Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Monday, 26 May 2014

Soulmate Forever Bab 9


HARI yang amat-amat-amat menyakitkan! Hati dah menggelegak bahang amarah sedari pagi tadi. Entah apa dosa aku, aku sendiri tak tau tapi memang hari ini begitu menyebalkan dalam sejarah hidup. Apa saja yang aku buat mesti dapat tentangan, kritikan dan semestinya perlian pedas. Sejak di dewan kuliah pagi tadi sehingga la di kafe, masing-masing pakat senyum. Senyum apa? Senyum sinis! Motif? Jangan tanya sebab aku sendiri tengah bengang. Apahal pulak nak tayang muka senyum kena cocok lidi sate dekat aku??? Aku ada buat salah dekat korang ke hah?gerutu hati.

Itu cerita pagi. Sekarang cerita petang pula. Waktu aku sedang menapak ke bilik pensyarah untuk urusan projek, tiba-tiba sahaja ditahan tiga ‘polis pencen wanita’ tanpa sebab munasabah. Dah tu empang jalan ! Urgh!

“Hmm tak sangka budak pendiam boleh dapat boy handsome.” Perli Maya. Keningku ternaik sebelah. Bunga-bunga cari gaduh…

“Haah kan, Maya?” penyokong setia Maya, Ainur menyampuk. Aku tenungnya dengan mata mengecil. Nak makan kasut saiz 6?

“Kau guna bomoh kan sebab nak tarik perhatian? Pendiam konon. Padahal cari publisiti murahan!” Anita mencemuh. Kini dua-dua belah kening aku terangkat. Cari nahas nampak! Lava gunung berapi bakal meletus jangan tanya kenapa la kan. Genggaman tangan cuba ditahan seboleh mungkin.

“Hey, jangan ingat kau popular dengan nama ‘princess silence’, kau boleh rampas Aki daripada aku! Kau ingat ea, perempuan. Jangan dekat dengan Aki. Kalau tak, muka kau yang putih bersih ni akan peeeeenuh dengan tompokan tahi kucing. Faham?” ugut Maya keras tetapi masih dalam nada berbisik. Siap senyum perli lagi. Obviously, mukanya sangat buruk tika berkata sedemikian!

Aku peluk tubuh. Serius berwajah tanpa belas kasihan. Nak senyum pun tak hingin! Maya dan dua lagi rakannya aku pandang atas bawah bersama lirikan mata tajam. Berbaju kurung tak bertudung. Rambut karat! Muka cantik tapi sayang lidah bercabang. Asal nak cakap ‘penuh’ tu panjang lebar sangat? Ingat aku budak tadika tak faham bahasa? Choii! Meh sini Kakak Saffiya Humairah ajar ya… Jangan menyesal ya!

“Assalamualaikum,” sapaku.

Tersentak mereka bertiga. Raut muka berubah. Asal? Tak pernah dengar orang bagi salam?

“Pertama sekali aku nak cakap. Aku tak kenal korang. Dan tak ingin nak kenal manusia macam korang. Macam ni ke adat orang Melayu-Islam? Datang-datang terus serbu pakat lontar amaran. Dah la salam tak de. Senyum apatah lagi. Sumpah seranah yang aku dapat. Dengar sini baik-baik aku nak cakap. Pasal telinga, buka mata besar-besar. Aku cuma bersuara sekali sahaja.”

Jelas mereka sekali lagi tergamam sebaik mendengar bait-bait ayatku. Mana sangka gadis yang selama ini membisu berani berkata seperti itu pada mereka yang konon hot di kampus. Hot la sangatttttt!  Gaya tak ada tulang belakang je tengok.

“Aku tak kenal Aki. Langsung tak kenal! Dan aku tak ingin nakkan dia! Kalau korang nak sangat dekat buaya tua tu, go ahead. Aku tak marah, aku tak kecil hati, aku tak merajuk and of course I don’t care. Because? I’ve no feeling kat mamat senget sebelah tu! Muka dia pun aku menyampah + meloyakan nak tengok apatah lagi nak bercintan-cintun! Nak ambil tahu hal dia jauh sekali laaaa!”

“Pasal budak yang korang kata handsome tu… kalau dia boyfriend aku sekalipun korang kesah kenapa? Korang duk sibuk sangat jaga tepi kain aku apahal? Aku pernah ganggu hidup korang? Pernah usik life korang sampai dengki sesangat dengan aku, empang jalan bagai ni?! ” Terhinjut badan mereka bila aku menyergah lantang. Huh! Tahu takut. Mentang rupa paras cantik ingat aku takut laaa? Heh. Ini Humairah la. Zaman sekolah dulu aku dah jumpa spesies macam korang!

“Aku ingatkan sekali lagi. Tak kira la senior atau junior.  Kalau korang hormat aku, aku akan hormat korang. Aku tak pernah usik hidup korang, korang jangan cuba jadikan diri korang tu musuh aku dekat sini. Aku memang tak nak ada musuh sebab boring sesangat. Dari zaman sekolah aku dah lalui semua tu. Muak! Tapi kalau dah rasa diri cuba nak cari pasal, silakan. Kau belum tengok lagi budak pendiam ni bersilat, kan? Aku bukan nak berlagak tapi sekali aku libas, setahun korang tak boleh jalan tegak.” Amaran keras aku berikan tanda pengakhiran pertemuan. Seperti yang dijangka, mereka bertiga mencicit lari bertempiaran dengan kasut tumit tinggi. Muka tak payah cerita la. Cuak gila. Pucat mengalahkan hantu.

Kepala kugeleng perlahan. Tangan kutekap ke dada. Sakit! Ingatkan tak adalah twins Ammy, Helena and the gang. Rupa-rupanya masih hidup lagi. Huh! Perkara yang aku nak buat tadi pun terbantut. Mood mau ketemu pensyarah hilang. Beberapa pelajar lalu lalang dan tenung semacam aku buat tak endah. Aku tahu mereka melihat apa yang berlaku tadi. Jadikanlah pengajaran ya wahai si lalu lalang tadi. Lain kali carilah nahas , memang aku fire kaw-kaw. Jangan ingat perempuan bertudung berbaju kurung semuanya spesies lemah lembut, pakat angguk geleng, tunduk macam pak turut dan tak reti bersuara. Sekali kena memang panas telinga kot!

Semuanya kerana pertemuan antara aku dan Baihakki. Dari perjumpaan secara tak langsung di perpustakaan, makin meleret-leret pertemuan tak dijangka sampai aku kena ugut. Lepas ni apa pula? Acu pistol? Arghhh! Tension!

Dengan malas aku pusing menapak pulang ke asrama perempuan semula. Esok saja lah jumpa lecturer. Hati sakit sangat. Lamanya nak habis exam! Aku dah tak sabar nak balik… azab duduk sini lama-lama! Ada lagi setahun nak habis. Sekarang pun dah rasa siksa. Entah apa kejadian yang bakal menimpa, aku hanya mampu bersabar.  Kalau kampus ini milik keluarga, dah lama aku buang budak ala-ala spesies gedik tahap gaban. Tak pun aku brainwash cukup-cukup! Dan jalan terakhir.. guna undang-undang buatan aku sendiri!

Angin petang yang redup menghembus ke pipi mengurangkan sikit api kemarahan dan kecewa di hati. Lantaran itu, ingatan teringat pesanan opah. ‘Biar orang buat kita. Jangan kita buat orang. Kalau dah rasa sakit sangat dalam hati, ingat Allah dan pandang langit seraya senyum. Berdoa dalam hati. InsyaAllah, Allah mendengar doa insan yang teraniaya.’

Senyum kuukir perlahan sambil mendongak ke langit yang terbentang luas penuh kebiruan.





SELEPAS lap rambut, tuala kusangkut pada hanger di almari. Laptop didekati. Bookmark ditekan dan paparan Facebook tersiar. Inilah waktu nak lepaskan stress setelah apa yang berlaku sehari suntuk. Layan internet! Mata ligat membaca post-post ‘gila’ dari teman-teman sekelas. Dari Khairul yang tak sudah-sudah merungut pasal kerja banyak. Sampai pada Putera yang menulis perkataan bosan berulang kali. Hingga ke wall Hakim, bekas pengawas sekolah. Ada satu status menarik minat aku.

-Tuan Hakim Tuan Badri-
~Aku sudah jatuh cinta! Wawawa~  

Amboi! Kemain dia. Hit like 23 person. Syafiq dan beberapa rakan lain turut sama mengelike dan membalas komen Hakim. Aku mengetip papan komputer.

Kau x sudah2 dgn jatuh cinta..  Dr sklh smpi msuk U.. Ntah brpe ramai bdk kena kelentong! Ni yg nak ngadu dgn Cikgu Namisah ni.

Aku senyum sendiri. Butang Send ditekan laju. Tak sampai lima saat, Hakim membalas komen. Pantas budak ni!

Elehhh.. ngadu cikgu konon. Tau la anak ksygn cikgu!  :p Kau jeles kan, Mai? Dun worry. Aku paham. Rindukan ‘org jauh’ ler tuuuu… hehehe :D

Aku membeliakkan mata. Eee! Tak kuasa! Pantas aku taip.

Eee… tolonglah wei! Xde maknanye nak jeles ea. Aku just kesian kt awek yg kena gula dgn kau. Kau kan selalu guna ayat power pakai gula tebu! Haha :p

Ey, aku pakai gula pasir je. Tabur ckit2 berkerumun dtg. Haha!

Tergelak besar aku di katil. Kurang asem betul Hakim ni. Sesuka hati dia je. Apa… ingat perempuan ayam ke nak tabur-tabur? Budak ni kalau kat depan kompem kena jentik dengan pemadam.

Kurang asam kau Kim! Nak kena belasah??? Igt kami prmpuan ni ayam?!!

Tiga saat…  Not chicken ka? Muahaha! Igt ayam td. Huhu. Brni ke nak belasah? Aku call pendinding confirm kau kaku+kelu+freeze Mai. Obviously! Huhu

Kening ternaik sebelah. Bibir menjuih. Laju tangan menekan keyboard.

Ntah jampi serapah mne kau cekut tepi jln. Igt aku tkut laaa?

Memang aku suka berdebat dengan si Hakim ni. Lama menunggu… aku garu pipi. Lambatnya balas! Merajuk ke? Mana mungkin kut. Tiba-tiba…

@TengkuFarhan  Mai miss giler kt kau tp dia sebok2 kt wall aku ni haa. Nak coverline ler tuuuu…. Hahaha! :p

Terlepas tangan dari menyentuh laptop. Tak terkata walau sepatah. Kelu. Jantung bertalu kencang. Pipi panas. Gilalah budak ni! Aduh... dia pergi tag nama mamat tu dah kenapa? Hati berkata-kata sendiri. Mulut terkunci rapat. Hanya mampu melihat Hakim mengusik aku kaw-kaw. Betul tekaannya. Aku memang freeze habis! Tambahan pula, seluruh budak aspuri+aspura yang menjadi rakan di laman sosial dan sedang online itu terus menyerbu serta mengelike statement berani mati Hakim. Wana turut tak terkecuali menambah rencah.

Berdesup-desup masuk komen nak sampai berbelas yang masih belum dilihat. Semua berkisar tentang aku dan Farhan. Makin naik hit like status Hakim. Namun yang ditag langsung tak muncul. Entah dia nampak atau didelete sahaja. Atau memang langsung tak buka. Mungkin kerana ada nama aku, bisik hati kecil. Hati yang tadinya merah jambu kini pelan-pelan luntur.

Butang pangkah terus ditekan tanpa menunggu lama. Sesak nafas. Hati sebak. Laptop kusimpan. Tiada mood hendak melayari internet lagi. Hati serta merta berubah tawar. Bantal terus ditekup pada muka. Satu per satu air mata gugur mengena pipi.

Soalan : #Kenapa Humairah sekarang sangat sensitif? Lebih-lebih lagi mengenai Farhan? 





HENING pagi. Selesai solat subuh, aku rebah badan ke katil. Handphone yang dimatikan semalam aku on semula. Melihat mesej yang diterima sebanyak tiga dibuka. Hotlink… MMS… Hakim? Terkebil-kebil mata.

