“AWAL kau,” tegur Reza
sewaktu Aki muncul di kamar perkongsian mereka.
Aki tak menjawab sepatah
kata. Jaket ditanggal kasar dan dibaring entah ke mana-mana lantas buat terjunan
menonggeng terus ke katil. Muka disembam pada bantal kepala.
“Wei, asal ni?” Reza letak
gitar di tepi meja studi. Dia duduk berjuntai di birai katil merenung Aki yang boleh
dikategorikan merajuk ala-ala perempuan. Serius nak tergelak! Apa punya pe’el mamat ni? Tadi elok aje. Bergelak
sakan. Siap tambah koleksi awek cun dekat kafe. Balik bilik aje muka macam
tapai basi! Ni mesti ada apa-apa.
“Reza…”
“Hmm.”
“Aku sakit. Sakit sangat.”
Reza mengerut dahi. Sakit? “Kau sakit apa?”
“Aku rasa nak tikam dada.” Suara
ke dalam itu membuatkan Reza tak senang duduk.
“Wei, kau mabuk ke? Waras
tak ni? Kau teguk air setan tu eh?!” Reza mula naik angin. Melampau budak ni!
Astaghfirullahalazim!
Aki pusing muka ke kiri.
Wajahnya cemberut masam. Masih meniarap dan menonggeng seperti tadi. “Wei,
agak-agak la. Walaupun aku playboy,
aku tak sentuh lansung benda haram dan menjijikkan tu! Tak la. Waktu kat kafe
tadi… aku nampak bidadari aku… dia… dengan lelaki lain.”
Uwaaa!
Aki nak meraung. Humairah… kenapa kau sanggup buat aku begini?? Disaat aku mula
menyukai engkau, kau tunjuk pula siapa kekasih gelap kau. Arghh!
Reza terlopong. Pulop? “Again? Bidadari?” Macam pernah dengar la perkataan tu…
“Bidadari aku la! Si
Humairah tu!”
Boleh kau lupa Reza? Kau
kejam! Makin buruk rupa rajuk Aki bila sahabat sebilik masih memikir sambil
jari telunjuk mengetuk dagu. Mata pandang siling. Keji la tu!
“Oooooh… budak tu. Sorry sorry aku lupa.” Dia sengih ampun
bila mana tengok muka cekodok Aki yang minta pelempang dua belah tangan. “Kau
jumpa dia ke tadi?” acuh tak acuh Reza bertanya. Patut muka lemah semacam. Frust la kut. Hmm agak dah. Kes
perempuan!
Aki angguk lemah. “Tadi aku
jumpa dia kat kafe masa nak beli air. Reza, tolonglah kata budak lelaki tu
bukan pakwe Humairah!” Tiba-tiba saja Aki melalak memeranjatkan Reza sampai
terhenjut badannya. Kuss semangat!
“Kau merepek apa ni? Pening
la kepala aku,” malas-malas Reza bersuara.
Aki bangkit tukar posisi
kepada bersila. Air muka jelas menunjukkan hatinya patah teruk. “Budak Humairah
tu dah ada pakwe.” Ulang Aki lagi bernada sedih.
Ternaik kening sebelah
Reza. Ooooo…
“Mana kau tahu tu pakwe
dia?” Reza rasa dia macam tengah pujuk budak kecil. Ni bukan budak kecil tapi
budak manja! Mengada-ada! Nak perhatian lebih. Bagi penyepak sekali sampai
tahun 2020 bengong. Tetapi Reza tak sampai hati. Sahabat tetap sahabat.
Serendah mana IQ kawannya, dia tetap akan menolong. Hehe.
“Tadi budak lelaki tu mengaku.”
Jeda. Aki mencemik. “Dia siap panggil sayang lagi masa aku tengah berborak
dengan bidadari aku tu. Terbakar je tengok! Rasa nak sekeh kepala budak tu.
Tapi depan Humairah kot. Bidadari hati. Takkan la aku nak terajang mamat tu.
