“HELLO?”
“Sayang, mama ni.” Terjerit
kecil Yana dan achik apabila mendengar suara Puan Husna di talian. Rupa-rupanya
private number tu mama!
“Mama! Achik rindu mama!”
“Bila nak balik sini?!”
“Iya. Mama rindu semua
anak mama. Ni mama nak beritahu. Raya kedua mama balik Malaysia.”
Yana dan
achik melompat kesukaan. Yessss!!!
*** BEG baju siap kemas.
Segala pakaian akan dibawa pulang untuk ditukar dengan yang baru. Buku-buku
yang penting juga aku ikat untuk dibawa pulang.
“Hmm ulangkajilah sangat.
Raya sakan mana ingatnya nak sentuh buku,” sindiran Wana sewaktu sesi mengemas
semalam membuatkan semua orang gelak.
“Eleh, dia pun sama. Raya
sakan, main mercun, makan kuih, buku bukan kau selak pun, kan? Lebih kuah dari
nasi!” ejekku.
“Amboi, banyak barang kau
sampai tiga beg? Nak pindah terus ke apa?” seloroh D.
Aku senyum. “Ubah angin.
Tukar yang baru pula. Korang mesti dah jemu tengok aku pakai baju yang sama,
kan?” usikku.
“Eh kita orang pun guna
sama je. Aku rasa kau yang bosan.” Jawab D selamba. Aku tergelak. Pi mai pi mai
tang tu gak!
“Aku tengok kau happy je ni? Ada apa-apa ke?” Soal D
pelik bila tengok gadis itu sentiasa menguntum senyum. Lain macam pulak tengok sahabatnya itu.
Aku toleh D dan
terus-terusan mengukir senyuman. “Mama dan abah aku nak balik Malaysia minggu depan,”
*** PERBUALAN malam itu
berkisar tarikh, tempat dan masa untuk sesi membelah-belah secara rasmi.
Seperti kebiasaan aku akan membisu di sofa, melihat gelagat mereka masih belum
memutus tempat yang sesuai. Pasal baju pun nak bergaduh. Entah pape entah!
“Pergi CS la, mama.”
“Cari kedai biasa je, mama.”
“CS!”
“Kedai biasa!”
“Aina nak kaler ungu!” tiba-tiba Aina menyampuk bila
abang-abangnya berlawan suara. Dia pun nak cakap juga! Sudahnya masing-masing
ketawa.
“Mama tak tahu. Yang bawa
papa. Tanya papa.” Mama Nani bertindak awal. Dia tersenyum nakal. Tercengang
Papa Umar. Eh eh abang pula yang kena…
“CS la, pa.” Fareez
mengongoi.
“Papa jangan ikut sangat
kepala budak mentol ni.” Farhan masih menyakat. Fareez menjeling geram. Aku tombok muka kau nanti bha!
“Okey, apa yang ada dekat
CS tu? Papa tengok biasa aje. Harga lagi mahal ada lah. Kualiti sama je macam
kedai lain juga.”
Fareez memuncung. Papa tak
sebelahkan dia! Papa termakan kata-kata angah. Merajuk ah macam ni! Farhan
naikkan pacak perlahan-lahan. Kusyen di baling pada abangnya. Farhan mengelak
sambil ketawa. Suka tengok wajah kecewa Fareez. Lama tak sakat adik sendiri.
“Maira, Yana dan Sara
selalu beli baju raya kat mana?” Papa Umar beralih pada ketiga-tiga dara yang
senyap saja. Nak juga dengar tempat selain buah mulut anak teruna mereka. Asyik
CS yang diulang. Pening!
“Kami biasa beli kain ela je.
Opah jahitkan. Tapi sekarang mata opah tak berapa nampak. Cari baju dah siap
aje la sekarang.”
“Beli kain ela di mana tu?”
“Tangkak. Start tahun lepas beli baju dah siap kat
KL masa bercuti di rumah maklong.”
“KL area mana?” Fareez tiba-tiba menyampuk.
“Dekat Jalan TAR dan
Masjid India aje. Kak Mai beli sepasang baju dekat situ. Yana, achik dan mama
beli jubah di First Lady.” beria Yana bercerita. Nak juga nyelit nama sedap aku!
