Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Saturday, 31 May 2014

Soulmate Forever Bab 11

SUNGGUH la aku rasa macam nak lari balik rumah! Sejak menjadi penghuni tak bergaji di rumah kakak Wana dua hari ini membuatkan hati tak tenteram. Seram sejuk badan. Jantung dah rasa nak gugur kut. Detak detuk laju tak berhenti. Menghitung detik masa. Perjumpaan yang bakal menentukan segalanya! Wah, bunyi macam suspen sangat! Padahal nak jumpa orang je pun. Kecoh Mai ni tau!

“Kau dah kenapa muka macam cencorot kesejukan?” tegur Wana di ruang tamu.

“Cencorot kesejukan kau panggil aku?!” Aku tenung bagai nak telan. Eee sesuka hati dia gelar aku cencorot? Sekeh kepala kang.

Wana sengih tak bersalah. “Dah tu muka nyata tak happy. Why?” Dia menekan remote control.

“Aku happy apa.”

“Jangan kelentong la. Aku kenal kau dah lama, Mai. Dan aku sangat confident bila tengok muka tak gembira kau sekarang, mesti ada sesuatu tak kena. Come on… tell me, sis.”

Nafas kulepaskan. Hampir terlupa Wana merupakan seorang penganalisa terbaik sedunia. Ahaks! “Aku takutlah nak jumpa dia orang.”

Wana gelak sinis. Keningnya terjongket. Mug diletak atas meja kaca. “Dia orang atau dia?”

Aku menjeling tajam. Benci apabila Wana bijak meneka. “Dia orang la! Kawan-kawan kita. Kau ni suka fikir lain!” geramku. Kusyen empat segi dipeluk rapat.

Wana masih senyum. Aku tahu dia menyindir. Kerana tak tertahan untuk sembunyikan lagi, aku luah segalanya pada dia. Aku jadi takut kalau Farhan bocorkan pada semua setibanya kami berkumpul nanti. Dan masa itu aku tiada back-up. Tiada siapa tahu mengenai hal nan satu itu. Aku sendiri juga yang malu. Walhal amat mustahil bagi Farhan melakukan sedemikian jika dilihat dari sudut attitude. Orangnya tak akan bertindak melulu seperti aku. Pada mulanya memang Wana terkejut beruk. Tak menyangka! Dia ingatkan selama ini kami masih berhubung bersama tetapi diam-diam takut diketahui orang. Namun itu hanyalah rekaan semata. Aku juga telah memecahkan rahsia mengenai pemutusan pertunangan kami semasa lepas tamat peperiksaan SPM. Lagilah dia terperanjat sampai terlepas pinggan maggi goreng!

“Kenapa kau tak bagitahu aku langsung?” Wana duduk di sebelah. Menggosok bahu aku yang masih teresak-esak di katil.

“Aku malu. Se…sebab… aaa.. aku buka… pekung sendiri,” tersedu-sedu nak berucap.

Wana mengeluh lemah sebelum mendakap erat tubuh rakannya. Dia menepuk belakang Humairah agar gadis itu bertenang dan banyakkan bersabar. Dia tak tahu nak gambar perasaannya bagaimana. Geram, sedih, simpati, celaru. Ah! Kenapa Humairah tak fikir dulu sebelum buat sesuatu keputusan? Sekarang diri sendiri merana. Dari dulu lagi dia nampak ada sesuatu pada Nazatul. Lihat seperti ada niat tertentu. Cuma dia tak mahu beritahu Humairah sebab mereka berkawan. Dan Wana tak nak salah anggap. Sudahnya, Wana simpan saja dalam hati.

“Lepaskan semuanya, Mai. Lepaskan. Jangan simpan lagi,” bisik Wana. Dan memang banjir bilik itu dengan tangisan berpanjangan aku!

Rancangan tv yang membosankan pantas ditutup Wana. Boring! Menunggu bebudak ni nak sampai sini alamat berjam! Janji nak sampai lagi lima belas minit. Hmm… harammm. Janji Melayu! Dia kemudian bersila mengadap aku yang masih termenung. Ada sesuatu menjentik tangkai hati.

“Mai,” Aku toleh.

“Kau ingatkan kata-kata aku semalam?” Aku terdiam sebelum mengangguk. “Past is past. Jangan fikir lagi. Mulakan hidup baru.” Sahutku perlahan.

