Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Monday, 26 March 2012

Bab 2 Prince Charming+ Budak Nakal + Suami??






DANISH meraba punggungnya yang terasa pedih. Masih terasa lagi kehangatan dan keperitan akibat di rotan oleh tuan pengetua namun dia tidak kisah sangat. Dia tidak puas hati dengan Adam yang melaporkan kegiatan buruknya kepada Tan Sri Othman yang merupakan ayahnya merangkap pengetua di sekolah yang sedang dia belajar. Sahabat-sahabatnya juga mendapat 'sagu hati' sama sepertinya. Semuanya gara-gara Adam! Dia teringat perbualan antara dirinya dengan pengetua sebentar tadi.

"Apa nak jadi dengan kamu ni Danish? Setiap hari ada aje masalah yang kamu timbulkan. Papa dah penat nak merotan, nak gantung sekolah pada kamu dengan kawan-kawan kamu. Papa ingat kamu dah berubah kalau papa tak beri hukuman. Ini makin menjadi-jadi pula. Kamu tak kesian ke dengan papa, mama dan diri kamu sendiri??" Tan Sri Othman mengeluh. Sungguh penat mahu menasihatkan anaknya yang sorang ini. Sudahlah tadi dia baru berjumpa dengan seorang pelajar yang mendaftar di sekolah ini. Tidak sangka pula dapat berjumpa dengan kenalan lama waktu zaman sekolah dulu. Agak lama juga dia berbual dengan bapa pelajar baru itu perihal sekolah ini dan bercerita sedikit mengenai kehidupan semasa mereka sementelah sudah lama tidak ketemu. Selepas saja dia bertukar nombor dan menghantar pemergian sahabat lamanya itu, Tan Sri Othman mendapat aduan daripada guru disiplin. Tak lain dan tak bukan, pasti kelakuan anaknya, Danish.

Baginya adalah lebih senang menjaga lembu daripada anaknya. Dia sendiri hairan dengan perangai Danish. Hendak dikatakan kurang pandai, setiap ujian yang diambil keputusannya cukup cemerlang. Dikurniakan segalanya serba serbi sempurna malah cerdik pula sehinggakan sekolah mereka mendapat anugerah iaitu sekolah klaster. Sekolah bertaraf tinggi. Tetapi kenapa dia sering membawa masalah? Adakah disebabkan pergaulan? Setahunya, kawan-kawan Danish sama seperti anaknya juga. Mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Dan sama-sama juga melakukan perbuatan yang dilarang! Tan Sri Othman tidak boleh menyekat pergaulan anaknya, Danish dengan sahabatnya kerana dia tahu sahabat anaknya itu sebenarnya baik. Kadang kala dia terlalu nakal. Mungkin sekali dia mahu melepaskan tekanan. Nak dikatakan tidak cukup kasih sayang, segala hajat dan keinginannya diberikan tanpa paksaan. Danish adalah anak bongsu daripada empat orang adik beradik. Seorang yang agak manja dan pandai berdikari. Dia mempunyai seorang kakak dan dua orang abang. Namun kakak dan abang-abangnya semua berperangai elok. Tak pernah sekalipun mereka dipanggil berjumpa pengetua mahupun guru disiplin. Apa masalah Danish sebenarnya?

Danish tidak mempedulikan omongan papanya. Jarinya ligat bermain pen berwarna hitam yang terletak di atas meja. Baginya segala yang papa beritahu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Itulah yang selalu dia lakukan setiap kali dia dipanggil masuk bilik tuan pengetua Tan Sri Othman.

"Danish ada masalah ke?" tanya Tan Sri Othman. Beliau mengambil tempat di sebelah anaknya itu. Mahu diselami hati anak terunanya sedalam mungkin. Namun kata-katanya hanya dibalas dengen gelengan kepala Danish.

"Kalau tak ada masalah, kenapa buat Adam macam tu?? Danish tahu tak yang perbuatan Danish tu memalukan nama baik sekolah dan Danish mungkin akan disaman oleh keluarga mereka! Danish tak fikir ke?!" marah Tan Sri Othman. Ada ke patut, anaknya menyumbat lima batang rokok ke dalam mulut Adam kemudian disuruh pula menghisapnya. Nasib baik tak mati budak tu! Dah la Adam ada semput. Kalau dia innalillah macam mana? Dah tentu-tentu dia akan dipenjara.

Danish mengerling papanya dari ekor mata. Rasa mahu tergelak di dalam hati pabila teringat akan Adam, si pengawas lembik yang disuruh menghisap rokok. Itulah. Siapa suruh kacau Muhammad Rayyan Danish bin Tan Sri Othman. Anak pengetua sekolah lagi tu. Memang 'dia' akan mendapat habuannya nanti. Ha ha ha...!

"Danish, balik nanti papa dengan mama akan bincang dengan kamu. Dah teruk sangat perangai kamu ni! Dah kamu boleh masuk ke kelas. Jangan melencong ke tempat lain." pesan Tan Sri Othman seraya bangun menuju ke kerusinya kembali.

"Macam mana nak duduk ni? Adoii lah pondan ni. Memang nak kena sembelih dengan aku ni!" kata-kata Razif menyentak lamunannya. Dia melihat Razif mengepalkan dan menggenggamnya erat. Dia mahu membuat perhitungan dengan Adam Si Jejaka Lembik. Akan dicincang lumat tubuhnya menjadi daging hancur!

"Memang mati budak tu nanti aku kerjakan." sampuk Tonjang. Dia berjalan terjengket-jengket sambil memegang punggungnya. Dah macam nenek tua sakit belakang pun ada!

"Nish, kau ada plan ke? Aku nak ganyang pondan tu!" tanya Aniq kepada Danish yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Mungkin ketua merangkap sahabatnya sedang memikirkan apakah hukuman yang patut diberikan kepada pengawas itu.

Semua mata tertumpu kearah Danish tatkala lelaki itu tiba-tiba saja tergelak. Kuat pulak tu! Mereka sudah berpandangan sesama sendiri.  Senyuman mula di hias di setiap bibir lelaki berenam itu. Pasti Danish ada plan yang baik punya untuk Adam the pondan guy. Tunggu dan lihat! Mereka berenam terus bergerak meninggalkan bilik pengetua. 

***

"Sya, betul ke tempatnya kat sini?" soal Iman semput. Dirinya tidak larat lagi nak jalan. Tadi, selepas dia dan ayah berjumpa dengan pengetua, dia kembali ke kereta semula untuk bersalam dengan ibu dan adik. Setelah beberapa ketika, kereta berjenama Vios itu mula bergerak meninggalkan dirinya. Iman mengeluh kepenatan. Kenapalah sekolah ni besar sangat? Agak kalau jalan dalam 10 langkah, boleh tercabut kakinya. Iman adalah pelajar baru di sekolah ini. Dia baru saja di daftarkan di sekolah ini seminggu yang lepas oleh ayahandanya, Encik Muhammad. Iman di tempatkan di kelas 4 Mawar, di mana kelas itu adalah kelas untuk pelajar yang cenderung kepada perakaunan. Minatnya yang mendalam di dalam bidang ini dan memperoleh keputusan yang cemerlang membuatkan dia di hantar ke situ. Syukur alhamdulillah pabila dia terserempak dengan sahabat karibnya sejak dari sekolah lagi. Tak lain dan tak bukan ialah Syasya. Siti Syasya Syameera binti Hasifuddin. Itulah namanya! Sedapkan?

"Iya. Memang betullah. Kau janganlah risau. Aku sekolah kat sini sejak tingkatan satu lagi. Semua jalan aku dah hafal. Relaks okey?" kata Syasya cuba untuk menenangkan diri Iman. Iman mengeluh lagi tatkala terlihat bangunan yang mereka lalui. Agak aku berjalan dari tadi, masih lagi dekat bangunan bilik pengetua? Huh!