Cis!
“Mama pun. Mama suka beli di
First Lady sebab kain dia berkualiti. Harga pun okey.” Mama Nani menyokong.
Hidup First Lady! Hidup kaum perempuan!
“Haa! Kalau gitu beli
dekat KL je la, mama.” Cadang Fareez. Aku dan Farhan tenung dia semacam serentak.
Amboi-amboi! Pantang betul dia kalau Yana bercakap!
“Beginilah. Kita cari
dekat KL saja lah sebab mama dan papa nak pergi melawat saudara di Cheras. Kamu
bertiga ikut sekali ya? Alang-alang di KL, beli baju raya teruslah.” ajak Mama
Nani gembira. Fareez menumbuk langit. Yessss!!!
Kepalanya laju di jotos Farhan. Aku
sokong apa yang Farhan buat. Gatal sangat dengan adik aku! Ambik kau!
“Yay!” Aina keriangan.
“Macam mana Humairah?”
soal Mama Nani.
Kami adik beradik saling berpandangan. Aku gigit lidah. Erk! “Err tak
apalah,” tolakku lembut. Hisy! Ni semua angkara Yana. Kan tak pasal-pasal Mama
Nani terpaksa beli baju di KL! Over
mulut adik aku ni. Dah susahkan orang pula! Lagipun duit simpanan aku
bukan banyak. Beli biskut kering lepaslah. Beli baju? Oyoyo...
“Mana boleh macam tu? Kamu
semua wajib ikut. Lepas ziarah, kita shopping.
Jangan risau. Mama dan papa belanja pakaian raya untuk kamu bertiga. Mama pun
nak cari langsir. Dah dua tahun langsir raya tak bertukar.”
Papa Umar tergelak kecil.
Emm baru perasan!
“Tak apalah. Menyusahkan pula.
Kitorang pakai baju raya tahun lepas pun dah memadai.” ujarku teragak-agak.
Malu rasa hati. Orang luar pula beria nak belikan pakaian raya buat kami. Yana
dan achik bermuram wajah. Mungkin membantah kata-kata aku atau mungkin tersedar
keterlanjuran kata tanpa sengaja.
Mama Nani menyentuh jariku
di paha. “Maira, jangan cakap macam tu. Mama dah niat dalam hati nak belikan
segala keperluan raya untuk Maira dan adik-adik. Mama rasa seronok kamu tinggal
di sini. Kalau boleh nak sangat kamu tinggal terus di sini. Mama ada kawan
untuk bercerita apa saja. Tak payah balas apa-apa sebab mama ikhlas. Lagipun
mama teringin nak beli pakaian raya untuk anak perempuan dewasa. Nak tunggu
Aina membesar, entahkan lama lagi mama hidup. Benarkan mama?” pinta Mama Nani
sebak.
Aku turut sebak sama mendengar
suara mendayunya itu. Hati ini semakin lembut dan mudah terusik bila sesuatu
menjentik tangkai hati. Bersama secebis senyuman, aku membenarkan. Mama Nani
mendakap erat tubuhku. Aku pejam mata. Rindu didakap mama sendiri. Bahagia menggebu
dada.
Tanpa sedar semua mata
menala pada perbuatan kami. Aku termalu sendiri. Mama Nani melonggar pelukan
tapi masih belum melepaskanku.
“Bila kita nak pergi, ma?”
Fareez menceriakan suasana. Dia sudah tidak sabar hendak mencari baju raya. Apa
yang pasti, baju raya mesti sama dengan buah hati, Yana!
Mama Nani senyum simpul.
“Esok.”
KAMI bergerak terus ke
Masjid India selepas melawat salah satu saudara Farhan di Cheras. Masjid India merupakan 'dunia lelong/dunia beli-belah' yang sangat digemari orang ramai hinggakan pelancong dari negara luar turut sama berada di situ mencari
sesuatu barangan dan gambar sebagai kenangan. Tak kiralah baju ke, seluar dan macam-macam lagilah. Harganya
berpatutan dan masih boleh tawar-menawar. Kalau bulan puasa, memang sesak
teruk. Bermacam ragam manusia termasuklah bau-bauan yang kuat. Tidak dibulan
Ramadhan saja, hari biasa pun Masjid India tetap dikerumuni orang ramai. Entah
apa yang istimewa di mata aku sendiri tak pasti.
Teruk benar Yana dan
achik. Semua baju dia suka! Nampak kedai ni, dia suka! Nampak kedai itu, eh pun
suka juga! Dah suka beli je la!!!! Boleh blah
dari sini!!! Kata-kata itu hanya melantun di hati saja.
“Cantiknya kain ni, mama.”
Teruja Yana pada kain yang berada di tangan Mama Nani. Mama Nani senyum. Juga
mengakui kain itu cantik dikenakan pada tubuhnya. Sudahnya mereka bertiga jalan
bersama. Aku dengan muka tak ada perasaan ditinggalkan di belakang bersama
seorang pengawal peribadi.
“Mama tak pernah ada anak
perempuan dewasa. Jadi dia excited
sikit nak cari barang sebab ada tukang komen dan tukang pencetus idea.” Selar
Farhan.
Aku buat mulut bentuk ‘O’.
Teringat kata-katanya semalam…
“Kau tak suka dekat sini?”
Dia menebak. Laju meneka raut wajahku. Aku geleng.
“Kenapa? Bukan ke kau beli
baju kat sini tahun lepas?”
“Memang aku ada beli baju
kat sini tapi bukan kehendak sendiri. Mama dan abah paksa. Kalau nak cari baju
kedai biasa-biasa pun tak apa. Aku tak suka tempat terlalu ramai orang. Crowded. Sesak. Aku suka tempat lapang.
Nak beli pun hati senang.”
Giliran Farhan pula angguk
kepala. Masa itu ada segerombolan orang datang dari arah bertentangan kami.
Fuhh! Datang bawa geng! Mereka merempuh saja sesiapa yang ada di situ. Bagi aku
itu satu sifat biadab dan kurang ajar. Tidakkah mereka sedar ini laluan untuk
orang ramai? Bukan milik mereka pun!
Farhan pantas menghalang
aku dari dihalang mereka. Aku tersentak. Tubuhnya begitu dekat hinggakan Davidoff
menerpa rongga hidung. Aku melarikan wajah yang berbahang. Terpinga-pinga sendirian
bila dia memaut lenganku lalu meneruskan perjalanan.
“Aku tak nak kau hilang.
Sini KL. Susah nak cari.” Bidasnya memusnahkan segala angan. Aku menceber.
“Aku boleh jalan sendiri
la!” Bentakku geram.
Farhan menoleh dan menggeleng.
“Aku tak percayakan kau.”
Aku mengherot bibir. Cis!
Dia ciplak ayat aku dalam bas! Buatlah ayat sendiri.
“Fuhh! Setiap sudut ada
manusia. Ini lagi lima hari nak raya. Kalau malam raya, tak tahu la macam mana
sesaknya tempat ni.” komen Mama Nani. Aina dipimpin hingga ke kereta. Peluh
yang membasahi dahi dikesat tisu.
“Yana dah beli. Sara pun
dah. Maira dan Aina je belum. Maira tak berkenan ke dengan mana-mana baju dijual
tadi?”
Ah! Mula dah menyoal. Apa
nak jawab? Kepala digaru. “Err, Mai tak dapat buat pilihan. Sebab… ramai sangat
orang. Kepala pening.” Dalihku.
“Oh mama lupa Maira belum
sembuh sepenuhnya. Maafkan mama,” Mama Nani tersedar kesilapan sendiri.
Kepalaku diusap penuh kasih. Aku senyum tawar. Tak apalah. Benda pun dah
berlaku. Apa yang bermain di fikiran sekarang nak tempat lapang dan tidur!
“Tak apalah. Kita cari
tempat lain pula. Nak pergi Jalan TAR malam ni?” soal Papa Umar.
“Nani tak kesah. Boleh
juga cari baju anak bujang kita ni sekaliharung. Tapi Maira macam mana?” Nampaknya
perhatian dia kepadaku melebihi perhatian untuk anak sendiri. Terharu aku.
“Maira boleh tahan? Atau
pun kita cari di tempat lain?” cadang Papa Umar tenang. Aku pantas menggeleng.
“Eh! Mai okey. Kalau mama
dan papa nak cari baju untuk Fareez dengan Farhan, Mai tak kesah.” terangku.
Rasa bersalah pula kalau aku memberitahu mereka yang aku sakit kepala. Nanti
bertambah risau. Layanan baik mereka sudah terlalu banyak hinggakan aku rasa tak
mampu untuk membalasnya.
“Sekarang?” Fareez menyelit.
“Kita cari tempat untuk
berbuka dulu sebab lagi beberapa jam je nak azan. KL kalau dah jammed, sangkut habis tak berbuka kita
nanti. Trafik sesak.” Kenyataan Papa Umar aku sokong. Memang jammed apatah lagi depan Sogo, Pudu, dan
yang sama waktu dengannya! Sebab tu aku lebih suka duduk rumah tak pun duduk di
kampung. Lagi aman!
Kereta bergerak membelah
jalanraya. Aku sempat tidur menghilangkan penat badan setelah boleh berpuasa semula.
Achik lentok di bahu Yana. Yana lentok di bahu aku. Aku? Lentok di tingkap
kereta! Bertuah punya adik!
Sesudah berbuka di The
Chicken Rice Shop, kami berjalan lagi. Selagi belum dapat baju, jangan harap
semua ini akan berhenti!
FIRST LADY.
Mama Nani awal-awal lagi menapak
masuk ke dalam salah satu rangkaian butik yang begitu femes ini di setiap
majalah dan media massa. Mataku berlari pada patung display yang disarung baju kurung Pahang di pintu gerbang. Kemudian
aku meneliti pula fabrik kain jenis jeans yang disangkut cantik pada hanger. Emm not bad! Telahku. Yana dan achik awal-awal lagi sudah berlari
ke bahagian tudung yang turut terjual di situ. Mataku tiba-tiba tertancap pada satu
baju yang tergantung elok di satu bahagian.
“Cantiknya,” I’m speechless.
Baju dia tampak simple dan anggun. Tiada corak bunga
besar di dada dan belakang melainkan tangan, leher dan bahagian bawah. Itu pun
bunga-bunga kecil. Sulamannya cukup cantik dan kemas. Hijau kegemaranku! Aku
membelek kainnya luar dan dalam. Ini jenis kain tak panas. Sedap kalau pakai.
“Cantik juga yang ni,”
Tanpa sedar dia dibelakang
dan mengomen baju yang sedang aku pegang ini. Spontan terlepas kain itu dari jari.
“Simple but nice. Tak banyak labuci, bunga tak crowded. Sesuai untuk orang yang jenis sukakan simple.” Dia mengerling aku.
Jantung
berdetak lain macam.
“Maira dah jumpa baju yang
nak dibeli? Yang ini ke?” Muncul pula Mama Nani dari haluan kiri menggamit
suasana. Aku terpinga-pinga. Allah! Mama Nani pun perasan juga?
“Huh? Tak. Mai
tengok-tengok je.” nafiku.
“Tapi kainnya cantik.
Corak simple. Maira suka yang macam
ini ya?” tebak Mama Nani lagi. Dia masih lagi megulit fabrik berkenaan.
Sesekali dipadan ke tubuh Humairah dan berkata sesuatu pada pekerja butik.
Aku kehilangan kata-kata.
Laju aje tembak sampai tak sempat nak bercakap sepatah pun. Akhirnya aku
mengaku memang aku berkenan dengan corak ini. Tetapi masalahnya ini jubah!
Bukan baju kurung. Aku terlepas pandang suatu perkara kerana asyik melihat
warna dan coraknya. Takkan aku nak pakai jubah??? Seumur hidup tak pernah pakai
kut!
Pekerja kedai memberikan
baju tersebut padaku. “Fitting room
disebelah kanan sana, cik.” Kata perempuan bertag nama Fiza dengan senyum
manis.
“Pergilah, kak. Jom Yana
temankan.”
Tiga minit...
