BAB49
BAGASI hitam hijau sudah kucampak ke dalam
bonet kereta. Campak? Bunyi macam ganas je kan? Puncanya aku tak puas hati kena
duduk sebumbung dengan mamat tulah. Sudahnya bagasi jadi mangsa. Kesian dia.
Perjalanan dari rumah kami ke rumah Uncle Umar tidaklah jauh sangat sebenarnya
tapi buntut aku tetap kematu dan perasaan jauh tu memang ada. Tapi aku pelik
sedikit. Bagaimana adik-adik aku nak pergi sekolah nanti? Aku dah tentunya akan
dihantar ke asrama sekali dengan headprefect
tu. Tapi sekolah Yana dengan achik boleh dikira jauh dari rumah Uncle. Kalau di
rumah kami, jaraknya hanya dalam 5 km sahaja.
Pintu pagar automatik dibuka sebaik saja
kereta abah muncul. Ini adalah kali kedua aku datang ke rumah tiga tingkat ini.
Hati yang pada mulanya tenang terus resah gelisah. Terasa cepat masa berlalu.
Haaa... kenapa kena tinggal dengan mamat tu?! Dengusku kasar dalam hati.
Mamat-mamat! Dia ada nama la. Nama dia
Farhan. Bidas fikiranku.
Eh, suka hatilah! Balas hatiku selamba.
Siap jelir lidah lagi. (Boleh bayangkan tak? Hehehe...)
Wajah ceria aunty dan uncle membuatkan
hatiku sedikit sebanyak terharu. Mereka seakan tidak sabar mahu aku tinggal di
situ. Selepas mama, tubuhku pula didakap erat oleh Aunty Hanani. Dahiku dikucup
lembut menzahirkan rasa kasih sayangnya buatku. Hatiku cair lagi.
“Flight pukul berapa, Kir?” tanya Uncle
Umar sewaktu kami santai di ruang tamu.
“Pukul 8 malam. Dalam pukul 3 aku dah kena
gerak dah. Takut lambat pulak sampai dekat KLIA nanti.” Balas abah tenang
sambil kerling jam tangan. Jarum jam bergerak ke angka 2.15 minit petang.
“Maknanya tak sempat nak bukalah ya?” soal
Aunty Hanani pula. Dia memandang Husna.
“Kami berbuka dalam kereta nanti. Jangan
risaulah, Nani. Na dah bawa bekal.” Balas mama lembut. Tiba-tiba tangan Aunty
Hanani digapai lalu digenggam lembut. “Na harap Nani tolong tengokkan anak-anak
kami ni. Tegurlah mereka kalau mereka ada buat salah. Na dan Abang Syakir
izinkan.” Pinta mama.
Aunty Hanani tersenyum manis. Tangan mama
ditepuk lembut. “InshaaAllah. Na jangan risau. Nani akan jaga mereka macam anak
Nani sendiri. Bukankah kita satu keluarga? Bakal menjadi besan. Nani dan Bang
Umar tahu serta faham, anak-anak Na dengan Syakir baik-baik. Anak Nani aje yang
nakal. Jangan risaulah.” Mereka berdua bergelak ketawa.
Aku yang sedang berbalas mesej dengan Wana
hampir tersedak. Bakal besan? Kenapa ada rasa ngilu ditelinga ek? Muka achik
kukerling. Muram aje dari tadi. Mungkin sebab tak dapat ikut. Achik kan rapat
dengan abah dan mama. Tidur pun kadang-kadang dekat bawah ketiak mama. Jealous pulak
aku! Yana pula tenang saja. Adik aku yang seorang ni tak macam aku dan achik.
Perwatakannya berbeza. Sangat cool dan lemah lembut. Tapi siapa tahu hati dia,
kan? Kalah monster. Haha!
Sedar tak sedar, sudah 45 minit kami duduk
di ruang tamu itu. Berbual dan bergelak ketawa. Jam dinding rumah Uncle Umar tiba-tiba
berbunyi. Semua mata memandang jam itu. Tepat jam 3. Abah dan mama sudah
berdiri lalu bersalaman dengan orang tua Farhan. Entah kenapa hatiku rasa berat
untuk melepaskan pemergian mama dan abah. Rasa pilu bertandang di hati.
“Mana anak-anak kau, Mar? Dari tadi aku tak
nampak muka dia orang pun.” Tanya abah.
“Farhan pergi ambil Fareez balik tuisyen.
Kejap lagi baliklah tu.” Jawab Uncle Umar senang hati.
Sedang kami berada di halaman rumah uncle
dan aunty yang cantik itu, bunyi deruman enjin kereta mengalihkan pandangan
kami. Farhan dan Fareez keluar dari perut kereta lalu bersalaman dengan abah
dan mama.
“Uncle dah nak pergi ke?” Farhan bertanya
sopan. Abah angguk.
“Haah, Han. Dah nak pergi dah ni. Farhan
dari mana ni?” abah melayan saja kerenah anak muda itu. Hatinya senang dengan
sikap Farhan. Pandai berdikari dan berdisiplin. Tapi kalau abah tahu dekat
sekolah dia selalu buli aku macam manalah agaknya reaksi abah ya?
“Ambil Fareez dari tempat tuisyen.”
Jawabnya tenang. Aku yang berada di belakang mama dikerling sekilas. Hatinya
dihambat debar. Wajah putih molek itu kelihatan cantik dengan kemeja labuh
berseluar slack hitam. Simple! Terdetik hatinya.
“Okeylah, Umar, Nani. Kami nak gerak dulu.
Nanti lambat pulak sampai dekat KLIA nanti.”
“Mai...” gamit mama. Aku memandangnya
dengan sebak. Tahun ni aku tidak berpeluang berpuasa dengan mama dan abah
seperti tahun-tahun lepas. Dan beraya bersama mereka berdua. Allah! Air mata
yang sedari tadi kutahan gugur jua ke pipi. Mama mengesat dengan jemarinya.
“Kenapa nak nangis pula? Mama akan balik, sayang. Tak lama pun dekat sana. Hari
raya keempat mama dengan abah balik. Sudahlah. Jangan menangis.” Tubuhku yang
kurus didakap erat. Aku menyembamkan muka ke dada mama. Pilunya hati kurasakan
saat ini. Hendak saja aku beritahunya supaya jangan pergi. Tidak pernah aku
berjauhan dengan mama dan abah kecuali sekolah dan rumah opah sahaja. Air mata
bergelen-gelen keluar.
“Sudahlah. Jangan menangis lagi. Anak mama
bukan seorang yang cengeng. Anak mama gagah perkasa.” Sempat mama mengusikku. Aku
tertawa kecil dalam sendu. Pelukannya kueratkan. “Mai jaga diri tau. Jangan
buat perangai gila-gila dekat rumah orang. Jaga adik tu sama. Puasa jangan
tinggal. Solat jangan lupa. Hormat orang tua. Nanti tolong Aunty Nani dekat
dapur, ya sayang? Tak mahu malas-malas. Faham, sayang?” daguku dicuit mama. Aku
angguk perlahan. Suara bagai tak terkeluar dek basahan airmata. “Yana dan achik
kena ikut cakap Kak Mai tau. Jangan gaduh-gaduh. Faham sayang anak-anak mama?”
Yana dan achik mengangguk perlahan. Kami berempat
berpelukan erat. Achik melepaskan sendu yang cuba dipertahankan tadi. Satu per satu
ubun-ubun anaknya dicium lembut. Menzahirkan rasa kasih sayang yang melimpah
ruah. Sayangnya pada anak-anak tidak terhingga. Selepas itu, abah mampir ke
arahku. Kepalaku diusap penuh kasih. Bertambah sebak aku. Hari ini pecah rekod
aku menangis paling lama.
