Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Thursday, 4 April 2013

Teaser Kasih Tidak Berbalas - GAMBAR



(gambar ni xde kena mengena... sje asha letak... jgn slh fhm ya... mksd GAMBAR di atas tuu utk cite yg dkat bwh ni... gambar perempuan menangis ni saja2 ;) )




KOTAK biru itu ditarik keluar dari stor. Pintu bilik dikuak dengan sebelah tangan manakala kotak itu berada dalam pelukan dan ditampung dengan tangan kanan. Selepas saja menutup pintu, kotak itu diletakkan atas lantai. Aku menghenyakkan punggung di sebelah katil. Peluh yang menitik di dahi dikesat menggunakan belakang tangan.

Ketukan di pintu membuatkan aku angkat kepala. Kepala Syikin sudah terjengul di muka pintu.

“Kak Fira, Kin dah sediakan air dengan pisang goring dekat bawah. Jom makan sama-sama!” ajak Syikin, budak sewa di bilik sebelah. Kerana rumah ini besar, maka lebih baik aku sewakan untuk mendapat kawan dan alhamdulillah ada yang sudi untuk menyewa dan orang itu adalah Asyikin Iskandar, pelajar Universiti Shah Alam.

Aku tersenyum. “Tak apalah. Syikin makan dulu. Akak nak kemas barang kejap. Nanti akak turun.” Ujarku.

“Okey tapi jangan lambat tau. Kalau lambat, pisang goreng habis jangan marah Kin.” Gurau Syikin.

Aku ketawa. “Nanti akak turun.” Yakinku. Syikin mengangguk lalu menutup semula pintu bilikku.

Aku merenung kotak biru ini. Sudah lama rasanya tidak mengorek barang-barang kepunyaanku semula. Rasa rindu dengan zamanku dulu. Namun semuanya telah menjadi lipatan sejarah dan tersemat dalam memori. Dengan bismillah aku membuka kotak tersebut. Satu per satu barang dikeluarkan. Segala jenis buku ada dalam kotak tersebut. Buku mengenai kesenian dan lukisan terlalu banyak kerana aku merupakan graduan dari fakulti kesenian. Entah kenapa aku berasa rindu dengan geng-geng sekepala denganku sewaktu di universiti dulu. Sama-sama buat research, sama-sama hang out, sama-sama buat kerja gila dan sebagainya. Aku memejam mata. Ah! Kalaulah boleh diputarkan semula masa itu, aku mahu mengulangi perbuatanku itu bersama kawan-kawanku.

‘Hmm, mimpi ajelah Afira oii! Kawan-kawan awak takkan nak punya sebab mereka semua sudah berkeluarga.’ Getus hatiku. Entah terbit rasa syahdu bila bercerita tentang keluarga. Kawan-kawanku sudah berderet anak. Aku aje yang masih solo. Masih menanti imamku yang entah bila akan muncul di depan mata. Ataupun sehingga akhir hayatku, tiada imam yang akan muncul. Bersangka baik, Afira. Bisik hatiku.

Buku yang telah dikeluarkan aku susun di tepi. Aku mengeluarkan majalah-majalah lama. Terbatuk dan terbersin aku jadinya bila habuk berterbangan di sekitarku selepas saja mengeluarkan majalah itu.

“Kurun ke berapalah aku tak buka semula kotak ni memanglah berhabuk jadinya.” Omelku sendiri. Sesekali aku bersin dan mengibas hidung bila habuk terbang sekali lagi. Hish!

Aku menyelak majalah yang kubeli dulu. Semuanya berkaitan wanita. Bagaimana mahu menjadi isteri solehah. Bagaimana mahu menjadi isteri penyejuk mata suami dan sebagainya. Banyak pula tu majalah yang aku beli semata-mata nak dapatkan tips-tipsnya tetapi semua itu hanya sia-sia. Aku tersenyum hambar. Majalah-majalah itu aku letakkan di sisi kiriku. Tanpa memandang, aku meraba ke dalam kotak itu. Aku gapai saja apa yang dapat kerana aku tidak mahu terbersin lagi memandangkan hidungku menjadi merah akibat bersin terlalu banyak. Terasa seperti bertali dan ada tempat pemegang, aku segera melihat.

‘Beg? Bila masa pula aku letak beg macam ini dalam kotak?’ Desis hatiku. Ingat-ingat lupalah pulak!

Tanpa melengahkan masa aku menarik tali beg sederhana kecil itu dan berteraburlah isinya di atas lantai tanpa sempat diselamatkan. Tergamam aku apabila melihat isi-isi itu. Tersandar aku di tepi katil dengan rasa tak bermaya. Aku pejam mata dan cuba menarik nafas lalu melepaskannya perlahan-lahan. Barang itu aku tenung dengan perasaan berbalam. Terketar-ketar tangan aku saat memegang satu bingkai putih berkerawang cantik yang sudah retak di atas lantai. Dengan kekuatan yang ada, perlahan-lahan aku membuka mata. Gambar perkahwinanku bersama lelaki itu.

Walaupun sudah 3 tahun berlalu, gambar kahwin itu tetap ada bersama tanpa aku sedari kerana selepas saja aku sah bercerai, segala barang kepunyaanku dikemaskan dalam kotak biru ini dan ada dua lagi kotak yang lain. Rupa-rupanya gambar-gambar kahwin ini aku campakkan di sini dan sesudah itu aku tidak lagi melihatnya.

