Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Thursday 20 February 2014

Ketua Pengawas VS Tunang 62

BAB 62

KAMI berjalan di sekitar bandar tanpa berpecah. Ke mana saja di escort abang-abang separuh kacak dan separuh tidak. Haha! Mahu merajuk Putera nanti kalau cakap kuat-kuat.

Dari butik baju ke butik sukan. Bukan main teruja inche abang melihat barangan sukan di Al-Ikhsan. Lebih kurang setengah jam kami di situ. Tengok gelagat Khairul yang acapkali bertanyakan harga kasut pada pekerja kedai. Ashraff dan Putera tak habis-habis mengacu baju ke badan sendiri di depan cermin. Satu je nak cakap, belinya tidak!

“Bosan ke?” Izuan menegur tatkala muka kami macam soya bean basi di kerusi.

“Suuuuuuka sangat!” balasku sebal. Lain kali tak nak pergi dengan dia orang lagi. Sungguh azab aku rasakan!

Izuan senyum simpul. Faham sangat dari nada suara gadis bertudung biru itu. Aku meneliti Izuan atas bawah. Sangat coolio hari ini; berbaju merah pekat tertulis World Smile di dada beserta berseluar jeans hitam.

Ehhh sekejap!

“Wan.” Panggilku.

Yup?”

“Dalam mesej Wan tanya pasal baju Mai, kan?” Izuan mengangguk biarpun benaknya pelik dengan soalan itu.

“Tapi kenapa Wan pakai baju lain? Kata nak pakai baju sama warna dengan Mai?” tanyaku lagi seraya menongkat dagu.

Err… Izuan sudah garu kepala. Alamak! Dia dah tanya dah. Apa nak jawab ni? “Err… tak. Macam ni. Se… sebenarnya… Wan memang dah plan nak sama tema dengan Mai hari ini. Tapi… tapi baju tu tak bergosok lagi. Haa… renyuk teruk. Tu yang Wan ubah rancangan,” Kelam-kabut dia menyusun ayat bagi menghilangkan curiga di hati gadis berkenaan. Tenungan Humairah buat dia tak senang duduk.

“Wan, sini jap!” jeritan Aizat di bahagian baju bola begitu melegakan Izuan. Dia meminta diri tanpa sempat aku menjawab. Hailah Zat… kaulah penyelamat aku!

“Eh, aku nak pergi toilet la. Jom Syah. Teman aku,” Wana tarik tangan Aisyah yang diam menelaah novel.

“Naik ikut!” rengekku seakan kanak-kanak kecil.

“Kau duduk sini je la. Nanti karang dia orang cari susah pula. Aku nak pi tak jauh. Jom la, Syah.” Mereka berdua beriringan meninggalkan aku terpinga-pinga.

Hailah nasib… asyik kena tinggal je. Nak buat apa dekat kedai ni? Bukan best pun. D dan Iman dah merayap ke kedai topup di tingkat atas. Syah dan Wana pergi tandas. Aku? Duduk termenung kesepian sambil menunggu jejaka-tak-hangat cari barang sukan. Confirm kerat jari, dia orang takkan beli punya! Tanya je lebih. Baik main game.

Aku menyeluk saku seluar. Teringat kembali. Halaaahhh! Telefon bimbit dekat Farhan pulak! Heeeee… kenapalah hari ini semua serba tak kena ni??? Manalah mamat gila tu??? Aku nak telefon aku baliklah!!! Pencuri telefon betul. Telefon gila mahal tak nak pulak guna. Handset cikai aku tu jugak nak dirampasnya! Hishh!

“Mai, jom!” Hakim, Syafiq dan Khairul berdiri di pintu kedai. Aku segera bangkit.

“Mana yang lain?” tanya Syafiq pabila tengok rakan-rakan sekutu Humairah tiada disisi.

Toilet!” kasar aku jawab. Mereka bertiga hairan.

“Err… Mai, sorry eh buat kau tertunggu-tunggu.” mohon Khairul menyusun sepuluh jari.

Tahu pun! “Aku dah rasa macam nak bakar je semua rangkaian Al-Ikhsan.” Mereka gelak besar. Cemberut muka aku. Ingat buat lawak ke?

“Eh, nampak Han tak? Dari tadi aku tak nampak dia.” Aizat, Ashraff, Putera dan Izuan baru muncul.

“Entah.” Hakim angkat bahu.

Ushar telefon agaknya.” Telah Ashraff.

“Takkan lama bebeno dari tadi?” Putera mencelah. Mereka semua mengangkat bahu tanda tak tahu ke mana hilangnya ketua pengawas a.k.a pencuri telefon bimbit aku.

“Korang masuk kedai ni punyalah lama sampai kematu buntut aku, you just buy one thing? One and only… sahaja?!” Tak tertahan rasa amarah dalam jiwa bila terpandang satu beg plastik yang dipegang Ashraff. Gigi berlaga sesama sendiri. Lava-lava nak memancut keluar dah ni! Asap dah berkepul-kepul atas kepala.

Tujuh pemuda tersengih malu. Sedar kesilapan sendiri. Serentak mereka membuat simbol peace sekali menampakkan gigi.

Wei, jom cari tempat. Lagi setengah jam nak berbuka.” Cepat-cepat mereka alih tajuk. Isk!!!

McDonald’s kami tuju. Kerana melihatkan orang ramai beratur sehingga ke luar premis KFC membuatkan kami tak jadi nak makan di situ seperti yang dirancang. McDonald’s aje yang nampak lengang sikit. Sebenarnya sama je! Orang ramai juga!

Berpusu orang beratur di premis ini menunggu giliran untuk membeli makanan. Syafiq, Izuan dan Aizat beratur sementara kami mencari tempat duduk. Mereka suruh kami cari tempat duduk. Fuhh! Penuh manusia di setiap ceruk. Terselit bangsa Cina dan India juga. Mungkin mereka muslim. Fikirku. Alah apa nak hairan! 1 Malaysia.

Kami memilih tempat yang jauh daripada kaunter. Mujur ada tiga meja kosong di belakang. Semeja untuk 4 orang. Kami ramai pulak tu. Hakim mencantumkan tiga meja sekaligus. Lelaki 8 orang. Perempuan 4. 4 darab 3 meja = 12 orang. Oyeah!

“Mai, tu bukan Farhan ke?” terteleng kepala aku akibat pusingan maut semata-mata hendak melihat apa yang dibisikkan Wana.

Premis yang hanya dipisahkan dinding kaca tebal itu cukup untuk aku melihat mereka yang lalu lalang di situ. Farhan sedang duduk di salah sebuah restoran terkenal, Kenny Rogers Roasters sambil ditemani seorang perempuan bertudung yang tunduk sambil menyapu sesuatu di bawah mata. Sepertinya gadis itu menangis kot. Apa Farhan dah buat? Tampak bersungguh dia mengelap tubir mata. Hati meronta ingin ketahui. Ex-girl Farhankah? Berapa banyak kekasih dia sebelum ini?

Bagai nak terjojol biji mata aku apabila gadis itu mengangkat muka sambil merayu pada Farhan yang sepertinya menahan marah. Merah mukanya! Darah aku berderau laju naik ke muka. Hampir tak tertelan air liur di kerongkong.

“Nazatul?”

Izuan yang baru duduk di kerusi, diganti Ashraff ke kaunter, terpaku seketika. Jelas air mukanya berubah tatkala mendengar bibir manis itu menyebut satu nama. Air liur ditelan kesat.

“Eee lagi 20 minit nak buka. Tak sabar aku!” keterujaan Iman menerbangkan segala khayalan.

“Jakun tak pernah buka puasa kat McD.” Mengaduh kesakitan Hakim apabila lengannya digutis Khairul. Marah la tu orang kritik awek dia. Uwekk! Iman dah tenung semacam je. Hakim jelir lidah. Pantang berjumpa dua ekor ni.

“Farhan mana ni? Dah nak berbuka kot. Batang hidung pun tak nampak dari tadi.” Putera membebel seperti mak yang menunggu kepulangan anak di rumah.

“Lantak dialah nak pergi mana pun!” tanpa sedar aku menutur kasar.

Masing-masing saling berpandangan. Wana mengisyaratkan ‘jangan tanya apa-apa’. Mereka angguk meskipun pelik kenapa Humairah tiba-tiba meradang. Hanya Wana yang memahami…

Aku mulai bosan. Jam tangan dikerling. Baru pukul 7 lebih. Ada beberapa minit lagi. Kepala menoleh ke kiri sambil menongkat dagu. Melihat orang ramai lalu lalang di saat umat Islam hampir berbuka puasa. Hampir penuh lautan manusia di setiap premis makanan dalam bangunan besar ini. Tak kira apa jua hidangan, yang pasti ada juadah berbuka. Kurma pun jadi!

Pada waktu itu tergerak hati untuk melihat adegan antara Farhan dan Nazatul sekali lagi. Perlahan aku pusing kepala. Tapp! Mataku terus tertancap pada sepasang mata yang juga sedang merenungku dari kejauhan. Tergamam. Alamak, dia tengok sini! Cepat-cepat aku melarikan pandangan ke tempat lain. Mati.. mati! Alahai dia nampak la pulak!

“Eh kenapa muka kau merah?” teguran D membuatkan semua kalih tengok aku.

Aku raba pipi. “Merah? Panas kot.” dalihku.

Mmm… haah. Memang bahang sikit tempat hujung macam ni. Dengan orang ramai lagi. Crowded. Lagilah time puasa like this. Huh! Pumm!”

“Hey, aci. Diamlah! Bebel je. Orang nak dengar siren azan pun susah.” Tempelak Hakim. Bingit telinga aku dengar aci sorang ni pot-pet tak berhenti.

Iman pantas mencekak pinggang. “Apa kau kata?!!” ini memang cari nahas.

“Ya Allah! Korang berdua boleh tolong diam tak?! Orang nak dengar siren okey! Bukan nak dengar korang memekak!” Haa, kan? Sekali kena pekik dengan Wana baru diam dua ekor tu. Mulut murai tercabut ekor.

“Akhirnya…” suara Khairul memecah suasana apabila mendapati Syafiq, Aizat dan Ashraff membawa dulang berisi makanan. Dan yang paling terkejut sekali apabila ternampak figura Farhan menatang satu lagi dulang di belakang mamat bertiga itu.

“Eh?? Bila kau muncul?”

“Entahnya. Tadi tak nampak pun batang hidung. Puas cari.”

“Jatuh dari langit gamaknya,”

“Aku jumpa member tadi. Borak lama,” Sambil bercakap matanya merenung mata aku. Kerusi setentang aku ditarik lalu diduduknya kerana itu sajalah tempat kosong yang ada.

Member lama tu sebenarnya Nazatul! Keciknya dunia. Dalam diam aku menahan rasa. Yalah tu member lama. Sampai ada adegan menyayat hati lagi, desis hatiku. Hilang segala resah gelisah di jiwa. Tanpa sedar wajah Izuan berubah sama sekali.

Malas ambil pusing akan apa yang berlaku, mata aku menala apa yang dibeli kawan bertiga sebentar tadi. Hmm… burger McChicken, bigMac, fries, sos dan apa entah yang mereka beli. Mata aku melilau mencari. Kejap! Tadi aku cakap prosperity dekat Syafiq. Kenapa tak ada? Mungkin tiada burger itu hari ini dan mereka ganti dengan yang lain, bisik hati kecilku.

“Nah. Ambik sorang satu.” Aku menunggu saja turn aku punya makanan sampai ke sudah. Isk! Jangan buat pasal.

“Mana aku punya?” Ni yang nak nangis ni. Diorang lupa belikan ke? Sampai hati… walaupun aku berada dalam zon ‘dibenarkan tak berpuasa’ tapi aku nak jugak makan!

Terdiam mereka semua. Seakan berat mulut untuk berkata-kata.

“Err… kau punya tak ada la, Mai.” Mukaku cemberut. Betul-betul nak nanges!

“Haah. Kau punya memang tak ada kat sini Mai tapi kat dulang Han sana,” Hampir tercekik aku dengar. Bebola mata aku semakin membulat! Apekah??

“Tadi Farhan pesan suruh belikan asing untuk kau dan dia,” Beritahu Aizat. Yang lain tersenyum meleret. Putera dan Ashraff pura-pura batuk dan berdehem. Khairul jongket kening double.

Perlahan-lahan mata aku tertunak ke depan. Farhan meletak satu per satu makanan ke meja. Dulang kosong diletak bertindih dengan dulang yang lain dan ditolak sampai hujung sudut. Matanya terangkat kearah aku. Aku jongket kening. Mana satu makanan aku?

“Pilih nak mana.” Ujarnya pendek. Terpempan aku lagi. Pilih? Boleh eh main pilih-pilih?

Aku pandang prosperity dan bigMac. Dua-dua sedap. Dua-dua terliur. Nak dua-dua boleh tak?

Heh! Macamlah kau puasa! ejek hati.

Shut up youuu! Akal membentak.

“Tadi kau cakap nak makan prosperity, kan? Ambik je la prosperity.” Wana disebelah mencelah.

Akhirnya keputusan dibuat. Prosperity pujaan hati. Perlahan-lahan aku tarik bungkusan panas itu. Gerak geriku diperhati namun aku cuba tidak mengendahkan.

Tettttttttttt……

Siren azan kedengaran. Farhan mengetuai bacaan doa dan selepas itu kami makan penuh selera.

Sewaktu aku enak menyuap burger, Wana mencuit paha aku di bawah meja. Aku menoleh. “Apa?”

Wana hulur not RM10 kepadaku. Aku pandang pelik. “Apesal?”

“Ni duit kau.”

“Eh, kan aku bagi kat diorang untuk bayar. Takkan free pulak?” bidasku lalu menolak duit tersebut. Burger disuap lagi. Wana mendekatkan kerusi. Bibirnya rapat ke telingaku.

“Burger dan air kau tu Farhan yang bayarkan lah,” bagai tertelan biji durian aku rasakan tika ini. aku toleh Wana. Minta penjelasan dan kepastian. Anggukan darinya memberi jawapan yang sangat pasti. Duit itu disua kepada aku dan kemudian menyambung perbualan dengan Aisyah semula.

Burger yang masih berbaki tidak jadi untuk aku makan. Fikiran terawang dengan apa yang berlaku. ‘Kenapa aku rasa dia dah semakin… err pelik?’

Sudah tiga kali Farhan membelanjakan wang kepada aku. Pertama, sewaktu di pasar malam. Kedua, di RnR. Ketiga, McD. Sampai sekarang aku masih belum membayar hutang itu. Satu sahaja soalan yang bermain di fikiran. Kenapa dia lain sangat sekarang ni? Tak macam dulu. Mana hilangnya Farhan yang dulu? Yang suka mendesak aku! Yang suka buli aku! Suka cakap sinis tak hingat dunia pada aku! Dimakan Ultraman gamaknya.

Farhan yang baru duduk dari membasuh tangan mengangkat muka, memandang aku.

Erk!

Aku gosok mata. Purak-purak! Tutup malu. Alah, dah lapuklah cara tu Mai. Entah-entah dari sinki dia dah nampak kau tapi buat tak tahu je. Muka dia kan ala-ala stone cold. Beku sentiasa!

Handphone aku pulangkan lepas makan,” katanya.

Aku angguk je. Dia tunduk sedikit, menyedut minuman. Terasa diri diperhatikan lagi membuatkan dia angkat balik wajah tampan dia tu. Gadis di hadapannya masih lagi merenungnya. Tanpa berkelip.

Any questions?” soal Farhan selamba. Sebenarnya nak tanya kenapa tengok aku macam tu?

Err… “Thanks belanja.” Ucapku bernada perlahan. Tidak mahu didengari mereka yang lain. Suasana di situ hingar bingar dengan suara kawan-kawan aku berborak. Kesempatan itu aku ambil. Kalau tak nanti kena sakat! Malu.

Farhan menganggukkan kepala. Kasihmu kuterima seikhlas hati… sambungnya dalam hati.

***



TEASER BAB 63


 “Awak bawa minyak pengasih ke sekolah kerana awak hendak menundukkan Farhan supaya tergila-gilakan diri awak. Tetapi nasib awak tidak baik kerana minyak itu terkena pergelangan tangan Tengku Hadzriq terlebih dahulu ketika kamu berdua berselisih di tangga. Awak memaut tangan Tengku Hadzriq meminta bantuan tanpa sedar. Betulkan?”

Ammy sudah kelu lidah dari berkata-kata. Lidah berbisanya sudah tumpul serta merta kerana rahsianya sudah pecah di depan ramai orang. Satu demi satu kebenaran terbongkar.

“Dalam pada waktu yang sama, awak masih cuba mahu mencalit minyak itu kepada Farhan. Awak gunakan minyak itu sekali lagi di tandas. Tetapi awak tidak sedar bahawa minyak itu bukanlah minyak yang asli kerana Rizulfikri lebih bijak menukarkan minyak itu kepada cecair yang lain, yang tidak mempunyai apa-apa kesan. Ia adalah sejenis minyak wangi. Minyak pengasih awak sudah dibuang dalam lubang sinki semasa awak berada dalam salah satu bilik di tandas.”



p/s : sabar eh.... tggu lain hari pulak.... mlm ni bab 62 je hehehe

26 comments:

  1. Novel nie mmg best..mmg tbaik..xsbar nk bce next episod..gd luck miss..sy pbaca stia miss..smua crte miss sy bce..truskn usha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah terharunya :'( thanks sayang... insyaAllah akan diperbaiki dan diusaha sebaik mungkin.. miss hargai! <3

      Delete
  2. best2 nk lg..x sabar nk bce entry bru

    ReplyDelete
  3. Cpt2 smbg yerk!! X bce nk bce entry bru!! Hrp2 cite lar smpai dyeowg kwin&ade ank yerk,please!!?? Rndu kt abg han&kq mai!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi baca :) Abg Han & Kak Mai kahwin? Err... *belek manuskrip semula*

      Delete
  4. Cpt2 smbg yerk!! Hrp2 cite smpai dyeowg kwin&ade ank yerk,please!! Rndu kt abg han&kq mai!! 💘

    ReplyDelete
  5. homaii !! sgt bez !!mis updte lju2 taw..syg mis!muahzz <3<3<3
    Farhan <3 Mai

    -shud~

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you sayang :) InsyaAllah nnt miss update ya. sayang shud gak! <3

      Delete
    2. thank you sayang :) InsyaAllah nnt miss update ya. sayang shud gak! <3

      Delete
  6. homaii !! sgt bez !!mis updte lju2 taw..syg mis!muahzz <3<3<3
    Farhan <3 Mai

    -shud~

    ReplyDelete
  7. Hađooii!! Boley koma maa bce part mai ngan farhan nii...hish..tersengih soeam2
    ..naseb ceq waras lagy...=-)

    ReplyDelete
  8. ada juga dari masa depan ni...

    ReplyDelete
  9. Yeazzzzz Kantoiii!!! Happy akuuuu 😆😆😆 sape suh buat kerja jahat..

    ReplyDelete
  10. aku berdoa yg si Farhan ni mmg betul ii wujud do. LAMA SIOT AKU CRUSH KT T A F NI 😭

    ReplyDelete
  11. yee ammy nk ppus da

    ReplyDelete
  12. memerlukan TAF irl😓

    ReplyDelete
  13. lurverr gile cite sumpah🥰😍

    ReplyDelete