"Pyan, tolonglah aku!" Danish mengongoi di hadapan Suffiyan. Wajahnya yang seakan mahu menangis itu dipertunjukkan kepada sepupunya. Minta belas kasihan!
Suffiyan segera bergerak ke tempat lain. Rimas! Itulah perkataan yang sesuai buatnya. Dari tandas lagi dia diekori oleh seseorang dan ternyata orang itu adalah sepupunya. Dan permintaannya sungguhlah buatkan dia rasa tercekik. Nasib tak makan ikan!
"Pyan, please!" rayu Danish.
"Aku bukan tak nak tolong tapi aku mesti jujur dalam melaksanakan tugas sebagai pengawas. Aku tak nak dikatakan bersubahat." terang Suffiyan. Dia mahu Danish mengerti. Bukan mudah untuk memegang amanah ini.
Danish tidak mempedulikan itu semua. Baginya jikalau sepupu itu dapat membantu dirinya maka dia antara orang yang sangat gembira. Sudah lama mereka berkenalan. Almaklumlah, sepupu! Tapi memang benar apa yang dikatakan Suffiyan sebentar tadi. Tugas pengawas berbeza dengan pelajar biasa. Tanggungjawabnya lebih berat. Dia perlu mengimbangkan antara tugasnya sebagai pengawas di sekolah dan pelajar biasa di rumah. Namun dari apa yang Danish lihat, Suffiyan mampu menampung kedua-duanya. Jadi apa yang tak boleh?
"Pyan, aku minta tolong sangat-sangat dengan kau. Aku merayu dengan kau... Kalau kau nak aku melutut sekarang pun aku sanggup.." Danish bingkas melutut di depan Suffiyan.
Suffiyan tercengang. Sampai begitu sekali rayuannya??
"Pyan... kau tak kesian ke kat sepupu kesayangan kau ni??" rayu Danish sambil mengerdipkan mata.
Suffiyan mencebik. Kesayanganlah sangat kan? Selalu buatkan aku pening adalah!
"Tolong ea, Pyan..." ujar Danish lagi.
Suffiyan tersandar di set sofa. Penghawa dingin yang dipasang tidak terasa kesejukannya. Dia dalam dilema. Mahu memilih antara tugas dan sepupu?? Dia pening. Sungguh inilah masalah paling rumit yang dia hadapi buat masa ini. Lebih besar dari masalah negara!
Danish mengambil tempat di sebelah sepupunya itu. Wajah Suffiyan yang penuh dengan kebingungan dipandang. Bersyukur Danish kerana sepupunya itu satu sekolah dengannya. Jikalau tidak, rasanya dia sudah lama dibuang sekolah. Atas pertolongan Suffiyan, selaku penolong ketua pengawas di sekolah ini, banyak rahsia Danish dan kawan-kawan disimpan dengan baik. Dia mempercayai sepupunya itu berbanding rakan sendiri. Bukan apa, sejak kecil lagi dia tahu bahawa Suffiyan memang pandai menyimpan rahsia.
"Pyan..." rengek Danish persis anak kecil. Bahu Suffiyan ditolak perlahan.
Suffiyan mencelikkan mata. Kepalanya terasa berdenyut. Sekilas dia menoleh ke arah sepupunya yang masih merenung dirinya.
"Better kau terus terang. Tak adalah susah sampai macam ni."
"Kau gila?! Lepas tu semua orang kecam aku! Muka aku masuk suratkhabar. Nama sekolah tercemar. Nama bapak aku naik pulak! Tak pasal-pasal aku terus popular." bengang Danish. Agak-agak la kan?
"Kalau dah tahu perkara macam tu mungkin berlaku, yang kau teruskan niat tu kenapa?? Sengaja nak cari penyakit! Orang guna cat untuk cantikkan rumah tapi kau simbah cat kat kereta. Kereta dah memang ada cat tersendiri tau tak?" bebel Suffiyan. Kepalanya dipicit jemari runcing. Pening sangat ni! Panadol ada tak?
Danish mencebik. Bebel pula pakcik ni! Orang minta tolong, dia bagi ceramah!
"Kau tahu macam aku anti gila dengan cikgu papan tu kan?"
"Cikgu Laila..." Suffiyan perbetulkan.
"Arghh! Whateverlah... kau tahu kan macam mana? Dia mana suka tengok aku senang. Kau ingat lagi kes bola sepak bulan lepas? Dia sengaja nak kenakan aku. Dah betul-betul aku jaringkan gol, dia pergi cakap dengan pengadil, aku sepak anak buah kesayangan dia lepas tu kata aku main tipu. Memang aku rasa macam nak.... Eiii!!" Danish mengepal penumbuk. Mahu saja guru seperti papan itu ditumbuk dan dibelasah secukupnya. Geram di hati tak dapat di bendung lagi.
Suffiyan cuba menenangkan Danish. Namun kepalanya semakin memberat. Peningnya tak dapat di tahan lagi. Tiba-tiba badannya melurut jatuh ke bahu Danish yang masih membebel seorang diri.
Danish kaget.
"Pyan!!!"
