Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Saturday 22 March 2014

Ketua Pengawas VS Tunang Bab 67

BAB 67

“YEAH! PERIKSA DAH HABIS!” Acapkali ayat itu diulang ketika pengawas peperiksaan selesai mengutip kertas. Rata-rata calon SPM merasakan diri telah merdeka. Syafiq baling beg ke udara. Begitu juga Putera, Hakim dan Khairul. Riang sungguh. Cuaca juga tampak cerah tapi tidak terik panasnya.

Aku, Aisyah, Wana, D dan Iman berpelukan. Susah senang bersama. Kini tiada lagi ro-call dan sebagainya. Kami kini menjadi budak lepasan SPM! Insya-Allah akan aku abdikan kenangan kami sewaktu di sekolah menengah dalam ingatan. Hati yang sayu aku sembunyi dengan senyuman.

“Korang! Aku nak hugs juga!” Khairul mendepang tangan. Hakim dan Putera menyekeh perut dan kepala Khairul. Syafiq tergelak besar bila melihat muka meluat gadis berlima itu.

“Wei, bebudak tu la.” Hakim memuncung mulut. Semua mata menala pada manusia yang ditunjuk Hakim.

“Muhammad Aizat bin Shamsuddin!” pekik Syafiq sekuat-kuatnya. Macamlah si Aizat tu pekak nak jerit-jerit macam tu. Budak-budak sains tulen habis periksa dahulu daripada budak sastera. Tapi atas semangat setiakawan, mereka tetap menunggu. Oh touching…!

Aizat buka luas kedua-dua belah tangan. Syafiq berlari ke arahnya. Ah! Mulalah adegan-adegan geli. Mual pula tekak aku. Uwekkk!

“Gila la korang ni!” Dalam pada nak marah, ketawa berderai.

“Sekarang kita dah merdeka. So apa plan korang?” Ashraff meluru menyoal. Heaven gila siot! Happy tak terkata.

Kok ye pun tunggu la dekat Astaka. Tak menyempat la kau ni.” bidas D. Ashraff bengang. Ewah! Minah ni ada je nak membantah cakap aku! Eee cubit pipit tu kang!

Pada waktu yang sama, aku melirik seseorang. Farhan santai bert-shirt hijau dan seluar trek putih. Topinya tak pernah tertinggal. Macam baru balik berjoging je. Ah! Baru aku teringat.

“Err… Farhan,” panggilku. Farhan yang sedang rancak berborak menoleh. “Aku nak cakap sikit.” Pintaku perlahan. Farhan angguk. Dia berpamitan pada Izuan dan Hakim. Sempat mamat berdua tu bersiul dan mengenyit mata nakal. Aku buat isyarat cucuk mata tu kang! Mereka ketawa mengekek.

Langkah diatur menuju ke bawah garaj khas untuk para guru. Jauh dari rakan-rakan. Seperti tahu-tahu aku hendakkan privasi.

“Ada apa?” soal Farhan seperti biasa memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Aku menggenggam jari. Mengumpul kekuatan.

“Aku nak cakap something. Penting. Aku dah buat keputusan.” Berjeda. Kening Farhan ternaik.

“Keputusan apa?”

Nafas dihela. “Aku nak putus tunang.”

Terkedu. Bebola mata Farhan memandang raut wajah itu. Dia kaku tanpa gerak. Halkumnya jelas bergerak seperti menelan liur.

“K… Kau cakap apa ni?” Buat pertama kali Farhan gagap semasa bercakap. Sungguh dia rasa macam tercekik tulang ikan! Ya Allah. Aku berharap sangat apa yang kudengar tadi hanya mainan mimpi, rintihnya.

“Aku tak main-main dan aku tak bohong. Aku nak putus tunang.” Satu per satu aku sebut. Cincin yang kusimpan dalam beg sekolah sejak awal pagi tadi aku sua padanya. Terang lagi nyata. Kelihatan Farhan cukup tersentak. Air mukanya jelas berubah merah padam.

“Tapi kenapa?!” bentaknya.

