Kereta Mercedes Benz kini sudah memasuki perkarangan rumah banglo dua tingkat. Terdapat sebuah garaj kereta dibina untuk ahli keluarga mereka meletakkan kenderaan. Di sebelah kiri terdapat laman hijau yang ditanami dengan pelbagai pokok bunga yang segar dan sentiasa mekar. Antaranya ialah pokok bunga mawar, bunga raya, bunga kertas, dan pokok bunga orkid. Di tengah-tengah antara pokok bunga mawar terdapat sebuah buaian untuk menenangkan fikiran. Mungkin mahu melepaskan tekanan dan dapat mendamaikan jiwa yang sedang dibelenggu dengan perasaan tidak menentu. Dan di sudut landskap hijau itu terbina satu gazebo. Cukup simple tetapi sangat unik.
Tan Sri Othman turun dari kereta lalu mencapai beg bimbitnya yang berada di pintu tempat duduk belakang. Beliau berjalan menuju ke pintu rumah lalu dipulas tombolnya.
"Assalamualaikum..." sapa Tan Sri Othman. Senyap dan sunyi tanpa balasan membuatkan Tan Sri Othman berfikir bahawa isterinya mungkin sedang bersolat. Tanpa menunggu, Tan Sri Othman menutup pintu lalu berjalan menuju ke arah tangga untuk masuk ke kamar. Baru sahaja kakinya menaiki satu anak tangga, kedengaran suara wanita menyapanya.
"Abang dah balik?" soal Puan Sri Kiara. Dengan senyuman dia terus mendapatkan suaminya lalu dicium tangan tanda hormat. Tan Sri Othman tersenyum bahagia.
"Dah. Ingat Ara tidur. Tu yang abang terus naik ni." ujar Tan Sri Othman.
Puan Sri Kiara tersenyum malu.
"Sebenarnya tadi Ara tertidur sekejap lepas masak. Sementara tunggu abang balik, Ara bacalah majalah kat bilik dulu. Tapi tak sangka pula boleh terlelap." Tan Sri Othman ketawa mendengar celoteh isterinya.
Puan Sri Kiara mengambil beg di tangan suaminya lalu bertanya, "Abang nak makan dulu ataupun nak mandi?" tanya Puan Sri Kiara manja.
Tan Sri Othman tersenyum lagi seraya ketawa. Melihatkan respon dari sang suami membuatkan Puan Sri Kiara geram lalu mencubit perutnya membuatkan Tan Sri Othman terjerit kecil. Pantas tangan si isteri di tarik sebelum perutnya mendapat habuan lagi.
"Orang tanya abang main-main pula. Dah tu siap gelak lagi. Bencilah!" bentaknya manja. Puan Sri Kiara pura-pura merajuk. Muncung mulutnya sedepa.
Tan Sri Othman ketawa lagi. Hailah isteriku... manja betul! Dari dulu sampai sekarang, tak hilang lagi perangai manja dia tu. Kiara.. Kiara.. Tan Sri Othman berkata sendiri sambil menggelengkan kepala.
"Abang nak mandi dulu. Lepas tu kita solat sama-sama dengan makan sekali ya, yang..." kata Tan Sri Othman memujuk. Ternyata memujuk isterinya sangatlah mudah. Puan Sri Kiara mengangguk lantas mengikuti suaminya naik ke bilik beradu mereka. Sempat juga dia bertanya perihal anak lelaki bongsu mereka. Siapa lagi kalau bukan Danish! Setiap hari pasti dia akan bertanya tentang anaknya yang seorang ini.
"Nantilah abang cerita..."
Balasan dari suaminya amat dia fahami. Sudah cekap dan mahir dalam bab yang satu ini. Pasti anaknya itu buat hal lagi. Jikalau tidak, masakan air muka suaminya keruh pabila perihal anak diketengahkan. Danish, apalagi yang kau buat sayang? Bisik hati wanitanya.
***
"Cepatlah! Lembab ya amat! Orang gaji aku pun tak lembab macam kau siput!"
Iman memekakkan telinga. Sedari tadi lagi Danish asyik mengeluarkan kata-kata kesat, keji dan menghina dirinya. Air mata yang mengalir juga tidak mematahkan semangat Danish untuk menyuruhnya melakukan perkara yang bukan dari kerelaannya. Memang mamat ni hatinya seperti besi! Keras dan tak mudah dipatahkan.
"Kenapa saya pulak?? Apa dosa saya sampai awak buat saya macam ni??" Iman bersuara akhirnya setelah sekian lama mendiamkan diri mendengar tohmahan dan hinaan dari lelaki gila ini! Kakinya yang sudah balut dengan bandage di sentuh perlahan.
Danish terdiam. Namun bila terdengar hilaian tawa dari lelaki itu membuatkan Iman pantas berpusing ke belakang.
"Apesal awak gelak?! Saya tanya apa dosa saya sampai awak sanggup buat saya macam ni?! Kenapa?!" jeritku sekuat hati. Tangan yang sedang memegang kain kecil dikepal erat. Kecil besar aje aku nampak mamat gila ni sekarang! Hati Iman mendongkol geram.
Danish bangun dari kerusi malas yang didudukinya. Kedua-dua belah tangannya diseluk ke dalam poket seluar.
"Suka hati aku la nak gelak ke tak nak. Mulut aku! Kau tanya dosa kau erk? Erm..." Danish mengusap dagunya perlahan-lahan seperti memikirkan masalah yang berat.
Iman mengecilkan matanya. Pandangan tajam ditujukan khas untuk Danish. Hatinya sangat geram.
"...dosa kau sebab kau langgar aku tadi..." Iman masih menahan sabar.
"...sebab kedua, kau ambil tempat duduk sebelah aku..." Iman membuntangkan mata. Apakah??
"...dan sebab yang terakhir, kau ingkar cakap aku..." ujar Danish satu persatu dengan senyuman sinis. Mulut Iman sudah terlopong besar. Sebab itukah dia disuruh mencuci motosikal lelaki itu?? Sungguh dia tak mengerti manusia jenis apa yang dia jumpai ini! Perangai sebiji macam alien!
Iman sudah tidak dapat bertahan lagi. Semakin lama dia di situ, semakin banyak perkara yang akan Danish suruh dia lakukan. Dengan bekalan tenaga yang kuat, Iman membaling kain buruk yang digunakan untuk mencuci motosikal lelaki itu.
Gol!!
Tepat mengenai muka Danish yang sedang terkejut. Kesempatan ini Iman ambil untuk menghilangkan diri. Terjengket-jengket dia bergerak. Dia cuba melarikan diri namun langkahnya terhenti pabila terasa tangannya di rentap kuat oleh mamat gila itu.
"Kau nak pergi mana perempuan?! Habiskan cuci motor aku dulu!" bisik Danish ke telinga Iman. Bau haruman syampu rambut Iman begitu mempesonakannya sehingga dia terlalai seketika. Hilang segala amarah dia.
Terkaku Iman. Jantungnya berdetak lebih laju dari yang sebelumnya. Hatinya tak keruan setelah mendengar suara merdu daripada Danish. Terasa dekat sangat dirinya dengan Danish. Minyak wangi yang dipakai mamat gila ini cukup melalaikan diri Iman namun cepat-cepat dia tersedar. Segera dia cuba merentap pergelangan tangannya dari dipegang Danish namun pegangannya sungguh kejap.
Danish tersenyum sinis. Walau bagaimana sekalipun Iman cuba untuk menarik tangannya kembali, Danish yakin itu tidak berjaya sama sekali. Semakin Iman meronta, semakin kuat cengkaman Danish.
Mata Iman sudah bergenang dengan air mata. Sakitnya pergelangan tangan tiada siapa yang tahu. Hatinya menyumpah seranah Danish. Apalah nasib dia berjumpa dengan mamat gila seperti dia ini? Kalaulah dia tidak langgar Danish tadi, pasti perkara sebegini tidak berlaku. Namun semuanya sudah tersurat oleh Yang Berkuasa.
"Rentaplah lagi. Makin kau rentap, makin aku tak lepaskan kau. Kalau nak lepas boleh, tapi dengan syarat aku nak kau cuci motor aku dulu. And then aku nak kau siapkan kerja sekolah aku. Esok aku nak! Kalau tak siap, kau nanti aku siapkan! Faham?!" ugut Danish keras.
Iman sudah menelan air liur. Amaran dari lelaki ini cukup membuatkan dia terseksa. Nak buat kerja sekolah mamat tu?! Mak aihh... habis kerja sekolah aku macam mana? Siapa nak buat? Mamat gila ni? Huh! Mati hidup semula aku tak percaya yang dia akan buat apatah lagi menyentuh. Hatinya berkata sedemikian.
Akhirnya setelah ditimbang dan diproses serta persetujuan telah dibuat, Danish melepaskan tangan Iman. Kelihatan kesan merah di sekeliling pergelangan itu. Iman menyambung kembali tugasnya mencuci motorsikal milik lelaki bernama Rayyan Danish itu. Air mata meleleh membasahi pipi namun kali ini Iman membiarkan saja. Tidak disapu langsung sehingga menampakkan bekas. Iman tahu, air matanya bukanlah menjadi kudis untuk dia berubah fikiran. Sedangkan tadi pun dia sengaja mengaduh sambil memegang betisnya yang luka, namun balasan dari Danish cukup menyebalkan hati.
Tanpa Iman sedari, Danish telah merakam segala yang dia lakukan. Danish tersenyum lagi.
p/s 1: hai you allss.... here new entry baru... hope semua org sukakannya :))
p/s 2: rumah yg dimaksudkan oleh miss td, anda smua bleh tgk di sini ya.. miss ada menambahkan sikit ciri2 rumah tu utk karya miss ini :)) hrp sukakannya.. http://www.norshidahkamarudin.com/tag/rumah-idaman