“AWAK!
AWAK! TUNGGU!”
Jeritan
Iman dari arah belakang membantutkan ikatan tali sepatu sekolahnya. Danish mendengus
sebelum membalas sahutan perempuan itu.
“Kau nak
apa lagi ni? Aku nak cepat pergi sekolah la.” Danish bersuara malas.
Iman
membetulkan tudung dan beg selimpangnya sambil berlari laju kea rah Danish. Sepatu
sekolahnya yang berada di rak dicapai lalu disarung ke kaki. Waktu itu Danish
sudah menghidupkan enjin motorsikal LC miliknya.
“Danish,
tunggu!” Iman menjerit lagi. Kali ini agak kuat berbanding tadi. Danish rasa
nak hantuk kepala dekat dinding. Apalagilah yang perempuan ni nak? Aku nak
cepat pergi sekolah la! Daripada tadi tak habis-habis tunggu tunggu! Aku pun
menunggu juga tadi apa yang dia nak cakap tapi tak cakap apa-apa pun. Sewel betullah
minah ni.
“Danish…
err… saya… saya…” Iman tergagap-gagap nak cakap. Malu melanda diri.
Danish mencerun
tajam anak mata Iman hingga membuatkan gadis itu gerun sebentar. Panahan Danish
seperti burung helang nak terkam mangsa!
“Kalau
nak cakap please cepat dan jangan sangkut-sangkut! Kau ingat iklan tv ke aku
duk tercongok semata-mata nak dengar ‘saya! saya!’ kau tu. Cepatlah cakap!”
lantang suara Danish di garaj kereta kediaman papa dan mama. Berangnya menjadi-jadi
apabila Iman mengambil keputusan mendiamkan diri dan menunduk. Lembik betullah
minah ni!
“Cakap
sikit nak tunduk, marah sikit cengeng! Menangis je kerja kau. Haa nak cakap apa
tadi? Aku dah lambat nak pergi sekolah kau tahu tak?” Danish masih membebel
walaupun tidak sekeras dan setegang tadi. Rasa simpati pada gadis itu. Iman,
jampi apa yang kau dah buat dekat aku sampai aku tak betah tengok kau sedih ni…
“Saya…
saya… nak tumpang awak. Saya tak ada kenderaan.” Akhirnya suara emas Iman
diluah juga. Suara lirihnya menggamit perasaan Danish untuk terus merenung
gadis itu meskipun masa terus berjalan.
“Kau naik
dengan papa aje la. Kang orang nampak kau dengan aku naik motor sekali, dia
orang fikir lain. Kau tahu je la. Perkahwinan kita hanya diketahui oleh family kau dan family aku sahaja. Aku tak nak ambik risiko kalau ada bebudak
sekolah kita nampak kita bersama.” Jelas Danish. Dia takut kalau kawan-kawan
dia ternampak. Biarpun mereka tahu Danish sudah bernikah akibat malam itu tapi
dia khuatir kawan-kawannya akan mengusik. Dan Danish tak bersedia untuk dijadikan
bahan menyakat.
Iman mengeluh
lemah. Bukan dia tidak mahu meminta papa hantarkan tapi dia rasa canggung. Berat
mulut nak meminta. Dengan Danish dia rasa selamat meskipun pernah naik kereta
bersama walau sekali. Dia dah biasa dengan Danish. Mulut tu je la yang kepoh
mengalahkan murai sikit kalau diberi peluang bercakap. Tapi overall Danish
menyelamatkan keadaan. Sabar aje la dapat suami macam ni…
“Saya
segan nak naik dengan papa awak.” Danish kerut dahi. Nak naik pun segan? Tang mana nak segannya? Bawa mertua awak
jugalah… aurat dengan papa seperti ayah kandung sendiri…
“Tak
apalah kalau awak tak sudi nak tumpangkan saya. Saya jalan kaki aje la.” Putus Iman
apabila lelaki itu tidak bersuara. Iman memusing tubuh. Bukan dia mengugut tapi
dia masih tak selesa hendak menaiki kereta mewah dan tidak betah menunggu lama
dalam rumah mewah itu kalau tiada Danish. Danish seperti jambatan untuk dia
bercakap dengan keluarga mertuanya. Kalaulah malam itu aku tak pergi, pasti
hidup aku aman sekarang… menyesal aku ikut Neeta… hasutan kawan lima hari…
sudahnya aku sendiri yang menanggung padah… sampai bila semua ini akan terus
dirahsiakan? Aku sendiri tidak pasti. Hati Iman berkata sendirian. Kakinya terus
melangkah tanpa memikir sekolah itu jauh bagi pejalan kaki.
Danish
yang melihat wajah sugul Iman tidak sampai hati hendak biarkan. Keselamatan isterinya
kini dibawah jagaannya biarpun bukan kerelaan hati. Danish memejam mata. Aduh! Kusut!
Kusut! Sampai bila nak bertahan, Nish?!
“Kau
boleh naik dengan aku.”
Suara Danish
menghentikan langkahnya. Pantas Iman mendongak lalu berpaling. Danish sedang
menyarung helmet ke kepalanya. Kemudian dia menggerakkan motor sampai ke tempat
dimana Iman berdiri.
Tangan dihulur.
“Bak beg kau.” Pintanya. Iman yang
masih terkedu tanpa sedar menurut. Beg selimpangnya diberikan pada Danish lalu
diletakkan dalam raga motor.
“Kau
pergi ambik helmet satu lagi dalam rak sebelah rak kasut.” Suruh Danish tanpa
memandang. Beg selimpang Iman dibetulkan dalam raga.
Iman
terus berlari dan mencapai helmet seperti yang diarahkan. Kemudian dia kembali
semula ke motor. Iman cuba nak kuncikan tali topi keledar tapi tak jalan. Iman ketap
gigi sebelum cuba lagi. Pun sama. Apa yang ketat sangat ni?
Danish
pandang. Serasa dia nak hentak betul-betul kepala dekat dinding. Pakai helmet
pun tak reti??? Wei minah ni asal dari mana ni???
“MasyaAllah
itu pun terkial-kial. Tak pernah aku jumpa manusia macam kau. Pakai helmet pun
tak reti!” kutuk Danish bertubi-tubi.
Iman
redha. Nak buat macam mana? Kat rumah dia pun bukan ada motor. Apatah lagi
helmet. Dia pernah naik motor pun dua kali aje. Masa dikampung dengan arwah
atuk. Memang orang akan cakap dia kuno. Dah lama tak pakai okey!!! Fahami ayat.
Danish
selesai menguncikan tali topi keledar milik Iman. Wajah Iman yang kemerahan itu
diintai. Tu pun nak malu ke? Aiseh… aku pun sama jugak. Menggigil tangan. Muka Iman
sempat ditilik tadi. Haish… kalau tak mengingatkan dia masih bersekolah dah
lama dah… selamat!
“Dah,
naiklah. Kau nak tunggu apalagi?” bengang Danish bila Iman tak naik-naik. Asyik
menunduk aje. Apa je yang ada dekat marmar tu? Muka aku yang hensem tak mahu
tengok. Lantai ditengoknya. Masa dah makin bergerak. Kira-kira dah 10 minit dia
masih berada dikawasan yang sama.
Iman
menghamoir motor. Dia terkial-kial nak naik. Berkali-kali dia cuba tapi tak
dapat. Apalah malang nasib. Danish pejam mata. Harus aku buka kelas ‘Cara-cara
memakai topi keledar dan menaiki kenderaan bermotosikal’ nanti kalau dah begini
gayanya.
“Pegang
bahu aku, pijak tempat pemijak dan duduk. Perlahan-lahan.” Nak tak nak Danish
terpaksa juga cakap. Alahai.. bendul pulak bini aku pepagi ni. Apahal kau Iman
Syuhada? Tak pernah jumpa motor ke? Aduilah…
Iman
menurut meskipun kekok. Hampir dia tersadung ke tubuh Danish akibat kain
tersangkut. Hish! Mesti Danish fikir aku tak reti naik motor. Hello, kalau pakai kain memang susah nak
naik la! Lainlah seluar. Apa ingat aku ni tak pernah naik motor ke? Iman
mendongkol geram.
Danish
terus press motor memandangkan
isterinya sudah duduk dibelakang. Iman yang tak bersedia terperanjat lantas
memeluk tubuh Danish. Kuat!
Gulp! Danish
terpaku.
p/s : assalamualaikum... haa ni entri suka2.. habis kpvst miss akan up yg ni pulak... skg nak panaskan + penatkan jari hehehe
Nak lagi miss cs..Hehehe *kebulur*
ReplyDelete