“Afiqqqqq!!!!” kan dah! Volume
suara aku dah tahap maksimum dah ni. Kalau tak dengar jugak tak tahu la aku.
Kompem ada masalah telinga. Tak pun tahi telinga banyak sangat. Dah buat
kondominium kat dalam telinga tu! Manusia yang tengah dok minum tu terus
menoleh bila namanya disebut. Aku melambaikan tangan. Dia tersenyum manis
lantas berlari ke arahku.
“Ada apa sayang? Kenapa panggil-panggil ni? Sorry
tadi abang tengah syok dengar member abang story pasal awek dia la.” Katanya sambil tersengih nakal.
Meremang bulu roma aku bila
si Afiq ni cakap macam tu.
“Apa sayang-sayang?! Kau ingat aku ni apa hah? Tak main la berabang-abang dengan kau ni. Nonsense! Eee!” Geram dengannya
membuatkan aku menumbuk bahu kirinya.
“Tu dia… kuat siot!” Afiq
tersengih cuma.
“Nak lagi?” ugutku. Afiq
menggeleng. Tahu takut!
“Ada apa panggil aku ni? Nak ajak dating
ke?” soalnya lagi. Tak serik-serik! Aku menjelingnya tajam.
“Huish, jangan jeling aku
macam tu. Tergugat iman aku yang sedia penuh dengan kesucian ni. Jelingan kau
tu masyuk tau tak?” Eee… memang ada yang nak makan penumbuk aku
gamaknya!
“Ewah…! Sedapnya kau
bergurau senda. Penuh kesucian la sangat. Entah-entah penuh dengan kekotoran.
Bakteria! Segala kuman dan penyakit semua ada. Tolonglah jangan perasan. Takde maknanya aku nak goda kau. Takde kerja! Nonsense! Weh ni aku nak tanya, ko ada
nampak Amar tak?” bertubi-tubi serangan balas aku hadiahkan. Terdiam Afiq
dengan matanya yang terkebil-kebil. Tahu pun kau yang aku ni juara debat tau
tak! Peringkat negeri lagi tu. Bangga sekejap! Hehehe..
“Ek eleh.. datang sini,
panggil aku macam orang gila jumpa
Siti Nurhaliza semata-mata nak tanya nampak Amar ke tak? I can’t believe it! Kau ni dah ada penyakit nyanyuk ke apa, Fiya? Kau kan tau Amar selalu
rehat dengan awek dia. Apalah kau
ni! Adeh.. kesian kawan aku dah tua rupanya. Ish.. ish.. ish… Cobaan!”
Afiq menggeleng-gelengkan kepala.
Aku menepuk dahi.
“Alamak! Lupa la pulak. Aiseymen! Bagitahu aku dia rehat kat
mana? Cepat cakap kat mana?” terus sahaja menggoncang-goncangkan badan Afiq ni.
Bergegar-gegar! Hahaha.. kelakar
pulak tengok muka terkejut + pucat dia.
“Dia orang rehat kat bawah
pokok belakang koperasi…” belum sempat Afiq menghabiskan ayat, aku berdesup
lari menuju ke arah yang dicakapkan Afiq. Terkebil-kebil mata Afiq melihat aku
pergi macam tu je tanpa mengucapkan selamat tinggal. Waktu itu Afiq terasa
seperti ditingga keretapi Tanah Melayu. Trennnnnn……!
“Bertuah punya budak! Aku belum habis cakap
lagi dia dah lari. Tahu la atlit sekolah. Eee!” Giliran Afiq bengang.
***
Mataku
meliar mencari gerangan manusia bernama Amar. Afiq kata Amar dekat belakang
koperasi. Tapi mana? Aku tak Nampak pun! Afiq ni suka tipu tau! Bentakku.
Sewaktu hendak berpusing, aku terdengar suara perempuan dan lelaki ketawa.
Pantas mata meliar mencari. Aku ternampak ada dua orang sedang memadu asmara kat bawah pokok jauh sikit
dari koperasi. Terus aku berlari ke arah mereka.
“Hoi,
Am! Kau buat apa ni?!” sergahku
membuatkan pelukan mereka terlerai. Amar membetulkan rambut dan memasang butang
bajunya yang sedikit terbuka manakala gadis itu sedang membetulkan rambutnya
yang terlerai akibat penangan asmara mereka tadi. Kainnya yang tersingkap
sehingga ke peha diturunkan kembali. Ini semua tak lain tak bukan tangan gatal
Amar!