“Bagaimana?” tak sabar
Mama Nani hendak melihat bakal menantunya itu.
Nafas kuhembus. Pintu
bilik persalinan itu ditolak. Terlopong Mama Nani memandangku. Berulang kali
dia tenung aku atas bawah buat bulu romaku tegak berdiri. Seram! Ada apa-apa
tak kenakah?
“Subhanallah. Cantiknya,
sayang…” terpacul ayat itu dari bibir mungilnya.
Aku tunduk melihat baju
yang tersarung di tubuh ini. “Okey ke?” ragu-ragu pula. Tadi tengok depan
cermin sehabis cantik dah. Ops!
Ter-riak pulak.
“Cantik sangat!” puji Mama
Nani lagi. Aku tersenyum sungging. Dalam hati berbunga-bunga. Kembang setaman!
“Mama, yang ni pun not bad,”
“Yang mana?”
Aku terlopong! Alamak! Dia
datang! Larikkk!!! Terkocoh-kocoh aku masuk kembali dalam fitting room. Kepala dipegang. Huish!
Nasib baik pakai tudung. Takut tragedi lama berulang kembali! Sadis je.
Tok! Tok!
“Kak, Mama Nani suruh test yang ni pulak.” Yana berkata. Kali
ini kaler ungu disua padaku. Juling
mata aku memilih dua favourite colour.
Mana nak eh? Hijau ke ungu? Dua tahun lepas oren pilihan abah. Tahun lepas
merah pilihan mama. Tahun ini? Aku berteka-teki. Baju ditangan kanan aku tenung
lama. Tanpa sedar, pilihan telah pun dibuat.
“Maira mahu yang mana?”
Mama Nani menanti. Senyuman tak pernah pudar.
“Yang ini,” jubah aku letak
atas kaunter.
“Sekali dengan ini ya.”
Beberapa helai tudung turut disua. Juruwang mula melakukan tugasnya. Selepas
bayar, aku sauk beg plastik dan membuntuti langkah kaki mereka.
Yana memaut pergelangan
tangan kiriku. “Kak, kenapa bukan hijau?” bisiknya.
“Ungu okey what?”
“Ya ke? Bukan kerana si
pemberi dan pencetus idea?” Aku pandang dia. Blur.
“Amenda kau merepek ni?”
runsingku.
Yana senyum nakal dan
membisik sesuatu di telinga, “Bukan ke Abang Amirul yang pilih warna ungu tadi?
Kesukaan akak hijau, kan? Kenapa tak ambil je hijau yang mula-mula tu? Kenapa
mesti ungu?” Yana menduga.
Aku terpempan. Mata
terkebil-kebil.
p/s : assalamualaikum here new entry... sorry lmbt masukkan... miss byk tgk tv... you know why... isu pesawat hilang sekarang di serata dunia buat miss abaikan dunia penulisan seketika... don't forget utk sama2 berdoa pada Allah agar #MH370 dapat dikesan and nowadays, miss selalu ikut liputan. Tak putus-putus utk dpt perkembangan bru. Miss hanya nak dgr berita ini dr bibir pihak berkuasa, "Pesawat MAS MH370 dijumpai. Semua anak kapal dan penumpang selamat!" Thats all. :'( #prayforMH370
p/s : assalamualaikum here new entry... sorry lmbt masukkan... miss byk tgk tv... you know why... isu pesawat hilang sekarang di serata dunia buat miss abaikan dunia penulisan seketika... don't forget utk sama2 berdoa pada Allah agar #MH370 dapat dikesan and nowadays, miss selalu ikut liputan. Tak putus-putus utk dpt perkembangan bru. Miss hanya nak dgr berita ini dr bibir pihak berkuasa, "Pesawat MAS MH370 dijumpai. Semua anak kapal dan penumpang selamat!" Thats all. :'( #prayforMH370
Same with me biasanya cari baju raya kat KL tp lebih kpd untk baju ayah.. but tu dulu, sekarang baju raya online ja.. 🤣🤣
ReplyDeleteYou know what..pesawat MH370 sampai sekarg xdijumpai🥲 dh masuk 2025 dh ;( hrp diorg Selamat je...
ReplyDelete