Teaser Bab 64
“Bagaimana?”
tak sabar Mama Nani hendak melihat bakal menantunya itu.
Nafas
kuhembus. Pintu bilik persalinan itu ditolak. Terlopong Mama Nani memandangku.
Berulang kali dia tenung aku atas bawah buat bulu romaku tegak berdiri. Seram! Ada
apa-apa tak kenakah?
“Subhanallah.
Cantiknya, sayang…” terpacul ayat itu dari bibir mungilnya.
Aku
tunduk melihat baju yang tersarung di tubuh ini. “Okey ke?” ragu-ragu pula.
Tadi tengok depan cermin sehabis cantik dah. Ops! Ter-riak pulak.
“Cantik
sangat!” puji Mama Nani lagi. Aku tersenyum sungging. Dalam hati
berbunga-bunga. Kembang setaman!
“Mama,
yang ni pun not bad,”
“Yang
mana?”
Aku
terlopong! Alamak! Dia datang! Larikkk!!! Terkocoh-kocoh aku masuk kembali
dalam fitting room. Kepala dipegang. Huish! Nasib baik pakai tudung. Takut
tragedi lama berulang kembali! Sadis je.
Tok!
Tok!
“Kak,
Mama Nani suruh test yang ni pulak.”
Yana berkata. Kali ini kaler ungu
disua padaku. Juling mata aku memilih dua favourite
colour. Mana nak eh? Hijau ke ungu? Dua tahun lepas oren pilihan abah.
Tahun lepas merah pilihan mama. Tahun ini? Aku berteka-teki. Baju ditangan
kanan aku tenung lama. Tanpa sedar, pilihan telah pun dibuat.
“Maira
mahu yang mana?” Mama Nani menanti. Senyuman tak pernah pudar.
“Yang
ini,” jubah ungu aku letak atas kaunter.
“Sekali
dengan ini ya.” Juruwang mula melakukan tugasnya. Selepas bayar, aku ambil beg plastik
dan membuntuti langkah kaki mereka.
Yana
memaut pergelangan tanganku buat langkahku terhenti. “Kak, kenapa bukan hijau?”
bisiknya.
“Ungu
okey what?”
“Ya
ke? Bukan kerana si pemberi dan pencetus idea?” aku pandang dia. Blur.
“Amenda
kau merepek ni?” runsingku.
Yana
senyum nakal dan membisik sesuatu di telinga, “Bukan ke Abang Amirul yang pilih
warna ungu tadi? Kesukaan akak hijau, kan? Kenapa tak ambil je hijau yang
mula-mula tu? Kenapa mesti ungu?” Yana menduga.
Aku
terpempan. Mata terkebil-kebil.
Teaser BAB 65
Allaahu akbar Allaahu
akbar Allaahu akbar
Laa ilaaha illallaahu
wallahu akbar
Allaahu akbar
walillahil hamd.
Aku
melagukan lafaz takbir dengan hati gembira. Rasa bahagia apabila menyebut nama
Allah di pagi yang mulia. Hari ini aku terjaga awal daripada biasa. Pukul 5.30
aku dah sedar. Siap-siap mandi dan solat subuh. Kemudian aku menggosok pakaian
raya. Rasa tak sabar nak pergi masjid! Inilah kali pertama aku merasa excited sedemikian untuk sembahyang hari
raya aidilfitri. Selalunya aku adalah manusia paling liat nak bangun. Berpuluh
kali dikejut mama, Yana dan achik. Opah juga kadang-kadang penat nak
membangunkan cucu tersayang. Simbah air baldi baru celik gamaknya! Namun hari
ini berbeza.
Selendang
panjang berwarna merah jambu aku lilit di kepala. Ini lagi satu masalah! Tak
penah-penah aku ada barangan warna pink, tup tup hari ini dalam sejarah aku
menyentuh sesuatu yang ‘pink’!
Teringat
ketika aku sedang mencari tudung untuk dipadankan dengan jubah.
“Kak, hitam pun okey.”
Yana mengunjuk tudung Syria hitam berkelip-kelip padaku. Aku menolak laju.
Urgh! Tak nak!
“Hitam dah biasa
sangat la. Carilah kaler lain.” Ujar achik. Emm aku setuju! Boring asyik hitam
putih je. Aku bukan tahi cicak!
Tiba-tiba seorang
pekerja kedai datang menghulur satu selendang kepadaku. “Cik, selendang ini
padan dengan jubah cik.”
Aku pegang dan letak
di kepala. “Pink? Tak nak la!” Heh! Tak nak tapi kau sangkut dekat kepala juga,
kutuk hati.
“Eh! Okey apa. Cantik
tau pink ni. Bukan terang sangat. Lembut je warnanya.” Bantah Yana. Memang
selendang pink itu cantik.
“Ada warna selain ini
tak?” soalku.
“Ada tapi abang cik
kata warna ni sesuai dengan cik.” Kami bertiga tercengang.
“Abang?”
Aku terpinga-pinga.
Siapa pulak abang? Aku mana ada abang!
“Abang cik yang pilih
selendang ni.” sambung pekerja itu lagi.
“Mana dia?” soalku
laju.
“Tu.” Pekerja itu
meluruskan jari ke arah di mana ‘abang’ itu berada. Aku tergamam. Farhan! Dia
yang pilihkan tudung aku?!
Aku
melilit selendang itu mengikut ajaran Aisyah sewaktu di dorm. Tampak cantik dan
kemas. Hujung selendang aku pin di bahu kanan. Cukup menutup dada serta labuh.
Aku mengoles bibir menggunakan pelembab bibir yang boleh bertukar kepada warna
pink nanti. Ini lagi satu hal! ‘Pink’ di bibir. Kalau mama tahu ni mesti
terperanjat.
“Kak
Mai, dah siap ke belum? Kita orang dah siap!”
laungan achik membuatkan aku terkocoh-kocoh mengambil beg telekung lalu menyangkutnya di bahu kiri. Suis kipas dimatikan. Aku keluar dari bilik.
laungan achik membuatkan aku terkocoh-kocoh mengambil beg telekung lalu menyangkutnya di bahu kiri. Suis kipas dimatikan. Aku keluar dari bilik.
Gulp!
Sangkaku
achik masih lagi di depan pintu. Rupa-rupanya wajah itu yang menyapa
pandanganku. Farhan cukup kacak dengan rona purple
terang bersongkok hitam serta bersamping keemasan. Sepadan dengan tubuh yang
tinggi, kulit cerah. Tidak sedikit pun nampak cacat cela. Wow!
Farhan
pula merenung gadis yang baru keluar dari kamarnya dengan rasa terpegun.
Subhanallah! Cantiknya ciptaanMU. Dengan selendangnya, jubahnya… mata Farhan
jatuh pada kaki Humairah. Stoking
berwarna hitam. Seperti gadis Arab saja dilihatnya. Kalau pakai purdah dah sah
orang cakap dia Arabian! Satu perubahan yang cukup mengkagumkan Farhan.
“Farhan!
Humairah! Dah siap ke? Nak pergi masjid ni, sayang.”
Jeritan
Mama Nani di bawah menyedarkan kami berdua yang masih merenung antara satu sama
lain di tingkat atas. Terkocoh aku melangkah menuruni anak tangga satu demi
satu. Ya Allah, kenapalah aku boleh tengok anak teruna orang sampai ternganga
tadi? Hisy! Pagi-pagi yang mulia macam ini pun kau nak buat perangai ya,
Humairah! Aku tak sengajalah!
Farhan
berjalan sambil pegang dada. Kenapa pula dengan heartbeat aku ni???
p/s : sedikit teaser/sedutan dr bab 64 dan 65... huhu! yg pasal cincin tu miss dah bg suggestion pd kwn2 miss... thanks kerana membantu! :)
best... best.... best.....
ReplyDeleteI like!!!
ReplyDeleteBila nk update full bab??x sbr dh ni
ReplyDeletebestnye!!!!! tak sabar nk bace yang full punya.. ><
ReplyDeletehaha .. laa baru raye eh ? ingatkan pilih baju untk wedding dah td ><
ReplyDeletewahhhhh!!!beznyaaaa..farhan jum kawen!!! kah3 #peace
ReplyDelete~shud~
bila nak sambung lgi miss
ReplyDeletex sabar nak baca full story untuk bab nie....best giler!!!!!!!
ReplyDelete