“Okey
la, Am. Mia pergi dulu. Next time
kita jumpa lagi. Bye.. muahh
sayang..!” gadis itu bangun lalu memberikan flying kiss pada Amar.
‘Eee…
rasa nak bagi flying kick je
kat minah ni. Gatal nak mampos!’ gerutu hatiku.
Amar
tersenyum membalas. Aku terus duduk di sebelahnya selepas minah gatal itu blah!
Amar masih lagi statik di tempatnya. Aku mengambil dedaun yang berguguran
berhampiran lalu mengoyakkannya. Amar
memandang sahaja perbuatanku. Aku carik-carik daun tu lepas tu aku buang sekuat
hati. Aku bayangkan daun yang aku koyakkan tu Amar!
“Kenapa
ni, Fiya?” tanya Amar memecahkan kebisuan. Aku mendiamkan diri.
‘Merajuk
sekejap.’ Getus hatiku.
“Fiya..
aku tanya ni. Kau kenapa? Apesal
kau cari aku sampai sini? Ada
hal penting ke?” lembut bicara Amar ingin memujukku.
‘Memang
la aku datang sini nak jumpa
kau. Tapi kau pulak buat hal. Kau buat drama kat sini! Kau sakitkan hati aku!’
marahku dalam hati.
“Fiya!
Jangan sampai aku cium kau tau! Baik kau cakap cepat, kalau tak aku…”
kata-katanya terhenti bila aku memandangnya ke arahnya dengan pandangan yang
maha tajam.
“Berani
kau nak cium aku! Aku bagi penumbuk baru tau!” pecah ketawa Amar mendengar
ugutanku.
Aku
mengerutkan dahi.
“Kau
apehal gelak pulak? Aku tak
buat lawak la weh! I’m serious!” bengangku!
Amar
menghentikan tawanya lalu berdeham.
“Okey..
okey.. apehal ni? Cikgu Shukor
cari aku ke?” pertanyaan Amar mengingatkan aku amanah Cikgu Shukor sebentar
tadi. Dan kerana amanah itulah membuatkan aku terkejar-kejar mencarinya. Terus
aku memusingkan badan menghadap Amar.
“Haaa..
pandai pun teka. Tadi Cikgu Shukor cakap yang dia nak buat latihan sukan untuk
esok. So, esok kau kena datang. Wajib!
Lagipun kau kan ketua pasukan ragbi. So,
wajib hadir ya Encik Amar Irfan Nazril.” panjang nama dia aku sebut. Kasi
peringatan!
Kedengaran
Amar mengeluh sambil meramas kasar rambutnya yang kemas tadi.
“Kenapa
aku? Apesal tak suruh Afiq?
Ahh! Malas la! Aku nak rehat esok..” ujar Amar membuatkan aku mencebik.
“Eleh.. nak rehat konon!
Cakap la kau nak jumpa awek. Takde takde! Kau kena
datang jugak esok. Kalau tak, aku report cikgu kes tadi. Amacam?” ugutku
sambil tersenyum sinis.
Amar terus membeliakkan
mata.
***
“Baiklah,
sekarang beratur mengikut kelas masing-masing. Saya nak check kehadiran.
Ayuni…” satu persatu Cikgu Aminah sebut dan diikuti sahutan ‘Saya! Ada!’ dan
macam-macam la.
“Saffiyah
Imanina!” tibalah masanya namaku. Aku mengangkat tangan dan tersenyum.
“Bagus!
Hari ini baru saya nampak pelajar senyum.. Seterusnya, Erika…” aku tersenyum
bangga. Kawan-kawanku yang lain tersenyum manis memandang aku. Kecuali budak
perempuan kat belakang. Group Cheer
Leader! Senyuman sinis mereka berikan kepada aku. Aku hanya menjelirkan lidah
kepada mereka. Ada aku kisah?
“Baiklah,
mari kita mulakan latihan. Tarik nafas.. lepas…” latihan dimulakan. Aku dan
kawan-kawanku dengan penuh bersemangatnya terus mengikut pergerakan Cikgu
Aminah. Selepas itu aku memulakan larian mengelilingi stadium. Semasa aku
berlari, aku terlihat pasukan ragbi mula memasuki stadium. Amar dan Afiq turut
hadir. Afiq memberikan senyuman menggoda kearahku namun aku hanya menjelirkan
lidah. Tak kuasa! Aku memberikan senyuman manis kepada Amar apabila mata kami
bertemu. Amar membalas senyumanku sambil membuat flying kiss!
‘Allah..
kenapa jantung aku ni?’ aku memegang dada. Jantungku bertambah laju bila Amar
memberikan sekali lagi flying kiss untukku. Subhanallah! Aku… dah…
jatuh… cinta… ke? Soalan itu berulang-ulang diminda. Tapi larian tetap aku
teruskan.
AKU
meneguk botol air mineral yang kubawa dari rumah. Gulp! Gulp! Gulp! Ahh! Lega
rasanya. Cukup la teguk 3 kali. Pandangan kuhala arah tepi stadium dimana Cikgu
Aminah sedang mengasah bakat pelapis-pelapis baru untuk sukan tahun hadapan.
Aku memandang ke arah pusat stadium. Pasukan ragbi masih lagi berlatih. Tapi
ada suara sumbang yang asyik cakap ‘Go Amar! Go Amar! You can do it!’ Cheer
Leader! Eee! Entah pape je! Orang sokong pasukan, bukan orang yang dalam pasukan. Macam
mana nak bagi semangat?? Rosak minah-minah ni. Lepas tu, nama kumpulan letak
nama Group AINFC. (AMAR IRFAN NAZRIL FAN CLUB). Dah macam apa je. Tergeleng-geleng
kepalaku dan tanpa sedar Afiq dan Amar menghampiri.
“Oit,
berwirid ke apa? Bagusnya! Sejuk perut ibu mengandungkan kau, nak.” usik Afiq
sambil menggosok-gosok perutnya. Macam dia yang mengandung! Perut dah la
buncit! Sempat aku mengutuknya.
Aku
menjeling. Amar ketawa melihat gelagat Afiq. Aku terus mencapai botol air
mineral lalu baling ke arah mereka berdua yang tengah syok bergelak sakan tu.
Tungg!
“Aduh..woi!
Sakitlah perempuan! Eee… anak sape lah ni!” marah Afiq seraya
menggosok-gosok kepalanya. Amar tersengih cuma. Aku mempamirkan senyuman sinis.
Aku mengambil tempat dekat dengan Amar. Amar yang tengah minum terus
mengalihkan perhatian ke arahku. Afiq hanya memandang.
“Am,
esok kita keluar nak? Gi jalan-jalan ke? Tak pun jamming. Dah lama kita tak keluar sama-sama kan?” cadangku.
Amar
pandangku dengan pandangan yang tak berkelip. Kemudian, dia mengeluh.
“Tak
boleh la, Fiya. Aku dah janji dengan Mia nak keluar tengok wayang esok. Kau
ajak la Afiq? Fiq amacam?” balasan Amar membuatkan aku terdiam. Namun, aku
hanya membalas dengan senyuman. Senyum yang dibuat-buat.
Afiq
yang melihat perubahan di wajahku turut berasa sedih. Afiq tahu aku sukakan
Amar. Afiq tahu segala-galanya tentang perasaan aku terhadap Amar kerana aku
pernah meluahkan kepadanya dulu. Tapi dalam masa yang sama aku tidak tahu Afiq
juga menyintai aku. Cuma Afiq tidak meluahkan. Afiq tak mahu persahabatan yang
terjalin selama 5 tahun ini terputus kerana luahan cintanya.
“Aku
tak kisah. On je. Tu pun ada orang yang sudi nak keluar dengan
aku. Aku tahu sapelah
aku ni. Muka handsome, duit ada,
kereta ada, motor ada, tapi takde sape yang nak. Sedih-sedih..” ujar Afiq sambil buat
memek muka sedih.
Aku
yang mendengar mencebik. Nyampah! Perasan handsome! Amar ketawa
terbahak-bahak membuatkan aku turut terhibur dan akhirnya kami bertiga ketawa.
***
Aku melangkah masuk ke
perpustakaan. Hari ini kami bertiga dah berjanji untuk mengulang kaji pelajaran
bersama-sama. Sesampai sahaja, terus aku mencatit namaku di buku kemasukan
pelajar ke perpustakaan. Setelah siap, aku terus masuk dan mataku meliar-liar
mencari mereka berdua. Akhirnya, aku terjumpa mereka yang duduk dibahagian meja
belakang. Pantas aku berlari ke arah mereka.
“Hoi!” sergahku membuatkan
mereka terkejut. Bukan mereka sahaja, malahan seluruh pelajar di perpustakaan
ini memandang ke arah kami atau lebih tepat… aku!
Afiq mengetuk kepalaku
dengan buku dan menyuruh aku diam. Aku menyusun jari memohon maaf lalu aku
duduk di sebelah Amar. Afiq memandang. Amar terus membaca buku rujukan kimia.
Afiq pula membuat latihan Matematik Tambahan dan aku…. aku hanya membaca komik.
Afiq dan Amar
menggeleng-gelengkan kepala. Aku pun mengambil kesempatan lalu menyandarkan
kepala di bahu Amar. Amar menoleh sekilas lalu meneruskan bacaan. Aku
tersangatlah suka! Lagi aku rapatkan tubuhku ke tubuhnya. Amar yang berasa
tumpuannya terganggu terus melingkarkan tangan ke bahuku dan menarikku ke dalam
pelukannya. Tubuhku dan tubuhnya kini rapat.
‘Amar peluk aku??! OMG!!
Suka! Suka!’ tersangatlah riang hatiku namun ada sepasang mata yang memandang
bagaikan mahu sahaja keluar daripada perpustakaan ini. Afiq!
Tanpa sedar, Afiq menggenggam
kain alas meja dan menggenggam seeratnya. Hatinya sakit! Namun tidak
ditunjukkan kepada kawan-kawannya. Biarlah dia berkorban walaupun hatinya
sendiri hancur berkecai. Dia mahukan Saffiya bahagia walaupun dia sendiri yang
berduka. Masa terus berlalu dan berlalu dan berlalu………..
***
“Afiq, latihan sains kau
dah siap tak? Aku nak hantar ni.” Ujarku sambil bermain-main pensel tekan milik
Afiq.
“Dah. Nah, sayang. Jaga
buku abang baik-baik tau! Kalau hilang buku abang ni, jaga sayang kat rumah
nanti. Abang kunci pintu bilik kita!” usikkan nakal Afiq membuatkan seisi kelas
ketawa. Ada yang tersenyum nakal. Ada yang ketawa tak berhenti. Ada yang
bersiul-siul sambil mengenyitkan mata. Aku tak sanggup menanggung malu dan
terus keluar kelas. Malu tau! Teruk punya Afiq! Bebelku.
Selepas aku menghantar
latihan sains ke bilik guru, aku pergi ke tandas sekejap. Nak betulkan apa yang
patut. Biasalah perempuan! Hihihi!
Aku melihat di tingkap
tandas untuk melihat jalanraya dibelakang sekolah. Agak sunyi. Namun, ada benda
yang membuatkan aku terkejut besar. Ada sepasang kekasih sedang memadu asmara.
Si gadis berada dalam pangkuan si lelaki. Si lelaki yang gatal terus membuka
butang bajunya. Manakala si gadis menggedik suka. Yang paling aku terperanjat
sekali, si gadis itu adalah orang yang aku kenali. TERAMAT KENAL! Mia!
‘ Subhanallah!
Astaghfirullahalazim’ istighfar aku di dalam hati. Terus sahaja aku keluar
daripada tandas menuju ke kelas untuk memberitahu kepada Amar. Bagaimana reaksi
Amar bila berita ini dikhabarkan? Dapatkah lelaki itu terima?
KINI aku berada di tepi tasik berdekatan taman bunga. Macam jiwang pulak
kan! Tapi memang aku jiwang pun. Hehehe! Aku sedang menunggu kedatangan
Amar. Kami berjanji untuk berjumpa di sini dan aku ingin menerangkan
segala-galanya termasuk isi hatiku ini. Namun, adakah Amar bisa menerima diri
ini seikhlas hati? Bagaimanakah jikalau dia menolak? Adakah Amar akan
mempercayai katak-kataku mengenai Mia? Khayalanku terbang ditiup angin bila
ternampak Amar datang membawa helmet berwarna hitam. Aku tersenyum manis dan
senyumanku dibalas Amar.
“Ada apa nak jumpa aku? Dan kenapa kat
tasik? Kat sekolah tak boleh?” terus Amar bertanya selepas salam diberi.
Pandangan matanya menala ke hadapan.
“Err aku nak bagitau kau
seperkara la, Am. Harap kau tak marah.” Kataku sedikit takut tapi bila melihat
wajah Amar yang tenang dan mendamaikan, terus sahaja aku bersemangat. Memang
bisa mencairkan hatiku yang sedia keras ini!
“Ada apa? Cakap je la. Kau ni macam tak
biasa pulak dengan aku. Apa dia?” lembut bicara Amar membuatkan aku tak sampai
hati nak bagitau. Tapi kugagahkan juga untuk beritahu.
“Sebenarnya Am, aku ada
benda penting nak beritahu. Ni berkaitan kekasih kau, Mia.” Sejurus aku
menyebut nama Mia, wajah Amar sedikit berubah.
“Kenapa dengan Mia? Dia
sakit ke?” tidak sabar Amar menunggu.
“Err..hari
tu…aku…aku..aku..”
“Aku…aku…aku apa?? Cakap la
cepat!” gesa Amar.
“Hari tu aku nampak Mia
dengan orang lain. Dia buat projek kat belakang sekolah. Dia buat dengan Aeman,
budak 5 Bistari.” Lancang sahaja mulutku bercerita membuatkan Amar ternganga
lalu bangun.
“Apa benda yang kau merepek ni, Fiya?!” bergetar suaranya kudengar.
“Kau jangan nak mereka
cerita yang bukan-bukan! Mia setahu aku takkan pernah curang dengan aku! Dia
gadis yang baik! Dan dia takkan buat benda-benda yang macam tu! Kau jangan nak
mereka cerita, Fiya!” bentak Amar dengan sekuat hati. Mukanya juga bertukar
menjadi merah. Aku pula semakin takut. Belum pernah aku melihat Amar marah
sebegitu.
Aku berdiri saat Amar
bangkit.
“Betul, Am. Aku sendiri
yang nampak. Dia buat kat belakang sekolah. Takkan aku nak berbohong pulak!”
kataku menegakkan kebenaran. Namun, Amar tidak mahu mendengar sama sekali.
“Kau tak payah nak mereka
cerita la, Fiya! Aku tak percaya. Kau jangan nak mengutuk orang. Apa kau ingat kau tu baik sangat la?
Dasar talam dua muka! Kau ingat aku tak tau apa yang kau buat kat belakang aku? Kau serang kawan perempuan
aku yang lain! Kau ugut dia orang supaya jangan kawan dengan aku lagi kan!”
kata-kata Amar membuatkan aku membeliakkan mata.
“MasyaAllah, Am. Aku tak
pernah buat macam tu tau. Sejahat-jahat aku, aku tak pernah pisahkan orang
lain! Kalau dia orang nak rapat dengan kau, terpulang. Aku tak pernah marah pun!
Tapi aku mahu kau pilih yang terbaik! Yang boleh memberikan kau sinar kebahagiaan.
Bukan pilih perempuan yang bakal buat kau kecil hati macam Mia!” Sanggahku sama
sekali. Aku mulai sebak. Aku tak sangka Amar lebih mempercayai kata orang lain
berbanding diriku ini. Siapalah yang membuat onar tentang diriku ini? Adakah
Mia mahupun Cheer Leader?
“Ahhhh!! Kau ingat aku tak
tau ke? Kau sengaja nak memutar belitkan keadaan! Selama ni aku diamkan je
sebab kau kawan aku. Aku tak percaya dengan semua tu bila ada orang bercerita!
Tapi hari ini baru aku tau sape sebenarnya kau! Kau syaitan bertopengkan
manusia! Kerja kau suka pisahkan orang lain! Dah banyak pasangan couple
kat sekolah berpisah disebabkan kau. Kau nakkan publisiti! Kau hanya berkawan
dengan aku semata-mata duit. Sebab tu kau selalu ajak aku dan Afiq keluar.
Materialistik! Kau buat baik dengan aku, dengan Afiq, sebab nakkan nama. Nakkan
pangkat! Supaya semua orang boleh kenal kau kan? Tapi kat belakang aku, kau
ludah muka aku! Kau pijak kepala aku! Selama ni aku diamkan diri. Tapi bila kau
mula nak cerita yang bukan-bukan tetntang Mia, awek aku sendiri, baru aku kenal
siapa engkau! Dan hari ni segalanya telah terjawab.” Air mata yang aku tahan
selama ini akhirnya gugur jua di hadapan lelaki yang amat aku cintai dalam
diam. Air mata ini seakan memberitahu bahawa semua ini dusta semata-mata.
Penghinaan yang dilemparkan cukup menyayatkan hati ini.
“Menangis konon! Airmata
palsu! Ingat aku terpedaya? Nasib baik Ammy bagitau aku semua ni. Kalau tak,
sampai mati pun aku berkawan dengan seorang yang kaki pembohong! Penipu! Kau
dengar sini, Fiya! Mulai saat ni, kau bukan lagi kawan aku! Kau buat hal kau,
aku buat hal aku! Kita dah tak ada apa-apa ikatan. Aku tak nak tengok muka kau
lagi mulai esok sampai bila-bila! Dan kalau kau cuba nak cerita yang
bukan-bukan lagi pasal Mia, memang nahas kau aku kerjakan! Nah ambik balik
gelang buruk ni! Gelang cikai!” sindiran Amar membuatkan aku rasa nak
mati je saat ni. Amar mencampakkan gelang tersebut lalu meninggalkan aku
sendirian menahan seksa dan perit dalam masa yang sama air mata berguguran jatuh
ke bumi.
Aku kutip kembali gelang
yang dicampak oleh Amar. Gelang berwarna putih aku hadiahkan sempena hari
jadinya yang ke 16 tahun. ‘Hanya kau, dulu, kini dan selamanya..’ tulisan yang diukir dengan benang
itu menunjukkan isi hatiku yang sebenar. Namun bila ditanya, aku sekadar
menjawab hadiah tanda persahabahatan kita. Hanya kau, dulu, kini dan selamanya
Amar… Hanya kau… Air mata merembes keluar bagaikan sungai mengalir deras tanpa
henti. Aku memandang sayu pemergian Amar dan gelang ini. Sampai hati kau Am…
***
Kring!! Kring!!
Akhirnya, peperiksaan SPM
tamat jua. Semua pelajar sains tulen gembira kerana seksaan mereka telah tamat.
Ada yang dah rancang untuk pergi bercuti. Ada yang rancang untuk bekerja
sambilan sementara menunggu keputusan keluar. Aku? Aku tidak rancang apa-apa
pun. Apa yang aku telah rancangkan telah hancur musnah. Rancanganku untuk pergi
bercuti bersama Afiq dan Amar hanyalah tinggal angin sahaja. Amar melaksanakan
apa yang diperkatakan padaku tempoh hari. Memang kami sudah pun berpisah. Ammy
tersenyum sinis dan melambaikan tangan seperti Ratu Elizabeth kepadaku sewaktu
aku berjalan melintasinya. Ammy mengaku memang dia yang menceritakan semua ini
kepada Amar tempoh hari lalu. Dia lakukan semua itu kerana dendam! Aku hanya
menggeleng setelah mendengar apa yang diperkatakan gadis keturunan
Melayu-Belanda itu. Afiq juga telah mengetahui segala-galanya. Baru aku sedar
yang selama ini Afiq menyintaiku namun dia diamkan saja kerana waktu itu aku
separuh gila cintakan Amar. Namun aku tidak mahu menerima cintanya kerana cinta
di dalam hatiku telah mati. Yang tinggal hanyalah deraian hati yang hancur
berkeping-keping. Aku bergerakke tempat parking
motosikal untuk pulang. Aku menunggang motor yang dihadiahi ibu. Sempat aku
berpaling kalau-kalau Amar ada memanggilku namun aku tahu itu mustahil dan
hanyalah sia-sia.
“EH Fiq, kau nampak Mia tak?”
tanya Amar kepada Afiq.
Afiq mengangkat bahu. Malas
dia hendak menjawab pertanyaan Amar. Dia juga sudah tidak berbual dan keluar
bersama Amar lagi setelah hal itu berlaku. Afiq menjauhi Amar. Afiq kecewa
dengan perangai Amar yang tidak mahu selidik dulu perkara sebenar sehinggakan
Saffiyah merana.
“Ahh! Kau ni leceh la!”
terus sahaja Amar keluar mencari kelibat Mia. Tujuannya adalah mahu bertanyakan
Mia tentang majlis pertunangan mereka. Pasti Mia teruja dengan berita itu.
Mereka sudah sepakat mahu bertunang sesudah tamat peperiksaan. Keluarga juga
tidak menghalang perhubungan mereka.
Amar puas mencari Mia tapi
tak jumpa. Dia tergerak hati untuk mencari Mia di suatau tempat kerana dia tahu
tempat itu adalah tempat kesukaan mereka. Sampai saja di pokok tersebut, Mia
masih tidak kelihatan.
