Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Saturday 22 March 2014

Ketua Pengawas VS Tunang Bab 66


                   
“Phewitt!”

“Fuhh! Sedondon!”

Teruk aku disakat mereka. Entah bagaimana boleh terlepas gambar ‘sweet moment’ tu. Tahu-tahu saja sudah ada di tangan Ashraff di Astaka Seri Dewi. Membahang wajah aku diusik sebegitu. Muka yang tadinya putih kini bertukar menjadi kelabu!

“Haaa… nak sorok-sorok konon, last-last kantoi depan kita orang.” D menyenggol siku ke pinggang aku. Aku tepis. Tempat sensitip!

“Ada apa-apa pengakuan, guys?” Farhan dan Humairah dipandang bersilih ganti. Dua-dua jadi pendiam sekarang.

“Aik, bisu ke?” usik Hakim. Aku menjeling tajam. Hmmph! Takkan sesekali aku jawab.

“Salah ke?” pertanyaan Farhan meriuhkan lagi suasana.

Aku ternganga. Erk! Lain yang diharap, lain yang dapat.

“Ooi! Korang dengar tak? Salah ke pakai sedondon? Haaa dah sah ada pape!” gaya Putera tak ubah seperti paparazi pondan. Meliuk lentok!

“Secara kebetulan tahun ni tema family aku ungu. And… secara kebetulan juga dia beli warna yang sama. Adakah itu dikira satu dosa?” Farhan memutar belit fakta. Aku tersenyum sendiri melihat rakan-rakanku terdiam sambil berfikir sejenak. Emm pandai kau main tarik tali… desis hatiku.

“Eh yeke?”

“Macam tak percaya je!”

“Betul?”

Aku tahu mereka takut untuk membidas lagi kerana Farhan dah keluarkan fatwa. Mereka pandang aku, aku membalas dengan jongket bahu. No comment!

“Tapi kau happykan? Tahun ni sama tema dengan kekasih hati?” giat Aizat. Dia tak puas hati selagi belum mendengar ayat yang sepatutnya diucapkan. Farhan pandai pesong topik.

Dari kerlinganku Farhan perlahan-lahan mengukir senyum. Tetapi sekejap saja bila terperasan aku curi-curi tengok dia. Serentak dia jeling. Amboi!

“Dah prepare untuk exam?”

“Tengok tu! Dia ubah topik, bhai.” Cebik Putera. Aiskrim Malaysia perisa coklat disedut lagi.

“Tahulah terror. Segala info dalam kepala. Intisari pun hafal.” Sindir Syafiq. Agak sentap sikit lor sama wa punya hati… muka budak tak belajar masa kat rumah!

“Kalau belajar, kita sama terror. Tak ada lebih dan kurang.” Farhan mula berfalsafah.

Hurmm sebut pasal exam ni kan, aku teringat la dekat budak-budak yang kena buang sekolah tu.”

Suasana sepi seketika. Ashraff menggigit bibir. Erk! Aku tersilap timing. Farhan memaku pandangan tajam tanda amaran keras. Izuan tak senang duduk.

“Haah ek? Aku sampai sekarang tak tahu apesal dia orang kena buang sekolah.” Sampuk Hakim seraya menongkat dagu.

“Senyap je. Khabar berita pun tak ada. Selalu ramai bergosip. Ini ketua gosip kena buang sekolah, terus sunyi.” Komen Khairul pula. Pelik pun ada gak! Tapi bagus juga. Tak ada la banyak dosa mengumpat.

Aku terdiam. Hati dirundung rasa bersalah…

“Ah! Biarkan je la. Yang penting kita teruskan belajar. Dah kena buang sekolah, of course ada sebab. Takkan pengetua saja-saja nak buang dia orang.”

Izuan pula bersuara meredakan keadaan. Dia tak betah melihat air muka Humairah tiba-tiba muram. Hati lelakinya bagai dicengkam.

“Hmm betul juga kata kau, Izuan.” Wana bersetuju. Yang lain juga mengangguk.

“Dah nak ro-call ni. Jom blah.” Aizat mengingatkan. Kami semua mengangguk dan bersurai. Farhan memerhati gerak geri gadis itu hingga hilang bayang. Dia sedar gadis itu terusik dengan soalan yang diungkapkan Ashraff sebentar tadi.




ANTARA SEDAR atau tidak, lagi dua minggu SPM sebenar. Semua bertungkus lumus studi. Hingga jam 2 pagi pun masih ada yang belum lelap mata. Siap masak maggi lagi, dah lapar sangat!

