LANGKAH diatur laju macam
peserta acara pejalan kaki. Tak payah guna kereta, motor mahupun basikal. Aku
dah sedia laju! Kedatangan opah buat julung kali setelah dua tahun aku menuntut
di sini adalah sangat dinanti-nantikan. Hati tak tergirang rasanya. Hari ini
hari Sabtu. Boleh bawa opah jalan-jalan sekitar Segamat. Aku senyum lagi.
Sebaik sahaja tiba di
gerbang kafeteria, langkah mati. Bertong-tong air liur ditelan. Biji mata hendak
terjojol keluar. Oh my! Ingatkan family je
datang. Terkelip-kelip mata merenung adegan-adegan jauh ke depan. Mama Nani dan
Papa Umar sedang bergelak ketawa bersama mama dan abah. Adik perempuanku turut
sama riang. Opah sesekali berbicara membuahkan lagi tawa mereka.
‘Alamak! Gimana ini?’ Hati rasa nak lari
sembunyi. Aci tak?
Dalam pada itu Aina baru
pulang dari tandas ternampak susuk tubuh kakak tersayang masih statik di
gerbang kafetaria. Pantas saja si cilik merungkai tangan Fareez yang terpinga-pinga
melihat adik perempuannya tiba-tiba berlari menjauh.
“Aina! Jangan lari! Jatuh
nanti,”
Memang masin mulut Fareez.
Aina jatuh tersembam di lantai. Betul- betul depan aku yang terkejut beruk dengan
kehadirannya! Jatuh dari bulan ke apa?
Bahu budak kenit itu aku paut mendorongnya berdiri tegak.
“Hey kenapa lari-lari,
sayang?” soalku lembut setelah tanganku dicium Aina.
“Aina nak peluk kakak! Aina
rindu,” Sejurus sedemikian, leherku dirangkul erat menambah gamam dalam diri.
“Aina datang dengan siapa
ni?” Wajah Aina aku tilik. Dah besar dah adik comel aku ni. Dah berusia 8
tahun. Dulu 6 tahun cakap pun pelat-pelat! Sekarang dah bertudung. Berbaju
kurung pulak tu. Comel! Terdetik hati.
“Aina datang dengan mama
dan papa la. Abang Fareez pun sama. Tuuuu…” mulutnya dimuncung ke arah dimana
Fareez sedang berjalan sambil membetulkan topi di kepala. Dia menunduk hormat
dan menguntum senyum kacak.
Aku membalasnya. Hambar.
Bukan senyuman itu yang aku mahukan…
“Patutlah Aina lari laju
tadi. Rupa-rupanya dah nampak kakak kesayangan angah dia sampai abang acik kena
tinggal,” usik Fareez nakal.
Aina kulihat sedang tersengih
menampakkan gigi susunya. Gila nak buat tak nampak kakak kesayangannya??? Uishh!
“Macam mana Reez ada
sekali? Bukan Reez sepatutnya ada dekat UiTM Shah Alam?” Aku kebingungan. Elok
berseronok tak ingat dunia. Tak belajar ke apa? Ni macam mana boleh terlepas ke mari pulak?
“Reez dah habis paper seminggu sebelum. Lagipun tiga
hari sebelum balik, U diserang nyamuk tiruk, aedes dan segala bagai. So, pihak U bagi pelepasan balik pada
yang tak dikuarantin.” Dia sengih lebar. Memuncung mulut aku memahami keadaan
sebenar. Patutlah relax semacam je… Aiseh, jeles pulak aku dia dah happy sakan dulu!
“Jom la. Family dah tunggu sejak tadi.” Kata
Fareez seraya menilik jam Casio di tangan kiri. Berbeza dengan Farhan yang
gemar menyarung jam di tangan kanan. Ah! Masa inilah kau nak ingat pasal dia! getusku.
Cepat-cepat aku senyum dan
angguk kepala. Tak nak bagi Fareez fikir bukan-bukan. Langkah kami bertiga seperti pasangan bahagia
hendaknya. Dengan budak perempuannya diapit aku dibahagian kiri manakala Fareez
memegang jemari halus Aina dibelah kanan. Mati aku kalau lecturer nampak! Harus ada yang kena giat nanti kang. Gosip meletop! Bayangkan… budak pendiam dekat
kolej dah ada anak dengan suami? Ngee…
Ni Sara belum tahu ni. Kalau ternampak mahu terjojol keluar biji mata. Tapi
kan… kalau cakap family tak apa kan?