Tak macho la. Kurang markah aku depan Humairah.” Dengus Aki. Memang dia hangin. Rasa nak tepek-tepek je budak smart
itu guna spanar. Time camni la muncul membuktikan dia kekasih
hati Humairah. Jangan muncul lagi boleh tak? Putuslah cepat! Pedih jiwa aku tau!
Reza tergelak besar sampai
terkangkang-kangkang depan Aki membuatkan teman itu bengang. Habis bantal
dijadikan peluru. Tak cukup dengan itu, segala majalah yang menjadi hiburan
waktu lapang pun dibuat bahan sasaran. Segera Reza angkat tangan. Surrender awal-awal! Sakit oww. Ingat
badan aku besi ke?!
“Kau gelak hahaha macam tu lagi siap, Reza. Aku
tibai kau. Serius!” Aki angkat tangan separas telinga macam orang nak berikrar.
Reza senyum gelihati.
Alahai… ada masa buat perut aku kena geletek la mamat ni. Datang mood swing dia memang menghappykan. Saya suka! Saya suka! “Okey apa dia. Cakaplah.
Aku dengar,” Tenang Reza bersuara.
“Macam mana aku nak
pisahkan budak tu dari Humairah?”
Astaghfirullahalazim!
Terbuntang biji mata Reza. “Aki, aku tahu selama ini aku selalu ikut arahan kau
tapi untuk kali ini minta maaf….. tak akan!” Huh. Never. Gila apa nak rosakkan hubungan orang lain? Aku bukan orang
jahat. Stok budak baik ya. Muka suci murni beriman macam ini muka rosakkan percintaan
orang ke dey?!
“Habis tu kau nak suruh aku
tengok je budak berdua tu rapat? Kau tahu tak makna sakit hati bagai
ditoreh-toreh pisau bila pujaan hati kau bersama lelaki lain?!” bentak Aki tak
puas hati.
Reza hela nafas panjang.
Dia menggaru kepala. Cuba mencari ayat terbaik bagi memahamkan rakan nan sorang
ini. Sungguh rumit! Lebih rumit dari kuiz Madam Zarina. “Aku faham perasaan
kau. Tetapi aku tak setuju kau pisahkan dia orang. Dosa, bhai. Kalau kau kat tempat budak lelaki tu, kau sakit hati tak ada
orang cuba pisahkan kau dan girlfriend kau?
Marah, kan? Begitu juga orang lain. Ada perasaan. Ada hati. Jangan fikir kau
seorang je mahu miliki semua, Aki.” nasihat Reza lembut. Berharap sangat apa
yang dia sampaikan didengar dan dijadikan tauladan.
Aki terkedu lemah. Badan
tersandar di dinding. Kata-kata Reza seperti peluru menusuk ke jantung. Nyilu!
Belum pernah dia merasa sakit begini. Perasaan ini mampir tika dia melihat
gadis itu di perpustakaan awal pertemuan mereka. Itu yang menimbulkan
benih-benih cinta dalam jiwa kental Baihakki. Memang selama ini dia romeo. Awek
keliling pinggang tapi nak cari yang betul-betul ‘perempuan’ itu payah.
Stok-stok perempuan yang berada di kelilingnya semua tak boleh pakai. Jenis
materialistik! Menggedik menggila! Menyampah! Dan yang paling pasti hendak mengejar populariti
bila berdampingan bersamanya. Mereka bukan stok pencinta setia!
Dan hari itu tiba dalam
hidupnya… apabila terpandang Humairah, hatinya berdegup kencang. Berdebar dada
tak menentu. Inilah kali pertama dia merasai perasaan itu tika berhadapan manusia
bergelar wanita. Belum tengok lagi senyuman Humairah. Aki boleh cair. Gelak
tawanya? Aki boleh pengsan kut! Tapi kesudahan amat memilukan. Sang pujaan hati
telah disambar orang! Lagi tampan dari dia pula tu. Uwaaa!
