BAB
39
"Ala... cepatlah kak! Jom makan came-came. Kakak suapkan Aina boleh?" pinta si kecil itu. Hatiku berbelah bahagi. Nak atau tak? Kalau aku bertukar halimunan sekarang okey tak? Tak pun aku jadi orang bunian? Pling! Pling!
Aina memeluk diriku erat. Aku terdiam. Mata terkebil-kebil memandang Yana dan achik, lepas tu Aina dan yang terakhir ialah Farhan. Farhan juga merenung diriku. Achik dan Yana bukan nak tolong tapi main angkat-angkat kening pulak. Fed-up betul!
"Akak tak cayang Aina eh?" suara Aina kendur. Gaya merajuk pun iya jugak.
Aku menggelengkan kepala. Kepalanya aku sentuh lembut dan kuusap perlahan.
"Mana ada. Akak sayang sangat dengan Aina. Aina adik kakak. Tapi..."
"Tapi apa?" soal Aina pantas memotong. Mata comelnya dibesarkan untuk mencairkan hatiku.
Aku pandang Farhan mahu minta pertolongan. Tapi wajah Farhan yang sentiasa selamba dan tidak beriak itu membuatkan aku rasa nak lempang laju-laju. Kalau tak pun aku nak hentakkan kepala dia dekat mangkuk jamban! Geram gila! Tolonglah weh!
"Maira, Yana, Sara, mari makan." ajakan mama membuatkan aku berasa lega. Yana dan achik segera bangun. Dah lapar sangatlah tu. Aku mahu bangun juga namun ditahan keras oleh Aina. Lenganku dipegang.
"Akak makan came Aina!" marahnya. Aku mengeluh perlahan. Apalah nasib aku malam ni.
"Haaa.. apa kata kalau kita makan sekali dengan dia orang nak? Jomlah! Ada Kak Yana. Ada Kak Sara. Ada Aunty Husna. Jomlah!" pujukku. Sebenarnya aku nak mengelakkan diri dari makan dengan Farhan. Entah kenapa aku berasa malu untuk makan berdua dengannya walaupun Aina bersama kami. Rasa lain sangat! Tak tahu nak ungkap macam mana.
"Tak mau! Aina nak makan dengan abang dan akak!" Dia berpeluk tubuh. Wajahnya masam mencuka. Dah macam cuka getah pun ada!
Aku menggaru pipi. Macam mana ni? Perut aku dah mula bergendat-gendut kat dalam ni. Farhan kulihat santai melunjurkan kaki sambil tangannya ligat memicit butang di telefon bimbitnya. Selamba betul mamat ni! Nasib baik orang tak ada kat ruang tamu sini.
'Ni yang buat aku bengang gila ni! Orang tengah susah hati nak pujuk si kecik ni, dia boleh pulak main handphone! Urghh! Woi! Ni adik kau lah!' gumamku.
"Tak baik hampakan budak kecik." tiba-tiba Farhan bersuara. Aku mengangkat kening.
'Tak baik konon? Awak hampakan hati kita boleh pulak?' jawabku dalam hati.
"Aina betul nak makan sama Kak Maira dan abang?" tanya Farhan meminta kepastian. Mata bundar Aina ditenung.
Aina menganggguk tanda bersetuju. Memang itulah yang diharapkan sebenarnya. Farhan memandangku pula meminta jawapan. Aku mengeluh kepenatan. Akhirnya aku angguk jua walapun terpaksa. Aina bersorak riang. Dicium pipiku bertalu-talu. Kemudian, pipi Farhan pula diciumnya. Lama. Aku tersenyum melihat keakraban mereka. Saat ini, baru aku nampak diri Farhan yang sebenar. Farhan yang tidak lokek memberikan kasih sayang. Seorang yang patuh pada arahan dan nasihat ibu bapa. Abang yang penyayang. Dan secara tidak sedar, hatiku mula didiami penghuni.
"Kak Maira! Cepatlah!" jeritan Aina menyentakkan lamunanku. Aku segera bangun ke arah mereka yang kini berada di muka pintu. Uiks, bila masa diorang berdiri kat pintu? Macam mana aku tak nampak? Hish! Buat malu aje bila diorang nampak aku senyum sorang-sorang tadi.
***
"Akak, nak lagi!" pinta Aina manja.
Aku tersenyum lalu menyuapkan nasi ayam ke mulutnya. Nasi yang terkeluar dan selekeh aku kesat dengan tisu. “Aina, akak nak tanya boleh tak?” soalku.
Aina merenungku dengan mata bundarnya. “Tanya apa?”
Aku tersenyum, “Err... Aina tak rindukan along? Maksud akak... along Firhad?” tanyaku teragak-agak. Heh! Sibuk je nak ambil tahu hal orang!
“Rindu.” Jawab Aina sambil angguk kepala.
“Iya?” aku beliakkan mata.
“Tapi along duduk jauh. Abang yang selalu bawa Aina jalan-jalan.” Aina tersengih.
Erk? Aku tanya pasal along kenapa pulak mesti masukkan ‘abang’ dia? Apa-apa je la Aina. Aku menyuapkan dia sekali lagi. Tinggal satu suapan saja lagi.
“Akak, mana abang? Aina nak air. Haus...” Aina tercari-cari tubuh Farhan.
“Abang tengah ambil air tu. Kejap lagi datanglah. Habiskan nasi dulu.” Ujarku. Abang? Ngee.... meremang bulu tengkuk aku bila menyebut word itu. Eee... apesal aku rasa lain macam sangat ni ek?
Aku mengangkat muka memandang sekeliling. Orang memang tengah ramai sekarang. Sambil itu mataku meliar mencari keluargaku. Kang kena tinggal sape nak jawab? Aku terperasan achik dan Yana melambai-lambaikan tangan ke arahku di hujung khemah. Aku memanggil mereka ke sini tapi balasannya cukup menyakitkan hati. Yana dan achik serentak menggelengkan kepala. Aku menjegilkan mata. Tergelak kecil mereka berdua. Aku juga nampak abah dan Uncle Umar bersama dengan lelaki-lelaki tua sedang berbual rancak di meja hujung. Macam dah kenal lama aje! Mama pula aku lihat sedang bergelak ketawa dengan Puan Hanani di meja yang diduduki Yana dan achik. Entah apa yang seronok pun aku tak tahu. Tanpa di sedari, ada sekelompok wanita memerhatikan gerak-geriku.
"ITU ke tunang Farhan yang dikatakan Pak Ngah? Biasa-biasa je aku tengok. Bukan cantik mana pun! Aku lagi cantik!" cebik seorang gadis tinggi lampai.
Mereka berkumpul di pondok yang dibawahnya terdapat kolam ikan emas. Sangat tenang tempat itu. Pelbagai inspirasi boleh dapat di situ namun semuanya tercemar dek kata-kata cebikan dan sinis dari perempuan-perempuan ini.
"Entah. Apa yang best dengan budak perempuan tu pun aku tak tahu. Agak Farhan kena 'guna-guna' tak dengan perempuan tu? Termasuk uncle dan aunty. Patutlah dia tak pandang kita." seorang lagi saudara perempuan Farhan bersuara. Yang lain terdiam. Memikir tentang apa yang gadis itu perkatakan tadi. Jarum sedang berjalan!
"Hello girls. What's up? Apesal monyok aje ni?" muncul sekumpulan budak lelaki. Barangkali saudara Farhan. Semua sedia maklum Farhan tidak berapa suka bergaul dengan saudara perempuan. Pertama, gedik. Kedua, mengada. Ketiga, miang. Keempat, lu fikirlah sendiri! Kalau saudara lelaki Farhan okey. Boleh masuk dan diajak berbual malah boleh bergurau. Yang paling rapat dengan Farhan ialah Izuan. Dua jejaka ini memang menjadi rebutan oleh saudara perempuan mereka. Hot stuff!
"Syiqa?" tanya salah seorang lelaki itu kepada seorang gadis molek bertudung litup.
"Entah. Dia orang tak puas hati dengan girls yang dikatakan sebagai tunangan Farhan tu. Boys, tolonglah nasihatkan dia orang ni. Dah macam gila lelaki pun ada. Lebih-lebih lagi, si Tina dengan Weeda ni." adu gadis bernama Syiqa. Sememangnya dari tadi dia mendengar saja tomahan dan hinaan daripada mulut-mulut sepupunya itu. Menyakitkan hati!
"Eh, hello! Kau tu pun sama jugak erk? Jangan nak mengata kami pulak!" melenting gadis bernama Tina. Dia sakit hati dengan kelakuan dan bicara Syiqa.
"Entah. Nak tunjuk baik konon! Cakaplah kau ada hati jugak dengan si Farhan tu kan?" sindir Weeda pula.
Syiqa membeliakkan matanya. Tak sangka yang sepupunya itu tersalah tafsir niat baiknya. Lelaki-lelaki yang juga sepupu kepada Farhan hanya melihat pertelingkahan mereka. Tak nak masuk campur. Sememangnya mereka sedia maklum dengan perangai sepupu wanitanya ini. Lebih-lebih lagi, Weeda dan Tina. Memang betul kata Syiqa. Mereka gila lelaki hensem dan berharta! Orang yang sederhana seperti mereka tidak dipandangnya. Mahu yang loaded je! Sudahnya, masing-masing diam dan membuat haluan sendiri.
****
Farhan baru selesai mengambil air. Berpeluh-peluh dahinya. Agak bahang suasana malam ini. Biarpun tetamu sudah makin berkurangan akan tetapi bahangnya masih terasa. Mungkin nak hujan kut, telahnya. Jam ditangan dikerling. Belum lagi! Dia berhati-hati mengangkat gelas untuk diberikan kepada adik dan tunangnya. Tiba-tiba bahunya ditepuk kuat membuatkan air yang dipegang tertumpah sedikit. Segera dia menoleh ke belakang.
"Sorry, Han. Sorry. Aku tak sengaja." kata Izuan serba salah. Farhan merenung tajam.
"Nak tegur pun bagilah salam dulu. Tertumpah air yang aku bawa ni." ujar Farhan nada mendatar.
Izuan tersengih. Tangannya disusun sepuluh jari memohon kemaafan. Farhan geleng kepala.
"Jomlah duduk sana." pelawa Farhan. Izuan membontoti diri sahabat a.k.a sepupunya itu. Sampai saja di meja, Farhan meletakkan dua gelas air dihadapan seorang gadis dan seorang kanak-kanak perempuan.
“Yeah! Air!” Aina menjerit suka.
Aku mengangkat muka mahu mengucapkan terima kasih namun kata-kata itu tiba-tiba tersekat di kerongkong bila ternampak wajah Izuan. Izuan mempamerkan senyuman kacak.
“Hai, Mai. Cantik malam ini.” usik Izuan bersama kenyitan mata.
Aku tertunduk malu. Darah segera menyerbu muka. Alahai... dah tak betul dah jantung den. Spontan tangan menggenggam alas meja warna putih itu.
