Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Wednesday 22 May 2013

Teaser Sampingan Buat Penghibur Duka Lara


TEASER 1

“Terima kasih.”

Harez tersenyum seraya menganggukkan kepala. “Tak apa. Itu sudah menjadi tanggungjawab saya untuk bantu kawan yang berada dalam kesusahan walaupun bukan satu team.” Ujar Harez lembut.

Aku tersenyum malu. Hiks! Macam manalah aku boleh tak nampak batu sebesar itu sewaktu berjalan? Tu la. Asyik fikir pasal ‘abang’ pengawas itu je buat aku tak nampak dah apa-apa depan mata. Buat malu je! Nasib baik ada jejaka bernama Luqman Harez ini yang menolong. Kelakar agaknya aku jatuh tadi. Hee! Malu malu!

“Err... boleh tanya sikit tak?”

Harez mengangguk sambil memasukkan tangan dalam poket seluar trek kelabunya.

“Awak dari kelas mana, eh? Saya tak pernah nampak awak pun sebelum ni.” Aku bertanya dengan teragak-agak. Yalah! Dah tiga hari dekat hutan baru aku ternampak budak ni. Aku cuba mengingati wajah pelajar-pelajar yang tersenarai dalam kem ini. bukan sikit tau! Tapi banyak. Tak tercapai dek akal. Aku bukan kenal sangat mereka yang menyertai kem ini.

Harez tersenyum hingga terukir lesung pipit di pipi kirinya membuatkan aku terpanar. Jantungku tanpa kata terus berdebar sakan tak menentu. Ah sudah! Apasal jantung aku ni?

“Saya ada la dekat-dekat sini. Selalu nampak awak dengan kawan-kawan awak. Saya dari kelas Ibnu Sina, kelas Muzik.” Terang Harez lagi.

Aku angguk. Kisahnya... budak muzik? Wahh! Aku memang minat muzik tapi tak tahu macam mana nak main alat-alatnya. Bolehlah minta dia ajarkan. Hihi... Tapi kan, aku ada kemusykilan sedikit. Kenapa selama aku bersekolah di sekolah ini, aku boleh tak perasan budak ala-ala Cina ini? Mata aku rabun ke atau selama ini aku jalan pandang bawah? Sudah berapa bulan berlalu. Bukan aku tidak selalu berjalan ke kelas Ibnu Sina malah sering berulang untuk berjumpa dengan rakan-rakan. Widad, Effa dan beberapa penghuni asrama yang menjadi kenalanku turut sama dari kelas muzik. Pelik ni!

“Saya selalu perhatikan awak. Kadang-kadang saya lalu sebelah awak. Awak ada datang kelas saya tapi awak tak nampak saya. Saya duduk di hujung sekali dan saya pelajar baru. Tapi awak tak perasankan saya sebab saya tak sekacak ketua pengawas sekolah kita, tak semacho headprefect kita dan tak sepandai awak dari kelas atas. Saya dari kelas bawah. Tak ada siapa nak pandang. Tapi setelah sekian lama saya lihat air muka awak, jujur saya cakap saya sukakan awak.” Dengan tenang dan lancar pernafasannya, Luqman Harez menyatakan hasrat yang terbuku di dalam hati setelah sekian lama terpendam. Dengan kekuatan yang sedia ada, dia berani meluahkan.

Kenyataan yang terluah dari bibir lelaki membuatkan aku terkedu lantas tubuhku menjadi seperti jelly yang bila-bila masa saja akan jatuh tersembam ke tanah. Mujur ada Luqman Harez yang sempat memaut kedua-dua belah lenganku beralaskan sweater purple. Kakinya menahan kedua belah kakiku seperti agar-agar daripada terjatuh ke tanah.

“Humairah!!”

Satu jeritan yang maha kuat dari arah bertentangan mengejutkan kami berdua membuatkan aku memanggung kepala dan..... shocked!



TEASER 2

"KENAPA kau degil sangat ni? Kan aku dah cakap duduk aje dekat situ. Yang kau pergi juga kenapa?"

Marah Farhan. Mukanya yang putih menjadi kemerahan seperti udang panggang. Sambil dia marah, tangannya tetap laju bergerak mengurut kakiku yang terseliuh akibat terjatuh dalam sungai sewaktu hendak mencuci muka.