“Aki…” tegur Reza bila mana
teman seorang tunduk membisu merenung bantal. Terbit rasa bersalah dalam diri
Reza tatkala teman sebilik tidak bersuara sepatah pun. Terasakah?
“Aki… aku tahu kata-kata
aku buat kau sakit hati tapi kau kena telan juga. Kau harus kuat hadapi. Ini
kenyataan. Kalau dia dah tak suka, jangan dipaksa. Jangan cuba rosakkan
hubungan orang. Please?” pohon Reza
semahunya.
Dia mengerti susah untuk
mengubah pendirian lelaki bernama Ammar Baihakki ini. Sejak dari zaman
persekolahan lagi mereka berkawan. Sifat ‘hidung belang’ Aki dah jelas depan
mata. Nak jadikan dia lelaki soleh cukup payah atas permintaan umi abah
Baihakki namun Reza tetap cuba dan terus mencuba walaupun Reza tahu kelak dia
akan kecewa sendiri melihat keputusan. Namun niat di hati untuk mengembalikan
Baihakki ke jalan lurus tetap kukuh. Cuma strategi wajar diubah mengikut
peredaran zaman. InsyaAllah satu hari nanti Aki pasti berubah…
Aki mendongak. Wajah Reza
yang sedang merenungnya bersama pandangan simpati dilihat. Jatuh bangunnya,
Reza yang selalu di sisi. Memberi kata semangat dan kritikan pedas menyengat namun
membina. Cuma dia sahaja yang tak pernah berubah laku walau berbuih mulut Reza.
Susah nak jumpa sahabat seperti ini.
Tiba-tiba sahaja dia
mengukir senyum meleret. Berkerut rapat kening Reza.
“Pekena kau ni?” Senyum sorang-sorang. Gila ke?
“Kau pernah dengar tak pepatah…
selagi pokok belum berbuah, pintu peluang masih terbuka?”
Reza geleng blur. Erk! Ada ke pepatah cenggitu?
Zaman bila punya tu? A. Samad Said? Dengan pokok berbuah bagai... Atau budak ni
cilok pepatah Inggeris? Semakin
bertambah senyum lebar Aki bila mana Reza lama memikir. Siap garu kepala lagi.
“Walaupun ruyung telah
dirampas orang tapi sagunya masih belum terburai. Sebabnya? Ruyung belum pecah
lagi. Aku akan dapatkan ruyung tu balik dan masukkan sagu perlahan-lahan dalam
bekas yang cantik-cantik lepas ni! Kiranya aku bersaing secara sihat.” tekad
Aki.
Reza terlopong tayang anak
tekak. Hanya mampu terkebil-kebil memandang Aki yang dah naik pangkat jadi
sasterawan cinta.
MATA
yang baru nak lena setelah berjaya menyiapkan slide presentation untuk minggu hadapan serta ‘mengarang essay’ di YM sejam yang lalu terpaksa dibuntang seluas mungkin apabila nama
sedap aku dilaung berkali-kali. Pintu bilik diketuk bagai nak roboh. Hailoh, tak menyabo betul! Malas-malas aku bangkit. Takkan Kak Ayumi? Dia kan
ada duplicate kunci. Kalau tak dah
laung nama aku awal-awal ketuk tadi.
“Hmm… nak apa?” soalku lemau
bila melihat figura Sara di depan mata. Masa
heaven macam ni la dia datang. Ceh! Mengganggu betul.
“Kau mesti beritahu aku
perkara sebenar!”
Aku yang baru katup mulut
kerana menguap terkaku.Terkelip-kelip mata merenung gadis yang baru menutup
pintu bilik. “Apehal kau ni?” Sawan ke apa tetiba suruh beritahu perkara benar
segala. Dah la salam pun tak de. Main
taram serbu je!
Sara bercekak pinggang.
“Kau jangan pura-pura tak tahu, Mai. Aku cabut bulu hidung kau nanti!” ugutnya.
Aku tengok dia pelik. Ni
apa kes tetiba nak cabut bulu hidung orang ni???
