Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Wednesday, 28 May 2014

Entry Gila-Gila/Suka-Suka Hilang Bosan :)

Part1
“Terlihat susuk tubuh someone buat aku rasa nak pitam.

"Kenapa?" soal Farhan.

"Tt..takde pape." jawabku gagap. Keningnya ternaik. Semacam.


Part2
"Nak air?" Hah? Blur.

"Nak air tak?" ulangnya. Pekak ke apa budak ni? Farhan merungut di hati.

Oh! "Milo ice." kataku. Wee… dia belanja! Daku suka!

"Sky juice je." Aku buat muka. Mencik tau!

Part3
Bahagian sayuran dituju. Dia setia mengikut. Ligat tangan cari sawi yg elok-elok. Sambil itu mata tertancap pada sayur bayam di sebelah raga sawi. Dibelek-belek sayur menghijau itu tanpa memikir seseorang memerhati gerak geri aku.

"Kenal tak sawi dan bayam?" tanya Farhan selamba.

Cis!

Part4
"Farhan,"

"Hmm."

"Kita nak gi mana sebenarnya ni?"

"Siam."

"Hah???"

Farhan senyum gelihati. Lawak tengok muka pucat orang sebelah!

Part5
"Boleh tak jangan degil?" Farhan jegil mata.

Aku mencebik. "Sukati la!" Sibuk je. Badan aku ke badan dia sebenarnya? Kemain membangkang. Aku sumpit juga dia ni kang.

"Pakai baju tu!" arah Farhan. Aku yang hendak menarik baju pilihan sendiri rasa nak meletup. Eee tension! Apahal pula nak kena ikut citarasa dia??? Susah betullah keluar dengan mamat ni. Over melampau tau!

Part 6
Kedai kasut aku jelajahi. Heh! Jelajah la sangat. Padahal memang nak mencari sepasang dua buat spare. Alang-alang dia ada sekali, pau la! Apalagi. Hehe. Hati mengusik nakal.

Kasut tiga inci hitam berkilat aku pegang. Cantik kot yang ni! Berpinar mata tengok harga. Mak aih, mahal gila! Mana mampu.

Yes, miss. You wanna buy these?” promoter Cina itu menghampiriku dengan tersenyum mesra.

Oh err no. Just want to see only.”

“Oh okay.” Promoter itu angguk memahami. Dia beri ruang untuk aku tengok-tengok berbagai jenis kasut. Dari yang leper tapak sampai ke tumit tinggi berinci-inci. Rasa teringin nak sarung kat kaki yang berinci-inci tu. Nampak vogue sangat! Tapi confirm jalan tak sampai lima langkah, kaki sakit oi.

“Mai, sini.” Panggil Farhan.

Aku buat muka. Time aku tengah cari kasut, time tulah dia panggil. Kacau je la!

“Nak apa?” soalku malas-malas. Sebal tau.

Farhan unjuk dua pasang kasut bertutup. Warna coklat baldu dan hitam bereben. Aku menjuih bibir. Alaaa kasut jenis macam tu aku pun ada. Bosan kut kasut yang sama je. Pergi kelas pun aku guna pattern camtu jugak.

Try sarung.” Katanya lagi.

Pelan-pelan aku duduk di kerusi yang dikhas untuk pelanggan try sepatu. Kasut coklat baldu itu pertama sekali aku pegang. Eehhh? Muat! Aku senyum tak percaya. Cermin kecik yang menampakkan kasut di kaki aku tenung. Wah!

“Cantik.” Komen Farhan di sisi.

Aku terkedu. Jantung berdegup lain macam.

Try this one,” dia mengunjuk satu lagi kasut yang dipilihnya.

Aku mencuba kasut hitam bereben itu pula. Kemudian berdiri. Farhan meneliti kasut yang tersarung di kaki.

“Pun cantik. Ambik dua-dua je la.” Putus Farhan.

Eh? Siapa yang membeli, siapa yang membayar? Ewah ewah! Cepat-cepat harga kutenung.

Mak aih! Sepasang dah RM55. Dua pasang jadi RM115. Aku mana cukup duit nak bayar! Argh! Kopak la macam ni. duit belum cucuk lagi. Niat hati nak tengok-tengok je.

“Apesal?” tanya Farhan bila aku berdiam lama.

“Tak mampu la. Mahal sangat. Aku mana cukup duit.” Ujarku perlahan. Kasut dibuka semula.

“Saiz kau apa?” tanya dia lagi.

“6.”

“Kasut tu saiz apa?”

“6.” Dah kenapa tanya macam dia yang nak tolong bayarkan?

Farhan mencangkung di hadapanku membuatkan badan spontan ke belakang. Terkejut! Dia menarik dua kasut yang tersadai di lantai. Kemudian berdiri dan disua pada promoter yang memerhati gelagat pelanggannya.

Take this, ya?” Pinta Farhan.

Promoter itu mengangguk. Laju dia masuk stor cari jenis yang sama. Untuk pelanggan kena kasi yang baru-baru.

Aku tercengang. “Wei, aku takde duit la!” bengangku. Eee macam mana aku nak bayar??? Sesuka hati dia je kan!

Farhan berpaling lalu mengenyit mata. “I’ll pay for you.”

Gulp!

Part7
Premis jualan bunga dan teddy bear kami masuk. Rambang mata tengok teddy comey-comey. Kat asrama ada satu. Kat rumah takde. Nak satu lah!  Farhan dah pergi ke mana entah. Dia kata nak cari hadiah untuk adik Izuan.

Patung beruang warna krim bersama love purple di dada sangat menarik perhatian. Handphone dikeluarkan lantas beberapa keping gambar gila-gila teddy aku tekan. Sampai tak sedar perilaku aku diperhatikan Farhan. Menggeleng kepala dia. Isk isk isk!

“Ehem!”

Erk?! Aku tegak badan sambil-sambil betul tudung. Makkkk… malunya!

Farhan berjalan gaya ketua pengawasnya lalu berhenti dua tapak dariku.

“Nak ke?” soalnya tenang.

Aku mendongak. Aik? “Nak belikan ke?” balasku selamba. Dalam hati rasa nak lompat bintang kalau dia kata ‘okay’.

Farhan senyum. “Cepat, aku tunggu kat kaunter.” Ujarnya mendatar seraya berpusing pergi.


Dan betullah aku rasa nak lompat bintang!



p/s : ada part2 tertentu akan masuk dalam bab. hehe layan!

8 comments:

  1. wahhhh..pendek...buat org trtungggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe saje buat pendek. Hilang stress sekejap. ^^

      Delete
  2. Hukhukhuk..**sambil menangis teresak2**..kamon..lagi..lagi...apepun..tq ya!!

    ReplyDelete
  3. wuuuu .... Mai jiwa kacau >< hahaha

    ReplyDelete
  4. wahh best best. update cepat sikit k? haha ;)

    ReplyDelete
  5. COMELNYAAAAA 2 ni 😭😭😭😭😭 ish

    ReplyDelete