Outing Sabtu. Aku meminta izin dari Cikgu Namisah untuk keluar ke kedai membeli alat tulis. Wana jadi peneman. Sesampai saja di kedai uncle itu, aku meluru ke rak belakang. Wana pula menuju ke bahagian aiskrim. Dari hari tu lagi dia teringin nak makan cornetto.

“Awak,” terasa pinggangku dicuit membuatkan latahku menjadi-jadi.

“Oh mak kau tak muat!”

Wana yang terkejut dengar latah itu terus berpaling. Nazatul tertunduk menahan gelak. Aku mengurut dada.

“Nazatul! Ingat siapa tadi.” Baru nak marah tapi bila tengok gerangan pencuit, terpadam  amarah dengan sendiri.

Sorry terkejutkan awak. Naza nak tegur tapi tengok khusyuk je cari barang.” Nazatul ketawa lagi. Aku tersengih malu.

“Nak cari pen. Dakwat banyak habis. Dah nak SPM ni kena lebihkan pen.” Ujarku tanpa ditanya. Nazatul terangguk kepala.

“Saya pun nak beli pen juga.” Katanya sedikit manja. Aku senyum saja. Waktu itu Wana muncul di sebelah kiri aku dengan memegang aiskrim cornetto. Segera aku perkenalkan pada Nazatul. Nyata gadis itu memang periang.

“Err Maira. Boleh tak kita pergi minum dekat kedai sebelah? Saya ada benda nak cakap.” Pinta Nazatul.

Aku angguk. “Sure. Kita bertiga minum-minum lepas bayar pen.” Aku sengih menampakkan gigi.

“Eh! Err… boleh tak kita berdua je? Maira and saya je. Saya ada benda sikit nak cakap. Private.” Nazatul gigit bibir.

Aku tenung Wana. Takut rakan baikku kecil hati. Wana jongket bahu. “Its okay. Aku balik dulu.” Aku menghantar pemergian Wana hingga hilang dari pandangan mata.

So… kita bayar dulu eh?” ujarku. Nazatul setuju. Setelah selesai membayar harga barangan yang dibeli, kami berdua mengunjungi kedai makan dan minum KimLeng; kedai menjual roti dan kek. Meja paling hujung diambil Nazatul biarpun aku sedikit pelik kerana kekosongan kerusi di hadapan terlampau banyak. Hmm ikutkan saja la.

“Nak minum apa?”

Aku tilik menu. “Fresh orange.” Kataku pada pelayan.

Me volcano milk tea.” Pelayan angguk dan mencatat minuman yang dipesan Nazatul. “Makan cik?”

No.” Pelayan berlalu pergi.

“Okey… apa yang nak dicakapkan tu? Private, right?” soalku terus tanpa berlengah. Aku betulkan duduk di kerusi. Dapat aku rasakan private yang dimaksudkan gadis ini berkenaan peribadinya. Dan aku sudah bersedia untuk mendengar.

Nazatul membuka purse kuning. Satu foto bersaiz kecil dikeluarkan lalu ditolak dua jari kepadaku. Kening berkerut seribu.

“Tengoklah.”

Aku terkebil-kebil memandang. Dia ni penyiasat upahan ke? Lain macam pula tengok. Seram. Heh! Ke situ pulak kau fikir. Tanpa berfikir panjang, segera gambar itu aku angkat. Oh My Allah! Mataku terbeliak! Gulp! Sedaya upaya mengesan lelaki yang ada dalam gambar. Farhan? Haih takkan dah angau sangat aku ni sampai wajah dia dalam foto ni? Mustahil. Aku gosok mata lagi. Haih kena beli speck nampaknya ni!

“Cuba tengok betul-betul.” Ujar Nazatul tatkala melihat aku asyik menggosok mata.

Aku kecikkan mata dan amati betul-betul. Tak salah! Memang Farhan. Tapi, bila masa Farhan dan Nazatul saling mengenali? Macam mana boleh ada gambar mereka berdua? Gambar lama pulak tu. Aku belek gambar tersebut.  Di belakangnya ada tarikh. Hati makin tak keruan. Apakah maksud semua ini? Bukan ke Farhan tidak bergaul dengan perempuan? Siapa Nazatul? Apa motifnya?

Segera kupandang Nazatul meminta penjelasan.

Farhan is my ex-boyfriend.”

Dumm! Seperti baru tersedar hantukkan kepala di dinding. Aku ternganga. Foto itu terlepas dari tangan lalu melurut jatuh perlahan-lahan.

“Kami bercinta hampir 3 tahun. Farhan teramat sayangkan saya. Dan dia dah berjanji akan sambung belajar dengan saya lepas habis SPM nanti.” Nazatul mula bercerita.