“Mai jadi anak yang baik ya dekat rumah
orang. Jangan malukan abah dan mama. Jaga diri, jaga solat, jaga aurat. Study
betul-betul. Dapatkan keputusan terbaik. Ingat apa yang abah pernah pesan dulu.
Cuba jadi anak yang solehah dan muslimah solehah. Al-Quran jangan lupa baca.
Dan jangan malas-malas. Tolong apa yang patut dekat dalam rumah ni macam yang
mama kata tadi. Demi mama dan abah. Okey sayang?” dahiku dikucup lembut. Terasa
syahdu pula. Air mata yang kering kini basah semula. Satu saja ayat yang mampu
membuatkan deraian mutiara suciku kembali membasahi bumi. “Abah sayang sangat-sangat
dengan anak-anak abah...”
“Jangan risaulah, Kir. Aku dengan Nani akan
jaga mereka baik-baik macam anak aku sendiri.” Ujar Uncle Umar. Abah tersenyum.
Aunty Hanani memeluk bahuku dan achik. Bagai menyalur semangat.
Lambaian terakhir diberikan mama dan abah
sewaktu mengundurkan kereta. Dan kereta pun menderum laju meninggalkan kawasan
perumahan itu.
Aku dan adik-adik bagai kaku disitu.
Walaupun kereta abah sudah lama pergi namun kaki aku masih melekat di halaman
rumah. Mengharap mama dan abah kembali semula untuk mengambil kami. Pling!
Keajaiban berlaku. Pling! Aku berada di rumah mamat ni!
“Maira, Yana, Sara, mari masuk. Jangan segan-segan.”
Ajak Aunty Hanani mesra. Tanganku dipaut lembut. Kami bertiga menuruti
langkahnya. Tak sedar, kelakuan kami diintai empat pasang mata. Salah satu hati mereka berdua terusik tatkala wajah yang disayang dalam diam melepaskan tangisan.
BILIK ditingkat paling atas diberikan
padaku. Terkebil-kebil biji mata setelah tombol pintu dipulas. Mata memerhati
hiasan dalam kamar itu. Sangat unik, menarik, cantik dan kemas. Warna krim
bercampur hijau amat menarik minatku yang sememangnya penggemar warna hijau.
Bagasi diletakkan di sebelah katil. Cadar bercorak bunga-bungaan itu kutenung. Almari
moden ala-ala English style disudut bilik. Bilik airnya cantik dengan hiasan marmar
hitam putih ala-ala bilik air hotel. Tampak ekslusif! Pintu sliding aku tolak. Cantiknya
persekitaran sini ya Allah! Ruang balkoni yang menyediakan dua kerusi dan satu
meja berwarna putih menyerikan lagi tempat ini. Aku masih semula ke dalam. Aku memandang
sekeliling. Luas! Bilik ni bilik siapa? Cantik pulak tu! Ke ni bilik alongnya
Farhan? Tapi tak ada satu frame gambar pun dalam bilik ini. Emm... mungkin
bilik tetamu.
“Bilik ni memang kosong, Maira.” Muncul
Aunty Hanani tepat pada waktunya membuatkan aku terperanjat sekejap. Sengihan
kusedekahkan padanya.
Aunty Hanani berjalan merapatiku. Dia
melabuhkan punggung dibirai katil. “Memang bilik ni kosong tak bertuan. Sesekali
saja kalau ada saudara jauh datang nak tumpang tidur. Sebenarnya bilik ni nak
dijadikan bilik bacaan tapi mama rasa terlampau besar sangat. So mama plan nak
jadikan bilik tidur aje. Biar banyak bilik tidur dalam rumah ni. Saudara mara
datang nanti senang. Nak buat majlis atau kenduri apa-apa, saudara yang rumahnya
jauh boleh tumpang sini. Bilik ni memang jarang orang duduk. Cuma Aina dengan
Fareez aje yang selalu sepahkan. Jenuh mama nak mengemasnya.” Tawa kecil
meletus di bibir manis Aunty Hanani.
Aku tersenyum sungging.
“Mama tak tahu citarasa Maira macam mana.
Jadi mama letak krim dan hijau. Kalau Maira nak tukar, Maira bagitahu mama ya?”
Aku terkedu. “Err... tak apalah, aunty. Mai
rasa dah okey dah ni. Lagipun Mai cuma tumpang sekejap aje kan. Lepas raya Mai
baliklah.”
“Eh apa pulak aunty-aunty ni? Panggil mama.
Kan tak lama lagi Maira akan jadi sebahagian dari keluarga ni juga.” Usiknya
dengan senyum nakal.
“Maaf... tak biasa.” Sejujurnya aku nak
cakap segan. Entah kenapa bila teringat ayat ‘bakal jadi keluarga’, telinga aku
sentiasa je rasa ngilu. Kenapa ek? Selalu sangat ngilu. Lidah pula tergeliat. Bersimpul-simpul!
Aunty tersenyum lembut. “Tak apa. Lama-lama
biasa la tu.” Beberapa minit kami berbual, aunty meminta diri untuk turun ke
bawah untuk menyediakan apa yang patut untuk dijadikan hidangan berbuka.
Seketika dia berpaling memandangku. “Kalau Maira nak apa-apa, jangan segan
beritahu mama tau.” Pesannya lagi.
Aku angguk faham. “Lagi satu, Maira jangan
risau. Maira tak keseorangan.” Katanya bersama sengihan.
Aku buat muka pelik. “Maksud aunty? Eh ....
mama?” tergagap-gagap aku. Tak berkeseorangan? Ada hantu yang temankan aku ke?
Aisey... bulu roma tegak berdiri.
Aunty Hanani tersenyum nakal. “Bilik Farhan
dekat sebelah ni aje. Kalau Maira nak apa-apa, panggil Farhan pun boleh.”
Ucapnya sebelum berlalu keluar dengan ketawa kecil.
Aku terdiam beberapa waktu. Tanpa sedar aku
gigit bibir. Bilik Farhan? Mamat tu? Dekat sebelah? Oyoyo... nak pitam!
JAM berdetik ke angka 6. Waktu berbuka tepat
jam 7:25 malam. Aku berjalan turun ke bawah. Tudung sarong yang senget kubetulkan
sedikit. Kepala kujenguk sedikit. Mana semua orang? Sunyi je rumah. Langkahku
beralih ke arah dapur. Gulp! Semua tengah berkumpul dekat sini ke? Ada
mesyuarat apa ni?
“Maira, duduk sini meh.” Panggil aunty. Aina yang sedari tadi di paha papanya kini beralih kepada papa Kakak Humairahnya pulak. Manja! Abang ngahnya sekelip mata ditinggalkan. Haha!
Aku mengambil tempat disebelah achik. Yana
kukerling. Ada apa ni? Yana menjawab, mesyuarat. Ceh! Mujur je aku tak bawa
handset. Kalau tak dah berSMS kami di dapur.
“Tadi Sara ada ketuk pintu bilik Maira.
Tapi Maira tak menyahut. Tidur ya?” tanya aunty.
Aku tersengih malu. Alamak! Terkantoi
habis. “Haah.” Jawabku malu-malu. Dan aku perasan ada sepasang mata merenungku
dengan renungan sinis. Cis!
“Tak apa. Tentu Maira penat. Mama dah siap
masak untuk berbuka nanti. Tapi kuih-kuih tak ada. Tu yang kami berkumpul dekat
dapur. Uncle, Farhan dan Fareez nak pergi bazaar. Yana kata Maira suka makan
kuih samosa eh masa berbuka?”
Aku pandang Yana tajam. Berani kau bocorkan
rahsia aku?! Yana tenung aku sambil kenyit mata kanan. Ada Yana kesah???
“Err... haah. Kenapa aunty?”