“Sara, kalau aku cakap kau gila,
kau marah. Tiba-tiba datang serbu bilik aku macam nak kasi roboh pintu lepas tu
boleh kata aku pura-pura apa kes?! Cabut bulu hidung segala la. Amende ni? Kau tahu tak waktu-waktu
macam ni aku nak rehatkan kepala lepas siapkan kerja?” bingungku. Hisy minah
ni! Suka sangat buat darah manis perisa strawberi+coklat aku naik.
Kedutan di wajah Sara
mengendur. “Serius kau tak tahu?” soalnya perlahan.
Aku geleng kepala seraya
berpeluk tubuh. Matanya kurenung tajam. “Tak! Boleh terangkan secara detail sampai kau berazam nak cabut bulu
hidung aku?” sinisku.
Sara hela nafas lantas menarik
kerusi belajar lalu duduk di situ sambil aku melunjur di atas katil memeluk teddy bear putih simbol love di dada bear. Entah bila aku jadi suka pada bear aku sendiri tak mengerti. Tapi dah orang kasi. Ambik je la,
kan? Jangan banyak cerewet, Mai! Bersyukur!
“Kau tahu tak dekat luar
sana dah ada yang bercerita pasal kau.” tutur Sara satu per satu setelah
mendapat kekuatan.
Spontan kepala terangkat. “Hah? Cerita apa?” Melopong
mulut aku kerana terkejut. Ek eh…
tetiba je bergosip pasal aku! Aku tak de
buat kesalahan apatah lagi memalukan diri sendiri. Dan yang paling penting aku bukan popular! Apesal nak heboh pasal aku secara mengejut
ni?!
Sara menghela nafas. “Yes. Dia orang mula bercakap tentang
kau. Ada yang nampak kau dengan seorang budak lelaki dekat kafe siang tadi. Ada
spekulasi mengatakan kau dan budak lelaki tu hangat bercinta. Dan budaknya handsome! Datang bawa keluarga lagi. Siap
bersayang-sayang,”
Hampir terjerit aku
mendengarnya sampai tertolak bear ke
bawah. Seram sejuk badan. Gila! Macam mana dia orang tahu??? Ada yang perasan
ke adegan berani-takdelah-sampai-mati Fareez dan aku di kafe tadi? Setahu aku
tiada sesiapa yang mendekati kami di depan gerai makcik jual air itu. Kuat
sangat ke Fareez sebut ‘sayang’? Mampus! Darah cuak terpalit ke muka.
“Siapa yang bawak cerita
ni?” tegang suaraku.
Sah! Ada budak intai
perbualan antara aku dan adik Farhan di kafe. Wah… wah! Tak sangka ada pelajar
berhasrat jadi penyiasat persendirian dan wartawan hiburan menghebah gosip
pasal aku. Memang nak kena sembelih! Kalau aku dapat, aku benam kepala kau
dalam loji!
Sara jongket bahu. “Itu aku
tak tahu sebab dah ramai sangat yang cakap. Nak cari pencetus berita utama memang
payah.” Ramai? Hanya satu perkataan yang mampu aku ucap. G-i-l-a! Habislah
daku….!!
“Mana kau dengar benda ni
semua?” Asap berkepul-kepul atas kepala menunjukkan betapa bahangnya bilik ini
dan betapa panasnya dalaman aku mendengar khabar berita seperti ini disaat aku
keletihan. Menggelegak sampai ke otak! Ini sudah melampau! Sangat-sangat
melampaui batas ketenteraman aku! Nak sangat aku jadi The Hulk ke apa???
“Baru kejap. Ni yang aku mai sini serbu bilik kau. Masa aku nak
keluar library tadi, ada dua budak perempuan
melintas. Diorang tengah sebut pasal budak pendiam dah ada boyfriend. Diam-diam pulak tu. Kacak gila budak lelakinya. Bawa family lagi tu. Tak sangka taste tinggi. Hot! Ingat nak cari stok ustaz-ustaz.” Sara jeda. Tarik nafas. Tiba-tiba
rasa sesak pula nak bercerita apa yang telah telinga lintahnya dengar. “Budak
lelaki yang digosipkan dengan budak pendiam tu pulak muka yang tak pernah
nampak dalam universiti ni. Lagilah hangat! Noted!
Siapa lagi budak pendiam dalam U ni
yang dia orang gembar-gemburkan kecuali engkau, Humairah.”
“Mungkin budak lain,” Nafiku laju.
“Kau seorang sahaja yang
digelar budak pendiam oleh junior dan senior, yang suka buat hal sendiri dan
menolak untuk berpasang-pasangan walhal ramai abang-abang kacak datang hulur
salam perkenalan. Termasuklah budak Baihakki tu sekali, si buaya karat dan
darat.” Sara geleng.
Timbul gelihati dengar
kutukan bertalu-talu Sara. Karat dan darat? Emm… nampaknya dia dah ambil tahu
siapa Baihakki. Selalunya buat tak nampak je. Senyumanku mati serta merta. Aki!
Hati aku kuat mengatakan
berita yang tersebar ini ada kena mengena dengan mat romeo sorang tu! Sebabnya, dia ada bersama di tempat kejadian.
Di mana aku dan Fareez ‘berdondang sayang’ memantapkan lakonan kami yang dah
geli geleman tahap gaban!
Tangan aku kepal erat.
Membayangkan wajah Aki yang sedang tersenyum gatal dan aku melayang satu
penumbuk sulung tepat ke batang hidungnya dan darah mulai menjejes. Heaven gila kalau betul-betul! Dah lama
aku tak terajang budak. Ini betul-betul nak kembalikan aku ke zaman nostalgia
sekolah!
“So, aku nak tanya betul ke tidak that rumours? Dan siapa
budak lelaki tu? Diorang cakap dia bukan student
sini. Muka tak familiar.” Sara
mencerun mata membuatkan aku lemah dan gementar lutut. Alahai… panahan mata dia
tu berbisa kut! Aku cuba berlagak selamba. Cover,
Mai! Pertahankan bakal adik ipar sendiri! Muehehe.
“Kalau aku kata ya, kenapa?
Kalau tak, kenapa?” Jom main tarik tali! Aku tarik senyum senget.
Cemberut wajah Sara. Tak
puas hati dengan soalanku. “Mai, kita kawan kan?” Aku angguk. “Kalau kawan, kau
kena cerita dekat aku.” Aku geleng.
“Maiiiii….” Rengek Sara
meleret. Aku buat dono. Jemari memintal telinga bear. Pura-pura tak lihat renungan berapi dari anak mata Sara.
‘Belum masanya, Sara. Aku
tak bersedia lagi nak cerita. Setakat ini aku masih belum dapat rasa kau berhak
tahu mengenai kisah suka duka aku selain diriku sendiri. Maaf… tapi aku tetap
dengan prinsip ini.’ Hati berdetik sayu.
“Jadi aku anggap benda tu
betul! Kau ada hubungan dengan budak lelaki tu tapi langsung tak bagitahu aku!
Main sorok-sorok sampai terkantoi pun still
tak mau cakap. Kau ni memang teruk la, Mai! Siap kau!” bantal kepala aku
dijadikan sasaran melontar. Berkali-kali dia menggeletek dan aku sedaya upaya menahan
sambil tergelak sakan. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut! Janji tetap janji.
Teaser Bab 9 (Facebook)
Berdesup-desup masuk komen nak sampai berbelas yang
masih belum dilihat. Semua berkisar tentang aku dan Farhan. Makin naik hit like status Hakim. Namun yang ditag langsung tak muncul. Entah dia
nampak atau didelete sahaja. Atau
memang langsung tak buka. Mungkin kerana ada nama aku, bisik hati kecil. Hati
yang tadinya merah jambu kini pelan-pelan
luntur menjadi kusam.
(Rancangan : Camping)
Teaser Bab 9 (Facebook)
-Tuan Hakim Tuan Badri-
~Aku sudah jatuh cinta! Wawawa~
Amboi! Kemain dia. Hit like 23 person. Putera, dan beberapa
rakanku turut sama mengelike dan
sesekali membalas komen Hakim. Aku mengetip papan komputer.
Kau x sudah2 dgn jatuh cinta.. Dr sklh smpi msuk U.. Ntah brpe ramai bdk kena
kelentong! Ni yg nak ngadu dgn Cikgu Namisah.
Aku senyum sendiri. Butang
Send ditekan laju. Tak sampai lima saat, Hakim membalas komen. Pantas budak ni!
Elehhh, ngadu cikgu konon. Tau la anak ksygn
cikgu! Kau jeles kan, Mai? Dun worry. Aku paham. Rindukan ‘org jauh’ ler tuuuu…
hehehe :D
Aku membeliakkan mata. Eee!
Tak kuasa! Pantas aku taip.
Eee… tolonglah wei! Xde maknanye nak jeles ea. Aku
just kesian awek2 yg kena gula dgn kau. Kau kan selalu guna ayat power pakai gula
tebu! Haha… :p
Eh, aku pakai gula pasir je. Tabur ckit2
berkerumun dtg. Haha!
Tergelak besar aku di
katil. Kurang asem betul Hakim ni.
Sesuka hati dia je tulis macam tu. Apa… ingat perempuan macam ayam ke nak
tabur-tabur bagai? Budak ni kalau depan aku kompem kena jentik dengan pemadam.
Kurang asam kau ek Kim! Nak kena belasah ke
apaaaaa???
Tiga saat… Berani ke kau nak belasah aku? Aku panggil
pendinding kompem kau kaku+kelu+freeze Mai… Huhu…
Kening ternaik sebelah. Bibir
kujuihkan. Laju tangan menekan keyboard.
Amenda kau merepek ni Tuan Hakim Lagi Bijaksana?
:0
Lama menunggu… aku garu
kening. Lambatnya balas! Merajuk ke?Tiba-tiba…
@TengkuFarhan ! Mai rindu gile kt kau tp dia sebok2 kt wall
aku. Nak coverline ler tuuuu…. Hahaha! :p
Terlepas tangan dari
menyentuh laptop. Tak terkata walau sepatah. Kelu. Jantung bertalu kencang.
Pipi panas. Gilalah budak ni! Aduh... dia pergi tag nama mamat tu apehal? Hati berkata-kata sendiri. Mulut terkunci
rapat. Hanya mampu melihat Hakim mengusik aku kaw-kaw. Tambahan pula, seluruh budak-budak aspuri dan aspura yang
sedang online itu terus menyerbu dan
mengelike statement berani mati Hakim. Wana turut sama tak terkecuali
menambah rencah.
(Rancangan : Camping)
+Aslmkm Mai. Kau mrh ke psl smlm? Sory... Aku
gurau2 je. L
Pantas senyum mekar. Mana
ada aku marah kau, Kim. Haih… cepat sangat melatah. Segera aku taip pada
ruangan mesej.
-Wslm. Oit manade laa. Smlm busy skit dgn kerja
tu yg trpkse offline. X smpt nak ckp. Chill ar bhai :D
Handset
kuletak di sisi kepala. Buku mengenai 25 Nabi-Nabi diselak menyambung kembali
bacaan yang tertangguh subuh semalam. Setiap hari memang ini hobiku. Membaca
buku kisah para anbia pemberian Aisyah dahulu selepas mengaji Al-Quran sebelum bersiap
ke kelas. Kalau tiada kelas pagi, aku akan tidur sebentar. Namun buku ini tetap
aku selak biarpun sehelai muka surat sehari. Buku yang menarik minat aku!
Tit.. tit..
Kutoleh kanan. Skrin
menyala menampakkan picture aku dan
mama. You received one message.
Daripada Hakim! Aik, awal budak ni.
+Hehe igt kau mrh. Mai, aku ada smthg nk gtau ni.
-Mende?
+Geng2 sepakat nk wat camping cuti sem ni. Kau nk
x? Bleh jmpe. Lme kot x jmpe. Rindu ar zmn2 nakal dulu. Hoho! :D
Bulat bebola mata aku. Camping? Rakan-rakan sekelas? Waaaa! Gila
la kalau aku menolak!
-Wei, aku nakkkk!
+Set! Nnt aku ckp kat D ngn yg lain. K selamat
subuh. Hav a nice day, girl! J
Aku tersenyum riang.
Telefon ditekap ke dada. Ya Allah! Gembira tak terkata. Nak jumpa geng-geng
sekolah rasa macam tengah tunggu pengumuman raya aidilfitri. Yayyy! Tak sabar nak tunggu cuti sem
lagi beberapa hari saja!
(Kepulangan Yg Dinanti. Hehe!)
PINTU teksi ditutup bersama
beg sandang dibahu. Pakcik teksi berkopiah mengeluarkan sebuah lagi beg dari
bonet. Not 50 dikeluarkan dari dompet lantas dihulur.
“Nak, pakcik tak ada duit kecik.”
Ujar pakcik itu.
“Tak apa, pakcik. Saya
sedekah,” balas pemuda itu tenang. Pakcik teksi tak terkata. Hanya mampu
mengucap terima kasih berulang kali dan syukur ke hadrat Ilahi. Ada duit
tambahan untuk tampung keluarga disaat dia mengalami kesempitan wang.
Sudah bersalaman, pemuda
itu mengheret beg beroda masuk ke halaman rumah. Pintu yang melapang luas menambah
kerutan di dahi. Kalau ada perompak curi-curi masuk memang senang. Dia jenguk
ke sekitar ruang. Mana tahu kalau terlihat ahli keluarga berkeliaran. Jam tangan
dikerling. 11:30 pagi!. Oh lupa! Aina dan papa tiada di rumah. Hanya mama saja.
Pintu rumah diketuk tiga
kali, punat simbol loceng ditekan dua kali. Dia berganjak ke belakang dua
tapak. Menunggu penuh sabar sambil memerhati pokok bunga.
Tak sampai dua minit
kedengaran suara orang bising-bising dari dalam rumah. Dia senyum meleret.
“Siapalah yang datang rumah
waktu orang nak masak ni?” Farhan sempat dengar mamanya merungut sebelum pintu
terkuak dan dua manusia saling membisu.
Mama Nani gamam. Kelu lidah
melihat figura di hadapan mata. Air mata bergenang.
“Farhan?”
p/s : assalamualaikum semua... sorry lama tak muncul di sini... broadband masih belum dibetulkan lg... ni curi2 org punya.. haha! ok ni ade entry bab 8 dan tiga scene teaser bab 9.. harap enjoy ya :) insyaAllah komen dan chatbox akan dibalas bila miss betul2 lapang tau :)
aaaaaaaaaa....best2 ^^, xsabar next n3
ReplyDeletetqqqqq syg .. insyaAllah akan up scpt mgkin ^^
DeleteYaaaaaaa..........cpt skit miss x sbr ni bab seterusnya OK..........
ReplyDeleteInsyaAllah akan up scpt mgkn ^^ Sabar ea hehe
DeleteYa Allah xsabar ny nk tunggu next entry . Aaaaaaaaa .farhan dah blik . Yes . Aaaaaa :)
ReplyDeleteHaha dok tggu farhan laa slma ini .. InsyaAllah akan up scpt mgkn ^^ tqqqq
Deleteahhh...suka100x
ReplyDeletemiss best sgt ...why not miss terbitkan as novel...saya juz bg cadangan ....tapi kalo miss jadikan novel..saya akan melompat x ingat dunia..xxx
ReplyDeleteYeyyy farhan is back..rindunya
ReplyDeleterindunya
ReplyDelete