+Aslmkm Mai. Kau mrh ke psl smlm? Sory... Aku gurau2 je. L

Pantas senyum mekar. Mana ada aku marah kau, Kim. Haih, cepat sangat melatah. Kelakar pula tengok icon masam tu. Segera aku taip pada ruangan mesej.

-Wslm. Oit manade laa. Smlm aku ngantuk giler. Trpkse offline. X smpt nak ckp. Chill ar bhai :D

Handset kuletak di sisi kepala. Buku mengenai 25 Nabi-Nabi diselak menyambung kembali bacaan yang tertangguh subuh semalam. Kalau tiada kelas pagi, aku akan tidur sebentar. Namun buku ini tetap aku selak biarpun sehelai muka surat sehari. Buku yang menjadi salah satu favourite aku sekarang.

Tit.. tit..

Kutoleh kanan. Skrin menyala menampakkan picture aku dan mama. You received one message. Daripada Hakim! Aik, awal budak ni.

+Hehe igt kau mrh. Mai, aku ada smthg nk gtau ni. Important message!

-Mende?

+Geng2 sepakat nk wat camping cuti sem ni. Lps tu jln2 ar dlm smggu. Kite2 je. Tp ni bru planning. Ramai xtau lg. Kau nk x? Bleh jmpe. Lme kot x jmpe. Rindu ar zmn2 nakal dlu. Hoho!

Bulat bebola mata aku. Camping? Jalan-jalan rakan-rakan sekelas macam dulu? Waaaa! Gila la kalau aku menolak!

-Wei, aku nakkkk!

+Set! Nnt aku ckp kat D ngn yg lain. K selamat subuh. Hav a nice day, girl! J


Aku tersenyum riang. Telefon ditekap ke dada. Ya Allah! Gembira tak terkata. Nak jumpa geng-geng sekolah rasa macam tengah tunggu pengumuman raya aidilfitri. Yayyy! Tak sabar nak tunggu cuti sem lagi beberapa hari saja! Lenyap terus rasa sedih semalam. Hal yang dah lepas, biarlah berlalu. Mulakan harimu dengan senyuman. Yeah!




PINTU teksi ditutup bersama beg sandang dibahu. Pakcik teksi berkopiah mengeluarkan sebuah lagi beg dari bonet. Not 50 dikeluarkan dari dompet lantas dihulur.

“Nak, pakcik tak ada duit kecik.” Ujar pakcik itu.

“Tak apa, pakcik. Saya sedekah,” balas pemuda itu tenang. Pakcik teksi tak terkata. Hanya mampu mengucap terima kasih berulang kali dan syukur ke hadrat Ilahi. Ada duit tambahan untuk tampung keluarga disaat dia mengalami kesempitan wang.

Sudah bersalaman, pemuda itu mengheret beg beroda masuk ke halaman rumah. Pintu yang melapang luas menambah kerutan di dahi. Kalau ada perompak curi-curi masuk memang senang. Dia jenguk ke sekitar ruang. Mana tahu kalau terlihat ahli keluarga berkeliaran. Jam tangan dikerling. 11:30 pagi!. Oh lupa! Aina dan papa tiada di rumah. Hanya mama.

Pintu rumah diketuk tiga kali, punat simbol loceng ditekan dua kali. Dia berganjak ke belakang dua tapak. Menunggu penuh sabar sambil memerhati pokok bunga yang mekar mewangi. Kelihatan basah rumput disitu menandakan mama pasti sudah menyiram pokok bunga kesayangannya.

Tak sampai dua minit kedengaran suara orang bising-bising dari dalam rumah. Senyuman makin meleret.

“Siapalah yang datang rumah waktu orang nak masak ni?” Pemuda itu sempat dengar rungutan ibunya sebelum pintu terkuak dan dua manusia saling membisu.

Mama Nani gamam. Kelu lidah melihat susuk tubuh di hadapan mata. Air mata bergenang.

“Farhan?”

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. dh balik 😭😭😭😭😭🥹🥹🥹

    ReplyDelete