Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Monday, 26 May 2014

Soulmate Forever Bab 10

“ASSALAMUALAIKUM, mama.” sapa Farhan tenang. Senyuman menawannya masih lagi terukir. Dia tunduk mencium tangan wanita bergelar mama kandung.

“Ya Allah Farhan!” jerit Mama Nani seraya mendakap erat tubuh anak lelakinya. Sungguh dia terkedu melihat anak yang merantau jauh tiba-tiba saja pulang mengejut tanpa beritahu apa-apa. Berdiri gah depan mata. Kerinduannya kini terubat. Air mata menitis perlahan.

“Mama apa khabar?” Farhan menanya mesra. Dahi mama dikucup lembut. Sentuhan kasih buat anak kepada sang ibu. Sesungguhnya saban malam dia berdoa agar Allah menyampaikan salam rindu buat mama papa serta ahli keluarga di tanah Malaysia.

“Sihat alhamdulillah. Ya Allah, angah! Kenapa balik tak beritahu?!  Setidak-tidaknya telefonlah. Mama ingat siapalah yang datang time mama nak masak.” bebel Mama Nani panjang lebar. Geram dengan sikap anaknya. Isk!

Farhan tergelak kecil. “Kalau tak buat macam ni bukan surprise namanya, ma.” Sakat Farhan.

Mama Nani jeling tajam. Geram! “Kejutan la sangat! Nasib baik mama tak ada sakit jantung tau. Ni balik dengan apa? Siapa ambil?”

“Teksi.” Farhan duduk di sofa empuk diikuti mama. Ya Allah rindunya aku dengan rumah ini…

“Ma, kenapa gate terbuka lapang? Pencuri masuk senang je tadi,” teringat Farhan.

“Hmm.. papa la tu. Terlupa nak tutup. Bergegas nak pergi meeting tadi. Mama pun sibuk dekat dapur. Mana nak nampak.” sahut Mama Nani.

“Mama tengok badan angah macam susut sikit. Tak makan ke, sayang?” Lembut mama menyoal. Susuk tubuh anak diperhatikan. Ermm.. nampak macam kurus sikit berbanding dulu tapi masih segak. Sakit ke? Hmm… tak pun sakit rindu. Mama Nani senyum nipis.

Farhan pandang diri. Kuruskah dia? Biasa je tengok. Maintain slim je rasa. Haha! “Banyak kerja, ma. Kadang tu balik kelas terus tidur. Tu yang susut sikit kut.” dalih Farhan.  Haa.. mama senyum-senyum tu mesti fikir lain.

Mama Nani mampu menggeleng sahaja. Tak tahu nak kata apa. Kalau dah gila kerja tu… hmm. Farhan sengih menampakkan gigi putih.

“Mama seorang je dalam rumah ni. Reez belum cuti lagi? Tak silap sekarang dah start cuti kan?” Farhan pandang keliling. Sunyi sepi je.

“Reez ada dekat atas. Dah empat hari dia cuti. Ni tengah tidur lagi,” tutur Mama Nani lagi.

Bulat mata Farhan. Tegak badan. “Membuta lagi? Dah pukul berapa ni tak bangun-bangun?” Ada nada tak puas hati. Fareez ni memang nak kena luku laa! Dah panas terik boleh buka kilang tahi mata lagi. Dah tu tinggalkan mama masak sorang-sorang kat dapur. Ciskek punya adik!

Mama Nani jongket bahu. “Itulah Tengku Amirul Fareez adik kamu. Selagi matahari belum jejak atas kepala, selagi tu dia berselubung. Mama pun tak faham. Liat sangat. Puas kejut. Kalau anak perempuan, dah lama mama suruh dia bangkit tolong dekat dapur. Dah… angah pergilah naik atas rehatkan diri dulu. Mama nak sambung masak,” tukas Mama Nani. Malas mahu mengulas lanjut perihal Fareez. Dia sendiri pun letih nak sedarkan bujang trang-tang-tang itu.

Namun semuanya bakal berubah. Mujur Farhan pulang. Dia tahu Farhan akan buat sampai adiknya celik mata guna cara tersendiri. Selalunya begitulah. Kalau angahnya ada, aciknya pasti akan bangkit awal!

Farhan turut sama bangun mengikut langkah mama. “Mama masak apa hari ni?” Perut ditepuk-tepuk. Lapar! Dalam flight jamah roti je. Tiada selera makan semata-mata rindu nak jejak tanah air hingga tak tidur beberapa jam. Keinginan membuak mahu merasa air tangan seorang mama.

