Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Friday, 27 April 2012

Bab 4 Prince Charming+ Budak Nakal + Suami??



JAM di dinding dapur jelas menunjukkan pukul 5 petang. Kelibat tubuh Iman masih lagi belum ditonjolkan sehingga menyebabkan hati orang tuanya risau. Sudah beberapa kali anaknya yang bongsu bertanyakan tentang kakaknya namun jawapan yang sama tetap diberikan iaitu belum pulang. Kasihan anaknya yang sedang menunggu kepulangan Iman untuk bermain badminton pada petang ini. Puan Salwa keluh kesah seorang diri di dapur. Dia menoleh sekilas ke arah suaminya yang leka membaca akhbar.

"Abang, Iman dah balik ke?" Puan Salwa yang sedang menggoreng pisang tanduk bertanya kepada suaminya itu. Pisang goreng yang sudah digoreng ditapis dahulu supaya minyaknya berkurangan. Psang mentah yang bersalut tepung itu dimasukkan satu persatu ke dalam kuali. Setelah selesai, dia mendekati suaminya yang sedang minum sambil tangan memegang surat khabar Metro. Kerusi ditarik.

"Belum lagi nampaknya. Sekolah tu kan dekat. Kejap lagi baliklah tu." balas Encik Muhammad tanpa memandang wajah isterinya. Selamba sahaja bagaikan tidak menghiraukan keselamatan seorang anak.

Puan Salwa geram. Tahulah dekat bang oii! Tapi itukan anak kita. Takkan nak biarkan dia seorang diri pula. Kesian Iman. Entah macam mana dirinya di sekolah baru itu. Desis Puan Salwa.

"Saya tahu awak risaukan anak kita, Salwa. Saya pun risaukan dia juga tapi kawan saya dah bagitahu yang mereka ada kelas tambahan hari ini. Mungkin sebab tu la Iman lambat balik." ujar Encik Muhammad lagi. Helaian akhbar diselak laju. Tajuk mengenai dunia perniagaan amat menarik minat Encik Muhammad.

Puan Salwa membulatkan mata. Apakah dia tidak salah dengar? Kenapa suaminya tidak memberitahu dirinya terlebih awal? Jikalau tidak, tiadalah dia risau seperti kehilangan anak.

"Kenapa abang tak beritahu saya awal-awal??" marah Puan Salwa. Segera tangan suaminya dicubit membuatkan Encik Muhammad terjerit kesakitan.

"Apa ni sayang? Main cubit-cubit pulak! Sakit tau!" Encik Muhammad mengusap tangannya yang merah akibat 'cubitan cinta' isterinya itu. Surat khabar yang terkulai layu di atas lantai dicapai.

Puan Salwa ketawa kecil. Hah... padan muka abang! Main-mainkan orang lagi...

Encik Muhammad yang geram ingin membalas balik cubitan isterinya namun hidungnya menangkap bau yang kurang enak. Makin lama makin kuat pula bau itu. Puan Salwa yang pelik juga terbaukan haruman itu.

'Baunya macam benda hangus je. Tapi apa erk?' soalnya sendiri.

Hidungnya mencari dari mana datangnya arah itu. Berkerut dahi Puan Salwa. 'Eh! Eh! Rasa macam kenal bau ni...' Diamati bau ini sekali lagi. Memang dia kenal bau ni. Bau macam....

Encik Muhammad dan Puan Salwa menoleh perlahan-lahan ke arah kuali yang terpasang apinya. Membuntang biji mata mereka berdua melihat asap yang berkepul-kepul di situ.

"Allah!! Pisang goreng saya!!"

***

Iman berjalan kaki pulang ke rumahnya dengan kaki terjengket. Dengan buku yang berat ditambah lagi seksa yang dia terima dari mamat gila itu membuatkan badannya lemah. Kudratnya tidak berdaya lagi untuk berjalan. Jikalau tidak tersermpak dengan Danish tadi, pasti dia sudah sampai lebih awal ke rumah. Memang mamat tu gilalah! Macam mana nak beritahu dengan ibu dan ayah? Takkan nak beritahu perkara sebenar kot yang kakinya berdarah akibat accident yang tak terduga? Dan kes buli oleh mamat gila itu?? Kalau bagitahu nanti mesti dirinya yang kena balik. Kang tak pasal-pasal berperang ayah dengan pengetua. Tapi diorangkan berkawan baik? Entahlah! Iman melangkah penuh longlai menyeberangi jalan. Alangkah indah jikalau keluarganya mempunyai seorang driver yang bisa menghantar dan mengambilnya pulang. Tak adalah penat sampai macam ni.

'Iman, jangan merungut! Allah beri ganjaran yang besar kepada mereka yang sanggup berkorban. Sama seperti kau.' hatinya mengingatkan kembali.

Iman cepat-cepat beristighfar. Langkahnya segera dihayunkan hingga ke simpang kanan. Sikit aje lagi Iman! Sikit aje lagi. Sabar. Sabar itu separuh daripada iman. Monolog Iman lagi.


***


Motor jenama LC diparkirkan elok di sebelah kereta Proton Inspira milik mama. Helmet dibuka perlahan. Sebelum turun, sempat lagi Danish membetulkan rambutnya yang tersedia pacak itu. Wow! Handsome!


Dia berjalan ke pintu rumah lalu dipulas tombolnya perlahan. Melihatkan semua orang mungkin berada di atas, Danish mengambil keputusan untuk terus naik saja ke bilik. Pintu rumah ditutup perlahan sehingga tidak mempamirkan sebarang bunyi.


Anak tangga pertama dipijak Danish. Sedang dia melangkah naik ke anak tangga yang ke lima, kedengaran pintu bilik di aras itu dibuka. Danish ingin melarikan diri namun tidak sempat kerana namanya sudah dipanggil papa.


Tan Sri Othman berjalan menuju ke arahnya. Pandangan tajam diberikan. Danish menekurkan muka ke lantai. Takut barangkali.


"Naik mandi, solat asar. Lepas tu turun bawah. Ada benda nak bincang!" serius sekali bunyinya membuatkan bulu roma Danish meremang.


Ahh!! Mesti ada yang papa nak buat ni! Hati Danish menggerutu.


Namun kerana ketaatan kepada papanya, dia hanya mengangguk saja walaupun bukan dari hati yang ikhlas. Dia berlalu ke bilik dengan perasaan yang geram. Beg sekolah di campak ke bawah katil. Rambutnya diramas-ramas dengan kasar. Dengan perasaan malas, Danish membuka baju dan seluar sekolahnya lantas ke bilik air untuk membersihkan badan.


***


"Papa tengok perangai kamu makin lama makin teruk. Apa nak jadi dengan kamu, Danish? Kamu nak jadi samseng ke? Nak sangat?!" Tan Sri Othman memulakan operasi. Sudah lama dia memendamkan semua ini. Berbuih-buih mulut dia dan isterinya menasihati Danish namun balasan yang diharapkan cukup menyedihkan hati mereka berdua.


Danish membisu. Bantal kecil di sofa dipeluk erat sambil bersila. Sejak papanya mula berceramah, dia hanya mendiamkan diri. Sama seperti apa yang dilakukan di sekolah, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.


Puan Sri Kiara merenung ke arah kedua-dua lelaki di dalam rumah ini. Dia juga sama seperti Danish. Baginya mendiamkan diri adalah lebih baik. Dia tidak mahu menambah ketegangan dalam masalah antara suami dan anaknya. Jikalau dia menyampuk, mungkin perbincangan ini tidak selesai malah makin bertambah tegang.


"Jawab, Danish! Kenapa diam?!" soal Tan Sri Othman lagi.


Danish masih lagi mendiamkan diri.


"Abang, jangan tinggikan suara. Nanti abang sakit." nasihat Puan Sri Kiara. Dia bimbang dengan kesihatan suaminya. Doktor telah menasihatkan supaya mengawal kemarahan dan mengalami sebarang tekanan kerana ia boleh menaikkan darah tingginya.


"Abang dah tak boleh tahan, Ara. Selama ni apa yang kita buat, kita cakap, mana dia dengar! Telinga dia macam letak kat lutut. Nak kata banyak tahi telinga, setiap bulan ada buat check-up. Nak kata pekak, alhamdulillah masih baik. Tapi, perangainya tetap sama! Tak berubah langsung!" Tan Sri Othman mengendurkan suaranya namun masih lagi tegas.


Puan Sri Kiara segera menggosok dada suaminya apabila Tan Sri Othman melabuhkan punggungnya di sebelah isteri tercinta.


"Dah lah tu, bang. Nanti abang sakit. Masuk hospital lagi kan susah. Dah lah."


Tan Sri Othman menggeleng. Dia tidak mahu mengalah seperti sebelum ini. Biarlah jika dia dimasukkan ke wad sekalipun asalkan masalah anaknya dapat diselesaikan. Hatinya takkan tenang.


"Abang rela masuk hospital asalkan dapat selesaikan masalah anak kita ni, Ara. Entah jin mana yang rasuk dia sampaikan dia degil dengan kita. Abang dengan kakak kamu yang lain tak pernah buat perangai macam ni. Tapi papa hairan sungguh dengan kamu. Kamu belajar dari mana semua ni Danish?" soal Tan Sri Othman terhadap Danish yang sejak tadi hanya mendengar.


Danish tersentak bila namanya dipanggil.


"Mana ada, pa."


"Mana ada?! Kalau tak ada, kenapa kamu sanggup buat macam tu?? Kamu tahu tak yang perbuatan kamu dan kawan-kawan kamu terhadap Adam boleh membawa kepada kematian. Kamu tak pernah fikir ke?!!" tengking Tan Sri Othman lagi. Puan Sri Kiara memegang lengan suaminya supaya bersabar.


Danish terdiam kembali. Puan Sri Kiara mengeluh perlahan. Entah bila semua ni akan berakhir. Ya Allah, Kau berikanlah jalan penyelesaian untuk masalah ini.


"Nish buat macam tu sebab dia yang kacau Nish. Kacau port rasmi Nish dengan kawan-kawan." balas Danish tidak mengalah. Tanpa sengaja, Danish telah membocorkan rahsianya kepada mama dan papa. Hati Danish membara apabila papanya terus-terusan menjunjung nama Adam. Dasar budak lembik!


"Oh.. kacau port kamu. Sebab itu kamu selalu pontengkan? Betulkan?" duga Tan Sri Othman.


Danish segera bangun. Malas mahu mendengar ceramah yang mengusutkan fikiran. Dia berkira-kira mahu beredar dari situ untuk mengelakkan diri dari terus disiasat oleh papanya bagaikan polis. Kang entah apa lagi yang terlepas dari mulutnya. Namun langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil.


"Muhammad Rayyan Danish, mulai hari ini papa akan bekukan kad kredit kamu..."


Danish terkedu. Bulat matanya.


"..motor kamu papa tarik balik. Kuncinya ada pada papa."


Danish membuat pusingan maut. Gugusan kunci yang berada di tangan Tan Sri Othman dipandang dengan riak tidak puas hati.


"Apa ni. pa?!"


Tan Sri Othman tersenyum sinis.


"Kalau kamu nak kembali 'isteri' kesayangan kamu ni, kamu kena berubah sikap. Kali ini papa takkan tertipu dengan setiap perbuatan kamu. Mata-mata papa sentiasa memerhatikan kamu. Papa nak kamu berubah sikap. Kamu kena ingat, kamu sudah dewasa. Ada akal fikiran yang waras. Jadi, gunakanlah dengan sebaik mungkin. Ingat, kalau nak, ubah sikap. Jikalau kamu tak ubah juga, dan masih lagi tetap dengan perangai nakal dan jahat kamu itu, papa ada satu rancangan yang paling bagus untukmu duhai anakku tersayang..." Tan Sri Othman menayangkan gugusan kunci itu kepada Danish yang sudah tercengang dengan mata terbeliak. Senyuman sinisnya dipamerkan untuk membakar jiwa anaknya. Dia tahu Danish pantang dicabar. Dengan ini dia senang hati mengambil peluang yang ditunggu-tunggu.

Danish terus beredar ke bilik dengan perasaan geram sambil menghentakkan kaki. Hatinya berbakul-bakul dengan amarah. Meja solek yang disusun cantik dengan pelbagai aksesori lelaki, dicampak ke bawah sehingga berterabur. Memang dah marah sangat tu!

Danish segera menarik keluar telefon yang berada di poket seluar pendeknya lalu menelefon sahabat baiknya. Talian bersambung dan Danish terus bercakap dengan orang yang berada di talian itu. Dia memerlukan seseorang untuk melepaskan tension!


***

Iman merebahkan badan ke katil. Fuhh! Lega sungguh rasanya bila dapat baring di tilam empuk yang menjadi igauan sejak pulang petang tadi. Sengal pinggangnya apabila selama satu hari suntuk ini, dia melakukan kerja seperti buruh. Bersama kakinya yang luka. Nasib baik dia sempat cover pergerakan kaki apabila berjalan depan keluarganya. Dah la balik tadi dia terus diserbu bermacam-macam soalan dari ibu dan ayah. 'Okey sekolah?' 'Macam mana penerimaan semua orang?' 'Suka?' Huh! Ditambah lagi dengan rengekan adiknya yang mengajak dia bermain badminton pada petang ini namun cepat saja ditolaknya dengan alasan penat walhal kakinya sedang sakit. Sungguh kudratnya telah berkurangan. Ini semua berpunca dari mamat gila tu! Hish! Iman merenung siling biliknya. Lama.

Teringatkan kejadian petang tadi membuatkan hatinya mendongkol geram. Segala sumpah seranah diberikan kepada lelaki itu namun ianya hanya melantun di dalam hati saja. Tidak berani dia bangkitkan dihadapan mamat gila itu setelah apa yang dia rasakan sewaktu Danish merapatkan badannya dengan diri Iman.


Membahang wajah Iman apabila teringatkan kejadian tadi. Iman bangun dari pembaringan. Teddy bear yang terletak elok di atas katil dicapai lalu ditumbuk-tumbuk mukanya. Hidung patung itu ditonjol-tonjol sehingga penyek. Matanya juga dikutil-kutil Iman.


"Kau kan memang sengaja nak cari nahas dengan aku! Mamat gila!!" Iman berkata-kata dengan patung tidak bernyawa itu. Ditumbuk-tumbuk muka teddy bear itu untuk menghilangkan kepuasan.

"Disebabkan aku terlanggar kau pun, kau buli aku!! Tak patut!!" Iman terusan-terusan menumbuk patung tidak bernyawa itu. Dia berhenti melakukan perbuatan itu setelah berasa penat.

Tapikan, kenapa perasaan aku tak menentu bila dekat dengan dia? Adakah aku sudah jatuh cin...

Ahh!! Jangan kau peduli pasal mamat gila tu, Iman. Dia dah mendera kau! Kau tak ingat apa yang dia dah buat kat kau?! Dia buli kau! Jangan kau berangan nak jatuh cinta dengan dia! Iman cepat-cepat tersedar dari lamunan. Buat apa nak fikir pasal mamat tu? Buang karan jek!

Setelah merasakan badan terlalu penat, Iman mengambil keputusan untuk melelapkan mata. Sempat dia berdoa di dalam hati supaya esok dia tidak perlu berdepan dengan karenah mamat gila yang entah apa-apa itu. Buat kesekian kalinya, Iman tidur lebih awal pada malam ini.

***

Puan Sri Kiara berasa gundah bila anak lelakinya tidak turun makan. Sudah jam 10 malam namun kelibat anaknya masih lagi tidak kelihatan. Semasa makan dengan suaminya, anaknya juga tidak turun makan. Tan Sri Othman hanya membiarkan saja. Puan Sri Kiara tahu anaknya berkecil hati dengan papanya mengenai kunci motor dan kad kredit.

Setelah siap mengemas meja makan, Puan Sri Kiara menjenguk Danish di kamar. Pintu bilik diketuk perlahan.

Tok! Tok!

Tidak sampai sepuluh saat, pintu itu dibuka sedikit. Danish menjegulkan mukanya sahaja. Sungguh bersahaja.

"Boleh mama masuk?" ujar Puan Sri Kiara lembut.

Danish mengangguk tanda merelakan. Pintu dibuka seluasnya untuk Puan Sri Kiara masuk. Setelah masuk, Danish tutup kembali pintu itu lantas dikunci dari dalam. Dia tidak mahu papanya masuk. Hatinya masih sakit.

Puan Sri Kiara duduk di birai katil bersebelahan anaknya. Danish termenung. Tangan anaknya dipegang lalu diramas perlahan. Danish membiarkan. Selesa sungguh bila mama buat begitu. Terasa seperti sewaktu kecil dulu.

"Kenapa tak turun makan?" soal Puan Sri Kiara.

"Tak lapar." balasnya pendek.

Puan Sri Kiara tersenyum.

"Masih marahkan papa lagi?"

Danish menghela nafas. Kemudian dia menggeleng. Puan Sri Kiara tahu semuanya. Dari riak wajah anaknya dia tahu, anaknya terasa dengan perbuatan papanya.

"Danish tahukan papa buat bersebab. Papa dan mama nak yang terbaik untuk Danish." Puan Sri Kiara cuba menasihati.

Danish senyum sinis. "Untuk kebaikan? Mama tak rasa apa yang Nish rasa. Nish rasa sakit dengan apa yang papa buat. Macam mana Nish nak pergi sekolah kalau kunci motor Nish papa dah rampas?!" Danish sebal. Dia mengepalkan penumbuk. Tangannya direntap dari pegangan mamanya.

Puan Sri Kiara menggeleng. "Bukan macam tu sayang. Papa buat semua tu supaya Danish berfikir apa salah Danish. Ingat balik. Refresh your memory. Selama ni papa dah nasihat, Nish tak mahu dengar. Kali ni papa perlu tegas. Danish kena berubah. Sayang mama ni dah besar. Dah tak boleh buat perangai lagi. Nanti macam mana sayang nak kahwin?" seloroh Puan Sri Kiara. 

Danish ketawa kecil. Kahwin?

"Mama nak tanya boleh sayang?" 

Danish mengangguk dengan senang hati. Memang dengan mama, Danish berasa tenang. Mama melayan dengan penuh lembut. Sentiasa memanjakan dirinya tetapi berpatutan. Sebab itulah Danish senang meluahkan perasaan kepada Puan Sri Kiara. Walaupun mengenai papa!

"Kenapa Danish sanggup buat macam tu pada Adam? Apa salah dia?" Puan Sri bertanya lembut namun ayatnya pedas dan tegas.

Danish terdiam.

"Nish tak puas hati dengan dia. Dia selalu aje sibuk pasal Nish. Nish benci dengan dia! Selalu menyibuk. Kalau boleh semua hal Nish dia nak tahu, nak korek! Dasar busybody! Pondan! Lembik!" bentak Danish. 

"Danish, tak baik cakap macam tu. Mama tak ajar cakap benda tu kan. Adam hanya menjalankan tanggungjawab dia sebagai pengawas aje. Dia mesti jujur." Puan Sri Kiara cuba berlembut.

Danish menoleh memandang seraut wajah wanita yang sangat dia sayang. Wajah yang bersih dan putih itu dipandang lama. Mama memang cantik. Sangat cantik! Matanya bundar, keningnya terukir cantik, bulu matanya lentik, hidungnya mancung, dan bibir yang seksi. Ditambah pula dengan sifat lemah lembutnya, kemanjaannya cukup mengagumkan Danish. Itu belum dicampur dengan senyumannya. Pasti cair! Danish kalau boleh ingin mencari wanita sama seperti mamanya yang cukup memahami dirinya. Danish tersenyum.

Puan Sri Kiara pelik. Anaknya boleh pula tersenyum bila disoal. Apa lawak sangatkah soalannya?

"Nish.." Puan Sri Kiara memetik jari.

Danish tersedar. Dia tersengih malu. Puan Sri Kiara turut tersenyum sambil menggeleng.

"Berangan ya! Ingatkan siapalah tu. Mesti girl....."

"Oh stop, ma! Not now! Nish tak berminat!" Danish segera mengangkat tangan. Dia cukup tidak suka dengan topik ini. Mengganggu emosi.

"Okaylah... mama nak masuk tidur. Nish pun jangan tidur lambat tau. Esok nak sekolah. Nish pergi dengan siapa esok?" tanya Puan Sri Kiara seraya berdiri. Dia dapat mengagak jawapan anak lelakinya.

Danish turut berdiri sama. 

"Dengan Suffiyan." jawabnya yakin. 

Puan Sri Kiara tersenyum lagi. Tangannya dihulurkan lalu Danish menyambut dengan senang hati. Dahi anaknya dikucup lama. Memang kebiasaan dia akan mengucup dahi anaknya sebelum tidur. Memang Danish anak manja!

Danish menuju ke katil selepas mamanya keluar dari bilik. Dia membaringkan tubuh ke tilam empuk. Fikirannya tiba-tiba teringatkan gadis petang tadi. Dia tersenyum. Telefon bimbit ditepi katil diambil. Punat ditekan lalu pergi ke bahagian yang tersimpan dengan video. Danish ketawa mengekek pabila melihat wajah masam Iman yang sedang mencuci motosikalnya. Namun ketawanya mati bila terpandangkan air mata yang membasahi pipi gadis cantik itu. 

'Eh! Kenapa pulak aku mesti sedih? Dia dah langgar aku. So, memang patut pun aku buli dia kan?' Hati Danish berbisik.

'Tapi kau tak kesian ke dengan kaki dia tu?' sambung lagi hatinya. 

Danish bungkam.

Semakin lama mata Danish semakin memberat dan akhirnya terlelap dengan lampu tidur yang terpasang serta telefon bimbitnya yang terbuka. Persoalan masih lagi belum dijawab.



p/s: hai korg... here new netry :))