BAB50
PAGI menjelma bermakna
satu malam sudahpun berlalu. Mama Nani sudah berada di dapur. Dalam rumah ni
ada undang-undang. Aku dan adik-adik kena memanggil Aunty Hanani dengan
panggilan mama. Bagi yang segan panggil je Mama Nani (khas untuk Yana dan
achik). Aku? Dah tentu kena panggil mama. Ini adalah perintah! Dah macam cerita
P.Ramlee Tiga Abdul pulak. Ouh, sekarang aku ada dua mama.
Sedang menyiapkan
bahan-bahan untuk dimasak. Menu berbuka hari ini adalah ayam masak merah, sayur
kailan dan puding roti. Teringat kembali kata-kata wanita itu padaku sewaktu
sedang membuat puding roti pagi tadi.
“Puding roti adalah
salah satu kegemaran Farhan. Setiap bulan puasa, dia akan minta mama buatkan.
Dan bila dia dah minta sekali, dia tak akan minta lagi. Tunggu tahun depan, haa
time tu baru dia minta lagi. Pendek kata Farhan akan suruh mama buat makanan
favourite dia bila waktu puasa aje. Katanya puas makan sebab tahan lapar waktu
siang. Bila makan time tak puasa, feelnya lain sedikit. Entahlah. Mama pun tak
reti nak cakap. Tapi memang begitulah.”
Mula-mula aku pelik. Cuba
menerima hakikat tentang lelaki itu. Takkan makan sekali setahun? Takkan tak
pernah minta benda lain? Akhirnya aku faham manusia berbeza perangai. Mungkin
dia tidak mahu terlalu meminta pada ibunya. Telahku sendiri. Dan daripada situ
aku mula belajar mengenai sikapnya. Tidak seperti anak-anak lain. Dia begitu
hormat pada ayah dan ibu. Tak pernah sekalipun aku dengar dia membidas
kata-kata orang tuanya. Tak macam aku! Kalau mama atau abah cakap ada je yang
aku bangkang. Ada je yang tak puas hati walhal mereka sebenarnya risaukan aku,
sayangkan aku. Mereka buat bersebab. Mana ada ibu bapa tak sayang anak sendiri?
Sedangkan biawak pun sayang pada anak kucing. Sayanglah sangat, kan?
“Ma,” panggil Fareez.
Kami semua mendongak memandang. Opss! Bukan saja Fareez, malah abangnya juga turut
sama di situ sambil mengendong Aina. Apabila terpandang akan anak matanya yang
terarah ke sini, cepat-cepat saja aku tunduk menyambung tugas. Jantung mula
berirama ala-ala hindustan. Yana didepan sudah menggesel-gesel kaki aku. Eee! Gelilah. Aku tunjuk
pisau. Mahu? Yana menunduk sambil cuba menahan tawa dari meletus. Kelakar la
Kak Mai ni.
“Ya, sayang.”
“Reez dengan angah nak
pergi kedai sekejap lepas tu pergi bazaar. Reez nak cari kuih buah melaka. Mama
nak beli apa-apa tak?” tanya Fareez lalu begitu selamba ambil tempat sebelah
aku bertentangan dengan gadis yang dipuja dalam diam. Matanya melirik Yana yang
tunduk membuat kerja. Aku yang terperasan segera berdeham. Fareez alih pandang,
memfokuskan pada mamanya. Kacau line betullah Kak Mai! Baru nak ushar.
“Emm... mama tak ada
apa-apa nak beli. Yana, Sara, Maira nak beli apa-apa tak?” kami memandang satu
sama lain. Aku tanya Yana, Yana tanya achik, achik tanya aku! Heh! Ingat
rantaian makanan ke apa?
“Maira ikut sekalilah
dengan dia orang ni. Senang nak beli apa-apa. Mama tahu sekarang tak boleh nak
fikir nak makan apa, kan?” belum sempat aku jawab, Mama Nani memintas lebih
awal.
What? Ikut mamat tu? Tak
naklah. “Err tak apalah, mama. Dah cukuplah lauk ni.” Tolakku sopan. Padahal
itu bukan sifat aku. Kalau berbuka seperti tahun-tahun lepas, meja makan mesti
penuh dengan kuih. Dan salah satunya mesti ada laksa Johor. Tak sah kalau tak
ada sebab aku suka mencekik waktu malam sambil layan drama di televisyen
selepas pulang dari terawih. Tapi takkanlah aku nak cakap kot? Ni rumah orang.
Seganlah. Rumah tunang pulak tu wok!
“Tak payah segan-segan,
Maira. Kalau nak apa-apa, beli aje. Papa dengan mama tak kesah. Asal Maira
dengan adik-adik suka.” Sampuk Papa Umar yang baru saja memunculkan diri di
dapur. “Lagipun abah dan mama dah amanahkan supaya jaga anak mereka ni
baik-baik. Termasuklah dari segi pemakanan.” Tambah Papa Umar lagi. Dia menguntum
senyum padaku.
“Hmm betul, betul,
betul!” kata Fareez. Aku menjelingnya. Eee! Suka menyibuk tau. Dahlah ada hati
nak mengurat adik aku! Farhan diam saja ditepi peti ais seraya memeluk tubuh. Aina
sudah didudukkan di atas kabinet sebelah refrigerator.
“Jomlah ikut Kak Mai.
Bazaar sini macam-macam ada. Kak Mai cakap je, terhidang depan mata.” Becok
mulut Fareez mengata itu ini. “Tak menyesal punyalah! Tak percaya tanya angah.”
Fareez kerling Farhan tidak jauh darinya. Kening dinaikkan berkali-kali. Mata
Farhan mencerun tajam.
“Betul! Betul! Betul!”
Aina bersuara seperti Upin Ipin. Pecah tawa di dapur ini.
Aku jadi makin segan nak
jawab apabila bebola mata Farhan merenungku tak berkelip. Seakan menunggu
jawapan dariku. Dan semestinya dia akan cakap, jangan! Heh! Ingat aku kebulur
sangat ke? Tapikan, aku memang nak laksa Johor. Hati tak keruan kalau makanan
favourite aku tak ada! Huwaaa...
“Err... bolehlah. Tapi
Mai belum solat asar lagi.”
“Tak apa. Dia orang
boleh tunggu. Bazaar tu pun dekat aje. Maira pergi sembahyang dulu. Daun sup tu
pun dah cukup.” Mama Nani mengusap bahuku dengan lembut. Aku angguk seraya bangun
perlahan lalu naik ke bilik. Sengaja aku rendahkan pandangan mata setibanya
hendak melepasi lelaki itu. Tiba-tiba rasa gerun pulak. Naik kereta Farhan? Oh
my gosh!
“Yana, Sara tak nak ikut
ke?” Fareez bertanya lagi. Dia mengharapkan Yana ikut. Kot-kot la masa tu
terserempak dengan member sekolah, mesti dia orang ingat Yana tu girlfriend dia.
Huhu! Mesti kecoh dekat sekolah nanti. Dia pun teringin nak tumpang glamour
sama seperti abangnya. Secara tak langsung, dagunya yang licin diusap.
Yana dan achik
menggeleng. “Tak apalah, Abang Fareez. Achik dengan Kak Yana tak nak kacau
daun. Bagi chance dekat Abang Amirul la.” Achik sengih nakal. Yana
tertahan-tahan nak ketawa. Beberapa kali dia cuba nak tahan ketawa dari tak meletus. Mama Nani tergelak kecil.
Fareez gelak terbahak-bahak dan berdeham sesekali mengerling manusia di tepi peti
ais.
Farhan tersentak.
Membahang muka dia. Apa kes ni? Abang pula yang kena, Sara? Fareez yang sedang
menaikkan thumbs up tanpa disedari wanita bertiga itu ditenung tajam. Jaga kau
dalam kereta nanti!
BAZAAR RAMADHAN di sini
tersangatlah meriah. Baru seminggu berpuasa, sudah penuh manusia. Ini baru di
Johor. Kalau di KL sudah tentu bersesak, berhimpitan. Aku cuba berjalan
menyaingi langkah jejaka berdua itu. dan aku dapat perhatikan mata Farhan tak
lekang memandang aku walaupun sedang berjalan. Mungkin dia tak nak aku hilang
daripada mata dia kut. Aku menyedapkan hati walhal jantung bagai dipalu dengan
panahan mata dia tu. Auww! Pengsan...
Bermacam jenis makanan
ada. Kuih pelik-pelik turut sama terhidang hingga membuatkan aku ternganga dan
blur. Fareez pun apalagi. Sukalah menyakat aku. Memang pantang betul adik
Farhan ini. Dan aku pun tiba-tiba je jadi pending. Haih...
“Kalau Kak Mai nak tahu,
setiap tahun kita orang akan pergi bazaar dekat sini je. Tak pernah pergi
tempat lain. Muka kita orang pun abang-abang, akak-akak, makcik pakcik ni
kenal. Siap bagi diskaun lagi. Tu yang kita orang malas nak pergi tempat lain.
Tak ada diskaun! Hehe!” Fareez sengih.
Aku tergelak kecil. Wow!
Bagi diskaun? Cayalah! “Kenapa tak bagi free terus?”
“Masaklah dia orang
kalau free memanjang. Bankrap terus!” terkekek-kekek kami ketawa sehinggakan
tidak perasan panahan tajam Farhan yang berada di sebelah Fareez. Jealous la
tu! Bluekk!
“Angah, Aina ada pesan
apa-apa tak?” Fareez bertanya pada abangnya yang diam saja. Aik? Masamnya muka.
Mengalahkan cuka getah!
“Ada.” Farhan angguk.
“Dia suruh beli karipap sardin dengan air soya.” Pesanan Aina terpahat di
mindanya. Adiknya itu merengek-rengek mahu karipap sardin dan air soya
dikatilnya semalam. Aina memang penggemar karipap!
“Kalau macam tu, kita
berpecah. Reez pergi beli air. Angah dengan Kak Mai pergilah beli kuih apa-apa
eh? Bye…” Fareez melangkah pergi ke sebelah kiri. Aku terkebil-kebil memandang
langkahnya yang kian menghilang. Pandanganku hala ke deretan gerai. Tak tahu
nak beli apa. Tiba-tiba penyakit blur aku datang. Sedar-sedar saja Farhan sudah
ada di sebelah. Dan kakiku terhenti di depan gerai yang menjual laksa.
“Nak beli ke?” soalnya
dingin.
Aku tertoleh. “Err… tak.
Saja tengok. Tak terfikir nak beli apa-apa.” Balasku perlahan.
“Kalau nak, beli aje.
Mama tak berkecil hati.” Ujarnya tenang.
Aku masih teragak-agak.
Nampak laksa Johor tu macam sedap. Tapi Mama Nani dah masak ayam masak merah
dekat rumah untuk berbuka puasa. Nanti dikatanya masakan dia tak sedap. Tapi aku
memang tak boleh berpisah dengan laksa Johor. Macam mana ni? Aku gelisah.
Farhan memahami. Lenganku yang beralas cardigan kelabu ditarik pantas. Aku
terpinga-pinga.
“Ya, dik. Nak beli apa?
Laksa Johor ada, laksa Penang ada, rojak petis, rojak mee ada. Pilih, dik.”
Kata si penjual.
“Bagi laksa Johor satu,
pakcik.” Jawab Farhan. Pakcik itu pun mula mengisi kuah dalam plastik. Aku
cepat-cepat membuka dompet mengeluarkan wang tetapi pantas saja Farhan
membayar. Aku terkedu disitu.
“Terima kasih, nak.
Pakcik jual.”
“Saya beli.”
Percakapan yang biasa
aku perdengarkan apabila membeli barang bersama mama. Mama kata itu akad jual
beli. Bila si penjual kata ‘saya jual’, makanya kita hendaklah menjawab ‘saya
beli’. Wajib!
“Err… Han.” Farhan
menoleh. Plastik berisi laksa disuakan kepadaku dengan muka tak beriak.
“Kenapa kau bayar?
Sepatutnya aku yang bayar. Tu kan makanan aku.” Perlahan aku berkata.
“Kenapa? Tak boleh kalau
aku bayarkan?” sinis bicaranya. Sentap hati!
“Err… bukan tak boleh
tapi…”
“No tapi-tapi. Anggap je
aku belanja makan tunang aku sendiri.” Balasnya selamba dan tenang. Langsung tak
pandang aku.
Terkelu lidah aku. Erk!
Kenapa makin terasa ngilunya di telinga? Wajah Farhan aku curi-curi intai.
Memang bersahaja. Tak nampak pun seperti dia memaksudkan apa yang dia kata.
Alah Mai, entah-entah dia saja je cakap macam tu. Aku positifkan diri.
“Tak payah nak
intai-intai aku.” Perlinya lagi sebelum menoleh ke arahku yang tidak sedar. Aku
gigit lidah. Alahai… malunya! Bahang muka. Mesti merah.
Orang ramai makin
berpusu-pusu di lorong itu. Farhan yang takut akan terpisah dengan tunangnya
dengan perlahan menarik tangan Humairah. Aku yang sedang cuba untuk mengelak
dari berlanggar dengan orang depan terkesima. Nadi bagai terhenti berdenyut. Farhan
sedaya upaya melindungi aku agar tidak ‘bercium’ dengan orang hadapan
memandangkan waktu sudah menginjak ke waktu berbuka puasa. Tinggal 40 minit
saja lagi hendak berbuka puasa.
Sedang kami terpaksa
menghadapi beribu orang dekat bazaar ini, secara tidak sengaja orang dihadapan
‘bercium’ dengan Farhan. Bumm! Aku dan Farhan tergamam. Terlepas pegangan
tangan kami. Baju Farhan yang berwarna putih sudah bertukar merah akibat
pertumpahan kuah asam pedas ikan tenggiri.
“Err… maaf ya, encik.
Saya nak cepat sebenarnya tadi. Minta maaf sangat-sangat, encik.” Seorang gadis
yang sedang bongkok mengutip beg plastiknya yang berterabur di atas jalan.
Orang ramai tertoleh-toleh memandang kami. Ada yang berbisik sesama sendiri. Ada
yang ketawa. Mujur saja kuah asam pedas itu tidak termasuk dalam mulutnya.
Kalau tak, batal puasa!
Aku yang berdiri berasa
belas. Dengan rela hati aku menolong gadis bertudung merah jambu itu memasukkan
barangnya yang berterabur. Semuanya makanan. Kasihan, pasti untuk juadah
berbuka. Selepas selesai mengutip barang, dia mengangkat muka lalu mengucapkan
terima kasih dan memohon maaf berkali-kali atas kecuaiannya.
“Tak apa.” Balasku dengan
senyuman. Memanglah tak apa sebab bukan aku yang kena. Wajah Farhan kutenung. Semacam
saja riak mukanya. Keruh.
Lidah gadis itu menjadi
kelu setelah melihat manusia disebelahku. Tidak berkelip mereka merenung. Aku
pandang Farhan dan gadis itu silih berganti. Pandangan seperti tak menyangka
dipamerkan. Dia tersentak! Gadis didepanku juga beriak yang sama. Tanpa aku
sedar, Farhan mengepal penumbuknya. Urat-urat mula timbul.
“Err… Amirul?” gadis itu
bersuara akhirnya. Nada sebak dan sedih.
Aku terpempan. Amirul? Bukankah
hanya keluarga kami saja yang menggelar dirinya Amirul. Tapi siapakah perempuan
ini? Kerutan di dahi bertambah. Aku terasa ada sesuatu yang tidak kena.
Farhan memberi jelingan
yang maha tajam. Serentak dengan itu pergelangan tanganku ditarik kuat lalu
menyambung langkahnya yang pantas. Terjengket-jengket aku hendak mengikuti
pergerakan kakinya yang laju macam lipas kudung. Sudah tu, main jalan aje tanpa
pandang kiri kanan. Aku yang terpaksa menahan rasa marah bila mukanya seperti
disondol pada badan manusia yang bertentangan arah. Kelakuan kami diperhatikan
orang ramai.
“Wei! Lepaskan tangan
aku la!” hamburku. Farhan diam.
“Lepaskanlah, Farhan! Sakitlah!”
jeritku lagi. Pun sama. Namun langkahnya semakin laju.
Aku bengang. Apa masalah
mamat ni? “Perlahan la sikit langkah kau tu! Sakit kaki aku la, pekak!” marahku
lagi.
“Kau jangan banyak bunyilah!
Ikut je la!” tengking Farhan sekaligus membuatkan aku tersentak. Jantung bagai
nak gugur dengar suaranya yang seperti petir itu. suara yang sama seperti
sewaktu kanak-kanak dulu. Pergelangan tanganku dipegang kejap. Langkah kian
laju. Aku tersedar sesuatu. Pantas berpusing belakang. Gadis itu masih ditempat
tadi. Dan… dia menangis???
AKU masih tidak faham.
Apa kena dengan mamat tu? Bengangnya belum berkesudahan. Balik-balik tadi mood
dia bertukar kepada ‘merah’. Zon tidak baik! Fareez tanya sikit je pun,
ditengkingnya adik tu sampai Fareez menyumpah seranah di seat belakang. Aku awal-awal
lagi menikus. Dada berdebar dengar suara mamat tu. Tapi masa berbuka tadi
pandai pula dia simpan riak marah dia. Muka suci, alim je sekali pandang. Cakap
pun sopan, lembut je. Makcik-makcik sebelah rumah teringin nak buat menantu.
Dua kali pandang, mencicit makcik-makcik tu lari bila tengok muka dah jadi The
Hulk. Teringat dia tengking aku tadi cukup memanaskan hati. Dia ingat aku siapa
nak tengking-tengking? Hee! Aku pulak yang panas.
Telekung aku lipat lalu
disidai pada ampaian kecil. Keluhan dilepaskan. Hati tertanya-tanya. Mengapakah
Farhan bertindak sedemikian? Selepas bersua dengan gadis di bazaar tadi, dia
berubah laku. Siapakah perempuan bertudung merah jambu itu? Kenapa dia menangis?
Patutnya Farhan yang nangis sebab baju putih dia sudah bertukar jadi merah
akibat perlanggaran tak sengaja itu. Lepas tu Farhan tarik aku kuat sampai ke
kereta. Tak sempat nak beli apa-apa. Kena tengking free lagi adalah! Dah tu
maaf tak cakap sebab berkasar dengan aku. Hish! Ringan je tangan aku nak
lebamkan biji mata dia. Pergelangan tangan kanan kusentuh. Mujur je aku bawa
baju lengan panjang lebih. Tertutup sikit tanda merah pada pergelangan tangan ini.
Tombol pintu dipulas.
Saat berpaling, kakiku kaku. Mata tertunak ke depan. Farhan turut sama berdiri di depan pintu
biliknya. Terkejut! Sama-sama tak menyangka akan keluar pada waktu, tempat dan
tarikh yang sama. Eh, apa kau merepek Mai?
Dengan bengang yang
bertapak di hati, aku berjalan melintasinya. Mukanya sikit pun aku tak pandang.
Tak hadap! Sakit hati masih bersisa. Laju saja aku turun ke bawah. Fikiran terawang
dengan laksa Johor. Mari makan dulu!
Farhan tersandar lemah
di pintu biliknya. Dia tahu dia bersalah. Tak sepatutnya dia tunjuk perbuatan
‘tak sopan’ depan Humairah. Dah tu dia juga langsung tidak meminta maaf atas
sebab mengasari pergelangan tangan tunangnya. Hatinya masih panas setelah
berjumpa dengan perempuan tu! Kenapa perempuan tu muncul depan dia?! Pintu
biliknya ditumbuk dengan tangan kiri. Geram ya amat! Mata merah menyala dengan
api kemarahan.
“Angah,” tegur Fareez
ditangga.
“Apa?!” bentak Farhan.
Figura Fareez dipandang dengan tajam.
“Tak nak duduk kat bawah
ke?” tergagap-gagap Fareez menyoal. Gerun melihat abangnya yang seperti melepas
geram pada pintu. Kakinya juga menggeletar ketakutan. Jangan muka handsome dia
kena tumbuk free sudahlah. Habis nanti Yana tak pandang.
Farhan menarik nafas.
Dia tenangkan diri dengan istighfar lalu berjalan turun tanpa mempedulikan
Fareez yang semakin pelik. Kepala yang tak gatal digaru. Apahal angah ni? Moody
tetiba pulak. Takkan datang bulan kut?
ANGIN malam begitu
nyaman. Farhan tersandar lemah dikerusi. Mukanya diraupkan dengan kedua tapak
tangan. Sangat merumitkan. Lebih susah dari masalah negara!
“So dia nampak la angah
dengan Kak Mai tadi?” Fareez menyoal meminta kepastian. Akhirnya dia tahu apa yang membelenggu fikiran abang ngahnya itu. Patutlah berangin semacam.
“Hmm...” Farhan angguk.
Kepada Fareez telah diceritakan segala yang berlaku petang tadi. Hatinya tak
tahan. Jiwanya meronta. Batinnya meraung bagai nak gila. Kalau tak diluahkan
pasti dia akan disahkan menjadi salah seorang pesakit di hospital bahagia.
“Reaksi dia macam mana?
Menyesal?”
Farhan pandang sinis. “Perlu
ke menyesal?” Fareez diam. Cerita lama terungkap sekali lagi. Cerita yang telah melibatkan perasaan dua jiwa. Dia pandang
balkoni Humairah disebelah. Apa agaknya reaksi Kak Mai kalau tahu yang
perempuan tadi tu...
“Jangan cuba beritahu
Mai apa-apa mengenai perempuan tu.” Farhan laju memintas. Seakan mengerti apa
yang bersarang diminda Fareez.
“Kalau perempuan tu
jumpa Kak Mai then cakap yang sebaliknya macam mana?” duga Fareez dengan kening
terjongket sebelah.
Farhan melepaskan
keluhan. “Angah tahu macam mana nak handle.” walhal dia sendiri tidak tahu dapatkah dia mengawalnya? Huh... Gitar disebelah kerusi yang
didudukinya diangkat lalu diletakkan atas riba. Fareez sengih. Tahu sudah yang
abangnya akan memetik gitar untuk melepaskan stress. Lagipun dah lama tak
nampak Farhan serabut. Selalu cool memanjang.
Intro sad song
instrumental dilagukan oleh Farhan dengan petikan gitar. Fareez diam terpegun
di pagar besi itu. Sudah lama tak dengar lagu itu dimainkan. Lagu ciptaan
Farhan sendiri. Kalau nak tau, Farhan pandai mengubah lagu, menulis lirik dan
pandai bermain piano selain gitar. Cuma dia tidak mahu terlalu leka dengan
muzik yang dikatakan bakal melalaikan diri. Tapi untuk waktu-waktu tertekan,
ilham menggubah lagu mencurah-curah tanpa diminta.
Petikan mula berubah ke
arah salah satu muzik yang dipopularkan kumpulan Indonesia. Fareez pun layankan
saja. Turut sama bernyanyi dengan Farhan. Dengan cara itu tekanan Farhan akan
hilang.
“Alamak!”
Petikan gitar terhenti.
Farhan menjongket kening. “Err... sakit perut. Emergency case. Jap eh?” fareez
berlari ke toilet.
Farhan tersenyum
kelucuan. Mesti dah tak tahan sangat dah tu. Tulah siapa suruh makan sambal
banyak-banyak. Dah tahu diri tu alah ada hati nak makan pedas. Nak tunjuk macho
la kononnya depan Yana, adik Humairah. Ingat dia tak perhati ke? farhan geleng
kepala. Gitarnya terus dipetik. Lagu berubah-ubah dari semasa ke semasa
sehinggakan tidak sedar dia sudah mengganggu ketenteraman penghuni sebelah.
BUTANG shut down aku
tekan. Klik. Skrin laptop gelap. Bilik air aku tuju. Selepas mencuci muka, tangan dan
kaki, aku keluar lalu menutup suis lampu. “Ahhh! Sedapnya dapat baring.” Bantal
panjang aku peluk erat. Tak dapat teddy bear, bantak peluk pun jadi.
Baru saja hendak
melelapkan mata, terdengar bunyi suara orang. Mendayu-dayu seperti semalam. Tapi kali ini lebih kuat. Jam aku kerling. 11.45 malam! Serta merta aku
terbangun. Serius bulu roma tegak berdiri. Aku mencari arah bunyi itu. Tiada! Pintu
sliding aku tenung. Bunyi itu kedengaran lagi. Aku terketar-ketar ketakutan. Selimut kutarik hingga ke paras dada. Tapikan
mana ada hantu masa bulan puasa. Bukankah semua syaitan sudah diikat? Aku
menggapai telefon bimbit. Dengan perlahan aku berjalan menuju ke pintu sliding yang
bertutup sejak aku menghuni bilik ini.
Bunyi suara itu semakin
jelas kedengaran apabila aku menjengukkan kepala sedikit dari balkoni bilik
tidur ini. Wajah seseorang yang sedang duduk dikerusi sambil memegang gitar. Farhan? hatiku tertanya sendiri. Rupanya suara dialah eh? MasyaAllah! Aku ingatkan hantu. Baru nak melangkah masuk, terdengar dia menyanyi. Aku berpatah balik semula. Dengan langkah yang perlahan aku berdiri di pintu balkoni bersama telefon
bimbit ditangan kiri. Wajah jiran sebelah aku curi-curi pandang.
Dinginnya angin malam
ini
Menyapa tubuhku
Namun tidak dapat
Dinginkan hatiku yang
kau hangatkan
Terasa tercabarnya
kelelakianku ini
Dengan sikapmu
Mentanglah aku ini insan
kekurangan
Senangnya kau mainkan
Siapalah aku ini
Untuk memintal buih
Yang memutih menjadi
permaidani
Sepertimana yang
tertulis
Dalam novel cinta
Juga mustahilku
menggapai bintang dilangit
Menjadikan hantaran
Syarat untuk milikimu
Semua itu sungguh aku
tak termampu
Silap aku juga kerna
jatuh cinta
Insan sepertimu seanggun
bidadari
Seharusnya aku cerminkan
diriku
Sebelum tirai kamar aku
buka
Untuk mengintaimu
Aku terpanar. Sedapnya
suara dia subhanallah! Dia begitu asyik memetik gitar sambil memejam mata.
Menghayati bait-bait lagu itu. Seakan seperti orang baru putus cinta lagaknya! Aku
pandang ke atas. Bintang-bintang pada malam itu turut bertaburan di dada
langit. Bulan mengambang menghiasi malam ini. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar
lembut wajahku. Rambut yang tadinya rapi kini berterbangan ditiup angin.
Suasana bertambah romantis dengan lagu dari gubahan Farhan. Mendamaikan jiwa. Entah
kenapa aku boleh terlupa akan sengketa yang baru berlaku petang tadi setelah
mendengar suaranya menyanyikan lagu dari kumpulan Exist itu bersama keasyikan
petikan gitarnya.
Telefon bimbit berbunyi
mengejutkan aku yang sedang bersandar di pintu balkoni. Erk?! Matilah aku! Nama
Wana tertera di skrin telefon. Suasana senyap tanpa petikan gitar itu lagi. Aku
menggigit bibir. Perlahan-lahan mengangkat muka memandang dia.
Pap!
Pandangan kami bertemu.
Farhan merenungku tidak berkelip. Seakan tidak pernah melihat aku! Dan matanya
juga seakan mahu memberitahu sesuatu. Dada dihambat debar namun aku tenangkan.
Rambut yang terbang ditiup angin aku selitkan belakang telinga.
Pap! Aku tersedar
sesuatu. Rambut???
Aku pegang kepala.
Allahuakbar! Rambut aku?! Aku tidak bertutup di depannya! Mak malunyaaaa!!!!
Cepat-cepat aku tutup pintu balkoni lalu menguncinya dari dalam. Katl dituju
lalu aku menyembamkan muka pada bantal. Huargghhhh!!!! Mama, Mai nak balik
rumah kita! Malunya!!!
Farhan masih lagi
terpaku. Dia tak menyangka tunangnya itu akan mengintai dia. Dan dia nak buat satu pengakuan. Humairah.... sangat cantik! Terdetik hatinya.
p/s : ni yg miss smpt edit... klu typo tu mintak maaf bebanyak... sorry klu tak memuaskan hati korg... :)
Best sgt... Sape perempuan tu, ex farhan erk... Jgn dia wat pasal dah.. Cian kat maira nanti......
ReplyDeletebest....
ReplyDeleteala.. perempuan tu xyah wujud lah.. buat semak je... bila nk sambung nie.. hehehe x sabo nk baca.. mst humairah malu bila jumpe farhan depan mata nie... heheheh cute sgt2
ReplyDeletemcm tnda" ex farhan nk merampas je 🗿
ReplyDeleteHahahh... Tak habis ngan si ammy tu mari lak yg baru... Banyak ex la farhan ni
DeletePerempuan tu nazatul ek? Harap anda boleh menerima yg dia bukan jodoh Farhan, tp sekarang, Humairah jodoh Farhan..
ReplyDeleteYes jangan kacau Mai dgn Farhan tidak ni siku ni ke mukalah jawabnya
Deleteaip farhan 😔😔
ReplyDelete