Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Wednesday, 26 March 2014

Ketua Pengawas VS Tunang Bab 68



DARI Mahkota Parade ke Dataran Pahlawan, kami berdua menelusuri destinasi demi destinasi dengan hanya menggunakan motorsikal. Sempat berhenti di mana-mana untuk tunaikan solat dan sempat juga snap gambar! Tiba di Kota A’Famosa, kami mendaki tangga tinggi untuk melihat panorama Kota Melaka di hadapan patung Francis Xavier. Kemudian kami bergerak mencari francais KFC untuk menjamu selera. Tekak aku tidak mahu menerima nasi dan sebagainya. Entah kenapa aku semakin cerewet!

“Aduh, lenguhnya kaki!” Aku mengurut betis. Lama tak berjalan, semput pula. Oksigen… oksigen…

Wana ketawa mengejek.

“Penat ke? Yelah. Puteri lilin mana boleh jalan lama-lama nanti cair.” Pantas lengannya aku cubit. Wana menjerit kesakitan. Kami menjamah makanan sambil berbual kosong sebelum pulang ke rumah. Sempat juga aku memborong novel. Hiks!

Home sweet home,” Aku melabuh punggung ke sofa empuk.

“Oit! Tidur dalam bilik la.” Wana menggeleng kepala tatkala mata aku terpejam. Mengantuk sangatlah konon! Remote tv ditekan. Siaran demi siaran dicari hingga akhirnya terhenti pada siaran dokumentari.

“Wana, aku nak air. Haus.” Pintaku perlahan sambil mata masih pejam.

“Ambik kat dapur la. Macam tak biasa. Jangan malu-malu la.” Aku sengih.

“Aku memang pemalu pun.” Wana jelir lidah. Wekk! Nak muntah dengar.

Aku menumbuk manja bahunya sebelum bangun menuju dapur. Dua gelas dicari. Air mineral sejuk aku ambil dari peti ais lalu dibawa ke depan.

“Nah,” Gelas aku sua padanya. Wana ambil lantas mengucap terima kasih. Aku pandang tv. Berkerut kening tengok channel yang dibuka Wana.

“Apa ni tengok dokumentari? Tak syiok ah!” bebelku. Haiwan bernama koala itu kutenung hambar. Tak seronok langsung! Boring! Entah apa-apa entah. Memang aku bab-bab mengkaji dan menyelidik amat-amat tak berminat! Paling akhir aku terima!

‘Eleh, sejarah boleh pulak?’ soal hati.

‘Itu lain. Nak exam, terpaksa!’ kata akal.

“Dah tu, ni je yang best. Lain semua cerita mengarut.” Balas Wana selamba. Balang muruku di atas meja diambil. Dengan selamba dia mengunyah tanpa ajak rakan baiknya sekali!

Aku merengus. “Sejak bila kau suka tengok dokumentari ni?” Aku mengicip air sedikit demi sedikit. Hmm lega tekak.

“Sejak aku minat koala. Kat Australia kan ada haiwan ni.”

Uhuk! Uhuk! Tersedak. Wana bingkas menepuk belakangku. Aku terbatuk-batuk bersama muka yang merah padam. Urgh sampai ke hidung! Perih! Sakit oww! Dada aku urut perlahan. Nafas kembali teratur.

“Tulah. Orang minum baca bismillah. Ini main teguk je.” Sindir Wana. Aku menceber. Orang baca la! Kau je tak dengar.

“Atau ada orang sebut nama kau tak? Orang jauh mungkin?” Sakat Wana nakal. Mula nampak tanduk keluar!

Aku menjeling tajam. “Tak ada maknanya. Dah aku nak naik atas.” Aku cepat berlalu dari situ. Tak sanggup nak dengar usikan tak sengaja Wana lagi... takut hati lebih luka. Takut menitis air mata lagi…

Wana sekadar menggeleng. Koala yang sedang makan daun dilihat penuh khusyuk. Fikiran terawang dengan kejadian tadi. Apakah kerana dia menyebut Australia membuatkan Humairah tersedak?



MALAM menjelma. Rambut yang masih basah diurai. Tak perlu khuatir kerana dalam rumah ni semua perempuan. Laptop kubuka. Satu per satu nama yang sedang online kulihat. Hati muram kembali. Nama dia tiada. Facebook pula dibuka. Wall ‘orang itu’ di cari kalau-kalau ada sebarang pesanan atau mesej yang ditinggalkan. Perasaan bertukar hampa melihat tiada post terbaru sepanjang tahun baru ini. Aku meraup muka. Tahun baru yang malang buatku…

“Uit cik kak,” tegur Wana di muka pintu. “Awat muka muram je ni?”

Aku cepat-cepat ukir senyum. “Mana ada! I’m fine okay. Hmm ada apa cari aku kat bilik ni?”

Wana bercekak pinggang. “Eh hello! Ini bilik aku tau! Suka hati aku la nak masuk bilik.”

Aku menyengih. Aisey… malu! Lupa daratan pulak! “Hehe sorry sorry.”

Wana mengambil tempat di sebelah. Cuba mengintai apa yang ada di skrin laptop aku. “Apa ni menyendeng kat aku je?” Badannya aku tolak. Wana ketawa menyindir.

“Eleh takutlah tu aku baca post-post rindu tahap gaban kau pada Farhan kan? Takpe. Memalam sikit time kau tidur aku stalk ya…” usik Wana nakal.

 “Eh, tak ada maknanya nak post ayat-ayat geli jiwang tu okeh!” bantahku keras.

Wana terkekeh ketawa. Tiba-tiba dia diam. Matanya merenung anak mata aku.

Gulp! Ohoo. Janganlah dia tanya sesuatu yang serius. Hati mula merasa hangat.

“Kenapa ek Farhan nak sambung belajar dekat Australia? Dalam Malaysia punyalah banyak ipta untuk bumiputera. Hairan aku.”

Sudah dijangka soalan tentang ‘dia’ yang disoal Wana. Aku menggeleng perlahan sambil jongket bahu. Malu hendak membuka pekung sendiri. Semua berpunca dari penolakan aku. Konon hendak membuat pengorbanan. Ah! Kenapa baru sekarang difikirkan semua itu? Tuan empunya badan dah terasa hati. Kini membawa diri ke negara koala. Aku memejam mata rapat.

“Orang kaya…” Aku buat gaya biasa walhal hati aku terasa. Rasa pedihnya hati kerana berbohong. Ampunkan aku Ya Allah!

Wana ketuk dagu dengan jari. “Emm dah la. Tak payah fikir. Ada perkara yang lebih penting aku nak bagitahu.” Teruja benar aku tengok. Gaya macam nak beritahu duit turun dari bulan berjuta-juta ringgit.

“Esok aku nak bawa kau ke satu tempat yang special!”

Aku mengeluh lemah. Alahai dia ni. Tak kenal erti penat ke? Aku yang baru satu hari berjalan ni pun letih lagi, ni kan pula nak jalan esok? Oh mama, Mai nak balik! Patut aku telan pil tidur banyak-banyak!

“Setakat bawa pergi kedai ayam penyet buat apa. Malaslah.” Tolakku.

Wana cekak pinggang. “Hey! Ini bukan tempat ayam penyet. Aku nak bawa kau jumpa abang aku la!” geram dia.

Terkebil-kebil mata memandangnya. Jari aku ligat mengira. Kak Arin, Kak Mira, Wana. Dah pulak mana datang abang???!!!

Dahinya aku sentuh. Tak panas pun. Lehernya juga. Wana tengok aku dengan dahi berkerut lalu menepis tanganku itu. “Err Wana… setahu aku adik beradik kau cuma tiga je. Kau tak pernah cerita pun dekat aku kau ada abang.” Tanyaku pelik.

“Sebab tulah aku ajak kau. Esok kita jumpa abang aku. Siap awal esok. Pukul 11 gerak.” Wana berlalu keluar dari bilik.

Aku termenung mendongak siling. Terkelip-kelip mata. Siapa abang dia eh? 




PAPAN tanda medan selera tersergam indah. Kami berjalan sehingga ke satu gerai. Gerai nombor 10 menjadi pilihan Wana. Selamba saja dia menyapa makcik pakcik yang ada di sekitar situ. Berbual mesra. Makcik tu pun punyalah lama peluk kawan aku sorang ni macam anak sendiri!

“Selamba kau? Setahu aku budak perempuan nama Nur Aliyah Safwana seorang yang pendiam, serius, garang macam rimau dan kedekut.”