Bukan depa tau pun!
“Kak Mai!” jeritan Yana mampu
robohkan kafetaria UiTM.
Aku sengih sumbing. Wahai
adindaku, apekehal melolong macam tu? Malu kut orang tengok. Habis pipi kiri
kanan kena tonyoh ciuman ‘rindu-merindu’ dari ahli keluarga seorang demi
seorang. Setiba di hadapan Mama Nani, beliau tidak menyebut sepatah pun. Hanya
merenungku dengan pandangan mata sayu. Hati gementar menggila. Apakah wanita
ini sudah ketahui semuanya? Bersiap siaga wahai Humairah dengan penampar di
pipi. Aku memejam mata. Sedia…
Satu saat… dua saat… lain
pula yang jadi. Tak semena-mena tubuhku didakap erat seperti tak mahu
dilepaskan lagi. Aku terkelu lagi…Hati seakan merasa apa yang dirasa Mama Nani…
“WEI, mana budak tu?”
rengus Kimi. Tadi suruh tunggu sini tapi batang hidung langsung tak nampak!
Heee! Geram betul aku!
“Sabarlah. Takkan kau tak
faham lagi dengan perangai budak bertuah tu?” Reza cuba meredakan keadaan
panas.
“Argh! Asyik-asyik kita je nak kena faham dia! Dia tu? Ada ingat
pasal kita? Kalau tak kerana dah berjanji, tak adanya aku tercongok buat muka
bodoh dekat sini!” Kimi melampias kemarahan. Hatinya tak tertanggung lagi
dengan sikap acuh tak acuh dan tak berdisiplin Baihakki. Makin lama makin
meluat! Degil! Keras kepala!
“Istighfar, Kimi. Jangan
mudah ikut kata hati. Ya aku tahu member
kita seorang tu memang perangai dia sejak azali lagi macam tu. Aku sendiri pun
kadang-kadang fed up tapi berilah
peluang.” Tenang Reza berbicara.
Kimi ketawa jengkel.
“Peluang? Aku rasa dah beratus-ratus peluang terbuka untuk dia. Ada dia ambik
kira? Ada dia rembat peluang tu? Tak ada, bhai!”
“Aku faham perasaan kau,
Kimi. Tapi kena ingat. Seburuk-buruk Aki, dia yang selalu tolong kita dari segi
kewangan. Apa-apa hal pasal paperwork,
pasal projek dalam dan luar semuanya dia yang hulur. Nak harapkan kita ni, aku
rasa lambat lagi nak siap semua benda. Kerja part time pun tak cukup
nak tampung. PTPTN pun kena save
juga. Mana nak cekau duit tambahan lagi kelas berlambak. Kut tunggu cuti sem jual burger berapa sen sangat dapat.”
Kimi terdiam. Serasa muka dilumur
cili boh! Baru tersedar yang dia secara tak langsung mengutuk Baihakki, rakan
sendiri. Akibat hasutan syaitan, dia terlupa jasa dan pertolongan Aki walau
secebis. Takkan mampu dia berdiri gah di sini berbanding yang lain yang sedang
menyiapkan tugasan kerana Aki. Ya! Semua kerana adanya lelaki bernama Ammar
Baihakki.
“Telefonlah dia tanya kat
mana,” Ujar Kimi mendatar setelah hati reda. Reza mengeluarkan telefon pintar
lantas memicit butang yang sedia ada. Baru saja ibu jari tekan butang hijau,
dia mematikan niat.
“Haa… tu pun dia. Panjang
umur!” unjuk Reza. Kimi pusing belakang. Kelihatan tubuh Aki sedang berlari-lari
anak ke arah meja mereka berdua. Dalam pada itu, Aki melambai-lambai tangan sebaik
melepasi meja gadis-gadis cun yang sedang bersantap. Spontan Kimi dan Reza menggeleng
kepala serentak. Sempat!
“Woo bro. Sorry lambat. Ada kerja sikit tadi.”
“Ah! Muka kau je yang
selalu lambat. Janji tinggal janji. Kerja mengurat awek sentiasa!” gerutu Kimi.
Reza buat muka. Minta
bertenang kerana dia merasakan ‘bunga-bunga’ kemarahan. Aiseh… jangan ada scene ala-ala The Rock dan Undertaker di
sini! Ada budak-budak kecil lagi… tak patut ditonton!
Aki sengih melebar. “Yang
tu pun iya gak!” Terletus tawa tiga sekawan.
SEDARI tadi aku dengar meja
belakang riuh. Entah marahkan siapa aku pun tak pasti. Tapi aku malas nak ambik
kira. Tempat awam memang begitu. Sepatutnya masing-masing jaga sensitiviti
kaum. Orang lain pun nak duduk dengan aman juga. Fikirlah sendiri. Ada otak,
kan? Ada akal, kan? Guna sebaiknya.
“Woo bro. Sorry lambat.
Ada kerja sikit tadi.”
Spontan mata tercelik luas.
Gulp! Eh! Rasa macam pernah dengar suara tu… Itu seperti suara si langau malaun kalau tak silap aku? Makin kuat
pula suara itu yang tiba-tiba ketawa. Entah apa yang mencuit hati entah. Oh!
Katakanlah tu bukan si playboy tu! Katakanlahhhhh! Tengok dulu, Mai! Jangan main
taram je. Dosa kering kau dapat tahu tak?
Perlahan-lahan aku pusing
badan dan menunduk. Konon-konon nak betulkan sepatu di kaki. Tapi sebenarnya
nak intai ‘jiran’ belakang. Isk! Kalaulah mama tahu isi tersirat hati anak dara
ini mahu kena ketuk kepala dengan senduk nasi!
Kelihatan tiga jejaka
sedang duduk berborak tak ingat dunia. Bergelak ketawa macam kafe ini adalah
rangkaian cawangan harta keluarga dia! Aku memanjangkan leher. Mata mengecil
melihat dua lelaki yang duduk membelakangiku. Seorang lelaki berkemeja putih
yang duduk menghadap ke arah sini, aku pandang betul-betul.
Hurm…
tak kenal. Nasib baik! Aku mengeluh lega. Ingatkan si malaun tu! Dengar suara macam sama rupa-rupanya bukan. Hisy! Kau je
yang fikir bukan-bukan. Aku betulkan duduk dan pandang ke depan semula. Senyum
kuukir pada Mama Nani yang kebetulan merenung ke sini. Kami berbalas senyum.
“Macam mana belajar dekat
sini? Okey tak?” Mama Nani menyoal lembut.
“Best belajar dekat sini. Cuma Mai tak ramai kawan je.” balasku
malu-malu. Sedih pun iya juga. Aku memang tak ramai kawan… Uwaaa!
Mama Nani senyum.
“Itu tak jadi masalah.
Kawan beribu pun kalau tak ada yang menolong tika kita susah, tak berguna. Biar
tak ramai sahabat asalkan kita ramai pensyarah. Apa-apa rujuk pada pensyarah. Asalkan
Maira gembira di sini, mama pun tumpang gembira juga. Senang hati mama tengok
Maira depan mata. Kalaulah Farhan pun belajar di sini juga alangkah bagusnya…”
Sayu suaranya mengenang anak sendiri yang jauh di perantauan.
Aku menunduk perlahan penuh
hiba. Mama, kalaulah mama tahu perkara sebenar… mahukah mama menerima Mai seikhlas
hati seperti sekarang?
“Mama berharap sangat…
lepas habis belajar, mama nak satukan kamu berdua.”
Hah??? Cepat-cepat aku
mendongak kepala. Ngaa…! Apekah? Aku tak silap dengar kan?
Telinga dah korek semalam. Mustahil!
Mama Nani kuntum senyum manis.
Serasa ikhlas dari hati. “Maira nak tak kalau mama satukan dengan Farhan habis
belajar tahun depan? Tapi lepas tu kalau nak sambung degree mama tak kisah. Sambung dekat Australia dengan Farhan sekali
pun boleh,” pinta dia lagi.
Terkedu! Lidah kelu. Erk! Pipi membahang merah. Sesungguhnya,
memang aku pernah berfikir untuk menjernihkan kembali hubungan antara aku dan
Farhan dengan ikatan perkahwinan. Idea spontan. Cis! Gatal kau ya, Mai! Amboi
amboi! Belajar tak habis lagi. Masak mee goreng pun failed ada hati nak kahwin eh? Kemas rumah pun tak reti. Menyepahkan
rumah reti pulak! Tak diwajibkan berumah tangga lagi buat masa ini! Hati nan
satu mengutuk selamba.
“Err…” kepala digaru. Aduh!
