Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Friday, 4 October 2013

Ketua Pengawas VS Tunang 49

BAB49


BAGASI hitam hijau sudah kucampak ke dalam bonet kereta. Campak? Bunyi macam ganas je kan? Puncanya aku tak puas hati kena duduk sebumbung dengan mamat tulah. Sudahnya bagasi jadi mangsa. Kesian dia. Perjalanan dari rumah kami ke rumah Uncle Umar tidaklah jauh sangat sebenarnya tapi buntut aku tetap kematu dan perasaan jauh tu memang ada. Tapi aku pelik sedikit. Bagaimana adik-adik aku nak pergi sekolah nanti? Aku dah tentunya akan dihantar ke asrama sekali dengan headprefect tu. Tapi sekolah Yana dengan achik boleh dikira jauh dari rumah Uncle. Kalau di rumah kami, jaraknya hanya dalam 5 km sahaja.

Pintu pagar automatik dibuka sebaik saja kereta abah muncul. Ini adalah kali kedua aku datang ke rumah tiga tingkat ini. Hati yang pada mulanya tenang terus resah gelisah. Terasa cepat masa berlalu. Haaa... kenapa kena tinggal dengan mamat tu?! Dengusku kasar dalam hati.

Mamat-mamat! Dia ada nama la. Nama dia Farhan. Bidas fikiranku.

Eh, suka hatilah! Balas hatiku selamba. Siap jelir lidah lagi. (Boleh bayangkan tak? Hehehe...)

Wajah ceria aunty dan uncle membuatkan hatiku sedikit sebanyak terharu. Mereka seakan tidak sabar mahu aku tinggal di situ. Selepas mama, tubuhku pula didakap erat oleh Aunty Hanani. Dahiku dikucup lembut menzahirkan rasa kasih sayangnya buatku. Hatiku cair lagi.

“Flight pukul berapa, Kir?” tanya Uncle Umar sewaktu kami santai di ruang tamu.

“Pukul 8 malam. Dalam pukul 3 aku dah kena gerak dah. Takut lambat pulak sampai dekat KLIA nanti.” Balas abah tenang sambil kerling jam tangan. Jarum jam bergerak ke angka 2.15 minit petang.

“Maknanya tak sempat nak bukalah ya?” soal Aunty Hanani pula. Dia memandang Husna.

“Kami berbuka dalam kereta nanti. Jangan risaulah, Nani. Na dah bawa bekal.” Balas mama lembut. Tiba-tiba tangan Aunty Hanani digapai lalu digenggam lembut. “Na harap Nani tolong tengokkan anak-anak kami ni. Tegurlah mereka kalau mereka ada buat salah. Na dan Abang Syakir izinkan.” Pinta mama.

Aunty Hanani tersenyum manis. Tangan mama ditepuk lembut. “InshaaAllah. Na jangan risau. Nani akan jaga mereka macam anak Nani sendiri. Bukankah kita satu keluarga? Bakal menjadi besan. Nani dan Bang Umar tahu serta faham, anak-anak Na dengan Syakir baik-baik. Anak Nani aje yang nakal. Jangan risaulah.” Mereka berdua bergelak ketawa.

Aku yang sedang berbalas mesej dengan Wana hampir tersedak. Bakal besan? Kenapa ada rasa ngilu ditelinga ek? Muka achik kukerling. Muram aje dari tadi. Mungkin sebab tak dapat ikut. Achik kan rapat dengan abah dan mama. Tidur pun kadang-kadang dekat bawah ketiak mama. Jealous pulak aku! Yana pula tenang saja. Adik aku yang seorang ni tak macam aku dan achik. Perwatakannya berbeza. Sangat cool dan lemah lembut. Tapi siapa tahu hati dia, kan? Kalah monster. Haha!

Sedar tak sedar, sudah 45 minit kami duduk di ruang tamu itu. Berbual dan bergelak ketawa. Jam dinding rumah Uncle Umar tiba-tiba berbunyi. Semua mata memandang jam itu. Tepat jam 3. Abah dan mama sudah berdiri lalu bersalaman dengan orang tua Farhan. Entah kenapa hatiku rasa berat untuk melepaskan pemergian mama dan abah. Rasa pilu bertandang di hati.

“Mana anak-anak kau, Mar? Dari tadi aku tak nampak muka dia orang pun.” Tanya abah.

“Farhan pergi ambil Fareez balik tuisyen. Kejap lagi baliklah tu.” Jawab Uncle Umar senang hati.

