Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Thursday, 10 October 2013

Ketua Pengawas VS Tunang 50

BAB50

PAGI menjelma bermakna satu malam sudahpun berlalu. Mama Nani sudah berada di dapur. Dalam rumah ni ada undang-undang. Aku dan adik-adik kena memanggil Aunty Hanani dengan panggilan mama. Bagi yang segan panggil je Mama Nani (khas untuk Yana dan achik). Aku? Dah tentu kena panggil mama. Ini adalah perintah! Dah macam cerita P.Ramlee Tiga Abdul pulak. Ouh, sekarang aku ada dua mama.

Sedang menyiapkan bahan-bahan untuk dimasak. Menu berbuka hari ini adalah ayam masak merah, sayur kailan dan puding roti. Teringat kembali kata-kata wanita itu padaku sewaktu sedang membuat puding roti pagi tadi.

“Puding roti adalah salah satu kegemaran Farhan. Setiap bulan puasa, dia akan minta mama buatkan. Dan bila dia dah minta sekali, dia tak akan minta lagi. Tunggu tahun depan, haa time tu baru dia minta lagi. Pendek kata Farhan akan suruh mama buat makanan favourite dia bila waktu puasa aje. Katanya puas makan sebab tahan lapar waktu siang. Bila makan time tak puasa, feelnya lain sedikit. Entahlah. Mama pun tak reti nak cakap. Tapi memang begitulah.”

Mula-mula aku pelik. Cuba menerima hakikat tentang lelaki itu. Takkan makan sekali setahun? Takkan tak pernah minta benda lain? Akhirnya aku faham manusia berbeza perangai. Mungkin dia tidak mahu terlalu meminta pada ibunya. Telahku sendiri. Dan daripada situ aku mula belajar mengenai sikapnya. Tidak seperti anak-anak lain. Dia begitu hormat pada ayah dan ibu. Tak pernah sekalipun aku dengar dia membidas kata-kata orang tuanya. Tak macam aku! Kalau mama atau abah cakap ada je yang aku bangkang. Ada je yang tak puas hati walhal mereka sebenarnya risaukan aku, sayangkan aku. Mereka buat bersebab. Mana ada ibu bapa tak sayang anak sendiri? Sedangkan biawak pun sayang pada anak kucing. Sayanglah sangat, kan?

“Ma,” panggil Fareez. Kami semua mendongak memandang. Opss! Bukan saja Fareez, malah abangnya juga turut sama di situ sambil mengendong Aina. Apabila terpandang akan anak matanya yang terarah ke sini, cepat-cepat saja aku tunduk menyambung tugas. Jantung mula berirama ala-ala hindustan. Yana didepan sudah menggesel-gesel kaki aku. Eee! Gelilah. Aku tunjuk pisau. Mahu? Yana menunduk sambil cuba menahan tawa dari meletus. Kelakar la Kak Mai ni.

“Ya, sayang.”

“Reez dengan angah nak pergi kedai sekejap lepas tu pergi bazaar. Reez nak cari kuih buah melaka. Mama nak beli apa-apa tak?” tanya Fareez lalu begitu selamba ambil tempat sebelah aku bertentangan dengan gadis yang dipuja dalam diam. Matanya melirik Yana yang tunduk membuat kerja. Aku yang terperasan segera berdeham. Fareez alih pandang, memfokuskan pada mamanya. Kacau line betullah Kak Mai! Baru nak ushar.

“Emm... mama tak ada apa-apa nak beli. Yana, Sara, Maira nak beli apa-apa tak?” kami memandang satu sama lain. Aku tanya Yana, Yana tanya achik, achik tanya aku! Heh! Ingat rantaian makanan ke apa?

“Maira ikut sekalilah dengan dia orang ni. Senang nak beli apa-apa. Mama tahu sekarang tak boleh nak fikir nak makan apa, kan?” belum sempat aku jawab, Mama Nani memintas lebih awal.

What? Ikut mamat tu? Tak naklah. “Err tak apalah, mama. Dah cukuplah lauk ni.” Tolakku sopan. Padahal itu bukan sifat aku. Kalau berbuka seperti tahun-tahun lepas, meja makan mesti penuh dengan kuih. Dan salah satunya mesti ada laksa Johor. Tak sah kalau tak ada sebab aku suka mencekik waktu malam sambil layan drama di televisyen selepas pulang dari terawih. Tapi takkanlah aku nak cakap kot? Ni rumah orang. Seganlah. Rumah tunang pulak tu wok!

