Baju sekolah yang sudah siap digosok disarung ke tubuh. Tali leher diikat kemas di dada untuk menampakkan kesegakan. Kad matriks di pin sebelah kiri. Kemas! Danish sentiasa menjaga penampilan biarpun rekodnya buruk. Apa yang penting? Penampilan! Perfume Hugo Boss disembur ke seluruh badan. Wangi seyh! Danish turun laju ke bawah untuk menikmati sarapan. Dia ingin keluar lebih awal dari papa kerana sakit hatinya semalam masih lagi dirasai. Khuatir dia tidak dapat menahan kesabaran bila berdepan dengan bapanya. Buat pertama kalinya lelaki bernama Muhammad Rayyan Danish telah bangun awal untuk ke sekolah.
Dengan beg sekolah yang tersangkut di bahu, Danish melangkah menuju ke dapur. Kelihatan Puan Sri Kiara sedang membancuh air. Air apa pun tak tau! Danish duduk di kerusi set lapan. Tangannya menuang jus oren yang tersedia di atas meja ke dalam gelas. Roti bakar di ambil dari piring lalu di gigit perlahan. Nikmatnya!
"Main telan aje. Doanya mana?" tegur Puan Sri Kiara selamba.
Danish tersengih malu. Roti diletakkan kembali kemudian tangannya diangkat untuk membaca doa.
"Mama bermimpi ke?" ujar Puan Sri Kiara tiba-tiba.
Danish mengerutkan dahi. Apa yang mama mimpi?
"Mimpi apa, ma? Mimpi peluk anaconda ke?"
Puan Sri Kiara membulatkan mata. Apa kaitan dengan anaconda pulak? Danish masih lagi ketawa.
"Bukanlah! Hesy! Hari ni ada apa-apa ke? Awal bangun. Biasanya anak mama ni paling malas nak bangun awal. Suka berlingkar atas katil macam ular sawa. Matahari dah terpacak atas kepala baru bangun." sinis Puan Sri Kiara. Tangannya ligat mengacau air kopi di dalam teko warna perak. Dia mahu melihat reaksi anaknya.
Wajah Danish mula cemberut. Mama ni sengaja tau!
Puan Sri Kiara menekup mulut menahan tawa apabila melihat wajah anak bongsunya keruh. Usikannya berjaya membuatkan Danish memasamkan muka. Dia paling suka mengusik anaknya sementelah Danish juga suka menyakatnya ketika waktu lapang. Ada aje yang dia usik!
Puan Sri Kiara bergerak ke meja makan. Teko air kopi diletakkan bersebelahan dengan jag berisi jus oren. Melihat gelas Danish yang sudah kosong membuatkan Puan Sri Kiara menuang lagi jus oren ke dalamnya.
"Haish! Merajuk pula anak manja mama ni..." Puan Sri Kiara mencuit hidung anaknya.
Danish mengelak. Muncung mulutnya sedepa. Tak suka tau! Merajuk dengan mama! Roti di gigit lagi.
Puan Sri Kiara tergelak kecil. Hai.. macam-macam kerenah anaknya itu. Terfikir dia seketika. Bagaimana Danish bila sudah bekerja dan bakal berkahwin nanti? Adakah perangai manjanya akan pudar? Adakah Danish seperti ini lagi? Puan Sri Kiara mengeluh perlahan. Roti yang berada di piring di ambil lalu disapu dengan Nutella.
Pin! Pin!
Bunyi hon membantutkan sesi beramah mesra dua beranak itu. Danish bangun dari kerusi. Roti yang belum habis disumbat ke dalam mulut semuanya. Terbuntang biji mata Puan Sri Kiara.
"Danish, makan perlahan-lahan! Nanti tercekik!" memang masin mulut mamanya apabila Danish serta merta tersedak. Puan Sri Kiara cepat-cepat menyuakan gelas berisi jus oren kepunyaannya. Danish minum dengan rakus. Nasib baik tak tumpah air itu ke baju putihnya. Kalau kena, hilang hensem aku!
"Okay, ma. Nish pergi dulu." Danish menghulurkan tangan untuk bersalam. Puan Sri Kiara menyambutnya lantas tubuh anaknya dipeluk erat. Danish mengucup lembut kedua-dua pipi dan dahi mamanya tanda sayangnya dia kepada wanita itu.
Danish berlari ke luar rumah. Kasut hitam di dalam rak kasut diambil lalu disarung. Talinya diikat kemas. Terserlah kehenseman Danish dari atas sampai bawah. Smart gila beb!
