Bab
5
"Phewiitt!
Phewiittt!"
"Hai cik adik manis. Cun seh malam ni!"
Kedengaran suara-suara sumbang
macam katak bila aku dan kawan-kawan aku melangkah masuk ke dalam Dewan Putera.
Ikan emas? Kurang asam betul!
'Aisey, apesal la buat ceramah kat
Dewan Putera? Kenapa tak kat asrama. Kan senang? Lepas tu sibuk panggil bebudak
yang tak ada kena mengena dengan program.' gerutu hatiku.
"Huish! Sombongnya! Meh la sini duduk dengan abang yang gagah
lagi hensem ala-ala Lee Min Ho ni wahai cik adik Humairah ku sayang..."
kata seorang mamat.
Aku yang sedang berjalan terus
terhenti langkah. Mata kutoleh ke kiri ke kanan mencari gerangan yang memanggil
namaku itu. Saat itu aku terlihat akan sekumpulan mamat perasan sedang
tersenyum sumbing sambil mengisyaratkan aku duduk bersebelahan dengan dia.
"Ek? Duduk dengan
kau? Kirim salam awal-awal la weh!
Lagi satu, rupa kau tak macam Lee Min Ho pun. Muka macam mat gian pecah rumah je aku
tengok." kutukku selamba membuatkan teman-temanku yang lain terburai
ketawa.
Terkedu lelaki tu. Kawan-kawan
mereka seakan mahu ketawa tapi ditahankan. Takut dimarahi. Memang berani mati
perempuan ni!
"Alah.. marilah. Jangan
malu-malu." kata mamat tu lagi tak puas hati sambil menarik tanganku.
Aku tergamam bila dia tarik
tangan aku. 'Ini dah melampau!!' getus hatiku.
"Woit lepas la! Kau apehal?
Bukan muhrim la weh!
Lagipun aku tak suka nak ber'abang-abang' dengan kau! Lepaskan tangan aku!
Lepas!" jeritku.
"Kau lepaskan dia la,
Eriq!" Wana memegang tanganku.
Semua mata kini memfokus kepada
kami dibelakang. Aksi tarik menarik telah melenyapkan suara mereka. Aisyah, D
dan Iman tidak membantu sebaliknya mengeluarkan anak tekak mereka.
"Alah sayang... tak payah la
malu-malu. Kau bertuah tau dapat duduk dengan aku. Bukan calang-calang orang
boleh duduk dengan aku. Kau tau tak, aku dah lama suka dekat kau sejak kau mula-mula
masuk ke sekolah ni. Marilah Mai... boleh kita bergurau senda, beramah
mesra." ujarnya lagi sambil cuba menarik aku supaya duduk dengan dia.
Aku cuba bertahan semahunya. Wana
tetap memegang tangan kananku namun dia tidak berjaya menarikku dari lelaki
perasan itu.
"Euww! Bertuah la
sangat duduk dengan kau! Lagi dapat bala adalah! Sekarang aku cakap lepaskan
tangan aku sebelum aku tumbuk muka kau sampai kau dah takde gigi langsung! Atau kau nak aku
tendang 'ehem-ehem' kau? Huh?' jeritku lagi tapi macam biasalah! Budak
yang tak makan saman! Agak-agak polis pun fed-up dengan orang yang macam ni.
Silap-silap boleh masuk hospital sakit jiwa!
"Apa yang 'ehem-ehem'
tu? Bagi tahu la abang.." ujar mamat tu lagi sambil tersenyum nakal. Makin
gatal!
"Kurang ajar! Kau lepaskan
tangan aku Wana! Biar aku ajar mamat ni!" tangan sudah dikepal dan
bila-bila masa saja boleh melayang ke muka senget campur perasan dia itu.
Jangan ingat aku tak berani! Aku ada tali pinggang buaya! Err... boleh guna ke?
Lantaklah! Yang penting memang aku nak muka mamat ni senget. Kali ini nasihat
abah dan mama sudah tidak kuendahkan. Wana sudah tercengang di belakang.
"Kau lepaskan dia
sekarang!"
Kedengaran satu suara yang datang
dari arah belakang. Hero datang menyelamatkan heroin! Semua orang pusing
belakang. Aku yang mahu menumbuk muka mamat itu tadi terus terbantut. Aku
ditarik Wana kembali kepada kawan-kawan di belakang.
Sekumpulan mamat perasan tadi
turut memanjangkan leher mencari gerangan yang memanggil.
Aku menoleh ingin mencari suara
itu. Apabila aku pusing belakang dan..... ek?
Dia ke? Aku melihat dia and
the geng melangkah masuk ke
dalam Dewan Putera. Gaya jalan macam dewan ni mak bapa dia punya. Selamba
habis. Khairul dan Syafiq pun ada sama? Putera? Hakim? Senang cerita bebudak
kelas aku dan yang aku kenali turut bersama Farhan.
"Kau apehal nak suruh aku
lepaskan dia? Kau siapa? Buah hati dia? Husband dia ke? Huh?" bengang lelaki yang
menarik tanganku itu.
"Kenapa kalau aku tunang
dia, laki dia atau buah hati pengarang jantung dia? Kau ada masalah ke? Tak
puas hati dengan aku, Tengku Hadzriq?" ucap mamat berlagak a.k.a ketua
pengawas yang konon-konon hero. Farhan yang memakai baju Melayu berwarna hijau
muda itu berpeluk tubuh. Pada itu, semua gadis terpesona dengan gayanya. Aku
pun sedikit sebanyak tangkap lentok dengan dia.
‘Hesy! Lupakan Mai! Time ni la kau nak lentok-lentok!’ desis
hatiku. Tapi aku suka tengok baju dia. Maklumlah warna kegemaran aku. Heee....
"Kau tak payah nak berlagak
la Farhan! Kau ingat dengan pangkat yang kau pegang tu, kau boleh challenge aku? Boleh jalanlah! Kau jangan ingat
bapa kau berpengaruh kat sekolah ni, kau boleh arah orang sana sini? Kau ingat
kau boleh beli semua cikgu kat sini?" Lelaki yang dipanggil Tengku Hadrziq
atau Eriq tetap tidak puas hati.
Aku rasa macam ada yang tak kena.
Permusuhan kawan atau lawan? Pantas aku mendekatkan bibir ke telinga Wana.
"Apa yang mamat-mamat ni
merepek?" bisikku pada Wana. Wana mengisyaratkan supaya diam.
Dia masih setia merenung
kedua-dua teruna itu. Pelajar lain juga kebanyakannya berkerumun ke arah kami.
Nak tahu kisah benar! Ada juga yang berbisik-bisik mengenai ketua pengawas dan
pelajar bermasalah.
Saat itu mataku terpandang akan
Khairul dan Syafiq, pengikut setia Farhan. Khairul yang terperasan dirinya
direnung pantas berkalih pandang.
Aku mengangkat kening ala-ala
Ziana Zain kepadanya. Khairul tersengih sambil membuat peace. Syafiq melambaikan
tangan, gaya macam tak pernah jumpa!
"Kalau bapa aku berpengaruh
sekalipun apa masalahnya? Dan kenapa kau tak puas hati sangat dengan aku?
Aku tau kau tak puas hati pasal apa. Pasal perebutan kuasa? Kau cemburu dengan
jawatan yang aku miliki sebab tu kau buat perangai. Kau ingatkan? Kau sendiri
yang cari pasal, kau huru harakan sekolah tahun
lepas, kau hampir-hampir nak bakar makmal lama tu. Memang patut pun Cikgu Badri
tak pilih kau. Agak-agak boleh terbakar kalau sekolah ni kau yang pegang. Cikgu
pilih aku kerana dia yakin dengan kebolehan aku. Bukan dengan niat membakar
makmal sekolah. Cikgu Badri kesian kat kau sebab tu kau terlepas. Kalau tak,
memang kau akan dibuang jauh dari sekolah ni." sinis Farhan lagi sambil
tersenyum.
Mata aku terbeliak. Ba.. bakar
mak... makmal?? Biar betul?? Bahayanya mamat ni! Aku menelan liur. Rahang jatuh
ke bawah.
Tengku Hadzriq sudah tidak
terkata apa-apa. Bibirnya diketapkan kuat. Tangan dikepal erat. Menunggu masa
untuk melayang kepada sesiapa saja.
"Kau....!!!"
Namun kata-katanya terhenti bila
penceramah sudah sampai. Semua pelajar mula mengambil tempat masing-masing. Aku
dan kawan-kawan cepat-cepat duduk di kerusi bersama pelajar perempuan yang
lain. Manakala Farhan and the
geng duduk kat tempat lelaki. Kenapalah aku tak duduk aje tadi kan
senang? Tak payah nak menyibuk kat situ! Buang karan aje! Beberapa pelajar
perempuan yang lain merenung ke arahku namun aku buat tak peduli.
Tengku Hadzriq pun sudah duduk
dengan geng-geng dia semula. Muka tak payah cakap la. Memang
merah gila! Macam cili boh! Tapi
si Farhan tu aku tengok selamba je. Cool habis! Semua pelajar mula memberikan
perhatian kepada penceramah itu tadi.
"Oh ya... tadi tang dekat belakang tu ada apa ya? Nampak
macam tengah bincangkan sesuatu yang penting. Mungkin boleh dikongsikan bersama
saya." kata penceramah itu lagi seperti telah melihat apa yang berlaku.
Semua pelajar mendiamkan diri.
Penceramah ni nampak ke sesi gaduh tadi? Tiba-tiba Farhan bangun dan menyatakan
bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku. Hanya perselisihan faham saja.
'Nasib baik pandai cover si Farhan ni! Kalau tak, habislah!
Tapi boleh diterima pakai ke alasan tu? Ah! Lantaklah! Janji selamat.' getus
hati perempuanku.
"Okey kalau tiada apa-apa
boleh kita teruskan dengan program kita. Bismillahirrahmanirrahim..."
“WANA, betul ke si mamat keparat
tu buat kerja macam tu?” soalku ketika kami sedang melingkar di atas katil.
Selesai saja majlis, aku terus pulang ke asrama. Malas nak makan. Aku siap
suruh Wana tolong tapaukan untuk aku. Wana yang melihat aku berjalan pulang
seorang diri terus menyuruh Iman mengambil makanan untuk mereka. Iman pulak
yang jadi mangsa. Kesian minah Kedah tu!
“Mamat keparat? Siapa tu?” Tanya
Wana blur. Buku latihan
Add Math di tangan terkulai.
Aku menepuk dahi. Alamak! Aku
lupa. Aku seorang aje yang gelar dia macam tu.
“Budak yang berani pegang aku
tadi la,”
Wana mengangguk mengerti. “Buat
kerja yang macam mana?”
“Bakar makmal lama.”
“Memang ada ura-ura yang
mengatakan Hadzriq cuba membakar makmal namun berjaya dikesan oleh guru. Pantas
betul mereka bertindak!” kata-kata Wana amat menggelikan hati.
“Oh Wana! Tolonglah jangan guna
bahasa baku! Naik berbulu mata dengan telinga aku tau tak?” ujarku lagi dengan
perasaan geli geleman. Tangan pantas menekup telinga.
Wana ketawa besar.
“Woit, story apa meh?”
muncul Iman, D dan Aisyah dari luar.
“Korang ni cubalah masuk bagi
salam dulu. Apa dah tak ingat macam mana nak beri salam? Meh sini aku ajarkan!” perliku sengaja.
Iman dan D tersengih. Aisyah
menekup mulut. “Sorry...”
Aku dan Wana menggelengkan
kepala. Apa nak jadilah budak-budak zaman sekarang ni?
“Korang cerita apa?” tanya Iman
kembali setelah soalannya dicantas dengan perlian Humairah.
Aku mengisyaratkan Wana supaya
bercerita. Dan Wana pun bercerita daripada A sampai H aje kerana Cikgu Namisah
sudah membunyikan siren menandakan waktu untuk tidur. Pukul 11.00 malam!
“Wana, esok sambung daripada I
sampai Z tau. Tadi tak habis.”
Mengekek-kekek kami ketawa di
dalam dorm tersebut. Baru aku ketahui tinggal di asrama meninggalkan memori
terindah dalam hidup.