Sedang kami berada di halaman rumah uncle dan aunty yang cantik itu, bunyi deruman enjin kereta mengalihkan pandangan kami. Farhan dan Fareez keluar dari perut kereta lalu bersalaman dengan abah dan mama.

“Uncle dah nak pergi ke?” Farhan bertanya sopan. Abah angguk.

“Haah, Han. Dah nak pergi dah ni. Farhan dari mana ni?” abah melayan saja kerenah anak muda itu. Hatinya senang dengan sikap Farhan. Pandai berdikari dan berdisiplin. Tapi kalau abah tahu dekat sekolah dia selalu buli aku macam manalah agaknya reaksi abah ya?

“Ambil Fareez dari tempat tuisyen.” Jawabnya tenang. Aku yang berada di belakang mama dikerling sekilas. Hatinya dihambat debar. Wajah putih molek itu kelihatan cantik dengan kemeja labuh berseluar slack hitam. Simple! Terdetik hatinya.

“Okeylah, Umar, Nani. Kami nak gerak dulu. Nanti lambat pulak sampai dekat KLIA nanti.”

“Mai...” gamit mama. Aku memandangnya dengan sebak. Tahun ni aku tidak berpeluang berpuasa dengan mama dan abah seperti tahun-tahun lepas. Dan beraya bersama mereka berdua. Allah! Air mata yang sedari tadi kutahan gugur jua ke pipi. Mama mengesat dengan jemarinya. “Kenapa nak nangis pula? Mama akan balik, sayang. Tak lama pun dekat sana. Hari raya keempat mama dengan abah balik. Sudahlah. Jangan menangis.” Tubuhku yang kurus didakap erat. Aku menyembamkan muka ke dada mama. Pilunya hati kurasakan saat ini. Hendak saja aku beritahunya supaya jangan pergi. Tidak pernah aku berjauhan dengan mama dan abah kecuali sekolah dan rumah opah sahaja. Air mata bergelen-gelen keluar.

“Sudahlah. Jangan menangis lagi. Anak mama bukan seorang yang cengeng. Anak mama gagah perkasa.” Sempat mama mengusikku. Aku tertawa kecil dalam sendu. Pelukannya kueratkan. “Mai jaga diri tau. Jangan buat perangai gila-gila dekat rumah orang. Jaga adik tu sama. Puasa jangan tinggal. Solat jangan lupa. Hormat orang tua. Nanti tolong Aunty Nani dekat dapur, ya sayang? Tak mahu malas-malas. Faham, sayang?” daguku dicuit mama. Aku angguk perlahan. Suara bagai tak terkeluar dek basahan airmata. “Yana dan achik kena ikut cakap Kak Mai tau. Jangan gaduh-gaduh. Faham sayang anak-anak mama?”

Yana dan achik mengangguk perlahan. Kami berempat berpelukan erat. Achik melepaskan sendu yang cuba dipertahankan tadi. Satu per satu ubun-ubun anaknya dicium lembut. Menzahirkan rasa kasih sayang yang melimpah ruah. Sayangnya pada anak-anak tidak terhingga. Selepas itu, abah mampir ke arahku. Kepalaku diusap penuh kasih. Bertambah sebak aku. Hari ini pecah rekod aku menangis paling lama.

“Mai jadi anak yang baik ya dekat rumah orang. Jangan malukan abah dan mama. Jaga diri, jaga solat, jaga aurat. Study betul-betul. Dapatkan keputusan terbaik. Ingat apa yang abah pernah pesan dulu. Cuba jadi anak yang solehah dan muslimah solehah. Al-Quran jangan lupa baca. Dan jangan malas-malas. Tolong apa yang patut dekat dalam rumah ni macam yang mama kata tadi. Demi mama dan abah. Okey sayang?” dahiku dikucup lembut. Terasa syahdu pula. Air mata yang kering kini basah semula. Satu saja ayat yang mampu membuatkan deraian mutiara suciku kembali membasahi bumi. “Abah sayang sangat-sangat dengan anak-anak abah...”

“Jangan risaulah, Kir. Aku dengan Nani akan jaga mereka baik-baik macam anak aku sendiri.” Ujar Uncle Umar. Abah tersenyum. Aunty Hanani memeluk bahuku dan achik. Bagai menyalur semangat.

Lambaian terakhir diberikan mama dan abah sewaktu mengundurkan kereta. Dan kereta pun menderum laju meninggalkan kawasan perumahan itu.

Aku dan adik-adik bagai kaku disitu. Walaupun kereta abah sudah lama pergi namun kaki aku masih melekat di halaman rumah. Mengharap mama dan abah kembali semula untuk mengambil kami. Pling! Keajaiban berlaku. Pling! Aku berada di rumah mamat ni!

“Maira, Yana, Sara, mari masuk. Jangan segan-segan.” Ajak Aunty Hanani mesra. Tanganku dipaut lembut. Kami bertiga menuruti langkahnya. Tak sedar, kelakuan kami diintai empat pasang mata. Salah satu hati mereka berdua terusik tatkala wajah yang disayang dalam diam melepaskan tangisan.



BILIK ditingkat paling atas diberikan padaku. Terkebil-kebil biji mata setelah tombol pintu dipulas. Mata memerhati hiasan dalam kamar itu. Sangat unik, menarik, cantik dan kemas. Warna krim bercampur hijau amat menarik minatku yang sememangnya penggemar warna hijau. Bagasi diletakkan di sebelah katil. Cadar bercorak bunga-bungaan itu kutenung. Almari moden ala-ala English style disudut bilik. Bilik airnya cantik dengan hiasan marmar hitam putih ala-ala bilik air hotel. Tampak ekslusif! Pintu sliding aku tolak. Cantiknya persekitaran sini ya Allah! Ruang balkoni yang menyediakan dua kerusi dan satu meja berwarna putih menyerikan lagi tempat ini. Aku masih semula ke dalam. Aku memandang sekeliling. Luas! Bilik ni bilik siapa? Cantik pulak tu! Ke ni bilik alongnya Farhan? Tapi tak ada satu frame gambar pun dalam bilik ini. Emm... mungkin bilik tetamu.

“Bilik ni memang kosong, Maira.” Muncul Aunty Hanani tepat pada waktunya membuatkan aku terperanjat sekejap. Sengihan kusedekahkan padanya.

Aunty Hanani berjalan merapatiku. Dia melabuhkan punggung dibirai katil. “Memang bilik ni kosong tak bertuan. Sesekali saja kalau ada saudara jauh datang nak tumpang tidur. Sebenarnya bilik ni nak dijadikan bilik bacaan tapi mama rasa terlampau besar sangat. So mama plan nak jadikan bilik tidur aje. Biar banyak bilik tidur dalam rumah ni. Saudara mara datang nanti senang. Nak buat majlis atau kenduri apa-apa, saudara yang rumahnya jauh boleh tumpang sini. Bilik ni memang jarang orang duduk. Cuma Aina dengan Fareez aje yang selalu sepahkan. Jenuh mama nak mengemasnya.” Tawa kecil meletus di bibir manis Aunty Hanani.

Aku tersenyum sungging.

“Mama tak tahu citarasa Maira macam mana. Jadi mama letak krim dan hijau. Kalau Maira nak tukar, Maira bagitahu mama ya?”

Aku terkedu. “Err... tak apalah, aunty. Mai rasa dah okey dah ni. Lagipun Mai cuma tumpang sekejap aje kan. Lepas raya Mai baliklah.”

“Eh apa pulak aunty-aunty ni? Panggil mama. Kan tak lama lagi Maira akan jadi sebahagian dari keluarga ni juga.” Usiknya dengan senyum nakal.

“Maaf... tak biasa.” Sejujurnya aku nak cakap segan. Entah kenapa bila teringat ayat ‘bakal jadi keluarga’, telinga aku sentiasa je rasa ngilu. Kenapa ek? Selalu sangat ngilu. Lidah pula tergeliat. Bersimpul-simpul!

Aunty tersenyum lembut. “Tak apa. Lama-lama biasa la tu.” Beberapa minit kami berbual, aunty meminta diri untuk turun ke bawah untuk menyediakan apa yang patut untuk dijadikan hidangan berbuka. Seketika dia berpaling memandangku. “Kalau Maira nak apa-apa, jangan segan beritahu mama tau.” Pesannya lagi.

Aku angguk faham. “Lagi satu, Maira jangan risau. Maira tak keseorangan.” Katanya bersama sengihan.

Aku buat muka pelik. “Maksud aunty? Eh .... mama?” tergagap-gagap aku. Tak berkeseorangan? Ada hantu yang temankan aku ke? Aisey... bulu roma tegak berdiri.

Aunty Hanani tersenyum nakal. “Bilik Farhan dekat sebelah ni aje. Kalau Maira nak apa-apa, panggil Farhan pun boleh.” Ucapnya sebelum berlalu keluar dengan ketawa kecil.

Aku terdiam beberapa waktu. Tanpa sedar aku gigit bibir. Bilik Farhan? Mamat tu? Dekat sebelah? Oyoyo... nak pitam!




JAM berdetik ke angka 6. Waktu berbuka tepat jam 7:25 malam. Aku berjalan turun ke bawah. Tudung sarong yang senget kubetulkan sedikit. Kepala kujenguk sedikit. Mana semua orang? Sunyi je rumah. Langkahku beralih ke arah dapur. Gulp! Semua tengah berkumpul dekat sini ke? Ada mesyuarat apa ni?

“Maira, duduk sini meh.” Panggil aunty. Aina yang sedari tadi di paha papanya kini beralih kepada papa Kakak Humairahnya pulak. Manja! Abang ngahnya sekelip mata ditinggalkan. Haha!

Aku mengambil tempat disebelah achik. Yana kukerling. Ada apa ni? Yana menjawab, mesyuarat. Ceh! Mujur je aku tak bawa handset. Kalau tak dah berSMS kami di dapur.

“Tadi Sara ada ketuk pintu bilik Maira. Tapi Maira tak menyahut. Tidur ya?” tanya aunty.

Aku tersengih malu. Alamak! Terkantoi habis. “Haah.” Jawabku malu-malu. Dan aku perasan ada sepasang mata merenungku dengan renungan sinis. Cis!

“Tak apa. Tentu Maira penat. Mama dah siap masak untuk berbuka nanti. Tapi kuih-kuih tak ada. Tu yang kami berkumpul dekat dapur. Uncle, Farhan dan Fareez nak pergi bazaar. Yana kata Maira suka makan kuih samosa eh masa berbuka?”

Aku pandang Yana tajam. Berani kau bocorkan rahsia aku?! Yana tenung aku sambil kenyit mata kanan. Ada Yana kesah???

“Err... haah. Kenapa aunty?”

“Aunty lagi?” Aunty Hanani pura-pura marah dengan membuntangkan mata. Uncle Umar ketawa di kerusinya. Kelakar tengok muka marah-marah tipu isterinya. Dia juga akan menggunakan panggilan papa pada gadis itu sebentar saja lagi. Permulaan untuk segalanya.

Aku garu kepala. Alahai... salah cakap lagi. “Maaf mama...” dari pandanganku jejaka yang bersandar di kabinet pinggan mangkuk itu tersentak. Wajahnya berubah. Pinggangnya dari tadi asyik disenggol siku Fareez. Hempuk dengan rice cooker baru tau. 

“Okey, abang belilah apa yang dah dipesan tadi. Takut jalan jammed pulak bertembung dengan orang balik kerja. Bazaar tu dah tentunya sesak.” Aunty Hanani mula berleter.

“Okey... Sara, Yana, Maira nak ikut papa?” ajak Uncle Umar.

“Err... tak apalah, uncle. Kami duduk dekat rumah aje. Nak tolong aunty.... eh mama!” aku tersilap lagi. Kepala tak gatal digaru. Aunty Hanani ketawa lagi.

“Papa, sayang. Bukan uncle. Mulai saat ni, Maira, Yana, Sara kena panggil papa. Papa Umar.” Usik Uncle Umar. Mukaku memerah malu. Waduh waduh! Panasaran ni! Pasti dua orang mamat tu dok pandang dari tadi. isk! Isk! Entah apalah yang mereka fikir. Tu tak termasuk dua orang adik aku. Huh haru betul!

“Baik, papa.” Warghhh! Habislah aku! Mamat tu dari tadi dok tenung macam nak telan. Mesti dia kata, siap kau! Terasa ada seseorang berjalan di belakangku. Aku mendongak. Farhan pandangku dengan tajam sebelum berjalan keluar dari dapur. Seperti satu amaran! Mama, tolong Mai... huuuu huuuu....


BADAN kuhempas pada katil lembut itu. Ahhh! Sedapnya dapat baring. Selepas saja berbuka, kami bersiap ke masjid solat terawih berjemaah. Rasa hati tenang sekali mendengar suara bilal di surau ini. Kalau suara bilal bernama Ahmad itu sedap, bagaimana pula dengan suara Bilal bin Rabah? Pasti semua terpegun dan menangis mendengarnya. Salah satu sahabat kesayangan Nabi Muhammad SAW. Daripada situ kita dapat lihat kekuasaan Allah pada setiap hambanya. Setiap seorang memiliki keistimewaan tersendiri. Dengan akal fikiran yang bersih, hati yang suci inshaaAllah dengan izinNYA pasti keistimewaan itu dapat direalisasikan menjadi sesuatu yang ‘berharga dan bermakna’ buat diri.

Mata yang baru nak lelap tiba-tiba tercelik tatkala telefon berdering dengan lagu dendangan Westlife. Dengan malasnya aku bangun lalu dicapai handset itu. Nama Wana tertera di skrin. Butang hijau ditekan.

“Kau dah tidur ke?” soalnya setelah kami berbalas salam.

“Baru nak mimpi kau dah kacau. Awat?”

“Takde la. Saja je tepon. Mama dengan abah kau dah selamat sampai ke?” prihatin sungguh gadis itu tentang diriku.

“Pukul 7 tadi mama aku mesej dah sampai KLIA. Pukul 8 baru naik flight. Sampai sana makan masa la. Berapa belas jam pun aku tak tahu. Tapi mama aku kata dia akan post dekat facebook bila dia dah sampai.” Tergelak aku. Kelakarlah juga mama ni. Tapi betul juga tindakan mama.

Wana terkekek-kekek ketawa ditalian. “Canggih mama kau?”

“Jangan pandang mama aku sebelah mata tau! Dia lagi serba hebat dari aku. Siap ada skype lagi.” Bidasku.

“Cayalah mama kau! Kau je yang masih lagi katak dibawah tempurung! Suruh berSkype tak mahu. Tak habis-habis balas dengan email. Kuno you know!” ejek Wana sambil tergelak.

Aku ketap bibir. Bengang ni! “Kurang asam kau perempuan! Sesedap rasa je kutuk aku. Kau nak kena dengan aku eh?” gigi berlaga sesama sendiri. Eee! Kecik besar je aku tengok telefon bimbit ni tau. Kalau tak kerana aku ni jenis yang menjaga barang sendiri, dah lama aku campak handphone ni bagi buaya makan.

“Alalala... sorry kay? Jangan la marah-marah. By the way, macam mana dengan rumah baru? Okey?” sengaja menambah kebengangan dalam jiwa Humairah. Bukan dia tak tahu Humairah pantang bila dikaitkan dengan apa sahaja mengenai manusia bernama Farhan. Cuma kali ini agak berlainan sikit. Dia dapat lihat cara Farhan melayan Humairah dengan lembut. Tapi tegas sebagai headprefect memang tak pernah mati.

“Wana, tak ada topik lain ke nak tanya?” berangku jadinya. Minah nikan memang cari nahas tau!

Wana ketawa lagi. “Apesal? Aku just tanya je. Kau period eh? Asyik marah je ni.” usiknya nakal.

Mataku kecil pandang telefon ni. Ada juga buaya yang mati sebab tertelan telefon puaka ni kang! “Wana!!!!” suaraku mencapai satu oktaf.

“Sorry la... kau ni, gurau aje pun. Jangan la sensitip!” pujuk Wana. Dan selepas itu kami berbual tak ingat dunia sampaikan aku terdengar sesuatu yang pelik. Pada mulanya aku biarkan saja. Mungkin bunyi angin. Tapi bunyi itu kedengaran lagi membuatkan aku tersentak.

“Wana, stop kejap.” Pintaku. Wana pelik. “Awatnya?”

“Shhh!”

Bunyi itu kedengaran lagi. Aku mula tak sedap hati. Pintu sliding itu kutenung sedalamnya. Bagai nak berlubang pintu tu aku tenung! Bulu roma sudah tegak berdiri. Bunyi itu tiada!

“Wana, aku off dulu eh? Ngantukla.” Dalihku. Padahal aku sudah diselubungi ketakutan. Jantung berdebar kencang.

“Ouh okay. Esok sambung lagi. Jumpa Ahad ni tau. Okey assalamualaikum.” Tup! Talian dimatikan. Aku cepat-cepat baring. Satu bantal ditarik lalu dipeluk erat. Bunyi apa tu eh? Tiba-tiba minda teringat kembali kata-kata Mama Nani. “Bilik ini kosong tak bertuan.” Jangan-jangan??? Bunyi suara itu kedengaran lagi. Comforter ditarik rapat ke dada. Mata kupejam rapat. Al-Quran kuletak disebelah kanan katil manakala yassin disebelah kiri. Bunyi itu makin mendayu-dayu dicorong telinga. Terus saja aku menekup muka dengan bantal. Lampu tak sempat aku tutup. Ah! Lantaklah. Biar terang lagi bagus.


‘Mama! Mai nak balik! Mai takut!' 

'Yana, akak nak tidur dengan kau!’



p/s : miss post ni dulu... bab 50 tggu lg brpe hari eh? miss tak sempat nk edit lg... takde masa... tggu tau ;) btw, mai dgr bunyi apa ek? kikiki.... sorry klu entry tak memuaskan :( hanya ini yang miss mampu sajikan.... hope diterima dgn hati terbuka.... sob sob 

4 comments: