Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Saturday, 7 December 2013

Entri Melepas Rindu Rayyan Danish dan Iman Syuhada 3

“AWAK! AWAK! TUNGGU!”

Jeritan Iman dari arah belakang membantutkan ikatan tali sepatu sekolahnya. Danish mendengus sebelum membalas sahutan perempuan itu.

“Kau nak apa lagi ni? Aku nak cepat pergi sekolah la.” Danish bersuara malas.

Iman membetulkan tudung dan beg selimpangnya sambil berlari laju kea rah Danish. Sepatu sekolahnya yang berada di rak dicapai lalu disarung ke kaki. Waktu itu Danish sudah menghidupkan enjin motorsikal LC miliknya.

“Danish, tunggu!” Iman menjerit lagi. Kali ini agak kuat berbanding tadi. Danish rasa nak hantuk kepala dekat dinding. Apalagilah yang perempuan ni nak? Aku nak cepat pergi sekolah la! Daripada tadi tak habis-habis tunggu tunggu! Aku pun menunggu juga tadi apa yang dia nak cakap tapi tak cakap apa-apa pun. Sewel betullah minah ni.

“Danish… err… saya… saya…” Iman tergagap-gagap nak cakap. Malu melanda diri.

Danish mencerun tajam anak mata Iman hingga membuatkan gadis itu gerun sebentar. Panahan Danish seperti burung helang nak terkam mangsa!

“Kalau nak cakap please cepat dan jangan sangkut-sangkut! Kau ingat iklan tv ke aku duk tercongok semata-mata nak dengar ‘saya! saya!’ kau tu. Cepatlah cakap!” lantang suara Danish di garaj kereta kediaman papa dan mama. Berangnya menjadi-jadi apabila Iman mengambil keputusan mendiamkan diri dan menunduk. Lembik betullah minah ni!

“Cakap sikit nak tunduk, marah sikit cengeng! Menangis je kerja kau. Haa nak cakap apa tadi? Aku dah lambat nak pergi sekolah kau tahu tak?” Danish masih membebel walaupun tidak sekeras dan setegang tadi. Rasa simpati pada gadis itu. Iman, jampi apa yang kau dah buat dekat aku sampai aku tak betah tengok kau sedih ni…

“Saya… saya… nak tumpang awak. Saya tak ada kenderaan.” Akhirnya suara emas Iman diluah juga. Suara lirihnya menggamit perasaan Danish untuk terus merenung gadis itu meskipun masa terus berjalan.

“Kau naik dengan papa aje la. Kang orang nampak kau dengan aku naik motor sekali, dia orang fikir lain. Kau tahu je la. Perkahwinan kita hanya diketahui oleh family kau dan family aku sahaja. Aku tak nak ambik risiko kalau ada bebudak sekolah kita nampak kita bersama.” Jelas Danish. Dia takut kalau kawan-kawan dia ternampak. Biarpun mereka tahu Danish sudah bernikah akibat malam itu tapi dia khuatir kawan-kawannya akan mengusik. Dan Danish tak bersedia untuk dijadikan bahan menyakat.

Iman mengeluh lemah. Bukan dia tidak mahu meminta papa hantarkan tapi dia rasa canggung. Berat mulut nak meminta. Dengan Danish dia rasa selamat meskipun pernah naik kereta bersama walau sekali. Dia dah biasa dengan Danish. Mulut tu je la yang kepoh mengalahkan murai sikit kalau diberi peluang bercakap. Tapi overall Danish menyelamatkan keadaan. Sabar aje la dapat suami macam ni…

“Saya segan nak naik dengan papa awak.” Danish kerut dahi. Nak naik pun segan? Tang mana nak segannya? Bawa mertua awak jugalah… aurat dengan papa seperti ayah kandung sendiri…

“Tak apalah kalau awak tak sudi nak tumpangkan saya. Saya jalan kaki aje la.” Putus Iman apabila lelaki itu tidak bersuara. Iman memusing tubuh. Bukan dia mengugut tapi dia masih tak selesa hendak menaiki kereta mewah dan tidak betah menunggu lama dalam rumah mewah itu kalau tiada Danish. Danish seperti jambatan untuk dia bercakap dengan keluarga mertuanya. Kalaulah malam itu aku tak pergi, pasti hidup aku aman sekarang… menyesal aku ikut Neeta… hasutan kawan lima hari… sudahnya aku sendiri yang menanggung padah… sampai bila semua ini akan terus dirahsiakan? Aku sendiri tidak pasti. Hati Iman berkata sendirian. Kakinya terus melangkah tanpa memikir sekolah itu jauh bagi pejalan kaki.

