Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Saturday, 28 September 2013

Ketua Pengawas VS Tunang 48

BAB48

SEDAR tak sedar masa terus berlalu. Hari berganti hari. Kami semua akan menghadapi SPM tidak lama lagi. Hanya tinggal tiga bulan lebih saja lagi. Peperiksaan percubaan akan diadakan pertengahan bulan puasa dan selepas itu kami bermati-matian study atau erti kata lain gerak gempur untuk mencapai lebih baik dari trial. Selama sebulan kami akan bergerak gempur dan akhirnya tibalah masa yang dinanti. Peperiksaan yang paling penting dalam negara ini!

“Hai sekejap je masa berlalu, kan? Aku rasa macam baru semalam je aku masuk sekolah ni.” Ujarku sebaik saja kami berada di atas katil asrama.

“Hmm betul tu, Mai. Aku pun rasa macam cepat je masa berlalu. Rasa baru semalam kita kenal.” D mengeluh lemah.

“Lepas ni kita berpisah. Tak ada lagi nak duduk macam sekarang. Tak merasa lagi nak merasa tidur atas tilam asrama, makan bersama dekat dewan makan, solat jemaah sama kawan-kawan lain, keluar untuk waktu prep... haih!” kata Wana perlahan.

Sungguh aku rasa sebak! Mata melilau melihat keadaan dalam dorm ini. Aku rasa sayang untuk tinggalkan semua ini. Dorm yang telah menempatkan aku bersama kengkawan yang lain sehingga kami menjadi akrab. Namun aku tidak akan sesekali melupakan Qiela. Dialah sahabat sejati aku. Tak putus-putus aku berdoa supaya hubungan kami terus kekal hingga jannah.

“Dah pukul 5. Jom turun. Masa untuk beriadah.” Ujar Aisyah lalu berdiri. Cadar katilnya dibetulkan. Buku latih tubi diambil bersama sebatang pensil. Aisyah memang rajin. Mana dia pergi mesti bawa buku dan pen. Katanya senang nak mencatit kalau ada apa-apa berlaku.

“Jom! Kita enjoy!” jerit Iman gembira.

“Jangan ingat enjoy je. SPM dah dekat. Kau Sejarah tak catch up lagi. Dalam kelas membuta je tau.” Sempat kena perli dengan Wana. Apalagi? Meraunglah minah tu! Bergegar asrama dengan lari lintang pukang dan jeritan mereka. Kami bertiga hanya menggeleng kepala.

“AHH! Nikmatnya dapat hidup udara yang segar bugar ini. Emmm... anginnya sungguh mendamaikan jiwa. Tenangnya hatiku pada petang yang indah lagi permai ini...” Iman tidak sudah-sudah dengan puitisnya.

“Iman, jangan cuba cemarkan alam sekitar aku dengan mulut murai kau tu. Bisinglah!” balas D selamba.

Iman mengepal penumbuk. Ini boleh mendatangkan marah! Mulalah adegan tarik-tarik tudung hingga terpaksa dileraikan oleh Aisyah yang berada ditengah-tengah.

Pada waktu itu juga kedengaran suara geng aspura yang riuh di gelanggang bola keranjang.

“Korang, nak join tak?” jerit Putera. Kami menggeleng. Main bola keranjang? Gila. Okey tak gila kalau kami main sesama perempuan. Tapi dengan lelaki? Memang gila. Keduanya, segan. Aku yakin dua ratus peratus yang kami akan kaku. Kejung terus dekat situ. Kalau bola jaring atau bola tampar memang aku power. Hanya mampu melihat mereka memasukkan bola dalam net keranjang bertubi-tubi. Mulut terlongo habislah. Ketiganya, aku memang takkan masuk mana-mana permainan kalau ada mamat tu!

Eleh Mai, time catur boleh pulak? Soal hatiku sebelah kiri.

Itu lain. Itu sebab aku diperas ugut. Bukan relahati. Jawab hatiku sebelah kanan.

“Alah jomlah. Korang ni pemalas la nak bersenam. Patutlah makin gemuk!” ejek Hakim membuahkan tawa yang lain. Beberapa pelajar lain yang tidak kami kenali turut sama tergelak di dalam gelanggang itu.

