KASUT
hitam tak bertumit disarung ke kaki. Tali beg selimpang dibetul ke bahu. Tangan
menguis khazanah dalam beg. Hehe.
Sebenarnya nak cari handphone je. Dah
‘terselam’ jauh sangat. Macam-macam benda ada dalam beg. Silap-silap bawang,
kentang pun ada! Assignment telah pun
kuhantar ke meja Puan Jamilah. Terbayang raut wajah terkejut pensyarah sebaya
mama itu sewaktu dia meletak fail kerja di atas meja yang bersih dari sebarang
kertas berterabur. Tidak seperti sesetengah pensyarah yang suka ‘semakkan’ meja
sendiri.
“Awak buat sendiri ke?” soal pensyarah itu.
Aku angguk mengiakan. Dah tu siapa lagi nak buat?
Aku bukan spesies minta tolong orang buatkan. Tak macam beberapa pelajar lain
yang suka ‘mengerjakan’ junior mahupun rakan sendiri. Dah siap, bayar! Aku tak
keji macam tu erk!
“Tapi… tapi… saya rasa saya suruh hantar minggu
depan, kan?” Aku angguk lagi.
“Saya tengah tak ada kerja, puan. Tesis prof lain
dah siap. Lagipun dari membazir masa terluang baik saya siapkan. Saya tak nak
tunggu lama-lama.” Jawabku jujur. Memang itu sifat aku semenjak dari sekolah
lagi. Tak suka bertangguh dan buat kerja last minute. Selagi boleh hantar awal,
aku akan hantar.
Puan Jamilah tersenyum manis. Terharu. Tak sangka
ada anak murid yang begitu produktif dan menepati masa. Sependiam-pendiam gadis
di hadapannya itu, terisi sesuatu yang berharga dalam dirinya. Dia nampak
kebolehan dalam diri pelajar bernama Nur Saffiya Humairah.
“Mai!”
laungan seseorang membantut khayalan. Aku pusing belakang. Sara berlari-lari
anak ke arah ku. Mesej D tidak sempat kubalas. Terus telefon dimasuk ke dalam
kocek baju kurung.
“Kau
dari bilik Puan Jamilah ke?” Angguk.
“Kau
hantar kerja eh?” termengah-mengah dia menutur kata. Macam tak cukup oksigen!
“Yup.
Kenapa cari aku?”
Sara
menegak badan. Dipusing kiri kanan sampai berbunyi tulang. Kemudian digoyang
pinggang pula. Aku hanya pandang saja kelakuannya. Kening ternaik. Panggil
semata-mata nak exercise depan aku? Apekah??
“Petang
ni ada buat apa-apa?” soalnya terus. Aku diam. Kepala ligat mencongak. Petang
ni ingat nak siapkan maklumat akaun dan lejar dalam lappy. Lepas tu lipat kain. Rendam baju. Gosok baju kurung dan
tudung. Solat. Bla bla bla…
“Oit!
Lamanya berfikir…” Tergeleng-geleng kepala Sara. Aku yang tercongok depan ni,
dia boleh duk kira sawang kat
dinding.
“Ada.”
Balasku pendek. “Banyak sangat kerja aku nak buat. Nape?” tanyaku balik.
“Takde
la. Aku nak ajak kau joging petang ni. Dah lama tak bersenam kat taman
rekreasi.” Sara menerang tujuan sebenar.
Aku
buat memek muka. “Tamau la. Malas la.” Haiyaa…
aku nak relax-relax hari ini ada saja
ajakan sana-situ-sini. Joging? Heee!
Sara
tarik muka. Tengok! Dah agak jawapan tu. “Alaa jom aa… aku dah lama nak joging dengan kau macam tiga bulan lepas. Nak
kembalikan nostalgia. Jom la!!” rengeknya sambil menarik lengan baju kurung
aku. Kakinya juga dihentak-hentak tapi tak ketara. Dalam pada nak marah terbit
rasa nak ketawa. Mengalahkan achik, adik aku! Nostalgia otak hang! Kalau 3 atau
30 tahun lain la cerita.
“Aku
penat, Qaisara Amani.” Saja buat nada suara mendatar. Saja menduga. Sara tarik
muka. Mulut tersebik-sebik. Merajuk la tu! Hey dah tua-tua nak sulking.
“Okey!
Okey! Tak payah la kut nak buat muka donat tak bergula. Petang ni jam berapa?”
Berubah
air muka Sara. Terus dia melompat bintang dan buat tarian shuffle. Aku berusaha menahan tawa dari meledak sambil kedua-dua
tangan menekup mulut. Mujur je tiada manusia di sekitar situ. Kalau tak, malu keluar
bilik woo! Aduhai… pakai baju kurung
buat tarian shuffle?
“Oit,
udah-udah ler tu. Malu orang tengok.
Nak dicop mangsa terbaru Tanjung Rambutan?” sindirku bersahaja.
Terhenti
gerakan tari. Sara tersengih malu seraya menurun tangan ke sisi. Dia menggaru-garu
kepala. “Err petang ni pukul 5. Boleh?” soalku. Segan masih berbaki. Asalehe la
aku ni! Pesal la buat perangai tak semenggah tu? Hisy! Kalau abang-abang hensem
nampak, jatuh saham berganda-ganda!
Aku
angguk kepala. “Okey. 5. Sharp. See you,
sis.” Kami berpamitan sebelum bergerak ke arah berasingan.
MATA pen berlari pada memo
pad. Satu kebiasaan yang dah lama aku tinggalkan. Masa kemas-kemas barang dalam
beg tadi, terjumpa pula memo ini. Aku belek semula apa yang ditulis di pondok
rekreasi. Semuanya pasal cinta! Simbol love
pun ada. Oit… mabuk cinta ke? Bukan.
Kenangan lalu aje. Hati merudum kembali.
“Haih! Orang datang nak bersenam,
kau asyik dengan memo.” Sara muncul. Berpeluh-peluh mukanya mengalahkan mandi
sungai. “Aku ajak joging tak nak tapi sibuk dengan tulis entah apa-apa.”
Bebelnya lagi.
“Kau
tahukan aku takkan joging di tempat yang terbuka? Berapa kali nak ulang,
Qaisara Amani?” Aku sengih memerli. Aku
teman pun kira cukup baik la…
“Ya. Aku faham kau segan.
Tak payah diulang banyak kali. Dah macam pita rakaman dah dalam kepala otak aku
yang tak berapa nak geliga ni,” keluh Sara.
Spontan aku tergelak. Konon-konon
memujuk Sara yang tak ubah seperti orang gila mengetuk kepala sendiri. Pigidahh!
“Kau teringatkan siapa ni,
Mai? Selalu sangat termenung. Jangan kau berhalusinasi dah. Lain macam pula
rasa!” Aku menjeling tajam. Mulut takde insurans punya budak! Kalau aku yang
dulu dah lama bagi wrestling. Kasi fire cukup-cukup.
“Mana ada termenung. Aku
menghayati keindahan alam sekitar je pun. Melepaskan segala yang terbuku di
hati pada tumbuh-tumbuhan. Kalau manusia dah tak nak cakap dengan kita lagi,
baik cakap dengan alam flora. Setidak-tidaknya dia balas dan faham walaupun tak
bercakap. Hanya Allah yang tahu.” Aku pandang pokok bunga di depan. Tenang dan
syahdu. Damai di kalbu.
Sara terkedu.
“APA NI? Baru dua round dah pancit!” bentak Reza apabila
Baihakki mula mengambil tempat di salah sebuah bangku. Janji tiga pusing tapi
baru dua dah tarik break apa celop toq?!
Baihakki rakus meneguk air
minuman. Meleleh ke dada namun dibiarkan bajunya basah. Botol kosong itu
dicampak selamba ke tanah tanpa rasa malu. Dia kemudian bersandar di bangku menghilangkan
penat lelah berlari bersama Reza, kekasih awal dan akhir. Haha!
“Isk! Isk! Kau ni teruk
la, Aki. Tak ada kesedaran sivik langsung. Tong sampah punyalah dekat tak
sampai berapa meter, selama derk je
kau buang merata erk?” bebel Reza menggeleng kepala. Apalah nak jadi dengan
sahabatnya itu. Bebel bukan dengar pun. Masuk telinga kanan keluar telinga
kiri.
“Do I look like I care?” cebik Baihakki. Alah, bukan ada orang nak
marah. Nanti Majlis Perbandaran Segamat datang kutip la. Apa guna bayar gaji
kalau kerja tak buat? Hati hitam bersuara.
Reza hanya mampu
menggeleng. Puas ditegur. Perangai tak pernah berubah. Bilalah agaknya dia nak
tengok kematangan lelaki itu dalam erti kata sebenar. Dia melabuh punggung di
sebelah Baihakki, memandang persekitaran menghijau sebelum pusing belakang
melihat panorama indah pusat rekreasi ini. Menunggu ‘semput’ rakannya hilang bagai
ada batu besar menghempap. Dasar pemalas bersenam!
Tiba-tiba anak mata Reza
menangkap suatu wajah yang tidak asing dalam perbualan mereka sejak dua menjak
ini. Matanya diperkecil lagi. Cuba memastikan benarkah? Yang selalu digelar
pendiam atau princess silence oleh
teman sekuliah. Melihat gadis itu sedang ketawa bersama seorang teman
membuatkan hatinya timbul persoalan.
Eh eh! Pandai pula gelak. Selalu
tunduk je. Ah! Kena rebut ni. Mungkin ini peluang baik untuk Aki.
“Aki,” panggil Reza.
“Hmm?”
“Bidadari kau ada kat sini
la.” Ternaik kening sebelah Baihakki. “Siapa?”
“Alah, siapa lagi kalau
bukan budak pendiam tu.” Reza mengasak. Lembab betullah Aki ni! Tulah playboy! Awek keliling pinggang sampai
terlupa mana satu yang diidamkan.
Bulat mata Baihakki. “Wei,
mana? Mana?” Bagai orang gila tersampuk mencari. Reza mencengkam dagu
sahabatnya itu lalu ditunjuk ke arah lokasi bidadari syurga Baihakki.
“Fulamak! Lawa siot,” tak
terkata dia melihat gadis bernama Humairah itu tersenyum dan ketawa. Entah apa
yang lucu dia tidak pasti. Tapi hatinya semakin terpegun. Senyuman gadis itu
mampu membuat tidurnya tidak lena. Teringat kembali raut wajah Humairah saat
berjumpa di shopping complex tempoh
hari. Marah-marah but cute! Hehe.
Reza yang melihat Baihakki
sampai tersengih tak ingat dunia terus saja berdeham. Amboi! Melebih nampak.
Tak pernah tengok perempuan ke? Aki… Aki…kalau dah namanya mata keranjang, hmmmmm…(sila sambung sendiri.)
“Tak nak tegur ke? Peluang
tak datang bergolek.” Reza mencabar. Berani ke tak kawan itu menyahut. Jangan
jiwa lembut sudah! Confirm aku demam seminggu
berturut-turut.
Baihakki meramas rambut.
Keluhan dikeluarkan. “Aku… aku… takutlah. Aku segan.”
Terbuntang biji mata Reza.
Rahangnya jatuh ke bawah. What? T.A.K.U.T?
S.E.G.A.N? “Eh, sejak bila playboy
kenal maksud segan dan takut eh?” sindir Reza bersahaja.
Baihakki mencebik. Eleh
mamat ni. Main perli-perli pulak. Debik kang! Kau tak tahu aku tengah haru dah
ni. Nak tegur karang kena smash lagi.
Kejadian di pusat beli-belah kelmarin melayang-layang di fikiran. Kang kena sound lagi. Tiba-tiba rasa serik pulak.
Semangatnya hilang.
“Pergilah. Dulu bukan main
nak test market. Banyak kali try tak lepas. Dah ada depan mata ni
kot. Mana tahu dia jodoh yang kau cari selama ni ke?” Sengaja ditekan perkataan
‘jodoh’ itu. Acapkali dia mendengar lelaki itu mahu mencari wanita yang
baik-baik untuk dibuat isteri. Nama je kaki perempuan tapi bila nak cari calon
pendamping sampai hujung nyawa, seseorang itu akan cari betul-betul ‘wanita’.
Baihakki termenung.
Hatinya gundah gulana. Akal menjerit kata pergi, hati meraung kata jangan. Ah!
Pening. Umi, Aki nak umi! Uhuk uhuk…
Reza menarik nafas. Aduuss…! Kalau ditunggu mamat ni buat
keputusan sampai Deepavali tahun depan pun tak move on. Jiwa lembut la Aki! Kusangka gagah bak helang rupa-rupanya
lembik macam siput sedut! Selamba ditarik laju tangan Baihakki yang
terpinga-pinga dengan kelakuan Reza. Dia cuba menarik balik tangan tapi digenggam
kejap Reza.
“Hoi! Apa kena dengan kau
ni, Reza? Gila ke pegang-pegang tangan? Kita lelaki wei!” Dia tertunduk-tunduk
daripada dilihat orang ramai yang berpandangan apabila melepasi mereka. Aduh…
malu free aku hari ni. Mesti orang
kata aku gay! Kalau skandal-skandal
aku nampak macam mana? Argh! Reza, kau ni tak guna betullah!
“Diam!” gertak Reza.
Segera Aki mengunci mulut. Takut lihat muka budak cool jadi monster!
“Hai… assalamualaikum,” Sopan santun Reza
menyapa membuatkan dua gadis itu tersentak. Berubah air mukanya. Agak terkejut
apabila melihat dua teruna datang menegur. Sebenarnya nak mengintai lebih
dekat!
“Err… waalaikumsalam.”
Sara menjawab biarpun sedikit pelik. Aku hanya menjawab dalam hati menunduk
merenung kasut sukan. Aduhai… kacau betullah! Malaun mana ni pulak ni? Kawan
Sara ke? Sibuk la.
“Emm… emm… boleh tak
kalau… kalau kami nak join korang
berdua?” Uih… gila berani Reza cakap macam tu. Tak takut dilempang siap pakej
ke? Kut kena karate mahu setahun tak hilang. Ngeri!
Tergamam lagi kami berdua.
Aku pandang Sara. Sara pandang aku. Keliru. Sesak. Apa kes mamat berdua ni?
Datang tak diundang alih-alih kata nak join.
Gila ke hapa?
“Saya dah selalu
perhatikan korang since tahun lepas.
Selalu nampak dari jauh je korang datang sini tapi tak berkesempatan menegur.
Lagipun kita pernah sekelas dulu, kan?” Reza memulakan rancangan sambil soalannya
merujuk kepada gadis diam membeku. Reza tahu dia yang harus memulakan
perbualan. Tunggu mamat belakang dia ni? Hmm sampai dia naik haji belum tentu.
Sara tenung aku. “Kau
pernah sekelas dengan dia ke, Mai?” tanya Sara laju. Aku mengerut dahi. Tanda
tak ingat dan tak tahu!
Terkelip-kelip mata
memandang atas bawah lelaki depanku sebelum minda mencerna lebih jelas. “Kelas
apa ya?” tanyaku perlahan. Sambil itu mataku tertancap seseorang yang cuba
berlindung di belakang tubuh si peramah ini. Mamat tu bukan ke….? Alamak!
Kenapa la asyik jumpa dia je ni? Aduuus…
baru nak aman hidup! Apa kaitan budak depan aku ni dengan budak bermasalah tu?
Kawan ke? Alahai…
“Ekonomi. Prof Zahid.”
Jawab Reza senyum. Dalam hati terasa nak melonjak ke bulan. Ohooo aku dapat dengar live suara dia! Gila comel bila face to face. Benarlah kata orang lain. Rasa nak snap gambar je. Over tau
kau ni Reza.
“Oh, Prof Zahid. Maaf la
tak berapa kenal.” Ujarku jujur. Reza senyum. Tak apa, my dear…Lepas ni boleh berkenal-kenalan. Muehehe!
“Its okay. Kami orang baik-baik. Tak ada niat jahat.” Reza segera
mencantas apa yang bermain di fikiran gadis berdua itu sejak dia dan Aki muncul
mengejut.
Baihakki di belakang tubuh
Reza menahan baran. Berombak dada. Hendak je dia ketuk kepala Reza 100 kali +
tonyoh arang! Dia cabar aku, dia heret aku, last-last
dia yang tackle bidadari aku! Cis!
Ada yang kena debik juga dengan aku ni karang. Dan kenapa pula kau asyik
menyorok je belakang Reza tu? Bukan selalu kau muka tembok ke, Aki? Takkan malu
kut, hati mengutuk lagi. Sedih!
“Eh kenapa berdiri.
Duduklah.” Pelawa Sara. Reza dan Baihakki mengambil tempat di hujung kerusi. Namun
yang seorang itu masih tunduk ke bawah. Kalau boleh nak menyembunyikan muka
dalam baju Reza. Aiseh… malu-malu
kucing pulak!
Reza dan Sara rancak bersembang
dan sesekali aku menjawab bila ditanya. Itu pun sepatah. Hati resah melihat ada
orang selain Sara. Bukan kebiasaan. Mereka bukan kawan-kawan aku seperti
bebudak aspura…
“Khusyuk bercerita sampai terlupa tanya nama. Saya
Qaisara Amani. Panggil Sara je. Ini Humairah. Awak berdua siapa nama?” Mesra
Sara bertanya. Tadi dia ragu-ragu. Akan tetapi apabila melihat muka suci lelaki
berbaju T-shirt berkolar merah itu, hatinya tercuit. Tambahan pula, kedua-dua
lelaki ini merupakan antara yang terhot
di kolej. Rasa tak percaya pulak.
“Saya Zaharul Reza. Just called me, Reza.” Reza menyigung
lengan Baihakki di sebelah sebagai tanda isyarat. Bukan main alim + sopan
sahabatnya itu. Tak bercakap sepatah pun. Tunduk je bak anak imam yang soleh. Kalau
Umi Baihakki nampak ini pitam doploh
hari gamaknya.
Baihakki bengang tetapi
disembunyi rasa itu. Malu kot ada dua bunga. Satu bidadari hati. Dalam
teragak-agak dia menutur. “Saya Bhai…” Belum sempat dia menghabis kata, segera
aku potong.
“Sara, kita balik dulu
jom? Aku nak kena siapkan kerja la. Kerja tak siap lagi. Nak hantar lusa. Jom?”
Ujarku tiba-tiba seraya bangun. Lengan Sara ditarik mengikuti langkahku. Isyarat
mata aku beri padanya. Entah faham entah tak. Jujur aku geli dengar suara itu.
Meloyakan tekak. Uwekk!
Sara terpinga-pinga.
Sempat juga dia berpamitan pada pemuda berdua itu. Meskipun hatinya hairan
dengan sikap Humairah akan tetapi diikutkan sajalah kata teman itu. Lagipun
hari dah jauh petang.
“Pergh! Blah macam tu je!” bengkek Baihakki. Dia memeluk tubuh.
Bengang kot! Malu pun iya juga.
“Alah relax la. Kan dia cakap tadi ada kerja nak buat.” Tukas Reza. Kaki
dilunjur sambil bersandar. Sara… nama itu seakan melekat di sanubari. Dulu
hanya dengar nama… hari ini ketemu orangnya. Manis…
“Baru je sebut Bhai…”
“Dia terus bye-bye kan kau. Haha!” Terkekeh-kekeh
Reza ketawa melihat muka tak puas hati rakannya itu. Hmm kenalah buku dengan
ruas! Bahunya dilibas kasar Baihakki yang memerah muka. Marah la tu.
“Aku tahu dia nak ngelak
tadi sebab dia dah cam muka aku. Takpe.
Dia kenakan aku, kan? Tunggulah hari aku tiba pulak.” tekad Baihakki. Sudah
berkali-kali maruahnya dipijak-pijak. Kali ini dia tak akan menunggu lama lagi.
Dendam harus dibalas!
Terhenti tawa Reza serta
merta. Alamak! Mamat ni nak buat apa pulak?
“Wei, kau jangan nak
aniaya anak orang. Dia tu perempuan. Ingat. Kaum yang lemah.” Ugut Reza. Gila
apa?! Terkena macam tadi pun sampai nak berdendam bagai. Tak faham betul aku…
Baihakki pandang Reza
sebelum senyuman sinis terukir di bibir. “That’s
my problem…”
p/s : masuk awal dr kebiasaan... tengah tak ada kerja... hehe
p/s : masuk awal dr kebiasaan... tengah tak ada kerja... hehe
Soulmate forever ni ada bape bab.X sbr nak baca bila mai dah jumpa farhan nak nak bila mai masuk hospital dan koma tu.Jgn lah lama sgt kena tunggu baru dpt baca bab mai koma
ReplyDeleteBila nak masuk entry bru miss???
ReplyDeleteBetul itu....lamanya nak masuk entry bru miss jangan lama sangat miss????
ReplyDelete