Farhan mengangkat kening selepas saja Izuan mengucapkan perkataan itu. Ai... ada apa-apa ke mereka ni? Tanpa sedar, Farhan jeles. Farhan memerhati saja gelagat gadis yang mengambil alih tugasnya sebagai penyuap makan untuk Aina. Tidak dinafikan malam ini Humairah begitu anggun dengan sepasang baju kurung warna krim. Hatinya terpaut. Selendang putih yang dililit pada kepala menambahkan lagi kecantikan, kecomelan dan keayuan gadis itu biarpun dia sebenarnya seorang yang ganas dan amat menakutkan! Sekali mengamuk macam monster!
“Tak makan ke, Wan?” tanyaku berbasi-basa. Mencetuskan suasana bila terasa mata lelaki itu asyik menarah ke sini aje. Seram makkk! Air dalam cawan diteguk.
“Nak makan tapi kejap lagilah. Lagipun nak tenung Mai puas-puas.” Sengaja Izuan berkata sedemikian. Dia ingin melihat reaksi Farhan.
Ternyata benar sekali tanggapannya. Farhan mengerlingnya dan merenung tajam. Humairah pula bertambah-tambah blusher di pipi. Makin merah macam buah tomato! Aku cepat menelan air itu. Uhukk! Nasib baik tak tersedak. Izuan ni kan!
“Kakak, kenapa pipi kakak merah? Macam tomato.” Aina menyentuh pipiku lembut.
Izuan tergelak kecil manakala Farhan tersenyum segaris menahan tawa dari terburai. Gelihati dengan percakapan Aina.
“Mana ada.” Aku menepuk pipi. Mengharapkan agar hilanglah keresahan di hati ini. Hesh! Izuan ni sudah pandai nak mengusik aku nampaknya! Dah mulalah nak buli aku! Aku wachaa sekali kang baru tau!
“Mai pergikan camping tu?” Izuan sekadar bertanya.
Aku angguk. “Pergilah sebab dalam surat tu tulis kelas-kelas tertentu form five wajib turun kan? Kelas Mai pun ada juga.” aku mengunyah kuih karipap.
“Yup! Harap-harap kita satu kumpulan.” Izuan tersenyum manis.
Aku tersenyum kepura-puraan. Walhal dalam hati macam nak gila. ‘Satu kumpulan dengan dia? Maknanya kena sekumpulan dengan mamat tu? Oh mama! Habislah aku nanti!’ getus hatiku.
“Err, Han. Aku nak pergi dekat family aku boleh?” soalku teragak-agak. Apa taknya! Mata memikat dia tu asyik pandang sini aje. Naik seram mak dibuatnya! Nak je aku toreh dengan garfu. Mau jadi Kassim Selamat dia dekat sini nanti.
"Kenapa Mai? Duduk je la dekat sini." Izuan melarang lembut. Dia dapat rasakan yang Humairah barangkali segan dengan dirinya. Tak biasa kut. Yalah, dah hang duk tenung dia pasai pa? Tambah-tambah lagi dengan tunang. Mestilah menggigil gabra beb!
“Alaa... akak duduklah sini temankan Aina.” Aina menghalang.
Aku garu kepala. Adeh... ada je halangan daripada si kenit ni!
"Takut dengan kami ke?" penuh selamba Izuan bertanya sambil meneguk air. Matanya tepat memandang padaku. Saja menduga.
'Memang!' jawabku dalam hati.
"Err... mama aku dah panggil suruh duduk sana tadi." Ah! Hentam sajalah. Asalkan aku lepas daripada ditenung mamat dua orang ni.
“Hmm...” jawab Farhan setelah lama mendiamkan diri. Yes!! Alhamdulillah! Nak je aku peluk dia. Heh! Mana boleh! Kang terbeliak biji mata semua. Ada pulak yang koma kang! Dengan perasaan gembira yang membuak-buak di dada, aku bangun. Tangan kecil Aina yang memaut lenganku ditarik perlahan. Aku mengusap kepalanya sebelum berlalu ke meja dimana adik-adikku duduk. Mereka terkejut melihat aku duduk di depan mereka. Huh! Selamat den. Yana angkat kening. Aku bo layan!
“Abang, Aina nak kakak dekat Aina cini!” Marah Aina. Dia peluk tubuh. Muka masam macam cuka getah.
“Alang Iwan kan ada.” balas Farhan tidak memandang Aina. Kadang-kadang pening juga kepala nak layan adik dia itu. Mata memandang tetamu yang sedang bersalaman dengan papa dan mama. Hanya keluarga Humairah dan jiran terdekat saja. Saudara mara dia yang lain sudah pulang. Farhan malas nak bersua muka dengan saudara perempuan. Satu senyuman pun tak terukir di hujung bibirnya. Naik meluat lagi adalah bila melihat saudara perempuannya meliuk lentok macam tak ada tulang belakang sebaik saja nampak mukanya dan Izuan. Sebab itulah Farhan tidak berganjak dan masih kekal bersama Humairah. Salah satu cara nak mengelakkan diri. Hehe!
Aina menambahkan masam di mukanya. Makin cemberut dia apabila Farhan langsung tidak mengendahkan dirinya. Abang tak cayang Aina lagi dah! Merajuk ah macam ni!
Izuan tersengih aje melihat kelakuan Aina dan Farhan. Farhan disiku membuatkan lelaki itu mengalihkan muka memandangnya.
“Kesian aku tengok Aina. Panggilah buah hati kau duduk dekat sini balik. Kang dia meraung dekat sini kau juga yang susah.” Sempat Izuan mengusik dirinya.
Farhan membuntangkan mata. Buah hati? “Apa kau merepek ni? Biarlah dia nak duduk dengan family dia. Dah la. Aku nak pergi ambil makan kejap. Kau duduk sini jaga adik aku.” arah Farhan seraya bangun untuk mengambil makan di meja hujung sana. Orang sudah tiada barulah tuan rumah makan. Adab kenalah dijaga.
Izuan mencebik. Tak nak mengaku pula. Kang aku bocorkan rahsia pada Mai baru tau. Masa tu terngangalah kau. Pandangan dilontar ke arah Aina yang cemberut sedari tadi. Idea nakal datang di minda. Izuan tersengih nakal.
BUNYI telefon membantutkan perbualan mereka. Farhan menekan butang answer lalu segera menjawab.
“Okey, kejap orang datang.” Farhan mematikan telefon. Senyumannya tersungging di bibir. Sudah tiba masanya!
“Siapa, bhai?” soal Izuan. Happy nampaknya mamat ini! Menang loteri ke?
Farhan tersenyum kacak dan angkat kening sebelah. “Someone special. Got to go. Jaga adik aku kejap.” Dia terus bangun meninggalkan Izuan dan Aina di meja makan. Langkah di hala menuju ke dalam rumah.
“Apa-apa je la Han ni.” Izuan mencekut satu karipap pusing di dalam piring. Baru nak suap karipap dalam mulut, wajah Aina yang berubah segera menimbulkan sesuatu dalam hatinya. Habislah!
“Abang tak cayang Aina lagi!” Aina seperti hendak menangis. Angah ni selalu tinggalkan orang! Huwaaa... mogok dengan abang! Tak nak peluk time tidur nanti! Huwaaa....!
Izuan sudah tak keruan. Alahai.. apa aku nak buat ni? Han ni pun satu la! Ada ke patut ditinggalkan adik dia dengan aku? Hilang macho aku nanti. Dengus Izuan. Bahu Aina ditepuk-tepuk. Dia tak ada adik perempuan. Macam mana nak pujuk ni? Tergaru-garu Izuan.
Aina terus bangun meninggalkan Izuan yang terpinga-pinga. Langkahnya dituju ke tempat duduk Humairah yang tidak jauh dari meja makannya. Tercengang Izuan melihat keletah Aina yang sedang mengadu pada Humairah sambil meletakkan kepala di riba gadis itu. Lebih menyejukkan hati bila Humairah mampu meredakan tangisan Aina dengan mengusap kepala serta memeluk tubuh kenit itu. Sekejap saja Aina sudah okey dan kini sudah mengambil tempat di ribaan Humairah. Terkekeh-kekeh budak kecil itu ketawa bersama adik beradik Humairah.
‘Han, kau buat pilihan yang tepat.’ Izuan tersenyum lagi.
****
FARHAN berlari ke ruang tamu. Kakinya terhenti di tangga teratas tatkala matanya menyinggah ke wajah yang ditunggu-tunggu. Allahuakbar! Serta merta senyuman terukir di bibir.
“Along!” berlari Farhan ke arah Firhad yang sudah berdiri dengan senyuman melebar sambil mendepakan tangan. Tubuh adiknya dipeluk erat.
“Ya Allah, along.... angah rasa tak percaya along dah balik. Alhamdulillah.” Farhan memegang bahu abangnya itu. Sungguh dia rasa nak menangis beritahu pada dunia yang abangnya telah pulang. Akhirnya setelah bertahun-tahun lamanya meninggalkan bumi Malaysia, along pulang jua ke mahligai ini. Sungguh dia bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doa mereka sekeluarga.
“Along pun sama. Sungguh along rindukan angah, rindukan keluarga kita. Dah besar dah angah sekarang. Makin bertambah kacak.” Firhad tersenyum. Air mata yang merembes keluar tidak dihiraukan.
Farhan tergelak kecil. Tawa dalam tangisan. Air mata dikesat dengan tangan. “Mana ada, along. Angah biasa aje. Along lagi kacak.” Heee... kalau ada bebudak sekolah nampak ketua pengawas menitiskan air mata mahu dicanang satu sekolah! Nasib baik kengkawan tak dapat datang. Ada hikmah disebalik apa yang terjadi.
“Along masuk ikut mana?” tanya Farhan.
“Ikut pintu belakang.” Firhad tersenyum. Farhan menganggukkan kepala.
Seorang wanita bertudung litup yang sedari tadi memandang saja adegan jejak kasih antara abang dan adik itu di tepi sofa. Dia tersenyum menundukkan muka saat mata Farhan melekat padanya. Farhan membalas senyuman Kak Indah, kakak iparnya.
“Apa khabar kaklong?” ramah Farhan bertanya.
“Alhamdulillah, angah. Kaklong baik-baik saja.” Jawab wanita itu sopan dan lembut. Disebelahnya pula ada dua orang anak kecil yang baru belajar berjalan menarik perhatian Farhan. Lelaki dan perempuan. Sepasang.
Farhan terpaku. Bukankah anak-anak ini yang dia lihat dalam laptopnya berbulan-bulan yang lalu? Minggu lepas juga along ada hantar email berserta gambar kanak-kanak ini padanya. Allahuakbar! Bertemu jua mereka malam ini.
“Yang ni ke Najla dan Haiqal?” soal Farhan menuding jari ke arah dua kanak-kanak comel itu.
Firhad dan Indah menguntum senyum seraya menganggukkan kepala. Bertambah senyuman manis di wajah Farhan. Farhan menghulurkan tangan kepada Najla dan Haiqal. “Come to pak ngah.” Gamit Farhan.
Kanak-kanak itu seakan memahami lalu berjalan terkedek-kedek mendekati tangan Farhan. Lalu tangan kecil itu menggenggam tangan Farhan. Sejuk! Farhan tersenyum riang lalu mendukung kedua-dua kanak-kanak itu.
Indah berganjak ke depan sedikit lalu memeluk lengan suaminya. Firhad menoleh. Mereka sama-sama tersenyum. Terkekeh-kekeh anak kecil itu tatkala dicium Farhan. Terasa seperti kasih sayang keluarga terhadap anak kecil itu makin bertambah. Moga-moga kasih sayang dari mama dan papa juga dicurahkan pada anak mereka ini.
Sedang asyik melihat Farhan mengucup pipi Haiqal dan Najla, kedengaran bunyi suara di tangga membuatkan Farhan menghentikan perbuatannya. Indah dan Firhad berpandangan sesama sendiri. Hati mereka sudah keluh kesah. Perasaan takut menyelebungi mereka.
“Angah...” seru Firhad. Nada suaranya juga telah berubah. Semakin perlahan dan lirih.
Farhan berpaling. Anak-anak kecil itu diturunkan. Dia mendekati Firhad lalu memeluk bahu abang sulungnya itu.
“Trust me, along. Mama dan papa terima dengan redha along sekeluarga.” Farhan memberikan semangat. Ditepuk-tepuk bahu abangnya itu untuk menyalurkan semangat. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.
“Ada apa ini, Reez? Mama nak layan tetamu tu. Kamu suruh mama naik ni kenapa? Kenapa tak cakap dekat bawah?” Gerutu Aunty Hanani. Kita tengah sedap berborak, dia suruh naik atas!
“Mama naik aje. Reez ada kejutan untuk mama dengan papa.” ujar Fareez masih lagi berahsia.
“Kejutan apa, Reez? Papa nak berbual dengan Uncle Syakir tu. Ada lagi tetamu yang belum papa jumpa. Nanti tetamu yang nak balik cari mama papa kan susah!” Marah Uncle Umar. Ada-ada saja perangai anak dia ini. Orang tengah sedap berbual mengenai ekonomi, dia sibuk menarik tangan untuk masuk ke dalam rumah. Lepas tu kata kejutan. Apa kejutan entah!
Fareez tersengih. “Reez jamin papa dengan mama takkan menyesal bila tengok kejutan ni.”
Uncle Umar dan Aunty Hanani berpandangan. Namun mata mereka tidak bertentang lama bila Fareez menolak masuk tubuh mereka hingga naik ke tingkat atas.
“Reez, jangan sampai papa marah...” kata-kata Uncle Umar terhenti disitu.
Fareez sudah tersenyum di belakang mamanya. Pasti papa sudah nampak! Ya Allah, aku harapkan malam ini akan menjadi malam yang berharga buat kami satu keluarga. Amin. Fareez meraup mukanya dengan kedua belah tangan.
“Abang, kenapa ni?” Aunty Hanani tercengang melihat suaminya yang tiba-tiba terdiam sendiri sambil mata terarah ke depan. Aunty Hanani turut sama memandang ke depan ingin melihat apa yang ditenung suaminya itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sekujur tubuh yang sudah lama tidak dilihat dengan mata kasar. Serta merta matanya ditakungi mutiara jernih.
“Mama... papa...” Firhad melangkah setapak demi setapak ke depan. Air mata yang tadinya kering kini kembali bertakung. Tubuhnya melurut jatuh di depan sang ayah dan ibu yang nyata tergamam dengan apa yang terpampang jelas di mata.
Tersentak orang tua itu tatkala kakinya dipegang dan titisan air mata jatuh membasahi kakinya. Firhad bersujud di kaki Uncle Umar dan Aunty Hanani dengan sendu yang berpanjangan.
“Maafkan along, papa. Along banyak dosa pada papa dan mama. Ampunkan along! Ampunkan along....” terhinjut-hinjut tubuh Firhad di kaki Uncle Umar. Air mata yang merembes keluar bagai empangan pecah tidak dipedulikan. Dia hanya mahukan keampunan dari ibu bapanya atas dosa-dosa yang telah dia lakukan selama ini.
Firhad mengangkat kepala apabila terasa bahunya dipegang. Rupa-rupanya tangan Uncle Umar yang menyentuh. Dengan perlahan dia bangun. Namun itu tidak bertahan lama bila melihat titisan air mata yang mengalir di pipi tua papa. Firhad tanpa berfikir panjang terus merangkul tubuh Uncle Umar seerat-eratnya. Bagai tidak mahu lepas lagi buat selama-lamanya. Tak lama kemudian terdengarlah tangisan yang mendayu-dayu di ruangan itu. Aunty Hanani yang tidak dapat menahan sebak juga memeluk Firhad. Dikucup pipi anak itu lama. Selama kasihnya yang tidak pernah kurang walau sedikitpun. Malah dia sentiasa berdoa agar Firhad pulang dengan selamat.
“Firhad dah balik, sayang. Syukur alhamdulillah...” tak putus-putus Aunty Hanani mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Malam ini adalah malam yang cukup berharga buat diri mereka.
Firhad melepaskan rangkulan membuatkan Uncle Umar dan Aunty Hanani hairan. Tidak sayangkah anak itu pada mereka lagi? Nyata sangkaan mereka salah apabila Firhad menarik tangan Indah merapati ayah bonda.
Indah tunduk apabila sampai di hadapan ibu dan bapa mertuanya. Air mata yang turun di pipi tidak sesekali dikesat malah dibiarkan saja. Dia takut orang tua Firhad tidak menerima dirinya buat kali kedua. Setelah kehadirannya dulu pernah ditentang dan ditolak oleh keluarga ini, dia jadi sedih. Indah tiada keluarga. Dia tinggal sebatang kara setelah mak dan ayah meninggal dalam kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan 15 tahun dulu. Dia hadir di rumah ini dengan harapan kedatangannya dapat diterima sebagai menantu dalam rumah ini memandangkan dia tiada tempat untuk bergantung selain suaminya, Firhad. Sungguh dia khuatir. Hanya Allah saja tahu betapa hatinya gelisah dan tidak tenteram. Gementar tubuhnya saat ini.
“Indah...” seru Aunty Hanani seraya menghulurkan tangan.
Indah mendongak kepala. Serta merta takungan air pecah sekali lagi, turun lebat bagaikan hujan. Tanpa kata, Indah meluru mencium tangan ibu mertuanya. Aunty Hanani pantas memeluk tubuh menantunya itu. Kedengaran sekali lagi tangisan berlagu di ruang tamu tingkat ini.
“Indah...” panggil Uncle Umar pula. Indah meleraikan pelukan. Pantas tangan ayah mertua dicium.
“Maafkan Indah...” dalam sendu dia memohon.
Uncle Umar dan Aunty Hanani menggeleng. “Indah tak buat salah, nak. Mama dengan papa yang salah sebab tak menerima kehadiran Indah dulu. Papa yang sepatutnya minta ampun dengan Indah.” Lirih suara Uncle Umar.
“Mama juga, sayang. Maafkan mama, Indah...” tersedu-sedan Aunty Hanani.
Firhad, Indah, Uncle Umar dan Aunty Hanani berpelukan sesama sendiri. Syukur padaMU Ya Allah kerana telah mengembalikan keluarga kami, telah menyatukan semula ukhwah pertalian saudara kami sekeluarga. Hamba mohon janganlah pisahkan kami lagi, Uncle Umar berdoa dalam hati.
“Aatatatata...” mereka semua berpaling. Najla dan Haiqal ketawa sendiri sambil berjalan ke arah Indah dan Firhad. Kaki ibu bapanya dipeluk dengan tangan comel mereka.
Uncle Umar tersenyum. Begitu juga Aunty Hanani. Badan dibongkok untuk mengendong anak-anak kecil itu.
“Cucu atok!” Uncle Umar mencium pipi Haiqal. Ya Allah, aku sudah mempunyai cucu...
“Comelnya cucu nenek...” Aunty Hanani mengucup ubun-ubun Najla lalu mengusap lembut kepala Najla. Tumpah kasihnya pada cucu itu.
"Tak sangka kan, bang. Kita dah ada cucu. Tak sangka betul Nani." air mata gembira meleleh lagi. Firhad menyeka air mata itu dengan tangannya. Bahu sang ibu dipeluk.
Farhan dan Fareez melihat saja gelagat mereka dari sofa tidak jauh tempat mereka berdiri. Mama dan papa seakan lupa pada mereka. Fareez mencuit bahu Farhan. Farhan menoleh.
“Nampaknya kita jadi tunggul je la dekat sini.” bisik Fareez. Jeles tau! Along dengan kaklong kena peluk termasuk si Najla dan Haiqal. Acik dengan angah dapat tengok je. Sedih... sedih...
Farhan tersenyum. “Biarlah. Along sekeluarga kan dah lama tak balik sini. Apa salahnya dia luangkan masa dengan papa dan mama. Macam juga angah. Dua minggu sekali baru balik sini. Kau setiap hari berkepit dengan papa dan mama sampai tidur bawah ketiak mama.” Perli Farhan.
Fareez tersengih sambil garu kepala. Alamak! Terkantoi pulak! Ini mesti Aina yang beritahu tak pun mama. Hesh! Malu saya!
“Ngah, Aina mana?” baru Fareez perasan yang Aina tak ada bersama mereka.
“Ada dengan Iwan.” Jawab Farhan perlahan tanpa memandang seraut wajah yang sudah tercengang.
“Aik? Sejak bila Alang Iwan jadi babysitter Aina?” soal Fareez pelik. Farhan tersenyum gelihati mendengar pertanyaan adiknya itu. Namun dia diamkan saja tanpa menjawab.
“Reez, Han... apa yang dibualkan tu?” tegur papa.
Dua beradik itu menggeleng. “Papa macam dah tak ingat kami je.” Fareez buat muka sedih. Farhan pantas menyiku perutnya. Ada ke cakap macam tu!
Terdengar tawa di sekitar ruang tamu ini. “Cemburu ke along peluk papa dan mama?” Firhad bertanya setelah tawa reda.
“Tak cemburu. Jeles sikit.” Jawab Fareez tersengih.
“Hmm... tak payah layan sangat, long. Dia setiap hari berkepit je dengan mama dan papa. Angah pun tak dapat peluang. Siap tidur bawah ketiak mama lagi.” selamba Farhan bercakap menghamburkan tawa semua orang di ruang tamu ini. Fareez makin cemberut. Angah! Aummmm juga dia ni kang!
MAKIN meriah di ruang tamu itu apabila Uncle Umar menjemput Uncle Syakir dan keluarga duduk di situ. Tetamu yang lain sudah pulang. Tinggal mereka saja selepas pekerja-pekerja mengemas khemah dan mengangkat segala harta mereka ke dalam van. Pak Indra dan pekerjanya diberi makan sebelum pulang. Selepas itu semua masuk ke dalam rumah dan bersembang panjang hingga tidak sedar jam sudah melewati angka 11.30 malam.
"Yang tu ke ehem-ehem angah?" Firhad bertanya berbisik kepada Farhan yang duduk di sofa sebelahnya. Dia baru saja duduk di sofa bersama adik-adiknya selepas berbual panjang dengan Uncle Syakir dan Aunty Hanani. Sesekali dia mengerling bakal adik iparnya yang diwar-warkan mama dan papa sebentar tadi. Asyik sungguh melihat wajah gadis itu yang sedang mengagah Najla dan Haiqal beserta Aina dan dua orang budak perempuan di kiri kanan gadis itu. Barangkali adik kepada tunang Farhan. Indah juga tidak ketinggalan join venture dengan gadis-gadis itu. Gelak tawa yang terbit menggamit pandangan matanya.
Farhan tidak menjawab sebaliknya menggaru pipi. Adeh... apa nak jawab ni? Kang aku jawab dia orang semua fikir lain pulak. Cover, Han!
"Cantik dan comel," puji Firhad ada makna sambil mengerling Farhan, ingin melihat reaksi adiknya. Farhan menyembunyikan senyuman dalam hati. Dia akui itu.
"Haah, long. Yang tulah. Sejak ada Kak Maira, Aina asyik melekat je dengan dia. Angah jeles, long." ejek Fareez mengenakan abang keduanya.
Pap! Satu bantal kecil melayang tepat ke muka Fareez yang tidak sempat mengelak. Fareez ketap bibir. Angah ni memang sengaja bagi aku marah tau! Habis dah tak macho depan Yana. Gulp! Hehe...
"Kau jangan nak reka cerita eh, Reez! Mana ada angah jeles!" marah Farhan.
"Iya. Angah jeles. Bila Kak Maira bual dengan Aina, Reez nampak aura cemburu angah. Yalah, kasih Aina dah beralih arah pada kakak ipar dia pulak. Tu yang angah merajuk bawa diri. Kalau tak, Aina selalu dengan angah je, kan? Mana pergi mesti berdua." sakat Fareez lagi. Memang Fareez tak sayang mulut! Kalau Mai dengar ni tentu saja kena seligi kepala. Ini makan diaaa!
Farhan bangun mahu menumbuk adik yang sangat cabul mulutnya namun diredakan Firhad dan Izuan. Tonyoh dengan cili baru tau! Eee adik siapalah ni!
"Dahlah tu. Tu pun nak gaduh." Firhad memujuk. Farhan buat muka selamba. Amaran keras diberikan pada Fareez yang tersengih macam kerang busuk. Siap kau! Malam ni fight habis-habisan!
"Angah jeles! Jeles!" Fareez sengaja mencari pasal. Dia menjelirkan lidah bila melihat Farhan seperti hendak menerkamnya. Ahaa! Dulu along tak ada. Sekarang dia dah ada back-up! Huhu.
"Kau memang nak sangat makan kaki angah ke?" bentak Farhan. Aku tembak juga budak ni kang! Sabar, Han. Reez tu adik hang! Skru dia longgar kut malam ni. Tu yang duk merepek bukan-bukan.
"Ala Han... tak payah nak nafikan apa yang Fareez cakap. Memang betul pun apa yang dia cakap tu." sampuk Izuan sambil tersengih. Seorang lagi bakal dibaham Farhan yang sudah mula menyinga. Kaw-kaw Farhan kena hari ini!
"Wan, jangan sampai kau makan ikut straw." ugut Farhan bernada keras. Izuan ketawa kecil sebelum menggeleng.
Fareez merapatkan diri dengan Firhad. "Along nak tau tak, perangai angah dah berubah sekarang lepas dia bertunang." Fareez bersuara. Sambil itu dia mengerling Farhan yang tampak tak puas hati dengan apa yang dia cuba lakukan sekarang. Hehe! Lancarkan misi mengenakan angah secara habis-habisan! Biar padan muka angah! Muahaha. Ketawa kejam!
"Berubah macam mana?" Firhad menyoal ingin tahu. Nak juga dia tahu perubahan Farhan. Fareez tersenyum nakal.
"Sekarang ni angah banyak termenung dan selalu muncung. Lepas tu kalau balik rumah, dia selalu tengok bulan. Makan pun tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Pendek kata, angah ni sekarang tengah dilamun ombak cinta!" makin kuat menyakat si Fareez ni hingga dia tidak sedar bahawa ada satu makhluk Allah yang semakin merah muka dan telinga. Berasap-asap! Eee.. ya Allah! Selamatkanlah diriku ini dari perasaan amarah yang membuak-buak. Tipis aje kesabaran dia dengan Fareez malam ini.
"Along jangan percaya apa yang acik cakap! Semua yang dia cakap tipu je! Langsung tak ada benarnya. Angah tak macam tu eh! Kau memang nak kena dengan angah, acik! Aku bom kau sekali kang baru tau!" bangkang Farhan sambil melontarkan serangan bertubi-tubi pada adiknya menggunakan bantal. Fareez kalau bercakap memang semuanya merapu habis. Ada je modal nak mengenakan dia! Isk! Bagi bom jangka baru tau.
Firhad tersengih memandang adik-adiknya seraya menggelengkan kepala. Macam-macam hal! Agaknya sewaktu ketiadaan dia, beginilah mereka. Ah! Indahnya jikalau dia dapat bersama dengan mereka melalui kehidupan ini. Namun semuanya sudah menjadi suratan Ilahi. Ada hikmah disebalik semua ini.
Fareez sengih aje. Puas hati dia angah kena fire kaw-kaw malam ini. Oh indahnya dunia! Fareez sandar di sofa sambil peluk bantal yang dibaling Farhan tadi. Hmm... peluk bantal lagi best! Bayangkan dia memeluk Yana. Auwww!
Farhan menjeling Fareez. Susah betul nak jaga mulut adik dia sekarang ni. Pantang ada peluang mesti nak kenakan abangmu ini. Ahaks! Kena pula yang pedas berapi punya. Haish! Izuan didepannya turut dijeling tajam. Ni lagi sorang! Denda berkawad baru tau! Haih... kenapa pulak aku yang kena hari ini?! Oh Tuhan!
Bunyi suara riuh rendah buat empat jejaka itu memalingkan muka. Kelihatan keluarga Uncle Syakir sudah bersalaman dengan mama dan papa mereka. Saat Uncle Syakir memusingkan kepala ingin bercakap dengan Aunty Husna, matanya terpandang akan anak-anak muda yang sedang melepak di sofa. Senyuman semakin jelas di bibir. Langkah diatur ke situ.
"Uncle nak balik dah ke? Tak puas Fir berbual dengan uncle tadi." luah Firhad.
Abah tersenyum sambil menepuk bahu Firhad. "Uncle kena balik. Lagipun tak bawa baju lebih. InsyaAllah ada masa nanti kita borak panjang lagi. Nanti datanglah rumah uncle." pelawa abah mesra. Firhad mengangguk.
"InsyaAllah kalau tiada aral melintang." jawab Firhad. Abah menganggukkan kepala. Farhan yang berdiri disebelah abangnya segera menunduk salam tangan bakal bapa mertua.
"Amirul pun jangan segan-segan datang rumah uncle. Tak lama lagi kan bakal jadi menantu uncle juga." usik abah. Farhan berubah riak malu. Terdengar siulan dan dehaman kecil bikin dia bertambah malu.
"InsyaAllah, uncle..." hanya itu yang mampu dia jawab.
"Reez, Iwan pun sama tau. Kita dah satu keluarga." kata abah penuh makna. Fareez dan Izuan mengangguk dan menyengih aje.
"Kakak! Janganlah balik. Aina tak ada kawan." rengekkan Aina menggamit mata semua orang dalam rumah ini. Aku cuba melepaskan rangkulan tangannya yang masih erat memaut kaki kiriku.
"Aina, tak mahu macam ni. Kak Maira kena balik, sayang." ujar Aunty Hanani sambil mengusap kepala Aina yang tidak bertudung itu.
Aina mencemik. "Akak tidur dengan Aina la. Aina tak ada kawan." lirih suaranya.
"Najla dengan Haiqal ada, kan? Apa pula tak ada kawannya?" aku mengusap kepalanya. Allah, lemas pulak kena peluk kaki ni!
"Tak nak! Nak akak jugak!" Aina menggeleng. Airmata menitis dipipi.
Aku mencangkung merenung matanya. "Akak kena balik. Lagipun akak tak bawa baju. Nanti pagi esok akak nak pakai apa? Emm... jangan nangis-nangis. Nanti akak datang sini lagi jumpa Aina eh?" pujukku spontan.
Aina menggeleng. Tubuhku lantas dipeluk erat membuatkan aku tergamam. "Akak janganlah balik!" tak lama kemudian terdengarlah tangisan si dia. Aku menepuk bahu Aina bagi meredakan tangisnya.
"Nanti papa suruh abang bawa Aina pergi rumah Kak Maira ya?"
Gulp! OMG! Farhan kaku mendengarnya. Tak lepas mata memandang sang ayah yang mengenyit mata ke arahnya seraya menguntum senyum semanis gula. Izuan dan Fareez dibelakang terbatuk-batul berselang seli dengan dehaman. Firhad tersenyum-senyum mengerling Farhan.
Aku kelu lidah untuk berkata-kata. Alamak! Nak suruh mamat tu? Aiyoyo... nak pitam! Yana dan achik sudah terkekeh-kekeh gelak dibelakang mama. Habislah Kak Mai! Nampaknya memang jodoh mereka berdua la tu.
"Kami balik dulu. Assalamualaikum." Dan kereta abah pun berlalu keluar dari perkarangan rumah Uncle Umar dengan lambaian mesra dari keluarga itu. Sempat aku melihat si dia yang bersandar di tiang rumah sambil merenung kereta ini pergi dan........ eh? Dia senyum?! Aku gosok mata. Benarkah? Automatik aku pun tersenyum jua. Rasa hati berbunga-bunga. Oh mama! I'm fallen in love with him!
p/s: okey, atas permintaan ramai (hehe, gaya mcm miss femes je kan?) miss update bab 39... sblum tu miss minta maaf sesangat sbb entry kali ni maybe tak best utk korg baca... i have no idea... sjak 2 menjak idea semakin hilang... n bnyk hal kena settle... sbb tuu miss lmbt update entry baru... miss kne review balik entry2 lama utk dptkn idea yg hilang tuu... sorry ya.. miss minta ampun dr hujung rmbut smpi hujung kaki... kalau tak best jgn mrh tau :) hope enjoy...