Aku tarik nafas. Dah agak ini akan berlaku. “Aku tak nak musnahkan impian dan harapan orang.” Ujarku perlahan.

“Impian siapa? Harapan siapa?! Kau jangan nak buat gila la Mai!”

“Nazatul.” Terpempan Farhan. Dadanya memang rasa nak meletup. Nafasnya tak teratur. Berkali-kali aku lihat dia mengepal tangan. Urat-urat timbul di kulitnya. Serasa mahu menjerit dan bertempik di situ tapi ianya hanya bergema dalam jiwanya. Terseksa!  

Aku bukan sengaja nak buat begini. Tapi aku tak nak hancurkan hati orang. Kami sama-sama perempuan. Walaupun kelakuan aku agak ganas tapi hati aku sekarang mudah cair apalagi mengenang nasib yang menimpa Nazatul. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Aku tak mahu dicop sebagai perosak hubungan dan perampas. Cukup sekali.

“Apa yang kau merepek ni? Kau sedar tak apa yang kau buat sekarang?” tutur Farhan mengendur tetapi masih bernada tegas. Dia cuba menjernihkan keadaan tegang sebentar tadi.

Aku mengangguk lemah. Ya! Aku sedar apa yang aku buat. Walaupun aku tahu banyak hati yang akan terluka dengan keputusan ini tapi aku tak nak lukakan hati perempuan sebaik Nazatul. Aku tidak cukup layak untuk Tengku Amirul Farhan. Setelah mengimbang tara, kami berdua bagai langit dan bumi. Aku tidak secantik dan sebaik Nazatul. Terlalu banyak kelemahan aku. Lebih baik aku undur diri.

“Kalau kau sedar, kenapa masih nak buat juga? Aku dah terangkan dekat kau pasal Nazatul, kan? Semuanya Mai! Semua! Kalau kau buat atas desakan perempuan gila tu, baik kau lupakan je la!” bangkang Farhan sekeras-kerasnya.

“Aku dah berjanji dengan dia.” bohongku. Wahai lidah… kenapa kau berbohong walhal hati kau masih sayang padanya?

Farhan meramas kepala. Mata dipejam. Sakitnya jiwa! Macam nak mati je rasa. Humairah berjanji dengan Nazatul? Ya Allah! Dia mencelik mata mencerun pandang gadis itu. Hatinya berbolak balik. Geram bertimpa-timpa.

“Kau janji dengan dia… kau ingat aku ni barang dagangan ke main serah-serah macam tu je?! Kau ingat hati aku murah macam ayam dekat pasar?!”

“Tolonglah Farhan. Aku tak nak musnahkan impian kau yang dulu. Kau layak dengan dia. Kau patut bersama Nazatul.” Rayuku lemah.

Farhan mengetap gigi. Betul-betul berang! Dia dah tak peduli dengan keadaan sekeliling. “Eeeehhhh!!!!” Tiang ditendang skeuat hati. Waktu tu dah tak fikir roboh ke apa. Hanya mahu melampias segala kemarahan dan bengang yang dah bertapak lama di hati. Farhan memejam mata lalu mendongak. Cuba menenangkan hati yang semakin retak. Tak sudah hati beristighfar. Nafas ditarik dan dilepaskan berulang kali.

“Kau fikir tak perasaan family kita masa kau buat keputusan ni?” Aku menunduk. Air mata bergenang. Lelaki itu masih tidak memusingkan tubuh.

“Pernah tak kau fikir akibat dari keputusan kau ni? Apa jadi pada mama abah kau, mama papa aku. Hah Mai?” Aku masih diam. Air mata terasa hendak jatuh di pipi.

Farhan berpaling, merenung diri ini sebelum melangkah setapak. Dirinya dan diriku begitu dekat. Hinggakan aku dapat rasa kehangatan nafasnya. Tapi aku tak mampu memanggung kepala. Aku tak bersedia untuk memandangnya yang jelas kecewa.

“Sedetik di hati kau…. pernah kau fikir perasaan aku, Mai?” Kali ini aku tidak dapat menahan lagi. Mutiara kaca perlahan-lahan mengalir di pipi. Kesayuan suara dia membuatkan hati makin bertambah kucar-kacir. Maafkan aku, Han…

“Kau tak pernah buka hati kau untuk aku, kan? Sebab tu kau buat macam ni, kan?” Aku menahan esakan. Air mata bagai empangan pecah. Buat kesekian kali aku menangis seteruk ini di depan lelaki selain abah. Lirih suara Farhan mengusik tangkai hati. Berkali-kali aku cuba menahan tapi ia tetap gugur.

“Kalau kau tak suka aku, cakap Mai. Tak payah selindung. Tak perlu berdiam diri macam ni.” Aku masih tidak mampu bersuara. Malah lelehan air mata juga tidak aku sapu. Entah mengapa aku tiada kekuatan diri.

“Aku boleh terima kalau kau tak suka aku. Aku bukan lelaki impian kau. Aku sedar. Tapi kalau kau nak putus hanya disebabkan perempuan macam Nazatul tu, itu alasan yang paling aku tak boleh terima, Mai…” Dalam ketegasan, lirih suaranya masih mampu kudengar. Hati makin dirundung rasa bersalah. Hanya disebabkan peristiwa lalu, aku sanggup menolaknya.  Kejamnya aku…

Farhan menarik nafas panjang. Cuba mententeram hati yang semakin parah dan terluka. Dia gagal membuatkan Humairah bersuara. Dan dia gagal untuk membuka pintu hati Humairah buat dirinya. Apalagi yang dia boleh buat. Tuan empunya badan sendiri yang mahu begitu. Menolak dirinya. Seawal tadi dia mengharap sangat Humairah memikir keputusannya semula. Dia berharap Humairah hanya bergurau. Tetapi apabila melihat mutiara jernih yang mengalir dari tubir mata gadis itu, dia tahu itu bukan lawak jenaka. Ini memang benar. Realiti kehidupan yang harus dia tempuh… cukup kejam! Hanya kerana kesilapan masa silam… hina sangatkah dirinya?

“Mai…” panggilan mendayu-dayu oleh Farhan berjaya mengangkat muka aku. Memang teruk rupa aku. Sememeh dengan linangan air mata. Mata membengkak.

Farhan ketap bibir. Seakan sukar untuk melafazkannya. Tapi dia tiada pilihan lain. Kata-kata gadis itu akan dituruti walaupun hatinya dirobek rakus. “Baik.” Nafas ditarik panjang. “Aku tahu kau tunggu kata putus dari aku dan kau memang nak sangat aku pergi dari hidup kau, kan? Okey…”

Aku menunggu dengan debar. Tolonglah jangan…. Tolonglah jangan…. Tolonglah….

“….aku terima.”

Satu ayat menyentak tangkai hati. Punah harapan. Antara gembira dan sedih. Sejurus kemudian, Farhan terus berlalu pergi. Perginya tampak sangat lemah dan tidak bermaya. Rakan-rakan langsung tidak ditegurnya. Dia pergi dan terus pergi… tidak menoleh ke belakang lagi…

Tanpa diduga, air mata aku kembali merembes. Aku jatuh terduduk.




BUNYI loceng kedengaran. Mama Nani menekan punat gate automatik. Senyuman terpamer pada wajahnya tatkala anak muda itu berjalan menuju ke pintu rumah selepas memarkir motorsikal di garaj. Di tangannya ada sebungkus plastik.

“Assalamualaikum, mak ngah.” Izuan mengucup tangan ibu saudaranya.

“Waalaikumsalam. Masuklah.” Mereka berdua ke ruang tamu. Izuan duduk di sofa mewah itu.

“Senyap je rumah. Mana semua orang, mak ngah?” soal Izuan mesra.

“Fareez dengan Aina keluar beli aiskrim. Farhan dekat atas. Alah… macam la Eju tak tahu. Pak ngah tu hari minggu pun duduk dekat pejabat. Kerja entah bila nak selesai pun mak ngah tak tahu.” keluh Mama Nani. Izuan sengih. Mak ngah masih menggunakan nama zaman kanak-kanaknya.

“Pak ngah cari rezeki. Takkan la pak ngah nak ngurat awek kot.” Seloroh Izuan.

“Amboi, pandai kamu ya! Ni haa… alang-alang kamu datang ni pergilah jenguk Han dekat atas tu. Sejak balik dari sekolah asyik terperap je. Macam dia pulak anak dara.” keluh Mama Nani. Runsing memikir hati anak keduanya itu. Selalu tak begitu. Ada saja wajahnya terjengul di dapur membantu dan kadang kala berborak. Ini senyap sahaja. Bila ditanya, dia kata tiada apa-apa.

Izuan tergelak besar lagi. “Bukan Han memang anak dara mak ngah ke?” Tak jemu dia mengusik. Mana tak. Ke mana saja mesti Farhan. Pergi pasar Farhan. Itu Farhan. Ini Farhan. Fareez dan Aina hanya tercongok dalam rumah. Tak jeles ke?

Mama Nani bercekak pinggang. Bukan main lagi anak saudaranya itu! Izuan segera angkat tangan tanda menyerah kalah. “Eju naik dululah, mak ngah. Eh! Ni haa mummy buat bubur pulut hitam.”

“Rajin mummy. Mak ngah nak ke dapur ni. Nanti ajak Han turun makan tengahari ya?”

Kepala anak muda itu diusap penuh kasih. Izuan angguk. Segera dia berlalu ke tingkat atas. Bilik Farhan diketuk tiga kali namun tiada sahutan. Izuan memulas tombol pintu perlahan.

Farhan tiada di dalam bilik. Izuan ternampak seseorang di sudut balkoni. Segera dia menapak. Akal nakalnya memainkan peranan. Baru nak sergah, pemuda itu terlebih dahulu memberi salam.

“Waalaikumussalam.” Balas Izuan sambil menyengih. Kepalanya digaru. Aduh! Malu. Tulah. Serbu tak pakai helmet! Bukan kau tak tahu mata Farhan ada dekat belakang! Tangannya dihulur untuk bersalam. Farhan menyambut.

“Tak ikut Aina pergi beli aiskrim?” usik Izuan sambil bersandar di tiang balkoni menghadap Farhan yang merenung jauh ke depan.

“Malas.” Pendek jawapan Farhan.

“Mak ngah kata kau asyik terperap je dalam bilik. Kenapa ni? Something wrong?” Izuan bertanya selamba. Tangan memeluk tubuh.

Nothing.”

“Takkan la? Selalu kalau kau susah hati, kau pergi slam dunk dengan Fareez. Tak pun main game. Dan temankan Aina kat buai. Kaler princess yang tak berapa nak princess tu.” Farhan tersenyum sedikit mendengar bebelan sepupunya. Izuan lebih mengenali dirinya…

“Aku okey la.” Balasnya mendatar. Mata masih menala ke arah bukit diseberang sana.  

Izuan jongket bahu. Matanya menangkap laptop Farhan yang terpasang. Hmm, adalah lebih baik aku main solitaire. Farhan bukan marah pun. Dah biasa kot…. Melihatkan keadaan Farhan, Izuan tahu Farhan memerlukan masa untuk meluahkan. Dia akan sabar menunggu dan mendengar luahan dari pemuda itu.

Kerusi kosong diduduki. Laptop dipusing menghadapnya. Tangan tiba-tiba kaku! Membulat mata Izuan! Sesak nafas. Matanya memerhati bait-bait ayat yang terpapar dalam skrin. Pandangan maut dihantar pada sepupunya. Jantung kencang!

“Sejak bila kau buat keputusan ni?” Izuan bengang. Perkataan accepted yang dibaca menambah api kemarahan yang makin tak terkawal. Diam-diam Farhan buat kerja tanpa memberitahunya!

“Dah lama.”

“Apesal kau tak bagitahu aku langsung?! Kawan apa macam ni?!”

Farhan diam.

“Kau cakap dengan aku nak sambung belajar sama-sama! Apa semua ni, Han?” Izuan mendesak.           Giginya diketap kuat. Rasa nak campak laptop itu ke bawah! Dia semakin tak dapat membendung kemarahan! Farhan melampau!

“Aku dah nekad.”

“Nekad apanya?! Kau sedar tak apa yang kau buat ni? Kerja gila Han! Gila!”

Farhan berpaling lalu senyum. Izuan teramat kenal senyuman itu. Senyum pahit. Seperti kopi pekat; tiada gula dan creamer.

“Australia. Lagi sebulan. Muktamad.” Hati Izuan remuk teruk. 



Dua bulan kemudian…

AKU termenung sendirian. Seperti manusia tak siuman. Kerja aku sekarang hanya terperap di kamar. Bila dipanggil makan, baru aku turun. Itu pun jenuh dipaksa. Bila Yana dan achik ajak bermain badminton, aku menggeleng dan terus naik bilik. Menghadap komputer riba dan telefon bimbit. Dua benda yang tak pernah lekang sejak akhir-akhir ini.

Semenjak pemergiannya, diriku seolah-olah hilang. Aku bukan aku! Makan tak selera, tidur pun tak cukup, mata bengkak macam panda. Seperti perumpamaan nan satu. Yana dan achik sering mengusik mengatakan aku angau bercinta. Kekasih jauh nun di luar negara. Katanya cinta jarak jauh memang begini. Aku tak menafikan mahupun mengiakan. Tapi hati terdetik, akulah punca dia pergi jauh ke situ… kerana kelantanganku… kerana sikap terburu-buru… kerana pengorbanan…

Bunga mawar putih pemberian Izuan terletak elok di dalam baling kaca di atas meja solek. Kata sahabat itu, bunga mawar ini pemberian Farhan sebelum berangkat ke Australia. Memang aku tersentak hebat! Menggigil tangan mencapai tangkai bunga wangi tersebut. Apa petanda? Mawar putih bukankah bermaksud perpisahan? Air mata kembali pecah.

‘Kenapa mesti menangis? Bukan ke ini yang kau nak? Kau nak berpisah dari dia, kan? Disebabkan Nazatul. Kau kata nak buat perngorbanan. Sekarang kau kena happy! Bukan bersedih. Impian kau dah tercapai! Tercapai Mai!’ Hati tak sudah mengutuk sejak peristiwa pahit itu berlaku.

Sejak daripada itu, aku sentiasa memandikan bunga tersebut dan cepat-cepat ganti dengan yang baru bila mula layu dan suram. Itu tanda terakhir dari Farhan yang akan aku ingati sampai bila-bila.

‘My Baby You’ bergema menyedarkan aku dari lamunan panjang. Laptop yang terpasang aku biarkan. Perlahan aku bergerak mengambil telefon di meja solek.

“Waalaikumussalam.” Aku menjawab salam Wana setelah butang hijau ditekan.

“Kau tengah buat apa tu?”

“Cungkil gigi.” balasku sebal. Wana mengekek ketawa. Sedar dia silap tanya soalan.

“Mai, datang rumah aku yuk? Ibu ayah aku pergi rumah pakcik aku. Tinggal aku dengan kakak je. Kakak aku pulak selalu balik kerja lambat. Aku bosan la.” Keluhnya.

“Ajak la D, Syah ke Iman temankan.” Dalihku. Sebolehnya aku malas nak bergerak ke mana-mana. Hati tawar.

“D dekat Singapore. Syah tak boleh. Iman balik kampung. So aku hanya harapkan kau sajaaaa…” berlagu-lagu pulak si Wana ni.

“Tengoklah macam mana.” “Alah! Please la. Kalau kau duduk sini, boleh kita pergi jalan-jalan kat Melaka. Sementara cuti ni. Jangan risau, aku bawak. Bertanggungjawab atas diri kau 100%. Free of charge.” Spontan aku tergelak kecil. Amboi! Bersungguh dia ajak.