Aku merenung wajah itu. Seraut wajah yang tidak langsung tersenyum saat majlis itu berlangsung. Namun masih kacak. Muka yang hanya tersenyum apabila dipaksa oleh datuknya. Itupun hanya sekejap. Teramatlah seksa untuk melihat dia senyum dengan relahati. Tapi aku faham. Takkan dia nak tersenyum saat tika hatinya luka parah. Luka kerana terpaksa dan dipaksa untuk mengahwini gadis mentah ini. Aku mengusap wajahnya dalam frame yang sudah retak seribu di bahagian tepi, betul-betul bahagian wajahku. Ada kisah disebalik bingkai yang sudah hancur di bahagian bawah itu.

“Kau ingat aku happy kahwin dengan kau? Kau ingat aku bahagia sangat nikahi engkau? Kau ingat aku akan terlompat-lompat gembira? Kau ingat aku suka?!!” tengking Izzat membuatkan tubuhku menggeletar. Sungguh aku tak pernah diherdik dan ditengking sebegini rupa. Abang, Kak Lina, ibu dan ayah pun tak pernah buat aku begini.

“Abang…”

Pang!

Satu penampar hinggap di pipi membuatkan tubuhku terdorong ke tilam empuk itu. Aku mengangkat muka memandang dia yang sedang menuding jari padaku. Pipi terasa sangatlah berpijar. Perlahan aku mengusap pipiku itu. Takungan sudah penuh. Menunggu masa untuk pecah melimpah. Sampai hati dia menamparku.

“Jangan sesekali kau panggil aku dengan panggilan tu! Kau ingat aku suka sangat dengar kau panggil aku ‘abang’? Geli tau tak?! Perempuan tak bermaruah macam kau tak layak panggil aku ‘abang’! Hey, jangan mimpilah! Seumur hidup aku, aku takkan benarkan kau panggil aku ‘abang’ kecuali Alina! Faham tak?! Hanya Alina!! Jijik aku dengar tau tak!” herdik Izzat buat kali kedua.

Tepat sekali jangkaanku, air mata menurun laju di pipi. Deras bagaikan bah. Sungguh tega dia menghina aku dengan mengatakan aku perempuan tak bermaruah. Dan paling menyedihkan lagi apabila mendengar perkataan jijik. Kotor sangatkah aku? Hina sangatkah diriku? Air mata semakin deras mengalir.

“Kau tak payah nak menangis la, Afira! Air mata palsu kau tu tak akan dapat mengubah apa-apa. Nothing! Kau menangis sampai keluar air mata darah sekalipun, aku takkan percaya! Sekarang kau puaslah sebab dah dapat kahwin dengan aku. Yalah, siapa tak nak jadi isteri CEO kan?” sinis sekali bicaranya merobek hatiku yang semakin parah.

“Abang jangan tuduh Afira melulu. Afira bukan macam tu.” Bantahku bersama sendu. Sungguh aku tidak pernah berniat begitu.

Izzat ketawa sinis. Dia bercekak pinggang, memandang lampu di atas sebelum merenung tajam, tepat ke arah anak mataku.

“Jangan tuduh melulu? Kau ingat aku buta macam kau hah? Kau ingat aku tak ada otak untuk berfikir apa motif kau setuju nak kahwin dengan aku? Hey, Afira! Kau dengar sini baik-baik. Sampai mati pun aku tak akan cintakan kau! Depan orang lain, ya! Kau isteri aku. Isteri atas kertas sahaja! Tapi belakang mereka semua, kau tu hanya layak jadi perempuan murahan! Perempuan tak sedar diri!” bentak Izzat seraya mengambil frame gambar perkahwinan kami di meja kecil sebelah katil lalu membalingnya ke lantai sebelum berlalu keluar dari bilik utama itu.

Aku tersentak sendiri. Segera aku beristighfar dalam hati. Ya Allah! Kenangan pahit itu berlegar di ingatan lagi. Bagaimana aku mahu menghapuskan semua itu dari ingatan? Tanpa sedar aku memegang tapak kaki. Ya! Tapak kaki inilah yang telah terpiijak bingkai kaca yang bersepai di hujung katil tatkala aku mahu mengambil bingkai itu dengan air mata berguguran jatuh. Dengan darah yang menitis di permaidani tidak mampu menandingi luka yang berparut di hati. Bagai ditoreh bertubi-tubi. Bagai dihiris sampai lumat. Begini sekali bencinya padaku.

Kata-kata Izzat akan aku ingati sampai bila-bila. Kata-kata paling menyayat hati ialah apabila dia menggelarkan aku perempuan tak bermaruah sedangkan aku masih suci. Begitu tega dia memaki hamunku semasa kami masih lagi suami isteri. Begitu benci dia akan diriku yang mentah ini.

‘Ya Izzat, sampai mati kau tak akan pernah cintakan aku sebab dalam hati kau hanya terpahat nama Alina. Hanya aku seorang saja yang menyintai kau dari jauh. Cukuplah dari jauh tanpa kau ketahui.’ Rintihku sendirian di kamar bersama tangisan yang tiada henti dan serentak itu hujan pun turun membasahi bumi di luar rumah.





p/s: sj asha post... suka suki aje bg menghilangkan kebosanan... miss email pd asha and here teaser kasih tidak berbalas... miss kata hrp kome sukakannya... miss bz sgt skrg ni... hrp maklum ya ;)