Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Monday 24 February 2014

Ketua Pengawas VS Tunang 63

BAB 63

WAKTU berputar seperti biasa. Sekarang semua pelajar dalam proses ‘struggle kuasa 4’. Speed semakin laju! Takde dah pusingan U segala. Straight to the point buat masa ini. Menimbun set-set soalan ramalan, last-last-last year paper, kertas percubaan negeri-negeri lain dan edaran dari para guru sampai nak termuntah aku dibuatnya. Juling mata!

Kertas yang berselerakan atas meja dipandang bosan sebelum rebah. “Give up. Tak larat dah.” Separus nafas aku menuturkan.

Wana mencemik. “Baru sikit dah mengalah.”

“Sikit kau kata? Aku rasa nak muntah tau tak?”

Come on, girl. Biar penat sekarang, nanti dapat ganjaran kemudian hari. Lagipun tahun ni tahun terakhir kita bersekolah. Next year tak ada lagi dah feel like this.”

Aku pejam mata. Rasa berpinar di sekeliling. Nampak bayang-bayang angry bird di sekitar.

“Mai.” Suara Khairul tiba-tiba menjengah di cuping telinga.

“Apa?” malas aku bersuara. Apa sajalah mamat bertuah. Tak kacau hidup orang tak boleh ke?

“Farhan kat luar.” Spontan mataku celik. “…dia nak jumpa kau.” terbuntang mata aku.

“Kenapa?”

Khairul angkat bahu. Aku tenung wajahnya. Memang serius tak tahu! Kawan-kawan yang lain turut memandang dengan tanda tanya. Penuh rasa curiga aku bangkit dari kerusi. Teroleng badan sedikit akibat tak seimbang dan berdiri betul-betul.

“Apahal?” Farhan tilik atas bawah bikin seram satu badan. Aku dah lama berhasrat nak cucuk biji mata dia tu tau! Tapi tak sampai hati.

“Ikut aku.”

“Pergi mana?” ek ena mamat ni… lu fikir lu sapa nak suruh wa ikut lu

“Ikut aje la!” desak Farhan garang. Aku mencebik meluat. Suka memaksa! Aku masuk kelas semula, memberitahu Khairul aku nak keluar atas arahan ketua pengawas kesayangan dia tu. Selepas menggantung pas pelajar di leher, aku membuntuti langkahnya hingga ke bangunan pengetua.

Err… teragak-agak aku merenung dia yang sedang menanggalkan sepatu hitam. “Farhan,” dia toleh. “…buat apa dekat sini?” soalku ragu-ragu. Serius aku masih tak dapat tangkap tujuan dia bawa aku ke bangunan ini dan sekarang berdiri di hadapan bilik pengetua??!!

Farhan mendongak ke atas sebelum memasukkan tangan dalam kocek. “Kalau nak tau, buka kasut, masuk dan dengar sendiri. Ini soal hidup dan mati engkau.” Kelihatannya dia seperti menyembunyikan sesuatu.

Berkerut dahi aku. Apa maksud dia sebenarnya? “Hidup mati? Apa ni?”

“Masuk dan kita bercerita di dalam.” Arahnya tegas lalu menolak pintu kaca tinted.

Aku masih terpinga-pinga. Bercerita? Tapi kenapa di bilik pengetua? Namun kuturutkan sahaja kata-katanya kerana ada sesuatu menjentik tangkai hati. Soal hidup dan mati? Aku kena buang sekolah ke? Tapi aku tak buat apa-apa kesalahan berat pun. Ya Allah… selamatkanlah aku… sempat aku menitip doa.

“Assalamualaikum,” sapaku takut-takut. Ini ialah kali pertama aku menjejakkan kaki ke dalam bilik pengetua selama aku bersekolah di sini! Bilik yang besar, set sofa dan rak buku, pingat-pingat dan darjah kebesaran di sudut kiri, penghawa dingin, satu pintu; mungkin bilik air dan meja pengetua.

Seisi penghuni menjawab salamku. Seorang lelaki sebaya abah mempersilakan aku duduk. “Waalaikumussalam. Silakan duduk Humairah.” Perlahan aku tarik kerusi dan duduk.

Pada waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku menggigil dan ketar lutut melihat pengetua di depan dua biji mata, Cikgu Badri selaku guru disiplin sekolah yang terkenal dengan sifat garang, tegas dan berdisiplin, ditambah lagi dengan aura ketua pengawas di sebelah kanan aku yang berdiri tegak itu menambah kerisauan dan syak wasangka. Makin bertambah hairan apabila melihat dua orang pelajar yang berdiri di sebelah kiri tuan pengetua. Izuan?? Apa dia buat dekat sini? Lagi seorang tu muka familiar tapi tak kenal.

“Err… boleh saya tanya?” Lelaki yang bersuara garau sebentar tadi mengangkat muka.

“Apa sebab saya dipanggil ke sini?” tanyaku lembut. Lima pasang mata memerhatikan aku.

Fail yang terbuka ditutup semula. Cermin mata dirungkai. Badan disandar ke kerusi. Matanya tajam merenung anak murid yang cuma beberapa meter saja dari tempatnya.

“Berapa lama awak kenal Luqman Harez Huzaimi?”

Soalan apakah ini??? “Luqman Harez Huzaimi?” tanpa sedar aku mengulang semula nama itu.

“Atau lebih dikenali sebagai Harez, pelajar tingkatan 5 Ibnu Sina.”

Aku tergamam. Bukankah itu Harez? Budak ala-ala Chinese tu? Mata sepet dan berkulit cerah. Tapi kenapa tuan pengetua ni tanya? Apa kaitan dengan dia? “Kalau Harez tu memang saya kenal tapi tak rapat. Kami baru kenal beberapa bulan lepas.” Jelasku gugup.

Dia menganggukkan kepala lagi. “Masa bila awak berkenalan dengan dia?” soal tuan pengetua lagi sambil mengusap dagu.

Berkerut dahi aku berfikir. “Err… semasa di kem bina semangat. Dia bantu saya waktu saya hampir tersadung kayu.” Terangku nyata tentang kejadian memalukan itu. Mujur ada dia yang sempat menyelamatkan aku. Nak tunggu ‘orang tu’ selamatkan? Hmm habuk pun tarak!

“Baiklah. Farhan, kamu tolong panggilkan yang berkenaan.” Ujarnya serius. Farhan angguk dan meminta diri.

“Awak kenal pelajar di sebelah saya ini?” jari telunjuk  kanan dihala ke arah di mana Izuan dan pelajar tak dikenali itu. Aku sekadar mengiakan. Buat syarat. Meskipun pelik dengan kehadiran mereka. Aku masih tak faham! Aku hantar isyarat mata kepadanya tetapi dia mengerdipkan mata tanda bertenang.

“Nur Saffiya Humairah,” Jeda. “Kami mendapat maklumat daripada pihak tertentu mengatakan bahawa ada cubaan dari pelajar lain untuk menyingkirkan awak.”

Kerutan makin bertambah. Keningku bercantum hairan. “Singkir? Singkir dari apa? Tapi kenapa? Siapa?” bertubi-tubi soalan kutuju padanya.

“Semuanya bakal terjawab hari ini. Ini kaitan hidup dan mati awak sepanjang awak bersekolah di sini. Sebab itu saya panggil awak ke mari dan saya menyuruh Farhan memanggil pihak-pihak yang berkenaan untuk tampil memberi keterangan.” Jelas tuan pengetua lagi tidak mahu mengulas lanjut.

Aku tidak mampu untuk membalas apa-apa pertanyaan kerana fikiran terganggu dengan semua ini. Bercelaru! Serabut! Aku keliru. Singkir?! Ada orang nak singkirkan aku dari apa? Dari sekolahkah? Tapi siapa? Kenapa? Aku buat salah apa? Benak diburu berbagai soalan. Bebola mataku kian berpinar. Kepala yang tadinya okey kini berdenyut-denyut.

“Cikgu Bad, siap sedia.” Kelihatan Cikgu Badri mengangguk kepala. Aku makin pening! Bersedia apa ini??

Tok! Tok! Tok!

Bunyi pintu diketuk. Semua pusing belakang. Terkesima aku seketika apabila melihat wajah-wajah yang TERAMAT aku kenali melangkah ke bilik pengetua. Sepasang mata tunduk melihat karpet. Sepasang mata mencerun tajam. Dan sepasang mata lagi memandang sekeliling. Terpinga-pinga barangkali mengapa dirinya dipanggil ke sini.

“Baiklah. Semua sudah ada. Mari kita selesaikan permasalahan ini dengan cepat tanpa membuang masa.” Tuan pengetua perbetul kot di tubuh.

“Saya panggil kamu semua ke mari atas sebab-sebab tertentu. Antaranya, saya mendapat maklumat dan aduan daripada pihak-pihak tertentu. Ada cubaan untuk mengenakan salah seorang pelajar di kalangan kamu semua yang berada dalam bilik ini dengan ilmu hitam.”

Tak tertelan air liur di kerongkong. MasyaAllah! Ilmu hitam?

“Tengku Ammylea Ruhaila,” Ammy angkat muka takut dan kalut. Pucat lesi. Tubuh menggeletar. “Saya diberitahu seseorang bahawa kamu ada pergi berjumpa seorang bomoh kampung beberapa minggu yang lepas, dengan meminta minyak pengasih. Benar atau tidak?”

Terbuntang biji mata aku di kerusi. Lantas aku pusing tubuh menghadapnya. Semua mata merenung Ammy meminta penjelasan. Farhan di sisi tenang berdiri tapi dapat aku lihat telinganya merah menahan marah. Kenapa ya?

“Err.. tak… tak ada tuan pengetua. Saya tak jumpa sesiapa.” Pengetua tersenyum sinis.

“Betul awak tak jumpa sesiapa? Jangan sampai awak menyesal nanti.” Tuan pengetua mula mengugut.

Ammy menelan liur. Begitu kesat sekali rasanya. Jantung berdegup kencang. Telapak tangan kian basah dengan peluh. Terasa diri hampir-hampir jatuh ke dalam Lautan Pasifik! Sipi-sipi!

“Be… betul, tuan pengetua. Saya…”

“Baiklah. Kalau begitu, siapakah wanita di dalam rakaman ini?” Tuan pengetua memintas laju dan terus memainkan satu video di dalam skrin laptop.

Ammy terdiam dan terlopong. Bulat biji mata tengok video tersebut. Rahsia bocor! Jelas riak wajahnya tidak percaya dengan apa yang dilihat. Bagaimana dia bisa tak perasan ada orang ekori dia dan rakan sekutunya malam itu????

“Awak bawa minyak pengasih di sekolah kerana awak hendak menundukkan Farhan atas alasan supaya dia tergila-gilakan awak. Tetapi nasib awak tidak baik kerana minyak itu terkena pergelangan tangan Tengku Hadzriq terlebih dahulu ketika kamu berdua berselisih di tangga. Awak memaut tangan Tengku Hadzriq meminta bantuan tanpa sedar. Benar atau tidak?”

Ammy sudah kelu lidah dari berkata-kata. Lidah berbisanya sudah tumpul serta merta kerana rahsianya sudah pecah di depan ramai orang. Satu demi satu kebenaran dibongkar. Darah gemuruh dan ketakutan jelas menampakkan diri.

“Dalam pada waktu yang sama, awak masih cuba mahu mencalit minyak itu kepada Farhan kerana tidak puas hati dengan langkah pertama yang menemui jalan gagal. Awak bawa minyak itu sekali lagi di tandas perempuan. Tetapi awak tidak sedar bahawa minyak itu bukanlah minyak yang asli sebab Rizulfikri lebih bijak menukar minyak itu kepada cecair yang lain, yang tidak mempunyai apa-apa kesan bahaya. Ia adalah sejenis minyak wangi. Awak mungkin tak perasan sebab botolnya sama. Minyak pengasih awak sudah diambil lantas dibuang ke tong sampah sewaktu awak berada di dalam salah satu bilik tandas.”

Ammy terkulat-kulat mendengar setiap patah tuan pengetua. Pucat terus mukanya. Tiada lagi riak bangga, bongkak dan mendabik dada seperti selalu. Bebola matanya bergerak ke kiri ke kanan menahan rasa gelisah yang semakin membuak di dada. Nafasnya turun naik laju. Mata memanah Rizulfikri yang tersenyum sinis. Kemudian dia menoleh Farhan. “Selama ni you pura-pura? You dah tahu semuanya?!” Ammy ketap bibir. Selama ini Farhan ambil berat akan dirinya, Farhan memberi perhatian untuknya. Semata-mata apa? Sebab dia juga pelakon hebat! Dia serba boleh! Ammy terlupa suatu perkara penting berkenaan ketua pengawas.

“Jangan ingat kau seorang je pandai berlakon.” Ayat yang cukup senang diungkap dan makan dalam oleh Farhan.

“Kurang ajar kau!!” Ammy membentak geram. Dia meluru ke arah Farhan tetapi bingkas dihalang Cikgu Badri dan ditarik jauh dari Farhan. Lengan Ammy digenggam kiri dan kanan lalu dibawa ke belakang.

“Kau pun sama, Eriq! Kau jangan ingat kau boleh terlepas!” tuduh Ammy terhadap Eriq yang diam sedari tadi.

“Hadzriq tidak bersalah dalam hal ini biarpun dia pelajar paling nakal di sekolah. Hadzriq telah pun berjumpa dengan Farhan secara senyap tanpa diketahui sesiapa dan memberitahu masalah yang sering menghantui dirinya. Farhan membawa dia berjumpa dengan Cikgu Asmawi kerana merasakan Hadzriq telah terkena ilmu hitam berdasarkan perilaku dan gerak gaya. Atas keikhlasan Cikgu Asmawi, Hadzriq di bawa berubat di salah sebuat pusat perubatan Islam. Semuanya kerana minyak pengasih awak, Ammylea. Awak tersalah orang. Itu kerana niat awak yang sememangnya tidak baik sejak awal lagi. Awak tak sedar ke apa yang awak buat selama ini satu dosa besar? Awak nak Allah murka? Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, bulan penuh kemuliaan. Sepatutnya di bulan ini awak memperbaiki kelemahan, kesilapan diri. Bertaubat, Ammylea!”

“Tapi tuan, Eriq pernah bersekongkol dengan saya. Dia pernah cakap dengan saya yang dia akan takluki Humairah! Dia akan buat apa cara sekalipun asal dia dapat Humairah, tuan! Saya tak bohong! Saya tak bohong, tuan!”

“Itu saya tahu kerana Hadzriq telah meluah segala-galanya pada Farhan. Dia sudah mengaku. Semuanya ada dalam pita rakaman ini.” Pita rakaman dimainkan sehingga tamat.

Ammy bungkam.

“Awak juga didakwa atas cubaan mencederakan Humairah dengan menggunakan orang upahan di asrama puteri. Awak mengenakan Humairah dengan mengotorkan tudungnya dengan tanah dan air berkarbonat hingga tudung itu rosak teruk walaupun dibasuh dan dijemur, atas motif dendam. Kemudian awak cuba mencederakan Humairah sekali lagi ketika Humairah ke tandas asrama puteri dengan objek tumpul yang digunakan oleh orang upahan awak hinggakan dia pengsan. Pelakunya sudah dikenal pasti. Saya cukup kesal dengan perangai awak. Dengan ini, awak dibuang dari sekolah ini. Surat rasmi tentang penyingkiran awak dari sekolah ini akan dihantar ke alamat keluarga awak hari ini serta merta. Mulai esok awak bukan lagi pelajar sekolah ini.” keputusan muktamad tuan pengetua mengejutkan semua orang termasuk diriku yang hanya mampu ternganga.

Ammylea tertunduk lalu terduduk kepiluan. Ada air bergenang di tubir mata. Kenalah dengan peribahasa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Pusing sana pusing sini, akhirnya jumpa jalan buntu. Dia tertangkap! Bukti kukuh sudah berada di tangan tuan pengetua. Dan kini dia telah pun dibuang dari sekolah. Apakah nasib masa depannya? Bagaimana dengan maruah mama dan daddy? Barulah dia kenal erti sesal. Ammy menangis meronta semahunya.

Aku pegang kepala. Berdenyut lagi. Masih terperanjat dengan kata-kata tuan pengetua sebentar tadi. Rupa-rupanya selama yang terjadi pada aku di sekolah ini ada sangkut paut dengan gadis itu. Dia dalang utama disebalik kejadian!

“Luqman Harez Huzaimi.” Nama Harez disebut mematikan lamunanku. Mata tuan pengetua tepat merenung anak mata pemuda yang berteleku sahaja dari tadi. Kini giliran Harez.

“Awak rasa apa kesalahan awak sehingga di panggil ke mari?”

Harez angkat muka lalu menggeleng. Langsung tidak membalas dengan suara. Dia tunduk semula seperti banduan bersalah.

“Apa yang awak cuba lakukan di bilik kompang?” Tuan pengetua menanti jawapan dari anak muda tersebut.

“Saya tak buat apa-apa, tuan pengetua.”

“Kalau awak tak buat apa-apa, habis tu ini apa?” beberapa kepingan gambar ditangan tuan pengetua disepah-sepahkan atas meja bagi dapat dilihat secara jelas.

Harez tunduk membisu. Sedar dia tidak boleh melakukan seperti Ammy lagi. Dia sudah ditangkap. Tiada guna buat perlakuan bodoh kerana dia pasti dihukum jua. 

Aku masih dibelenggu dilema. Harez buat apa?

“Awak juga didapati salah atas cubaan ingin memusnahkan masa depan Humairah pada hari Selasa di bilik kompang selepas saja tamat pertandingan kompang tempoh hari dan curi-curi makan di lokasi yang sama.”

Bertambah lagi kejutan membuatkan terperanjat aku mendengarnya! Bulat mata aku tenung Harez. Mulut terlopong besar. Berderau darah! Jantung macam nak tercabut keluar. Apalagi ujian yang kau berikan padaku Ya Allah?

“Kau nak buat apa dekat aku hah??!” bahunya aku pukul dan tumbuk sekuat hati berkali-kali hinggakan terpaksa dileraikan Farhan dan Izuan. Harez tidak membalas sebarang serangan sebaliknya bertindak menikus diri.

“Harez cuba untuk memperlakukan sesuatu yang tidak baik terhadap awak, Humairah dan dia cuba untuk merosakkan masa depan awak apabila setibanya awak di bilik kompang.”

Segala perbualan di skrin laptop tuan pengetua menjawab segala persoalan yang membelenggu benak dan fikiran. Terkesima aku sekali lagi! Lemah dada. Tubuhku terkulai layu di atas karpet namun sempat ditahan dan dipegang lengan oleh Farhan. Dia mendudukkan aku di atas kerusi semula. Air mata mengalir laju di pipi. Sedih! Hiba hati melihat orang yang aku anggap kawan cuba nak rosakkan aku.

“Apa salah aku dekat kau?” tergeleng kepala aku menelan pedih dan perit perkhabaran yang tak disangka-sangka.

Harez masih diam. Dia kehilangan kata-kata. Kesedihan pada riak wajah Humairah mengusik tangkai hatinya tapi dia kini sudah terlewat untuk patah balik. Berani buat berani tanggung.

“Aku anggap kau sebagai kawan aku tapi ini yang kau balas?! Kenapa kau nak musnahkan hidup aku?! Apa dosa aku dekat kau?!” aku meraung sekuatnya. Dada membuak dengan api kemarahan.

“Maafkan aku, Mai. Aku tak ada niat nak kacau hidup kau dulu. Aku memang ikhlas berkawan dengan kau tapi lepas aku dengar nama kau disebut masa perbicaraan kes abang aku, aku ubah fikiran. Aku tak sanggup tengok abang aku mati dalam penjara gara-gara kau.”

Aku angkat muka merenungnya setajam pisau yang baru diasah. “Siapa abang kau? Apa kaitan dengan aku?! Aku tak pernah buat salah dengan kau! Keluarga kau pun aku tak kenal, gila!” jerkahku kuat. Hati menjadi panas dan membara. Harez memang dah gila!!!!

Harez senyum hambar. “Abang aku…. Apit Kochai.” Lirih suara Harez.

Terhenyak lagi tubuh aku di atas kerusi. Bibir gementar. Tangan terketar-ketar. Badanku seram sejuk. Apit Kochai….. lelaki yang hampir meragut nyawa aku di hutan…. penjenayah yang dikehendaki polis…… lelaki yang membaling objek tajam ke perut aku…… tanpa sedar aku memegang perut yang meninggalkan bekas jahitan yang panjang, mencacatkan penglihatan setiap kali aku melihatnya di depan cermin.


‘Ya Allah, kenapa di bulan puasa ini kau turunkan dugaan besar untukku?’ rintihku. Air mata bagai empangan pecah. Mata kian kabur. Kepala semakin memberat. Berdenyut-denyut tanpa henti. Sakit lama datang semula. Kepala tidak mampu lagi menampung masalah dan kisah mereka. Telinga dah tak terdaya lagi nak dengar alasan serta dalih mereka. Ya Allah, bantulah aku… aku tak terdaya lagi… aku tak mampu… dunia semakin gelap. Damn! Pengsan.




p/s : hai assalamualaikum here new entry... nak kata best, mcm tak best coz miss tak reti nak buat gaya pengetua... hentam keromo aje! segala persoalan dijawab.. haha! so, bolehlah miss rehat skjp ya? kih3 :p

14 comments:

  1. Alaa.. Bru nak feel,dh tbantut..miss.. Cpt la bab 64.. Xsbar nk tau nie..

    ReplyDelete
  2. best,best,best.,.Sila sambung lg..!!

    ReplyDelete
  3. Waiting for bab 64...

    ReplyDelete
  4. ingatkan harez tu baik... rupa-rupanya adik penjahat! dah tu nak rosakkan mai plak! hisy!!! geram betul!!! pdn muka ammy kena buang sekolah! nyampah dgn dia... farhan dan mai tetap di hati! nak sambungan miss! :)


    -fazira-

    ReplyDelete
  5. besttttt.....!!!!! nak sambungnnye......we want more(x3)

    ReplyDelete
  6. jahatnye harez... mai tu btl2 sangka dia kawan mai.. x baik tol... best sgt cite nie.. cpt2 sambng....

    ReplyDelete
  7. Puas hatiku semuanya terbongkar! Tapi.. nk tengok Farhan bagitau pengetua dia tunang Humairah.. 😆

    ReplyDelete
  8. banyak nya conflict 😭😭😭💔💔

    ReplyDelete
  9. tk paham...mcam mana diorang boleh tahu harez nk rosakkan mai?benda tu ada persediaan ke cam mane?help me author!! :(

    ReplyDelete