"Pergi dulu, ma. Bye..." laung Danish yang sudah pun menaiki motosikal itu. Helmet dipakai dan talinya disemat ketat. Kang jatuh siapa nak tanggung? Aku jugak! Suffiyan membunyikan hon tanda untuk beredar. Nasib baiklah sama sekolah dengan Danish. Jikalau tidak, entah dengan dia sekali lambat datang sekolah!
Puan Sri Kiara melambai mesra ke arah mereka berdua. Tersenyum dia melihat keletah anak muda itu. Dia tidak kisah anaknya pergi bersama Suffiyan, anak kepada kakak sulung suaminya. Malah hubungan mereka dengan Suffiyan cukup rapat. Jadi dia tidak bimbang jika anaknya bersama anak saudaranya itu. Sama-sama buat kerja gila! Namun Puan Sri Kiara tahu, Suffiyan banyak memberi contoh dan tauladan yang baik buat Danish. Sedikit sebanyak ilmu yang diberikan telah mengubah kehidupan anaknya itu.
Puan Sri Kiara masuk ke dalam rumah. Semasa dia hendak ke dapur, terlihat kelibat suaminya yang baru turun. Puan Sri Kiara tersenyum manis. Dia pernah membaca satu petua yang terdapat dalam majalah Wanita. Penulis itu berkata bahawa sekiranya mahu rumah tangga lebih harmoni dan bertambah manis, senyuman penyeri dihadiahkan tidak kira sama ada yang perempuan ataupun lelaki. Dengan itu, ia boleh menambahkan kasih sayang yang sudah terbina bersama api cinta yang tak pernah padam.
Tan Sri Othman membalas senyuman isterinya. Menawan sekali. Bagaikan madu yang fresh!
Mereka berdua berjalan ke dapur. Tan Sri Othman duduk di tempat biasa manakala Puan Sri Kiara mula menjalankan tugas sebagai seorang isteri. Makan minum suaminya perlu dijaga dengan rapi. Bukan sahaja suaminya malah anak-anaknya juga perlu dilihat juga bagi yang masih belum berkahwin dan bekerja. Ini juga salah satu petua yang di baca olehnya.
"Siapa yang ambil Danish tadi?" soal Tan Sri Othman. Dia menghirup perlahan air kopi yang baru dituangkan isterinya. Dia melihat segalanya dari tingkap bilik. Namun dia masih perlukan penjelasan. Dia tahu kenapa Danish keluar lebih awal hari ini. Hal semalam masih lagi belum selesai.
"Siapa lagi kalau bukan anak saudara kita. Macamlah abang tak tahu." kata Puan Sri Kiara. Matanya sengaja dikerdipkan beberapa kali untuk menggoda suaminya. Niat mengusik suaminya menggebu di dada. Pagi-pagi ini makin kuat pula niat menyakat. Mana tahu kalau Danish bisa mendapat adik lagi. He he he!
Tan Sri Othman tersenyum lalu menggelengkan kepala. Isterinya sentiasa menggoda dan manja. Dengan dirinya saja! Bukan dengan orang lain. Perwatakan Puan Sri Kiara berubah apabila berada luar dari kawasan rumah. Dia nampak matang dan seorang yang pandai mengawal diri. Profesional! Manakala di rumah, perwatakannya bertukar menjadi seorang yang manja, menggoda dan juga menjadi seorang ibu yang penyayang. Anak-anak dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang.
"Nanti ya, Ara. Tunggu abang habis makan dulu." balasan Tan Sri Othman mengundang tawa Puan Sri Kiara. Ketawa mereka berdua bergema di sekitar dapur itu.
***
Iman berjalan memasuki kawasan sekolah perlahan-lahan. Pintu pagar telah dilepasinya. Hari ini hari kedua dia bersekolah di sekolah itu. Banyak yang dia belajar. Antaranya belajar membasuh motor! Peristiwa semalam masih lagi terpahat dalam ingatannya dan tak mungkin akan dilupakan dengan sewenang-wenangnya. Huh! Kenangan pahit!
Dia melalui kawasan taman bunga untuk lebih dekat dengan kawasan kelasnya. Bau bunga mawar yang harum menyenangkan mindanya. Bangunan yang menempatkan kelasnya berada di belakang bangunan bilik guru. Cuma kelasnya terletak dihujung bangunan berwarna ungu itu. Dia belum ketemu dengan sahabat baiknya, Syasya kerana mungkin gadis itu telah berada di kelas ataupun belum hadir lagi.
Iman sempat memberikan salam kepada makcik dan pakcik yang menyiram pokok bunga di taman itu. Patutlah bunganya segar-bugar. Rupa-rupanya makcik dengan pakcik menyiram air terlebih. Iman bergerak lebih cepat kerana takut lambat masuk ke kelas. Sedang dia berjalan menuju ke tangga, tiba-tiba langkahnya terhenti serta merta.
Freeze!
Jantung Iman seakan terhenti berdetak. Kakinya tetap tak bergerak walau satu cm sekalipun. Dah macam tiang bendera pun ada juga! Oh Tuhan!
Danish yang sedang duduk melepak di tangga bersama rakannya yang lain juga tergamam. Rokok di tangan terlepas ke bawah. Pandangannya terpaku pada tubuh yang berada di hadapannya itu.
Iman berasa takut. Menggigil tubuhnya melihat enam pelajar lelaki sedang menghisap rokok. Pandangan mereka juga sangat menggerunkan. Iman nekad melarikan diri. Dia berlari selaju mungkin untuk menghindarkan diri dari mamat gila itu! Kakinya yang sakit bagaikan telah sembuh sepenuhnya! Tangga di sebelah hujung bangunan dinaiki. Aduh... kenapa mesti bertembung dengan diorang pagi-pagi macam ni?? Aduhai... masak aku kat kelas nanti! keluh Iman.
Aniq, Lalok, Tonjang, Razif dan Alif mengerutkan dahi. Mungkin masih pelik kenapa gadis itu lari? Tetapi dia juga terperanjat sewaktu gadis itu melalui kawasan ini. Mahu report pada guru disiplinkah? Ataupun mahu memberitahu kepada pengawas mengenai perbuatan mereka? Bukankah semua guru sudah tahu tentang mereka? Eh.. eh.. tapi budak tu bukan ke budak semalam yang langgar Danish?
"Itu bukan budak semalam ke yang langgar....." ayat Aniq tergantung.
Kelima-lima sahabat memandang sesama sendiri sebelum pandangan terjurus ke arah ketua mereka.
"A'ah la. Itu kan budak yang langgar kau Nish sampai tergolek jatuh tangga..." mengekek-kekek mereka ketawa mendengar ayat yang dilontarkan oleh Alif. Danish menjegilkan mata.
"Tapi kenapa dia lari? Takut ke?" sambung Alif lagi.
"Mungkin nampak hantu kot!" lancang mulut Lalok berbicara. Tanpa kata, ketukan kuat di kepala Lalok membuatkan dirinya mengaduh kesakitan. Razih memandangnya tajam.
"Agak-agak ler bro. Sekarang kan siang. Bukan malam." balas Razif berang. Boleh pulak mamat ni cakap pasal hantu. Dia tak tahu ke yang aku sekarang tengah takut?? Tubuhnya mula menggigil. Main hantu-hantu pulak dah!
Danish sekadar melihat sahaja gelagat kawan-kawannya yang mula sibuk dengan statement Lalok. Pasal hantu pun jadi nak takut ke? Adehlah...jiwa lembut betul kawan-kawan aku ni! Rokok Dunhill dihisap lagi.
"Nish, kau apehal diam jek hari ni? Eh, kau tak nak 'usik' ke budak baru tu? Fresh apa! Bergetah tu." Tonjang sudah tersenyum nakal. Mereka yang lain juga tersenyum-senyum. Namun tidak pada Danish.
"Aku tahu apa yang aku buat. Aku tak mainlah kalau nak usik benda yang bukan betul-betul milik kita. Sejahat-jahat aku, tak adalah pulak aku merosakkan maruah anak gadis." sinis Danish. Memang betul. Danish tidak pernah mengusik anak dara orang biarpun dia terlalu nakal. Dia masih tahu dosa dan pahala. Gadis-gadis itu yang mampir kepadanya dengan rela namun Danish menolak dengan kasar. Apa celop?!?
Tonjang terdiam. Tepat mengenai batang hidung sendiri!
Danish bangkit dari duduk. Rokok yang masih berbaki lagi disuakan kepada Aniq. Macam biasalah! Share rokok. Beg hitam biru di ambil lalu dia berjalan menaiki anak tangga ke kelas meninggalkan semua. Danish kadang-kadang malas nak layan sahabat-sahabatnya bila perkara sebegitu timbul. Kalau perkara lain okay. Tapi kalau nak rosakkan anak dara orang?? Oh my... not him okay. Danish masih waras lagi.
Namun ada sesuatu yang membuatkan dia keliru. Mengapakah dia berasa berdebar setiap kali dekat dengan budak tu?? Jampi apakah yang dilakukan minah tu sampaikan bisa menggugat jiwa kentalnya?? Danish malas untuk memikirkan semuanya. Dia terus berjalan menuju ke kelas. Subjek Pendidikan Islam akan bermula sebentar lagi. Danish perlu bersiap sedia.
p/s: hai semua.. sorry ya.. entry kali ini tak best la coz miss tak tahu nak masukkan cerita apa.. so jgn mrh ya kalau tak best.. insyaAllah miss akan perbaiki lagi.. thanks :))