BAB
7
Gedangg!!
Gedangg!!
"Kak
Mai, turun makan! Dinner time!
Jangan dok membuta je! Cepat!!" jerit achik sambil
mengetuk pintu bilik aku.
'Ni
bukan ketuk. Ni nak bagi roboh aku punya pintu bilik!' rungutku sendiri.
"Yelah!
Akak turun..." jawabku sambil menggeliatkan badan.
Aku
melangkah lambat-lambat menuju ke bilik air untuk mencuci muka. Tadi sampai kat
rumah pukul 5 sebab kami keluar agak lambat sedikit. Perjalanan dari Kuala
Lumpur ke Kluang memakan masa yang agak lama. Kematu buntut aku dalam kereta
tu. Lepas tu terus makan. Then,
aku terus tidur. Laju juga mama bawa! Kepala kudongak ke atas melihat jam
dinding yang tersedia. Mata yang tadi mengecil kian membulat.
8.40
malam??
Subhanallah! Aku tak solat asar?! Aduh.. lalu
cepat-cepat aku mengambil air sembahyang. Waktu maghrib pun dah terlepas. Ya
Allah, kenapa kat rumah aku jadi macam ni? Kalau kat aspuri ni kompem kena ceramah baik punya la! Macam mana
boleh terlajak tidur ni.
Selepas
aku qada' solat asar, solat maghrib dan menunaikan solat isyak, terus aku
keluar dari bilik.
Kriukkk! Kriukkk!
Ahh
sudah! Cacing pun nak makan.
'Tunggu
kejap ek cacing, aku pun lapar jugak. Sabar tau.' kataku sambil menggosok
perut.
"Hah!
Turun pun. Ingat nak tidur lama-lama dalam bilik tu. Kalau tak nak, cakap
awal-awal! Tak menyusahkan orang nak pergi panggil.' terus achik berkata dalam
nada sinisnya.
Berdesing
telinga aku dengar dia cakap macam tu. Pantas mata mencerun ke arah achik yang
sedang duduk bersantai di kerusi.
"Kau
kenapa achik? Apa salah aku kat kau sampai kau biadap sangat dengan aku? Huh?
Apa yang tak puas hati?" suaraku dah mula meninggi. Baran gila dengan
budak sekor ni! Kurang ajar! Apa yang dia tak puas
hati entah.
"Hah..
dah-dah tak payah nak gaduh-gaduh lagi. Achik, makan! Jangan nak cari pasal.
Heh! Ada aje yang tak kena bila berjumpa."
Puan Husna mula membebel.
Aku
lihat achik mencebikkan bibir. Tak puas hati dengan mama la tu. Mama sebelahkan akak tau!
"Huish sedapnya, ma! My favourite tu! Sweet
sour salty bitter walaahhhh la, mama! Marvellous!!" jeritku
sambil membuat gaya bangga dengan masakan Puan Husna.
Puan
Husna menggelengkan kepala.
"Dah
pergi panggil abah turun." ujar mama berlalu ke dapur. Ada sebab kenapa
dia masak makanan kegemaran anaknya.
“Ai
ai mom!” dan aku terus berlari naik ke atas untuk memanggil abah.
***
Ruang
tamu kini senyap dan sunyi. Hanya bunyi kipas berpusing dan aircond yang terpasang. Masing-masing terdiam.
Kata putus masih belum diberikan. Macam mana nak bagi kalau minta pun seperti
memaksa. Achik dah hilang entah kemana. Main PSP la tu. Budak kecil tak
dibenarkan masuk campur hal orang dewasa! Kalau budak tu ada, lagi menambah
bahang yang memang dah sedia bahang.
"Mai
dengarlah dulu. Jangan buat andaian yang bukan-bukan." pujuk mama.
"Apanya,
ma? Mama nak suruh Mai bertunang masa Mai umur macam ni? Gila ke?" jeritku
melepaskan amarah. Ya Allah berdosanya aku. Tapi aku tak tahan. Ingatkan cuti
nak berehat.
"Mai,
cuba bawak bertenang. Selawat banyak-banyak. Jangan jerit-jerit sayang."
sambung Puan Husna lagi.
"Macam
mana Mai tak bertenang, ma? Mama dengan abah buat keputusan tanpa fikirkan
perasaan Mai. Entah sape-sape entah dia orang tu. Bukan Mai kenal.
Lagipun Mai tengah sekolah mama, abah. Jangan buat Mai macam ni. Ma, please ma! Batalkan ma. Mai merayu ma.."
rayu ku seikhlas hati. Boleh gila aku kalau macam ni. Bertunang time sekolah? No way! I don't want!!
"Mai,
dia orang cuma datang untuk merisik aje.
Belum buat apa-apa pun. Belum bagi kata putus lagi. Lagipun dia orang kawan
baik abah masa kat kampung dulu. Uncle Umar la yang banyak tolong abah masa
abah susah. Uncle Umar banyak berjasa pada keluarga
kita." abah sepakat dengan mama nak memujuk aku. Dia masih belum punya
kekuatan untuk memberitahu mengenai ‘perkara’ itu. Dia amat yakin jikalau
perkara itu timbul, Humairah akan bertambah marah.
‘Maafkan
abah, Mai. Abah tipu Mai.’ rintih sang ayah dalam atma.
"Abah,
apa kena mengena uncle apa tadi? Uncle Umar? Haa... Uncle Umar dengan Mai? Abah yang berkawan
dengan dia. Abah yang terhutang budi dengan dia. Apa kena mengena dengan
Mai?" soalku tegas.
“Humairah,
dia datang cuma...” kata-kata mama cepat aku pintas.
“Merisik.
Ya. Mai faham perkataan tu. Tapi masalahnya Mai tak nak. Faham tak?!” kini
suaraku yang paling kuat dalam rumah ini.
Bahang!
Haih! Tanganku mula mengipas-ngipas! Huih, sekarang meja makan ni dah jadi zon
merah! Zon panas!
"Mai,
bertenang dulu sayang..."
"Tapi
ma..." belum sempat aku menghabiskan ayat, abah dah potong.
"Tak
apalah Mai. Kalau tu yang Mai nak, Mai buatlah apa yang Mai rasa bagus dan
baik. Abah dengan mama dah tak larang lagi dah. Mai buatlah apa yang Mai suka.
Kami nak yang terbaik buat Mai. Tapi kalau ni yang Mai balas, kami terimalah
dengan redha. Nanti abah telefon supaya dia orang batalkan saja niat mereka
tu." kata-kata abah menimbulkan suatu perasaan yang............sedih! Ya
sedih! Sejak belakangan ini, abah tampak gembira kerana aku memasuki sekolah
berasrama. Aku mahu kegembiraan ini berterusan tapi aku tak nak masa remajaku
habis dengan bertunang!
'Ya
Allah, aku dah lukakan hati ibu bapaku ya Allah. Ampunilah dosa ku ya Allah.
Tapi aku tak sanggup untuk korbankan dunia remajaku ini.' rintihku didalam
hati.
15
minit telah berlalu namun masih tiada kata putus. Akhirnya aku mengalah demi
mama dan abah. Andai ini yang terbaik untuk diriku, aku terima walaupun berat
bagiku untuk memikulnya. Otak pun dah tak larat nak fikir apa-apa. Jammed teruk! Sesak.
"Baiklah
mama, abah. Mai setuju. Asalkan baik untuk mama dengan abah, baiklah untuk Mai.
Mai minta diri. Assalamualaikum." lalu aku berlalu ke bilik dengan fikiran
yang bercelaru.
'Betul
ke apa yang aku buat ni?' tertanya-tanya ku sendirian.
Terdengar
keluhan yang keluar dari mulutku. Nafas aku turun naik turun naik. Haih...ingat
cuti ni boleh la relax kan kepala. Rupa-rupanya lagi
menambahkan masalah! Keluhku lagi.
Aku
terus berlalu masuk ke dalam bilik. Yang aku inginkan sekarang adalah
ketenangan. Aku bergerak ke balkoni bilik. Bulan kelihatan di langit yang
gelap. Cantik! Terasa angin menyapa tubuhku saat ini. Alangkah indahnya jikalau
angin ini boleh menolak perkara tadi sejauh yang mungkin. Aku termenung
sendirian menghadap keindahan malam ciptaan Ilahi.
“Macam
mana, bang?” tanya mama kepada abah setelah kelibat anak mereka tiada di
pandangan mata.
Encik
Syakir mengeluh. “Sekurang-kurangnya dia terima.” Tapi dengan terpaksa.
Sambungnya dalam hati. 'Maafkan abah, Mai. Maafkan abah...' kesal hati kerana
menipu anak sendiri.
“Tapi
kita tak beritahu hal sebenar. Na risau kalau dia dapat tahu dari orang lain.”