“Yalah. Nanti aku tanya mama dan abah aku. Tak janji tau.” Putusku. Wana menumbuk langit. Yes! Dia berdoa agar terbuka hati makcik dan pakcik membenarkan Mai datang Melaka menemani dirinya yang kesepian. Hehe.



MAKAN malam itu berlangsung sepi. Aku teragak-agak untuk bertanya sementelah semua membisu je. Sudah dua bulan benda ini terjadi. Apakah mereka sudah mengetahui punca sebenar? Serta merta dada berdebar.

“Err… mama, abah, Mai ada benda nak cakap.” Tersekat-sekat air liur.

Mama abah merenungku semacam. Jantung berdetak detuk dah ni. “Hal apa?” tanya abah.

“Mai nak pergi rumah Wana boleh?”

“Buat apa?” Laju mama membalas.

“Wana ajak Mai pergi rumah dia. Ibu ayah dia takde. Kakak dia selalu balik kerja lambat. Dia sunyi jadi dia minta Mai temankan dia sementara result belum keluar. Wana nak bawa Mai pusing-pusing Melaka. Err… boleh tak?”

Abah dan mama berpandangan sesama sendiri. Yana dan achik merenung mama, abah dan Kak Mai bersilih ganti sambil menyuap nasi.


“Emm pergilah.” Abah mengizinkan. 

Aku terjerit gembira. Yeay! Abah dan mama pandang hairan. Ada sesuatu yang perlu dirungkai. Anak sulungnya terlalu teruja gembira. Tidak seperti sebelumnya. Muram, sayu dan lemah. Benak masing-masing diburu persoalan. 


p/s : Here new entry... Kalau typo, sory ya... Emm nak tanya ni, Mai jahat sgt ke? Hehe takut ade yg benci dkat Mai pulak... hee :D

20 comments:

  1. Jahat sungguh mai. Relevan lah skit. Takkan nk putus tung sebab org suruh. Mai ni kn. Eee.

    ReplyDelete
  2. Best sgt2 la miss..x sbr nk tnggu next bab.. terbaik la miss.. :-)

    ReplyDelete
  3. wahhhhh...ade konflik baru!!! oh mai n farhan please be togethr

    ReplyDelete
  4. eiiiiiii apa ni mai! suka buat orang tangkap leleh. farhan pun satu. :'(

    ReplyDelete
  5. aduhai pehal lah dorang buat keptusn trburu2...ni sdih ni...

    ReplyDelete
  6. Sedihnyerr! Dua2 salah...-_-

    ReplyDelete
  7. Nk sambungan..harap mimpi kita ni jd kenyataan..semua nye kembali pd asal... ^_^

    ReplyDelete
  8. Mai ni x baik buat farhan mcm tu , kesian la sikit kat farhan ...... jgn la buat keputusan terburu2 and one more thing just be your self

    ReplyDelete
  9. air mataku mengalir lgii 😂

    ReplyDelete
  10. PENAT AAA KEJAP HAPPY KEJAP NANGIS 🥰🔪

    ReplyDelete
  11. Part Mai mintak putus dgn Farhan..
    Pada masa yg sama terpasang kat youtube "mulai sekarang, kita putus!" N mulalah lagu 'adakah ini mimpi' haduhh kebetulan lak lagu kena dengan cerita.. huhuhu.. menjiwai betul baca sambil dengar lagu tu.. 😭😭😭

    ReplyDelete
  12. Bunuh je la aku dah tak sanggup nak buta huarghhhhhhh!!??!! TOLONGLAH MAI N FARHAN CAN YOU JUST DISCUSS IT SLOWLY NO NEED TEBURU-BURU!???!!!

    ReplyDelete
  13. Sakit dia sampai ke sini rasa, allahu 😭🖐️

    ReplyDelete
  14. Nak je aku debik kepala si mai ni adoi lah

    ReplyDelete
  15. bye its hurt trlalu hurt

    ReplyDelete
  16. aduhaii mai awat lagutu.. 😥😞

    ReplyDelete