“Mai...”
tegur Khairul, rakan sekelasku merangkap ketua tingkatan dan Biro Asrama Putera.
“Hoi...”
sahutku lemah.
“Lambat
masuk pi mana?” tanya Khairul lagi. Syafiq dan
Hakim merenung diriku. Alhamdulillah selama seminggu lebih aku disekolah dan
kelas ini, mereka menerima aku seadanya dan kini kami rapat memandangkan aku
tinggal di asrama. Khairul banyak tolong pasal asrama. Syafiq juga banyak
bercerita. Antaranya tentang hantu asrama! Menyirap betul aku dengan mamat
sorang ni.
Aku
terdiam sebentar. “Ada hal sikit.” Aku terus berjalan menuju ke tempat duduk di
sebelah Wana dan dibelakang D.
"Kau
pergi mana Mai??" tanya Wana apabila aku mulai duduk di kerusi.
Aku
mengeluh nafas berat.
“Mai...”
“Tadi
aku kena tahan.” Ucapku tanpa disuruh.
Wana
membulatkan mata. D yang terdengar terus memusingkan badan. Botol air segera
ditutup. Rakan sebelah D, Anisa tidak hadir kerana demam. Jadi D senang pusing
ke belakang. Bosan katanya!
“Apa
Mai?!” soal D dengan nada lantang. Hinggakan beberapa orang pelajar menoleh ke
arah kami.
“Aku
kena tahan dengan mamat berlagak campur gila dan bengong!” ucapku selamba.
Wana
dan D terdiam.
“Dengan
siapa?” tanya Wana prihatin. Dalam hatinya mengagak......
“Pengawas
atau lebih tepat ketua pengawas!”
Seisi
kelas yang tadi bising kini terdiam. Masing-masing memandang ke arahku. Uiks!
Apehal pandang-pandang? Terasa aura disekeliling menyeramkan. Lebih-lebih lagi
sekumpulan pelajar perempuan yang duduk di belakang Putera dan Hakim. Pandangan
tajam dihadiahkan tatkala mereka memandang ke arahku.
“Kau
kena tahan Humairah?” tanya Khairul terkejut.
Aku
mengangguk. Lagi sekali mereka terkejut. Syafiq sudah berbisik dengan Khairul
dan Hakim. Putera sedang membuat kerja sekolah yang tak siap.
“Apehal
korang ni? Macam nampak hantu aje! Apa pelik ke kalau aku kena tahan dengan
mamat psiko tu?” pelikku.
“Tak
ada apa-apa.” Khairul pantas geleng. Dia mula membuat kerja sendiri.
“Ek?
Wana, apehal dia orang tadi? Serius aku tak faham!” pintaku.
Wana
mengeluh. Dia menarik nafas sebelum berbicara.
“Kau
tahu tak, buat julung-julung kalinya kau adalah wanita pertama yang cari pasal
dengan ketua pengawas kita tu.” Kata-kata Wana membuatkan mulutku terlopong.
Badan terus tegak. Macam tiang bendera sekolah!
"I'm the first one?" mulutku
terlopong.
"Yup!"
anggukan daripada Wana dan D membuatkan aku rasa nak tercekik.
"I can't believe it!"
"You must believe it." tekan Wana lagi.
Aku
mematahkan jari dengan kasar.
“Tapi
aku tak buat salah okey!” bantahku.
D
pantas menggeleng. “Kalau tak buat salah, macam mana kau boleh kena tahan
dengan dia? Kau ada buat benda yang bukan-bukan ke? Atau...”
“Aku
tak pakai kad matrik.” Ujarku perlahan tapi cukup tajam bagi mereka.
Wana
dan D mengerutkan dahi.
"Tak
pakai kad matrik pun kena tahan?" D bingung. Bukan ke....?
“Yup!
Tapi aku tak salah sebab aku pelajar baru and aku tak tahu lagi pasal benda alah tu.
Lagipun Cikgu Namisah yang uruskan semuanya kan? Dia siap cakap lagi yang dia
akan serahkan pada aku minggu depan hari Isnin.” sambungku lagi. Memang guru
wanita itu yang menguruskan segala tentangnya memandangkan dia adalah guru
tingkatan kelas itu merangkap warden aspuri. Dia akan serahkan kepadaku sebaik
saja dia menerima kad matrik itu dari pihak atas.