Puan Husna cuba menyabarkan hatinya yang gundah.
“Nanti
abang beritahu dia. Kita sama-sama beritahu dia hal ni. Tapi buat masa sekarang
janganlah. Kalau dia tau, sure ‘meletup’ punyalah rumah ni...” keluh
abah. Jari ligat memicit dahi. Memikirkan hal ini membuatkan kepalanya pening
dan tak lama lagi botak terus kepalanya.
“Perjanjian
ni tak sepatutnya ada, bang.” Puan Husna mula berkata. Nada menyesal
ditonjolkan.
“Waktu
tu kita macam mana, Na? Na ingatkan? Abang terdesak. Dengan tuntuan kerja
sebagai seorang anggota polis dan keluarga. Umar yang banyak bantu abang, bantu
keluarga kita masa kat kampung dulu. Masa abang kekurangan duit, dia yang
hulurkan bantuan. Dia dah banyak berjasa pada kita tapi abang tak sangka yang
dia akan buat perjanjian ini semata-mata tak mahu budinya dibalas.” Encik
Syakir mengeluh sambil meraup mukanya. Menyesal! Takut apa dimahukan tak
tercapai dan akhirnya persahabatan mereka terputus begitu saja.
Kerana
tidak mahu jasanya dibalas, mereka sanggup memperjudikan nasib anak-anak yang
masih kecil dan tak tahu apa-apa.
Puan
Husna mendekatkan diri dengan suaminya. Lengan sang suami dielus lembut bagu
menghilangkan kegusaran. Dia tahu suaminya dibayangi masa lalu.
“Kita
sama-sama hadapinya, bang. Susah senang kita bersama.” Itu janji dua pasangan
ini.
FARHAN
sedang duduk di beranda bilik sambil merenung ke langit. Kelihatan bulan
terang. Hati lelakinya terdetik, 'Cantik!'
Tiba-tiba
telefon bimbit berjenama Sony Ericsson Experia berbunyi mendendangkan lagu Lafaz
Yang Tersimpan dipopularkan
oleh kumpulan nasyid UNIC.
Farhan
bangkit lalu mengambil telefon bimbitnya di meja belajar.
'Izuan'.
Terus
Farhan mengangkatnya apabila melihat pemanggil itu adalah Izuan, sahabat karib
merangkap sepupunya. Memang tadi Farhan ada menghantar mesej kepadanya supaya
menelefonnya secepat mungkin. Urgent!
"Kenapa dude? Tadi beria kau mesej aku.
Ada problem apa yang besar sangat tu sampai
berkait hidup dan mati? Kau okey ke?" bertubi-tubi soalan Izuan selepas
menjawab salam. Cemas dia bila sepupunya mengatakan perkara hidup dan mati.
Filem Troy yang ditayangkan di kaca televisyen tidak dihiraukan. Fokusnya hanya
pada Tengku Amirul Farhan.
"Sabar, bro. Aku tak apa-apa. I'm fine." ujar Farhan
tenang. Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu.
Izuan
mengeluh lega. Syukur alhamdulillah. Dia ingatkan sepupunya kena pukul dengan
samseng tadi. Tapi tak mungkin sebab Farhan terror silat. Mesti kena pulun samseng
tu.
"Kalau
macam tu, apa hal yang kau kata berkait hidup mati ni?" jawab Izuan
keliru.
"Err..”
Ya Allah, kenapa payah sangat nak cakap ni? Astaghfirullah... istighfar Farhan
di dalam hati.
"Kenapa dude?
Ada masalah ke? Wanna share
with me?” tanya Izuan prihatin. Jarang sekali sepupunya kelu lidah untuk
berkata-kata. Tapi kali ini agak berbeza. Seperti ada rahsia besar yang ingin
disampaikan dan sepupunya itu tidak larat memendam lagi. Farhan seorang perahsia.
Namun bila hatinya tidak larat memendam, dia adalah orang kedua mendengar selepas bersujud pada Allah SWT.
Farhan
membisu. Perlu ke aku cakap? Tapi aku tak mampu nak tahan... Ya Allah, bantulah
hambaMU ini...
“Han....”
meleret panggilan Izuan membuatkan Farhan diburu perasaan.
"Aku
mungkin bakal bertunang." Farhan berkata perlahan. Air liur ditelan kesat.
"Hah?!"
ternganga mulut orang disebelah sana.
****
p/s: kali ni entry tak best... hanya ini sj yg miss mampu... thanks kpd yg sudi baca...