Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Friday, 8 November 2013

Entri Suka-Suka 2

“ITU kawan Liya?” Tanya Abang Asrul sambil mata menala ke arah gadis bertudung merah jambu itu.

Wana mengangguk tanpa memandang. Fokusnya hanya di kaca tv. Drama Filipina kegemarannya disiarkan. “Haah. Kawan Liya dekat sekolah. Duduk pun sebelah menyebelah. Kita orang kamceng gila.” Jawab Wana.

“Manis...”

Terpacul perkataan itu dari bibir Abang Asrul membuatkan Wana cepat memaling wajah menghadapnya.

“Apa Abang Arul cakap tadi?”

“Abang cakap dia manis. Cantik. Comel. Cuma…”

“Cuma apa?”

“Dia dah berpunya ke? Someone special?” soal Abang Asrul laju.

Wana membuntangkan mata. “Abang Arul, tak payah mimpi la nak tackle dia. Dia dah berpunya. Dah ada tunang pun. Lagi kacak dari Abang Arul.” Wana menghirup air sirap.

“Dah bertunang?????” bagai tertelan biji durian. Wajah Abang Asrul terkejut itu menggelikan hati Wana. Serentak dia tergelak besar.

“Asal Liya ketawa?”

“Taklah. Muka abang tu tak boleh blah.” Ujar Wana jujur. Sungguh perut dia tegang sebab ketawa banyak. Hailah Abang Asrul ni…

“Liya jangan nak tipu abang la. Takkan baru lepas habis SPM terus tunang? Ingat ni cerita zaman dulu kala ke family duk buat macam tu?” geram Abang Asrul apabila adik angkatnya itu asyik gelak saja tak ingat dunia.

Betullah. Buat apa Liya nak tipu pulak.” bidas Wana tak mahu mengalah.

I don't believe it. 10 Liya cakap, 1 pun tak boleh dipercayai. Abang rasa abang lagi kacak daripada tunang Mai tu.” Abang Asrul mengusap dagunya yang licin itu. Wana mencebik meluat. Perasan betul abang angkatnya yang sorang ni.

Wana berdeham. “Kalau abang tak percaya, abang tengok ni.” Wana mengeluarkan handphone lalu diunjukkan pada Abang Asrul yang setia menanti. “Nah! Tengok sendiri.”

Abang Asrul mengambil telefon bimbit tersebut. Ibu jarinya menyentuh skrin. Biji matanya bagai terjojol keluar. Humairah anggun dengan sepersalinan baju kurung. Duduk berteleku di atas katil sambil jemari kanannya dipegang oleh seseorang perempuan sebaya ibunya. Gambar kedua dilihat Abang Asrul lagi. Cincin emas putih tersarung indah dijari manis Humairah yang terunduk malu. Gambar ketiga dibuka. Ada seorang lelaki yang memang tak dapat dinafikan kekacakannya itu duduk disebelah Humairah.

“Betul ke ni, Liya?” wajah Wana yang merenungnya dipandang. Wana mengangguk laju.

“Ish! Tak percayalah abang. Ada juga family yang buat macam ni lagi sekarang.” Keluh Abang Asrul. Separuh hatinya kecewa kerana bukti sudah ada di depan mata. Baru dia nak menyunting bunga di taman. Akan tetapi bunga itu sudah dipagar dengan besi.

Wana tersenyum-senyum. “Frust ke, Abang Arul?” usiknya.

Abang Asrul menjeling. “Mahunya tak. Abang dah pasang angan-angan dah nak kahwin awal tahun depan.” Dia join sekaki membalas usikan gadis 17 tahun itu.

Wana tersedak. Dia pandang Abang Asrul dengan rasa tak percaya. “Abang nak kahwin dah? Dengan sape? Kak Ayu?” Bertubi-tubi soalan daripada mulutnya.

Abang Asrul menjeling lagi. “Apa pulak dengan Kak Ayu? Isk! Tak naklah abang.” Dia buat gaya geli-geleman. Sebut saja nama Ayu pasti tubuhnya terasa geli.

Wana ketawa terbahak-bahak. Tahu sangat Abang Asrul anti dengan Kak Ayu, perempuan berambut blonde dengan pakaian seksi menjolok mata. Kalau boleh nak bagi semua orang tengok aset-aset ditubuhnya. Tetapi dia kagum dengan wanita itu. Tidak kisah untuk mengurat lelaki seperti Abang Asrul yang hanya bekerja sebagai tukang masak di dapur kedai makan ini. Daripada mat rempit, terus bertukar menjadi chef di kedai makan sendiri. Satu perubahan yang paling bermakna untuk Aliyah Safwana.

Tiba-tiba saja pemuda di depannya itu tersenyum. Wana hairan. “Oit, bang. Asal senyum sorang-sorang ni?”

Abang Asrul tenung Wana yang berkerut dahi. “Tunang belum dikira sebagai isteri kan?” dia menyoal Wana.

Wana yang tak faham hanya menganggukkan kepala.

“So, kiranya abang masih ada peluang la untuk tackle dia.”

Wana keliru. “Tackle sape? Kak Ayu?” fikirannya blur tiba-tiba. Hanya Kak Ayu saja yang terlintas difikirannya tika ini.

Abang Asrul bangun lalu melibas punggungnya. “Nur Saffiya Humairah!” dia kemudian berlalu dari situ.

Wana hanya memandang sebelum tersedar. Wait! Wait! Abang Arul nak tackle Mai??? Oh noooo!! “Abang Arul!” jerit Wana geram.

Abang Asrul berpaling seraya mengenyitkan mata. Dia tersenyum nakal sambil menghampiri gadis bertudung merah jambu yang masih memilih makanan untuk disantap. Rancangan pertama harus berjalan lancar tanpa gangguan Wana.


Wana mengeluh kasar. Habislah kalau Abang Arul betul-betul berniat. Macam mana dia nak jawab kalau Farhan tahu tentang perkara ini? Matilah aku… Abang Arul ni teruklah! Wana mencapai straw lalu menghirup air sirap dengan rakus.



p/s : ehemmmm.... kalau miss masukkan entri ni dlm bab2 kpvst mahu dak? ke nak dijadikan sebagai entri suka2 je? yg putih2 melati tu memang suka2. miss tak masukkan dlm entri kpvst. tp yg ni mcm mne? komen anda amat dihargai :)

4 comments:

  1. masukkan entri ni tau miss..lebih mencabar fizikal dan mental..hehehe

    ReplyDelete
  2. bgus gak tue miss...ble tgok farhan jeles..asyik mai je jeles..

    ReplyDelete
  3. saya sokong itu x sabar nya‚klau bleh buat sampai tamat......

    ReplyDelete
  4. Aku ketuk jugak abg Asrul tu kang 😂

    ReplyDelete