BAB 6
Hari
ni hari yang paling bahagia buatku kerana minggu ni kami budak asrama
dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah sebulan aku berada di asrama.
Pihak asrama tidak membenarkan pelajar pulang ke rumah sebelum genap sebulan
kerana mahu mereka menyesuaikan diri dengan keadaan di situ. Namun selepas ini
penghuni asrama akan dibenarkan pulang sekali setiap dua minggu. Itulah
syaratnya!
Semua
pelajar asrama sedang berkemas-kemas siap untuk balik ke kampung. Tidak
ketinggalan diriku jugak yang sibuk berkemas. Biasalah, excited gila beb nak balik! Beg plastik di
hujung katil aku ambil lalu aku masukkan segala barangan basah.
"Amboi
Mai! Macam nak balik terus je aku tengok. Macam tak nak duduk sini
lagi. Semua baju kau sumbat dalam beg." teguran D memeranjatkanku. Yelah..
tengah syok kemas-kemas, alih-alih ade je yang nak tegur. Kacau betul!
"Haah.
Aku nak balik terus. Duduk sini tak best.
Baik aku balik je." Aku
berkata selamba.
Laju
tanganku memasukkan baju yang sudah dilipat ke dalam bagasi. Sekali tengok
memang orang akan cakap aku nak balik terus. Wahahahaha... Alah! Kalau nak tahu, baju-baju
yang aku tak sempat basuh, aku sumbatkan aje dalam beg. Memang busuk la
jawabnya! Nanti sampai rumah aku basuh la semua tu. Lagipun aku mahu menukar
baju. Bosan jugak asyik baju yang sama sentiasa.
Tapi
aku dapat rasakan, kelakuanku diperhatikan. Aku mengangkat muka memandang ke
arah D.
Zappp!!
Pandangan
kami bertemu. Aku dapat rasakan pandangannya tajam. Bagai keris yang menunggu
masa untuk landing di dada!
"Kau
cakap apa tadi? Nak balik terus? Kau memang tak suka duduk sini kan? Sebab kita
orang kan?" D bersuara sebak. Air matanya bertakung tunggu masa untuk
mengalir.
"Ala
D..aku gurau-gurau aje la. Jangan macam ni. Aku balik sekejap je. Bukan balik terus pun. Janganlah
merajuk. Sensitip la kau ni.." pujukku sambil
memeluk bahunya.
"Aku
tau kau memang tak suka duduk dengan kitorang. Yelah sape la kita orang ni kan. Sekadar tempat
untuk berseronok je. Lepas tu kau
tinggalkan kami." kata D lagi sambil menyapu air matanya.
"D!
Apa kau merepek ni? Sampai hati kau cakap aku macam tu. Selama aku duduk
sebulan kat sini, aku happy sangat-sangat tau! Tambah-tambah ada
korang. Memang life aku berubah bila kat sini. Jangan
cakap macam tu lagi. Kalau kau cakap lagi, memang aku terus balik. Tak nak
duduk sini lagi. Kau nak?" gertakku kepadanya. Geram juga aku dengan minah
ni. Kalau adik aku dah lama kena luku.
"Uish..
tak nak la. Jangan balik terus. Okey-okey aku tak amek serius. Janji ek jangan tinggalkan kami?" pinta D
sambil meraih tanganku.
"Kalau
aku cakap aku nak balik terus macam
mana?" soalku tersengih nakal.
"Maiii!!!!"
kedengaran jeritan suaranya membuatkan dorm ni bergegar. Nasib baik la ramai
yang dah balik.
Aku
ketawa mengekek-ngekek bila tengok dia macam tu. Haaaa.. takut minah ni kalau
aku balik. Dalam diam aku akui, sememangnya bila aku duduk di asrama, aku lain
daripada yang lain. Kelakuanku berubah. Perangai lamaku seperti ghaib.Yang
tinggal cuma perangai kasar dan ganasku saja. Aku mula berpakaian ala-ala
wanita melayu terakhir. Aku mula memakai baju kurung yang sememangnya aku benci
dulu. Ahaks! Tapi secara
perlahan-lahan. Syukurlah.. 'Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah'. syukurku
dalam hati. Pengalaman paling berharga. Semuanya berkat kesabaran korang!
***
"Mai,
ingat tau jangan lupakan kami." ucap Iman. Air mata nak terkeluar dah aku
tengok.
'Ratu
air mata betullah.' omel hatiku.
"Yelah..
aku tak lupa. Ala, aku balik sekejap je. Nanti aku balik semula la. Korang ni
apelah. Kan korang balik juga? Apa yang nak nangisnya ni?" aku menepuk
dahi. Susah sangat ke nak lepaskan aku balik? Adeh... memang macam ni ke
budak-budak asrama kalau nak balik? Aku memang tak tahu sebab aku budak baru di
sini.
"Mai,
jom!" panggilan mama membantutkan 'drama' kami. Huh! Nasib baik mama
datang! Kalau tak memang aku kena sediakan baldi untuk dia orang semua.
"Okey,
ma. Okey korang. Aku chaow dulu ek. Nanti aku call. Bubye.." Aku bersalam
dengan Wana, Iman, Aisyah dan D. Sanggup mereka tidak pulang dahulu kerana mahu
pulang bersama-sama denganku. Terima kasih korang..
"Jangan
lupa call. Aku tunggu.
Okey bubye.." ujar D
lalu memeluk tubuhku.
Aku
pun melangkah pergi ke kereta mama sambil membawa membawa bagasi berisi baju
aku.
'Berat
la pula beg aku ni. Macam batu pun ada jugak!' rungutku didalam hati. Lalu
kereta Proton Perdana milik mama mula meluncur laju keluar daripada perkarangan
asrama puteri. Aku melihat mereka di tingkap kereta sambil melambaikan tangan.
'Ahh..mesti
aku rindu dengan korang nanti..' getus hatiku.
***
"Best sekolah baru, sayang?" tanya mama
yang sedang memandu. Abah tak dapat ambil sebab ada hal. So, mama la yang amek seorang diri.
"Mana
yang lain, ma? Kenapa dia orang tak ikut? Kesian mama drive sorang-sorang." soalan mama tidak
ku jawab malahan aku melontarkan soalan lain kepadanya.
"Yana
kan duduk asrama. Macam mana nak ikut? Achik pula ada kelas tambahan. So, mama sorang-soranglah. Abah
kena kursus." ujar mama tenang.
‘Oh
lupa! Yana duduk asrama!’ keluhku.
“Maknanya
mama duduk berdua aje la dengan achik?” tanyaku lagi.
“Tak
la. Dengan abah. Abah kursus kat area Kluang aje.” Signal membelok ke kanan
diberikan.
"Oh yeke.." kataku sepatah.
Mengantuk la pulak! Baru
masuk dalam perut kereta dah mengantuk. Mana tak. Aircond ada! Depan muka pula tu! Memang sedap
la!
"Mai,
mama tengok Mai dah lain la sekarang." tegur mama sambil tersenyum.
Aku
mencelikkan mata.
"Apa
yang lain, ma? Mai pakai baju terbalik ke? Ke muka Mai dah jadi macam alien? Ke
anak mama dah jadi macam princess?
Ke Mai makin gemuk?...." belum sempat aku menghabiskan kata-kata, mama dah
potong.
"Yang
ni mama tak suka. Perangai tak berubah lagi. Merepek aje kerjanya."
Mama tidak senang dengan perangaiku. Hu hu hu! ni Humairah la ma.
Perangai takkan berubah punya! Dalam 5 minit saja, mataku mula membuka kilang.
Kilang taik mata!
p/s:
sorry ye.. n3 kali ni agak pendek.. err, bukan agak pendek tp serius pendek...
insyaAllah akan diusahakan nanti.. hehe