Aku terkesima. Hati pedih. Kenyataan Nazatul sekaligus merobek hati aku. Bagai disiat-siat. Sangkaanku tidak syak lagi. Pertemuan mereka di Kenny Roger’s Roaster tempoh hari terjawab. Mereka pasangan bercinta! Aku saja yang tak sedar diri!

“Tapi hubungan kami tak kekal lama. Saya tinggalkan dia sebab keluarga. Terpaksa atas desakan walid yang tak mahu saya terjebak dengan cinta monyet. Tapi saya tahu, dia masih cintakan saya seperti dulu. Cuma dia tak mahu tunjuk perasaan tu saja. Egonya tinggi melangit.” Aku pejam mata rapat-rapat. Hati semakin lama semakin dihiris dengan belati tajam apabila mendengar satu ayat. Farhan masih cintakan dirinya!

“Saya tahu awak nampak apa yang berlaku di Kenny Roger’s Roaster tempoh hari, Humairah.”

Aku tergamam.

“Waktu itu saya cuba meraih perhatian dia semula. Meraih cinta dia. Tapi Farhan tak terima. Dia kata dia malas nak ambil tahu hal yang dah lepas dan dia siap cakap jangan jumpa dia lagi.” Nazatul ketawa perlahan. Agak sumbang kedengaran.

“Bila saya tanya siapa perempuan yang berjaya meraih tempat saya di hatinya, dia kata someone special dan tak perlu untuk saya tahu. Dia marah  sangat masa tu. Muka saya pun dia tak mahu tengok. Benci sangat. Saya tahu salah saya sebab tinggalkan dia tanpa ucap apa-apa. Tapi saya tak mampu. Saya perlu ikut arahan walid. Kalau tak, saya akan dihantar semula ke rumah anak yatim.” Esakan mula kedengaran.

Aku hanya mampu mendengar dan memerhati. Tangan tak sepakat dengan hati. Hati bersedih duka, tangan masih menghulur bantuan pada orang lain. Dihati, aku bersimpati padanya.

“Farhan dah banyak berubah sekarang. Dia dah tak macam dulu. Dia dah kurang bercakap. Serius sepanjang masa. Untuk pengetahuan awak, saya dah lama intip dia.”

Tersentak aku sekali lagi! Intip? Gulp

“Dan saya tahu dia dah bertunang dengan awak, Maira.” Lagi bertambah gamam aku jadinya! Serius aku tak tahu bagaimana rupa aku waktu itu. Darah berderau. Setahu aku hanya keluarga dan kawan aku sahaja yang mengetahuinya. Aku ketap bibir menahan perasaan.

“Jujur dengan saya Maira. Awak sayangkan Farhan tak?” soal Nazatul seraya mengelap air mata.

Aku terdiam sejenak. Langsung tidak membalas guna bahasa tubuh mahupun suara. Kuakui sudah mula sayang dia. Hati mula rasa tenang dan ceria bila bersamanya walaupun ada kata-kata menyakitkan hati dari mulut lasernya. Berada di sisi Farhan membuatkan aku rasa selamat. Itu payah untuk dinafikan lagi. Tetapi, takkan aku nak biarkan gadis ini terus dihantui peristiwa silam? Aku tak nak dikatakan sebagai perampas lagi! Dia berpisah dengan Farhan atas campur tangan walidnya. Dia seperti menyesal atas apa yang telah berlaku pada lelaki itu. Dan kini dia mahu tebus kesilapan lalu. Dari riak wajahnya yang sayu itu hatiku belas. Namun rasa kecewa tetap ditangga teratas.

“Saya faham. Setiap perempuan akan mudah jatuh cinta dengan lelaki seperti Farhan. Tak terkecuali awak, bukan?” Aku memejam mata. Cuba meredakan perasaan yang mula gelora. Jemari dikepal erat bagi menyalur kekuatan. Kepala terasa memberat.

“Maira…” lembut suaranya menyapa gegendang telinga. Jemari kananku diraih dan digenggam lembut.

“Awak kawan saya, kan?” Aku angguk meskipun dibelenggu misteri.

“Saya ada satu permintaan. Boleh awak tunaikan?” Nazatul memandang wajahku dengan penuh pengharapan. Nada suaranya juga seakan mahu meminta pertolongan besar dariku.

Aku agak gementar. Jantung makin kencang. Permintaan? Permintaan apa? Terasa makin berat kepalaku ini menanggung kesakitan seawal dia menyatakan perkara sebenar. Kini bertambah lagi kejutan menanti.