“Tak payah segan-segan, Maira. Kalau nak apa-apa, beli aje. Papa dengan mama tak kesah. Asal Maira dengan adik-adik suka.” Sampuk Papa Umar yang baru saja memunculkan diri di dapur. “Lagipun abah dan mama dah amanahkan supaya jaga anak mereka ni baik-baik. Termasuklah dari segi pemakanan.” Tambah Papa Umar lagi. Dia menguntum senyum padaku.

“Hmm betul, betul, betul!” kata Fareez. Aku menjelingnya. Eee! Suka menyibuk tau. Dahlah ada hati nak mengurat adik aku! Farhan diam saja ditepi peti ais seraya memeluk tubuh. Aina sudah didudukkan di atas kabinet sebelah refrigerator.

“Jomlah ikut Kak Mai. Bazaar sini macam-macam ada. Kak Mai cakap je, terhidang depan mata.” Becok mulut Fareez mengata itu ini. “Tak menyesal punyalah! Tak percaya tanya angah.” Fareez kerling Farhan tidak jauh darinya. Kening dinaikkan berkali-kali. Mata Farhan mencerun tajam.

“Betul! Betul! Betul!” Aina bersuara seperti Upin Ipin. Pecah tawa di dapur ini.

Aku jadi makin segan nak jawab apabila bebola mata Farhan merenungku tak berkelip. Seakan menunggu jawapan dariku. Dan semestinya dia akan cakap, jangan! Heh! Ingat aku kebulur sangat ke? Tapikan, aku memang nak laksa Johor. Hati tak keruan kalau makanan favourite aku tak ada! Huwaaa...

“Err... bolehlah. Tapi Mai belum solat asar lagi.”

“Tak apa. Dia orang boleh tunggu. Bazaar tu pun dekat aje. Maira pergi sembahyang dulu. Daun sup tu pun dah cukup.” Mama Nani mengusap bahuku dengan lembut. Aku angguk seraya bangun perlahan lalu naik ke bilik. Sengaja aku rendahkan pandangan mata setibanya hendak melepasi lelaki itu. Tiba-tiba rasa gerun pulak. Naik kereta Farhan? Oh my gosh!

“Yana, Sara tak nak ikut ke?” Fareez bertanya lagi. Dia mengharapkan Yana ikut. Kot-kot la masa tu terserempak dengan member sekolah, mesti dia orang ingat Yana tu girlfriend dia. Huhu! Mesti kecoh dekat sekolah nanti. Dia pun teringin nak tumpang glamour sama seperti abangnya. Secara tak langsung, dagunya yang licin diusap.

Yana dan achik menggeleng. “Tak apalah, Abang Fareez. Achik dengan Kak Yana tak nak kacau daun. Bagi chance dekat Abang Amirul la.” Achik sengih nakal. Yana tertahan-tahan nak ketawa. Beberapa kali dia cuba nak tahan ketawa dari tak meletus. Mama Nani tergelak kecil. Fareez gelak terbahak-bahak dan berdeham sesekali mengerling manusia di tepi peti ais.

Farhan tersentak. Membahang muka dia. Apa kes ni? Abang pula yang kena, Sara? Fareez yang sedang menaikkan thumbs up tanpa disedari wanita bertiga itu ditenung tajam. Jaga kau dalam kereta nanti!



BAZAAR RAMADHAN di sini tersangatlah meriah. Baru seminggu berpuasa, sudah penuh manusia. Ini baru di Johor. Kalau di KL sudah tentu bersesak, berhimpitan. Aku cuba berjalan menyaingi langkah jejaka berdua itu. dan aku dapat perhatikan mata Farhan tak lekang memandang aku walaupun sedang berjalan. Mungkin dia tak nak aku hilang daripada mata dia kut. Aku menyedapkan hati walhal jantung bagai dipalu dengan panahan mata dia tu. Auww! Pengsan...

Bermacam jenis makanan ada. Kuih pelik-pelik turut sama terhidang hingga membuatkan aku ternganga dan blur. Fareez pun apalagi. Sukalah menyakat aku. Memang pantang betul adik Farhan ini. Dan aku pun tiba-tiba je jadi pending. Haih...

“Kalau Kak Mai nak tahu, setiap tahun kita orang akan pergi bazaar dekat sini je. Tak pernah pergi tempat lain. Muka kita orang pun abang-abang, akak-akak, makcik pakcik ni kenal. Siap bagi diskaun lagi. Tu yang kita orang malas nak pergi tempat lain. Tak ada diskaun! Hehe!” Fareez sengih.

Aku tergelak kecil. Wow! Bagi diskaun? Cayalah! “Kenapa tak bagi free terus?”

“Masaklah dia orang kalau free memanjang. Bankrap terus!” terkekek-kekek kami ketawa sehinggakan tidak perasan panahan tajam Farhan yang berada di sebelah Fareez. Jealous la tu! Bluekk!

“Angah, Aina ada pesan apa-apa tak?” Fareez bertanya pada abangnya yang diam saja. Aik? Masamnya muka. Mengalahkan cuka getah!

“Ada.” Farhan angguk. “Dia suruh beli karipap sardin dengan air soya.” Pesanan Aina terpahat di mindanya. Adiknya itu merengek-rengek mahu karipap sardin dan air soya dikatilnya semalam. Aina memang penggemar karipap!

“Kalau macam tu, kita berpecah. Reez pergi beli air. Angah dengan Kak Mai pergilah beli kuih apa-apa eh? Bye…” Fareez melangkah pergi ke sebelah kiri. Aku terkebil-kebil memandang langkahnya yang kian menghilang. Pandanganku hala ke deretan gerai. Tak tahu nak beli apa. Tiba-tiba penyakit blur aku datang. Sedar-sedar saja Farhan sudah ada di sebelah. Dan kakiku terhenti di depan gerai yang menjual laksa.

“Nak beli ke?” soalnya dingin.

Aku tertoleh. “Err… tak. Saja tengok. Tak terfikir nak beli apa-apa.” Balasku perlahan.

“Kalau nak, beli aje. Mama tak berkecil hati.” Ujarnya tenang.

Aku masih teragak-agak. Nampak laksa Johor tu macam sedap. Tapi Mama Nani dah masak ayam masak merah dekat rumah untuk berbuka puasa. Nanti dikatanya masakan dia tak sedap. Tapi aku memang tak boleh berpisah dengan laksa Johor. Macam mana ni? Aku gelisah. Farhan memahami. Lenganku yang beralas cardigan kelabu ditarik pantas. Aku terpinga-pinga.

“Ya, dik. Nak beli apa? Laksa Johor ada, laksa Penang ada, rojak petis, rojak mee ada. Pilih, dik.” Kata si penjual.

“Bagi laksa Johor satu, pakcik.” Jawab Farhan. Pakcik itu pun mula mengisi kuah dalam plastik. Aku cepat-cepat membuka dompet mengeluarkan wang tetapi pantas saja Farhan membayar. Aku terkedu disitu.

“Terima kasih, nak. Pakcik jual.”

“Saya beli.”

Percakapan yang biasa aku perdengarkan apabila membeli barang bersama mama. Mama kata itu akad jual beli. Bila si penjual kata ‘saya jual’, makanya kita hendaklah menjawab ‘saya beli’. Wajib!

“Err… Han.” Farhan menoleh. Plastik berisi laksa disuakan kepadaku dengan muka tak beriak.

“Kenapa kau bayar? Sepatutnya aku yang bayar. Tu kan makanan aku.” Perlahan aku berkata.

“Kenapa? Tak boleh kalau aku bayarkan?” sinis bicaranya. Sentap hati!

“Err… bukan tak boleh tapi…”

“No tapi-tapi. Anggap je aku belanja makan tunang aku sendiri.” Balasnya selamba dan tenang. Langsung tak pandang aku.

Terkelu lidah aku. Erk! Kenapa makin terasa ngilunya di telinga? Wajah Farhan aku curi-curi intai. Memang bersahaja. Tak nampak pun seperti dia memaksudkan apa yang dia kata. Alah Mai, entah-entah dia saja je cakap macam tu. Aku positifkan diri.

“Tak payah nak intai-intai aku.” Perlinya lagi sebelum menoleh ke arahku yang tidak sedar. Aku gigit lidah. Alahai… malunya! Bahang muka. Mesti merah.

Orang ramai makin berpusu-pusu di lorong itu. Farhan yang takut akan terpisah dengan tunangnya dengan perlahan menarik tangan Humairah. Aku yang sedang cuba untuk mengelak dari berlanggar dengan orang depan terkesima. Nadi bagai terhenti berdenyut. Farhan sedaya upaya melindungi aku agar tidak ‘bercium’ dengan orang hadapan memandangkan waktu sudah menginjak ke waktu berbuka puasa. Tinggal 40 minit saja lagi hendak berbuka puasa.

Sedang kami terpaksa menghadapi beribu orang dekat bazaar ini, secara tidak sengaja orang dihadapan ‘bercium’ dengan Farhan. Bumm! Aku dan Farhan tergamam. Terlepas pegangan tangan kami. Baju Farhan yang berwarna putih sudah bertukar merah akibat pertumpahan kuah asam pedas ikan tenggiri.

“Err… maaf ya, encik. Saya nak cepat sebenarnya tadi. Minta maaf sangat-sangat, encik.” Seorang gadis yang sedang bongkok mengutip beg plastiknya yang berterabur di atas jalan. Orang ramai tertoleh-toleh memandang kami. Ada yang berbisik sesama sendiri. Ada yang ketawa. Mujur saja kuah asam pedas itu tidak termasuk dalam mulutnya. Kalau tak, batal puasa!

Aku yang berdiri berasa belas. Dengan rela hati aku menolong gadis bertudung merah jambu itu memasukkan barangnya yang berterabur. Semuanya makanan. Kasihan, pasti untuk juadah berbuka. Selepas selesai mengutip barang, dia mengangkat muka lalu mengucapkan terima kasih dan memohon maaf berkali-kali atas kecuaiannya.

“Tak apa.” Balasku dengan senyuman. Memanglah tak apa sebab bukan aku yang kena. Wajah Farhan kutenung. Semacam saja riak mukanya. Keruh.

Lidah gadis itu menjadi kelu setelah melihat manusia disebelahku. Tidak berkelip mereka merenung. Aku pandang Farhan dan gadis itu silih berganti. Pandangan seperti tak menyangka dipamerkan. Dia tersentak! Gadis didepanku juga beriak yang sama. Tanpa aku sedar, Farhan mengepal penumbuknya. Urat-urat mula timbul.

“Err… Amirul?” gadis itu bersuara akhirnya. Nada sebak dan sedih.

Aku terpempan. Amirul? Bukankah hanya keluarga kami saja yang menggelar dirinya Amirul. Tapi siapakah perempuan ini? Kerutan di dahi bertambah. Aku terasa ada sesuatu yang tidak kena.

Farhan memberi jelingan yang maha tajam. Serentak dengan itu pergelangan tanganku ditarik kuat lalu menyambung langkahnya yang pantas. Terjengket-jengket aku hendak mengikuti pergerakan kakinya yang laju macam lipas kudung. Sudah tu, main jalan aje tanpa pandang kiri kanan. Aku yang terpaksa menahan rasa marah bila mukanya seperti disondol pada badan manusia yang bertentangan arah. Kelakuan kami diperhatikan orang ramai.

“Wei! Lepaskan tangan aku la!” hamburku. Farhan diam.


“Lepaskanlah, Farhan! Sakitlah!” jeritku lagi. Pun sama. Namun langkahnya semakin laju.


Aku bengang. Apa masalah mamat ni? “Perlahan la sikit langkah kau tu! Sakit kaki aku la, pekak!” marahku lagi.


“Kau jangan banyak bunyilah! Ikut je la!” tengking Farhan sekaligus membuatkan aku tersentak. Jantung bagai nak gugur dengar suaranya yang seperti petir itu. suara yang sama seperti sewaktu kanak-kanak dulu. Pergelangan tanganku dipegang kejap. Langkah kian laju. Aku tersedar sesuatu. Pantas berpusing belakang. Gadis itu masih ditempat tadi. Dan… dia menangis???