Apa pulak aku nak jawab ni? Alahai… susahnya soalan mama. Pipi dah macam kena
tembak sos tomato. Membahang malu. Anak mama ni sampai tak tahu nak jawab apa.
Bagilah soalan senang-senang sikit. Sebutan mama dalam bahasa Mandarin ke apa.
Ini soalan nak atau tak. Pasal kahwin pula tu. Aduuu…nak pitam.
Mama Nani ketawa kecil
melihat gelagat anak perempuannya tergaru-garu. “Mama tanya saja. Dah. Dah.
Lupakan saja. Nanti habis belajar kita cerita balik ya.” pujuknya.
Aku senyum penuh kelegaan. Syukur! Tamau dengar lagi. Ni kot didengar
adinda-adinda aku ni memang mati la. Sakat 24/7 tak berhenti. Non-stop kata omputehnya.
“Ma, Reez nak beli air
sekejap. Haus la,” Fareez mencelah setelah berdiam lama. Tekak kering baru
berhenti menatap telefon. Kalau tak, tak denya
dia nak bersuara. Alhamdulillah juga dia
cepat mencantas perbualan kami berdua! Ngeri.
“Mai pun nak beli air juga.
Jom, Reez. Sekali.” Gamitku. Sengaja nak elakkan diri. Fareez setuju sahaja.
Mama Nani mengizinkan. Aina leka di riba papanya sedang bermain ipad.
Sementara menunggu milo ais
dan neslo ais disiapkan, aku memusing badan seraya peluk tubuh memerhati siswa
siswi yang berterabur di kafe. Tak ramai sangat yang melepak sini. Kalau ada
pun budak makmal, engineering, budak art je. Dan pada waktu ini juga ramai outing. Kalau hari biasa, sesak sampai tak
cukup meja kerusi. Hingar bingar keadaan sekililing. Cleaner jenuh patah balik mengemas, menyusun meja kerusi dah berupa
tongkah pecah.
Dalam pada itu, terdengar
hilaian tawa dari arah bertentangan tempat aku berdiri. Datangnya dari meja
belakang kami sekeluarga. Sekali lagi! Aku mengetap bibir. Dasar budak tak
faham bahasa! Tak ada kesedaran sivik langsung! Ingat tempat ni mak bapak
korang punya ke? Kecik besar kecik besar je aku lihat mereka bertiga itu.
Eh sekejap! Wajah mereka
bertiga itu aku amati betul-betul. Erk!
Membuntang mata. Mulut ternganga. Sah! Sah! Itu geng si malaun. MasyaAllah! Macam mana aku boleh tak perasan? Aduh!
Patutlah instinct aku kuat sangat
tadi. Suara pun sama. Memang benar itu dia! Belakang meja aku je kot dari tadi.
Nampak gaya si malaun tu nak bangun. Hah bagus! Blah dari sini cepat! Hailah… hari sabtu
pun nampak muka dia. Tak de muka lain
ke? Soooo boring. Kegelisahan melanda
kuat bila mana Aki bangun dan berjalan ke sini sambil jemari ligat menekan apa
entah pada handphone. DIULANG SEKALI
LAGI! KE SINI YA! SINI!
Aku berkeluh kesah. Peluh
merenik di dahi. Tak senang duduk. Melihatkan manusia itu berhenti sebentar
apabila disapa gadis-gadis cantik berdekatan mejanya tadi mengurang sedikit
perasaan gelisah.
Eh, tapi apesal pulak aku nak kena lari? Lawan je
la. Bukannya menakutkan pun malah meloyakan.
Tak boleh!
Kau kena elak. Dia tu buaya! Kang cari nahas pula kalau dia kacau kau. Dah la
family pun ada kat sini! Kang dia buat perangai depan keluarga memang mati la jawabnya!
Hati dan akal bertegang urat. Cari jalan, Mai!
Aku pandang sisi kanan.
Fareez ligat bermain games tanpa
mempeduli sesiapa. Idea spontan menjelma!
“Fareez!”
panggilku nada berbisik.
Dia toleh sambil jongket
kening.
“Tolong akak, boleh?”
“Tolong apa?” berkerut
dahi.
“Tolong jadi boyfriend Kak Mai hari ini.”
“Hah???” Jatuh rahang
Fareez. Gila! Kakak aku ni sedar ke tak ni?
“Kak Mai demam ke? Sedar
tak ni melalut bukan-bukan?” Aku mendengus kasar. “Sedarlah. Kalau tak, tak
adanya kakak minta tolong.”
“Kak Mai, kalau angah tahu
ni mati Reez kena sembelih tahu tak?” gumam Fareez. Apalah dosa aku sampai kena
berlakon jadi boyfriend tunang abang
sendiri pulak ni? Ingat berlakon drama ke. Memanglah dulu dia ada hati nak
mengurat gadis comel itu akan tetapi kini hatinya sudah berpaut pada sang adik
kepada tunangan angah. Bukan tunangan angah!
“Alaaa… tolong kejap je. Please,” Heh. Kalau tak kerana terjumpa
mamat psiko dekat kafeteria ini, tak mungkin aku nak berpasangan dengan Fareez.
Solo lebih baik! Tapi sekarang darurat. Mamat tu bukan saja berbahaya tapi
sanggup mengekor. Insiden di mall
tempoh hari membuatkan aku lebih berjaga-jaga sekarang. Khuatir. Karang tak pasal dia unpredictable pergi jumpa mama abah kata
suka dekat aku. Bukan nak perasan ke hapa
tapi mencegah lebih baik sekarang. Dia tu playboy!
Playboy sanggup buat apa saja!
Menakutkan! Monster.
“Tapi Kak Mai…”
“Hari ini aje. Tolonglah
akak! Please,” Aku mengongoi
depannya. Fareez garu kepala. Runsing. Apa sudah jadi ini?
“Cuba akak cerita dekat
Reez apa yang berlaku. Kenapa sampai akak upah Reez jadi pelakon ekstra ni? Payment pun tak dapat. Tenaga yang
habis.” Omelnya. Saja mengusik bakal kakak ipar. Nampak serabut benar. Dah tu
gelisah je. Pelik bin ajaib. Orang sedang nak habiskan peperiksaan memang
beginikah? Oh… samalah dengan angah. Fareez tarik senyum senget. Chemistry!
Aku mencekak pinggang.
“Heh! Itu yang difikirkan! Akak minta tolong sebab akak nak elakkan diri dari
terus dikacau orang gila. Bukan sebab apa pun.” Tak ingin la akak kat kau…
kata-kata itu bersambung di hati.
Mati terus senyum Fareez.
Gulp!
“Kacau orang? Sape yang
kacau akak?” Whoa! Bahaya ni. Selalu
angah yang jadi penyelamat. Ini angah tak ada pulak! Aku ke yang kena ganti?
Aiseymen… layak ke? Tengok muka macam ya. Haha!
Perasan sekejap.
“Iya. Ada budak gila mana
entah tersesat dalam U ni. Dah tu asyik
menyebok je. Mana akak pergi dia ada. Sekarang ni dia ada di kafe ini. Sebab
tulah akak nak minta pertolongan Reez,” Keluhku lemah.
“Mana budak tu?” Melilau
dia mencari. Uiks…kalau diiktiraf
gila oleh bakal kakak ipar, tentu berbahaya orangnya. Hairan. Bagaimana orang
gila mana boleh masuk sini? Guard tak
jaga ke? Fareez garu kepala yang tak gatal. Lupa sudah games yang dimain tadi.
“Tak payah cari. Kang dia ternampak Kak Mai dekat sini
lagi payah. Tolonglah akak ek?”
“Hensem tak budak tu?” usik
Fareez. Aku mencebir. Euuww!
“Zero.”
“Mana yang paling hensem?
Angah atau budak gila tu?” duga Fareez.
Aku tersentak lagi. Alahai…
dia boleh tanya pulak! Jantung tiba-tiba berdebar tak menentu. Muka panas. Dah
tentulah Farhan paling hensem! Apalah dia ni.
Ececehhh… ngaku pula kau Mai?
Kenyataan okey! Tak boleh menidakkannya lagi.
Nanti kena panah petir kalau salah cakap!
“Tolong eh jadi pakwe
sementara akak.” Laju aku kembali ke topik asal. Ada yang muka merah seminggu
nanti karang. Reez, please drop this subject. Back to main topic!
Fareez menjuih bibir. Cis!
Suka mengelak. Sama je dengan angah. Hailah… bila dia orang nak mengaku suka
masing-masing? “Yelah. Reez tolong tapi
dengan syarat.”
Bulat bebola mataku. “Apa?”
Fareez sengih nakal. “Reez
pernah berjanji dengan angah dulu. Apa-apa berlaku, Reez kena cerita dengan
angah. Jadi untuk scene hari ini,
Reez kena cerita dengan angah. Lebih-lebih lagi Kak Mai tunang angah. Reez tak
mahu ada cerita lain pulak timbul kata Reez tergila-gilakan tunangan abang
sendiri.” Jelas Fareez nyata.
Terkedu! Tergamam!
Terlopong! Tak tahu nak cakap apa. Betul ke dia dan Farhan berjanji? Air liur
ditelan kesat. Aduhai… macam mana ni? Keluar dari mulut buaya masuk pulak mulut
singa! Sekali kena ngap.Tapi aku tak cukup
masa. Tak ada pilihan lain. Musuh semakin menghampiri. Hendak tak hendak kena
terima. Tapi batin terseksa gila! Mai, sekejap je. Just today!
Renungan Fareez aku tenung
sedalamnya. Adakah Fareez tahu perihal pemutusan tertutup antara aku dan
abangnya? Kalau dilihat dari sisi keluarga, nampaknya mereka tidak tahu lagi
perkara ini sebab mereka masih melayan aku dengan baik. Kalau tak, pasti dah
ada dah acara tarik-tarik tudung dan penampar Jepun oleh Mama Nani! Tapi…Fareez
rapat dengan Farhan. Mungkinkah dia dah tahu hal sebenar? Dan dia pendamkan
saja? Atau semua orang memang tak tahu langsung?
“I NAK pergi beli air
sekejap. Nanti I datang sini lagi, kay?
Bye, darling.” Aki melayangkan ciuman
di jemari halus milik Qiqi seraya mengenyit mata kanan. Qiqi tersipu-sipu malu.
Kawan-kawan Qiqi terpaku melihat kekacakan lelaki yang menjadi buah mulut
setiap gadis idaman lelaki di universiti. Super
duper handsome!
Aki melangkah ke gerai
minuman biasa. Baru nak menegur makcik jual minuman kegemarannya, satu wajah
menyapa mata. Dia tersenyum lebar-selebar-lebarnya! Ngee…
“Hey, awak pun ada dekat
sini?” Aki menyapa mesra. Waduh!
Bidadari hati ada dekat sini. Macam berjodoh je. Hmm tak sia-sia aku datang
kafe hari ini. Rupanya ada bonus menanti. Berbakul sumpah seranah yang dilempar
dalam hati kepada Reza dan Kimi mengenai perjumpaan hari ini lenyap begitu
sahaja. Atas bawah dia tilik gadis itu. Pergh!
Anggun gila. Berbaju kurung hijau lembut. Tudung putih menambah seri wajah. Ayunya
lahai Cik Saffiya Humairah kita ini. Bikin hati Abang Aki terketaq-ketaq. Ni
kalau umi tengok confirm cair. Terus
jadi menantu pilihan ni. Aki taubat terus dari jadi romeo.
Aku buat dono dan masih
memeluk tubuh. Salam tak ada apa tak ada alih-alih tegur macam tu. Patut ke?
Aduh, ke mana lah pulak budak Fareez ini pergi? Aku suruh tolong, dia lari
pulak! Kurang asam betullah mamat tu. Siap kau, Reez! Kakak ganyang kau
cukup-cukup! Huh. Jangan harap la lepas ni kau boleh tenung-tenung mata dengan
Yana. Kakak belasah kau jadi lempeng! Tak boleh diharap.
“Opss… saya terlupa.
Assalamualaikum,” ujar Aki lagi bila melihat tiada respon dari gadis itu. Rasa nak ketuk kepala sendiri. Apalah kau
ni Aki! Boleh lupa beri salam! Itu calon ustazah pilihan. Jangan dibuat main!
“Waalaikumussalam,” Jawabku
mendatar. Aki senyum. Lega hati bila kali ini si dia memberi respon baik.
“Awak beli air juga ke?”
Dah tu? Kau ingat aku buat
apa dekat sini? Berjoget? Menyanyi? Buta ke apa? Omelku di hati.
“Awak ni… saya tanya
baik-baik awak tak jawab. Bila saya tanya kasar-kasar karang, awak marah saya pula.” Lirih Aki. Pura-pura sebenarnya. Nak
tengok pandai tak gadis itu memujuk. Heh.
“Mulut aku. Suka hati aku
la.” Gumamku perlahan.
“Apa dia?” ulang Aki. Aku
rasa macam dia cakap sesuatu. Ngutuk akukah?
Aku buat bodoh lagi. Penuh
bersahaja! Pandangan dihala ke depan semula. Rasa bosan dan sakit hati digaul
sebati. Mencucuk-cucuk di jiwa bila adanya dia di persekitaran aku. Benci!
Mengapalah aku harus ketemu dia setiap masa? Boleh tak kau operate muka kau tu kasi tukar muka orang lain?
“So, awak tinggal paper
apa aje lagi nak habis?” tak jemu Aki bertanya. Mencari modal untuk diajak
berbual. Menunggu bidadari aku ni melontar vokal suaranya macam nak tunggu
salji turun dekat Malaysia! Punya azab lahai…
“Do I know you?” Penyebok…
Aki jelas tersentak.
Wajahnya berubah riak. Tersinggung agaknya dengan persoalan da diva aku.
“Of course. You know me well. Very
well. Inside and outside,” Aki senyum mengejek. Heh. Ingat I tak boleh nak
‘bergurau manja’ dengan you ke? Silap orang la nak kenakan. Ini Baihakki la!
Aku akan buat apa aje asal kau bercakap.
Kini aku pula yang
tersentak. Ek eh mamat ni… Gila
perasan! Nak dengar nama kau pun tak lalu apatah lagi nak tahu hal kau. Urgh. “G.I.L.A.”
Aki berusaha menahan ketawa
yang bila-bila saja terlepas keluar. Suka tengok muka tak puas hati gadis itu
apabila dicuit soalan tadi. Now I know
how to play with her! Oh God,
beginikah rasa bila menyukai seseorang? Suka dalam erti kata sebenar.
“Adik, milo ais dan neslo
ais siap.” Kata makcik. Aku angguk. Plastik bertukar tangan.
“Wait. Wait. Siapa punya
yang satu lagi?” Tiba-tiba saja Aki nak tahu. Tengok tu. Sangat menyibuk! Mana
taknya aku benci dan muak. Aku beli air dua pun nak pertikaikan. Karang kalau aku warnakan inai di jari
dah sah dia kata aku dah kahwin! Eee… frust
la ada budak annoying dalam U ini!
Segala serba serbi aku nak tahu.
“Its mine.” Potong Fareez yang entah bila ada di sebelah. Rapat
sangat pulak hingga terasa bahunya
berlanggar dengan bahuku! Hisy! Over tau
adik Farhan ni. Minta tolong jadi pakwe sementara je pun. Aku backhand nanti baru tahu. Tapi bila intai raut wajah Aki yang jelas ketara perubahannya, aku matikan niat saja.
“Who are you? Aku tanya dia. Bukan kau.” Tampak nyata Aki bengang. Ek eh… mana datang mamat smart ni. Dah tu dok dekat sangat dengan bidadari aku apahal? Nak kena seligi? Rejam
dengan batu? Warghhh! Panas! Panas
kafe hari ini!
Fareez senyum sinis. “Dari
tadi aku perhati. Kau memang pantang nampak perempuan cantik. Awek aku pun kau
nak sebat.” Wow wow! Sungguh tak percaya
Fareez bisa menutur sebegitu. Tengok gaya tak nampak remaja usia 19 tahun.
Malah ketinggian Fareez melebihi ketinggian aku membuatkan aku terpaksa
mendongak sedikit untuk memandang wajahnya. Suara yang macho dan agak matang
sedikit membuatkan dirinya tampak lebih berkarisma. Langsung tiada cacat cela.
Ini baru adik. Belum si abangnya lagi. Ngaaa…
Aki hampir jatuh rahang.
Aaa…pa? Aaa…awek? Sungguh dirinya serasa mau pitam. Humairah…
“Jangan berani dekat dengan
dia. Kalau aku nampak kau kacau awek aku lagi, nahas kau.” Lenganku ditarik
lembut. “Jom sayang…”
Aku hanya membuka kaki
melangkah mengikut gerakan dan tarikan Fareez tanpa membantah. Seperti dipukau
dengan suara macho itu! Plastik milo ais dan neslo ais di kiri kanan tangan
terasa berat dan lemah. Boleh tak kalau aku siram dekat Fareez tak pun aku
bermandi-manda dengan air-air manis ini untuk hilangkan diri sekelip mata? Mimpikah?
Aki di depan gerai minuman
tidak mampu berkata apa-apa selain mengetap bibir geram. Oh hancur hatiku!
Bidadari cantik telahpun dimiliki orang. Uwaaa!
Nak tikam dada dengan keris Taming Sari! Tak sedar dia mengepal erat telefon
Sony di tangan macam nak pecah.
SEJAK peristiwa tadi,
sepatah haram aku tak bercakap dengan Fareez. Dia pun sama. Kami membisu dari
menoleh sesama sendiri. Kaku! Ya. Itu perkataan paling tepat. Aku ingatkan
tiada la adegan-adegan yang patut dielakkan. Perkataan sayang diungkap Fareez
jelas sekali membuatkan Aki terkedu. Okey, sini ada dua. Antara suka dan tidak.
Sukanya… Baihakki dah tahu siapa
kekasih aku, kononnya. Dan aku assume
dia tak akan kacau aku lagi lepas dah nampak dengan mata kepala sendiri
gerangan yang menjadi pilihan hati aku. Yang
tak sukanya… mengapa mesti sebut sayang??? Eee geli tahu tak?! Terlalu
ekstrem perkataan itu. Kang aku
tembak kau dengan M16 baru tahu! Kata-kata itu hanya bergema dalam hati.
“Mama balik dulu. Nanti
cuti-cuti datang la tidur rumah mama. Rindu nak borak dengan Maira macam
dulu-dulu,”
Aku sengih sumbing. Hanya
mampu menyebut, “insyaAllah.” Yana dan
achik dok angkat kening double jerk
sambil senyum meleret. Ciskek! Aku katok korang jadi makin pendek baru
tahu!
Fareez kulihat
terintai-intai Yana yang sudah masuk dalam kereta abah. Apabila terpandang aku,
dia menyengih malu. Ahaa! Terkantoi
depan kakak kepada mata-air!
Aku segera cekak pinggang.
“Err… Kak Mai. Hal tadi tu…
kita lupakan aje la ek.” Ujar Fareez. Nampak mukanya memerah. Malu mungkin
terlanjut menyebut s.a.y.a.n.g. di hadapan mamat kasanova tadi. Nak ke cerita
dengan angah? Nanti angah fikir bukan-bukan. Tapi… kalau tak cakap, lagilah
angah syak bukan-bukan. Kot terjumpa dengan mamat kasanova tu tadi time bercuti dengan angah, then dia serang aku macam mana? Arghhh! Stress yang dicipta sendiri. Ini semua Kak Mai punca! Kan hidup Reez dah serabut!
“Hmm akak pun. Kita
kosong-kosong la. Ingat. Jangan cerita pada sesiapa. Ini rahsia kita. Kalau
akak tahu dari mulut orang lain, akak korek anak tekak Reez dengan playar!”
Ugutku.
Fareez terasa nak gelak guling-guling. Gila kejam! Namun dia sekadar
angguk sambil membuat tabik hormat. “Yes,
maam!” dia ketawa kecil bila aku membulatkan lagi mata.
“Jalan baik-baik.” Ujarku
bersama lambaian perpisahan. Sejurus itu kedua-dua kereta berlalu pergi
meninggalkan kawasan parking. Langit
mendung kupandang tinggi. Haa… bolehlah hidup seperti biasa tanpa gangguan
lagi. Heaven…… lalala……
Tanpa disedari, sepasang
mata merenung diriku tajam tidak berkelip!
p/s : assalamualaikum here new entry. maafkan miss ya dah lama tak muncul. kerja dan problem tak dpt dipisahkan! hehe... sorrry sgt3 tau... korg enjoy ya... insyaAllah ada masa miss up lg... tp tak tentu.... kalau lappy dan broadband dah dibetulkan, miss up la ya... insyaAllah :)
Bila Farhan nak muncul??
ReplyDeleteA'a serius rindu degan watak farhan yang cool tu...
Deletenk tgok farhn n mai pula...
ReplyDeletex saba nak tunggu next n3
ReplyDeleteBetul...betul....bila farhan dan mai nk jumpa ni .......
ReplyDeleteRindu nya kat mereka.....
kan rindu sangat....
Deleteakhirnya!!! thanx sebab update n mngajar erti kesabaran nk tggu next n3.. semangat sis!!!!! ^_^
ReplyDeleteMiss rindu laa ngan farhan mana dye???..... by the way good luck miss ^_^ ....
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDeleteRindunya dengan farhan..papapon sabar menunggu farhan jee..hehehe
ReplyDelete