“Aunty lagi?” Aunty Hanani pura-pura marah
dengan membuntangkan mata. Uncle Umar ketawa di kerusinya. Kelakar tengok muka
marah-marah tipu isterinya. Dia juga akan menggunakan panggilan papa pada gadis
itu sebentar saja lagi. Permulaan untuk segalanya.
Aku garu kepala. Alahai... salah cakap
lagi. “Maaf mama...” dari pandanganku jejaka yang bersandar di kabinet pinggan
mangkuk itu tersentak. Wajahnya berubah. Pinggangnya dari tadi asyik disenggol siku Fareez. Hempuk dengan rice cooker baru tau.
“Okey, abang belilah apa yang dah dipesan
tadi. Takut jalan jammed pulak bertembung dengan orang balik kerja. Bazaar tu
dah tentunya sesak.” Aunty Hanani mula berleter.
“Okey... Sara, Yana, Maira nak ikut papa?” ajak
Uncle Umar.
“Err... tak apalah, uncle. Kami duduk dekat
rumah aje. Nak tolong aunty.... eh mama!” aku tersilap lagi. Kepala tak gatal digaru. Aunty Hanani
ketawa lagi.
“Papa, sayang. Bukan uncle. Mulai saat ni, Maira, Yana, Sara kena panggil papa. Papa Umar.” Usik Uncle
Umar. Mukaku memerah malu. Waduh waduh! Panasaran ni! Pasti dua orang mamat tu
dok pandang dari tadi. isk! Isk! Entah apalah yang mereka fikir. Tu tak termasuk dua orang adik aku. Huh haru betul!
“Baik, papa.” Warghhh! Habislah aku! Mamat tu
dari tadi dok tenung macam nak telan. Mesti dia kata, siap kau! Terasa ada
seseorang berjalan di belakangku. Aku mendongak. Farhan pandangku
dengan tajam sebelum berjalan keluar dari dapur. Seperti satu amaran! Mama, tolong Mai... huuuu
huuuu....
BADAN kuhempas pada katil lembut itu. Ahhh!
Sedapnya dapat baring. Selepas saja berbuka, kami bersiap ke masjid solat
terawih berjemaah. Rasa hati tenang sekali mendengar suara bilal di surau ini. Kalau
suara bilal bernama Ahmad itu sedap, bagaimana pula dengan suara Bilal bin
Rabah? Pasti semua terpegun dan menangis mendengarnya. Salah satu sahabat
kesayangan Nabi Muhammad SAW. Daripada situ kita dapat lihat kekuasaan Allah
pada setiap hambanya. Setiap seorang memiliki keistimewaan tersendiri. Dengan akal
fikiran yang bersih, hati yang suci inshaaAllah dengan izinNYA pasti
keistimewaan itu dapat direalisasikan menjadi sesuatu yang ‘berharga dan
bermakna’ buat diri.
Mata yang baru nak lelap tiba-tiba tercelik
tatkala telefon berdering dengan lagu dendangan Westlife. Dengan malasnya aku
bangun lalu dicapai handset itu. Nama Wana tertera di skrin. Butang hijau
ditekan.
“Kau dah tidur ke?” soalnya setelah kami
berbalas salam.
“Baru nak mimpi kau dah kacau. Awat?”
“Takde la. Saja je tepon. Mama dengan abah
kau dah selamat sampai ke?” prihatin sungguh gadis itu tentang diriku.
“Pukul 7 tadi mama aku mesej dah sampai
KLIA. Pukul 8 baru naik flight. Sampai sana makan masa la. Berapa belas jam pun
aku tak tahu. Tapi mama aku kata dia akan post dekat facebook bila dia dah
sampai.” Tergelak aku. Kelakarlah juga mama ni. Tapi betul juga tindakan mama.
Wana terkekek-kekek ketawa ditalian. “Canggih
mama kau?”
“Jangan pandang mama aku sebelah mata tau! Dia
lagi serba hebat dari aku. Siap ada skype lagi.” Bidasku.
“Cayalah mama kau! Kau je yang masih lagi
katak dibawah tempurung! Suruh berSkype tak mahu. Tak habis-habis balas dengan email. Kuno you know!” ejek Wana sambil tergelak.
Aku ketap bibir. Bengang ni! “Kurang asam
kau perempuan! Sesedap rasa je kutuk aku. Kau nak kena dengan aku eh?” gigi berlaga sesama sendiri. Eee! Kecik
besar je aku tengok telefon bimbit ni tau. Kalau tak kerana aku ni jenis yang
menjaga barang sendiri, dah lama aku campak handphone ni bagi buaya makan.
“Alalala... sorry kay? Jangan la
marah-marah. By the way, macam mana dengan rumah baru? Okey?” sengaja menambah
kebengangan dalam jiwa Humairah. Bukan dia tak tahu Humairah pantang bila
dikaitkan dengan apa sahaja mengenai manusia bernama Farhan. Cuma kali ini agak
berlainan sikit. Dia dapat lihat cara Farhan melayan Humairah dengan lembut. Tapi
tegas sebagai headprefect memang tak pernah mati.
“Wana, tak ada topik lain ke nak tanya?”
berangku jadinya. Minah nikan memang cari nahas tau!
Wana ketawa lagi. “Apesal? Aku just tanya
je. Kau period eh? Asyik marah je ni.” usiknya nakal.
Mataku kecil pandang telefon ni. Ada juga
buaya yang mati sebab tertelan telefon puaka ni kang! “Wana!!!!” suaraku
mencapai satu oktaf.
“Sorry la... kau ni, gurau aje pun. Jangan la
sensitip!” pujuk Wana. Dan selepas itu kami berbual tak ingat dunia sampaikan
aku terdengar sesuatu yang pelik. Pada mulanya aku biarkan saja. Mungkin bunyi
angin. Tapi bunyi itu kedengaran lagi membuatkan aku tersentak.
“Wana, stop kejap.” Pintaku. Wana pelik. “Awatnya?”
“Shhh!”
Bunyi itu kedengaran lagi. Aku mula tak
sedap hati. Pintu sliding itu kutenung sedalamnya. Bagai nak berlubang pintu tu aku tenung! Bulu roma sudah tegak
berdiri. Bunyi itu tiada!
“Wana, aku off dulu eh? Ngantukla.” Dalihku.
Padahal aku sudah diselubungi ketakutan. Jantung berdebar kencang.
“Ouh okay. Esok sambung lagi. Jumpa Ahad ni
tau. Okey assalamualaikum.” Tup! Talian dimatikan. Aku cepat-cepat baring. Satu
bantal ditarik lalu dipeluk erat. Bunyi apa tu eh? Tiba-tiba minda teringat
kembali kata-kata Mama Nani. “Bilik ini kosong tak bertuan.” Jangan-jangan??? Bunyi
suara itu kedengaran lagi. Comforter ditarik rapat ke dada. Mata kupejam rapat.
Al-Quran kuletak disebelah kanan katil manakala yassin disebelah kiri. Bunyi itu
makin mendayu-dayu dicorong telinga. Terus saja aku menekup muka dengan bantal. Lampu tak sempat aku tutup. Ah! Lantaklah. Biar terang lagi bagus.
‘Mama! Mai nak balik! Mai takut!'
'Yana, akak nak tidur dengan kau!’
p/s : miss post ni dulu... bab 50 tggu lg brpe hari eh? miss tak sempat nk edit lg... takde masa... tggu tau ;) btw, mai dgr bunyi apa ek? kikiki.... sorry klu entry tak memuaskan :( hanya ini yang miss mampu sajikan.... hope diterima dgn hati terbuka.... sob sob
best..
ReplyDeletecptlah update bab 50
ReplyDeletemesti aina kan ? ke tak HAHAHAHAH
ReplyDeleteALOLO , KIYOT !! 🥺🥺
ReplyDelete