“Tambah satu lagi.” Aku berpaling lagi ke arahnya.

“Minta maaf.” Tekan Wana.

Tiada balasan atau sahutan. Hanya keluhan dan sesak nafas.  Dah berkajang tulisan maaf di dalam inbox facebook lelaki itu. Tapi sehingga sekarang masih belum berbalas. “Kalau dia tak terima?” soalku seperti kanak-kanak mau membodek ibu ayah belikan aiskrim.

“Aku kenal kau dan aku kenal Farhan. Dia bukan jenis berdendam. Selama dia jadi ketua pengawas sekolah,aku perhatikan dia sentiasa memaafkan budak. Sampaikan dia boleh maaf dan lepaskan Eriq waktu Eriq tengah hisap rokok hujung makmal lama dulu.” Aku terlopong.

Eh? “Macam mana kau….?”

Wana pantas mengiakan. “Aku ternampak. Waktu tu aku tengah tolong Cikgu Zarida angkat test tube dan beaker nak guna untuk makmal baru.Tapi cikgu langsung tak nampak aku terperasan Eriq waktu tu.”

“Habis tu? Eriq nampak kau?” tanyaku laju.

“Tak.” Wana geleng. Terkelip-kelip mata aku.

“Kenapa kau tak cerita pada aku awal-awal?”

“Kenapa kau tak cerita dekat aku pasal hal ni awal-awal?” bidas Wana sinis.

Aku menyandar badan semula ke sofa. Mengeluh lagi. “Kau tak faham perasaan aku, Wana.” Tubuh kembali layu.

“Apa yang aku tak faham? Perangai kau aku dah masak sangat, Mai! Kita bukan kenal sehari dua. Dah empat tahun! Bukan masa yang lama untuk aku perlu kenali diri kau. Segalanya kita kongsi bersama! Apa lagi yang aku tak faham?!” Tinggi nada suara Wana. Agak tak puas hati dengan sikap rakannya. Suka menyendiri dan buat sesuatu perkara yang tak sepatutnya. Angin betul dia!

“Aku tak nak korang attack aku. Sebab semua berpunca dari aku,” jujurku.

Wana pejam mata. Argh! “Mai, kita orang bukan snipper nak attack kau. Kita orang lagi nak tolong kau. Kita kawan, kan? Tak ingat ke janji masa kat asrama dulu?”

Aku angguk perlahan. Mata bergenang. Semestinya aku ingat. Tak pernah lupa walau sedetik cuma aku tiada daya kekuatan untuk berbicara apatah lagi mengenai hal aku. Hal hati dan perasaan. Mereka sedia maklum aku bukan jenis terbuka untuk meluah secara terang-terangan.

Wana merapatkan diri dan kami berpelukan. Melepas segala yang berbuku. Aku rasa kali ini pecah rekod aku menangis banyak. Entahlah… Hati mudah sangat sayu.

Pin! Pin!

Bunyi hon kereta menyedarkan kami. Bergegas Wana bangkit melihat di tingkap. Aku bergegas mengelap air mata yang bersisa. Khuatir pulak dia orang nampak. Air dalam mug dicicip kasi habis.

“Diorang dah sampai. Jom!”

Beg berisi baju aku angkut ke luar. Wana mengunci pintu rumah. Kelihatan dua buah kereta berada di luar perkarangan rumah Wana. Aisyah, D dan Iman berlari meluru ke arahku. Kami berpelukan! Waaaaaa… rindunya aku kat diorang! Masing-masing dah besar. Bukan budak sekolah yang aku kenal lagi. Makin cantik, makin matang.

“Kau makin cantik la, Mai.” D mencubit pipiku. Auuww! Aku menepis lalu menjeling.

Manade.” Pangkasku.

“Betul. Aku setuju dengan D,” Iman mengiakan. Aisyah senyum nipis.  Aku menggeleng. Heh!

“Puji-puji pula. Kang aku kembang setaman susah pulak nak muat masuk kereta.” Balasku selamba. Iman dan D cepat mencucuk pinggang aku. Hesh! Suka sangat usik port sensitif.

“Oh maknanya aku tak cantik la?” Muncul Wana disebelah kananku sambil memuncung. Serentak meledak tawa kami berlima.

“Aisey… merajuk la pula kakak kita.” usik Aisyah.

“Ni nak kena panggil Abang Syafiq ni. Mana dia eh…” giat Iman menyakat. Buntang mata Wana. Laju je ketam dilari ke lengan Iman. Mengaduh kesakitan budak tu. Aku tertawa. Dah lama tak dengar riuh macam ini! Rasa macam kami masih lagi remaja beruniform sekolah. Ah, rindunya zaman sekolah!

“Amboi! Amboi! Anak dara gelak tawa tak ingat dunia. Sampai tak nampak teruna trang-tang-tang kat sini.” Putera menegur sambil melangkah masuk ke halaman rumah Wana diikuti Hakim, Khairul, Syafiq, Aizat, Ashraff….. hatiku sudah berdebar menggila. Tapak tangan basah. Oh Tuhan! Selamatkanlah aku… Peluh yang menitis di dahi kubiar.

Menunggu manusia terakhir melepasi pintu pagar adalah…….. Izuan!

Huh. Aku tarik nafas lega. Dada kuusap meredakan denyutan jantung. Wana melirik mata. Dia tahu apa bermain di fikiran gadis bertudung hijau muda. Nampaknya dia perlu rancang sesuatu. Dan dia perlukan partner untuk menjayakan plan. Wajah seseorang sedang bermain di fikiran.

 “Assalamualaikum,” Izuan menunduk kepala tanda hormat. Seisi kami menjawab salamnya. Dia menguntum senyum kacak seraya mengenyit mata saat terpandang aku. Oish! Comel. Tapi kalau Farhan buat more comelness! Err… Mai?

Kami berborak di halaman itu selang beberapa minit bertanya khabar (almaklumlah lama tak jumpa!) sebelum Wana menempelak.

“Kita berkhemah dekat sini je la eh? Tanah aku memang lapang. Luas sangat ni haa.” Wana pandang tanah sekangkang kera. Kami terpinga-pinga. Saling berpandangan sebelum ketawa berjemaah.

“Kau nak sindir tak agak-agak!” Wana tayang penumbuk manakala Hakim jelir lidah.

“Dah tu dok buat sesi jejak kasih. Bila nak gerak?” talar Wana.

“Dah tu korang dok peluk sakan gaya tak jumpa 10 tahun bila nak gerak?” ajuk Syafiq. Wana ketap bibir. Heee apek ni! Suka sangat menyampuk. Syafiq buat tak tau. Bersiul lagi. Sengaja membakar jiwa raga Wana. Muka garang Wana mencuit perasaannya.

Okay okay stop! Jangan gaduh-gaduh. Jom gerak.” Khairul mereda keadaan. Ada bunga-bunga marah sayang antara Wana dan Syafiq. Baik cegah awal! Karang tak sampai ke destinasi yang dituju, naya. Menangis tak berlagu karang.

Beg aku letak dalam bonet kereta Izuan memandangkan situ sahaja yang masih kosong.Tiba-tiba saja terasa ada orang belakangku berbahang. Laju aku kalih pandang. “Mai duduk kat kereta Wan eh?” pinta Izuan.

Aku terkedu. Pantas wajah Wana dicari. Dia sedang meneliti telefon bimbit. “Wana dan Mai naik kereta Wan. Seat lain dah penuh.” Ujar Izuan tenang. Seakan memahami gelodak hati gadis depannya. Mana mungkin gadis itu mahu duduk berdua. Berani kerat jari la!

Oh! Mujur. “Okey.” Aku segera setuju. Tempat duduk sebelah pemandu aku duduk. Wana pula ambil di tempat di belakang. Tak lama kemudian, Izuan mengambil tempat di bahagian pemandu. Kaca mata hitam yang terletak cantik atas dashboard diambil lalu disarung ke mata. Handsome! Dia membetulkan cermin pandang belakang sebelum tarik handbreak. Dengan lafaz bismillah, kereta mulai bergerak menyusur jalan raya.

Tak berhenti mulut terkumat-kamit. Dalam hati terasa selamat. Baguslah. ‘Dia’ tak ikut! Dari tadi wajah itu bermain di kepala. Dada rasa nak meletup je. Gelisah habis kut jika bertembung dua mata. Mai tak kuat. Mai belum bersedia lagi nak jumpa…




IZUAN memarkir kereta di salah sebuah tempat letak kereta kosong. Pada waktu cuti begini, banyak kereta di hentian R&R sampai kena u-turn dua kali baru dapat park. Dia turunkan brek tangan. Pandangan dihala ke sebelah. Senyum terukir tanpa sedar.

Humairah nyenyak tidur tanpa sebarang gangguan. Dari awal perjalanan dia dah nampak gadis itu asyik menguap. Tapi dilayankan juga mata dan berbual bersama Wana. Kasihan kut sebab teman baiknya di belakang. Dia pula di depan. Atau mungkin malu kat Izuan. Kerana tak tertanggung lagi, tu yang terlelap terus. Mai… Mai…

“Wana nak pergi bilik air ke?” tanya Izuan dari cermin pandang belakang. Bila lihat gadis t-shirt merah lengan panjang itu bersiap-siap kemas beg selimpang.

“Haah. Wan nak turun juga ke?” Izuan menggeleng. Wana terus keluar dari perut kereta Honda City. Berlari-lari anak ke toilet. Tak tahan dah! Makan apa ek pagi tadi? Emm mee goreng pedas makcik depan rumah tu kut. Patutlah perut memulas semacam! Getus Wana.

Izuanmeneliti jam di dashboard sambil jari mengetuk stereng. Dua buah kereta lagi entah park kat mana tapi still dalam R&R. Mana budak ni? Dah sampai dah pun. Izuan check telefon. Tiada sebarang pesanan. Aduhai! Jangan buat gila. Tadi suruh ambik kat sini! Tiga minit kemudian, lagu Bliz berdering rancak. Punat hijau ditekan.

“Aku dah sampai sini. Kat mana?” soal Izuan terus lepas jawab salam. Dia diam. “Okey tunggu situ. Aku nak keluar ni.” Telefon disisip ke kocek jeans. Izuan pandang Humairah yang lena. Tak sampai hati nak tinggal. Tapi kawan yang sorang tu pula jauh dari kereta. Karang ada yang hilang parking kereta susah pula. Dah la parking full. Kenderaan tengah penuh sekarang, menunggu masa nak dapat parking kereta kosong. Izuan garu kepala.

‘Sekejap je kut. Bukan lama mana.’ Hati Izuan berteka-teki. Keputusan cepat diambil. Masa semakin suntuk. Dia berlalu keluar dan mengunci pintu. Langkah di hala ke arah berlainan. Berharap ketemu Wana sebelum berjumpa dengan pemuda yang kejap tadi menelefonnya.


Lima belas minit kemudian…

Punat unlock ditekan. Bonet dibuka lantas menyusun beg yang dibawa. Bahagian pemandu diambil lantas pintu dikatup. Badan disandar ke kerusi sambil memejam mata. Hembusan nafas lega dihela. Penat!

Aku menggeliat badan sambil tangan menggosok mata. Lenguh tidur mengiring. Panas matahari memanah muka membuatkan aku betul duduk dan paling ke kanan. Ingin bertanya di mana sekarang pada Izuan. Namun apa yang aku dapat adalah kejutan berganda-ganda! MasyaAllah!

“Eh???”

Terkejut! Tersentak! Terkedu! Tergamam! Bingkas badan rapat ke pintu kereta. Nafas turun naik laju macam roller coaster. Jantung berdebar gila kencang. Rahang jatuh! Tak percaya dengan apa yang sedang berlaku. Fantasi atau realiti? Seram sejuk tubuh biarpun terik mentari membahang. Suhu pendingin mencecah ke angka 2. Tapi kenapa sejuk ya amat?! Ya Allah! Katakanlah ini mimpi. Tolonglah! Air liur terasa kesat di kerongkong.  Mama, tolong Mai!!!

“Terkejut ke?” Soalan pemuda itu bikin aku terketar-ketar.  Perlahan-lahan dia buka mata dan pusing perlahan-lahan ke kiri bila. Panahan anak mata itu buat aku rasa nak pengsan!

“Maaa… maacam mana kau… aaa… ada kat sini?” Tergagap-gagap aku menutur akibat kejutan yang tak disangka-sangka. Jujur aku nak demam! Seriau darah!

Why? Aku tak diperlukan ke? Camping untuk semua. Bukan kau seorang je.” Sindirnya.

“Ttt… tak la. Aku cuma terkejut je tengok kau.” ujarku tone suara paling rendah. Tak berani mahu mengangkat muka yang dah berubah pucat lesi.