“Udang galah goreng kunyit, kalian ikan masin, sambal belacan dan kari ayam.” Selamba Mama Nani berbicara.

Farhan kecur liur. Pergh! Sedap tu! Mama Nani tahan ketawa tengok gelagat anak bujangnya yang tak sabar-sabar. Pipi Farhan diusap sebelum berlalu ke dapur. Menyambung kerja yang tertinggal dek kepulangan mengejut anak kedua.

Farhan terus ke tingkat atas bersama beg beroda. Sebelum kaki mencecah anak tangga pertama ke tingkat paling atas, mata tertancap pada sebuah bilik. Idea menjelma. Dia senyum nakal. Pintu bilik yang tak berkunci itu amat mudah dibolosi. Ternganga mulut setiba masuk bilik adik sendiri.

“MasyaAllah!”

Ini rumah ke zoo? Macam sarang tikus pun boleh masuk kategori! Bersepah langsung. Bantal terbaring di lantai. Pakaian terdampar entah ke mana-mana sampai terperosok bawah katil pun ada. Bungkusan coklat dan KitKat berterabur. Wayar PlayStation berselirat. Suratkhabar tercerai sana sini. Apa dia buat dengan paper? Cari kerja? Dengan kotaknya lagi… Farhan mengurut dahi. Sakit mata!

Mata menyorot susuk tubuh yang masih berselimut walhal bahang matahari terasa hangat. Tangan dikepal erat. Ada yang nak makan penumbuk aku gamaknya. “Reez,” panggil Farhan.

Tak sedar.

“Reez, bangun.”

Pun tak bergerak juga.

Farhan mendengus geram. Ya Allah, titipkanlah kesabaran aku menyedarkan adik yang tidur mati…“Reez! Bangunlah!” bahu adik ditolak kuat. Fareez menggumam dalam mamai. Bukan nak bangun. Selimut makin ditarik menutup kepala.

Farhan ketap bibir. Ini melampau! Jangan sampai aku jirus dengan air panas. Akal berjalan pantas. Kali ini telinga Fareez dihampiri lalu……..

Ma rabbukaa???”

Spontan tercelik mata Fareez. Bingkas dia bangun! Dada berombak laju apabila mendengar suara garau di gendang telinganya. Mata memerhati sekeliling melihat sama ada dia masih berada di dunia mahupun alam lain sebelum tertancap pada sang abang yang sedang terhinggut-hinggut badan menahan gelak. Fareez merengus kasar sebelum meraup muka. Kacau je la angah ni. Mata dikatup semula. Mengantuk.

Eh! Mata dibuntang semula. Kelihatan Farhan selamba duduk di birai katil sambil memerhatinya.

“Angah???”

Farhan jongket kening.“Apesal kau tengok angah macam tu?”

Fareez gosok mata lagi. Serius! Inikah abang aku? Bukan klon atau samaran? “Bila angah sampai sini?” Waaa! Nak peluk! Tapi awal-awal ditepis Farhan kerana mulutnya berbau. Hiks!

“Baru tadi. Dah bangun! Tengahari pun nak tidur lagi. Dah la mulut berbau. Semalam kau tidur pukul berapa?” soal Farhan tegas. Pantang betul kalau adik-adik bangun lewat. Aina pun dia ajar bangun awal. Ini si abang pula tunjuk contoh tak baik. Isk isk isk!

Fareez garu kepala. Dia menyengih malu. “Err… five o’clock?”

“Kau buat apa malam tadi?” Buntang biji mata Farhan. Fareez senyum comel sambil buat simbol kedamaian. “NBA?”

“Habis tu tak solat subuh?” Tegang aje suara abang. Heh.  Aura yang tak pernah luput dalam diri Tengku Amirul Farhan biarpun sudah beberapa tahun meninggalkan jawatan nan satu itu.

“Solat!” laju Fareez jawab. Gila aku tak solat? Mau kena pelangkung sama papa. Solat itukan wajib!

 Fareez hela nafas. Apa-apa je la. “Pergi mandi. Lepas tu kemas bilik. Dah macam tongkang pecah je angah tengok. Kau kan pembersih. Asal boleh bersepah benda-benda ni? Lepas kemas kang turun bawah tolong mama masak.” Arah Farhan.

Fareez mencebik. Masak? Alaaa bosan. “Angah cuti lama ke?”

“Tiga bulan.”

Fareez tumbuk udara. Yeah! Dia cuti sebulan. Bermacam agenda dirancang dalam kepala. Slam dunk, PS, merayap, bla.. bla.. bla…

“Bangun sekarang!” suruh Farhan lagi. Liat betullah adik aku ni!

“Angah kena tolong mama sekali ea!” Mana aci dia sorang je yang buat. Tak adil.

Farhan yang berada di muka pintu berpaling. Keningnya diangkat tinggi.  Ewah! Nak ngelat la tu. “Sama-sama. Angah nak kemas baju dulu. Lima belas minit kalau tak mandi, bilik tak berkemas, siap kau! Remember. Fifteen minutes only. Start now!”

Ugutan itu meransang Fareez bingkas berdiri. Segala barang yang berterabur dibersihkan. Sama seperti cerita Mr. Bean! Semuanya laju. Forward! Forward! Cadar dibetulkan semula. Bantal disusun rapi. Plastik yang terbiar disumbat dalam tong sampah di bawah meja solek. Huh! 8 minit berlalu pantas. Tak sangka pulak dia boleh buat cepat! Now…. mandi. Betullah hidup aku ni tak ubah gaya tentera. Angah kejam! Kat universiti acik pun tak kena macam ni. Sadis!


 “HELLO?”

“Hello adik manis. Boleh ngurat ka?”

Aku tenung telefon bimbit. Mat Bangla sesat mana pula nak tackle aku ni? “Jangan memain! Siapa ni?”

“Wei, garangnya kau. Relax la.” Aku dengar teliti gerangan di talian sana. Rahang hampir jatuh. “Imannnnnnn!!!” jeritku panjang.

Iman dah gelak terbahak-bahak. Tegang perutnya. “Boleh kau tak kenal suara aku, Mai?”

“Dah kau buat suara lelaki macam tu mana la aku cam. Lagipun ni bukan number kau.” cebikku. Eh budak ketot ni! Guna nombor lain mana aku nak tahu. Dah tu serupa pula suara Bangla.

Iman senyum. “Wei, kau dah balik kan?”

“Haah. Dua hari lepas. Kan aku dah tulis kat wall Facebook. Nape?” Biskut Oreo disuap lagi dalam mulut.

So kau tahu la buah hati kau dah balik?” bersahaja Iman berkata.

Tersedak! Pantas botol air di meja kecil aku capai lalu diteguk rakus.

“Haaa… sampai tersedak. Orang ‘jauh’ sebut la tuuuu…” Iman ketawa besar lagi.

Bibir kuketap geram. “Pandailah kau! Aku tengah makan biskut la!” bengangku. Iman senyum simpul.

Ecececehh… tak nak ngaku. Cakap betul-betul Mai. Kau tahu kan Farhan dah balik?” ulang Iman.

Aku terdiam. Gulp! Hah?! Farhan? Bila dia balik? Kenapa aku tak tahu? Izuan pun tak khabar apa-apa. Dekat Facebook pun senyap je. Tak update new status pun. Eh Mai, kau siapa dia nak bagitahu? Korang kan dah putus. Sukahati dia la nak balik bila. Hati menyindir pedas. Mata terasa basah.

“Man, plan camping tu kau pergi tak? D, Wana ngan Syah confirm?” Cepat-cepat aku tukar topik. Suara aku cover agar tak dikenalpasti Iman bahawa aku betul-betul terasa.

Betullah tekaan aku. Dia langsung tak maafkan aku… Nak ingat aku apatah lagi…

Iman menjuih bibir. Tengok tu! Ada je nak ngelak. “Wei, kau tak payah nak tukar cerita. Trick tu dah basi lama dah.” Perlinya.

Aku sengih tawar. Gelak pura-pura menghilang rasa sebak.“Mana ada ubah. Aku just tanya je kan? Jadi tak pergi? Semua geng kita ke?”

“Emm… Khai bagitau overall okay.  Ni tengah tunggu greenlight someone je. Yup! Semua geng kita. Kau nak bawa member ke?”

“Siapa pula aku nak bawa, Iman? Alah.. kita-kita je kut. Awkward la ada orang lain. Tak boleh nak gila-gila macam dulu,” Pecah tawa kami berdua. Hilanglah sedih… hilanglah. Pergi jauh-jauh sana…

“Ajak la Qiela sekali.” Ahaa! Baru aku teringat perihal rakan seorang itu.

“Setahu aku musim cuti-cuti ni Qiela selalu balik kampung. Nanti aku tanya dia.” ulasku.

“Oh ya… tadi kau cakap nak dapatkan greenlight. Under siapa? Buat kat beach mana?” Aku mengunyah biskut Oreo perlahan-lahan. Janganlah Iman bagi aku tercekik lagi lepas ni. Naya. Aku nak pakai nyawa lagi. 

Beach mana aku tak pasti tapi kena dapatkan greenlight seorang lagi baru cukup korum.”

Kerut dahi aku. “Who?” Anak sultan mana pula nak kena angkat sembah baru setuju in korum?

“Farhan.”

“Uhuk! Uhuk!!”

AgainI love it! Iman senyum nakal. 




TEASER BAB 11


IZUAN memarkir kereta di salah sebuah tempat letak kereta yang kosong. Pada waktu cuti begini, banyak kereta di hentian R&R sampai kena pusing dua kali baru dapat parking. Dia turunkan brek tangan. Pandangan dihala ke sebelah. Senyuman jelas terukir.

Humairah nyenyak tidur tanpa sebarang gangguan. Dari awal perjalanan dia dah nampak gadis itu asyik menguap. Tapi dilayankan juga mata dan berbual bersama Wana. Kasihan kut sebab teman baiknya di belakang. Dia pula di hadapan. Akibat tak tertanggung lagi, tu yang terlelap terus.

“Wana nak pergi bilik air ke?” tanya Izuan dari cermin pandang belakang.

“Haah. Wan nak turun juga ke?” Izuan menggeleng. Wana terus keluar dari perut kereta Honda City.

Izuan sempat meneliti jam di dashboard. Mana budak ni? Dah sampai dah pun. Izuan check telefon. Tiada apa-apa pesanan. Haisy! Jangan buat gila. Lima saat kemudian, lagu Bliz berdering rancak. Pantas butang hijau ditekan.

“Aku dah sampai sini. Kat mana?” soal Izuan. Diam. “Okey tunggu situ. Aku nak keluar ni.” Tup! Talian mati. Dia pandang Humairah yang tidur pulas. Tak sampai hati nak tinggal. Tapi kawan yang sorang tu pula jauh dari tempat letak kereta. Karang ada yang hilang parking kereta nanti menganga la jawabnya. Dah la parking full. Orang tengah penuh sekarang.

‘Sekejap je kut. Bukan lama.’ Hati Izuan berteka-teki. Keputusan cepat diambil. Dia keluar lalu mengunci pintu. Langkah di hala ke arah berlainan.


Lima belas minit kemudian…

Punat unlock ditekan. Bonet dibuka lantas menyusun beg yang dibawa. Pintu kereta dibuka dan terus ambil tempat di bahagian pemandu. Badan disandar ke kerusi sambil memejam mata. Penat!

Aku menggeliat badan sambil tangan menggosok mata. Lenguh tidur mengiring. Panas matahari memanah muka membuatkan aku betulkan duduk dan paling ke kanan. Ingin bertanya di mana sekarang pada Izuan. Tekak juga rasa dahaga. Namun apa yang aku dapat ialah kejutan berkali-kali-kali ganda!

“Eh???”

Tersentak! Bingkas badan kurapat ke pintu kereta. Nafas turun naik laju macam roller coaster. Jantung berdebar gila kencang. Rahang jatuh! Tak percaya dengan apa yang dilihat. Seram sejuk tubuh tika ini bairpun terik matahari memancar bahang walhal suhu pendingin dah cecah ke angka 2. Ya Allah! Katakanlah ini semua mimpi. Air liur terasa kesat di kerongkong.


“Terkejut ke?” soalan pemuda itu bikin aku terketar-ketar. Perlahan-lahan dia buka mata dan menoleh ke kiri bila mana aku tidak menjawab. Panahan anak mata itu buat aku rasa nak pengsan! 



p/s : assalamualaikum... here new entry.. hope enjoy :)

9 comments:

  1. wahhh..rse xbr nxt ntry plak

    ReplyDelete
  2. Best sgt.. X sabar nk tggu next n3...

    ReplyDelete
  3. Miss cs up kan lah entry baru cepat2. Tak sabar. Hari2 tgk blog nak tau ada entry baru ke tak hehe

    ReplyDelete
  4. siapa lelai itu? miss iman

    ReplyDelete
  5. Aaaaa.....bestnya . X sabar nak tunggu entry baru

    ReplyDelete
  6. X sabar nk tunggu prince charming Mai muncul.... Miss nk lagi.. Tq

    ReplyDelete