yang lemah lembut. Entah
bilalah aku nak tengok Aisyah versi ganas ya? Mungkin waktu silat kut sebab
Aisyah ada beritahu aku yang dia masuk silat.
“Err..
Syah, nak tanya boleh?”
Aisyah
mengangkat kening. “Yup?”
Aku
sudah duduk bersila di atas katil sambil memandang ke arahnya. Senang sikit
sebab katil kami bersebelahan. Wana menghilang entah ke mana bersama Iman dan
D.
“Kalau
aku tak pergi malam ni boleh tak?” pintaku dengan muka comel.
“Kenapa?”
tanya Aisyah lembut. Sememangnya Aisyah seorang yang lembut tutur kata dan
sopan. Untung siapa jadikan dia menantu. Pasti keluarganya juga begitu. Sejuk
hati memandang. Kalau aku ada abang, dah lama aku suruh dia tackle si Aisyah Raudhah ni!
Aku
menggaru kepala. Apa nak jawab ek?
“Err..
aku banyak kerja sekolah...” bohongku. Macam tak ada idea lain ke Mai? Alasan
lapuklah!
Aisyah
menggeleng. “Cannot, dear. Kena pergi juga. Lagipun ini wajib bagi
penghuni asrama. Kan dah tertera dalam surat untuk penghuni asrama. Bacaan
yasin dan al-quran itu wajib. Yassin adalah jantung hati al-quran. Malam Jumaat
adalah malam terbaik untuk kita sebagai umat Islam mengumpul pahala kerana
ganjarannya memang besar. Itu belum lagi diamalkan baca surah-surah. Pahala
lagilah berlipat kali ganda.” Terang Aisyah.
Aku
terdiam. Memang betul apa yang dia kata. Kebiasaannya semua orang akan baca
yassin pada malam Jumaat. Aku pun tidak tahu kenapa tapi mengikut kata Aisyah
tadi, ganjarannya lebih berbanding hari lain. Macam yang Opah kata sewaktu di
kampung dulu. Tapi masa tu aku tak ambik pusing sangat sebab dok ushar si abang hensem kat situ yang tengah
berlatih silat dengan Tok Qud.
“Kalau
alasan period pun tak boleh sebab kalau kita uzur,
boleh duduk belakang kan? Kenapa nak missed daripada mendapat pahala? Orang senang
nak dapat pahala tapi ada caranya. Nak tau tak? Orang yang uzur ni banyak
untungnya daripada orang yang tak uzur.” sambung Aisyah seperti tahu saja yang
aku akan berikan idea tersebut.
“Sebab?”
“Sebab
mereka tak payah susah-susah bazirkan air liur dengan membaca. Duduk tepi,
dengar bacaan al-quran, dah dapat pahala sama seperti orang yang membaca tu.
Lepas tu kalau kita ni dari kalangan yang serba tahu tentang tajwid, then kita tegur kesalahan mereka, kita juga
dapat pahala sebab membetulkan kesalahan. Kan seronok? Banyak pahala kita
dapat.” Ujar Aisyah sambil tersenyum manis. Dia melipat tuala kecil yang selalu
digunakan untuk mengelap rambutnya lalu disangkut pada hanger.
Aku
yang mendengar mula menunjukkan muka seronok dan berminat. Ada betulnya kata
Aisyah. Kita dengar aje mereka baca, dah dapat pahala. Itulah untungnya umat
islam.
“Maksudnya
kalau kita pergi ceramah agama pun sama jugak eh?” soalku lagi.
Aisyah
mengangguk sambil tersenyum. “Yup, sayang.” Aisyah melipat pula tudungnya yang
di sidai di ampaian tadi.
Aku
mengangguk mengerti. Jadi aku tak perlukan alasan untuk mengelat dari pergi
baca yassin ataupun al-quran kerana dua perkara itu amat penting dalam islam.
Dijadikan panduan dan rujukan oleh para umat islam. Tapi ada satu masalah lagi.
Baju?
“Aku
tak nak pakai baju kurung.” Rengekku. Aisyah tersenyum. Sememangnya dia tahu
bahawa rakan sebelah katilnya ini tidak gemar memakai baju ala-ala wanita
muslimah.
“Pilih
antara dua. Baju kurung atau jubah? Aku ada banyak jubah. Nak pakai?” soal
Aisyah mengusik.
Aku
menjuihkan bibir. Jubah? Memang seumur hidup aku tak pernah pakai!
“Baju
kurung pun baju kurung la...” putusku akhirnya.
Aisyah
menepuk tangan sambil tersenyum manis. Nampak manja gitu!
Akhirnya,
sampai juga aku di Dewan Putera. Last minute Cikgu Namisah memberitahu semasa di
aspuri tadi bahawa tempat untuk program malam ini terpaksa ditukar kerana
masalah teknikal. Dalam masa 4 minit, aku dan kawan-kawan sampai ke
destinasi.
Sesampai
saja di dalam dewan, pelajar lelaki dan perempuan di asingkan. Lelaki di
bahagian depan manakala perempuan di bahagian belakang. Dewan yang sangat
besar! Dewan Putera ni sebenarnya dewan badminton. Dewan sebenar sedang disiapkan kontraktor. Dalam dua tiga minggu lagi kami semua akan menggunakan dewan sekolah sebenar dan bukan dewan badminton ini lagi.
“Jom
duduk!” ajak Iman.
Kami
semua duduk di atas tikar yang terbentang luas. Semua penghuni asrama wajib turun
padang. Ada beberapa orang guru yang mengajar di sekolah turut sama turun
padang bagi menjayakan program bacaan yassin ini. Kebanyakann guru-guru muda
berstatus bujang. Iman menyenggol lenganku beberapa kali membuatkan aku
menoleh.
“Apehal
kau ni? Kecik-kecik tak pernah main senggol tangan ke?” geramku.
Iman
sudah tarik muka. Wana dan D ketawa mengekek manakala Aisyah hanya tersenyum.
Kami duduk selonggok.
“Bukanlah!
Aku nak suruh kau ambil yassin kat depan memandangkan kau duduk kat tepi. Susah
sangat!” bebel Iman tak puas hati.
Aku
tersengih. Oh yeke? Malu saya!
“Nak
berapa ya, kanak-kanak ribena?” usikku kepada mereka semua.
Wana
menjegilkan mata. D menunjukkan penumbuk. Iman ketawa mengekek.
“Ambil
banyak sikit la. Nanti boleh bagi kawan-kawan yang lain.” Ujar Aisyah sambil
tersenyum. Minah ni asyik senyum aje! Manalah orang tak berkenan. Senyuman yang
membuatkan pelajar lelaki cair. Awet muda.
Aku
mengangguk lantas berdiri, menyarung selipar dan terus berjalan ke tempat di
mana yassin di letak. Saat aku mahu mengambil yassin, satu tangan mendahuluiku
membuatkan aku terkejut.
“Uish!”
“Lain
kali jangan berangan! Nak ambik cepat!” perlian dari pemuda itu membuatkan aku
bengang. Lantas aku mengangkat muka.
Erk??
“Tolong
sikit ek! Kau yang salah. Main terjah aje!” marahku bila melihat orang itu
adalah Farhan. Memang aku akan panas hati bila berjumpa dengannya! Dendam belum
terbalas! Asyik dia aje yang balas dendam kat aku. Tak aci! Report kat aci baru tau.
Farhan
mengangkat kening. Salahkan orang pulak!
Aku
terus merampas yassin dari tangan Farhan dan bergerak semula ke tempat duduk.
Sempat aku jelirkan lidah kepadanya.
Farhan
hanya menggeleng. Anak sapelah
tu! Dia terus mengambil yassin yang lain dan duduk di bahagian lelaki.
“KORANG
dah siapkan kerja Miss Chia tak?” tanya Iman semasa kami sedang makan. Dewan
Putera menyediakan tempat yang memuatkan semua pelajar asrama baik lelaki
mahupun perempuan duduk. Dewannya yang sangat besar cukup untuk menampung lebih
seribu pelajar. Pelajar asrama berapalah sangat budaknya kalau nak dibandingkan
satu sekolah.
“Dah.”
Jawab Wana. Tangan menyuap roti jala ke dalam mulut. Lazat!
“Aku
belum lagilah. Pening kepala dengan soalan essay tu.” Runsing Iman. Dia menggaru kepala
yang gatal.
“Sejarah
mudah aje tapi cabarannya kau kena hafal la.” Ucapku selamba lalu meneguk air
sirap bandung dengan lazatnya. Dah lama tak jumpa air sirap bandung. Biasa
jumpa kat rumah orang kahwin. Itupun jarang ada. Dan ada kalanya tak sedap!
Iman
memuncungkan mulut. Tahu la kawannya yang seorang itu mendapat A dalam Ujian
Penilaian 1 lepas. Manakala Wana mendapat A-. Memang terror mereka berdua tu! Itu belum masuk lagi
Aisyah dan D. Aisyah juga dapat A- kalau tak silap. D pula ada peningkatan dari ujian diagnostik dulu.
“Kau
senang la sebab otak memang genius. Aku ni otak udang. Lembab!” Iman mengutuk
diri sendiri. Garfu yang sepatutnya digunakan untuk mencucuk makanan kini digunakan Iman
untuk ketuk kepala.
D
menyabarkan Iman yang serupa orang gila. Aku, Wana dan Aisyah ketawa.
“Nanti
kita buat study group la. Mana yang pandai, boleh ajar yang
kurang pandai. Tak kisah apa subjek. Lagipun tahun ni kan SPM. Baik buat
persediaan awal. Amacam?” cadangan Aisyah membuatkan kami berfikir.
“Aku
setuju!” D mengangkat tangan tinggi-tinggi.
“Aku
pun!” Iman juga.
“On!”
kataku serentak dengan Wana. Kami siap buat five
clap!
Aisyah
turut tersenyum.
“Aku
tak!” kami semua memandang ke arah orang yang mengatakan tidak itu.
Syafiq
tersengih sambil membuat peace.
“Apek
jual sayur dah datang.” Kutuk Wana selamba. Dia menyuap roti jala ke dalam
mulut.
“Apek
jual sayur kau kata aku??!” Syafiq menjegilkan mata.
“Hahahaha!”
pecah tawa lima gadis.
“Shut
up!” bengang Syafiq bila gadis-gadis nakal itu masih menggelakkan dia.
Bengang tau! Malu aje!
“Sorry.
We can’t.” Jawab Wana selamba badak menambahkan sakit hati Syafiq.
“Useless!”
balas Syafiq kasar. Tampak bengang bila Wana berkata begitu.
“What
did you called me?” kini mata Wana pula mencerun ke arah Syafiq yang
selamba duduk dihadapannya.
“Nothing,”
balas si pemuda. Sengaja kasi Wana marah. Bukan dia tidak tahu Wana memang
pantang kalau di usik. Meraung satu KL ni! Syafiq mengambil tempat di sebelah D
tapi jarak jauh. Mana boleh dekat-dekat!
Heeeeee!!!!
Wana sudah mula mengeluarkan asap. Tak lama lagi terbakar la dewan ni. Aku
menggosok belakangnya.
“Kau
nak apa, Fiq?” tanya Iman memainkan peranan bila Wana sudah memalingkan muka ke
arah lain. Benci sangat ke dengan Fiq ni? Adeh... benci-benci nanti suka! Kata orang tua-tua la.
Syafiq
tersengih. “Aku ada cadangan yang baik punya. Apa kata kalau kita sama-sama
buat study group? Lagi best!” cadangan Syafiq
membuatkan D teruja namun pantas ditolak oleh kami. Yelah... sebab ada jejaka
idaman. Tu yang D suka. Gatal!
“We
only allowed girls. Not boys.” Ujarku selamba. Ucapanku mendapat sokongan Aisyah
dan Wana. D dan Iman mendiamkan diri. Muncung bibirnya.
“Yes!”
Wana tersengih bangga. Thumbs up dinaikkan beberapa kali pada jejaka dihadapannya itu. Padan muka!
Syafiq
tarik muka masam.
“Dan
yang aku tahu tempat kau di sana. Bukan di sini. Sini tempat girls. Lainlah kalau kau....”
aku tidak menghabiskan ayat tetapi menatap Syafiq dari atas sampai bawah.
“Aku
bukan nyah okey! Aku tulen tau!” tegas Syafiq lalu menunjukkan otot pada
lengannya.
“Hahaha!”
Kami semua tergelak. Syafiq memang bikin kecoh la!
SUARA
gelak tawa dari hujung dewan menarik minat mereka yang berada di sini. Khairul
melihat Iman dan rakan-rakannya bergelak ketawa dengan lawak Syafiq.
“Kenapa
aku rasa macam nak cucuk aje Syafiq tu dengan garpu ni?” bentak Khairul dengan
nada geram.
Semua
faham apa yang diperkatakan Khairul. Mana tahan kalau awek yang dipuja dalam
diam bergelak tawa dengan teman baik. Sekali lagi TEMAN BAIK okey!
“Relax la.” Pujuk Izuan. Yang lain
mengangguk.
“Betul
tu! Daripada kau cucuk si Apek tu dengan garpu, baik kau cucuk roti jala tu dan
suap kat aku.” Jawapan bengong Ashraf membuatkan Khairul angin.
Dan
sebagai habuan, kepalanya diluku. Putera, Khair, Najib dan beberapa lagi rakan yang lain ketawa sakan melihat gelagat antara Ashraf dan Khairul.
Farhan
tidak menghiraukan mereka semua. Tangan ligat menyuap makanan ke dalam mulut.
Sambil itu matanya merenung setiap gerak geri seorang gadis.