Iman tidak berdaya lagi untuk berjalan. Dia terduduk di atas simen yang berdebu. Lantaklah apa nak jadi! Dah memang aku sakit kaki dan letih. Kang tercabut kaki aku siapa nak tanggung?? Syasya?? Ayah?? Ibu?? Iman bermonolog sendiri. Dapat dilihat Syasya yang membebel seorang sendiri. Tak perasan ke aku dah duduk?? Menonong aje. Kawan siapalah ni...

"Nanti aku tunjukkan kat kau tempat yang be...." Syasya tidak sempat menghabiskan ayatnya tatkala terpandangkan diri sahabat karibnya yang sedang duduk terlunjur di atas lantai. Segera dia berlari kearah Iman lalu bercekak pinggang.

"Kau ni dah kenapa pulak duduk atas lantai ni?? Kotor tahu tak?" marah Syasya. Iman mendongakkan kepalanya. Adoii.. sakit tengkuk aku tengok minah ni. Tinggi sangat!

"Aku penatlah, Sya. Tak larat dah nak jalan lagi. Kau dukung aku erk?" rengek Iman menayangkan muka sedih. Beg yang tersangkut di bahu di letakkan di sisinya. Memang betul-betul penat! Rasa macam masuk marathon aje. Iman ni sudahlah jenis yang mudah lelah dan semput. Nak-nak kalau di tempat yang asapnya berkepul-kepul, confirm dia akan mendapat semput.

Syasya menjegilkan mata. Ada ke dia suruh aku yang kurus kerempeng ni dukung dia? Tapi boleh juga sebab beza badan antara kami tidaklah jauh mana. Tapi tak boleh juga. Sepatutnya dia yang dukung aku!

"Sepatutnya kau yang dukung aku tau. Aku penat jalan dari bilik guru, lepas tu aku gerak pergi bilik mesyuarat sekejap, then aku terserempak aku dekat bilik pengetua, lepas tu kena tunjukkan kelas kau lagi. Sekarang siapa yang penat??" Whoa! Dah macam machine gun tu dia bercakap! Laju betul.

"Okey-okey stop. Dah. Jangan cerita lagi ya machine gun. Nanti tak pasal-pasal pengsan pulak kau kat sini. Dah satu kerja aku nak kena panggil orang suruh angkat kau. Kalau badan macam anak kucing tak apelah jugak. Ni badan macam badak sumbu. Habis patah riuk tulang aku nanti." usik Iman seraya ketawa kecil. Syasya menunjukkan riak tidak puas hati.

'Ada ke dia samakan aku slim ni dengan badak sumbu?? Kurang asam punya kawan!' gerutu hatinya.

"Kau samakan aku dengan badak erk?? Tak apa. Kau cari kelas 4 Mawar tu sendiri. Aku nak balik dulu." Syasya berdiri lalu melangkah pergi meninggalkan Iman yang terpinga-pinga di belakang.

"Hoi! Jangan tinggalkan aku, Sya!" jerit Iman. Lantas tubuhnya berdiri lalu mengejar langkah Syasya yang sudah jauh ke depan. Namun siapa sangka, malang tidak berbau. Iman terlanggar seseorang sehingga kakinya terpelecok masuk ke dalam parit kecil di situ.

"Auchh!!"

Berpinar-pinar matanya. Dia mencelikkan mata. Terlihat kakinya yang sudah masuk ke dalam parit kecil, segera dia menjerit kesakitan.

"Ibu!!! Ayah!!! Sakit!!"

Iman menangis teresak-esak. Airmatanya yang menitis lebat tidak dapat dibendung lagi. Kesakitan yang dia alami cukup memedihkan. Betisnya yang kebiruan dan kelihatan darah menitis keluar di belek sambil mengelap airmatanya menggunakan tangan.

"Sakitnya..." rintih Iman berlagu sedih.

"Hoi perempuan! Kau memang nak mati apa?!" herdik seseorang dari arah belakang.

Alamak! Aku lupa aku terlanggar orang masa nak kejar Syasya tadi. Ya Allah, selamatkanlah hambaMU ini. Jauhilah hambaMU ini daripada musibah. Sempat aku berdoa kepada tuhan.

"Aku cakap dengan engkaulah perempuan!! Kau pekak apa?!" tempiknya lagi. Suaranya yang tinggi cukup menakutkan Iman yang menggigil ketakutan. Dia memejamkan matanya perlahan-lahan lalu memalingkan kepalanya menghadap sang jejaka yang mengherdiknya tadi. Terhinjut-hinjut badannya menahan esakan.

Kelihatan enam orang lelaki sedang berjalan menuju ke arahku dengan wajah bengis. Iman segera menundukkan muka. Ketakutan semakin menyelubungi diri. Debaran di hati semakin terasa tatkala sepasang kaki berhenti betul-betul dihadapannya. Air mata yang sudah bergenang di tubir mata cepat-cepat di sapu. Iman masih lagi menundukkan wajah yang dipenuhi dengan tangisan. Syasya, tolong aku. Aku takut....

Hati Danish membara bila gadis dihadapannya itu langsung tidak memandang wajahnya dan tidak mempedulikan segala percakapannya. Dah la langgar orang lepas tu dia pulak yang menangis? Apa kes?? Dah lah dia cukup malu pabila dia jatuh tergolek pabila dilanggar orang. Sahabat-sahabatnya ketawa melihat gaya Danish jatuh. Kelakar gila! Tangan Danish di bawa ke hadapan dan mahu mencengkam dagu wanita itu tetapi kelakuannya terhenti pabila terlihat akan darah yang menitis di betis si gadis yang tersingkap kain dek terjatuh di dalam parit kecil itu.

Danish menelan air liur. Pandangannya terus dilarikan dari memandang betis sang gadis yang putih mulus itu. Nafasnya tidak menentu. Hati lelakinya berkocak hebat. Iman yang perasan mata lelaki asyik memandang ke arah betisnya, segera dia menutup dengan kain yang dipakai. Danish bingkas berdiri lalu memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar. Dia berdeham seketika menghilangkan kegugupan yang bertandang di dalam hati.

"Sakit ke?" Aduh! Soalan bodoh yang kau bagi apesal Danish?! Hatinya mengutuk percakapannya.

Iman memandang mereka sekilas sebelum mencebikkan bibir. Dah sah kaki aku berdarah, boleh tanya sakit ke tak? Apa punya bengong soalan dia ni? Iman menganggukkan kepala. Tangan masih lagi memicit kakinya yang berasa sengal dan pedih dengan beralaskan kain biru. Air mata sudah kering di pipi.

"Aku tanya jawablah!" pekik Danish. Iman mengerdipkan matanya tanda tidak mengerti. Apa masalah dia ni?? Nak terjerit-jerit macam kena sampuk jek! Aku bagi batu lesung dekat rumah tu kang baru tahu!

"Sakit.." perlahan Iman menjawab.

"Kalau dah sakit, pandai-pandailah bangun sendiri." Iman mencebik.

Tahulah mangkuk! Iman menjuihkan bibirnya. Malang sungguh dia jumpa orang macam ni...

Mereka berenam bergerak meninggalkan Iman yang tercengang. Sungguh Iman sakit hati dengan sikap mereka yang tidak mahu membantu. Bukankah menolong orang yang sakit adalah satu kewajipan? Ini makin dia biarkan. Apa punya manusia diorang ni?? Akhirnya tanpa bantuan sesiapa, Iman bangun sendiri walaupun kakinya pedih. Dia memegang dinding untuk bertahan dari jatuh.

Langkah Danish terhenti serta merta membuatkan rakan-rakannya hairan. Hati lelakinya terusik pabila terpandangkan gadis itu. Entah ada rasa aneh menyelinap di tangkai hati tatkala dia merenung wajah gadis itu sebentar tadi. Dirinya berasa amat bersalah kerana meninggalkan dia yang sedang mengerang kesakitan namun dia pertahankan maruahnya. Takut dilihat sahabatnya. Semuanya kerana ego!

Danish berpaling ke belakang melihat gadis itu yang sedang memapah dari satu dinding ke satu dinding untuk berjalan. Sungguh dia berasa kesakitannya kalau tidak kerana dia melalui jalan itu tadi, pasti gadis itu tidak apa-apa dan bisa berjalan seperti biasa. Tapi bila di amati wajahnya, Danish pelik.

'Budak baru ke? Tak pernah nampak pun.' Danish bermonolog sendiri.

"Nish, apehal?" soal Tonjang dengan dahi berkerut. Daripada tadi lagi dia lihat Danish perhatikan perempuan yang melanggar sahabatnya itu. Ada apa-apa ke? Mamat ni kenal ke perempuan tu? Takkan tangkap cintan kot!

"Hah? Err.. tak.. tak ada apa-apa." gagap dia menjawab. Malu bila kelakuannya diperhatikan rakan-rakan. Danish dan rakan-rakannya mula bergerak meninggalkan kawasan itu namun langkahnya terhenti tatkala terdengar sayup-sayup jeritan seseorang. Makin lama suaranya makin kuat menyebabkan mereka berenam menoleh ke belakang.

"Iman!! Apa dah jadi ni?! Kenapa kaki kau berdarah?!" Syasya mendekati Iman yang sedang berdiri dengan bersandarkan dinding. Dia datang kembali semata-mata mahu memastikan sahabatnya baik-baik saja. Salahnya juga meninggalkan Iman seorang diri kerana dia tahu Iman orang baru. Tadi dia saja menduga. Tetapi tidak disangka akan berlaku Iman mengalami kemalangan.

Iman hanya tersenyum mendengar celoteh Syasya. Dia hanya membuat bahasa badan seperti mengangguk dan menggeleng saja. Riuh betul! Macam kucing hilang ekor. Erkk?? Ada ke? Hentam sajalah labu. Tiba-tiba dia berasa kurang enak pabila dia terasa seseorang sedang memerhatikan dia. Iman lantas menoleh ke kanan. Memang tepat tekaannya bila terperasan lelaki yang dia langgar tadi masih lagi tidak berganjak dari tempatnya.

Zapp!!

Pandangan kami bertemu. Terasa satu benda sedang mengalir di dalam badan. Hati wanitanya bergetar tatkala mata jejaka itu masih merenung dirinya. Iman memalingkan muka memandang ke tempat lain. Tidak sanggup dia membiarkan wajahnya ditatap dengan penuh keenakan oleh jejaka enam orang itu.

"Weyh perempuan!" Danish bersuara tegas.

Iman dan Syasya memalingkan muka menghadap muka hensemnya ala-ala Ashraf Muslim tapi versi budak nakallah. Macam dalam slot televisyen Impak Maksima yang ditayangkan di TV3. Hensemkan? Hu hu hu...   Iman, sempat lagi kau berangan ya? Soal hatiku nakal.

"Pastikan aku tak tengok muka kau lagi. Kalau aku nampak muka kau lagi, and kau langgar aku lagi, mati kau aku kerjakan!" amaran keras yang dinyatakan Danish sungguh membuatkan Iman hampir tercekik. Nasib baik tak makan ikan, kalau tak memang dah lama gol! Tapi amaran dia tu sungguh kejam! Kalau dah ditakdirkan yang dia akan berjumpa dengan jantan tu selalu macam mana? Suratan atau kebetulan? Eh.. macam lagu pulak.

Syasya terkebil-kebil memandang ke arahku setelah jejaka 'sombong, bongkak, berlagak plus hensem' itu berlalu. Iman pura-pura melihat kaki yang kebiruan itu. Di dalam hati dia dapat mengagak apa yang bakal di lakukan oleh Syasya.

"Iman, kau jangan cakap yang kau langgar dia...." Syasya menduga. Hatinya kuat mengatakan bahawa kesan berdarah yang ada pada kaki sahabatnya itu ada kaitan dengan lelaki berenam tadi. Syasya merenung tajam mata Iman meminta jawapan.

