Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Tuesday, 3 December 2013

Teaser Prince Charming + Budak Nakal + Suami?? 2


Waktu menunjukkan pukul 2 petang. Pelajar-pelajar khususnya yang akan mengambil kertas peperiksaan baru sahaja menghabiskan kelas tambahan. Setiap hari mereka akan pulang lambat ke rumah untuk mengulangkaji pelajaran seperti jadual yang ditetapkan oleh guru. Hal seperti ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Ibu bapa juga sudah maklum dengan perkara ini. Maka mereka tidaklah berasa susah hati dengan ketiadaan anak-anak dirumah. Dalam ramai pelajar itu, terselit seorang pelajar yang tiada kena mengena dengan kelas tambahan. Malah, dia tidak mengambil kertas peperiksaan pun.

Iman duduk di kerusi kayu beratapkan cendawan besar yang dicat warna hijau, melindunginya daripada sinaran matahari yang terik. Buku-buku berselerakan di atas meja. Modul yang guru-guru berikan juga ada sama. Iman mencoretkan sesuatu di atas kertas putih yang sudah dilipat menjadi enam bahagian. Tampak sibuk benar!

Sambil itu matanya mengerling buku teks sains ditepi. Tangan laju melarikan mata pen berdakwat biru itu. Sibuk sangat sehinggakan orang di sekeliling tidak dihairaukan. Yang penting apa yang mahu ditulis tercapai. Kalau kat rumah, jangan harap ada masa jika adiknya ajak main badminton. Dia memang alah dengan benda tu!

Dalam pada itu, susuk tubuh Iman diperhatikan oleh seseorang dari arah jauh. Danish mengerutkan dahi, berpeluk tubuh sambil bersandar di tiang. Hairan dia melihat gadis itu. Sepatutnya waktu sebegini, semua pelajar sesi pagi pulang digantikan dengan pelajar sesi petang. Namun gadis itu masih belum pulang. Tampak sibuk sangat dirinya. Macam dia yang nak ambil periksa! Danish masih belum pulang lagi kerana menunggu Tan Sri Othman yang sedang bermesyuarat. Dia baru saja melepaskan gian di tandas.

"Apesal minah ni belum balik lagi?" soalnya perlahan.


Danish mengerling jam ditangan sekilas sebelum bergerak ke arah cendawan besar itu. Tempat itu adalah tempat untuk pelajar mengulangkaji pelajaran, untuk istirehat disamping melapangkan fikiran melihat keindahan alam semula jadi. Ada air pancut bersama pokok-pokok bunga yang segar dan berwarna warni. Maka tidak hairanlah jikalau mereka semua suka melepak disini.

"Ehem!"

Iman tersentak. Badannya terangkat sedikit kerana terkejut. Pantas dia berpusing.

Gulp!

Iman terlopong. Alamak! Apesal dia ada kat sini pulak?!

Danish merenungnya sebelum duduk di kerusi yang bertentangan. Iman diam saja. Kerjanya juga sudah terhenti. Pandangan statik menghadap mamat dihadapan ini.

"Apesal kau tak balik?" soal Danish serius. Gaya macam nak minta hutang!

Iman mencebik. Apesal nak tahu? Sibuk aje!

"Apesal?" soalnya lagi mahu jawapan pantas.

"Banyak kerja." jawabnya pendek. Malas nak layan.

Danish tersenyum sinis. "Banyak kerja ke banyak masalah?"

Iman hanya diam. Dia meneruskan kembali kerja yang terbengkalai. Soalan lelaki itu dibiarkan berlalu. Biar dia cakap seorang diri. Kalau ada orang nampak, orang akan beranggapan Danish gila. Ketawa Iman dalam hati.

Danish berang. Kertas ditangan Iman direntap kuat. Iman terkejut.

"Hey!"

"Aku tanya kau tak nak jawab! Biar aku cakap macam dengan tunggul. So, jadi ini ajelah cara yang bernas." ujar Danish selamba. Hatinya mahu ketawa melihat wajah berang Iman. Apa salahnya usik-usik dengan budak ni kejap sementara menunggu papa habis mesyuarat. Lagipun dia bosan. Inilah masanya untuk berseronok! Kawan-kawan yang lain semua sudah pulang. Laptop sudah dia buka tadi. Tak ada apa-apa yang menyeronokkan! Asyik politik, gosip. Entah pape entah! Usik minah ni lagi best.

"Apesal awak nak tahu saya balik lambat ke tak? Sibuk aje." bentak Iman memasamkan muka.

"Memang aku sibuk. Sibuk sebab engkau." kata-kata Danish menjentik tangkai hatinya. Terasa jantungnya berdetak lain daripada yang lain. Sebab aku? Maksudnya?

"Hoi! Aku tanya mengelamun!" Danish mengetuk kepala Iman dengan fail. Kuat!

Aduh!! Sakitnya! Kurang asam betul! Fail baru beli tu. Mahal lagi! Tanda harga pun belum cabut.

"Apahal awak ni? Sakit tahu tak?" berang Iman. Serasa mahu menghentak lelaki itu dengan kerusi kayu yang didudukinya. Biar benjol! Eee!! Terganggu dia seketika.

Danish mengejek percakapan Iman lalu tergelak. Ingat aku hairan sangat? Emm.. tanda harga pun tak cabut lagi. Nampak sangat baru beli dari kedai. Danish membelek fail kepunyaan gadis itu bersama memek muka. Entah apa yang dia kutuk dalam hati.

"Kau pergi sekolah naik apa?" Danish masih mahu berbual. Dilihat Iman seperti malas mahu melayan. Aku akan buat apa saja asalkan kau bercakap!

"Walking,"

"Jalan kaki?"

"Habis tu jalan guna hidung ke?" perli Iman. Mata mengerling Danish yang terpempan.

Danish terkedu. Aik? Boleh tahan minah ni loyar buruk dengan aku!

"Kau memang pandai menjawab, kan?"

"Dah awak tanya, saya jawablah." ujar selamba Iman tanpa memandang. Fokusnya di buku sains.

Danish mengetap bibir. Terkena lagi.

Entah kenapa hari itu Iman terasa mahu menyindir lelaki itu. Terasa suka menyakatnya. Selalu lelaki itu yang kenakan dia. Buli dia. Namun tidak pada hari ini. Iman tersenyum sinis. Yes!



"NANTI laporan itu saya hantar ke meja cikgu," ucap Puan Zubaidah sambil menunduk. Semua guru telah pun keluar dari bilik mesyuarat 2 minit yang lepas. Tak sabar nak balik agaknya! Lagipun cuaca hari ini agak panas berbanding semalam. Jadi tak hairanlah kalau mereka semua nak balik. Ada alibi yang kukuh.


"Terima kasih, Cik Zu." Tuan pengetua menunduk hormat. Mereka berpisah sebaik saja Tan Sri Othman berdiri di depan dewan sekolah. Puan Zubaidah sudah menghala ke arah lain. Tan Sri Othman memerhatikan dewan sebelum berlalu ke tempat parkir kereta. Dia melihat terdapat kesan retak di penghujung dinding. Juga ada yang sudah terkopek dan bersepah di lantai. Mesti telefon tukang betulkan nanti jadi lain pula! Fikirnya.


Kemudian dia berjalan ke arah tingkap di tepi dewan. Dia menolak tingkap gelap itu. Mahu check saja. Mana tahu kalau ada kerosakan ke atau benda asing tersendal ke. Senang dia nak telefon tukang betul. Terdapat contengan di tingkap itu yang dikesan Tan Sri Othman. Hmm... budak-budak ni tak serik-serik! Sedang dia menolak tingkap disebelah, matanya menangkap satu pasangan yang cukup mesra. Terhenti tangannya dari memegang tingkap itu. Matanya masih mencerun ke arah mereka berdua yang rasa-rasa dia kenal.

Kelihatan Danish tergelak sakan di bawah cendawan besar bersama seorang gadis yang membelakanginya. Tampak seperti Danish yang mengacau budak perempuan itu bila melihatkan gadis itu marah-marah. Tan Sri Othman hairan. Bagaimana anaknya itu boleh ketawa seperti itu? Setahunya dia tak akan ketawa begitu bila bersama perempuan kecuali mamanya dan adik-adik sepupunya saja. Itu pun boleh dikira berapa saat dia gelak. Kali ini tidak. Amat berbeza.

Tan Sri Othman melangkah perlahan-lahan ke arah pasangan 'bahagia' itu bersama tangan di belakang. Muka serius dipamerkan. Siap Danish dengan papa!



"DANISH! Bagi baliklah! Nak buat kerjalah!" marah Iman. Dari tadi Danish mengganggunya. Dia nak buat kerja pun tak senang. Ada aje gangguan! Macam lalat! Lalat pun tahu kalau orang marah. Tapi mamat senget ni memang tak makan saman! Berbuih mulut mengatakan jangan ganggu, dia tetap mengganggu. Eee!!


Danish menjelirkan lidah. "Ambillah kalau dapat." Suka benar dia mempermainkan gadis itu.


Iman menghentakkan kaki. Eee!! Nak aje aku ambil lesung batu kat rumah, lepas tu hempuk kat kepala! Menyirapnya!!!

"Danish, bagi baliklah! Saya nak buat ni!" Iman cuba untuk mengambil kertas A4 yang berada di tangan Danish. Namun Danish pantas melarikannya ke tempat lain. Terdengar suara Danish tergelak besar bila melihat wajah Iman yang mencuka. Dia memberikan kertas A4 itu perlahan-lahan namun ditarik balik membuatkan Iman berang. Dia bangun mahu mengambil fail. Hendak hentak! Baru saja dia hendak 'mengajar' lelaki tak betul itu. Kedengaran dehaman seseorang membantutkan aksi mereka.


Iman pantas berpaling. Terkejut dia pabila melihat wajah tuan pengetua yang memandang tajam ke arah kami. Jantungnya berdebar sakan. Terasa mahu tercabut pun ada. Iman duduk lalu menunduk.

Danish pula tergamam. Dia cepat-cepat mengembalikan kertas A4 milik Iman. Lepas itu dia mengangkat kedua belah tangan. Surrender! Ceh! Taktik kotor!




p/s : assalamualaikum hari ni miss rajin 'sikit'. hehehe ni haa nak up entri bagi sesiapa yg merindui Prince Charming Muhammad Rayyan Danish. Asyik Farhan je kan? hahaha jgn marah die hard fans Farhan okey!  Kalau adelah yg rindu dgn PCBNS ni silalah baca. Takde takpe. (tangan dibahu, mata ke atas. hohhh) anyway, hope enjoy :)

p/s : 

4 comments: