BAB 9
"Korang!
Cepatlah! Nanti kena denda! Mai! D! Hish! Cepatlah!" jerit
Iman dengan lantangnya.
"Aku
tak nak la, Man. Kau je la yang pergi. Aku takde mood nak bersukan segala ni." kataku
seraya mengambil bantal menutup muka. Sejak balik daripada sekolah lagi, aku
asyik memikirkan perkara ni.
'Hish!
Kenapa setiap sekolah kena ada sukan-sukan ni?? Benci la!' gerutu hatiku.
Aku
tersentak apabila bantal yang menutup muka tadi ditarik kuat.
"Kau
jangan nak ngengada Mai! Kau nak markah demerit kau
menurun ke?? Kita dah la tahun akhir kat sini. Kau nak time keluar sekolah nanti, sijil berhenti
sekolah kita cacat??" kata-kata Iman membuatkan aku berfikir semula.
"Betul
juga tu Mai. Nanti sijil sekolah cacat. Aku tak nak!" sampuk D..
'Ehh..
nyampuk pulak dia!' rungutku sambil menggigit bibit.
"Yelah...
yelah... Hummph!" akhirnya aku mengalah. Lalu aku mengambil
bantal dan baling kearah Iman. Terus saja aku keluar menuju ke bilik air.
"Mai!!"
kedengaran jeritan suara Iman diseluruh dorm Angsana 1.
***
Aku
berlari selaju yang boleh ke padang sekolah. Kawan-kawan aku yang lain semuanya
sudah pergi dulu.
'Padan
muka kau Mai! Tu la. Lambat-lambat lagi. Nak mandilah..macam-macam alasan kau
bagi! Sekarang tanggung la.' rungutku sendiri. Langkahku tetap dilajukan
sehingga sampai ke padang.
"Hah!
Tu dia kawan kita dah datang! Panjang umur dia. Jom sambut dia!" berkata
Farhan serta mempamirkan senyuman yang paling aku benci. Senyuman sinis!
Aku
terkedu tetapi langkahku tetap menghala ke astaka A tempat bebudak semua ini
duduk. Aku melihat semua orang memandangku. Ada yang tersenyum. Ada yang
berbisik-bisik. Ada yang bantai gelak. Ada yang tengok macam nak makan je!
'Apehal
pulak nak tengok aku macam tu?' hairan aku.
"Okey guys! Sekarang baru cukup ahli
kita. Jom kita suruh dia memperkenalkan diri. Awal kan dia
datang?"ujar Farhan lagi membuatkan aku hairan campur pelik.
"Awal
gila!" sahut seseorang yang tidak aku kenali. Selepas itu, terdengar
budak-budak kat stadium ni bantai gelak.
Farhan
tersenyum.
Izuan,
Ashraf, Khairul, Syafiq, Putera, Khair dan beberapa pelajar asrama yang tidak
dikenali duduk berlonggok satu bulatan di hadapan Farhan. Pelajar lelaki lain
duduk di tempat lain. Juga membuat bulatan seperti kumpulan Farhan.
Aku
menarik nafas. Penat berlari. Relax Mai. Cool. Jangan gelabah. Cool down, girls. Jangan
pandang mamat senget tu! pujuk hatiku.
"Okey stop! Now, sila memperkenalkan diri
awak then nyatakan sebab kenapa awak datang
lambat." Farhan dah mulakan misi untuk mengenakan gadis itu. Dan
kehadirannya yang lewat membuatkan idea jahat muncul di benak fikiran.
"Err...
er.. nama saya Nur.. Saffiya.. Humairah.. saya daripada kelas 5 Ar-Raudhah. Saya
datang lambat sebab.. sebab.. sebab..." tergagap-gagap aku nak jawab.
'Apa
yang aku nak goreng ni?! Takkan nak cakap yang aku mandi lambat pulak? Hah, cakap aku solat
lambat la.. boleh tak? Ke nak cakap aku tunggu turn mandi? Aduh..' gelisah aku sendirian.
Aku mencari kawan-kawan aku untuk meminta bantuan. Aku ternampak kawan-kawanku
duduk dalam bulatan mengikut kelas. Wajah kesian dipamerkan.
"Sebab
apa? Awak tunggu turn mandi ke? Aik, lamanya nak mandi.
Setahu saya, budak-budak asrama akan mandi pada jam 1.30 petang. Sekarang dah
pukul 2.30 petang. Hurmm?"
perli Farhan membuatkanku tersentak.
'Eh..
macam mana dia tau aku nak jawab tu??' detikku didalam hati. Aku terkulat-kulat
di situ.
"Okey
la kalau awak tak nak bagitau apa alasan awak, sebagai denda datang lambat,
awak akan didenda lari 3 pusingan dalam stadium ni dan kembali semula disini
tepat jam 3.00 petang. Setuju semua?" sambung Farhan lagi membuatkan aku
rasa tercekik!
'Babun
punya Farhan. Kau balas dendam lagi!' bengangku. Jemari dikepal erat.
"Setuju!"
majoriti semua setuju dengan idea gila mamat ni! Farhan tersenyum lalu menyuruh
aku memulakan larian mengelilingi padang stadium ini sambil melihat jam
tangan.
'Cinabeng kau Farhan! First-first datang dah kena macam ni. Jaga kau!
Aku akan balas balik!' tekadku lalu memulakan langkah larianku. First dah kena lari tanpa warming up! Apabila sampai di
hadapan Farhan, aku menjelirkan lidah seraya menjeling tajam. Yang paling aku
benci tengok dia punya senyuman. Senyuman sengaja campur sinis!
Dalam
diam Farhan tersenyum. 'Baru kau tau siapa aku! Permainan sudah pun bermula!
Balasan untuk orang yang sengaja cari nahas dengan aku.'
Izuan
dan Ashraf memandang sesama sendiri.
"Apa
hal pulak mamat tu senyum sorang-sorang? Gila ke?" tanya Ashraf berbisik.
"Entah. Happy kot tengok minah tu kena denda."
jawab Izuan ringkas. Tapi dalam masa yang sama, Izuan mula mengesyaki sesuatu.
'Kenapa
aku rasa macam ada yang tak kena antara Farhan dan minah tu? Dan kenapa Farhan
senyum? Setahu aku dia tak akan senyum kalau nak denda pelajar. Pelik ni!'
soalan itu bermain-main diminda Izuan.
“Wan,
jom! Warming up! Its time now!” Khairul yang
sudah berdiri bersama rakan-rakan yang lain memanggil Izuan. Kebiasaannya,
Izuan akan mengetuai dalam acara warming
up atau dalam bahasa Melayu,
aktiviti memanaskan badan sebelum bersukan. Ini akan menguatkan stamina dan
tidak berlaku sebarang kecederaan otot. Izuan digilai semua orang kerana sifat
pendiamnya. Memang dia menjadi rebutan hangat di sekolah kerana sifatnya yang
sopan dan hanya berkata jika perlu. Kecuali berdua dengan Farhan!
“Alright!”
Dan
pada waktu yang sama juga dari tempat duduk paling belakang sekali antara
kumpulan, Geng Diva Babe tersenyum kemenangan!
"Padan
muka budak tu kan, Ammy? Gatal sangat! Kan dah kena denda dengan boyfriend you." ujar Rini membuatkan
Ammy tersenyum lebar.
"Emm..
baru dia tau boyfriend I macam mana kan? Nampak sangat yang
Farhan sayangkan I. He he he..
biar dia rasa." jawab Ammy tergelak besar.
"Tapi,
macam mana pula dengan rancangan kita nak balas dendam kat dia" ketawa
Ammy terus berhenti bila Merlissa mengutarakan soalan itu. Dipandang gadis yang
sedang menggilap kukunya itu.
"Yang
tu akan tetap berjalan seperti biasa. Don't
worry girls." kata Ammy lagi bersama senyuman yang amat menyakitkan
mata.
“Semua
bangun sekarang! Warming up!”
jeritan Khairul mengejutkan mereka semua. Ammy dan rakan-rakannya segera
berdiri lalu beratur mengikut barisan yang ditetapkan untuk aktiviti tersebut
dengan perasaan senang hati.
+++
"Huih!
Penatnya! Letih badan ni ha. Datang-datang terus kena lari. Lepas tu pulak kena
buatkan air untuk dia orang semua. Nasib baik bahan semua ada! Tapi tak adil!
Ni semua kerja Farhan! Sesuka hati je nak suruh aku! Bagi pelempang kang
baru tau! Huh!" rungutku perlahan seraya memicit-micit kaki ku yang
sengal. Penangan lari tadi! Nasib baik tak semput.