“Wei, kurang ajarlah tukan panggil kita orang gemuk! Nak makan kasut saiz lima aku ke apa?” bengang Iman. Dah tu, paling baran bila pujaan hatinya Khairul turut sama ketawa terbahak-bahak. Cis!

“In fact, the answer is yes Miss Aiman Nasuha.” Sambung Hakim lagi. Sengaja menaikkan suhu didih Iman.

“Jaga kau, Kim! Aku sembelih kau nanti! Jaga kau!” berang Iman lagi. Penat D dan Aisyah meredakannya tapi dia tak peduli. Baju disinsing ke siku sebelum memasuki gelanggang. Hakim seakan mengerti akan panahan mata Iman. Cepat saja dia cabut lari keliling gelanggang keranjang. Bertubi-tubi serangan Iman cuba dia elak sambil tergelak. Bola dari tangan Syafiq dirampas sebelum disasarkan pada kepala Hakim. Tung!

“Yeah!” Iman bersorak gembira. Hakim menggosok kepala. Sakit woo! Hakim geram. Kini giliran Iman pula yang lari lintang pukang dikejar Hakim. Bergegar lagi astaka dengan gelak tawa.

Aku hanya mampu menggeleng. Semput nak ketawa bebanyak. Lagi satu aku takut jahitan diperut terbuka. Ini pun sudah mencucuk-cucuk saja dari tadi. Wana dan Aisyah berada di gelanggang badminton. Mereka beregu bersama Ashraf dan Aizat. D bermain bola tampar dengan bebudak dorm angsana 2. Bukan main gembira lagi mereka. Melupakan aku disini. Kuciwa!

“Sakit lagi perut tu?”

Terkejut aku. Nasib baik tak tersungkur dekat tanah. Kepala didongakkan. Farhan relax bersandar di tiang. Tangan kanan disisip ke poket seluar. Bila dia ada dekat sini?! Bukan dia dekat dalam gelanggang ke tadi?!

“Bolehlah.” Jawabku gugup. Tiba-tiba perasaan aneh menjalar dalam badan. Aku jadi segan untuk menatap mukanya.

Farhan merenungku. Renungan yang amat berbeza dari sebelumnya. Pandangan redup penuh kasih sayang seperti dia menyayangi Aina dan mama. Hatiku cair lagi...

“Dah prepare untuk trial?” soalnya lagi. Aku geleng.

“Subjek banyak dah study ?” menggeleng lagi.

“Ada subjek yang tak faham?” aku angguk. Farhan kerut dahi. Hairan dia melihat aku tiba-tiba diam membisu. Selalunya aku adalah manusia yang akan mencantas apa saja yang keluar dari mulut berapi dia tu.

“Kalau perut sakit lagi, bagitahu cepat-cepat.” Aku kelu lidah. Farhan berjalan mendekatiku. Wajahku yang menunduk diintai. “Faham tak aku cakap tadi?”

Aduhai... lembut pulak suara dia kali ni. Kalau iman aku tak kukuh, dah lama aku gomol dia. Opsss! Terlebih pulak. Aku angguk perlahan. Masih lagi dengan keadaan tadi. Derapan kaki kedengaran menjauh buat aku angkat kepala kembali. Dia sudah berada dalam kelompok bebudak keranjang. Sekelip mata dia memasukkan bola ke dalam net hanya menggunakan satu tangan. Hebat!

Aku menghembuskan nafas lega. Fuhhh! Dada kusentuh. Laju gila heartbeat aku macam lari marathon. Macam mana aku nak menempuh hari-hari yang mendatang dekat sekolah kalau begini la perangai dia? Itu belum lagi dekat luar. Sebelum ini aku rasa macam nak je putuskan tunang dengan dia. Rasa menyampah, meluat, segala ‘me’ lagilah.  Tambah-tambah bila diva babun tu ada dekat dengan dia. Aku sendiri tak faham kenapa aku boleh berperasaan macam tu. Sudah jatuh cintakah aku? Tapi bila dia tunjukkan sifat caring dia sejak aku dihospital kelmarin buat hatiku lumpuh. Hati lumpuh? Bahasa ‘sastera cinta’ kau dah makin parah Mai!

“Ehem! Teringatkan cik abang ke?” usik Aisyah.

Alamak! Aisyah nampak ke tadi? Aduh.... masak! Masak! “Manade!” balasku biasa-biasa.

“Ingat aku tak nampak ke aksi comel korang tadi? Seorang menunduk seorang mengintai. Cute je.” Sakat Aisyah lagi.

Aku tak tau nak jawab apa. Muka memang dah merah macam udang panggang celup sos cili Jalen. Aisyah mendekatkan mukanya ke mukaku yang tertunduk malu. “Bila rasa itu hadir, jangan dinafikan. Tapi jangan mudah terjebak. Pandai-pandai kita mengawal. Anggap kita sebagai nakhoda kapal. Macam mana cara kita nak kendalikan anak-anak kapal sewaktu berlayar, macam tu jugalah cara kita kendalikan hati. Pokok pangkalnya, bercinta jangan sampai lupa pelajaran.” Nasihat Aisyah sebagai rakan dan secara tak langsung mengiktiraf dirinya sebagai kaunselor peribadi kami.



HUJUNG minggu berkunjung tiba. Seperti biasa, akan ada babak airmata antara Iman dan D. Walau berkali aku cakap tak payah mengada-ada nak nangis, mereka memang tak makan saman! Sudahnya kami terpaksa buat syarat. Dah sampai rumah terus call. Apa-apa aje la diaorang ni.

“Achik tolong panggilkan Kak Mai dengan abah.” Ujar mama yang sedang menyusun pinggan di meja makan.

Achik akur. Semenjak kejadian yang hampir meragut nyawa dan perasaan mereka, hubungan dia dengan Kak Mai mula rapat. Biarpun sudah dua minggu Kak Mai tidak pulang, dia sudah mula merindu.

Tok! Tok! “Kak Mai!” senyap. Tok! Tok! “Kak Mai!”

Tombol pintu dipulas dari dalam. Terjegul muka kakaknya yang siap bertelekung. “Ada apa?”

“Mama ajak makan.” Aku angguk. Telekung ditanggalkan lalu disangkut pada ampaian kecil. Buku doa tadi kuletak pada meja kecil sebelah katil. Kemudian aku berjalan menuruni tangga. Semua sudah bersedia untuk makan malam. Abah mengetuai bacaan doa.

“Mai, trial sekolah lagi dua minggu, kan?” soal mama.

“Hmm. Mana mama tau?” Musykil. 

“Aunty Nani bagitahu mama haritu.”

“Ouh yeke?” jawabku acuh tak acuh. Makanan lebih penting dari segalanya. Dari petang tadi tidak terisi apa-apa pun. Balik, cari bantal then terus tidur. Memang anak dara ni pemalas!

“Kejap lagi mama dengan abah ada benda nak bagitahu lepas kita habis makan.” Ujar mama lagi mencetuskan suasana pelik antara kami adik beradik. Tambah lagi senyuman lebar mama dan abah buat kami lagi tambah pelik.

Aku pandang Yana, Yana pandang achik. Achik pandang mama dan abah. Mama masih tersenyum. Pelik! Pelik!


DRAMA Melayu bersiri kami tonton dengan penuh khusyuk. Lakonan Rita Rudaini begitu menarik minat aku. Semuanya angkara Yana. Dia yang paksa aku tengok cerita ni. Dan dengan mudahnya aku terjebak tengok drama Melayu. Aci tak?

“Amboi anak-anak mama ni. Kemain dia. Khusyuk bebenor. Sampai mama panggil banyak kali pun tak nyahut.” Leter mama. Kami tersengih.

"Semuanya pengaruh Yana. Dia ajar Mai tengok cerita macam ni." sakatku pada adikku yang sudah membuntangkan mata. Sekali saja ketamnya sudah menyepit di paha kananku. Sakit woo! Pedih. Gila kejam ada adik macam ni. Paha kanan aku gosok perlahan.

“Apa-apa sajalah. Ni mama nak beritahu sesuatu.”ujar mama. Yana mengisyaratkan achik supaya memperlahan volume televisyen.

“Perkara apa tu, mama?” Yana bertanya.

“Masa bulan puasa nanti mama dengan abah akan pergi ke Kaherah.”

“Kaherah?!!!!” kami menjerit kuat.

Mama buat muka pelik. “Iya, Kaherah. Kenapa kamu jerit?”

Kami bertiga bertepuk tangan. Gumbiranya! Yahooo!! Mama nak bawa kami melancong ke Kaherah! Ohsemnya! Achik sudah memikirkan tentang baju-baju yang akan dibawa. Yana memikirkan tentang makanan disana. Dan aku? Sedang membayangkan mamat-mamat hensem hidung mancung! Wah! Class meh!

'Wah! Wah Mai! Tak padan dengan sakit, ada hati nak menggatal tau!' bisik hati kecilku.

Mama yang pada mulanya agak kehairanan kini tersenyum lebar. Pasti anaknya sangka yang bukan-bukan. “Mama pergi dengan abah sahaja.”

"Apa?!" 

Kami tercengang. Perutku tiba-tiba terasa mencucuk sedikit. Namun aku diamkan saja. Achik segera bertanya. “Habis tu? Takkan nak tinggalkan achik, Kak Yana dengan Kak Mai dekat rumah?” ada nada tak puas hati.

“Mama dengan abah pergi Kaherah bukan suka-suka. Bik Som nak buat majlis perkahwinan Abang Isyad dekat sana. Kan ke Abang Isyad tinggal dekat Kaherah sekarang ni. Jadinya dia nak buat majlis kahwin dekat situ. Mama dengan abah dijemput. Hanya kami berdua sahaja.” Terang mama lagi.

“Alaaaaaa...”

“Nak ikut!”

Mama menggeleng. “Mai akan hadapi SPM tahun ni. Kena belajar. Lagipun trial lagi dua minggu. So Mai secara official-nya tak boleh ikut.” awal-awal lagi nama aku direject! Huarghhh! Stress!

“Maknanya achik boleh ikut la, kan?” achik mengerdip mata untuk menambat hati mama.

Mama menggeleng lagi. “Achik dengan Yana pun sama. Tidak dibenarkan ikut sama sekali.”

Achik terlopong. Yana mengeluh. Ingat dapat pergi.

“Bukan mama tak nak bawa tapi mama fikirkan tentang sekolah kamu, pelajaran kamu. Kak Mai nak SPM tahun ni. Trial pun dah nak dekat. Mama nak Mai berikan yang terbaik untuk mama dan abah. Mama janji lepas habis SPM, kami akan bawa kamu semua berjalan-jalan. Okey?”

“Okeyyyyyy...” meleret perlahan suara puteri-puteri dalam rumah ini. Mama tersenyum lagi.

“Lagipun abah kata nak pergi singgah dekat Jordan sekali. Melawat Pak Andak accident. Lumpuh sebelah badan. Takkanlah abah nak biarkan adik macam tu aje. Seorang pun tak melawat dia. Kasihanilah dia.” Sambung mama.

“Siapa suruh duduk luar negara?” rungut achik.

“Dah Pak Andak beli rumah dekat situ, dia duduklah situ. Tak baik berburuk sangka, achik. Berdosa.” Tegah mama lembut. Achik terdiam. Dia memeluk tubuh lalu bersandar di sofa. Hatinya membentak tak puas hati.

“Habis tu kami macam mana, mama? Takkan nak tinggal dekat rumah ni bertiga aje? Yana tahulah masak sikit-sikit. Tapi Kak Mai dengan perut dia lagi. Sekolah kami lagi. Macam mana?” baru Yana bersuara. 

“Kalau yang tu kamu semua jangan khuatir. Mama dah rancang dengan abah untuk tumpangkan kamu di rumah kawan abah." 

"Kawan abah? Siapa?"

Mama tersenyum lebar. "Kamu semua akan duduk di rumah Aunty Hanani dan Uncle Umar.”

Gulp!



Biji mata bagai terjojol keluar. Boleh tak kalau nak aku meraung sekarang jugak?!



“OPAH...” aduku padanya.

“Ikut aje la cakap mama tu, sayang. Ada eloknya mama dengan abah hantar dekat rumah Nani dengan Umar. Tak adalah opah risau sangat. Sebab opah dah kenal mereka.” Kata opah ditalian.

Aku terhenyak dikatil. Tangan kiri diletak atas dahi. Opah pun sokong keputusan mama dan abah?! Kroni ke apa? “Opahhhhhh.....”

Opah tergelak. Tahu sudah nada suara itu. Pastinya cucunda dia keberatan untuk ke sana. “Fiya sayang... dengar cakap opah. Fiya ikut saja kata mama. Masa inilah Fiya nak kenal keluarga mereka macam mana. Kenali hati budi mereka. Kalau Fiya duduk dekat sini dengan opah, macam mana dengan periksa Fiya nanti? Dahlah jauh sekolah dengan rumah opah ni haa. Johor dengan KL. Bayangkanlah. Nanti tak sempat pulak Fiya nak... apekenamanya benda alah tu? Tril... trol... tral... apa entah!”

Aku pula yang ketawa terbahak-bahak sampai meleleh air mata. “Trial, opah.” Jawabku masih dalam sisa ketawa. Adoilah opah ni. Nasib baik tak sebut menatang (benda) lain. Kalau tak mahu aku keras dalam bilik ni sebab terlalu banyak gelak.

“Lagipun nanti Fiya senanglah nak bermain mata dengan anak Umar tukan? Ingat opah tak tau?” usik opah nakal.

Ketawaku mati dengan sendiri. Gulp! Terkelu lidah aku dari berkata-kata. Telefon ditangan kanan aku tenung. Aik? Sejak bila opah ni pandai usik mengusik ni?

“Opahhhhhh!!!!!! Tak ada maknanya!!!!!!”


Terkekeh-kekeh opah ketawa dikampung. Pasti muka Saffiya memerah malu. Saat itu dia teringat akan anaknya yang bongsu. Jikalau Erin Shahila masih ada, pasti hidupnya bertambah ceria. Shahila sama saja perangai dengan Saffiya. 




IPOD mini pemberian Izuan dua tahun lalu masih berfungsi seperti biasa. Butang ditekan. Lagu Inggeris kedengaran dicorong telinganya. Dia menghempaskan tubuh ke katil bujangnya. Baru saja hendak lena bersama lagu tersebut, pintu biliknya dikuak dari luar. Serta merta matanya tercelik.

"Reez, angah nak tidur." keluh Farhan lemah. Fareez memang suka kacau daun! Pantang nampak orang senang sikit. Ada je yang nak dikacau.

Fareez segera menutup pintu bilik itu. Dia melompat naik ke katil milik abangnya. Farhan renung dengan kening ternaik sebelah.

"Apehal kau macam orang baru balik joging ni?"

"Kau nak dengar something tak?"

"Apa dia?"

"Important message! Tadi Reez terdengar mama berbual dengan papa dekat ruang tamu. Dia orang bercakap pasal Humairah."

Farhan mengeluh. "Pasal Humairah? Biaq pilah mama dengan papa nak berbual. Apa masalahnya dengan aku? Dan aku rasa tak ada point pun dengan 'important message' kau tu." Dia merebahkan badannya semula ke katil. Pasal minah tu? Lantaklah. Pokok pangkalnya aku nak tidur. Penat masih berbaki.

"Aku terdengar mama dengan abah sebut yang Kak Mai akan tinggal dengan kita dua minggu akan datang."

Pap! Mata Farhan pantas celik. Oh sudah!!


p/s : soryy kalau entry kalini xbest... :)

10 comments:

  1. Miss bab 49 & 50 bile pulak.. x sbr nk baca mai tinggal serumh dgn farhan... hehe.. dye org sweet sgt.. lagipon miss jgn risau cerite ni best sgt2.. saya siap recommend kat kwn saya dye pon kate cite ni best.. sorry komen pnjg2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai zana ^^ bab seterusnya? tgk la klu miss rajin miss up kan... ekeke recommend kt kwn? malunyaaaaa!!! *tutup muka dgn tangan* hehe tq baca tau ^^

      Delete
  2. Replies
    1. klu miss dh siap edit, miss up kan utk zaifa k? ^^

      Delete
  3. best sgt2... linda ngan kawan pun asyik ternanti2 bila lah ade bab baru nie.. x sabo nk tggu next cite.... nk tgk keadaan dia org tggl serumah.... cm ne lagak mai ek....

    ReplyDelete
  4. hi , dari masa lps :3
    LAHHH 😌

    ReplyDelete
  5. Celik terus kau Farhan.. 🤣🤣

    ReplyDelete
  6. Uhuk, opah nampak Mai ngan Farhan main² mata 🤣🤣🤣

    ReplyDelete