Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Wednesday, 2 October 2013

Teaser Waktu Puasa (kpvst 9)


BAZAAR RAMADHAN di sini tersangatlah meriah. Bermacam jenis makanan ada. Kuih pelik-pelik turut sama terhidang hingga membuatkan aku ternganga dan blur. Fareez pun apalagi. Sukalah menyakat aku. Memang pantang betul adik Farhan ini. Dan aku pun tiba-tiba je jadi pending.

“Kalau Kak Mai nak tahu, setiap tahun kita orang akan pergi bazaar dekat sini je. Tak pernah pergi tempat lain. Muka kita orang pun abang-abang, akak-akak, makcik pakcik ni kenal. Siap bagi diskaun lagi. Tu yang kita orang malas nak pergi tempat lain. Tak ada diskaun! Hehe!” Fareez sengih.

Aku tergelak kecil. Wow! Bagi diskaun? Cayalah! “Kenapa tak bagi free terus?”

“Masaklah dia orang kalau free memanjang. Bankrap terus!” terkekek-kekek kami ketawa sehinggakan tidak perasan panahan tajam Farhan yang berada di sebelah Fareez. Jealous la tu!

“Angah, Aina ada pesan apa-apa tak?” Fareez bertanya pada abangnya yang diam saja.

“Ada.” Farhan angguk. “Dia suruh beli karipap sardin dengan air soya.” Pesanan Aina terpahat di mindanya. Adiknya itu merengek-rengek mahu karipap sardin dan air soya dikatilnya semalam. Aina memang penggemar karipap!

“Reez pergi beli air. Angah dengan Kak Mai pergilah beli kuih apa-apa eh? Bye…” Fareez melangkah pergi ke sebelah kiri. Aku terkebil-kebil memandang deretan gerai. Tak tahu nak beli apa. Tiba-tiba penyakit blur aku datang. Sedar-sedar saja Farhan sudah ada di sebelah. Dan kakiku terhenti di depan gerai yang menjual laksa.

“Nak beli ke?” soalnya dingin.

Aku tertoleh. “Err… tak. Saja tengok. Tak terfikir nak beli apa-apa.” Balasku perlahan.

“Kalau nak, beli aje. Mama tak berkecil hati.” Ujarnya tenang.

Aku masih teragak-agak. Nampak laksa Johor tu macam sedap. Tapi Mama Nani dah masak ayam masak merah dekat rumah untuk berbuka puasa. Macam mana ni? Aku gelisah. Farhan memahami. Lenganku ditarik pantas. Aku terpinga-pinga.

“Ya, dik. Nak beli apa? Laksa Johor ada, laksa Penang ada, rojak petis, rojak mee ada. Pilih, dik.” Kata si penjual.

“Bagi laksa Johor satu, pakcik.” Jawab Farhan. Pakcik itu pun mula mengisi kuah dalam plastik. Aku cepat-cepat membuka dompet mengeluarkan wang tetapi pantas saja Farhan membayar.

“Terima kasih, nak. Pakcik jual.”

“Saya beli.”

Percakapan yang biasa aku perdengarkan apabila membeli barang bersama mama. Mama kata itu akad jual beli. Bila si penjual kata ‘saya jual’, makanya kita hendaklah menjawab ‘saya beli’. Wajib!

“Err… Han.” Farhan menoleh.

“Kenapa kau bayar? Sepatutnya aku yang bayar. Tu kan makanan aku.” Perlahan aku berkata.

“Kenapa? Tak boleh kalau aku bayarkan?” sinis bicaranya. Sentap hati!

“Err… bukan tak boleh tapi…”

“No tapi-tapi. Anggap je aku belanja makan tunang aku sendiri.” Balasnya selamba tidak beriak.

Terkelu lidah aku. Erk! Kenapa makin terasa ngilunya di telinga? Wajah Farhan aku curi-curi intai. Memang bersahaja. Tak Nampak pun seperti dia memaksudkan apa yang dia kata. Alah Mai, entah-entah dia saja je cakap macam tu. Aku positifkan diri.

“Tak payah nak intai-intai aku.” Perlinya lagi. Aku gigit lidah. Alahai… malunya!

Sedang kami terpaksa menghadapi beribu orang dekat bazaar ini, secara tidak sengaja orang dihadapan ‘bercium’ dengan Farhan. Bumm! Aku dan Farhan tergamam. Baju Farhan yang berwarna putih sudah bertukar merah dengan kuah asam pedas.

“Err… maaf ya. Saya tak perasan tadi.” Seorang gadis yang sedang bongkok mengutip beg plastiknya yang berterabur di atas jalan. Orang ramai tertoleh-toleh memandang kami. Ada yang berbisik sesame sendiri. Ada yang ketawa. Mujur saja kuah asam pedas itu tidak termasuk dalam mulutnya. Kalau tak, batal puasa!

Aku menolong gadis bertudung merah jambu itu memasukkan barangnya yang berterabur. Selepas selesai mengutip barang, dia mengangkat muka lalu mengucapkan terima kasih dan memohon maaf berkali-kali atas kecuaiannya.

Lidah gadis itu menjadi kelu setelah melihat manusia disebelahku. Tidak berkelip mereka merenung. Aku pandang Farhan. Pandangan seperti tak menyangka dipamerkan.

“Err… Amirul?” gadis itu bersuara akhirnya.

Farhan memberi jelingan yang maha tajam. Lantas pergelangan tanganku ditarik kuat lalu menyambung langkahnya yang pantas. Terjengket-jengket aku hendak mengikuti pergerakan kakinya yang laju macam lipas kudung.

“Wei! Perlahan la sikit langkah kau tu!” marahku.


“Kau jangan banyak bunyi! Ikut je la!” tengking Farhan sekaligus membuatkan aku tersentak. Jantung bagai nak gugur dengar suaranya yang seperti petir itu. Pergelangan tanganku dipegang kejap. Langkah kian laju. Aku tersedar. Pantas berpusing belakang. Gadis itu masih ditempat tadi. Dan… dia menangis??? 




p/s : teaser suka suki je... nk full lme lg kot... miss skrg xde byk masa nk hadap lappy... masa sgt mencemburui miss! ekeke layan dulu ea ... enjoy it :)

3 comments:

  1. oh my... siapa pompuan tu? npe dy nanges? ape hbungan dy ngan han??? waaaaa !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ika miss yg comel, silalah undur kembali lalu baca bab 11 ... hehehe

      Delete
  2. Ni mesti Nazatul ni firasat aku tak sedap dah ni

    ReplyDelete