***
Penyapu diletakkan kembali ke tempat asalnya. Selesai sudah tanggungjawabnya membersihkan kelas hari ini. Nampaknya dia sudah boleh pulang. Kerja semua dah selesai! Hoorey... Boleh makan!
Buku-buku dikemaskan dan dimasukkan ke dalam beg ungu miliknya. Iman bangun lantas menuju ke suis kipas dan lampu di penghujung berdekatan pintu kelas. Setelah memastikan semua ditutup, Iman bergerak meninggalkan kelas. Namun dia tidak jadi keluar kelas apabila ternampak kelibat Tonjang yang berjalan memasuki kelas itu. Wajahnya sangat menyeramkan. Iman mengundurkan langkahnya. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang.
"Hai si cantik manis... nak balik dah ke? Jangan balik dulu. Meh la borak-borak dulu. Kita buat ringan-ringan dulu ke..." Tonjang menghampiri sambil tersenyum nakal. Matanya tertacap pada tubuh Iman. Atas bawah dilihatnya berkali-kali. Senyuman kian melebar. Masak kau budak! Hari ni kau jadi makanan aku! Tonjang berkata sinis di dalam hati.
Iman menelan air liur. Ringan-ringan?? Allahuakbar....
"K.. kau... kau.. nak buat apa ni?" gagap Iman bersuara. Unduran langkah kian laju. Perasaan takut menyelubungi diri. Sudahlah dia seorang diri di dalam kelas ini. Semua pelajar sudah pulang kecuali dirinya yang terpaksa bertugas membersihkan kelas. Berpeluh-peluh tubuhnya saat ini.
Tonjang tersenyum nakal. "Kau rasa aku nak buat apa si cantik manis?" Tonjang mendekati. Mahu tergelak dia bila melihat Iman seperti tidak cukup langkah. Meja dan kerusi orang lain dilanggarnya.
Iman serasa mahu berlari keluar dari kelas ini. Anggapan negatif kini melayar di ruangan mata. Tanpa sedar, mereka berdua kini sudah berada di bahagian belakang kelas. Mata Iman tertacap pada penyapu yang baru digunakannya sebentar tadi. Bila Tonjang semakin menghampiri, dia terus menggapai penyapu itu lalu dihalakan kepada Tonjang. Senjata!
Tonjang terkejut. Wooo... lagi sikit nak kena mata. Dahlah hujungnya tajam. Boleh buta aku dibuatnya! Matanya merenung tajam Iman.
"Berani dekat, aku pukul kau!" jerit Iman. Terketar-ketar bibir dan tangannya menahan rasa gementar.
Tonjang tergelak besar. Tangannya diluaskan sebesar-besarnya.
"Berani ke kau nak pukul aku? Tak takut nanti kau masuk penjara sebab kau cederakan aku? Hah?" cabar Tonjang.
Iman menelan air liur lagi. Berani ke aku? Nanti aku masuk penjara macam mana? Family aku lagi? Ya Tuhan... apa yang aku nak buat ni?
Peluang ini diambil Tonjang untuk mendekati Iman. Lantas tubuh kecil itu dipeluk erat sewaktu Iman tampak berkhayal. Terjerit Iman ketakutan. Penyapu di tangan terlepas ke lantai. Iman berusaha sedaya upaya melepaskan diri. Namun Tonjang tidak pernah membuka peluang untuknya. Puas sudah dia menolak tubuh lelaki itu namun pegangan dan pelukannya cukup kuat dan kejap. Dia tidak bisa melawan tubuh Tonjang yang lebih besar darinya. Keseluruhan wajah Iman menjadi sasaran ciuman rakusnya. Iman mengelak ke kiri dan ke kanan. Sedaya upaya dia menepis namun pipinya mula terasa pijar pabila ditampar lelaki jahanam itu. Iman menangis di dalam hati.
'Ya Allah selamatkanlah aku daripada dinodai... Berikanlah aku kekuatan untuk melepaskan diri ini...' rintih Iman. Air mata sudah mengalir di pipi. Saat ini dia terbayang wajah ibu yang penuh dengan kasih sayang, wajah ayah yang penuh dengan harapan menggunung dan wajah adiknya yang masih kecil. Ibu.. ayah... ampunkan Iman...
Iman kekurangan tenaga. Lemah tubuhnya saat ini. Tenaga wanita tidak sama seperti tenaga lelaki. Baru kini dia tersedar, alangkah ruginya kerana tidak mempelajari ilmu mempertahankan diri. Jikalau tidak, pasti dia telah membelasah teruk lelaki jahanam ini. Iman mulai pasrah. Semakin kuat dia meronta, semakin lemah tubuhnya.
"Hoii!! Kau buat apa ni?? Lepaskan dia Tonjang!!" suara jeritan seseorang menghentikan perbuatan Tonjang. Iman sudah lemah. Air mata mengalir deras bak sungai yang mengalir. Terbaring dirinya di atas lantai selepas pautan dilepaskan.
Tonjang menelan air liur. Alamak? Mati aku!
p/s: hai.... here new entry... hope enjoy! :))