Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Sunday, 15 June 2014

Soulmate Forever Bab 12


                PIN dikenakan bawah dagu. Belahan hujung tudung bawal disatukan bersama satu lagi pin. Siap! Cermin kecik yang selalu aku bawa ke mana-mana disimpan semula ke beg. Langkah dihala keluar ke arah mereka yang sedang duduk mengelilingi unggun api. Borak-borak apa entah sampai tergelak.

“Hai, tuan puteri. Lama betoi berdandan.” Gurau Hakim. Aku senyum nipis.

“Menu apa malam ni?” Sengaja aku bertanya. Padahal dah nampak menatang yang menggelegak dalam periuk yang dibakar atas kayu api.

“Maggi kari yummy ya Puteri Dianalahh campuran sosej ya Puteri Humairalahh…” Semua pecah ketawa dengar Syafiq mengajuk ala-ala pemuda Arab.

“Orang Arab dengar pun pening tau. Ni Arab ke Bangla?” usik D.

“Jawapan mudah. Mixed. Mak Arab ayah Bangla. Habis ceritaaa.” Balasan merapu Syafiq sekali lagi mengundang tawa kami.

“Han, asal diam je?” Iman menegur, sengaja cari penyakit. Sambil-sambil tu dia menjeling Humairah dengan kening ternaik. Isk! Nak makan penampar gamaknya budak kenit ni. Aku buat gaya cucuk biji mata. Iman jelir lidah. Tak heran.

Farhan senyum. “Tak ada apa nak cakap.” Semua menepuk dahi.

Lorh! Cakap je la. Kau ni tak sudah-sudah gaya headprefect. Hello, jawatan tu dah tinggal lama dah kat sekolah, bro.” Hakim menyampuk.

Farhan tetap senyum. “Dah ni cara aku. Aku nak ubah macam mana lagi?” Kaki menguis tanah. Perawakan yang sangat cool dan aura tersendiri. Stylish! Mana tak ramai terpikat. Hiks!

“Ke.. kau segan jumpa buah hati?” Mulalah sakat menyakat gurau terlebih gula tebu.  Masing-masing senyum nakal. Farhan just senyum. Tidak tahu nak cakap apa. “Uuuuuu…” Riuh mereka gelak. Aku bingkas bangun. Malas nak dengar lebih lanjut. Mujur diorang tak lihat pipi aku yang dah berona merah. Lagi malu! Mai, jangan cepat perasan.

“Air apa korang buat? Haus la.” Bekas minuman dihampiri. Ambik pencengahan awal sebelum terlambat!

“Eleh, lari topik. Mai malu tu.” Khairul menggiat pula. Aku jelingnya tajam. “Jangan sampai aku korek tekak kau guna pisau! Aku betul-betul dahaga laa!”

Khairul tergelak besar. “Tak payah la jerit wei. Yang gabra kenapa? Lagipun, ancaman kau langsung tak menakutkan!” Aku ketap bibir. Cis! Aku memang benar haus laaaa! Kenapalah suka fikir lain diorang ni. Haih. Sambil menelek air, aku kerut kening. Muka aku nampak gabra ke tadi?

“Ash, bawa keluar gitar wei. Kita buka konsert malam ni!” tempik Putera. Gian nak melalak. Apa celop bawa gitar tapi simpan pekasam! Entah bila lagi dia nak ‘merakam’ suara di gegendang telinga sahabat-sahabat susah senang ini. Bukan selalu mereka mempunyai masa lapang begini. Nak tunggu cuti semester lagi satu azab kot. Peluang yang ada jangan disia-siakan.

“Mai, sini la!” panggil Khairul. Lama-lama kat tempat air apa ceghita? Takkan malu tak hilang lagi kut. Aku berpaling sesaat. “Sat la… aku tengah tuang ayaq ni.” Gelas polisterin terisi minuman teh dan satu air masak. Untuk aku dan D sebab gadis itu ada buat syarat nak segelas air waktu aku bangun tadi.

“Nah,”  “Thank you, sis.” D senyum. Aku ambil tempat di sebelah Wana. Duduk bersila sambil tangan mengacau maggi yang dah agak kembang.

“Sape masak ni?” bisikku ke telinga Wana. Doa makan kubaca.

“Gabungan meletops Aizat dan Ashraff.” Terbeliak biji mata aku. “Serius?!” Uwaa! Terrornya.

Wana kerut dahi. “Pelik ke lelaki masak? Sedap kut diorang buat maggi ni.” Entah kenapa rasa malu pulak. Aku tak reti masak. Setakat kupas/potong bawang dan bahan-bahan lain. Nak tumis awal-awal dah lari pecut! Takut minyak mercik ke muka. Sakit oww!

“Orang perempuan kena rajin masuk dapur. Kenal barang dapur. Nanti dah kahwin tak kenal mana satu jintan putih manis, mana satu garam gula, naya la kena bambu sama mother-in-law. Dapat pula spesies Mak Dara filem Ibu Mertuaku. Gasak!” Bebel Wana panjang lebar mengalahkan penceramah motivasi kewanitaan. Tengok ciri-ciri macam dah bersedia nak kahwin. Haha!

“Siapa yang nak kahwin dengan aku nanti kena terima aku seadanya.” Talarku.

“Ada pula aturan macam tu. Mana yang kurang perbaiki bukan menyerah.” Wana tak puas hati.

So, tak payah kahwin.” Balasku selamba. Maggi kutelan lagi. Wana jeling. Ada je alasan! Say thank you pun tak. Berbuih mulutnya bagi nasihat. Percuma pulak tu! Heh.

Aizat memetik gitar yang berada di tangan Ashraff. Dan kemudian idea menjelma. “Guys, apa kata kita lawan.” Ujarnya tiba-tiba. Semua pelik.

“Lawan apa? Tinju?” Hakim keliru.

No fighting-fighting. I’m a girl.” Iman memintas bagi pihak perempuan.

Lorh! Aizat tepuk dahi. “Bukan fighting. Kita lawan nyanyi. Boys vs girls. Masa camping time sekolah tak boleh buat. Sekarang boleh kot. Amacam?” cadang Aizat.

Kami saling berpandangan. Aku dah terjojol anak tekak. La..la..lawan nyanyi?

One by one or group?”

“Terpulang. Tapi yang pasti siapa menang, orang tu akan tentukan siapa yang akan masuk group siapa for tomorrow day’s. Pihak lawan harus terima sama ada rela hati atau paksa. Muktamad.” Lagi buat aku tercengang. Sesak nafas! Hesy! Apa punya pertandingan ni? Gilalah dia orang ni! Air masak kutelan rakus.

“Aku tak setuju. Dan tamau masuk. Sorry!” pangkasku tegas.

Semua pandang dengan riak sedih. “Alaaa, jom la Mai. Bukan selalu kita macam ni. Enjoy la sikit.” Pujuk Putera lembut. Farhan hanya memandang sebelum geleng perlahan. ‘Agak dah.’ Desis hatinya.

Aku menggeleng. “No way, man.”  Never. Nyanyi? Depan dia orang? Mati hidup semula tak nak. Semua ini poyo! Tak fikirkah perasaan aku waktu cadangkan idea gila ini? Huargh!

Please, Mai. Okeh kalau tak nak, kita buat by group. Boleh ea?” Bersungguh Wana mengajak.

“Aah. Berkumpulan okey juga. Aku setuju. Seorang lawan seorang, aku sendiri pun segan.” pinta Aisyah perlahan. Mana mungkin dia nak melalak dalam hutan. Berdepan budak lelaki lagi. Aisyah kan sentiasa menjaga orangnya.

Let’s grab the point here. Kita lawan group. Deal?” Ashraff memberi kata putus. Lama sangat menunggu jawapan. Macam tunggu salji turun kat Malaysia!

Terdiam sejenak semua selama dua minit sebelum mengangguk setuju. Aku dengan paksarela terpaksa menerima. Heh! Kami berlima berkumpul mencari lagu yang sesuai. Para pemuda turut sama berkumpul mencari lagu bagi pihak mereka.

“Kita kena tunjukkan yang perempuan boleh menang. Bukan sekadar pandai bergosip je tau!” tegas Wana memberi kata-kata semangat untuk anak buah. Kononnya! Siap menumbuk angin lagi. Gaya nak bertembung dengan musuh ketat yang dah berzaman.

“Wei, games je pun. Bukan nak pergi bberperang segala.” Tukas D. Entah apa-apa entah! Wana pantas cekak pinggang. “Melawan eh!” D tak lepas peluang. “Biarlah! Mulut aku!” Dah ada adegan tarik-tarik tudung. Puas kami meleraikannya. Bukan bertengkar betul pun. Siap gelak-gelak lagi sambil tarik tudung. Buddies mana boleh bertelingkah, kan?

“Lagu yang kita nak pilih tu solo ke berduet?” Aisyah menanya.

Iman ketuk dagu guna jari telunjuk kanan. Memikir. “Ermm.. pilih nyanyi ramai-ramai la. Baru seronok. Kita pun dah lima orang. So, koir terus lah.” Kami tergelak halus.

“Mat saleh or Malay?” soal D sambil menggaru pipi. Oh papa! Habis kulitku digigit nyamuk. Manis sangat darah teman agaknya.

“Melayu.” Serentak semua jawab. D jongket bahu. Boleh sajeeee…

“Sahabat – Najwa Latif ft Sleeq ngan sape entah lagi seorang tu. Kamarul. Syamzrul. Aku lupa nama dia. Yang aku tahu ada ‘Rul’ kat belakang.” Sengihku menggaru kepala tak gatal. Serius wa lupa!

“Tak kesah la ‘Rul’ apa pun. Janji semua sumbang suara.” Putus Wana.

Set!”

Di sebelah sana pula…

“Lagu apa nak main?”

“XPDC? C.I.N.T.A.K.I.T.A?”

Reject.”

“BPR?”

No.”

“Kopratasa?”

What? “Tak nak ah.”

“Habis tu?” Syafiq garu kepala. Lagu apa nak nyanyi? Semua tak suka. Jangan kata minat diorang menghala arah dangdut. For sure aku pengsan lima puluh kali!

“Empty Decorations?” Akhirnya kedengaran suara yang selama ini disangkakan bisu. Farhan memandang rakan sekalian meminta pendapat atas cadangannya. Lagu kenangan itu bermain-main di minda.

“Menarik gak!” Aizat angguk kepala.

“Tu bukan lagu masa……” Putera cuba mengingati semula tajuk lagu yang diungkap bekas ketua pengawas itu.

“Lorh. Tu kan lagu yang selalu kita nyanyi kat dorm dulu. Waktu prep. Tak ingat, bhai?” sindir Khairul. Boleh tak ingat. Nostalgia tu!

“Makan semut hari-hari camtu jadinya.” Juih Hakim. Putera menjeling tajam. “Aku terlupa tajuk je. Lirik aku ingat okeh!” bengang dia. Cis! Korang merendah-rendahkan IQ aku ya! Ni yang nak merajuk balik Pulau Tioman. Uhuk uhuk!

Semua tergelak besar. Hinggakan menarik perhatian bidadari yang berada berdekatan mereka.

Aku pandang mereka lantas mengecilkan mata. Entah apa yang menggelikan hati sampai ketawa mengekek. Tsk tsk. Apa pun tak boleh! Sedang mahu mengalih mengadap rakan-rakan perempuan, mata tiba-tiba tertancap sepasang anak mata yang kebetulan merenung diri ini. Lama. Pandangannya menikam sukma.

Gulp! Oh my!

Terasa darah naik ke kepala. Seriau! Cepat aku teleng kepala lalu membelakangkannya. Dada berdebar kencang. Peluh merenik dahi. Tapak tangan basah. Cepat-cepat aku beristighfar. Dada kuusap perlahan menghilangkan debaran menggila tadi. Ya Allah, kenapa jantung macam ini bila tengok si dia? Selalu begini. Dari dulu tak pernah berubah.

#Apakah ia suatu petunjuk?



“SEKARANG dipersilakan kumpulan Gegerl Pasti Kalah untuk……..”

“Wei pendengki!” jerit D tak puas hati. Suka-suka hati je tukar nama kumpulan. Penat perah otak cari tau.

Serentak ketawa terbahak-bahak. D bengang. Dikepal erat jemarinya bila lihat Putera gelak tak ingat dunia. Ada yang lebam mata sebelah kang! Aku menahan gelak dari meletus. Nanti kena marah maa.. hihi.

Calm down, sis. Putera gurau tuh.” Aizat menenangkan gadis yang mulai menggila.

“Aah la, D. Aku memain je, kay. Ya nama grup kau Gegerl The Vogue ‘La. Sorry,” pinta Putera dengan muka seposen. D cebik. Ceh!

“Okey dipersilakan kumpulan Gegerl The Vogue ‘La untuk mempersembahkan nyanyian. Dipersilakan.”

Tepukan gemuruh dari rakan lelaki bikin aku terketar-ketar satu badan nak berdiri. Dah macam orang sakit Parkinson kot. Aku ambil tempat di belakang Aisyah. Tak mau tunjuk muka! Saya pemalu orangnya… hihi.

“Assalamualaikum. Firstly, kitorang nak bagi amaran. Kami tak jamin kalau hujan lebat lepas habis nyanyi. So, sediakan lah payung. Second..jangan sesekali gelakkan nama grup kitorang. Kalau nak rasa kena cirit-birit, dipersilakan.”

“Hahaha!” besar gelak para jejaka yang menonton. Ashraff tekan perut yang tegang sebab ketawa banyak sangat.

Anyway, lagu yang kita orang akan nyanyi sebentar lagi ialah lagu Sahabat, yang dipopularkan oleh Najwa Latiff dan beberapa penyanyi lain. Sorry tak ingat nama.”

Aku tekup muka tahan tawa dari berderai. Wana pun tak ingat ke? Aisey.. ingat tahu semua. Aku dan Aisyah sembunyi-sembunyi senyum. Muka Wana selamba derk je bila bercakap. Haih.

Gitar milik Ashraff disua pada Aisyah. Satu rasa kagum terbit di jiwa tatkala melihat Aisyah cuba memetik gitar warna coklat itu. Perempuan pendiam dan lemah lembut sepertinya terror bermain alat muzik? Wow! Aku pandai memekak dalam jamban ada lah!

“Okeh, count sama-sama. 5,4,3,2…….1!”

Dan bermulalah rentak lagu pilihan kami. Wana menarik tangan aku ke depan. Mula-mula terbit rasa takut dan gemuruh. Depan kawan pun dah rasa nak pitam, apatah lagi kat U! Lutut serasa longgar. Teragak-agak nak angkat muka. Sebaik saja memandang para penonton tak berbayar di hadapan, mata terpandang akan Izuan yang menguntum senyum kacak buatku. Spontan bibirku mengukir senyum. Tetapi, bila terperasan muka ‘orang sebelah’ Izuan, terus mati senyum aku. Tegang je raut wajah. Marahkah? Cemburu? Mana mungkin. Dia dah ada yang lain. Dia kan tak suka tengok aku senang. Lirih hati berbicara.

Kau ada di kala ku suka
Di kala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa

D mula dulu. Tepukan kuat dituju buatnya sejurus dia mengalun lirik tersebut. Tak sangka suara sedap bila menyanyi! Terpegunku seketika. Selalu cakap mengada-ngada atau lebih tepat manja. Tapi bila serius, muka dia sangat menggerunkan. Monster! Haha.

Kau ada di kala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Giliran Iman pula menyambung. Khairul berdiri lalu menepuk tangan sekuat hati. Siap feeeewit! Suara kecik Iman kedengaran seperti anak-anak kecil menyanyi. “Terbaik sayang!” jerit Khairul. Kami tersengih-sengih pandang Iman yang menunduk malu.

Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis hidupku.
Kaulah yang disitu
Setia menungguku
Kaulah yang satu menjadi sahabatkuu…

Iman dan D bersama-sama menyanyikan part itu dengan penuh perasaan sambil meletakkan tangan di bahu masing-masing. Lagu ini seperti menaikkan semangat kami berlima. Bait-bait ayat bagai kena dengan kisah pahit manis kami. Segala susah senang kami hadapi bersama. Sedari zaman sekolah yang penuh pancaroba kami tempuhi walhal baru memegang title pelajar sekolah menengah, dengan gelagat Ammy and the gang begitu memeningkan kepala, berita pertunangan aku dan Farhan, kejadian di KLCC, aku pengsan di laman Astaka sampai masuk hospital, bergaduh dan tak bertegur sapa dengan D sekejap (perihal keluarga), fasal konspirasi Harez dan berbagai-bagai lagi. Semua itu cukup buat aku sedar, aku memerlukan sahabat seperti mereka. Lebih dari memerlukan ‘orang’ itu.

Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku tanpa rasa jemu

Wana memulakan part lelaki guna suara perempuannya. Masing-masing riuh. Wana yang selama ini cukup garang dan ganas di mata mereka mempunyai suara lunak apabila berkaraoke.

“Sedap rupanya suara dia,” getus Syafiq. Mata terus terpaku pada Wana yang selamba nyanyi mengikut rentak petikan gitar Aisyah. Hati tergugat.

Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku selamanya
Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
 Mendengar kisah pahit manis hidupku
Kaulah yang disitu
Setia menungguku
Kaulah yang satu menjadi… sahabatku.

Kini giliran aku. Wana memperlahan rentak suaranya agar aku bisa menyanyi seorang diri tanpa aku perasan sebab tiba-tiba syok pula menyanyi. Dia menaikkan thumbs up kepada bebudak lelaki tanpa sesiapa sedar. Nakal!

Tanpa diduga, semua rakan lelaki bangun. Aku terkejut apabila tepukan paling gemuruh dituju kepadaku setelah aku menghabiskan nyanyian. Rasa malu tadi terus lenyap. Aku sendiri tak sedar aku boleh nyanyi depan dia orang. Makkk malunyaaa! Nak tekup muka guna tuala mandi! Wana di sebelah ketawa mengekek-kekek. Gelihati tengok muka Humairah macam baru lepas dipukau. Jahat betullah dia ni! Takpe. Nanti malam aku cekik leher dia! Kami berpegangan tangan dan menunduk hormat pada semua penonton tanda menghargai kesudian mendengar suara sumbang mambang kami.

Bravo, girl!” jerit Putera. Siul nakal dibunyikan.

“Cayalah wei!” Ashraff kagum seraya menggeleng kepala. Susah hendak percaya. Ingatkan budak perempuan ini pandai bergosip dan bergaduh manja saja.

Izuan toleh Farhan di sisi. Tampak mata sang teruna itu bercahaya tatkala Humairah mengalun suara merdunya. Izuan sedar Farhan senyum tapi tiada siapa nampak. Dalam diam tau Farhan!

Bagi Farhan pula, ini merupakan hadiah bonus sepanjang hidupnya. Seperti bulan jatuh ke riba. Pertama kali dia dengar secara live lontaran suara Humairah dari segi nyanyian. Dulu Mai pernah intai dia main gitar. Sekarang dia dapat lihat jelas gadis itu menyanyi. Perlahan-lahan Sony Ericsson Experia dikeluarkan dari poket lantas butang kamera dicari. Sesudah itu button camera ditekan. Mode awal-awal lagi dah bertukar kepada silent. Gajet canggih itu diangkat lantas merakam beberapa gambar. Ada ketika Humairah sedang menganga, ada ketika Humairah sedang tersenyum.

Comel! Spontan Farhan tersenyum nakal.





CEREK panas aku hampiri. Dengan niat dapatlah segelas air panas untuk bancuh susu. Namun langkah serta merta mati. Erk! Apa dia buat kat situ?

“Mai, awat hang terjegat kat situ? Mai la sini.” Tegur Ashraff. Tersentak! Lantas kaki kuatur menghampiri seseorang. Tak perasan langsung mata lelaki yang sedang membalikkan kayu api itu merenung ke arah sini.

“Kenapa tak tidur lagi?” soal Izuan lembut. Aku membetul duduk di sebelahnya.

“Tak mengantuk laa. Ingat nak bancuh susu. Mana tahu boleh tidur.” Jawabku selamba.

Tampak lekuk di pipinya apabila dia senyum. Eee manisnya! Ya Allah, kenapalah Izuan ini kacak dan baik orangnya? Mana-mana perempuan boleh cair. Tetapi aku dah tetapkan awal-awal bahawa Izuan hanya sekadar kawan. Tak pernah lebih dan kurang. Dia sangat memahami. Aku dah anggap dia sebagai abang kandung.

“Mana dapat fakta susu boleh buat orang tidur ni?” usik Izuan nakal. Keningnya dinaikkan sebelah.

Aku senyum comel. “Dalam internet.” Kemudian kami sama-sama gelak. Izuan minta Aizat menuangkan air panas dalam gelas Humairah. “Tadi Mai nyanyi sedap. Love your voice.” Puji Izuan.

Erk! Wajah berona merah. Uiii… jangan la cakap pasal pertandingan gila tadi tu! Aku sendiri segan. Huwaaa!

“Patutlah tak pernah nyanyi bila disuruh. Lagi-lagi time karaoke masa outing sekolah dulu.” Izuan mengingat kembali nostalgia lama. Aku sengih aje.

“Haah, sis. Tak sangka suara korang sedap bila nyanyi tadi. Tempo tak lari. Pitching teratur. Vokal bagus. Sebutan jelas.” Komen Ashraff ala-ala Fauziah Ahmad Daud sebagai juri Akademi Fantasia.

Mereka yang ada di situ terus ketawa. Aku cuma sengih sumbing. Tak tentu arah. Segan oik! Jangan cerita lagi boleh takkkk! Ada yang benam muka dalam tanah tak keluar-keluar nanti kang. Bahang dah muka.

“Betul, Mai. Sampai ada orang tu kan, dia masam je waktu kita orang sebut-sebut nama kau tadi. Macam panahan membunuh!” Farhan yang membisu di sebelah Aizat dikerling. Namun manusia yang diusik tu buat tak tahu aje malah meneruskan kerja membalikkan kayu api. Pekak gamaknya!

“Merepek ah!” gerutuku.

“Apa pula merepek. Serius. Nampak tak di situ Farhan saaaaaayang sangat kat kau.” Aizat dan Ashraff menyakat aku. Cis! Rasa nak tembak je kepala dua ekoq ni.

“Jangan sampai aku simbah air panas yang menggelegak ni kat hang pa dua.” Ugutku dengan suara tertahan-tahan. Serius aku teringin hendak buat!

Bhahaha!” Kuat diorang gelak buat aku geram berbakul-bakul. Izuan pun tak lepas peluang. Farhan dari sudut pandanganku sedang tersenyum sinis. Makin bertambah bengang. Mendidih hati. Ingat boleh la tenangkan fikiran duduk kat sini.Terus aku bangun. Malas nak layan kepala mentol mereka lagi. Merajuk sekejap! Uhuk.

“Eh takkan nak tidur kot?”

“Tidur lebih baik dari sakit hati keterlaluan.” Balasku sebal. Sebenarnya nak marahkan satu hamba Allah itu. Cara dia sangat memedihkan hati biarpun dia hanya senyum perli atau sinis. Kejadian di R&R berulangkali berkisar di minda. Hati semakin sedih. Aku berusaha tahan perasaan dari terbongkar.

‘Ya Allah, berapa lama harus aku tunggu?’ Melihatkan raut wajahnya saja sudah menyiksa sanubari. Memang hati kata rindu. Teramat rindu. Akan tetapi kerinduan itu telah dipecahkan oleh lontaran kata nista dari bibirnya. Sekarang aku terbahagi dua. Aku yang salah atau dia yang ego?

No comments:

Post a Comment