Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Monday, 16 September 2013

Teaser Suka-Suki kpvst 7



“NI mama nak beritahu. Masa bulan puasa nanti mama dengan abah kena pergi Kaherah.”

“Kaherah?!!!!” kami menjerit.

Mama buat muka pelik. “Iya, Kaherah. Kenapa kamu jerit?”

Kami bertiga bertepuk tangan. Gumbiranya! Yahooo!! Mama nak bawa kami melancong ke Kaherah! Ohsemnya! Achik sudah memikirkan tentang baju-baju yang akan dibawa. Yana memikirkan tentang makanan disana. Dan aku? Sedang membayangkan mamat-mamat hensem hidung mancung! Wah! Class meh! 

'Wah! Wah Mai! Tak padan dengan sakit, ada hati nak menggatal tu!' bisik hati kecilku.

Mama yang pada mulanya agak kehairanan kini tersenyum lebar. Pasti anaknya sangka yang bukan-bukan. “Mama pergi dengan abah sahaja.”

Kami tercengang. Perutku terasa mencucuk sedikit. Yana memandangku sebelum mama. Achik segera bertanya. “Habis tu? Takkan nak tinggalkan achik, Kak Yana dengan Kak Mai dekat sini?” ada nada tak puas hati.

“Mama dengan abah pergi Kaherah bukan suka-suka. Bik Som nak buat majlis perkahwinan Abang Isyad dekat sana. Kan ke Abang Isyad tinggal dekat Kaherah sekarang ni. Jadinya dia nak buat majlis kahwin dekat situ. Mama dengan abah dijemput. Hanya kami berdua sahaja yang pergi.” Terang mama lagi.

“Alaaaaaa...”

“Nak ikut!”

Mama menggeleng. “Mai akan hadapi SPM tahun ni. Kena belajar. So Mai tak boleh ikut.” awal-awal lagi nama aku direject! Huarghhh! Sedihnya...

“Maknanya achik boleh ikut la, kan?” achik kerdip matanya untuk menambat hati mama.

Mama menggeleng lagi. “Achik dengan Yana pun sama. Tidak dibenarkan ikut.”

Achik terlopong. Yana buat muka sedih. 

“Bukan mama tak nak bawa tapi mama fikirkan tentang sekolah kamu, pelajaran kamu. Kak Mai nak SPM tahun ni. Trial pun dah nak dekat. Mama nak Mai berikan yang terbaik untuk mama dan abah. Mama janji lepas habis SPM, kami akan bawa kamu semua berjalan-jalan. Okey?”

“Okeyyyyyy...” meleret perlahan suara puteri-puteri ini. Mama tersenyum lagi.

“Lagipun abah kata nak pergi singgah dekat Jordan sekali. Melawat Pak Andak accident. Lumpuh sebelah badan. Takkanlah abah nak biarkan adik macam tu aje. Seorang pun tak melawat dia. Kasihanilah dia.” Sambung mama.

“Siapa suruh duduk luar negara?” rungut achik.

“Dah Pak Andak beli rumah dekat situ, dia duduklah situ. Tak baik berburuk sangka, achik. Berdosa.” Tegah mama lembut. Achik terdiam. Dia memeluk tubuh lalu bersandar di sofa.

“Habis tu kami macam mana, mama? Takkan nak tinggal dekat rumah ni bertiga aje? Yana tahulah masak sikit-sikit. Tapi tak sesedap mama. Tambah pulak Kak Mai dengan perut dia lagi. Sekolah kami lagi. Macam mana?” baru Yana bersuara.

“Kalau yang tu kamu semua jangan khuatir. Mama dah rancang dengan abah untuk tumpangkan kamu di rumah kawan abah." 

"Kawan abah? Siapa?"

Mama tersenyum lebar. "Kamu semua akan duduk di rumah Aunty Hanani dan Uncle Umar.”

Gulp!


Biji mata bagai terjojol keluar. Boleh tak kalau nak meraung sekarang jugak?!



p/s : saje letak... full n3 bln dpan... muehehe

5 comments:

  1. bulan depan?!!! huhu...mendera tahap x ingat ni. hehehe....tp siyes, mcm x sabar nak tau kisah dorang ni.
    tq miss sbb menceriakan hidup kita dgn gelagat mai, farhan n the geng ni.

    ~ nor...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ehehe xla.. memain je.. tgk la klu miss free miss msukkn k ^_^

      Delete