"Aku nak cuci muka je pun." aku tidak mahu mengalah.

"Kan aku dah cakap yang aku pergi ambil air. Kau tu tak sabar-sabar. Dah terjatuh, terseliuh, baru nak duduk diam!" bidas Farhan lagi.

Aku memuncung. Merajuk ah macam ni. Selalu sangat dia marah aku. Bukan aku sengaja pun nak terjatuh dalam air tu. Dah nak jatuh, kan? Tak sengaja hokey! Dia pula membebel aje dari tadi memarahi aku. Ni yang nak mengadu dekat Mama Hanani ni. Uhuk! Uhuk!

"Cakap sikit merajuk. Tegur sikit muncung." sindir Farhan.

Aku memalingkan muka ke arah lain seraya memeluk tubuh. Benci! Merajuk satu jam dengan kau! Hmmph!

Dalam masa yang sama Farhan serasa mahu ketawa melihat gaya merajuk Humairah seakan kanak-kanak kecil. Saja je dia cakap macam tu. Tak tahu pula tunangnya itu sekarang agak sensitif. Bukan dia tidak perasan setiap kali Ammylea dekat dengannya, wajah Humairah bertukar warna. Dan kadang kala dia suka menguji Humairah dengan menyindir dan memerli. Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu. Siapa tak sayang kekasih hati, beb!

"Aku tak nak kau rapat dengan sesiapa lepas ni."

Kata-kata yang terbit dari mulut Farhan kupandang dengan tanda tanya. Serius benar air mukanya tika ini. Wajah Farhan yang menunduk itu kutenung dengan rasa hairan.

"Apesal pulak? Habis tu, macam mana dengan kawan-kawan aku?" Eee! Entah apa-apa entah! Aku nak berkawan pun dia tak kasi? Ni sudah lebih. Kau ingat aku ni banduan, kena perintah berkurung? Aku dengan kau bukan ada pertalian apa-apa pun. Setakat bertunang bukan tiket kau untuk mengurung aku macam burung dalam sangkar. Lainlah kalau kita sudah diijabkabulkan.

Farhan berdecit. "Kawan-kawan yang aku dan kau kenal, aku tak kisah. Tapi yang aku tak kenal, jangan cuba-cuba nak rapat dan berkawan baik. Aku tak suka!" Tegas dia lagi.

Aku mula menghidu sesuatu bersama kerutan di dahi. Adakah dia...? "Are you jealous?"

Mata Farhan terangkat merenung mataku. Lama dan dalam tenungannya. Ya, Mai. Aku cemburu bila kau rapat dengan Luqman Harez, bukannya aku. Sepatutnya aku yang dapat perhatian kau, bukannya Luqman Harez. Aku tunang kau! Membuak-buak dada Farhan.

"Aku jeles? Dalam mimpi aje la." begitu selamba Farhan mengucapkan kata-kata itu tanpa memikirkan ada hati yang kecewa apabila ayat itu diucapkan.




p/s: ini ada 2 teaser yg saya ambil dari miss utk tatapan semua yg gila2 rindukan mai dan farhan (klu adlh bak kata miss cs). alhamdulillah mak miss cs sudah keluar dari hospital tetapi masih belum pulih sepenuhnya. miss cs juga masih belum ada masa utk buka blog. kerja miss cs semakin bertambah dan beliau sedang menguruskan kesihatan ibunya pula. bidang penulisan mungkin akan dihentikan seketika buat masa ini untuk menguruskan keluarganya. apa2 berita akan saya sampaikan pada anda semua. dan in shaa Allah kalau diizinkan Allah mak miss cs sembuh, maka miss akan berinteraksi dengan anda semua seperti dulu. maaf ya, chatbox rosak. nak komen, di bawah ya. tq.  --ALAMAYA--

2 comments:

  1. Kirim salam kt miss cs ye dik..didoakan semoga mak miss cs cepat sembuh...

    ReplyDelete
  2. harap mak miss cepat sembuh. dan miss blh update n3 baru tok kami..
    rindu sgt dengan farhan dan maira..serta kawan kawan diaorang....

    ReplyDelete