"Aku terlanggar." gugup Iman menjawab. Dia sempat mempamerkan muka comelnya yang sememang comel sambil membuat simbol peace.

"Oh my godddddd!!!!!!" jeritan Syasya membuatkan badan Iman tidak seimbang. Lantas dia menggapai dinding yang berdekatan untuk mengelakkan dari jatuh. Fuhh! Boleh runtuh bangunan ni kalau minah ni jerit macam tu!

*****

Danish duduk ditempat duduknya. Untuk makluman semua, tempat si jejaka paling hangat ini adalah di belakang sekali. Dia duduk keseorangan setelah jirannya berpindah ke sekolah lain. Sebab pindah? Pelajar lelaki itu tidak tahan dengan sikap Danish yang suka menyuruh dia membuat sesuatu pekerjaan. Bukan menyuruh tapi memaksa! Pernah pelajar tersebut menerima penumbuk sulung dari Danish sebabnya hanyalah kerana dia tidak menyiapkan kerja sekolah Matematik milik Danish. Apalagi, beranglah jejaka hensem tu! Hai.. memang patut pun dia pindah sekolah. Azab wokk!!

"Danish ni kerja sekolah engkau." Wan Jailani mampir lalu menyerahkan buku latihan subjek prinsip perakaunan kepada Danish. 

Danish hanya memandang Wan Jailani dengan pandangan tajam tanpa mengambil buku itu langsung. Wajah Danish yang serius sungguh menggusarkan hati lelakinya. Danish menunjukkan isyarat supaya mendekatinya. Wan Jailani takut-takut untuk mendekati lelaki itu. Takut dia menjadi mangsa amukan dan tumbukan Danish. Dirinya bukanlah punching bag. Dia manusia!

"Aku suruh bagi buku ni bila?" soal Danish tegas. 

Wan Jailani terkebil-kebil memandangnya sebelum menjawab. Debaran semakin terasa di lubuk hatinya. 

"Se.. se.. semalam.." tergagap-gagap dia menjawab. Wan Jailani menundukkan mukanya bagi mengelakkan dari direnung tajam oleh Danish. Lelaki yang paling ditakuti dan digeruni oleh semua orang. Tetapi amat diminati oleh hampir seluruh pelajar perempuan sekolah ini.

"Habis tu kenapa bagi hari ni?" tempik Danish kuat. Kakinya menendang kuat meja kayu berwarna coklat itu. Buku latihannya di campakkan ke bawah. Seluruh pelajar kelas itu menikuskan diri tanpa menoleh ke arah mereka berdua. Takut jika mereka pula menjadi sasaran Danish. Lelaki itu bukan boleh di jangka anginnya. 

Terangkat sedikit badan Wan Jailani tanda terkejut. Kalau dia ada sakit jantung, entah macam manalah dirinya sekarang. Sungguh dia terlupa untuk memberikan buku latihan itu kepada Danish semalam. Dia tidak menghadirkan diri semalam kerana kesakitannya yang di alami teruk. Dia di sahkan demam oleh doktor yang merawatnya. Jadi dia diberikan cuti satu hari. Dan selepas saja makan ubat yang diberikan doktor itu, dia terus tidur tanpa mengingatkan apa pun. Termasuklah kerja sekolah Danish!

"A.. aku.. aku sakit semalam. Jadi aku tak datang. Maaf hantar lambat." ujar Wan Jailani memohon maaf. Dia mengesat peluh yang menitik di dahi. Cermin mata tebalnya juga diperbetulkan agar dia boleh melihat dengan terang. Sungguh seperti nerd!