Sebelum
berlari tadi nasib dia sudah warming
up sekejap dengan larian
pantas ke padang. Lepas tu kena lari lagi 3 pusingan. Dan selepas itu kena lari
lagi untuk berlatih. Nasib baik Cikgu Tania bagi rehat lima minit. Memang
menyakitkan dan memenatkan! Aku duduk di lantai sambil tangan mengurut perlahan
betis. Terasa sengal!
"Ehem...
kesiannya orang tukan? Kena buat semua kerja. Isk! Isk! Isk!" sindiran seseorang
membuatkan urutan tangan pada kaki terhenti. Segera aku mengangkat kepala
memandang Geng Diva Babe yang sudah berdiri di hadapanku.
"Nak
I tolong urutkan?" Ammy menayangkan senyuman manis.
Aku
hairan.
Apesal pulak minah-minah gedik ni ada kat sini?
Sibuk je! Konon nak tunjuk baik! Untuk pengetahuan korang, aku dah tau dah dia
orang ni sape. Ni semua
berkat pemberitahuan kawan-kawan aku. Sape lagi kalau bukan Wana, Aisyah, D dan
Iman. Biasalah. Bestfriend forever!
'Jangan
tunjuk baik dengan dia orang tu! Dia orang tu duri dalam daging! Pastikan kau
hati-hati.' amaran Wana sentiasa tersemat dalam kotak fikiranku.
"Eh
nak tolong? Tak payah la. Bukan sampai masuk ICU pun. Sikit je ni."
Aku mempamerkan senyum plastik. Cakap 'I , You! Nyampah aku! Rasa nak lempang
aje!
Ammy
bercangkung di hadapanku. Muka meluat ditunjuk. Jari telunjuknya di hala pada
mukaku.
"Eh!
You jangan salah sangka ya? Sebenarnya I pun tak nak tolong you. Saja
je I cakap macam tu. Itu namanya sindiran. Bukan betul pun. Ingat I nak
hadap sangat kaki you tu? Urgh,
please! Kaki banyak kudis! Takut berjangkit pulak dengan I nanti. Maklumlah, I punya body bersih dan suci dari sebarang
penyakit. Tak macam you. Peluh sana sini. Eee.. yekss!" jawab Ammy sambil
membuat gaya ala-ala nak muntah. Kawan-kawan dia yang lain tergelak sinis
kepadaku.
Aku
mengetap bibir.
'Dia
kata kaki aku banyak kudis?! Kurang asam!' bengangku. Ini boleh mendatangkan
marah!
Dalam
pada waktu yang sama, kelibat kawan-kawanku yang berlari dari trek menuju ke
sini. D dan Iman melambaikan tangan. Wana melihat penuh geram. Aisyah dengan
wajah tenang. Aku tersenyum semanis gula.
"Kaki
aku takde walau sekuman
kudis pun, Cik Ammylea. Tak payah la nak risau. Aku pun tak hadap dengan jari
jemari ala-ala 'sotong' kau tu. Takut berdarah pulak kaki aku kena dengan
jemari 'sotong' kau tu. Lagipun keturunan aku memang semua kakinya bersih dari
sebarang penyakit. Tapi tak tau la pulak korang camne kan? Harap muka je lawa kut.
Entah-entah ada kudis ke panau kat kaki tu tak nak mengaku pulak kan? Belakang
badan tak check lagi. Baik korang pergi buat check-up.
Nanti melarat susah. Tak dapat la kaki yang cantik, putih mulus seperti aku ni
kan?" ujarku menyindir mereka dengan gaya gedik. Orang kata apa? Mengajuk!
Sambil tu aku tunjukkan juga kaki aku yang sememangnya putih bersih dan mulus
itu.
Ammy
sedaya upaya menahan kemarahan. Wajahnya merah bagai dipanggang. Pengikutnya
sudah menunjukkan muka tak puas hati.
"Apehal
ni Mai? Woi, apa yang korang buat kat dia hah?" marah Wana pada geng Diva
Babe.
Geng-geng
itu tersentak bila disergah.
"Kau
jangan nak tuduh sembarangan ek? Mana ada kami kacau kawan kau. Kawan kau yang
kacau kita orang dulu!" jawab Rini menegakkan benang yang basah. Korang
memang tak pandai nak cipta ayat yang benar! Selalu je menipu. Heh!
"Dah
terang lagi bersuluh. Nak cakap Mai yang mulakan dulu. Korang kalau nak cakap
logik la sikit." ambik kau! Kena sekali sindiran Iman yang pedas kaw-kaw!
“Aku
rasa BM kau mesti failed kan?” perli D membuahkan tawa kami.
Muka
Rini berubah. Dia bergerak selangkah ke belakang. Takut jugak dengan minah
Kedah dan D ni. Dan lagi satu tekaan mereka benar. Rini memang selalu failed BM sejak tingkatan 1.
"Lagipun
takkan la korang nak duduk kat tempat yang macam ni kot. Tempat ni kan panas.
Manalah tahan dengan kulit omputih korang tu kan? Lainlah kalau ada sebab yang
munasabah. Contohnya nak mendekati Humairah?" sindir Wana. Memang tepat
sekali!
Ammy
sudah terkulat-kulat di situ. Rakannya juga menelan liur. Pandai pula Wana
teka. Kena pulak tu!
"Kalau
tak salah aku, tempat korang yang ada kerusi bunga-bunga tu kan?" sampuk D
sambil memuncungkan mulut menunjukkan tempat mereka. Terus pecah ketawa aku. Dah
tak tahan dah ni! Yang lain hanya memandang aku dengan pandangan yang pelik.
“Apesal
Mai?” soal Aisyah hairan.
"Ada
ke nak pergi kat stadium pun kerusi nak cantik-cantik? Ada kerawang-kerawang
bagai! Ingat puteri apa? Puteri Buluh Kasap? Rumput mana yang korang cabut ni?
Dah tu baju tak boleh blah! Pink! Speck pun nak pink! Ha ha ha!” ketawaku tak boleh
berhenti menyebabkan kawan-kawan kuturut sama ketawa. Geli hati dengan
kata-kataku.
“You!!!”
Muka
Diva Babe terus membahang! Marah atau malu? Mereka terus bangun berlalu
meninggalkan kami. Aku sempat melihat Ammy memandangku dengan pandangan yang
tajam. Ingat aku takut! Kau belum kenal lagi sape Humairah. Sekarang kau dah isytiharkan
diri sebagai musuh aku. Baik! Aku akan hadapinya.
“You
are too much! Beware girls! Kau
belum kenal siapa aku. Ini Tengku Ammylea Ruhaila
okey? Jangan cuba bermain dengan api!” Ammy mengunjukkan telunjuknya kepadaku.
Aku menjelirkan lidah. Tak takut pun!
“Kau
yang sepatutnya jangan berani jolok sarang tebuan. Kau belum kenal siapa kami. You should beware, girls!”
Wana membalas dengan tegas. Panahan mata Wana membuatkan mereka terus beredar
dari situ. Sakit hati!
Tanpa
aku sangka, beberapa pelajar lelaki yang berada di tepi trek turut sama melihat
aksi kami.
"Whoaa! I'm impressed! Dahsyat tu! Tak
pernah aku tengok Geng Ammy malu sampai macam tu sekali. Cayalah dia
orang!" kagum Ashraf dengan kehebatan kami 'menghalau' geng Diva Babe.
Selalunya mereka melihat Ammy menghalau orang. Ini Ammy yang dihalau oleh
orang.
"Han,
kau kenapa? Dari tadi lagi asyik senyum je!
Lepas tu termenung. Apesal? Any
jokes here?"
tanya Izuan bersama anggukan Ashraf. Khairul dan Syafiq sudah berada di dalam
trek bersama rakan-rakan yang lain. Latihan lumba lari 4 x 100 meter sedang
dijalankan. Aizat ke tandas bersama Putera dan Hakim. Memang sahabat sejati
betul.
"Nope.
Dah jom berlatih!" kata Farhan lalu pergi meninggalkan kawannya yang
terpinga-pinga. Dalam tidak sedar, Farhan tersenyum lagi.
Izuan
hanya memerhatikan gelagat Farhan. Dia dapat rasakan yang Farhan ada
menyembunyikan sesuatu daripadanya. Gelagat Farhan agak mencurigakan waktu ini.
'Aku
kena siasat ni!' berkata Izuan dalam hati. Sambil itu, mata Izuan memerhatikan
juga gelagat Humairah. Cun juga minah ni. Tapi kenapa setiap kali aku merenung
matanya, kenangan ketika kecil berlayar diruangan mata? hatinya tertanya-tanya.