“Habis
tu kau dah cakap?” tanya Wana.
Aku
menyandarkan badan ke kerusi semula.
“Dah
tapi dia kata alasan. Siap tick nama aku lagi! Aku pun apa
lagi. Bengang la! Eee! Geram betul aku!” aku menghentak meja sehinggakan
D terperanjat.
“Opocot!”
D
segera menutup mulut. Aku dan Wana tersengih.
“Tak
sengaja okey!” kata D menutup malu.
Aku
ketawa aje. Hilang sikit amarah pada mamat tu!
“Tapi
aku rasa macam ada yang tak kena. Adatlah kalau tak ada kad matrik sebab cikgu
sendiri pun dah cakap yang pelajar baru dikecualikan selama tempoh dua minggu
pasal pertukaran dan hal-hal yang sepatutnya. Takkanlah Farhan sengaja nak
tahan orang tak tentu hala?” Wana mula berfikir. D mengiakan.
Aku
yang baru hendak meneguk air terbantut.
“Wait! Wait! Am I lose something?"
tanya kepada mereka apabila seperti terdengar Wana berkata sesuatu.
"Apa
yang kau dengar tu betul." tekan D lagi. Dia meneguk air botol mineralnya.
"Really Wana?” soalku laju meminta
kepastian.
Wana
pantas mengangguk.
“Yelah.
Pengetua kita juga yang cakap masa perhimpunan minggu lepas. Tak ingat?” Wana
menyoal aku balik.
D
hanya memerhati. Sambil itu dia meneguk botol mineral menghilangkan panas dan
dahaga. Berita sensasi menjadi rebutannya. Esok pasti heboh dengan cerita
Humairah dan Farhan. Tengoklah! Aku berani jamin! desis D.
Aku
mengetap bibir. Kurang asam kau Farhan! Kau kenakan aku! Kau balas
dendam atas pertemuan kali pertama?! Argghhhhh!!!!
Aku dah terkena! Patutlah tadi dia siap senyum. Lepas tu kata seri 1-1. Siap
kau nanti...! Kau ingat kau pelajar hot, semua suka, semua puji kata
kau 'jejaka idaman gadis malaya', aku takut? Minta maaf ya! Aku tak
takut menegakkan kebenaran! tekadku. Tangan dikepal erat. Tunggu!
Wana
dan D memandang sesama sendiri. Terasa something
wrong! Humairah kelihatan sangat marah apabila dia bercakap mengenai
pelajar baru tadi. Mungkinkah Farhan dan Humairah bermusuhan? Tapi dia orang
tak kenal kan? Setahu mereka Humairah tidak bergaul sangat dengan lelaki.
Hanya berapa kerat aje yang dia tegur. Itupun boleh dibilang dengan
jari. Benak masing-masing dipenuhi dengan soalan.
Manakala
beberapa perempuan yang duduk di belakang Hakim dan Putera mendengar setiap
butir bicara mereka. Berita ini akan disampaikan ke telinga ketua mereka.
Mereka akan pastikan!
***
Ramai
pelajar berpusu-pusu keluar dari kawasan sekolah untuk pulang. Ada yang membawa
kenderaan sendiri. Anak orang kaya! Biasalah. Kalau kena tahan, padan muka!
“Mai,
jom balik. Aku nak tidurlah. Penat!” ujar D sambil menyangkutkan begnya ke bahu.
“Okey,”
balasku.
Kami
berlima keluar dari kelas 5 Ar-Raudhah. Kelas sebelah sudah kosong diikuti
kelas lain. Yang tinggal penghuni cumalah kelas kami aje. Itupun sebab ada
budak nak dating kat situ. Urgh! Macam tak ada tempat lain
aje! Kalau kantoi memang senang!
Sedang
kami berjalan menuju ke arah tangga, mataku ternampak susuk tubuh seseorang
yang amat aku kenali. Mataku kecilkan ke arahnya. Serta merta amarah memuncak
naik.
“Korang
balik dulu. Aku ada hal!” ujarku tegas seraya berlalu meninggalkan empat
sahabat yang tercengang.
“Apesal
Mai tu?” tanya Iman pelik. Buku Prinsip Perakaunan yang tebal gila itu di
dekatkan ke dada.
D
menjongket bahu. Wana hanya menjawab, “Ada hal nak settle. Dah jom blah!”.
Aisyah
hanya mengekori biarpun dia tahu akan tujuan Humairah. Dia ada terdengar
mengenai Humairah semasa di bilik pengawas tadi. Ketika itu mereka baru saja
habis mesyuarat. Seorang pengawas mampir ke arahnya dan mula bercerita. Namanya
Izzati. Katanya, tadi ada seorang budak perempuan dengan berani melawan ketua
pengawas. Aisyah hanya mengangguk saja. Dia mula-mula tidak cam tapi bila
terlihat nama yang dicatit dalam buku ungu cair itu, baru dia perasan. Hai
nampaknya Humairah akan menjadi perbualan hangat esok!
“PETANG
ni turun awal. Kau jangan lupa pulak!”
kata Farhan kepada sahabatnya yang dikenali sebagai Aizat merangkap penolong
ketua pengawas.
“Alaa...
aku tahu la. Lagipun petang ni kan ada lawan bola sepak. Mesti la aku ada
sekali. Jangan risaulah, dude...”
balas Aizat runsing. Farhan macam maknya yang sentiasa mengingatkan. Pot pet sana pot pet sini...!
“Lagi
satu...” belum sempat dia menghabiskan ayat, terdengar laungan seseorang.
“Mamat
berlagak! Berhenti!”
Farhan
dan Aizat berpandangan sebelum menoleh ke arah gadis yang mampir ke arah mereka
berdua. Kening mereka bertaut.
"Siapa
mamat berlagak? Kau?" Aizat menuding jarinya ke dada Farhan. Farhan
mengangkat bahu.
“Aku
nak cakap sikit dengan kau!” kataku dengan tegas. Mata rasa sekarang ni
menyala-nyala dengan api kemarahan. Hiperbola melampau kan.
"Bahasa
tak ada yang sopan ke?" sindir Farhan.
Aku
mencemik. Dengan kau tak payah bersopan santun macam nak kena pinang! Gangster
sudah!
"Aku
nak bercakap dengan ketua pengawas yang konon hot kat sekolah ni!"
perliku.
Aizat
membeliakkan mata. Berani gila cakap macam ni!
Farhan
memandang Aizat selepas itu aku. “Apa hal?” tanya Farhan sambil berpeluk tubuh.
“Kau
memang sengaja tahan aku tadi kan?”
Farhan
tersenyum sinis.
“Yup!”
Aku
mengetap bibir. Ya Allah... sabarkanlah hatiku ini.
“Kau
tahu kan aku pelajar baru?”
“Yup!”
sekali lagi Farhan mengangguk.
"Kau
tahu yang pelajar baru diberi pelepasan untuk membuat kad matrik dan sebagainya
kan?"
"Exactly!"
jawab Farhan selamba.
Aku
mengepal penumbuk.
“Kenapa
kau dengki sangat kat aku hah?” tanyaku lagi. Kalau dia jawab macam tu lagi sure aku tumbuk muka dia biar jadi lempeng!
Lepas tu goreng kasi kucing makcik kantin makan!
Farhan
tidak menjawab sebaliknya tersenyum. Aizat hanya memerhati dengan pandangan
pelik. Keningnya dinaikkan.
“Jawablah!!”
marahku.
Aizat
terkedu. Uit, perempuan ni! Kalau aku sakit jantung, kau penyebabnya! Gerutu
hati Aizat. Dia rasa ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku.
“Kita
kenalah adil dan saksama.” Balasan Farhan amat menyakitkan hati.
“Kau
nak balas dendam?”
“Lebih
kurang macam tu tapi aku tak balas cara kasar. Aku balas mengikut undang-undang
dan peraturan. Bukan dengan melemparkan duit.” Jawab Farhan selamba. Tangan
dimasukkan ke dalam poket seluar. Tali beg dibiarkan lepas satu.
Aku
sedaya upaya menahan marah namun kata-kata Farhan membuatkan aku tidak sabar
lagi. Aku menghayunkan penumbuk ke mukanya namun kata-kata abah pantas berlayar
di minda.