Kelihatan Farhan senyum sinis. “Terkejut tengok bekas tunang depan mata?” Perkataan bekas itu seakan menghiris hati sendiri.

“Atau terkejut sebab aku join sekali camp fire?” Aku kemam bibir. Farhan seolah sedang mencabar. Hati tak semena-mena dirundung pilu.

“Dia orang kawan aku. Tak salah aku spend time buat aktiviti sihat. Lainlah kau. Tak ada kena mengena langsung dengan aku. Dan tolonglah jangan perasan aku balik Malaysia sebab kau. Nonsense.

Kebabommm!

Tajam dan halus! Bak belati berulang kali mencucuk dada. Aku cuba sedaya upaya menahan cecair jernih dari gugur. Hati seperti ditoreh-toreh pemotong daging. Dilapah-lapah tanpa belas kasihan. Pedas sindiran hingga sentap ke tangkai hati. Dari sini aku dapati sangat jelas, dia tak suka aku lagi. Dia dah tak pedulikan aku lagi. Tak senang dengan kehadiran aku mungkin. Bukan kudis untuknya join camp fire ini jika aku turut serta. Sebelah mata dia tak pandang! Tengoklah seperti sekarang. Dia sanggup pejam mata dari melihat aku. Terang lagi bersuluh dia tak terima permohonan maaf aku selama bertahun-tahun lepas.

‘Ya Allah, mampukah aku bertahan selama seminggu lebih ini? Berdepan dengannya, bertembung dua  mata dengannya, menghadapi segala-galanya berkaitan dia?’ Hati merintih pedih.

Jika tadi aku serasa gentar hendak berjumpa, merangka ayat hingga tak bisa lelap beberapa hari. Namun segalanya berubah sekejap saja. Kata-kata itu luput dimamah sindiran pedasnya. Berganti rasa kecewa. Hati benar-benar terluka. Tawar! Dah tak ada kemanisan lagi dalam perhubungan yang menanti belah ini. Hilang warna-warni seindah pelangi. Hanya awan mendung berarak mengikut ke mana langkah longlai pergi. Segalanya bakal berakhir. Betullah bak kata orang, penantian suatu penyeksaan.

‘Kau terlalu bodoh, Mai! Sepatutnya kau peka awal-awal lagi. Takkan la dia senang-senang nak terima kau balik lepas kau tolak dia dulu. Apa keistimewaan yang kau ada hinggakan kau fikir dia mahukan kau? Balik ke sisi kau semula? Entah-entah dia dah ada kekasih baru atau menyambung ikatan kasih antara dia dan Nazatul semula.  Dua tahun, Mai! Macam-macam boleh terjadi. Hati pun boleh berubah. Kau je yang terlalu mengharap. Lembab!’ Akal mengutuk bertalu-talu.

Aku celik mata. Sedar diri terlalu mengharap. Betapa dungu aku, kan? Dia perfect. Semestinya nak cari kekasih yang sempurna juga. Aku mana layak… Hanya perempuan biasa tak terlepas dari berbuat kesalahan. Aku tak setanding dia.

“Aku…nak…ke…tandas…” Suara cuba di control agar tak kedengaran serak sedu. Tak nak dia perasan aku benar-benar terguris melalui cercaan kata-katanya.

Farhan tak menjawab. Mata masih terpejam. Sama ada tertidur atau pura-pura. Aku dah tak peduli lagi. Tempat aku bukan di sisinya lagi. Pintu kereta kubuka dan katup perlahan. Saat itu barulah air mata bagai empangan pecah. 

Wana kebetulan baru pulang dari tandas terperasan Humairah sedang berjalan. Pantas dia berlari apabila mendapati Humairah menutup mulut, seakan menahan esak dari kedengaran. Muka juga dah basah dengan air mata. Wana tak sedap hati.

“Mai, kenapa ni?” cemas Wana bertanya.

Aku hanya menggeleng. Malas nak mengulas lanjut. “Aku nak ke tandas.” Pintaku. Sambil berjalan, air mata dilap pada hujung tudung bawal. Takut dilihat orang ramai yang lalu lalang. Hati dah semakin parah. Opah, Mai nak opah.... Mai tak kuat....

Wana tak terkata. Hanya menyorot langkah Humairah yang tampak lemah dan sayu. Dia yakin ada sesuatu tak kena!


STESEN minyak dituju. Aku sudah bertukar tempat bersama Wana di belakang. Izuan memandu. Farhan peneman setia. Namun sedari tadi masing-masing tak bersuara. Izuan juga agak pelik melihat mata Humairah sembab tetapi dia tak cakap apa-apa. Malahan gadis itu juga membisu. Izuan pandang Farhan. Pemuda itu lebih senang memandang panorama lebuh raya. Haisy! Takkan malu kut sebab Farhan ada sekali?

“Aku pi beli ayaq sat. Kau tunggu sini.” Kata Wana sejurus kereta diberhentikan. Izuan dah hilang ke mana entah. Bulat bebola mata aku. Gila!

“Nak ikut.” rengekku. Heh. Jangan harap la aku relahati nak tinggal berdua dengan orang yang tak sudi terima kehadiran aku.

Wana angkat jari telunjuk. “Haipp! Duduk sini diam-diam. Aku beli air je. Nanti aku belikan kau punya sekali, okeh?” Simbol OK ditayang lalu sepantas kilat berlari menuju premis.

Aku henyak tubuh kasar. Benci! Wana ni sengaja tau. Aku sumpit kau kang. Rasa panas je hati dalam kereta. Jika tadi teruk muka aku kerana cengeng, sekarang jiwa memberontak. Tubuh dipeluk dan mata menoleh ke kiri memandang deretan kereta yang menunggu untuk isi minyak. Saling membisu. Lantak dengan manusia depan tu! Nak bercakap dengan dia? Mintak maaf la! Cukup mata, telinga dan hati aku macam kena siat kat R&R tadi. Aku tak nak buat sebarang harapan lagi. Mulai saat ini kau buat hal kau, aku buat hal aku. Tak ada lagi ‘kita’. Muktamad!

Tanpa Humairah sedar, Farhan memerhati gelagatnya dari cermin sisi tanpa terlepas walau sesaat. Hati diburu bersalah. Bukan dia tak perasan mata gadis itu berair sewaktu dia mengucap ayat merobek hati. Tetapi dia tak mampu nak mengawal lagi. Ego tinggi melangit. Maafkan aku Mai… aku tak ada niat sakitkan hati kau… cuma tu aje cara aku dapat bercakap dengan kau… aku rindu cara kau berbicara Humairah… aku rindu semuanya tentang kau… maafkan aku...



AKHIRNYA!! Selepas berhempas pulas (aisey… macam Mai pula yang pandu kereta heh) mencari jalan ke Cherating sampai tersesat masuk perkampungan orang asli. Dah terpaksa berpatah balik semula. Ajaran sesat betullah Khairul ni! Konon tahu sesangat. Last-last sesat! Apa pun tak boleh! Mujur ada GPS dan tak malu bertanya makcik-pakcik tepi jalan. Paling bertuah bila kami dapat beberapa batang tebu. Haha! Sporting la makcik!!! Sayang makcik ketat-ketat!

Aku keluar dari perut kereta. Pejam mata sambil menikmati udara pepohon menghijau. Kedengaran pintu kereta orang depan dibuka membuatkan aku mencicit lari ke sebelah Wana. Jangan harap la nak dekat-dekat dengan dia. Never! Orang dah tak sudi buat apa nak terhegeh-hegeh. Aku pun ada maruah.

Dan aku akan pastikan aku takkan berdiri, duduk atau yang sama waktu dengannya pada lelaki bernama Tengku Amirul Farhan!

Kami bergerak menyusur ke kawasan yang sesuai dijadikan camp fire. Agak jauh sikit dari dunia luar. Dah namanya camping, kan? Apa barang pacak khemah kat tepi pantai. No  rare!  Resort pun tak jauh dari sini. Dan resort tu juga tempat kerja bapa saudara Syafiq. Jadi mudahlah nak berurusan. Cuma nak ke mana-mana mesti berteman la. Dah nama pun hutan, kan? 

Khemah mula dipasang. Dua buah khemah untuk perempuan. Tiga buah khemah untuk lelaki memandangkan ramai. Satu khemah muat tiga orang kalau badan comey-comey gitu. Tapi nak letak beg lagi dah makan banyak ruang. Jadi terpacak lah sebuah khemah lagi.

“Khai! Cari kayu api. Tak cukup ah!” jerit Ashraff.

“Takkan aku sorang kot?” Khairul tepuk dahi. Mati nak kena belah hutan cari kayu seorang diri.

“Bawa la back-up. Tu bebudak tu ajak la sekali. Jangan asyik nak tidur je oi!” tempik Ashraff kasar. Geram betul dia tengok Hakim dan Putera selamba landing. Siap pakai spek hitam. Orang lain berpenat lelah. Urghhh!

Terpisat-pisat mereka berdua apabila disergah kuat. “Kacau la korang,” desis Putera. Mulut menguap ditutup belakang tangan. Hakim berusaha celik mata.

“Dah cepat ikut aku! Karang dah malam susah pulak. Jom! Jom!” gesa Khairul.  Hakim bingkas bangun diikuti Putera.

Aizat membawa keluar sekotak mancis. Plastik berisi daging burger disusun pada satu tempat. Aku berjalan ke arahnya lantas menghulur tiga bungkus Maggi kari. Aizat mendongak.

“Yang ni D sponsor.” Ujarku selamba. Aizat sengih seraya angguk. Terus dicapai Maggi itu.

Satu lagi makanan segera aku keluarkan dari beg. Dua bungkus sosej Ramly aku sua.

“Amboi, banyaknya.” Usik Aizat.

“Sambil-sambil la. Takut tak cukup. Aku pun nak sumbang harta jugak.” Aku angkat kening double jerk.

Aizat tergelak. Haih ada aje balasan tunang si Farhan ni.

“Wah! Korang borong habis ke ni? Banyak tu.” Muncul Syafiq diikuti Izuan, Ashraff dan Farhan. aku buat-buat tak perasan kedatangannya. Sibuk menyusun periuk yang dibawa Aisyah. Janganlah ada monyet atau binatang lain memporak-peranda kem kami ini. Amin.

“Buat spare lorh. Nanti takde kang, merangkak nak cari. Kena pandai manage la, bhai.” Aku mengesat peluh di dahi.

“Sape bawa sosej ngan daging burger?” tanya Syafiq bila terpandang bungkusan jenama Ramly.

“Daging burger aku. Sosej Mai.” balas Aizat.

“Nah, kut boring-boring.Boleh kunyah benda ni.” Izuan menghulur seplastik keropok. Twisties, kacang pis, keropok udang, keropok kentang… wow!

“Uiks! Ni bukan nak berkhemah tapi macam berkelah je,” Berderai tawa mereka mendengar gurauan aku.

“Siapa jadi imam solat asar?” Tetiba Aizat bertanya. Tersedar waktu hampir sampai. Mujur dia mengerling jam tangan. 

Masing-masing berpandangan. Mata tertancap pada budak nan sorang. Farhan kerut dahi. “Asyik aku je. Cari la orang lain.” Bantahnya nada malas . Kenapa kalau imam mesti dia? Muka dia muka imam sentiasa ke?

Ek eh… tak nak pahala ke? Desis hati. Haish jangan bising-bising Mai! Kan kau kata buat hal sendiri.

“Izuan la.” Izuan tunjuk diri sendiri. “Aku? Dah biasa kut. Ash la.” Dalih Izuan.

Semua pakat renung Ashraff yang baru selesai susun kayu api untuk dibakar petang nanti. Berpeluh-peluh mamat tu. Sian dia. “Erk? Takkan aku?” Mulut Ashraff ternganga. Aiyooo…

Indeed.” Serentak kami menjawab.

Ashraff garu kepala. Adoi.. kenapalah diorang pilih aku? Aku bukan terror sangat. Tapi peluang tak dapat bergolek. Rebut, Ash! “Oooookeyyyy…”




SELESAI solat berjemaah, aku ingin pergi ke air terjun. Dah lama ngidam! Jarak tak sampai 500m dari tapak perkhemahan. Tadi diorang bawa pergi kat situ untuk ambil wudhu’. Telekung aku lipat dan sumbat dalam beg. Wana yang sedang meneguk air mineral segera kuhampiri.

“Wana, teman aku pergi air terjun tu. Please?” pintaku manja.

“Petang sikit la. Sekarang baru pukul berapa.” Tegah Wana.

Aku tepuk dahi. Now dah petang la kakak oii. “Alaaa nanti dah ramai nak mandi. Segan kut. Takkan nak bercampur?” rengekku.

“Kalau kita pergi berdua je, tak ke jadi apa-apa nanti? Confirm bebudak ni ngamuk.”

“Bawak bodyguard la. As usual.” Aku senyum comel. Mata tu rasa macam nak buat seperti Puss In Boots. Comel gilaakkkk! Sepuluh jari disusun minta simpati. Tolonglah faham keinginan rakanmu yang membuak-buak di dada ini. Ahaks!

Wana mendengus. Hmm… dah datang la mood ngengada dia tu. Manja! “Yelah. Yelah.” Putus Wana. Aku menjerit gembira. Yeay! Pipi Wana pantas kucium seraya berlalu ke khemah untuk mengambil kelengkapan mandi. Setibanya di luar khemah, kulihat Wana sedang berborak sama Putera dan Aizat.

“Dah?” tegur Wana bila aku muncul di sisinya. Aku angguk. Siap sedia nak mandi! Semangat berkobar-kobar wei.

“Asal tak nak mandi sekali dengan kami nanti?” soal Putera. 

"Tak nak! Nanti korang kenakan kita orang. Baik cegah awal." Balasku selamba. Putera cekak pinggang. Ceh! 

"Bukan tak mau tapi minah ni yang nak dulu. Macam ada harta karun pulak kat air terjun tu." Aku menjelir lidah kat Wana. Biaqlah! Putera sengih aje. 

“Syah, Iman ngan D tak ikutsekali ?” Aizat menanya. Takkan nak mandi dua orang je? Habis tu minah-minah tu berkubang ke? Badan berpeluh-peluh pasang khemah kemas barang segala. Tak melengas ke?

“Diorang second round. Hakim bawa nanti. Now aku dan Wana punya turn.” Ranting kayu yang terlekat di seluar trek aku tarik dan buang.

Putera mencerun mata. “Cakap je la kau dah plan awal-awal!” perli dia.

Aku sengih lalu buat simbol peace dan letak di pipi kanan. Putera tak jadi nak marah. Malah dia gelak. Comel pula Mai buat gaya macam tu. Tampak kebudak-budakan walhal umur dah 20. 

Let’s go. Jangan lupa baca doa.” Aizat menunjuk arah. Kami membuntutinya. Sedang melewati dua buah khemah milik Ashraff+Aizat+Hakim dan Izuan+Farhan, anak mataku terperasan akan seseorang yang baru keluar dari khemah. Dia turut merenung dengan panahan mata tajam menikam. Dari kerlingan mataku, matanya masih tertancap pada langkah kami atau lebih tepat, aku! Namun aku buat tak tahu aje dan meneruskan perjalanan. Langsung tak menoleh ke belakang lagi. Nak jeling sikit pun tak berani.


‘Aku akan akhiri semua ini, Han. Kau jangan risau. Aku tahu kau dah sedia. Aku sepatutnya bersedia dari awal. Tapi aku bodoh. Kata-kata kau aku ingat sampai bila-bila, Han.’ Rintih hati. 


p/s : assalamualaikum...... here new entry....... hope enjoy :) segala kekurangan harap dimaafi. Miss budak baru belajar. Hehex :)

14 comments:

  1. ohhhh...no mai nk wat pe plak...

    ReplyDelete
  2. Mai mai mai mai...jgnlar nk mntx putus tunang kat farhan pulakk!! Nooo :(
    Bytheway..keep it up miss ^^
    KPvsTUNANG best !!

    ReplyDelete
  3. Tq miss...tp xpuas la..nak mai n farhan..huhuhu

    ReplyDelete
  4. jhatnya farhan nii..knp ckp mcm tu..adoii~sambungan.please

    ReplyDelete
  5. Miss update laaa n3 baru x sabar nih

    ReplyDelete
  6. Akak nk lagi..pllleeeaasssee!!!

    ReplyDelete
  7. Miss, bila nk update ep 12? Tk sabar dh nii... Geram sgt dgn farhan buat mai mcm tu. Nk lgyy...

    ReplyDelete
  8. best...mulut jahat la farhan tu.... x sabar tggu next n3..

    ReplyDelete
  9. Best .... nak next n3 ..please ???

    ReplyDelete
  10. best next-II nak sampai diaorg kahwin ;)

    ReplyDelete
  11. Bestt...tapi mulut farhan tu jahat sngt! Erg!geram pulak

    ReplyDelete
  12. uish garang farhan loni

    ReplyDelete