“Dah balik ke?” Amar
menggaru kepala. Mata meliar ke kiri dan kanan. Serentak itu dia terlihat
sesuatu yang memalukan. Mia bersama Rizal sedang bercumbuan di belakang
koperasi. Hancur luluh hati Amar melihat perangai Mia. Baru kini Amar tahu yang
Saffiyah berkata perkara yang betul namun disangkal oleh Amar. Dan kini, Amar
sendiri menemui bukti. Bukti sebenar!
Mia yang terperasan dirinya
diperhatikan segera menoleh. Amar! Mia meleraikan pelukannya dengan Rizal.
Terus sahaja dia mendapatkan Amar yang sudah pergi. Tangan Amar cuba dipaut
namun ditepis kasar.
“Am, Mia mintak maaf. Ni
semua bukan apa yang Am
nampak. Semua ni tak betul.” Pujuk Mia menegakkan benang yang sudah basah.
Amar ketawa. Ketawa yang
sumbang bunyinya. Atau kata lain…. menjengkelkan!
“Bukan apa yang Am nampak? Tak betul? Weh kalau orang gila nampak pun, dia
kata betul tau tak! Sebab dah nampak dengan mata kepala dia sendiri. Termasuk Am!
Selama ni Am sangkakan Mia gadis yang paling baik. Rupa-rupanya Mia lagi jahat
berbanding syaitan! Am tuduh dan putuskan persahabatan Am dengan Fiya hanya
disebabkan Mia! Am lakukan semua tu sebab Am sayangkan Mia. Am tak dapat terima
bila kawan rapat Am sanggup kata yang bukan-bukan tentang Mia. Tapi ini yang Am
dapat?? Hahh? Ini yang Am dapat?! Dapat lihat Mia bercumbuan dengan lelaki
lain?!” geram Amar. Mahu ditoreh-toreh muka minah hidung belang ni! Penipu!
“Tak, Am. Ampunkan Mia, Am.
Mia tak buat apa-apa pun. Am jangan salah faham. Jangan tinggalkan Mia, Am. Mia
sayangkan Am! Please, Am!” rayunya
lagi dengan air mata yang menitis. Air mata palsu!
“Kau sayangkan aku?” Amar
ketawa sinis.
Mia rasa terpukul dengan
tawa Amar.
“Sayang… tapi kau buat
projek dengan jantan lain! Tu namanya sayang?! Eh kau boleh blah la dari hidup aku! Blah!!
Kita putus! Kau dengan aku tak ada apa-apa lagi!” terus sahaja Amar menolak Mia
sehingga Mia jatuh terduduk.
Amar terus meninggalkan Mia
yang meraung-raung memanggil namanya. Kini Amar tekad mahu meminta maaf kepada
Saffiya. Fiya! Ampunkan aku..
***
“Assalamualaikum! Fiya!
Fiya! Assalamualaikum!” ketukan di pintu rumah semakin kuat kedengaran. Sampai
sakit jemarinya.
“Fiya! Fiya!” jerit Amar
namun tiada sahutan. Amar berkira-kira mahu pulang tetapi kedengaran pintu
terbuka. Terus sahaja Amar berpaling. Kelihatan seorang wanita sebaya ibunya
keluar.
“Oh… Amar! Maaflah. Ina takde. Eh.. Ina pulak! Saffiya
takde. Dia dah berangkat
tadi. Pukul 2 petang tadi.” Kata-kata perempuan sebaya ibunya membuatkan Amar
mengerutkan dahi. Dilihat jam ditangan menunjukkan jam 3.30 petang.
“Fiya takde makcik? Dia pergi mana?”
soal Amar kembali kepada wanita itu. Barangkali bibik Fiya. Getus
hatinya.
“Eh.. Amar tak tau ke yang
Fiya dah berangkat ke New Zealand lepas sahaja habis SPM. Tak silap makcik la
Fiya ada beritahu tadi. Dia bercakap dalam telefon. Makcik ingatkan kamu. Ibu
Saleha dengan Ayah Riduan yang hantar dan dia orang pergi terus. Menetap di sana
terus katanya.”
Kebabooooommm!!
Amar terasa dunia
berpusing. Fiya dah pergi New Zealand? Menetap kat sana? Terus?! Allah!
Penglihatan Amar semakin lama semakin gelap dan akhirnya pengsan.
