“NI mama nak beritahu. Masa bulan puasa
nanti mama dengan abah kena pergi Kaherah.”
“Kaherah?!!!!” kami menjerit.
Mama buat muka pelik. “Iya, Kaherah. Kenapa
kamu jerit?”
Kami bertiga bertepuk tangan. Gumbiranya! Yahooo!!
Mama nak bawa kami melancong ke Kaherah! Ohsemnya! Achik sudah memikirkan
tentang baju-baju yang akan dibawa. Yana memikirkan tentang makanan disana. Dan
aku? Sedang membayangkan mamat-mamat hensem hidung mancung! Wah! Class meh!
'Wah! Wah Mai! Tak padan dengan sakit, ada hati nak menggatal tu!' bisik hati kecilku.
Mama yang pada mulanya agak kehairanan kini
tersenyum lebar. Pasti anaknya sangka yang bukan-bukan. “Mama pergi dengan abah
sahaja.”
Kami tercengang. Perutku terasa mencucuk
sedikit. Yana memandangku sebelum mama. Achik segera bertanya. “Habis tu? Takkan nak tinggalkan achik, Kak
Yana dengan Kak Mai dekat sini?” ada nada tak puas hati.
“Mama dengan abah pergi Kaherah bukan
suka-suka. Bik Som nak buat majlis perkahwinan Abang Isyad dekat sana. Kan ke
Abang Isyad tinggal dekat Kaherah sekarang ni. Jadinya dia nak buat majlis
kahwin dekat situ. Mama dengan abah dijemput. Hanya kami berdua sahaja yang pergi.” Terang
mama lagi.
“Alaaaaaa...”
“Nak ikut!”
Mama menggeleng. “Mai akan hadapi SPM tahun
ni. Kena belajar. So Mai tak boleh ikut.” awal-awal lagi nama aku direject! Huarghhh!
Sedihnya...
“Maknanya achik boleh ikut la, kan?” achik
kerdip matanya untuk menambat hati mama.
Mama menggeleng lagi. “Achik dengan Yana
pun sama. Tidak dibenarkan ikut.”
Achik terlopong. Yana buat muka sedih.
“Bukan mama tak nak bawa tapi mama fikirkan
tentang sekolah kamu, pelajaran kamu. Kak Mai nak SPM tahun ni. Trial pun dah
nak dekat. Mama nak Mai berikan yang terbaik untuk mama dan abah. Mama janji
lepas habis SPM, kami akan bawa kamu semua berjalan-jalan. Okey?”
“Okeyyyyyy...” meleret perlahan suara
puteri-puteri ini. Mama tersenyum lagi.
“Lagipun abah kata nak pergi singgah dekat
Jordan sekali. Melawat Pak Andak accident. Lumpuh sebelah badan. Takkanlah abah
nak biarkan adik macam tu aje. Seorang pun tak melawat dia. Kasihanilah dia.” Sambung
mama.
“Siapa suruh duduk luar negara?” rungut
achik.
“Dah Pak Andak beli rumah dekat situ, dia
duduklah situ. Tak baik berburuk sangka, achik. Berdosa.” Tegah mama lembut. Achik
terdiam. Dia memeluk tubuh lalu bersandar di sofa.
“Habis tu kami macam mana, mama? Takkan nak
tinggal dekat rumah ni bertiga aje? Yana tahulah masak sikit-sikit. Tapi tak sesedap mama. Tambah
pulak Kak Mai dengan perut dia lagi. Sekolah kami lagi. Macam mana?” baru Yana
bersuara.
“Kalau yang tu kamu semua jangan khuatir. Mama
dah rancang dengan abah untuk tumpangkan kamu di rumah kawan abah."
"Kawan abah? Siapa?"
Mama tersenyum lebar. "Kamu semua akan duduk di rumah Aunty Hanani dan Uncle
Umar.”
Gulp!
Biji mata bagai terjojol keluar. Boleh tak
kalau nak meraung sekarang jugak?!
bulan depan?!!! huhu...mendera tahap x ingat ni. hehehe....tp siyes, mcm x sabar nak tau kisah dorang ni.
ReplyDeletetq miss sbb menceriakan hidup kita dgn gelagat mai, farhan n the geng ni.
~ nor...
hehehe tq sis ^_^
DeleteBln dpn???? Lama tuuuuu....
ReplyDeleteehehe xla.. memain je.. tgk la klu miss free miss msukkn k ^_^
Deletelama tu .
ReplyDelete