“Apa dia?” soalku perlahan. Sedaya upaya aku cuba bertahan. Dan kali ini aku yakin hajat itu berat sekali untuk dipikul.

“Tinggalkan Farhan untuk saya.”

Dumm!

Kami berdua tersentak dan terperanjat. Aku mengurut dada. Rasa nak gugur jantung apabila meja kami tiba-tiba saja diketuk kuat oleh seseorang. Fresh orange milik aku tertumpah sedikit tanpa sempat diminum.

“Amirul!” Nazatul gelisah di kerusinya. Baru saja berbual tentang Farhan, tuan empunya badan tiba-tiba muncul! Sungguh, sekelilingnya berasa seram. Aura membakar Farhan hangat dirasakan!

Aku mendongak ketakutan. Wajah Farhan merah padam. Kaki tangan terketar-ketar. Jantung rasa nak tercabut terus! Air liur entah ke berapa kali pun aku tidak pasti. Tapi yang teramat pasti, akan ada perang besar berlaku.

***

HARI ini adalah hari peperangan! SPM sebenar yang selalu diuar-uar dan menjadi buah mulut orang ramai kini sudah berada di depan mata. Menggigil lutut aku. Dada tiba-tiba berdebar tak menentu. Ini baru nak mula periksa. Macam mana pula dengan hal keputusan nanti? Agaknya pitam terus aku!

“Kepada calon-calon SPM A018, sila beratur di tepi dewan lorong B.”

Seluruh pelajar aliran sastera berdiri di lorong yang berkenaan. Menunggu keizinan ketua pengawas peperiksaan untuk masuk ke dalam dewan. Sedaya upaya aku menahan gementar. Bibir tak berhenti berzikir dan berselawat ke atas nabi.

Rabbi yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Maksudnya: Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Ya Allah, kau akhirkanlah dengan kebaikan.

“Calon-calon dibenarkan masuk.” Suara ketua pengawas bergema. Aku menelan air liur. Kaki lambat-lambat melangkah. Serius aku tak pernah rasa takut begini! Ya Allah permudahkanlah segala urusan. Amin. Segalanya bermula…

***

REVISION last minute. Ini yang terakhir. Selepas ini tiada lagi baca buku. Tiada lagi latih tubi. Hati serta merta sayu. Ada lagi dua minggu peperiksaan sebelum tamat persekolahan. Bermakna kami hanya dapat mengumpul kenangan manis di asrama dan sekolah dua minggu sahaja lagi.

Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Dorm jadi senyap. Tiada lagi kedengaran usikan dan latah Nana, pelajar junior. Yang tinggal hanya pelajar tingkatan lima.

Jari hantu aku berasa gatal tiba-tiba. Aku menggaru sambil mata tetap merenung isi-isi penting Suruhanjaya Reid. Dengan tak semena-mena, cincin yang berada di jari manisku melurut jatuh betul-betul di atas kertas A4 tersebut.

Aku terpanar. Cincin yang hanya bertatahkan satu berlian. Aku menongkat dagu seraya termenung. Sampai bila aku hendak berdiam diri? Permintaan Nazatul masih belum aku tunaikan. Kata-kata bangkangan dan bantahan dari Farhan tempoh hari menerobos minda. Fikiran gila serabut. Aku tak tahu apa yang patut aku buat! Rasa nak je hilang di muka bumi. Berkawan dengan alien lagi baik gamaknya. Tak pun duduk dekat bulan lagi bagus! Tenang fikiran.


Cincin tunang itu aku tenung lama. Perasaan bercampur baur. Antara rela dan terpaksa. Aku punya pilihan. Perlahan-lahan aku tarik laci meja studi. Cincin itu aku tenung sebelum simpan di dalamnya. Biarpun perit. Biarpun pedih. Keputusan telah pun dibuat. Muktamad. 


p/s : assalamualaikum... here new entry... err, boleh terima kan? ekeke 

9 comments:

  1. Tak boleh terima...tiber nazatul ni..biarlah maira ngan farhan nak sebok kenapa?sape suruh tinggalkan..aduhai..(^_^')

    ReplyDelete
  2. Nazatul.. kawan biar iklas..

    ReplyDelete
  3. Rasa lega bila Farhan dengar permintaan Nazatul Kat Humairah.. tapi please.. jangan setuju dengan permintaan dia.. 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Ya Allah rasa nk hempuk senah tu

      Delete
  4. PUPUSKN NAZATUL 🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻

    ReplyDelete
  5. holoh ii nazatul nie un.. 🙄😒

    ReplyDelete