Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Saturday, 15 March 2014

Sedutan Mengubat Rindu Rayyan Danish

Apabila budak nakal bertukar romantik J

“AWAK reti ke main gitar?”

Pertanyaan Iman Syuhada seakan mencabar kebolehannya. Danish ketap bibir. Ni yang aku bengang ni!

“Asal? Kau ingat aku tak reti? Kau tu reti ke main gitar? Try tengok!” desak Danish. Dia siap cabar lagi. Gitar kapok diserah pada Iman.

“Eh… saya tak reti la. Saja tanya awak pandai ke tak.” Jawab Iman selamba. Lama tak buat Danish bengang. Hehe!

Danish mencebik. Tak pandai main tapi cakap macam tahu je setiap kod! Gitar di bawa dekat ke badan. Danish test tali dan bunyi. Mana tahu tengah main nanti sumbang pula bunyinya, naya je.

“Awak pandai main lagu tu je ke?” Iman menceber. Buat penat aku tunggu. Dia just petik-petik je tali tu? Huh! Kali ini Iman pula yang bengang.

Danish sembunyi senyum. Nak tergelak tapi ditahan. Kelakar tengok muka frust Iman. Sengaja dia mendera isterinya itu dengan melambat-lambatkan petikan. Bukan dia tak faham isyarat letih isterinya tapi dia buat dono je.

“Kalau macam ni baik tak payah panggil!” Iman sudah tidak tahan sabar. Suaminya itu seakan mempermain perasaannya. Sabar ada had. Iman terus bangkit ingin ke bilik bacaan tapi pergelangan tangannya pantas direntap Danish.

“Ada aku suruh kau bangun? Duduk sekarang!” arah Danish tegas.

“Kalau awak asyik petik je gitar tu tapi tak main lagu buat apa? Saya pun boleh petik la kalau gitu je! Dah la… saya nak buat kerja sekolah!”

Iman cuba menarik tangannya tapi makin kuat rentapan Danish mendorong tubuhnya hampir dengan tubuh suaminya. Iman terkedu. Gulp!

“Aku… cakap… duduk… diam-diam. Faham?” satu per satu Danish menyebut. Nadanya juga lembut dan menenang jiwa. Panahan mata Danish membuatkan jantung Iman berdegup kencang.

Danish mendudukkan Iman di kerusi lembut berhadapannya. Iman membetul duduk. Cuba untuk bertenang dan buat seperti tiada apa-apa terjadi walhal organ dalamannya rasa nak gugur dan melompat keluar waktu tu juga. Relax Iman… relax!

Dan petikan gitar Danish mula kedengaran……

“Sukarnya 'tuk ku melupakan
Sinar matamu yang menawan
Terbayang-bayang tiap masa
Senyuman mu menggoda

Kehangatan terasa di jiwa
Tika kau lafaz kata cinta
Nafas terhenti seketika
Seakan sukar ku percaya
Ooh... oh…”

Iman terpegun mendengar suara suaminya. Tak sangka Danish punyai lontaran suara dan vokal yang sangat baik dan sedap untuk halwa telinga. Mata Iman membulat. Seakan tersedar bait-bait lirik yang dilagukan Danish. Peristiwa bersejarah itu terlayar di ruang minda. Ah! Tak mungkin lah….

“Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu…”

Jantung Iman bagai nak tercabut keluar. Rupanya kini sudah tidak tahu bagaimana warnanya. Bahang kehangatan kian dirasa. Iman teringat bagaimana dia secara tak sengaja menyebut ‘I Love You’ pada Danish minggu lepas. Tersebut okey! Bukan disengajakan. Danish suka menyakat dan memeranjatkan dirinya membuatkan Iman melatah. Makin teruk latahnya sekarang! Iman mahu saja menekup muka dengan kedua-dua tapak tangan. Lagu ini mengingatkan semula kejadian memalukan itu.

“Sukarnya untukku ucapkan
Ku takut akan kehilangan mu
Akan ku buat segalanya
Untukmu kekasihku

Cuma satu yang belum terluah
Kalimah cinta kau nantikan
Bila masa dan ketika
Tidak dapat ku menjawabnya
Ohhh...”

Danish menghentikan petikan gitar apabila melihat Iman tunduk. Dia ukir senyum namun cepat dipadam bila Iman mengangkat mukanya.

“Dah habis ke?” Selamba Iman bertanya. Alaaa… aku baru nak feeling-feeling!

Danish berdeham berkali-kali. Aisey… aku dah ketar tangan nak petik, kau boleh minta lagi? Iman… Iman!

“Dah pergi buat kerja sekolah.” Suruh Danish acuh tak acuh.

Iman mengeluh. Alaaa… “Kejap lagilah. Nak dengar awak main lagu lagi.”

Danish membeliakkan biji mata. What?! “Ah! Takde! Takde! Pergi buat kerja sekolah sekarang! Dah pergi!” Danish pura-pura marah.

Iman mencemik. Huh! Jual mahal. Haih suami siapalah ni? Akulah! Siapa lagi. Huhu

Selepas Iman beredar dari bilik itu, Danish segera memegang dada. Fuhh! Berdebar beb! Tak pernah dia rasa begitu ketika berbuat jahat. Tapi apabila bersama isterinya itu, dadanya sentiasa berdegup kencang. Mula rasa gelisah bila Iman merenung matanya. Iman, ketahuilah bahawa lagu itu dari isi hati aku yang paling dalam………… Danish meraup muka.



p/s : hope enjoy ya? hihihihi...

8 comments:

  1. Miss..best..truskn usha ok..

    ReplyDelete
  2. Hi saya dari masa depan AHAHHAHAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni dri wattpad kan ?! HAHAHAHAHhhHH

      Delete
    2. Cerita ni ada full ka di wattpad?

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Author apa tajuk citer ni ? Kat wattpad ek ?

    ReplyDelete
  5. Sis Ada buka akaun Wattpad baru ke?sebab yg sedia ada ada 2 cerita je..sapa² tolong jawabkan

    ReplyDelete