Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Wednesday, 18 September 2013

Teaser Suka Suki kpvst 8


BUNYI suara itu semakin jelas kedengaran apabila aku menjengukkan kepala sedikit dari balkoni bilik tidur ini. Wajah seseorang yang sedang duduk dikerusi sambil memegang gitar. Dengan langkah yang perlahan aku berdiri di pintu balkoni bersama telefon bimbit ditangan kiri. Wajah jiran sebelah aku curi-curi pandang.

Dinginnya angin malam ini
Menyapa tubuhku
Namun tidak dapat
Dinginkan hatiku yang kau hangatkan

Terasa tercabarnya kelelakianku ini
Dengan sikapmu
Mentanglah aku ini insan kekurangan
Senangnya kau mainkan

Siapalah aku ini
Untuk memintal buih
Yang memutih menjadi permaidani
Sepertimana yang tertulis
Dalam novel cinta

Juga mustahilku menggapai bintang dilangit
Menjadikan hantaran
Syarat untuk milikimu
Semua itu sungguh aku tak termampu

Silap aku juga kerna jatuh cinta
Insan sepertimu seanggun bidadari
Seharusnya aku cerminkan diriku
Sebelum tirai kamar aku buka
Untuk mengintaimu

Aku terpanar. Sedapnya suara dia subhanallah! Dia begitu asyik memetik gitar sambil memejam mata. Menghayati bait-bait lagu itu. Seakan seperti orang baru putus cinta lagaknya! Bintang-bintang pada malam itu turut bertaburan di dada langit. Bulan mengambang menghiasi malam ini. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajahku. Rambut yang tadinya rapi kini berterbangan ditiup angin. Suasana bertambah romantis dengan lagu dari gubahan Farhan. Mendamaikan jiwa.

Telefon bimbit berbunyi mengejutkan aku yang sedang bersandar di pintu balkoni. Erk?! Matilah aku! Nama Wana tertera di skrin telefon. Suasana senyap tanpa petikan gitar itu lagi. Aku perlahan-lahan mengangkat muka memandang dia. 

Pap! 

Pandangan kami bertemu. Farhan merenungku tidak berkelip. Seakan tidak pernah melihat aku! Rambut yang terbang ditiup angin aku selitkan belakang telinga.

Sekejap! Rambut???

Aku pegang kepala. Allahuakbar! Rambut aku?! Aku tidak bertutup di depannya! Mak malunyaaaa!!!! Cepat-cepat aku tutup pintu balkoni lalu menguncinya dari dalam. Huargghhhh!!!! Mama, Mai nak balik rumah kita!


p/s : lagi dan lagi... layan lagu exist kejap! :)

No comments:

Post a Comment