Kelat muka Wana apabila dibilang kedekut. “Aku tinggalkan kau kat sini kang!” ugutnya. Aku sengih menggeleng. Tamau!

“Ya, dik. Nak makan apa?” seorang pelayan muncul bersama pen dan kertas. Topinya ditekan ke bawah tidak menampakkan raut wajah. Pemalu benar lelaki di sini. Alahai…!

Wana mendengus kasar. “Macam biasa ya, Abang Jebon!”

Ternganga aku. Kalau boleh gigi nak patah satu! Jebon??!

Pemuda yang bertopi itu ketawa berdekah-dekah sebelum memusingkan topinya ke belakang. Senyuman menghiasi bibir. Fuhh! Tak berkelip mata memandang.

“Alah, abang baru nak test. Liya ni cepat sangat la kantoikan.” Keluh pemuda yang dipanggil Jebon sebentar tadi sebelum mengambil tempat di sebelah Wana. Selamba tak beriak depa ni. Siapa lelaki ni?

“Dah faham sangat la taktik abang tu. Cuba la refresh idea sikit. Lapuklah, Bang Arul.” Cebik Wana.

Pemuda itu senyum menampakkan lesung pipit. Tiba-tiba matanya beradu anak mataku yang sedari tadi memerhatikan mereka berdua. Lidah kelu.

“Kawan eh?” soal pemuda itu. Wana angguk. “Ini Humairah, my bff.” Wana perkenal aku. “Mai, ni Abang Asrul, abang angkat aku. Panggil Jebon pun takpe.” Usik Wana. Tudungnya ditarik sedikit oleh Asrul tanda protes.

“Ohhhh……….” Punya panjang ‘oh’ aku. Inilah abang yang dimaksudkan Wana semalam. Hmm, boleh tahan kacak. Kulit sawo matang. Ada lesung pipit. Hisy! Apahal aku sibuk pulak? Kau dah lupa ke kau baru putus tunang? Desis hati.

“Tapi kenapa panggil Liya? Bukan Wana?” Kedua-dua makhluk itu terdiam.

Wana segera pamer sengih. “Nama aku kan Aliyah Safwana. Dah kenal lama. Tu yang melekat nama Liya. Dulu ramai panggil aku Liya.” Dalih Wana. Asrul terangguk-angguk kepala.

“Kau nak makan apa-apa pergilah ambik kat sana, Mai.”

“Kau?” soalku.

“Aku jap lagi. Nak tengok sinetron. Jangan risau. Harga setengah. Percuma pun boleh.” Aku ukir senyum. Riangnya hati. Hmm… harga setengah ya? Jom serbuuuu! Jarang dapat peluang begini.

“Parah abang kalau 100 customer macam ni,” Asrul pura-pura mengeluh. Rambutnya diramas sebelum dibetulkan semula. Wana mencemik sebelum bertukar tempat duduk. Tv kecil milik gerai Abang Asrul ditonton. 

“Itu kawan rapat Liya?” Tanya Asrul lagi sambil mata menala ke arah gadis bertudung merah jambu itu. Matanya tak lekang memandang. Ayunya... getus hati lelakinya.

Wana mengangguk tanpa memandang. Fokusnya hanya di kaca tv. Drama Filipina kegemarannya disiarkan. “Haah. Kan tadi Liya dah cakap. Nur Saffiya Humairah namanya. Kawan seasrama. Duduk kat sekolah pun sebelah menyebelah. Kita orang kamceng gila.” Jawab Wana laju.

“Manis...”

Terpacul perkataan itu dari bibir Asrul membuatkan Wana cepat memaling wajah menghadapnya.

“Apa Abang Arul cakap tadi?”

“Abang cakap dia manis. Cantik. Comel. Cuma…”

“Cuma apa?”

“Dia dah berpunya ke? Someone special?” soal Asrul laju.

Wana membuntangkan mata. “Abang Arul, tak payah mimpi la nak tackle dia. Dia dah berpunya. Dah ada tunang pun. Lagi kacak dari Abang Arul.” Wana menghirup air sirap selepas seminit tukang bancuh air hidang di atas meja.

“Dah bertunang?????” Bagai tertelan biji durian. Wajah Asrul terkejut itu menggelikan hati Wana. Serentak dia tergelak besar.

“Asal Liya ketawa?”