Danish yang melihat wajah sugul Iman tidak sampai hati hendak biarkan. Keselamatan isterinya kini dibawah jagaannya biarpun bukan kerelaan hati. Danish memejam mata. Aduh! Kusut! Kusut! Sampai bila nak bertahan, Nish?!

“Kau boleh naik dengan aku.”

Suara Danish menghentikan langkahnya. Pantas Iman mendongak lalu berpaling. Danish sedang menyarung helmet ke kepalanya. Kemudian dia menggerakkan motor sampai ke tempat dimana Iman berdiri.

Tangan dihulur. “Bak beg kau.” Pintanya. Iman yang masih terkedu tanpa sedar menurut. Beg selimpangnya diberikan pada Danish lalu diletakkan dalam raga motor.

“Kau pergi ambik helmet satu lagi dalam rak sebelah rak kasut.” Suruh Danish tanpa memandang. Beg selimpang Iman dibetulkan dalam raga.

Iman terus berlari dan mencapai helmet seperti yang diarahkan. Kemudian dia kembali semula ke motor. Iman cuba nak kuncikan tali topi keledar tapi tak jalan. Iman ketap gigi sebelum cuba lagi. Pun sama. Apa yang ketat sangat ni?

Danish pandang. Serasa dia nak hentak betul-betul kepala dekat dinding. Pakai helmet pun tak reti??? Wei minah ni asal dari mana ni???

“MasyaAllah itu pun terkial-kial. Tak pernah aku jumpa manusia macam kau. Pakai helmet pun tak reti!” kutuk Danish bertubi-tubi.

Iman redha. Nak buat macam mana? Kat rumah dia pun bukan ada motor. Apatah lagi helmet. Dia pernah naik motor pun dua kali aje. Masa dikampung dengan arwah atuk. Memang orang akan cakap dia kuno. Dah lama tak pakai okey!!! Fahami ayat.

Danish selesai menguncikan tali topi keledar milik Iman. Wajah Iman yang kemerahan itu diintai. Tu pun nak malu ke? Aiseh… aku pun sama jugak. Menggigil tangan. Muka Iman sempat ditilik tadi. Haish… kalau tak mengingatkan dia masih bersekolah dah lama dah… selamat!

“Dah, naiklah. Kau nak tunggu apalagi?” bengang Danish bila Iman tak naik-naik. Asyik menunduk aje. Apa je yang ada dekat marmar tu? Muka aku yang hensem tak mahu tengok. Lantai ditengoknya. Masa dah makin bergerak. Kira-kira dah 10 minit dia masih berada dikawasan yang sama.

Iman menghamoir motor. Dia terkial-kial nak naik. Berkali-kali dia cuba tapi tak dapat. Apalah malang nasib. Danish pejam mata. Harus aku buka kelas ‘Cara-cara memakai topi keledar dan menaiki kenderaan bermotosikal’ nanti kalau dah begini gayanya.

“Pegang bahu aku, pijak tempat pemijak dan duduk. Perlahan-lahan.” Nak tak nak Danish terpaksa juga cakap. Alahai.. bendul pulak bini aku pepagi ni. Apahal kau Iman Syuhada? Tak pernah jumpa motor ke? Aduilah…

Iman menurut meskipun kekok. Hampir dia tersadung ke tubuh Danish akibat kain tersangkut. Hish! Mesti Danish fikir aku tak reti naik motor. Hello, kalau pakai kain memang susah nak naik la! Lainlah seluar. Apa ingat aku ni tak pernah naik motor ke? Iman mendongkol geram.

Danish terus press motor memandangkan isterinya sudah duduk dibelakang. Iman yang tak bersedia terperanjat lantas memeluk tubuh Danish. Kuat!


Gulp! Danish terpaku.


p/s : assalamualaikum... haa ni entri suka2.. habis kpvst miss akan up yg ni pulak... skg nak panaskan + penatkan jari hehehe

1 comment: