BAB 11
Aku
duduk termangu seorang diri di Astaka Seri Dewi. Air pancutan kolam ikan aku
tenung dengan perasaan berbalam. Astaka agak sunyi kerana ramai outing minggu ini. Rakan-rakanku
tidak terkecuali untuk membeli belah kecuali Wana. Katanya malas nak keluar dan
menghabiskan duit. Aku tahu niat Wana. Dia mahu menemaniku sebenarnya.
Aku
mengeluh panjang. Suara mama masih terngiang-ngiang di telinga disebalik
tudung hitam yang kupakai ini. Teringat perbualan telefon antara aku dan mama beberapa hari lepas. Kata mama, lelaki yang digelar Uncle Umar itu akan datang pada hujung
minggu depan untuk merisik membuatkan jantungku berdebar. Mama ada bertanya
tentang keputusanku namun aku hanya berdiam diri. Abah juga ada bertanya namun
aku menukar topik lain. Yana pun ada SMS dan menyatakan perkara yang sama
sehinggakan kepalaku berdenyut memikirkan semua ini. Lantas mesejnya dibiarkan
begitu saja tanpa berbalas.
'Kenapa
aku? Kenapa tak orang lain? Kenapa? Kenapa?' soalan itu sentiasa berulang-ulang
dalam minda ini. Mata dipejam rapat lalu mendongak ke langit.
Tak
sampai tiga bulan aku kat sekolah ni dah kena bertunang. Logik tak? Ni yang
buatkan aku tak nak balik hujung minggu depan. Rasa nak duduk asrama je tak
pun lari pergi rumah Wana ke Iman ke tak pun Aisyah. Dapat cuti seminggu nak
rehat-rehat, tapi aku? Aku mengeluh lagi.
"Hah!"
sergah Wana sedikit pun tidak memeranjatkan aku. Malah aku bisa termenung.
Wana
pelik. Yelah selalunya kalau dia orang sergah aku, confirm aku tergolek kat bawah sampai
melatah-latah. Nguks punya member!
"Mai, kenapa ni?" tanya Wana bila aku berdiam diri.
Aku
menarik nafas. Nak bagitau ke tak nak? Nak ke tak? Nak ke tak? Aku pun punyalah
lurus sampai pergi kira kat jari sama ada aku nak beritahu ke tak. Wana yang melihat
semakin berkerut dahi. Lalu Wana menggoncangkan bahuku membuatkan segala sel
dalam badan aku bergegar. Dah macam kena renjatan elektrik! Pantas aku
menepis kasar tangannya. Wana direnung bagai nak telan.
"Kau
ni dah kenapa? Main goncang-goncang pulak! Bergegar semua anggota badan aku
tau. Lain kali kalau kau nak goncang-goncang, kau pergi goncang kat pokok
kelapa tu! Setidak-tidaknya dapat jugak minum air kelapa." marahku.
Wana
hanya tersenyum sambil buat simbol peace.
Ingat comel buat macam tu? Hanya aku seorang saja yang comel tau! Uih Mai, riak
tu! Pantas aku istighfar dalam hati.
"Kau
kenapa Mai? Daripada tadi lagi asyik mengelamun je. Aku panggil pun kau tak
sedar. Kenapa ni? Ada masalah ke?" tanya Wana lembut. Hati sahabat rapatnya cuba diselam.
Aku
mengeluh lemah.
"Hmm confirm masalah besar. Mengeluh bukan main
panjang. 6 harakat!"
sambung Wana lagi membuatkan aku merengus kasar. Main-main pulak!
"Eh
kau ni nak dengar ke tak?! Aku dah tengah serabut ni! Takde hati nak main dengan kau! Dengar kau
membebel." geram aku dengan si Wana ni.
Wana
kelihatan tercengang. Uiks, marah ke?
"Sorry, beb. Aku cuma tegur je. Janganlah marah." Wana memegang jemariku. Minta simpati.
"Sorry, beb. Aku cuma tegur je. Janganlah marah." Wana memegang jemariku. Minta simpati.
'Tu
la! Baru kau tau macam mana kau bila tengah marah! Selalu sangat membebel. Opah
aku pun tak membebel macam tu! Huh!' kutuk aku dalam hati.
"Aku
sebenarnya ada benda nak cakap dengan kau ni..." akhirnya aku mengalah
lalu menceritakan pada Wana dari A to Z. Tak missed satu pun!
Wana
terlongo bila aku dah habis sampaikan berita tu. Aku dengan baik hati menutup
mulutnya membuatkan Wana tersentak. Pantas tanganku ditepis.
"Kau
biar betul Mai? Tak percaya aku!" soal Wana tak percaya. Mulutnya masih ternganga.
"Suka
hati kau Wana kalau kau nak percaya ke tak. Yang penting aku dah ringankan
sikit beban kat kepala aku ni." aku mengurut kepala perlahan. Kalau dapat tukang urut kepala kan sedap! Minta Aisyah
urutkan la nanti. Dia pakar!
"Habis
kau setuju?" pertanyaan Wana menggelikan hati.
Aku
menyimpan senyuman.
"Kau
tahu jawapannya Wana." jawabku lalu bangun untuk melangkah pulang ke dorm
kami. Belum sempat aku melangkah, Wana menarik lenganku membuatkan aku terduduk
kembali pada bangku kayu tadi. Pergh!
Sakitnya! Boleh sengal pinggul aku!
"Sakitlah Wana!" hamburku sambil mengusap pinggul. Mama!!!
"Sakitlah Wana!" hamburku sambil mengusap pinggul. Mama!!!
"Baik
kau cakap betul-betul Mai. Kau terima ke?!" tanya Wana tak puas hati.
Aku
sekadar menjawab pertanyaannya dengan memberikan senyuman manis. Mendalam
maksudnya.
"Oh
no! You accepted! I can't believed it! Mai,
kau....??" Wana menggeleng-gelengkan kepala. Mungkin tak dapat terima
kenyataan yang aku bakal bertunang. Bertunang diusia muda!
"Dah
tak payah la kau main angguk-angguk geleng-geleng. Penat aku nak menengoknya!
Nanti teleng baru tau. Aku belum bagi kata putus la. Lagipun, kau tahu kan yang
aku terpaksa. Dah jom masuk!" putusku lalu menggamit tangannya yang masih
terkejut dengan berita ni.
Wana sekadar mengikut saja langkah kakiku. Fikirannya masih diawang-awangan.
Wana sekadar mengikut saja langkah kakiku. Fikirannya masih diawang-awangan.
Aisey.. dah
macam pimpin orang buta pula!
********
Pelajar
asrama yang lain sudah ke padang untuk bermain bola sepak. Ashraf turut sama
bermain bagi menghilangkan stress belajar, katanya. Aizat, Hakim,
Putera, Khair, Najib dan Syafiq bersemangat untuk bermain hari ini. Siap bet lagi siapa kalah kena belanja makan!
Apa-apa je. Nanti makan kat dewan makan juga. Sama je! Lainlah kalau outing.
Izuan
mengemas pakaiannya di dalam almari. Dia berpaling untuk mengambil seluar yang
baru sahaja dilipatnya. Semasa mahu mengambil seluar, matanya terlihat akan
Farhan yang sedang bersandar di kepala katil sambil memeluk bantal kepalanya. Wajah ketua pengawas itu lesu tak bermaya. Dah tu tenung macam nak tembus!
Izuan kehairanan. Lalu dengan cepat dia memasukkan seluarnya dan melangkah segera ke katil Farhan.
Izuan kehairanan. Lalu dengan cepat dia memasukkan seluarnya dan melangkah segera ke katil Farhan.
Bahu
Farhan dicuitnya tapi Farhan buat derk je! Lagi la Izuan pelik. Selalu tak
macam ni. Dia mencubanya sekali lagi. Bahu Farhan dicuit. Pun tak jalan juga!
Selang 3 minit berlalu, keadaan masih sama.
'Eh
budak ni! Ni dah melampau!' getus hati Izuan. Lalu Izuan mendekatkan mulutnya
ke telinga Farhan dan....
"Farhannnn!!!"
jeritnya sekuat hati.
Farhan
yang terkejut terus menutup telinga. Berdesing telinganya.
'Pergh!
Berdengung telinga aku! Kurang ajar punya member a.k.a sepupu! Urgh! Bengang betullah!'
gerutu hatinya.
Farhan
lihat Izuan dah ketawa berdekah-berdekah. ‘Tak guna kau, Wan! Nanti kau!’
Lalu
Farhan pun ambil bantal yang dipeluknya tadi dan melibas-libas si Izuan ni
sampai puas hati. Izuan mengelak pada mulanya dan akhirnya Izuan mengangkat
tangan tanda 'surrender'. Farhan punya la terkinja-kinja sebab dia
menang dalam pertandingan melibas Izuan!
"Aku
menang! Yeah! Aku
juara!" terlompat-lompat Farhan macam beruk dapat bunga ros! Kalau
budak-budak ni tengok perangai headprefect macam ni habislah! Mau dicanang satu
sekolah. Mana pernah ketua pengawasnya melakukan aksi sebegitu melainkan dengan Izuan saja dan dirumahnya. Hanya mereka berdua yang tahu.
Izuan
hanya menggeleng. Kelakar pun ada tengok sepupunya itu.
"Sewel
dah sepupu aku yang sorang ni. Macam mana nak bagitau Mama Hanani ni? Takut dia
sakit jantung pula kalau dapat tau." sindiran yang pedas diberikan kepada
Farhan membuatkan Farhan berang. Dia segera berdiri tegak. Tangan dicekak pada
pinggang.
"Weh kau ni dah kenapa? Nak sangat aku
sewel ke?" bengang Farhan bila dikata sebegitu. Kaki Izuan ditolak ke tepi
supaya dia dapat duduk di katilnya.
"Yelah
tadi dok mengelamun sorang-sorang lepas tu tenung bantal macam nak tembus then ketawa
kuat-kuat macam orang meroyan.” perli Izuan lagi.
Farhan
menayangkan penumbuk. Berani beritahu mama aku? Makan penumbuklah jawabnya.
"Kau
ada masalah ke, Han? Dari tadi aku tengok kau senyap je. Amirul Farhan yang aku
kenal bukan seorang yang suka termenung.” Izuan cuba menyelami hati sepupunya
itu dalam pada itu dia sempat menyelitkan ayat sastera. Mendalam maksudnya.
"Kau budak sains tulen ke sastera?" perli Farhan.
Izuan tersengih. "Part time!"
Farhan menjeling.
"Apa cer, bro? Ada masalah ke? Wanna share with your buddy?" tekan Izuan lagi.
"Kau budak sains tulen ke sastera?" perli Farhan.
Izuan tersengih. "Part time!"
Farhan menjeling.
"Apa cer, bro? Ada masalah ke? Wanna share with your buddy?" tekan Izuan lagi.
"Nope. Aku okey. Cuma..." ayat
Farhan tergantung di situ.
"Cuma
apa?" tanya Izuan tidak sabar.
Farhan
menghela nafas panjang.
"Wan,
kau tahu kan yang aku bakal bertunang?" soalan Farhan disambut anggukan
Izuan.
"So,
kau mesti tahu kan masa cuti minggu depan ni family aku nak hantar rombongan
merisik." kata-kata Farhan membuatkan Izuan terkejut besar.
"Time cuti? Gila cepat!" jawapan Izuan
membuatkan Farhan mengerutkan dahi.
"Aik,
takkan kau tak tahu?" soal Farhan hanya disambut dengan gelengan muka
terkejut beruk Izuan.
Farhan
mengeluh panjang. Baru dia sedar hanya Izuan saja tahu masalah ini. Beratnya masalah dia kena tanggung. Ini baru Izuan. Belum lagi saudara mereka yang lain.
"Yup! Next week, Wan. Dada aku
berdebar kau tau tak? Kau fikir apa perasaan aku? Dalam umur 17 tahun dah kena
tunang. Actually aku tak boleh terima semua ni sebab bukan
aku yang nak. Bukan aku yang pilih. Tapi mama dengan papa aku dah tentukan. Aku tak dapat buat apa-apa sebab aku masih lagi di bawah tanggungan mereka. Aku
ada terbaca info daripada ustaz dan ustazah yang mengatakan bahawa pilihan
orang tua adalah yang terbaik untuk kita sebagai anak, Jadi, aku rasa pilihan
orang tua aku mungkin tepat dan terbaik untuk diri aku. Jadi nak tak nak aku
kena terimanya juga. Aku tak nak jadi macam along aku. Aku nak gembirakan hati
orang tua aku walaupun aku terpaksa berkorban." ucapan Farhan
membuatkan Izuan terkedu.
Mereka
berdua mendiamkan diri. Farhan menjenguk di tingkap di tepi katilnya untuk
melihat pemandangan padang yang menghijau dan menyenangkan disamping fikirannya
teringat akan apa yang berlaku pada alongnya serta keluarga. Izuan pula masih
lagi memikirkan soal pertunangan Farhan.
"Han,
sebelum aku tanya ni aku nak kau jawab dengan jujur." ungkapan Izuan
membuatkan dahinya berkerut.
"Kau
sebenarnya dah ada pilihan hati ke?" soalan yang diutarakan oleh Izuan
membuatkan dirinya terperangkap.
Farhan
membisu. Pandangan dilontar ke luar jendela.
“Atau
kau masih teringatkan Nazatul?” pertanyaan Izuan membangkitkan rasa marah dalam
hati Farhan.
“Enough! Aku
dah tak nak dengar apa-apa pasal dia lagi. Please,
Wan! Dia adalah masa silam aku dan pilihan orang tua aku adalah masa depan
aku!” tegas Farhan lalu bergerak pantas meninggalkan Izuan yang terpinga-pinga
di dalam dorm ini.
“Nampaknya
Farhan tak boleh lupakan Naza...” keluh Izuan sendiri.