Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Monday, 14 May 2012

Bab 6 Prince Charming+ Budak Nakal + Suami??







Semua pelajar kelas 4 Mawar bagaikan orang yang sedang menjual ikan di pasar. Riuh yang teramat sangat! Sudah jenuh guru kelas lain menegur supaya diam namun mereka tidak mengendahkannya malah menyatakan 'sibuk aje' pada guru tersebut. Isy isy! Macam manalah nak dapat berkat kalau dah cakap macam tu sedangkan kalau kita cakap 'ah' dengan ibu dan ayah pun dah dapat dosa, inikan pula guru yang mengajar kita. Biarpun bukan guru yang mengajar, kita sebagai anak murid perlu hormatinya. Mana kita tahu setiap doa yang mereka titipkan tiap kali solat termasuk kita sekali. Tambahan lagi bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti PMR, SPM dan STPM. Iman menutup telinganya dengan tangan. Makin kuat volume suara mereka. Ketua tingkatan pun tak boleh pakai! Boleh pula dia join sekaki dengan mereka membuat bising. Patut lucut aje jawatan tu, lepas tu bagi terus kat aku ni ha! Tahu aku nak kerjakan diorang.


Kalau ada pelawat datang ni memang habislah. Gumpalan kertas bertaburan sana sini, kertas kapal terbang juga bersepah, botol air mineral di baling sesuka hati mak tiri laki bapak dia aje kan... Eii! Dah tua-tua pun masih lagi perangai macam budak-budak darjah satu.


Iman mengepal penumbuknya. Sedari tadi lagi mereka membuat bising sehinggakan mengganggu konsentrasinya untuk membuat latihan matematik. Peperiksaan sudah semakin hampir namun kelihatan gaya mereka tak ubah seperti periksa itu hampir lagi setahun gamaknya. Relax gila! Agak diorang semua ni dah teror. Boleh jawab semua soalan matematik itu. Fikirku. Eh! Tapi kalau diorang dah pandai, takkanlah mereka masih duduk di kelas ini lagi? Iman berfikir sejenak. Nasib baik jiran 'sebelah' tiada. Kalau ada, entah tak tahulah apa nasib dirinya. Sewaktu kelas Pendidikan Islam bermula, hatinya gelisah. Jantungnya bagaikan dipalu dengan kompang. Kalah orang yang masuk acara larian tu! Dia berasa gementar tatkala Danish duduk disebelahnya. Teringat wajah jejaka itu sewaktu di tangga pagi tadi. Namun Iman sedikit hairan bila Danish tidak 'menegurnya' seperti biasa. Malah, buku latihan yang lelaki itu minta dia 'kerjakan' semalam juga tidak diambil. Selepas itu dia terus keluar dari kelas setelah tamat kelas agama. Oii mamat! Tak nak buku ke?!


'Kepala dia terhantuk kat mangkuk jamban tak? Ataupun ada wayar dia yang tercabut satu?' Iman tertawa kecil. Namun segera mulutnya ditekup dengan tangan. Khuatir orang lain akan mengesyaki dirinya tak siuman.


Iman malas memikirkan semua itu. Buku latihan matematik dihadapnya dengan mata yang kuyu. Penat dengan keadaan sekeliling yang membingitkan. Lantas buku berwarna merah itu ditutup lalu kepalanya diletakkan di atas buku itu. Ermm.. nyenyak sekali! Kurang sepuluh saat, Iman sudah berada di dunia lain. Dunia fantasi....


***


Aniq dan Lalok masuk ke bilik yang tersorok dari pandangan orang sekeliling. Tiada siapa tahu bahawa di penghujung bangunan berdekatan stor sukan terdapat satu bilik khas yang sudah secara tak rasminya dijadikan sebagai bilik persinggahan dan bilik rehat untuk para jejaka yang diminati ramai ini. Alaa... sama aje macam bilik mesyuarat dan bilik pengawas tu. Bilik ini telah ditubuhkan sejak empat tahun yang lalu. Anehnya setiap orang yang lalu-lalang ke kawasan ini tidak nampak bahawa terdapat satu pintu yang membolehkan mereka masuk kerana pintu tersebut dicat sama warna dengan dinding dan pastilah tiada siapa yang syak kerana tombol pintunya tiada. Bijak! Bijak!