AKU masih tidak faham. Apa kena dengan mamat tu? Bengangnya belum berkesudahan. Balik-balik tadi mood dia bertukar kepada ‘merah’. Zon tidak baik! Fareez tanya sikit je pun, ditengkingnya adik tu sampai Fareez menyumpah seranah di seat belakang. Aku awal-awal lagi menikus. Dada berdebar dengar suara mamat tu. Tapi masa berbuka tadi pandai pula dia simpan riak marah dia. Muka suci, alim je sekali pandang. Cakap pun sopan, lembut je. Makcik-makcik sebelah rumah teringin nak buat menantu. Dua kali pandang, mencicit makcik-makcik tu lari bila tengok muka dah jadi The Hulk. Teringat dia tengking aku tadi cukup memanaskan hati. Dia ingat aku siapa nak tengking-tengking? Hee! Aku pulak yang panas.

Telekung aku lipat lalu disidai pada ampaian kecil. Keluhan dilepaskan. Hati tertanya-tanya. Mengapakah Farhan bertindak sedemikian? Selepas bersua dengan gadis di bazaar tadi, dia berubah laku. Siapakah perempuan bertudung merah jambu itu? Kenapa dia menangis? Patutnya Farhan yang nangis sebab baju putih dia sudah bertukar jadi merah akibat perlanggaran tak sengaja itu. Lepas tu Farhan tarik aku kuat sampai ke kereta. Tak sempat nak beli apa-apa. Kena tengking free lagi adalah! Dah tu maaf tak cakap sebab berkasar dengan aku. Hish! Ringan je tangan aku nak lebamkan biji mata dia. Pergelangan tangan kanan kusentuh. Mujur je aku bawa baju lengan panjang lebih. Tertutup sikit tanda merah pada pergelangan tangan ini.

Tombol pintu dipulas. Saat berpaling, kakiku kaku. Mata tertunak ke depan.  Farhan turut sama berdiri di depan pintu biliknya. Terkejut! Sama-sama tak menyangka akan keluar pada waktu, tempat dan tarikh yang sama. Eh, apa kau merepek Mai?

Dengan bengang yang bertapak di hati, aku berjalan melintasinya. Mukanya sikit pun aku tak pandang. Tak hadap! Sakit hati masih bersisa. Laju saja aku turun ke bawah. Fikiran terawang dengan laksa Johor. Mari makan dulu!

Farhan tersandar lemah di pintu biliknya. Dia tahu dia bersalah. Tak sepatutnya dia tunjuk perbuatan ‘tak sopan’ depan Humairah. Dah tu dia juga langsung tidak meminta maaf atas sebab mengasari pergelangan tangan tunangnya. Hatinya masih panas setelah berjumpa dengan perempuan tu! Kenapa perempuan tu muncul depan dia?! Pintu biliknya ditumbuk dengan tangan kiri. Geram ya amat! Mata merah menyala dengan api kemarahan.

“Angah,” tegur Fareez ditangga.

“Apa?!” bentak Farhan. Figura Fareez dipandang dengan tajam.

“Tak nak duduk kat bawah ke?” tergagap-gagap Fareez menyoal. Gerun melihat abangnya yang seperti melepas geram pada pintu. Kakinya juga menggeletar ketakutan. Jangan muka handsome dia kena tumbuk free sudahlah. Habis nanti Yana tak pandang.

Farhan menarik nafas. Dia tenangkan diri dengan istighfar lalu berjalan turun tanpa mempedulikan Fareez yang semakin pelik. Kepala yang tak gatal digaru. Apahal angah ni? Moody tetiba pulak. Takkan datang bulan kut?




ANGIN malam begitu nyaman. Farhan tersandar lemah dikerusi. Mukanya diraupkan dengan kedua tapak tangan. Sangat merumitkan. Lebih susah dari masalah negara!

“So dia nampak la angah dengan Kak Mai tadi?” Fareez menyoal meminta kepastian. Akhirnya dia tahu apa yang membelenggu fikiran abang ngahnya itu. Patutlah berangin semacam.

“Hmm...” Farhan angguk. Kepada Fareez telah diceritakan segala yang berlaku petang tadi. Hatinya tak tahan. Jiwanya meronta. Batinnya meraung bagai nak gila. Kalau tak diluahkan pasti dia akan disahkan menjadi salah seorang pesakit di hospital bahagia.

“Reaksi dia macam mana? Menyesal?”

Farhan pandang sinis. “Perlu ke menyesal?” Fareez diam. Cerita lama terungkap sekali lagi. Cerita yang telah melibatkan perasaan dua jiwa. Dia pandang balkoni Humairah disebelah. Apa agaknya reaksi Kak Mai kalau tahu yang perempuan tadi tu...

“Jangan cuba beritahu Mai apa-apa mengenai perempuan tu.” Farhan laju memintas. Seakan mengerti apa yang bersarang diminda Fareez.

“Kalau perempuan tu jumpa Kak Mai then cakap yang sebaliknya macam mana?” duga Fareez dengan kening terjongket sebelah. 

Farhan melepaskan keluhan. “Angah tahu macam mana nak handle.” walhal dia sendiri tidak tahu dapatkah dia mengawalnya? Huh... Gitar disebelah kerusi yang didudukinya diangkat lalu diletakkan atas riba. Fareez sengih. Tahu sudah yang abangnya akan memetik gitar untuk melepaskan stress. Lagipun dah lama tak nampak Farhan serabut. Selalu cool memanjang.

Intro sad song instrumental dilagukan oleh Farhan dengan petikan gitar. Fareez diam terpegun di pagar besi itu. Sudah lama tak dengar lagu itu dimainkan. Lagu ciptaan Farhan sendiri. Kalau nak tau, Farhan pandai mengubah lagu, menulis lirik dan pandai bermain piano selain gitar. Cuma dia tidak mahu terlalu leka dengan muzik yang dikatakan bakal melalaikan diri. Tapi untuk waktu-waktu tertekan, ilham menggubah lagu mencurah-curah tanpa diminta.

Petikan mula berubah ke arah salah satu muzik yang dipopularkan kumpulan Indonesia. Fareez pun layankan saja. Turut sama bernyanyi dengan Farhan. Dengan cara itu tekanan Farhan akan hilang.

“Alamak!”

Petikan gitar terhenti. Farhan menjongket kening. “Err... sakit perut. Emergency case. Jap eh?” fareez berlari ke toilet.

Farhan tersenyum kelucuan. Mesti dah tak tahan sangat dah tu. Tulah siapa suruh makan sambal banyak-banyak. Dah tahu diri tu alah ada hati nak makan pedas. Nak tunjuk macho la kononnya depan Yana, adik Humairah. Ingat dia tak perhati ke? farhan geleng kepala. Gitarnya terus dipetik. Lagu berubah-ubah dari semasa ke semasa sehinggakan tidak sedar dia sudah mengganggu ketenteraman penghuni sebelah.





BUTANG shut down aku tekan. Klik. Skrin laptop gelap. Bilik air aku tuju. Selepas mencuci muka, tangan dan kaki, aku keluar lalu menutup suis lampu. “Ahhh! Sedapnya dapat baring.” Bantal panjang aku peluk erat. Tak dapat teddy bear, bantak peluk pun jadi.

Baru saja hendak melelapkan mata, terdengar bunyi suara orang. Mendayu-dayu seperti semalam. Tapi kali ini lebih kuat. Jam aku kerling. 11.45 malam! Serta merta aku terbangun. Serius bulu roma tegak berdiri. Aku mencari arah bunyi itu. Tiada! Pintu sliding aku tenung. Bunyi itu kedengaran lagi. Aku terketar-ketar ketakutan. Selimut kutarik hingga ke paras dada. Tapikan mana ada hantu masa bulan puasa. Bukankah semua syaitan sudah diikat? Aku menggapai telefon bimbit. Dengan perlahan aku berjalan menuju ke pintu sliding yang bertutup sejak aku menghuni bilik ini.