***
PrinceCharming2020 : Ko
tau x, Fiya? Am boleh pengsan masa dpt tau ko dah
pegi New Zealand. Bnyk kali dia merayu kat aku Tanya pasal ko. Padan muka dia…
:p.. Sengaja aku diamkan diri. Phone aku tutup, facebook aku xlyn… malas nak
layan.. huhu
Fiya tersenyum. Lalu menaip
membalas ayat Afiq.
Ina_fiya : X baek tau ko ni. Cian dia. Mesti dia
tgh sedih skrg ni. Tp kalau ko pujuk jugak, aku x kan balik Malaysia lg.
Tggulah lpas 10 tahun bru aku balik k.. J
Afiq pula yang tersenyum
lalu menongkat dagu.
PrinceCharming2020 : Alaaa…
jangan la lame sangat, Fiyaku sayang. Nanti aku rindu! Aikk? Ko
dah suka ke kat budak tu balik? Ko jangan Fiya! Baik ko cakap!!!!
Saffiya ketawa kecil
melihat ayat yang dibalas Afiq. Nakal!
Ina_fiya : Xdela.
Kalau dh ketentuan Allah, aku redha ajela. Tp buat masa sekarang ni, aku nk
rehatkan minda dan hati aku drpd cinta ni. Biarlah aku ubatkan dulu hati aku ni. Lagi satu, aku nak
sambung belajar. Biar aku berjaya dulu. Ye? J
PrinceCharming2020 : Okeh2..aku
paham..so, aku ade chance tak? Hehehe J
Saffiyah mengerutkan dahi. Chance
apa pulak mamat ni?
Ina_fiya : Chance ape?
Afiq tersenyum nakal. Lalu
dia menaip.
PrinceCharming2020 : Chance
utk kita berdua. Ko dan aku… kita… couple? Nak? Sudi la yek.. L pliss!
Saffiyah ketawa melihat
rayuan Afiq. Tergeleng-geleng kepalanya. Nakal sungguh mamat bernama Afiq Fikri
ni. Ada je modal untuk
mengenakan orang tapi pada masa yang sama boleh menjadi pendengar yang setia.
Bertuah siapa yang memiliki dirinya.
Ina_fiya : Ermm..
tengok dululah. Kene pegi interview. Kalau lulus dan menepati citarasa, baru
boleh diterima masuk! Amacam? J hehehe…
Afiq dah tersenyum riang
kerana harapannya cerah untuk memiliki gadis bernama Nur Saffiyah Imanina.
Namun, dia masih tidak boleh memaksa Saffiyah menerima cintanya dalam keadaan
yang tertekan. Biarlah dia menerima dengan hati yang rela dan redha. Kalau ada
jodoh, InsyaAllah pasti Saffiyah menjadi milik mutlaknya.
SELEPAS berjam-jam dok
chit-chat dengan si Afiq tu, akhirnya dapat juga aku rehat jugak. Layan
kepala otak Afiq yang bengong-bengong sikit tu menghiburkan sedikit hatiku yang
gundah gulana ini. Tiba-tiba, fikiranku melayang mengingatkan Amar. Apa khabar
dia agaknya? Apakah dia sihat? Masih ingatkah dia kepadaku? Tapi bila
teringatkan peristiwa dia memutuskan hubungan persahabatan denganku dulu
membuatkan aku berusaha untuk melupakannya. Betul kata ibu. Cinta membawa kita
menjurus kearah keburukan. Disebabkan cintalah, berlakunya banyak maksiat. Anak
terbuang, perzinaan berleluasa hanya disebabkan cinta. Cinta kepada Yang Maha
Kuasa adalah yang terbaik kerana dengan mencintai Yang Maha Esa, hati kita akan
menjadi tenang. Damai melanda jiwa. Terasa indahnya percintaan kita.
Jadi beringatlah, cinta
sewaktu persekolahan tidak semestinya kekal lama. Jikalau kita mahu mengetahui
kita menyintai seseorang ataupun orang menyintai kita, lihatlah dari agamanya,
solatnya, perangainya dan bila kita dah betul-betul sukakan orang itu dan
terjatuh cinta dengannya, lakukanlah solat istikharah semoga kita mendapat
jawapan kepada soalan yang selama ini membelenggu fikiran. Sekian.. wassalam J
p/s: first time buat cerpen... korg kalau baca mesti nk tergelak kan? and lagi satu mesti boring coz cite entah pape... Miss sndri
xtau nk ckp apa pd cerita miss ni coz pertama kali buat... hrp korg terima ya? And thanks baca...! miss akan usaha utk lebih baik... bbasya!