"Nish ada berita buruk." kata-kata Aniq mengejutkan mereka semua. Danish yang sedang leka bermain laptop mengangkat wajah. Terbengkalai segala kerja yang sedang dia lakukan di dalam komputer riba itu.   Serius air mukanya. Pandangan ditujukan kepada Aniq yang sedang bertenggek di tepi meja kayu.


"Ada pengawas nak buat spot-check. Orang pertama yang akan dia siasat adalah engkau." ujar Aniq. 


Kawan-kawan lain terus berdiri. Riak wajah terpampang dengan amarah. Segera dia mencari muka ketuanya. Namun ketuanya tampak santai saja seperti tiada apa yang akan berlaku. Cool!


"Kes apa pulak sampai nak buat spot-check segala ni??" tanya Tonjang terus. Dahinya berlapis dengan kerutan.


"Dan kenapa kau yang kena?" sambung Alif. Pertanyaan ditujukan kepada Danish.


"Kes kereta Cikgu Laila yang kena simbah cat and pasal mamat pondan tu!" sampuk Lalok. Laptop  Apple miliknya dibuka. Dia menekan papan kekunci untuk me'log' masuk facebook. Sengihannya melebar apabila ramai kaum Hawa menghantar permintaan untuk menjadi sahabat. Majoriti diantara mereka tidak memakai tudung dan pakaiannya cukup menjolok mata. Seksi dan seksa melihatnya! 


Danish tersenyum sinis. Rupa-rupanya Cikgu Laila masih lagi tidak puas hati mengenai kes yang berlaku itu. Mentang-mentanglah dah jadi pembantu guru disiplin, ada hati nak judge orang balik! Nak buka balik kes lama tu! Namun Danish tidak mudah melatah dengan guru kurus melidi itu biarpun dia sudah berumah tangga dan memiliki dua orang cahaya mata. Danish bangun dari kerusi biru yang di dudukinya. Dia berjalan ke arah tingkap. Dari situ dia nampak kereta lalu lalang diluar kawasan sekolah. Danish sudah mendapat idea untuk membatalkan rancangan itu. Satu, Cikgu Laila. Dua, Adam the pondan guy! Danish tersenyum sinis lagi.


***


Buku graf kelas 4 Mawar di ambil dari meja guru matematik, Puan Zuraidah yang juga merupakan guru kelasnya. Sebanyak 28 buah buku yang terpaksa dipikul Iman. Bukunya teballah juga. Ada 200 muka surat. Yang bawanya pula wanita. Tapi tak apa. Berkorban demi pelajaran. Dia ditegur oleh Puan Zuraidah sewaktu ke tandas perempuan. Guru tersebut memintanya supaya mengambil kesemua buku graf kelas 4 Mawar. Iman dengan penuh rasa tanggungjawab memegang amanat itu lalu bergerak ke bilik guru setelah meminta kebenaran Miss Yeoh, guru Sejarah.


Iman keluar dari bilik guru. Kasut hitamnya disarung ke kaki. Kaki kanan dimulakan terlebih dahulu. Ikut sunnah rasulullah. Setelah siap, dia mengambil buku-buku itu kembali lalu berjalan menuju ke kelas 4 Mawar  tetapi sebelum sampai ke sana dia harus turun ke dari bangunan pentadbiran ini, lalu berjalan melintasi kantin sekolah dan barulah dia tiba ke kelas. Itu pun Iman kena panjat anak tangga sampai ke tingkat 4. Dah lah kelasnya hujung. Terbaikkk!


Iman menuruni anak tangga perlahan-lahan. Dia khuatir akan terjatuh sementelah buku yang dibawa menyukarkan dia untuk melihat apa-apa yang berada di hadapan. Dari situ dia sudah terdengar suara orang bercakap. Hati Iman sudah keluh kesah. Dahlah aku ni pendek, buku pulak besar-besar. Kang kalau aku jalan aje, langgar orang pulak. Lepas tu salahkan aku! bebel Iman seorang diri.