Bunyi suara itu semakin jelas kedengaran apabila aku menjengukkan kepala sedikit dari balkoni bilik tidur ini. Wajah seseorang yang sedang duduk dikerusi sambil memegang gitar.  Farhan? hatiku tertanya sendiri. Rupanya suara dialah eh? MasyaAllah! Aku ingatkan hantu. Baru nak melangkah masuk, terdengar dia menyanyi. Aku berpatah balik semula. Dengan langkah yang perlahan aku berdiri di pintu balkoni bersama telefon bimbit ditangan kiri. Wajah jiran sebelah aku curi-curi pandang.

Dinginnya angin malam ini
Menyapa tubuhku
Namun tidak dapat
Dinginkan hatiku yang kau hangatkan

Terasa tercabarnya kelelakianku ini
Dengan sikapmu
Mentanglah aku ini insan kekurangan
Senangnya kau mainkan

Siapalah aku ini
Untuk memintal buih
Yang memutih menjadi permaidani
Sepertimana yang tertulis
Dalam novel cinta

Juga mustahilku menggapai bintang dilangit
Menjadikan hantaran
Syarat untuk milikimu
Semua itu sungguh aku tak termampu

Silap aku juga kerna jatuh cinta
Insan sepertimu seanggun bidadari
Seharusnya aku cerminkan diriku
Sebelum tirai kamar aku buka
Untuk mengintaimu

Aku terpanar. Sedapnya suara dia subhanallah! Dia begitu asyik memetik gitar sambil memejam mata. Menghayati bait-bait lagu itu. Seakan seperti orang baru putus cinta lagaknya! Aku pandang ke atas. Bintang-bintang pada malam itu turut bertaburan di dada langit. Bulan mengambang menghiasi malam ini. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajahku. Rambut yang tadinya rapi kini berterbangan ditiup angin. Suasana bertambah romantis dengan lagu dari gubahan Farhan. Mendamaikan jiwa. Entah kenapa aku boleh terlupa akan sengketa yang baru berlaku petang tadi setelah mendengar suaranya menyanyikan lagu dari kumpulan Exist itu bersama keasyikan petikan gitarnya.

Telefon bimbit berbunyi mengejutkan aku yang sedang bersandar di pintu balkoni. Erk?! Matilah aku! Nama Wana tertera di skrin telefon. Suasana senyap tanpa petikan gitar itu lagi. Aku menggigit bibir. Perlahan-lahan mengangkat muka memandang dia.

Pap!

Pandangan kami bertemu. Farhan merenungku tidak berkelip. Seakan tidak pernah melihat aku! Dan matanya juga seakan mahu memberitahu sesuatu. Dada dihambat debar namun aku tenangkan. Rambut yang terbang ditiup angin aku selitkan belakang telinga.

Pap! Aku tersedar sesuatu. Rambut???

Aku pegang kepala. Allahuakbar! Rambut aku?! Aku tidak bertutup di depannya! Mak malunyaaaa!!!! Cepat-cepat aku tutup pintu balkoni lalu menguncinya dari dalam. Katl dituju lalu aku menyembamkan muka pada bantal. Huargghhhh!!!! Mama, Mai nak balik rumah kita! Malunya!!!


Farhan masih lagi terpaku. Dia tak menyangka tunangnya itu akan mengintai dia. Dan dia nak buat satu pengakuan. Humairah.... sangat cantik! Terdetik hatinya.


p/s : ni yg miss smpt edit... klu typo tu mintak maaf bebanyak... sorry klu tak memuaskan hati korg... :)

8 comments:

  1. Best sgt... Sape perempuan tu, ex farhan erk... Jgn dia wat pasal dah.. Cian kat maira nanti......

    ReplyDelete
  2. ala.. perempuan tu xyah wujud lah.. buat semak je... bila nk sambung nie.. hehehe x sabo nk baca.. mst humairah malu bila jumpe farhan depan mata nie... heheheh cute sgt2

    ReplyDelete
  3. mcm tnda" ex farhan nk merampas je 🗿

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahh... Tak habis ngan si ammy tu mari lak yg baru... Banyak ex la farhan ni

      Delete
  4. Perempuan tu nazatul ek? Harap anda boleh menerima yg dia bukan jodoh Farhan, tp sekarang, Humairah jodoh Farhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes jangan kacau Mai dgn Farhan tidak ni siku ni ke mukalah jawabnya

      Delete
  5. aip farhan 😔😔

    ReplyDelete