Danish terdiam. Perasaan kasihan mula timbul di dalam dirinya kerana memarahi Wan Jailani sebegitu rupa. Dengan penampilan lelaki dihadapannya itu cukup membuatkan dia tahu bahawa lelaki itu sedang sakit. Tengok sajalah rupanya. Dengan rambut yang serabai. Hidungnya kemerah-merahan. Matanya juga kuyu seperti tidak cukup tidur. Tisu tidak lepas dari tangan Wan Jailani. Danish memerhatikan saja penampilan Wan Jailani sehingga membuatkan kawan itu lemas. Buku di atas lantai di ambil lalu diletakkan perlahan di atas meja.

"Kau boleh blah. Anyway thanks." putus Danish lalu mengambil buku itu tanpa memandang wajah pelajar itu. Wan Jailani mengeluh lega sebaik saja dia tiba di tempat duduknya. Peluh di dahi semakin berkurangan. Huh! Bila kena dengan lelaki ni, kecut perutlah jawabnya!

Tak lama kemudian, guru kelas itu pun masuk bersama seorang pelajar. Semua berdiri tatkala ternampak guru mereka masuk ke dalam kelas kecuali Danish. Sungguh dia tidak hormatkan guru yang mengajarnya! Selepas salam dan doa dibaca, mereka semua duduk mendengar ucapan guru perempuan tersebut.

"Baiklah, kelas. Hari ini kita akan belajar mengenai graf dalam subjek matematik. Tapi sebelum tu, saya nak memperkenalkan kepada semua dengan seorang pelajar baru ini. Dia akan masuk ke kelas kita bagi menggantikan pelajar kita dulu. Perkenalkan Nurul Iman Syuhada binti Muhammad." Puan Zuraidah menggamit tangan pelajar baru itu lalu dipertontonkan kepada semua. Yang lelaki pula sudah tersenyum-senyum nakal. Siap lambai-lambai lagi! Ada sebilangan perempuan tidak menyukai justeru memberikan pandangan tajam kepada Iman. Ada sebilangan pelajar yang lain menerima dengan hati yang terbuka. Orang secomel dan secantik Iman, siapa yang tak suka kan?

Danish tidak menghiraukan semua itu. Dia mengeluarkan segala alatan untuk pembelajaran ini. Walaupun dia tidak beradab dengan guru mahupun yang lain, tetapi dia masih mempunyai niat untuk belajar. Guru-guru amat menyenangi Danish meskipun dia berkelakuan tidak betul! Buku graf telah diletakkan atas meja. Jarinya ligat memutarkan pen berwarna hitam. Pro! Dia mengangkat muka saat namanya dilaungkan oleh Puan Zuraidah. Mata Danish tak lepas dari memandang pelajar yang berdiri bersebelahan guru berbadan gempal itu. Hatinya panas membara pabila guru tersebut menyuruh pelajar baru itu duduk bersebelahan dengan Danish. 

'Mati aku! Mesti kena punya dengan mamat bengong ni! Malang betul nasib aku kena duduk sebelah dia! Ish!' desis hati Iman. Dia menarik perlahan kerusi disebelah Danish. Wajah Danish yang sentiasa serius dan masam itu cukup menakutkan dirinya. Bait-bait ayat lelaki itu masih terpahat kuat dalam ingatannya.


"Pastikan aku tak tengok muka kau lagi. Kalau aku nampak muka kau lagi, dan kau langgar aku lagi, mati kau aku kerjakan!" 


Bulu roma Iman sudah mula menegak tatkala Danish mendekatkan kerusinya dengan kerusi yang diduduki Iman. Berdebar hati perempuannya pabila Danish tersenyum nakal sambil mengenyitkan matanya. Puan Zuraidah sudah mula bercakap di depan mengenai tajuk yang akan diajar.


'Allah.. hensemnya dia buat macam tu. Cute!' hati nakalnya berbisik.

"Kalau macam ni memang best. Untunglah aku dapat makan besar hari ni." ucapan Danish membuatkan Iman tidak senang duduk. Ditambah lagi dengan minyak wangi lelaki itu yang harum cukup mempesonakan dirinya. Terkhayal Iman seketika sebelum menangkap ayat terakhir lelaki itu.

'Makan besar?? Gulpp!!' Iman menelan air liur.