Malam raya…
Walaupun
tak semeriah suasana seperti di kampung tapi hati gembira. Bahagia kerana esok
dah raya! Tiada lagi puasa. Ganti puasa ada lah! Tak jauh dari kediaman, ahli jemaah
masjid beramai-ramai mengalun takbir raya menandakan hari esok sudah menjadi 1
Syawal. Entah kenapa hati jadi terusik. Rasa sayu dan sedih bertandang di atma.
Umat manusia yang masih hidup bersuka ria tetapi yang berada dalam kubur
berduka cita. Azab dan seksaan menanti.
“Kak
Mai, senyum.” Tiba-tiba saja Fareez di depan mata. Terperanjat! Aku cepat-cepat
buat peace sambil sengih comel.
“Kakak,
jom la main munge api.” Spontan aku
ketawa mengekek.
“Bukan
munge. Bunga. Nah.” Satu batang bunga
api yang bertangkai besi aku serah padanya. Budak-budak tak boleh main bunga
api yang berwarna merah itu. Sebab bunga api itu kadang-kadang dah expired. Sumbunya kadang ada dan tidak.
Boleh meletup dan berbahaya tanpa pengawasan orang dewasa.
Kami
beramai-ramai duduk di luar rumah. Fareez, achik, Aina dan Yana mendendangkan
lagu raya sambil bermain bunga api. Manakala aku di tangga melagukan takbir
raya. Sedap suara ahli Jemaah masjid ini. Merdu halwa telinga.
“Angah
bawalah sesiapa temankan. Kalau tak, pergi sendiri.” Aku berpusing tatkala
terdengar suara Mama Nani di belakang. Figura Farhan di muka pintu membuatkan
aku pandang depan semula.
Dia
mencapai selipar lalu berdiri di sebelah. Aku mendongak tinggi merenungnya.
“Ikut
aku.”
“Pergi
mana?”
“Kedai.
Mama suruh beli barang sikit.”
Haih,
nak beli apa lagi malam-malam begini? Semua dah siap kut!
“Ajak
Fareez la. Aku malas nak keluar.” Tolakku. Heh! Tak ada kerja mengekor dia ke
kedai lepas tu buli aku.
Farhan
cekak pinggang. Eleh, nak protes la tu! Ingat aku hairan? Tak ada maknanya. Ada
aku kesah? (-_-‘)
“Farhan!
Dah pergi ke belum?” Suara Mama Nani kedengaran lagi. Kami sama-sama menoleh.
“La,
tak pergi lagi.”
“Tak
ada orang nak ikut la, mama.” Dia seakan mahu mengadu yang aku menolak
pelawaannya. Choii! Manja.
“Hmm
pergi seorang sajalah kalau gitu. Kalau nampak orang jual lemang beli sekali ya.
Along telefon tadi. Kejap lagi sampailah. Nanti boleh makan lemang sama-sama.”
Aku
tersentak. Along Firhad? Oyoyo… matilah aku! Mesti terkejut beruk kalau nampak
aku dan adik-adik nanti. Eh! Jap jap. Lemang? Emm menarik!
“Ni
duitnya. Hati-hati bawa kereta.” Mama Nani mengorak langkah ke dapur semula.
Farhan
masuk duit dalam kocek. Dia terus berlalu ke kereta tanpa menoleh padaku lagi.
Kepalanya berpaling apabila ada suara menyebut nama.
“Nak
ikutlah.” Ujarku tiba-tiba. Alahai, ngada! Tadi orang tu ajak jual mahal.
Sekarang terhegeh-hegeh.
“Tadi
kata tak nak?”
“Nak
cari lemang, kan? Jap nak ambik purse.”
Aku berlari masuk dalam rumah. Farhan hidupkan enjin Myvi. Tak lama kemudian,
aku muncul kembali. Yana dan achik segera bertanya.
“Kak,
nak pergi mana?”
“Cari
lemang.”
“Aina
nak itut!” meluru Aina kepadaku.
Bunga api sudah dicampak ke simen. Dia ambil tempat duduk di belakang.
“Korang
nak ikut?” Yana, achik dan Fareez menggeleng kepala. Aku terus masuk dalam
perut kereta. Seat-belt ditarik.
Kereta mengundur dan terus membelah jalan raya.
Suasana
sepi antara kami bertiga. Aku lebih senang melihat panorama malam. Aina tidur
barangkali di belakang. Lagu raya di setiap corong radio diputarkan. Sesekali
aku mengikut rentak yang mana sempat diingat. Drebar sebelah aku kerling hujung mata. Dia juga bernyanyi kecil
sambil jari mengetuk stereng kereta. Aku berdeham sebentar. Ada sesuatu yang
ingin kutanyakan.
“Farhan…”
“Hmm,”
“Macam
mana dengan Ammy?” Laju dia berpaling. Dahinya berkerut seribu. “Maksud kau?”
Dia kurang mengerti.
"Macam mana keadaan dia sekarang? Takkan kau tak tahu?"
"Aku bukannya busybody. Lantak dialah."
Aku
menghela nafas. “Ammy kan dibuang sekolah. Sebab aku.”
“Sebab
kesalahan dia. Bukan sebab kau.” tekan Farhan perbetulkan ayatku.
“Tapi
semuanya kerana aku. Point utama aku!
Aku sedih tengok masa depan dia gelap macam tu.”
Farhan
gelak sinis. “Dah tu? Kau nak suruh aku buat apa? Pergi merayu depan pengetua,
masukkan budak tu balik? Gitu? Teringin sangat nak kena sekali lagi perbuatan
khianat + dengki dia?” sindir Farhan kaw-kaw.
“Tapi
aku rasa bersalah la.” Aku pejam mata. Betul. Aku memang rasa bersalah
sekarang. Rasa seperti aku punca mereka tidak dapat ambil SPM. Aku punca mereka
gagal dalam hidup. Masa depan tidak seindah yang diimpikan. Terus gelap tanpa
sebarang cahaya. Semuanya gara-gara kemunculan aku di sekolah itu.
“Buat
apa kau rasa bersalah? Kau tu mangsa keadaan. Dia orang yang dengki dengan kau.
Jaki. Sampai sanggup nak musnahkan masa depan kau, itu pun kau masih kesiankan
dia orang?”
“Tapi
aku tak mahu bangsa aku terus mundur. Aku dah gelapkan masa depan dia orang!”
balasku tidak mengalah. Eee Farhan ni tak faham-faham ke maksud aku?!
“Ya
aku tahu kita sama-sama Melayu. Nak membangunkan bangsa sendiri. Aku pun tak
nak tengok bangsa aku terus mundur jauh ke belakang. Kita juga sama-sama Islam.
Tapi Islam tak ada ajar buat cara kotor macam tu! Tuntut ilmu yang dilarang
Allah. Memang benar kita disuruh menuntut ilmu. Sampai kita tua pun kita masih
lagi disuruh mendalami ilmu pengetahuan buat bekalan di alam kubur dan akhirat,
tetapi janganlah kita menuntut ilmu yang salah, yang dimurkai Allah. Faham?”
panjang lebar Farhan memberi tazkirah membuatkan aku lemas dengan perasaan.
Aku
tidak menjawab sebarang persoalannya. Pandangan dihala ke tingkap. Memandang
panorama yang gelap. Hanya disinari cahaya lampu jalan. Perasaan kasihan tetap
bertandang walau aku cuba lenyapkan…
*****
Allaahu akbar Allaahu
akbar Allaahu akbar
Laa ilaaha illallaahu
wallahu akbar
Allaahu akbar
walillahil hamd.
Aku
melagukan lafaz takbir dengan hati gembira. Rasa bahagia apabila menyebut nama
Allah di pagi yang mulia. Hari ini aku terjaga awal daripada biasa. Pukul 5.30
aku dah sedar. Siap-siap mandi dan solat subuh. Kemudian aku menggosok pakaian
raya. Rasa tak sabar nak pergi masjid! Inilah kali pertama aku merasa excited sedemikian untuk sembahyang hari
raya aidilfitri. Selalunya aku adalah manusia paling liat nak bangun. Berpuluh
kali dikejut mama, Yana dan achik. Opah juga kadang-kadang penat nak
membangunkan cucu tersayang. Simbah air baldi baru celik gamaknya! Namun hari
ini berbeza.
Selendang
panjang berwarna merah jambu aku lilit di kepala. Ini lagi satu masalah! Tak
penah-penah aku ada barangan warna pink, tup
tup hari ini dalam sejarah aku menyentuh sesuatu yang ‘pink’!
Teringat
ketika aku sedang mencari tudung untuk dipadankan dengan jubah.
“Kak, hitam pun okey.”
Yana mengunjuk tudung Syria hitam berkelip-kelip padaku. Aku menolak laju.
Urgh! Tak nak!
“Hitam dah biasa
sangat la. Carilah kaler lain.” Ujar achik. Emm aku setuju! Boring asyik hitam
putih je. Aku bukan tahi cicak!
Tiba-tiba seorang
pekerja kedai datang menghulur satu selendang kepadaku. “Cik, selendang ini
padan dengan jubah cik.”
Aku pegang dan letak
di kepala. “Pink? Tak nak la!” Heh! Tak nak tapi kau sangkut dekat kepala juga,
kutuk hati.
“Eh! Okey apa. Cantik
tau pink ni. Bukan terang sangat. Lembut je warnanya.” Bantah Yana. Memang
selendang pink itu cantik.
“Ada warna selain ini
tak?” soalku.
“Ada tapi abang cik
kata warna ni sesuai dengan cik.” Kami bertiga tercengang.
“Abang?”
Aku terpinga-pinga.
Siapa pulak abang? Aku mana ada abang!
“Abang cik yang pilih
selendang ni.” sambung pekerja itu lagi.
“Mana dia?” soalku
laju.
“Tu.” Pekerja itu
meluruskan jari ke arah di mana ‘abang’ itu berada. Aku tergamam. Farhan! Dia
yang pilihkan tudung aku?!
Aku
melilit selendang itu mengikut ajaran Aisyah sewaktu di dorm. Tampak cantik dan
kemas. Hujung selendang aku pin di bahu kanan. Cukup menutup dada serta labuh.
Aku oles bibir menggunakan pelembab bibir yang boleh bertukar kepada warna pink
nanti. Ini lagi satu hal! ‘Pink’ di bibir. Kalau mama tahu ni mesti
terperanjat.
“Kak
Mai, dah siap ke belum? Kita orang dah siap!”
laungan achik membuatkan aku terkocoh-kocoh mengambil beg telekung lalu menyangkutnya di bahu kiri. Suis kipas dimatikan. Aku keluar dari bilik.
laungan achik membuatkan aku terkocoh-kocoh mengambil beg telekung lalu menyangkutnya di bahu kiri. Suis kipas dimatikan. Aku keluar dari bilik.
Gulp!
Sangkaku
achik masih lagi di depan pintu. Rupa-rupanya wajah itu yang menyapa
pandanganku. Farhan cukup kacak dengan rona purple
terang bersongkok hitam serta bersamping keemasan. Sepadan dengan tubuh yang
tinggi, kulit cerah. Tidak sedikit pun nampak cacat cela. Wow!
Farhan
pula merenung gadis yang baru keluar dari kamarnya dengan rasa terpegun.
Subhanallah! Cantiknya ciptaanMU. Dengan selendangnya, jubahnya… mata Farhan
jatuh pada kaki Humairah. Stoking
berwarna hitam. Seperti gadis Arab saja dilihatnya. Kalau pakai purdah dah sah
orang cakap dia Arabian! Satu perubahan yang cukup mengkagumkan Farhan.
“Farhan!
Humairah! Dah siap ke? Nak pergi masjid ni, sayang.”
Jeritan
Mama Nani di bawah menyedarkan kami berdua yang masih merenung antara satu sama
lain di tingkat atas. Terkocoh aku melangkah menuruni anak tangga satu demi
satu. Ya Allah, kenapalah aku boleh tengok anak teruna orang sampai ternganga
tadi? Hisy! Pagi-pagi yang mulia macam ini pun kau nak buat perangai ya,
Humairah! Aku tak sengajalah!
Farhan
berjalan sambil pegang dada. Kenapa pula dengan heartbeat aku ni???
SESI
bermaaf-maafan setelah pulang dari masjid. Fareez meminta aku memegang videocam
sewaktu bersalam dengan papa dan mamanya. Aku turuti saja kehendaknya.
Bermula
dengan Along Firhad yang tampak segak sedondon satu keluarga, diikuti Kak
Indah, kemudian Farhan. Aku zoom jarak dekat mukanya. Nak tengok dia cakap apa
dengan mama dan papanya sampai Mama Nani merembes air mata. Hehehe… kemudian Fareez dan Aina. Riang
budak kenit tu dapat duit raya! Saat ini aku memang teramat rindu mama dan
abah. Nak bersalam dengan mereka. Minta ampun atas silap aku pada kedua orang
tua.
Sekarang
giliran aku dan adik-adik. Aku melutut di depan perempuan sebaya mama ini.
Tangan kuhulur. “Mama, Mai minta ampun minta maaf kalau selama Mai duduk di
rumah ni, mama kurang berkenan dengan perangai Mai, tingkah laku Mai, Mai mohon
ampun dan maaf jika Mai terkasar bahasa pada mama, Mai meninggikan suara pada
mama. Halalkan makan minum Mai selama Mai tinggal di sini dan terima kasih atas
layanan mama untuk kami tiga beradik dan sudi menumpangkan kami selama sebulan
di sini.” Tangannya kukucup. Dalam sendu aku melafazkan kata-kata itu. Ikhlas
dari hati yang suci. Tiada langsung niat untuk membodek mahupun mengampu.
Mama
Nani tidak tahan lama. Lantas tubuhku dipeluk erat. Aku menangis kepiluan. Papa
Umar menepuk bahuku. Dia juga sebak mendengar suara hati anak gadis itu. Anak
yang tulus hatinya.
“Papa
dan mama sentiasa memaafkan kalian. Tak penah papa dan mama membeza-bezakan
kalian bertiga dengan anak sendiri. Kita satu keluarga, kan.” Aku senyum lega.
Air mata dikesat dengan tisu. Tanpa disangka, aku diberi dua sampul duit raya
oleh mereka berdua. Haa yang ni best!
Yeay! Dapat duit raya! Okey bermakna
aku belum tua! Haha.
“Okey!
Jom makan puas-puas!” Fareez menjerit menceriakan suasana selepas Yana dan
achik mendapat duit raya sama sepertiku. Meledak tawa kami semua. Makan yang
diingat! Tapi aku bahagia. Cukup bahagia.
Mama,
abah, Mai tunggu kepulangan kalian…
SANAK
saudara Papa Umar bertandang ke rumah. Riuh suasana rumah pada hari ini. Gelak
ketawa, tangisan bayi, lolongan budak-budak dan bermacam lagi. Aku dan
adik-adik duduk di dapur sebaik menghantar dulang minuman yang telah dibancuh
Mama Nani. Ada dia mengajak kami tapi aku enggan. Segan.
“Kak,
jom ambik gambar.” Yana dan aku buat ‘pose
maut’. Achik muka kelat. Gambar dia tak ada! Haha.
“Amboi,
sukanya dia.” Muncul Kak Indah di dapur bersama sejag air yang kosong. Kami
sengih malu.
“Kenapa
tak duduk depan?”
“Segan
la, Kak Indah.” Jawab Yana tersipu-sipu. Kak Indah senyum manis. Lawa Kak Indah
dengan lesung pipit dia tu. Patut anak comel-comel. Geram!
“Apa
yang nak dimalukan? Bukankah kita satu keluarga? Masa nilah nak kenal saudara
mara.” Usik Kak Indah lagi. Aku sengih malu. Yana dan achik mencucuk pinggangku
sambil tersenyum nakal. Hisy!
“Kak
long, mama kata tak payah buat air lagi. Dia orang nak balik.”
Tersentak
kami semua di situ. Fuhh! Datang tak bagi salam. Alih-alih terus muncul je! Dah
tu siap dukung anak kakak iparnya lagi. Macam anak dia pulak! Tapikan… dia
tampak cute la bila dukung baby. Ada
ciri-ciri bapa mithali. Hehehe.
Kak
Indah angguk lalu meletakkan jag di atas meja. Dia ke depan sambil menarik
tanganku. Aku terpinga-pinga. Apa ni tarik-tarik tangan orang?
“Hmm
nilah dia tunang Farhan tu?” kata seorang perempuan saat aku diperkenalkan
sebagai bakal menantu dalam keluarga ini.
“Kenapa
ada di sini? Tak ada rumah sendiri? Tak ada mak ayah?”
Berdesing
telinga aku! Sedaya upaya aku tahan marah yang membara di hati. Genggaman makin
dikepal erat. Yana dan achik tertunduk di belakang badanku aku. Sedih dan malu
agaknya.
“Apa
kena kamu ni, Piah? Tak baik cakap macam tu.” tegur seorang lelaki di sebelah
perempuan yang baru digelar Piah. Tak senang dengan kelakuan isterinya.
“Humairah
tinggal dengan kami sebab mak ayahnya pergi luar negara. Janganlah fikir yang
bukan-bukan, Che Piah.” Mama Nani membela kami. Tubuhku digosok perlahan.
“Oh…
ingat anak terbuang tadi.” Makin menjadi-jadi Che Piah. Mulut tu celupar gila!
Kang aku buat badan dia yang gempal tu macam punching bag baru tau!
“Taklah,
Che Piah. Saya bersyukur sangat masih ada mak ayah.” Balasku senyum sumbing.
Padahal dalam hati nak tonyoh-tonyoh sambal tumis dalam mulut biar pijar setahun!
Che
Piah ketap bibir. Pandai menjawab budak ni. Bengkek hati tuanya. Sepatutnya
anak dia, Adira yang menjadi tunang Farhan. Entah apa yang ada pada budak jubah
ungu ini dia tidak tahu. Pokoknya dia tak senang melihat orang lain melebih
dari mereka sekeluarga.
“Sudahlah,
bang. Mari kita balik!”
Baliklah!
Aku pun tak ingin nak hadap muka kau lagi. Tak ada siapa nak larang. Kurang
sikit amarah aku kalau dia pulang. Orang nak kurangkan dosa hari pertama Syawal,
dia datang menambahkan dosa.
Selepas
saja Mama Nani dan Papa Umar menghantar mereka, aku ke dapur mencuci pinggan
mangkuk terpakai. Span aku sental sekuat hati pada pinggan. Melampias perasaan.
Aku bayangkan muka Che Piah tadi. Tonyoh tak kasi peluang! Herot-herot bibir
aku akibat geram terlebih.
“Nani
pergi pujuk dia.” saran Papa Umar. Dia tahu anak gadis itu terluka dengan
kata-kata kakak iparnya sebentar tadi.
“Sayang,”
Mama Nani menegur Humairah di dapur. Aku berpaling lantas menguntum senyum
padanya.
“Kenapa
buat semua kerja ni? Mama tak suruh pun.” Tegah Mama Nani lembut.
“Mai
tak ada benda nak buat. Jadi Mai cucilah.” Jawabku selamba.
“Mai,”
aku menoleh.
“Mai
jangan ambil hati apa yang Che Piah katakan tadi ya?”
“Eh,
buat apa Mai nak ambik hati. Mai tak apa-apa pun.” Aku menggeleng laju.
“Mama
tahu perasaan Mai. Mai terlukakan tadi? Che Piah memang begitu sejak dari dulu.
Mai abaikan saja kata-kata dia ya.” Pujuk Mama Nani lagi.
Aku
angguk saja. Hmm nasib tak terkeluar silat petala tujuh tadi. Kalau tak dah
koma makcik tu. Haih… cepatlah mama dan abah tiba. Aku tak sanggup nak duduk
sini lagi. Ini baru dua keluarga datang. Belum campur yang lain lagi. Entah
bagaimana kerenah mereka yang terpaksa aku tempuhi. Ah! Masak macam ni.
p/s : here bab 65... bab akhir sudah menghampiri... masih ingat dgn teaser ini? http://contengangadisbiasa.blogspot.com/2013/10/teaser-nazatul-vs-humairah-kpvst-10.html ... hehehe akan menemui anda jeng jeng jeng!!!
mau lagi!!!
ReplyDeleteBest..mau lgi..cpt2 upload yer miss..
ReplyDeleteMiss..best sgt3..by kli dh sy baca. Miss jgn lmbat 2 upload OK..xsbar nk tau kisah sterusnya..
ReplyDeleteIsh, ish, ish.. Che Piah.. 1 Syawal dh buat org geram ehh?
ReplyDeleteche piah ni 🥰
ReplyDelete