Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Monday, 19 March 2012

Bab 1 Prince Charming+ Budak Nakal + Suami??




"Dam! Sini ler!" ajak Tonjang a.k.a Nizam yang sedang mencangkung dengan asap berkepul-kepul di mulutnya. 

Adam yang terdengar suaranya di laungkan segera menoleh. Tergamam dirinya bila melihat sekumpulan pelajar lelaki sedang merokok di hujung bangunan belakang makmal di mana mereka betul-betul bersandar di belakang tandas pelajar lelaki. Kebetulan saja dia melalui jalan di bangunan belakang makmal ini.

"Alah, Dam. Tak payah nak malu sangat. Aku tahu kau pun nak merasa jugakkan? Meh ler sini. Show gila doh!" provok seorang lagi daripada sekumpulan pelajar itu yang dikenali dengan nama Lalok atau nama sebenarnya Ilham Huzaimi.

"Woi! Merokok apa?!" jerit Adam. Lalu dengan penuh tegas sebagai seorang pengawas, dia berjalan menuju ke arah mereka dengan muka bengisnya. Buku laporan disiplin turut berada bersamanya. 

"Ho hoi! Kau tengok tu weyh! Adam the pondan guy datang la!" terbahak-bahak mereka semua gelak pabila terdengar ejekan daripada Razif. 

Adam tiba di hadapan mereka dengan muka garangnya. Garang la sangat kan? 

"Siapa benarkan korang merokok di sini?" soalnya kasar. 

"Uuuu!!" serentak mereka berkata demikian. 

"Abang Adam ni garang sangatlah. Chill la bro! Baru rokok. Belum dadah lagi." ujar Alif selaku pendebat 'terhebat'. Sememangnya jikalau ada di antara pelajar-pelajar yang tidak puas hati dengan kumpulan ini, maka mereka perlu menyatakan sebab yang kukuh. Dan jika reason mereka tidak diterima, maka mereka akan berdepan dengan si pendebat yang terbaikkkkk ini. Inilah Alif Haikal.

Mereka semua tersenyum sinis. Puntung rokok di tangan di sedut lagi. Lalu asapnya berkepul-kepul keluar dari mulut masing-masing. Dengan 'kerjasama' mereka semua, asap itu dihembuskan terus menerus ke muka Adam. 

Adam mengetap bibir. Pen yang berada di tangan di genggam erat sehingga merah telapak tangannya yang putih itu. Seketika kemudian, dia terbatuk-batuk kerana tidak dapat menahan dirinya dari bau asap rokok yang kuat. Mukanya yang putih itu mula kemerahan akibat terlalu banyak batuk. Entah jenama apalah yang diorang hisap ni. 

"Aku akan tulis nama korang dalam borang disiplin dengan alasan korang merokok di dalam kawasan sekolah dan akan dihantar ke balai polis kerana telah melakukan kegiatan jenayah." kata Adam seraya terbatuk-batuk kecil setelah asap rokok itu terbang ke tempat lain.

Ketawa mereka bergema lagi. Dah tahu dah. Kalau dengan Adam ni, mesti nama diorang akan ditulis. Dah banyak kali nama mereka dipanggil namun hukuman yang diterima hanyalah rotan dan paling tidak pun kena gantung sekolah seminggu dua. Cikgu-cikgu di sekolah juga sudah masak dengan perangai mereka yang tak makan saman atau lebih tepat fed up! Bagi mereka, biarlah mereka mahu berbuat ikut suka hati asalkan tidak menganggu dirinya dan pelajar-pelajar yang mahu belajar. Pernah sekali sekolah digemparkan dengan berita sebuah kereta guru disimbah dengan cat berwarna merah. Semua guru dan pelajar menuduh remaja-remaja ini yang melakukan perkara ini namun tuduhan mereka tidak berasas kerana tidak mempunyai bukti yang cukup. Hasil siasatan polis mengesahkan bahawa ini adalah suatu ugutan namun mereka tidak dapat menangkap dalang yang melakukan onar ini kerana tiada bukti. Sepanjang seminggu di sekolah, guru-guru mengawasi pergerakan mereka dengan ketat. Takut peristiwa yang sama berulang kembali. Sekumpulan ini ketawa terbahak-bahak bila mengenangkan kejadian itu. Nasib baik rahsia mereka tidak terbongkar. Sungguh pandai mengaturkannya. Ini semua idea datangnya dari salah seorang ahli mereka yang merupakan ketua kumpulan mereka. Danish!

"Kami dah muak dengar benda yang sama keluar dari mulut kau lah. Tak boleh ke kau cakap benda yang kitorang semua tak pernah dengar? Macam gambar 'blue' ke? Awek-awek cun ke? Video-video panas ke?" Lalok semakin mendekati Adam yang nampak menggigil ketakutan. 

'Huh! Tadi berani sangat?! Sekarang mari tengok. Siapa paling berani!' Lalok tersenyum sinis.

"Korang.. korang memang otak kuning!" tergagap-gagap Adam berkata. Terburai lagi tawa mereka. Nampak sangat Adam mengalami ketakutan. Itu baru digertak begitu. Belum lagi yang lain. 

"Kalau kitorang otak kuning, kau otak apa? Biru? Hijau? Pink?" bersuara Aniq setelah berjaya menghabiskan sekotak rokok Marlboro berwarna hijau hitam. Terpampang jelas di atasnya gambar bayi yang mati kerana rokok. 

Adam menjeling. Dia mencatit sedikit di dalam buku laporannya. Selang dua minit, dia menghulurkan sehelai kertas putih bersaiz A4 tersebut kepada Tonjang. Adam tersenyum sinis memandang ke arah lelaki berlima itu yang sedang memandangnya dengan pandangan tajam kecuali seorang budak lelaki ini. Baginya, itu sudah menjadi kebiasaan. Tulis nama, kemudian dihantar kepada cikgu disiplin dan seterusnya ke pengetua sekolah. Dia tidak hairan langsung. Masuk keluar bilik pengetua menjadi rutin hariannya. Itulah Danish! Ketua untuk kumpulan itu.

"Zapp.... Zapp!!" bunyi kertas terkoyak membuatkan semua mata tertumpu kepada Danish. Kertas yang baru saja dikoyakkan di campak ke muka Adam yang terlopong. 

Danish berjalan dengan penuh bergayanya bagaikan bos di syarikat sendiri lagaknya. Dia mengelilingi Adam sambil matanya memandang atas bawah. Adam menundukkan wajah. Takut melihat Danish ketika marah. Bukan dia tidak tahu, pelajar ini pernah menumbuk mukanya hanya kerana dia melaporkan kegiatan Danish yang ponteng sekolah. Sejak daripada itu, dia tidak pernah mengangkat muka bila berselisih dengan Danish. Pernah juga terlintas di fikirannya untuk melaporkan perbuatan Danish itu kepada keluarganya dan polis tapi bila difikirkan balik, dia tidak mahu meneruskannya kerana serta merta dia teringatkan Uncle Othman. Uncle Othman adalah seorang lelaki yang berhati mulia. Dia sentiasa memberikan pertolongan kepada keluarga Adam yang kesempitan wang. Dengan ihsan Uncle Othman juga, dia diterima masuk ke sekolah ini. Dan kini dia bergelar pengawas. Justeru, dia tidak mahu mengaitkan Uncle Othman dalam hal ini meskipun anaknya seorang yang gila!

"Kenapa kau suka sangat kacau kitorang?" ujar Danish sambil memandang tepat anak mata Adam yang malu-malu untuk memandang dirinya. Adam menangkat mukanya setelah segala tenaga dikumpulkan dan ditanam dalam diri. 

"Sebab kau selalu buat jahat. Buat benda yang terlarang. Apa yang cikgu suruh buat, tak mahu buat. Tapi apa yang cikgu larang, itu yang korang buat." ucapnya menyatakan kebenaran. Namun di dalam hatinya siapa yang tahu. Takut beb!

Danish tersengih. Kacak sungguh. Memang tepat apa yang diperkatakan oleh pengawas dihadapannya itu. Kalau membuat essay, confirm A+.