“Taklah. Muka abang tu tak boleh blah.” Ujar Wana jujur. Sungguh perut dia tegang sebab ketawa banyak. Hailah Abang Arul ni…

“Liya jangan nak tipu abang la. Takkan baru lepas habis SPM terus tunang? Ingat ni cerita zaman dulu kala ke family duk buat macam tu?” geram Asrul apabila adik angkatnya itu asyik gelak saja tak ingat dunia.

“Betullah. Buat apa Liya nak tipu pulak.” bidas Wana tak mahu mengalah.

I don't believe it. 10 Liya cakap, 1 pun tak boleh dipercayai. Abang rasa abang lagi kacak daripada tunang Mai tu.” Asrul mengusap dagunya yang licin itu. Wana mencebik meluat. Perasan betul abang angkatnya nan sorang ni.

“Kalau abang tak percaya, abang tengok ni.” Wana mengeluarkan handphone lalu ditayang pada Asrul yang setia menanti. “Nah! Tengok sendiri.”

Asrul mengambil telefon bimbit tersebut. Ibu jarinya menyentuh skrin. Biji matanya bagai terjojol keluar. Humairah anggun dengan sepersalinan baju kurung. Duduk berteleku di atas katil sambil jemari kanannya dipegang oleh seseorang perempuan sebaya emak. Gambar kedua dilihat Asrul lagi. Cincin emas putih tersarung indah dijari manis Humairah yang terunduk malu. Gambar ketiga. Ada seorang lelaki yang memang tak dapat dinafikan kekacakannya itu duduk disebelah Humairah.

“Betul ke ni, Liya?” wajah Wana yang merenungnya dipandang. Wana mengangguk laju.

“Ish! Tak percayalah abang. Ada juga family yang buat macam ni lagi sekarang.” Keluh Asrul. Separuh hatinya kecewa kerana bukti sudah ada di depan mata. Baru dia nak menyunting bunga di taman. Rupanya dah jadi taman larangan! Kena pagar dengan dawai besi lagi tu!

Wana tersenyum-senyum. “Frust ke, Abang Arul?” usiknya.

Asrul menjeling. “Mahunya tak. Abang dah pasang angan-angan dah nak kahwin awal tahun depan.” Dia join sekaki membalas usikan gadis yang belum mencecah 18 tahun itu.

Wana tersedak. Dia pandang Asrul dengan rasa tak percaya. “Abang nak kahwin dah? Dengan sape? Kak Ayu?” Bertubi-tubi soalan daripada mulutnya.

Asrul menjeling lagi. Kali ini tajam! “Apa pulak dengan Kak Ayu? Isk! Tak naklah abang.” Dia buat gaya geli-geleman. Sebut saja nama Ayu pasti tubuhnya terasa geli.

Wana ketawa terbahak-bahak. Tahu sangat abangnya itu anti dengan Kak Ayu, perempuan berambut blonde dengan pakaian seksi menjolok mata. Kalau boleh nak bagi semua orang tengok aset-aset di tubuhnya. Tetapi dia kagum dengan wanita itu. Tidak kisah untuk mengurat lelaki seperti Abang Asrul yang hanya bekerja sebagai tukang masak di dapur kedai makan ini. Daripada mat rempit, terus bertukar menjadi chef di kedai makan sendiri. Satu perubahan yang paling bermakna untuk Aliyah Safwana.

Tiba-tiba saja pemuda di depannya itu tersenyum. Wana hairan. “Oit, bang. Asal senyum sorang-sorang ni?”

Asrul tenung Wana yang berkerut dahi. “Tunang belum dikira isteri, kan?” dia menyoal Wana.

Wana yang tak faham hanya menganggukkan kepala.

So, kiranya abang masih ada peluang la untuk tackle dia.”

Wana keliru. “Tackle sape? Kak Ayu?” fikirannya blur tiba-tiba. Hanya Kak Ayu saja yang terlintas difikirannya tika ini.

Asrul bangun lalu melibas punggung. “Nur Saffiya Humairah!” dia kemudian berlalu dari situ.

Wana terkelip-kelip memandang sebelum tersedar. Wait! Wait! Abang Arul nak tackle Mai???  “Abang Arul!” jerit Wana geram.

