BAB
69
SUASANA
sekolah sukar untuk aku gambarkan. Kaki tangan sejuk bak ais sebaik melangkah
setapak melepasi pintu gate sekolah. Diri
diselubungi ketakutan.
Hari
ini keputusan keluar!
Debaran
kian terasa apabila melihat beberapa rakan yang sudah mengambil slip keputusan
SPM. Ada yang ketawa, ada yang sedih, ada yang diam. Jantung aku laju macam
larian kuda. Jangan tercabut terus sudah! Memang kiok la jawabnya.
“Mai!”
Suara-suara
yang aku rindu kedengaran. Mereka meluru ke arahku. Kami berpelukan erat.
Widad, Ekin, Jaja, Qamarina dan beberapa bebudak aspuri menghurungku. Macam
lebah! Mujur nampak kepala.
“Mai…!!!!”
Ah
sudah! Bertambah manusia nak memeluk. Kini dah tak nampak terus. Aku tenggelam
di situ! Oh, sangat tak vogue….!
Renyuk baju kurung.
“Eh…
panas! Panas!” Tubuh yang mendekat aku tolak. Over pulak dia orang ini. Mereka gelak besar.
“Kau
dah ambik?” soal Jaja terus. Aku menggeleng.
“Baru
sampai la, Ja. Korang ni over tau.
Habis baju kurung aku!” bebelku.
Sekali
lagi tawa meledak.
“Korang
dah ke?” tanyaku memandang satu per satu raut wajah mereka. Tiga empat bulan
tak jumpa kut. Rindu!
“Dah.”
Mereka senyum. “Kau pergilah Mai!” Beria D mendesak. Yang lain turut sama
menyuruh aku ambil cepat-cepat. Semacam pula tengok dia orang dok
sengih-sengih.
Aku
pejam mata. “Okey. Aku nak pi ambik.
Tunggu tau. Nanti kita share.”
Aku
berlalu dari situ. Barisan kelas 5 Ar-Raudhah dicari. Jumpa! Cikgu Namisah
duduk di kerusi sambil menyerahkan slip kepada salah seorang rakan sekelasku.
Dada bertambah debar.
“Assalamualaikum,
cikgu.” Tangan beliau aku kucup. Cikgu Namisah tersenyum manis.
“Waalaikumussalam.
Lambat awak, Humairah.” tegur cikgu. Aku sengih.
“Jammed kat JB tadi, cikgu.” Cikgu
Namisah terangguk kepala.
“Ooookeyyyyyy........”
nada panjang guru wanita tersebut bikin seram. Tersekat-sekat air liur di
kerongkong. Tangan digenggam kuat. Bibir kuketap.
“Nur
Saffiya Humairah,” Mata Cikgu Namisah merenung aku tajam. Ah sudah! Aku failed ke??? “Saya suruh awak belajar
rajin-rajin, kan? Karangan awak harus dipanjangkan, bukan?”
Aku
angguk laju-laju. Masih ingat pesanan itu sebelum memasuki dewan peperiksaan.
Tapi kalau tak silap, aku buat sampai enam kertas kajang. Takkan itu pun tak
cukup? Enam kot! Selama ni aku selalu buat tiga atau empat je. Cukup-cukup patah
perkataan!
“Kenapa,
cikgu? Saya gagal BM ke?” Aku terasa nak menangis bila mana Cikgu Namisah
mengeluh dan mengangguk perlahan. Uwaaaa! Down
terus semangat.
“Awak
tengoklah sendiri.” Menggigil tangan menarik sekeping kertas hijau yang menjadi
igauan ngeri setiap orang bergelar calon SPM. Nak terkencing pun ada!
Bait-bait
ayat itu aku baca setelah berhempas pulas tarik nafas dan istighfar. Mata aku
buka. Gred aku lihat terlebih dahulu. Mata terbeliak!
A+,
A+, A+, A+, A+, A+, A, A.
Ya
Allah, benarkah ini??? Aku lihat subjek. AddMath dan Sejarah A. Yang lain A+!
Ya Allah!
“Cikguuuuu!!!!!”
Aku menghentak kaki sekuat hati. Cikgu Namisah senyum manis seraya mendepang
tangan. Tubuhku ditarik dalam pelukan. Aku menangis teresak-esak.
“Tahniah,
Humairah. Cikgu bangga dengan awak.” Dia menangis gembira sebaik saja nama anak
muridnya tersenarai sebagai pelajar lulus semua A.
“Mai…”
Mama dan abah mendekat. Sahabat-sahabat aku juga menghampiri. Termasuk bebudak
aspura. Pelukan dirungkai. Aku pandang mama. Tak tertahan air mata melihat mama
menangis melihat keputusan anaknya yang nakal ini.
“Alhamdulillah
straight A!” Aku pantas memeluk tubuh
mereka berdua. Menangis dan terus menangis. Abah mengucup ubun-ubunku berulang
kali. Kali ini tidak aku pedulikan pandangan orang ramai. Aku di dalam pelukan
kasih mama dan abah!
“Mai!
Tahniah wei!!” Aku berpelukan sekali lagi bersama teman-teman seangkatan. Bebudak
aspura menepuk tangan riuh tanda ucapan tahniah untuk Humairah. Tak sangka
Humairah mampu menggapai semua A dalam mata pelajaran yang diambil. Ingatkan
pengetua salah baca semasa mengumumkan senarai pelajar lulus semua A. Humairah
tiada ketika itu, masih dalam perjalanan ke sekolah. Nak je Putera bagitahu
pada Humairah namun ditegah rakan-rakan. Dia nak buat kejutan untuk Humairah. Biar
Humairah tahu sendiri!
“Husna!”
panggilan suara lembut Mama Nani menyentak tangkai hati. Aku cuba berbuat
selamba bersama rakan-rakan. Kelihatan mama dan Mama Nani berpelukan erat. Siap
laga pipi! Papa Umar bersalaman bersama abah. Mesra sungguh. Aku mengucup
tangan Mama Nani sebelum pipi dicium lama oleh wanita itu.
“Maira
dah ambil keputusan, sayang?” lembut dia bertanya. Aku senyum seraya angguk.
“Tahniah
dengan keputusan cemerlang, Maira.” Papa Umar mengucap ribuan tahniah padaku. Aku
terharu.
“Sama
macam Farhan.” Suasana sepi seketika. Diselubungi rasa sedih dan kecewa kerana
pemuda itu tidak turun ke dewan dimana pernah menjadi sebahagian dari hidupnya
dahulu.
“Farhan
tak balik ambil result, Nani?” Mama
mula menanyakan bakal menantunya itu. Ops!
Bakal-menantu-tak-jadi.
Kelihatan
Mama Nani menguntum senyum hambar. Kepalanya digeleng tanda jawapan. Mungkin
masih rasa terkejut dengan berita anak keduanya itu berangkat ke Australia
tanpa menanya pendapat ahli keluarga mereka terlebih dahulu. Mama menggosok
bahu Mama Nani. Minta wanita itu bertenang dan sabar.
Aku
di sisi wanita sebaya mama itu mulai kecewa. Fikirku jikalau bertemu, aku mahu
meminta ampun padanya. Aku tersilap dalam membuat percaturan atas dorongan
nafsu. Hati lelaki bila dah merajuk, sangat sukar nak pujuk. Sekali terluka,
sampai bila-bila akan diingati.
Rasa terkilan tetap dirasa!
Aku
mengelap air mata yang tumpah sambil tersenyum ke arah mereka. Duhai hati…
tabahlah… tahniah Farhan atas kejayaan kau… maafkan aku….
p/s : here new entry.... sesape yg dh dpt result tu tahniah ya... :))
Sebak ahh... :( hehe....thumbs up miss...
ReplyDeleteAla...asl skit je ni? X puas lh miss...hehe...
ReplyDeleteSmbung la lgi miss. Hehehe
ReplyDeletex de dh ke sambungan dye??��
ReplyDeleteHuhuhuu 😭😭
ReplyDeletenak nngis
ReplyDelete