"Belajar
jadi perempuan semula. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Jangan cuba cari pasal
dengan kawan. Dan abah tak nak anak abah jadi macam lelaki yang suka bertumbuk!
Ingat, awak tu perempuan, kaum yang lemah lembut."
Amaran
abah terpahat kuat diingatan membuatkan tanganku terhenti untuk menumbuknya.
Aku memberikan jelingan tajam kepada pemuda berdua itu sebelum berjalan pantas
menuruni tangga.
Farhan
dan Aizat saling berpandangan.
“Berani
mati perempuan tu nak tumbuk kau, Han. Dia tak tahu ke kau ketua pengawas
sekolah?" soal Aizat yang terkejut dengan apa yang dilihat sekejap tadi.
"Budak
tu terlepas dari Tanjung Rambutan," kutuk Farhan selamba.
Aizat
ketawa besar. Mereka segera berjalan menuju ke pintu pagar sekolah. Nak mandi,
badan dah melekit dengan peluh. Agak 5 minit aje dari sekolah ke aspura
berbanding aspuri yang hanya dalam 3 minit saja. Alah.. kalau dah lambat, tetap
5 minit jugak!
"Kau
kena jaga-jaga, Han. Minah tu nampak macam anti dengan kau. Tengoklah tadi. Sampai nak
tumbuk!" Aizat memberi nasihat. Terkejutnya masih belum hilang lagi. Tak
pernah nampak budak tu before. Budak baru agaknya! Fikir
Aizat.
Farhan
membisu. Dia langsung tak kisah. Baginya tiada apa yang perlu ditakutkan melainkan
Tuhan. Dia pasti budak itu tak akan melakukan apa-apa. Hanya dendam yang belum
terbalas. Farhan tersenyum lagi.
"Oit,
bhai! Orang tengah risau kau boleh senyum pulak!" hairan Aizat dengan
lelaki disebelahnya itu. Bagaikan langsung tak ada rasa takut. Zero!
Farhan
tidak menjawab sebaliknya tersenyum lagi membuatkan Aizat pening. Ketua
pengawasnya itu memang sukar dijangka.
***
“Baru
balik, Mai?” tegur Iman ketika aku melabuhkan badan ke katil. Iman dilihat
sedang melipat kain baju di atas katilnya.
“Hmm..”
“Kau
nampak macam tak bermaya aje.” Kata Iman lagi.
“Adalah
sikit. Penat.” Balasku pendek. Penat campur sakit hati dengan Farhan! Teringat
insiden tadi buatkan aku hilang sabar. Menyakitkan!
Iman
tidak lagi berkata apa-apa memandangkan aku sudah terbaring dengan mata
terpejam rapat dengan baju sekolah dibadan.
“Hola teman-temanku!!” suara bising D mula
kedengaran. Iman menyahut memandangkan kami berdua aje yang ada dalam dorm ini.
Yang lain ada program agaknya. Wana dan Aisyah menghilang entah ke mana.
Merayap la tu!
“Eh
baru balik Mai?” tanya D ketika duduk dihujung katilku. Rambut yang basah dilap
dengan tuala putih sehingga kering.
“Hmm..”
“Kau
kenapa?” tanya D lagi yang tampak runsing akan keadaanku.
“Tak
ada apa-apa la.” Balasku bosan.
“Wana
dengan Syah mana?” soalku perlahan. Badan disandar ke kepala katil.
“Dia
orang pergi toilet. Kan hari ni hari Rabu. Basuh baju koko la.” Terang D.
Aku
mengangguk aje.
“Kau
kenapa tak mandi?”
Aku
tersengih. “Kejap lagilah. Aku nak tidur kejap.” Pintaku dengan muka comel.
D
menggeleng. “Mentang-mentang muka tu comel, lagi di comelkan kat aku. Huh! Pigidah kau!” aku ketawa mengekek bila D
menjelirkan lidah.
Inilah
masanya yang aku tunggu! Daripada aku ingatkan perkara tadi, buat sakit hati
aje! Baik tidur....!!!
“PAK
MAT!” Naik sakit peti suara Ashraf memanggil orang tua itu namun tidak
disahutnya.
“Pak
Mat!” Ashraf menjerit sekali lagi namun balasannya tetap sama.
“Apalah
nasib...” keluh dia membuatkan Izuan dan Khairul ketawa.
“Sabar
aje la, bro...” usik Izuan.
Kemunculan
Farhan, Aizat, Najib, Syafiq dan Khair melegakan mereka bertiga. Tampak jelas
mereka baru saja lepas bermain. Muka dan peluh jadi saksi! Mesti busuk!
“Mana
Pak Mat?” soalan pertama yang dituju oleh Farhan. Di tangan kirinya terdapat
sebiji bola sepak. Dahinya penuh dengan keringat.
Ashraf,
Izuan dan Khairul menggeleng.
“Aik?
Mana hilangnya?” tanya Syafiq pula yang kepenatan.
Ashraf,
Izuan dan Khairul menggeleng lagi. Plan tanpa dirancang!
“Korang
ni dah kenapa?” soal Aizat yang kelihatan bingung membuatkan tawa mereka
berderai.
“Pak
Mat tak ada. Dari tadi aku jerit sampai naik sakit peti suara aku.” Rungut
Ashraf. Kakinya menguis-nguis tanah.
“Pak
Mat pergi belakang kut.” Teka Khair.
“Mungkin,”
serentak mereka membalas dengan lemah. Masing-masing sudah melurutkan tubuh ke
rumput di depan bilik jaga. Menunggu kedatangan Pak Mat yang belum tiba. Dah
lah penat belum hilang lagi lepas main bola.
“Tadi
lawan sape menang?” tanya Izuan memecah kesunyian
sementara menunggu Pak Mat, warden asrama. Izuan, Ashraf dan Khairul tidak
pergi memandangkan dia terpaksa membantu Cikgu Samad di asrama.
“Ehem!”
Syafiq berdeham.
“Macam
tak tau! Dengan adanya kapten kita, Mr.
Farhan ni, tak ada siapa boleh lawan!” puji Syafiq bangga.
“Woooooo!!!!!”
semua memuji.
Farhan
tersenyum lalu menggeleng. Apa-apa aje la budak-budak ni....
“Assalamualaikum...”
teguran seseorang membuatkan mereka berpusing ke belakang.
“Pak
Mat!!!!!!!!!” serentak mereka semua menjerit kecuali Farhan.
Pak
Mat kerut dahi.
“Apa
kena kamu semua ni? Dok terjerit-jerit lagu tu pasai pa?” ah sudah! Loghat
sudah mari!
“Ni
ha. Ashraf yang jerit tadi.” Tuduh Khairul.
Ashraf
menjegilkan mata. “Kau pun sama!”
“Pak
Mat nak suruh kami buat apa?” Farhan terus bertanya. Dia mengesat dahinya yang
berpeluh akibat berlari dari padang ke tempat warden. Baju tshirt yang dipakainya turut sama berpeluh.
“Haa...
ni Pak Mat nak minta jasa baik kamu. Petang
ni Pak Mat nak kena balik. Anak Pak Mat sakit. Mungkin dalam 2 atau 3 hari Pak
Mat cuti. Jadi Pak Mat nak minta Farhan, Khairul, Izuan, Syafiq dan yang
lain tolong tengokkan penghuni asrama.” Terang Pak Mat.
“Anak
Pak Mat sakit apa?” tanya Ashraf ramah. Jarinya dipatahkan satu persatu.
“Kena chicken pox. Tu yang Pak Mat
kena balik. Lagipun ada baby kat rumah. Takut kena sekali.” Ujar
Pak Mat.
“Ohhhh.....”
mulut masing-masing sudah berbentuk O. Tahulah mereka sebab dipanggil oleh Pak
Mat tadi.
“Tak
ada cikgu yang ganti ke Pak Mat?” sampuk Khair. Tangan dimasuk ke dalam poket
seluar trek.
Pak
Mat mengangguk. “Ada tapi Pak Mat minta kamu semua tolong tengokkan sekali. Pak
Mat tahu semua boleh.”
Mereka
semua tersenyum bangga terutama Syafiq kecuali seorang. Semua tahu kan?
"Lagi
satu Pak Mat nak minta tolong hampa yang berkenaan jaga waktu malam
lebih kerap. Kalau boleh check selak dengan mangga pagar belakang
tu sebab tiga hari lepas, mangga tu patah. Pak Mat rasa ada yang nak curi
masuk dalam asrama. Mungkin mat gian."
"Apa
Pak Mat?!" serentak semua menjerit. Farhan terdiam. Otaknya ligat memikir.
"Kenapa
Pak Mat tak habaq kat kami?" Ashraf menyoal terus.
Serius terkejut. Yang lain mengangguk mengiakan.
Pak
Mat tersenyum. "Bukan tak nak habaq tapi Pak Mat nak siasat
dulu. Pelajar baru pun baru masuk asrama ni. Tak nak kecoh-kecoh
dulu. Hampa jangan risau. Pak Mat dah habaq kat cikgu dah. Cikgu Samad pun tak
kasi kecoh-kecoh. Tapi kena perhatikan selalu. Tapi hampa yang bertugas kena buat rondaan
selalu. Ingat tu?" Pak Mat berharap sangat. Raut tuanya memandang satu per
satu anak muda di hadapannya sekarang.
“Takpe,
Pak Mat. Jangan risau. Ini hero kita ada...” Ashraf menepuk bahu Farhan
beberapa kali.
Pak
Mat tersenyum. Ada-ada aje budak-budak ni! Farhan menjeling Ashraf.
“Kalau
yang lain tak apa, tapi kalau engkau memang gelap hidup aku!” kata-kata Farhan
membuatkan yang lain ketawa. Pak Mat turut menumpang sama. Dia yakin
budak-budak muda dihadapannya ini bisa membantu lebih-lebih lagi yang berdarah
Tengku ini. InsyaAllah...
"BEB,
malam ni kau pergi kan kat Dewan Putera?" tanya D sejurus duduk
disebelahku.
"Malam
ni? Malas la.” Keluhku. Nak pergi majlis? Alahai.. ini yang paling den lomah sekali! Sebabnya malas nak gosok baju
kurung. Tudung pun sama! Dan yang paling penting malas nak pakai baju kurung!!!
“Lah!
Apesal pulak?" pelik D.
“Aku
malas nak gosok baju la...” aku tersengih comel.
“Pemalas!”
D menepuk punggungku membuatkan aku terjerit.
“Lagipun
campur semua student kan. Means ada ramai budak! Tak suka!”
kataku terang-terang.
D
sudah mengangkat kening. Kemudian dia menggeleng. Tahu dah!
Serentak
itu, Wana dan teman yang lain muncul.
“Siap
cepat. Cikgu Namisah kata semua wajib turun. Kalau tak kena denda cuci
pinggan.” Ucap Aisyah menyelitkan nada lawak.
Aku
memuncungkan bibir. D sudah terangkat-angkat kening. Nak tak nak kena pergi
juga la!
“Korang...
kalau aku tak pergi boleh kan?” pohonku. Muka sedih dipamerkan.
Wana
segera menoleh. “Kau nak aku tulis nama kau ke?” katanya bernada serius. Aisyah
hanya tersenyum. Kalau disekolah, dia adalah pengawas. Tapi di asrama, Wana
ketuanya. Tak boleh bantah cakap Kakak kita ni. Nanti kena pancung!
Aku
mencebik. Tak aci! Mentang-mentang dah jadi Exco Aspuri.
“Tapi...”
“Tak
ada tapi-tapi! Pokok pangkalnya aku nak kau pergi siap sekarang!” arah Wana
dengan kuasa vetonya.
Aku
memuncungkan mulut. Aku
bangun dari katil lambat-lambat. Tuala mandi aku keluarkan dari almari dan aku
bergerak perlahan-lahan ke muka pintu.
“Humairah!”
Aku
menghentakkan kaki lantas melangkah pergi. Haisy! Argghhhh!! Mama! Yana! Akak tak
suka pergi apa-apa majlis la!!!
Wana
menggelengkan kepala. Ada masa Humairah akan menjadi manja, ganas dan periang.
Baru kenal nak dekat seminggu
lebih, terasa sudah bertahun lamanya mereka berkawan.
***
Malam
ni aku pakai pakaian yang aku memang benci sekali. Baju kurung! Tak tahulah
kenapa aku tak suka dengan baju kurung ni. Rimas pun ada. Tapi malam ni aku
dipaksa dan terpaksa pakai baju kurung. Urghh!
Ini baru dia orang yang paksa. Kalau family paksa, confirm aku terjun bangunan sekarang. Pressure!
Aku
memakai baju kurung kain chiffon berwarna biru muda dan sepasang tudung
berwarna senada. Aku tidak perlu mekap-mekap segala ni sebab muka aku ni memang
natural putih. Hi hi hi..bukan
nak bangga tapi itulah mukaku yang sebenar. Lagipun aku tak suka bertepek-tepek
kat muka ni. Rimas! Alah lagipun nak pergi dengar ceramah jek..bukan pergi acara or majlis-majlis. But aku memang tak suka! Jangan tanya
kenapa okey!
"Amboi
cantik betoi hang, Mai.
Tak sangka aku hang boleh melaram ayu lagu ni. Hang nak mengurat mister headprefect kita ka?"
usikan Iman dengan loghat Kedah dia tu sedikit memeranjatkanku. Kuss semangat!
Hai minah Kedah ni! Aku sepuk jugak dia kang!
"Oit
bagilah salam dulu. Orang putih pun ada say 'hello' tau. Inikan pulak kita sebagai umat
islam. Memberi salam adalah sunat dan menjawab salam adalah wajib."
hujahku pada si Iman ni. Ha ha
ha... Ambik kau! Ceramah free aku bagi.
"Eleh
kalau aku bagi salam pun hang tak jawab. Buat bazir air liuq aku ja." kata Iman selamba.
Aku
hanya menjelirkan lidah ke arahnya. Iman geram. Tak lama lepas tu, badan aku
dijadikan tempat untuk Iman melibas. Ketawa mengekek kami berdua.
"Oit
kalau ye pun nak beramah mesra, tunggu la habis ceramah. Cepatlah! Lambat betul
korang ni." rungut Wana yang sudah berada di muka pintu sambil memegang
sehelai kertas di tangan. Wana sungguh cantik dengan baju putih bunga-bunga
kecil warna oren. Dipadankan lagi dengan tudung putih membuatkan si pemakai
lagi ayu.
Aku
dan Iman pun berjalan keluar dari dorm Aspuri Angsana 1 yang menempatkan bilik
aku dan kawan-kawan ku yang lain.
"Mai!
Ini Mai ke?!"
Tepukan
kuat dibelakang membuatkan aku terkejut lantas terduduk di lantai.
'Adoi!
Sakitnya...' aduhku sambil mengusap pinggul.
Selepas
itu, kedengaran ketawa macam pontianak kat kawasan Aspuri Angsana. Aku bangun
dengan memasamkan muka. Merajuk! Sampai hati korang gelakkan aku. Hu hu hu nak nangis dah ni.
"Eh
Mai sorrylah. Kita orang
tak sengaja. Seriously tak sangka! Malam ni kau nampak
lain. Sebab tu la kami tegur. Takut tersalah orang." kata Jaja mewakili
dorm 3 Aspuri Angsana.
Aku
bangun lalu menoleh.
"Apa
yang lainnya?? Aku pakai tudung jugak! Pakai baju cukup benang tau. Bukan
terdedah sana sini. Apa yang lain?" geramku masih berbaki. Baju belakang
di gosok dengan tangan bagi menghilangkan debu.
"Kau
ayu gila malam ni Mai!
Percaya la cakap aku! Sure ramai lelaki yang suka tengok kau! Especially.." aku menunggu
kata-kata terakhir daripada Jaja. Especially?
"Especially mamat Headprefect!!!" sejurus
mereka berkata serentak, tercetus ketawa yang tak berhenti bagai hujan.
"Huh!
Malas layan korang!" bentakku lalu melangkah ke arah Dewan Putera dengan
pantas. Terjerit-jerit mereka memanggil namaku lalu berlari mahu menyaingi
langkahku. Kenapalah mamat tu yang disebut? Aduhai... selepas budak asrama
mengetahui tentang cerita aku dan Farhan, ketua pengawas kesayangan mereka itu,
aku terus dijadikan bahan gurauan dan tempat menyakat. Memang heboh blok ini
bila terdengar gosip mengenai aku dan mamat berlagak tu. Dah tu asyik kena je
dengan mereka! Rakan-rakan aku pun sama. Join sekaki!
Benci
tau!