Menggigil tubuhnya menuruni tangga itu apabila suara mereka yang sedang bercakap itu semakin dekat. Peluh sudah memercik di dahi dan seluruh tubuh akibat kepanasan dan kegugupan. Baru tingkat 2. Iman mengeluh sendiri. Sedang dia terkial-terkial, tiba-tiba dia di sapa.


"Bawak buku elok-elok. Nanti jatuh."


Terkejut punya pasal dengan teguran itu membuatkan tubuh Iman tidak seimbang dan akhirnya seperti yang dijangka, buku-buku itu bertaburan jatuh ke bawah bersama dengan tubuh kecil moleknya sekali. 


Gedebukk!!


"Aduhh...." Iman menggosok punggungnya. Pedihnya cukup menyengat. Best jatuh tangga! Kalau nak, meh try sini. Aku nak tengok korang jatuh dari tingkat 4 sampai tingkat 1. Aksi stunt buat sekali!


"Eh! Awak okey??" seorang lelaki bersuara. Iman hanya mengangguk saja tanpa memandang mereka. Okey kepala lutut kau?? Dah nampak aku jatuh lagi mahu tanya okey! Mata tu letak kat mana saudara? Letak kat siku ke?!


Iman cuba bangun. Tetapi dia terkejut apabila seorang lelaki memegang lengannya, membantu dia untuk bangun. Hati Iman sudah terasa lain. Jantungnya berdebar secara tiba-tiba.


"Err.. awak okey tak ni? Boleh jalan tak?" soalnya prihatin. Iman mengangkat muka mahu membalas bicara. 


Gulp!


Allahuakbar! Handsomenya...! 


Kelu lidah Iman untuk berkata-kata. Matanya masih merenung sang jejaka. Cantiknya mata dia! Cukup indah pemandangan itu tetapi sekejap saja kerana bunyi dehaman menganggu panahan laser mata kami. Cis!


"Err..." Iman menggelabah. Hilang sakit dan sengal di punggungnya. Fuhh!! Kalau sakit lagi, Iman kini sudah jumpa penawarnya. Hanya melihat air muka sucinya saja sudah terubat. Anak siapalah ni? Mesti keluarganya juga cantik dan kacak. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan? Muka macam kacukan aje. Mixed arabiah ke encik abang?


Pemuda itu melepaskan pegangan di lengan. Dia membongkok sedikit untuk mengutip semua buku yang berselerakan akibat 'perlanggaran cinta' tadi. Sesudah mengemas, dia bangun dengan mengangkat buku-buku itu. Iman hanya melihat. Kawan pemuda tadi sedari tadi asyik memandangnya atas dan bawah. Gerun! Kang aku cucuk mata dengan garpu baru tau! Jadi Kassim Selamat.


"Ni buku awak. Maaf kerana teguran tadi buatkan awak jatuh." ucapnya bersama senyuman manis di bibir. 


Iman serasa mahu pengsan. Oh Tuhan! Selamatkanlah hambaMU ini dari sebarang godaan. Sungguh Iman tidak berdaya untuk bertahan.


Iman tersenyum lalu menundukkan kepala. "Tak apa. Bukan salah awak. Salah saya juga. Err.. terima kasih ya tolong kutip buku ni." gugup Iman bersuara. Gementar tangan bila mahu mengambil alih buku graf dari tangan pemuda kacak itu. Kawan pemuda kacak itu sedari tadi lagi tersenyum nakal sambil bersandar di dinding. Bukan nak tolong! Huh!


"Sama-sama. Hati-hati jalan." pesannya. Iman mengangguk saja. Lantas dia menyegerakan diri turun ke bawah untuk sampai ke kelas. Masak kalau masuk lambat! Dah lah lepas ni masa Bahasa Inggeris. Cikgu Samad garang pulak tu. Aduhai... Namun Iman tersenyum kembali mengingatkan perkara tadi. Sempat dia mencuri lihat kad matriks pemuda tadi. Suffiyan Hazri! Emm.. sedapnya nama! Sekacak orangnya!


Setelah menghantar Iman dengan pandangan selamat tinggal, Suffiyan dan Ikmal melangkah ke bilik guru disiplin untuk melakukan kerja seperti biasa. Suffiyan rimas dengan Ikmal yang tak habis-habis dengan senyum. Rasa nak cepuk aje mamat sebelah dia ni! Tapi nanti ada aduan pula! Hai.. masak dia nanti. 


"Tak penat ke senyum-senyum... sengih-sengih seorang diri ni?" perli Suffiyan. Buku laporan pengawas bertugas disemak sebelum menurunkan tandatangan. Suffiyan selaku Penolong Ketua Pengawas telah diberikan tugas untuk memantau pergerakan setiap pengawas ketika ketiadaan ketua pengawas. Bukan itu saja, dia juga perlu menyemak setiap rekod disiplin pelajar sekolah ini dan jikalau perlu, markah demerit mereka akan dipotong bagi setiap kesalahan yang dilakukan dan dimasukkan sekali ke dalam komputer. Namun kadang kala Suffiyan berada dalam dilema apabila terpaksa memilih sama ada rakan mahupun tugas. Walaubagaimanapun dia mesti patuh dengan arahan dan menjalankan tugas dengan adil dan tegas. Dia tidak boleh mencampuradukkan masalah peribadi dengan kerja di sekolah. Wahh!!! Terbaiikkk punya pengawas!!


"Senyum satu sedekah." balas Ikmal selamba.


"Memang sedekah tapi kalau terlalu lama senyum, nanti orang cakap kau gila pulak!"


Ikmal sudah kelat. 


"Kalau aku gila, dah lama aku duduk kat Tangjung Rambutan sana." Suffiyan mencebik. Nak sangat ke duduk kat sana? Kalau aku hantar, jangan melalak sudah.


Kad rekod disiplin ditarik keluar dari fail berwarna hijau. Fail itu sentiasa akan diperiksa setiap hari oleh Suffiyan mahupun Firdaus, ketua pengawas. Kesalahan akan berada di mana-mana. Jadi untuk itu, Suffiyan telah mencadangkan setiap orang perlu mempunyai rekod disiplin tersebut. Setiap pengawas mestilah mempunyai sebanyak 20 kad rekod disilpin. Jikalau tidak mencukupi, mereka boleh meminta dari setiausaha badan pengawas sekolah ini. Maka, setiap kali ada pelajar yang melakukan kesalahan, mereka akan terus memberikan kad rekod disiplin tetapi berpatutan. Jika kesalahannya kecil, tidak perlulah diberikan kad itu. Fail yang mengandungi rekod tersebut haruslah di bawa ke mana-mana. Itu antara peraturan yang dikenakan selepas saja mesyuarat pengawas baru-baru ini.


Ikmal duduk di kerusi plastik berdepan dengan Suffiyan yang sedang berdiri. Matanya memandang setiap inci wajah pemuda itu. Kacak, bergaya dan berkarisma! Mixed katakan! Itulah yang diminati gadis zaman sekarang. Rupa paras dan harta. Kalau ada kacukkan, pasti di rebutnya! Semakin kurang orang zaman sekarang melihat dari sudut dalaman iaitu hati. Baginya wajah lebih penting dari hati. Tetapi adakah kita sedar bahawa hati itu sebenarnya yang mencerminkan wajah seseorang. Contohnya jikalau hati kita busuk, dah tentu kita akan acapkali melakukan kejahatan. Nah! Dari situ kita dah boleh nampak. Tapi orang sekarang sudah buta. Buta hati! 


"Pyan, aku nak tanya sikit boleh?" soal Ikmal membuatkan semakan Suffiyan tergendala.


"Tanya apa?" 


"Kau ada rupa, ada harta, ada pangkat, bergaya, berkarisma, ber..."


"Okey stop!" Suffiyan mengangkat tangan tanda menyuruh Ikmal berhenti berkata. Ikmal terkedu. 


"Aku tahu soalan kau mengenai apa, Mal. Dan aku dah ingatkan kau sebelum ni, kan?" Serius wajah Suffiyan namun tidak sedikit pun menakutkan Ikmal. 


Ikmal tetap memandang Suffiyan yang mula menyemak kembali rekod disiplin. "Kau tak terfikir ke nak ada awek?" soalnya lagi tak putus asa.


Suffiyan menggeleng saja. Matanya tak lepas menilik kad rekod disiplin itu. Kang tembus jugak kad tu!


Ikmal merengus. Kusut memikirkan masalah rakannya itu. Sejak mereka berkawan dari tingkatan 2 lagi, dia tak pernah melihat sahabatnya itu bersama perempuan. Asyik dengan buku, bola sepak dan bola keranjang. Tak pernah nampak seumur hidup dia bersama perempuan kecuali ibu dan adik perempuannya. Ikmal pernah mencabar Suffiyan supaya mencari awek dalam masa seminggu. Namun Ikmal tergamam apabila dia 'dibahasakan' oleh Suffiyan. 


"Cinta bukan mainan yang boleh di cari dalam masa tujuh hari. Cinta tak boleh dipaksa. Aku lebih rela duduk kat rumah, baca buku, lepak dengan family daripada bercintan-cintun sana sini. Kalau kau nak tahu, bercinta ni sebenarnya maksiat. Maksiat mata. Kau tengok perempuan yang bukan hak milik kau yang sah. Rasulullah pernah bersabda, pandang sekali nikmat, pandang dua kali, berdosa. Jadi aku tak nak tambahkan dosa aku dan mak ayah aku kerana aku masih lagi dibawah tanggungannya. Sehinggalah aku bernikah nanti. Buat apa nak menyemakkan fikiran dengan fikir pasal cinta ni? Baik habiskan pasal pelajaran dahulu. Kerja, cari duit, lepas tu kalau nak kahwin, kahwinlah. Tapi bagi aku, aku mahukan cinta selepas perkahwinan kerana bila kita tengok perempuan yang kita cintai, kita dapat pahala kerana dia dah jadi milik kita yang sah. Fikirkanlah, Mal. Kalau bercinta bawa kepada kebaikan, takkanlah exam Fizik, Kimia dan Biologi kau failed kan?" sindir Suffiyan. Dia bukan berniat untuk merendahkan Ikmal namun dia mahu menyedarkan rakan sejawatnya itu. Cinta zaman persekolahan tidak membawa apa-apa makna.


Ikmal mengeluh. Memang benar kata sahabatnya. Kerana bercinta, dia gagal dalam tiga subjek aliran sains. Dan kerana cinta juga, dia mulai malas mengulangkaji pelajaran padahal dahulu, dialah yang paling rajim berjaga dari pukul 9 malam hingga 2 pagi semata-mata hendak menelaah. Dia malu dengan Suffiyan kerana pemuda itu tidak pernah gagal dalam mana-mana jua subjek yang diambil. Susah macam mana sekalipun soalan itu, markahnya tetap A. Kadang kala Ikmal terfikir apakah kekurangan dirinya berbanding diri Suffiyan. Mengapa dia mudah mendapat markah tinggi? Rebus buku tu ke? Apakah kerana dia tidak bercinta? Menghadap buku 24 jam? 


Suffiyan sudah selesai menyemak laporan hari ini. Dai mengemas kembali semua rekod-rekod disiplin dan memasukkan ia ke dalam fail hijau. Pabila bebola matanya mengangkat ke wajah teman itu, dia mengerutkan dahi. Kelihatan Ikmal berkhayal. Dunia fantasi! Sampaikan Suffiyan lambai tangan depan mata pun tak sedar. 


"Mal, kalau nak mengelamun, aku gerak dulu. Banyak kerja nak dibuat." perli Suffiyan lalu melangkah ke muka pintu.


Ikmal yang tersedar terus sahaja bangun. Suis kipas dan lampu ditutup. Suffiyan menggelengkan kepala apabila matanya menyapa muka Ikmal yang tersengih-sengih memandangnya. Gila apa sengih sorang-sorang?!


***


p/s: hai semua... here ada entry terbaru... hope enjoy :))