"Ermm.. betul kata kau. Memang kitorang selalu buat apa yang cikgu larang. Tapi boleh tak kalau beri kitorang satu lagi peluang untuk tebuskan kesalahan?" rayu Danish sambil melutut di kaki Adam. Rakan-rakannya seakan tergamam dengan perlakuan Danish. Mana mungkin ketua gangster sanggup melutut di kaki budak lembik macam Adam ni. Dah la lembik. Kuat mengadu pulak tu! Hish! Ikut gene siapalah agaknya.

Adam terpegun dengan kesungguhan Danish yang sanggup merayu dan melutut di kakinya. Mukanya yang sedih terpampang jelas bahawa lelaki ini boleh berubah jika diberi peluang sekali lagi. Adam mengeluh lega. Syukur.. selepas ini dia tidak lagi menulis nama mereka berenam ini dan dia boleh berbangga di hadapan semua orang kerana dia telah berjaya mengubah pendirian Danish. 

"Okey. Aku bagi kau satu lagi peluang. Aku yakin kali ni mesti kau insaf." Danish bangun dengan wajah yang sedih. Namun di sebalik wajah sedih itu terselindung satu rancangan untuk mengenakan sahabat 'baiknya' itu. 

Danish mampir ke arah Adam lalu melingkarkan tangannya di bahu sang jejaka lembik itu. Sempat dia mengisyaratkan matanya dengan kawan-kawannya. Mereka tersenyum sesama sendiri. Baik Danish!

"Oleh sebab kau dah bagi aku peluang, so aku nak kau terima satu hadiah sagu hati dari kami. Bolehkan?" lembut suara Danish menyapa di telinga Adam. Wajahnya sudah kemerah-merahan. Siapa tidak malu dan tersipu-sipu tatkala terdengar suara merdu dan manja dari sang jejaka kacak di sekolah ini. Ditambah lagi dengan kekayaan keluarganya dan berstatuskan anak Tan Sri serta merupakan anak kepada pengetua Sekolah Menengah Perdana Setia. Kalaulah dia dilahirkan perempuan, mesti dia akan terpikat dengan kehenseman Danish yang digelar prince charming oleh kaum Hawa. 

"Hadiah apa?" Adam kebingungan. Aik? Hadiah apa pulak yang dia nak bagi? Adam sudah mula menghidu sesuatu yang tidak baik. Dapat dia rasai apa yang ada disebalik senyuman menawan Danish.

Alif, Tonjang, Lalok, Aniq dan Razif berjalan mendekati Danish dan Adam. Adam mula cuak. Terasa mereka mahu berbuat jahat pada dirinya. Oh Tuhan, nampaknya dia ditipu hidup-hidup dengan lakonan Danish.

Danish menghulurkan tangan kepada Razif. Razif mengeluarkan sekotak rokok yang masih belum di usik isi dalamnya. Tanda harganya juga belum ditanggalkan lagi. Baru lagi tu!

Adam melihat Danish yang mengeluarkan sebatang rokok lalu dihidu pada hidungnya. Harum sekali!

"Selesaikan pondan ni." sejurus dia berkata demikian, Danish terus berlalu meninggalkan mereka sambil menggalas begnya di bahu. Dentin berwarna purple ditarik keluar dari bekasnya. Inilah penyelamat ketika dia diperiksa oleh guru disiplin. Cikgu tu pun biol jugak! Dah sah-sah aku ni memang hisap rokok, ada ke dia pergi cek mulut aje? Memang kesengalan terserlah. Danish tersenyum sendiri. Dapat dia dengar jeritan suara Adam memanggil dirinya meminta pertolongan. Namun dia buat tidak tahu saja. Langkah kakinya dihayun sampai ke kelas. Pasti Adam menangis sekarang ni. Ha ha ha...!

'Ini balasan untuk orang yang suka ganggu hidup aku.' bisik hati jahatnya. 




p/s: jemputlah baca karya saya yang terbaru iaitu PRINCE CHARMING + BUDAK NAKAL + SUAMI??. Diharap semua pembaca menyukainya. Have fun :)