Asrul berpaling seraya mengenyitkan mata. Dia tersenyum nakal sambil menghampiri gadis bertudung merah jambu yang masih memilih makanan untuk disantap. Rancangan pertama harus berjalan lancar tanpa gangguan Wana. Nanti rosak program daku! 

Wana mengeluh kasar. Habislah kalau Abang Arul betul-betul berniat. Macam mana dia nak jawab kalau Farhan tahu tentang perkara ini? Matilah aku… Abang Arul ni teruklah! Wana mencapai straw lalu menghirup air sirap dengan rakus.

***

Selepas selesai makan, kami pun pulang. Sempat juga Asrul menyatakan sudi-sudilah singgah ke gerainya lagi. Nak makan free, datang la sini. Sempat juga mengurat! Aku hanya mampu senyum dan angguk. Tak janji. Wana dah tayang penumbuk. Mak oiii serius benar rupa! Asrul tergelak besar sebelum melambai gadis berdua itu.

“Wana, kau dan Abang Arul tu dah lama kenal eh? Sejak bila?” soalku setiba sampai di rumah. Angin petang menghembus ke pipi. Halaman rumah yang hanya mempunyai dua kerusi dan sebuah meja kopi itu duduki kami.

“Dah lama dah. Masa tu aku form 2.” Balas Wana pendek.

“Kalau kau nak tau, Abang Asrul tu dulu bekas mat rempit.” Aku terlopong.

Really?”

“Yup!” tekan Wana. “Dia mula berubah lepas kawan dia meninggal dunia. Satu malam, aku ternampak muka dia dekat restoren mamak masa dengan family aku. Tapi aku buat tak endah je la. Mat rempit, kan? Hu ha hu ha je tau! Then, waktu tu pula pihak hospital telefon kata Kak Arin kena bedah. Apendiks makin teruk. Bila kami sampai, Kak Arin dah dibawa ke bilik bedah. Kita orang pun tunggu la. Ibu ayah jumpa doktor untuk buat pengesahan. Aku dan Kak Mira pergi beli air mineral. Kafeteria jauh sikit dari wad.”

“Tak sampai dua puluh minit minit masa aku masuk balik dalam hospital, aku ternampak Abang Asrul. Dia berlari sambil pegang stretcher. Darah kawan dia banyak gila. Muka Abang Asrul pun berdarah tapi dia tak peduli. Dia duduk dekat tempat menunggu. Asyik tunduk je. Aku dan Kak Mira pun duduk la dekat kerusi deretan situ tapi jauh sikit la dari dia sebab kita orang tak boleh berdiri dekat dewan bedah. Ibu ayah je boleh. Dengan baju selebet, seluar koyak rabak. Muka berdarah. Kau agak apa?”

“Err accident?” tekaku.

“Bila seorang doktor keluar jumpa dia, aku dapat agak berita yang disampaikan tak baik sebab doktor tu banyak kali tepuk bahu dia. Abang Asrul punyalah sebak. Aku agak tu kawan karib or ada pertalian darah dengan dia. Masa tu ibu panggil kata Kak Arin dah selamat operate. Kak Mira jalan dulu. Aku perlahan-lahan pergi dekat Abang Asrul. Entah macam mana aku boleh ter-beri tisu pada dia. Dan aku sempat cakap,…. kalau sayang kawan, tinggalkan dunia rempit. Spontan! Then, lepas tu kita orang jadi adik abang angkat. Dia pun dah tinggalkan dunia rempit.” Panjang lebar Wana bercerita.

Syok pula dengar cerita sahabat aku ni. Tak sangka, dengan hanya kata-kata pendek tapi cukup bermakna. Dari budak perempuan pulak tu. Sekali lagi, BUDAK okey! Terkesan di hati Abang Asrul untuk berubah. “Aku tabik kau, Wana!” Aku bikin gaya tabik hormat.

Wana tergelak kecil.

“Emm… so selepas ni tak ada apa-apa kenaikan taraf ke?” usikku.

Wana kerut dahi. “Taraf apa?”

“Dari ‘angkat’ kepada ‘mengangkat’?” Bulat mata Wana. Amboi! Bukan main perempuan sorang ni. Merenyam gila!

“Gatalnya kau!” Terjerit-jerit aku menahan geli dan sakit. Bisa kot ketam dia! Sekali cengkam, azab nak lepas! 

1 comment: