Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Thursday, 16 January 2014

Teaser 58 Untuk Anda :)

Teaser 58

Part 1
“Hey korang,” tegur Fareez yang baru turun dari tingkat atas. Selamba saja dia duduk di sebelah Yana. Cuba mengintai artikel apa yang dibaca gadis itu.

“Ehem!” Dua-dua ekor tu menoleh. Aku membuntangkan mata. Yana yang tersedar segera mengesot ke tepi. Fareez sengih sambil garu kepala. Dia ambil tempat sebelah abang keduanya yang baru duduk, setentang Yana. Gatal budak ni! Main selamba je depan aku.

“Kak Mai tengok apa ni? Carilah cerita best-best sikit.” Fareez mengomel. Cerita Indon bakal kakak ipar aku tengok? Banyak-banyak siaran, sinetron dipilih. I can’t believe it! Stok jiwang ke apa?

“Nah, tengoklah sendiri.” Aku letak remote astro atas meja kaca. Fareez terus rampas lalu buka siaran 611. Aku ternganga.

“Ultraman???!!!!!” Yana terkejut lihat siaran tv yang bertukar daripada astro ria kepada astro ceria. Terus dia tutup muka dengan majalah sambil gelak tertahan-tahan.

“Eh! Layan ultraman best apa?” Fareez bengang apabila gadis-gadis cantik mentertawakannya. Dahlah yang gelak tu buah hati. Aduh, sentap hati!

Farhan disebelah kulum senyum. Remote tv dirampas dari tangan adiknya. Siaran bertukar lagi. Kali ini AXN pula. Fuhh, CSI Miami tu. Fareez mencebik seraya peluk tubuh. Angah dengki! Keasyikan mereka terbantut apabila Yana bersuara.

“Abang Amirul memang suka tengok cerita siasat-menyiasat eh?” Yana menyoal.

Dia angguk. “Haah. Abang suka tengok cerita macam ni. Lebih mencabar daripada kartun ultraman.” Farhan menyindir Fareez. Sekali lagi ketawa tercetus. Kali ini lebih gamat. Makin cemberut muka Fareez. Uh.,.. makin sakit hati. Pedih! Sedih! Awek sendiri berbual mesra dengan abang sendiri. Dengan dia tak nak bercakap pula. Uhuk uhuk

“Emm Kak Mai pulak suka tengok cerita thriller, bunuh-bunuhan.”

Aku tersentak. Apa pula dikaitkan aku? Yana senyum manis. Senyum ada makna. Farhan pandang aku dengan kening jongket sebelah. Hmmm suka genre tu rupanya.

“Dan satu lagi…” Yana mula berdiri. “Kak Mai suka tengok wrestling dan kick-boxing.” Sakat Yana sebelum berlari naik ke atas bersama tawa kecil.

Wrestling????”




Part 2

MUKA tak berperasaan aku tayangkan saat melangkah masuk dalam pasaraya besar itu. Sebal rasanya. Pergi dengan mamat senget tu pulak! Dan kenapa mesti aku?! Apabila tiba di deretan troli yang panjang, Farhan pantas menarik satu troli lalu menyorongnya ke depan. Dia pun buat tak tahu aje dengan aku. Sentap hati! Aku membuntutinya dengan langkah malas. Kami tiba di rak sos cili, tomato, tiram. Farhan membelek botol sos Life dan tiram tersebut sebelum letak dalam troli. Kemudian matanya terangkat memandang aku. Aku pandang pelik. Apehal?

“Nah,” Kertas A4 putih yang berlipat diserah padaku. Aku jongket kening.

“Cari barang ni. Aku penat.” Ternganga aku dengar alasan dia. Penat???

“Aku bukan kuli kau okey!” baran terus aku dibuatnya. Eee suka-suka hati dia je.

Farhan senyum sinis. “Kau memang kuli aku. Sekarang cari barang yang mama perlukan. Aku penat drive. Tangan kaki aku lenguh.”

Sedih pula dengar dia cakap macam tu. “Pakai kereta auto pun penat ke?” masih tak puas hati, aku menyindir dia lagi. Kertas itu aku sambar dengan paksarela. Fuhh, banyaknya barang nak kena beli? Nak buat kenduri setahun ke apa?

Farhan mengeluh. “Kau belum try senanglah cakap. Bawa kereta memenatkan tambah lagi aku tak cukup tidur. Aku kalau boleh tadi nak naik motor je. Pergi sorang pun tak apa. Tapi dah mama kata pergi dengan kau. So, aku kena patuh arahan mama. Now jangan nak membebel, pergi cari barang tu sekarang!” kuasa veto sudah dikeluarkan. Nak tak nak terpaksa juga aku pergi. Sambil hentak-hentak kaki! Mencik cangat-cangat.

Farhan menggeleng saja. Macam budak-budak!

Satu per satu barang kucapai. Pen yang tersisip dalam kocek seluar aku gunakan. Mujur ada! Aku tick mana yang dah diambil. Nanti confuse dah ambil ke tidak. Sampai saja di bahagian sayur, aku terdiam. Terkebil-kebil biji mata pandang sayur yang menghijau itu.

“Apa tunggu lagi? Ambiklah cepat.” Suruh Farhan yang setia di belakang.

Teragak-agak tangan mencapai sayur kacang buncis yang berlambak dalam bakul. Terkial-kial aku mengambilnya sambil tangan kiri mengesat peluh di dahi.

“Ambil sayur pun berpeluh-peluh?”

Gulp!

Sindiran pedas menikam kalbu. Tertelan liur. Aku terus mencekut beberapa batang kacang buncis lagi tanpa mempedulikan soalannya. Maluuuu nak jawab! Habislah… runtuh saham aku. Satu satu kelemahan aku dirungkai. Olehnya!!!

Kedengaran suaranya berdecit sebelum merampas kacang buncis dalam tangan aku. Aku tersentak! “Nak cari sayur kacang buncis, cari yang kurus dan hijau. Bukan gemuk-gemuk. Tu dah masak sangat tak pun dalamnya ada ulat.” Ujar Farhan tanpa memandang.

Aku angguk. Ohh… macam tu rupanya. Patutlah dia letak balik mana yang aku dah capai tadi. Semuanya gemuk! Eee ada ulat! Geli.

“Pernah tak mama kau suruh beli sayur… sendiri?” Farhan toleh padaku. Aku menggeleng perlahan.

“Pernah tengok mama kau pilih sayur?” Pun sama. Aku menggeleng juga.

Farhan mengeluh lagi. Apa punya spesies manusia la dia ni? “Langsung tak pernah? Even once?”

Gelengan yang diterima kali ketiga buat dia rasa nak hentak kepala dekat botol sos cili! MasyaAllah… aku ingat lelaki je pemalas, rupanya perempuan pun malas? Apa nak jadi dengan dunia sekarang pun aku tak tahu.

Farhan mengatur nafas dengan sempurna. “Okey, sebelah kau tu sayur apa?” pelan-pelan aku toleh kiri. Sayur yang diikat getah dan dilonggokkan dengan teratur. Aku geselkan tapak tangan. Tengkuk pula kugaru. Kemudian pipi.

“Aku tanya tu sayur apa. Yang kau tergaru-garu tu asal?” bingung Farhan jadinya. Semua tempat nak digaru!

Aku sengih sambil garu pipi. Tertunduk-tunduk menutup segan yang bertapak lama di hati. “Err… sebenarnya… aku… tak tahu.” Duuuh! Ego yang tinggi melangir runtuh terus dengan panahan petir dari Farhan. Nyata dia terkejut sama sekali. Sawi pun tak kenal??? Masak ah macam ni. Macam mana nak kahwin kalau gini gayanya????

Aku rasa nak sorok muka dari dilihat manusia. Entah kenapa rasa malu yang teramat sangat! Terngiang-ngiang suara orang memerli, menyindir dan mengejek walhal itu hanya halusinasi. Farhan tidak lagi bertanya apa-apa tetapi dia sekejap menggeleng dan senyum. Aku tidak pasti apa yang difikirkannya. Dan pengajaran yang aku dapat hari ini… setiap manusia bergelar wanita harus tahu, bukan harus tahu aje malah wajib ambil tahu barangan di dapur! Setinggi mana pun pelajaran kita, sampai Hollywood ke Malaywood ke yang pastinya kita akan ke dapur juga suatu hari nanti. Mula daripada sekarang. Ubah. Insaf! 

Nampaknya aku bakal disindir oleh mulut pedas naga itu. Habislah......... uhuk uhuk.



p/s : assalamualaikum.. here teaser 58... insyaAllah kalau sempat miss masukkan full... esok atau Sabtu before miss pergi holiday for two weeks or more... hope you guys enjoy :) 

p/s : Baihakki still dalam mood. Susah nak lepaskan. Haha :p

p/s : for those yg me-register-kan diri utk jd ahli terima kasih byk2 miss ucapkan. Terharu. Genap 100 tuuu! I can't believe it. Thanks korg. Entri ni sbg hadiah tanda terima kasih dr miss :) 

p/s : utk pembaca yg nak miss lawat blog dorg, boleh letak link di bhgn komen. Miss akan follow kalau sempat sebelum gerak Sabtu ni. (masa cuti tak dpt buka blog and etc :( tggu la lpas raya Cina maybe, baru boleh buka. uhuk uhuk... )

6 comments: